You are on page 1of 2

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SJK ( C ) LOK YORK


MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM BIL 1/(2017)

Tarikh : 2 Januari 2017


Masa : 2.00 p.m hingga 3.00 p.m
Tempat : Bilik Pendidikan Islam
Pengerusi : Pn. Nor Akmal Binti Rusdi
Kehadiran ( Bilangan ) : 6 orang

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ahli mesyuarat panitia.
1.2 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab al-Fatihah.
Tindakan: Makluman

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


 Pengerusi meminta ahli mesyuarat meneliti minit mesyuarat yang lalu seterusnya
membuat pengesahan.
 Puan Faizah Binti Mohd Tahir mencadangkan agar minit mesyuarat disahkan tanpa
pindaan dan disokong oleh En. Muhammad Syakir.
Tindakan: Makluman

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1. Tiada perkara berbangkit

4 FOKUS MESYUARAT/ ISU-ISU YANG DIBINCANGKAN

4.1 Penubuhan Jawatankuasa Panitia Pendidikan Islam 2017


Penasihat : Puan Lau Siew Mei
Pengerusi : Puan Nor Akmal Rusdi
Setiausaha : Puan Faizah Mohd Tahir
Ahli Jawatankuasa : Encik Muhammad Syakir
Tindakan: Makluman

4.2 Penyelarasan Buku Kerja Murid


 Bagi murid tahap 1 guru Pendidikan Islam akan mengunakan buku teks dan
buku aktiviti yang telah disediakan oleh KPM. Hanya sebuah buku tulis sahaja
akan ditambah sebagai buku latihan jawi dan membuat nota.
 Seterusnya, untuk murid tahap 2 pula, mereka akan menggunakan buku teks
yang dibekalkan KPM dan sebuah buku latihan yang sesuai yang akan dipilih
oleh guru matapelajaran serta sebuah buku tulis bagi modul jawi dan membuat
nota. Pelaksanaan KSSR dalam PdPC amat menekankan penggunaan buku
teks.
Tindakan: Makluman

4.3 Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pelaporan Offline.


 Guru yang terlibat hendaklah melaksanakan PBS sepanjang tahun dan
melengkapkan pelaporan secara offline. Laporan setiap murid hendaklah
dicetak dan disimpan di dalam fail yang berkenaan.
Tindakan: Guru Pendidikan Islam

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4.4 Penyelarasan Penulisan RPH.


 Penulisan Buku Persediaan Mengajar bagi KSSR hendaklah mengandungi
standard pembelajaran, objektif pembelajaran, aktiviti PdPC, elemen merentas
kurikulum (EMK), bahan bantu mengajar, penilaian dan impak atau refleksi
atau kerja rumah. Semua guru hendaklah mengisi bahagian impak atau
refleksi dengan lengkap.
Tindakan: Guru Pendidikan Islam

4.4 Anggaran Perbelanjaan


 Peruntukan untuk panitia Pendidikan Islam akan digunakan dengan sebaik
mungkin untuk membeli bahan bantu mengajar dan menjalankan aktiviti untuk
murid sepanjang tahun.
Tindakan: Makluman

4.5 Program dan Aktiviti Sepanjang Tahun


 Mengadakan aktiviti yang sesuai sempena hari-hari kebesaran Islam seperti
kuiz, pertandingan mewarna dan hafazan surah-surah pilihan.
 Melaksanakan program bagi mempertingkatkan kemahiran jawi dan al-Quran
di kalangan murid-murid. Program tersebut ialah:
i. Program tulis, ingat dan hafaz (TIH)
ii. Program satu hari satu kalimah jawi
iii. Kelas intensif 15 minit untuk murid lemah al-Quran pada waktu rehat

Tindakan: Guru Pendidikan Islam

5 HAL-HAL LAIN
 Mengemaskini dan menghias bilik Pendidikan Islam mengikut susunatur kelas
pembelajaran abad ke 21.
Tindakan: Semua guru

PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat yang
berikutnya akan dimaklumkan kemudian.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

........................................... ……...............................……
( Pn. Faizah bt Mohd Tahir ) ( Pn. Nor Akmal Binti Rusdi )
Setiausaha Pengerusi
Tarikh : 3 Januari 2017 Tarikh : 3 Januari 2017

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like