You are on page 1of 9

UNIT 1: INSTITUSI RAJA TONGGAK

KEDAULATAN NEGARA
August 21, 2017

6.1.1 MAKSUD RAJA DAN KERAJAAN


Sistem pemerintahan yang diamalkan di negara kita ialah sistem demokrasi berparlimen.
Sistem pemerintahan di Malaysia adalah di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan.

Yang Di-Pertuan Agong:


* merupakan Ketua Negara Malaysia/ ketua kerajaan

* menduduki tempat tertinggi dalam sistem pemerintahan

* merupakan raja yang memerintah mengikut Perlembagaan Negara serta dinasihati oleh
kabinet

Struktur pentadbiran negara terbahagi kepada 3 bahagian:

(i) Badan perundangan

(iii) Badan kehakiman

(ii) Badan pemerintahan


Perdana Menteri merupakan ketua pentadbiran negara. Perdana Menteri dilantik oleh Yang
Di-Pertuan Agong daripada ketua parti yang memenagi pilihan raya umum.

Perdana Menteri dari dahulu hingga sekarang


YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN MUHAMMAD V
6.1.2 KONSEP DAULAT DAN DERHAKA
DAULAT
 Perkataan daulat berasal daripada perkataan Arab iaitu daulah yang bererti kerajaan atau
negeri.
 Daulat juga bererti kuasa atau hak tertinggi seseorang Sultan untuk memerintah sesebuah
negeri atau negara.
 Daulat melambangkan kekuasaan yang dikhaskan kepada raja.
 Negara yang berdaulat bererti negara yang mempunyai hak untuk memerintah.
 Tujuan daulat ;
(i) Memberi penghormatan tertinggi kepada raja

(ii) Mengawal para pembesar dan rakyat

DERHAKA
1. Derhaka bermaksud tidak taat atau khianat kepada negara atau pemerintahannya.
2. – rakyat bertindak melanggar perintah / suruhan raja.
3. Orang yang menderhaka kepada raja akan dipanggil penderhaka.
4. Kesan derhaka ;
(a) Ditimpa tulah atau malapetaka

(b) Dijatuhi hukuman bunuh

6.1.3 KEDUDUKAN RAJA PADA MASA KINI


Terdapat dua peringkat dalam sistem ini,

Peringkat Persekutuan
(a) Ketua negara ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

(b) Ketua kerajaan ialah Perdana Menteri

(c) Yang di-Pertuan Agong menjalankan kuasa pemerintahan mengikut undang-undang


negara dengan dinasihati oleh jemaah menteri.

(d) Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat 5 tahun sekali.

Peringkat Negeri
(a) Ketua negeri terdiri daripada :

– Sultan

– Raja

-Yang di-Pertuan Besar/ Yang di-Pertuan Negeri

(b) Ketua kerajaan negeri ialah Menteri Besar atau Ketua Menteri

6.1.4 SENARAI NEGARA-NEGARA DI ASIA YANG MENGAMALKAN SISTEM


PEMERINTAHAN BERAJA PADA MASA KINI
Senarai negara di Asia yang masih mengamalkan sistem pemerintahan beraja :

-THAILAND

-BRUNEI

-KEMBOJA

-JEPUN
-QATAR

6.1.5 KEPENTINGAN TAAT SETIA KEPADA RAJA


 Prinsip kedua Rukun Negara ialah Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
 Walaupun prinsip pertama Rukun Negara berasaskan pengamalan serta penerapan
kepercayaan terhadap Tuhan, tetapi prinsip kedua pula adalah berdasarkan kepatuhan yang
berkekalan kepada raja dan negara.
 Prinsip ini seharusnya disemai dalam diri setiap rakyat Malaysia supaya keamanan,
keselamatan serta kedamaian negara kita sentiasa terpelihara.
 Kesetiaan kepada raja amat penting demi mempertahankan warisan kesultanan di negeri-
negeri Melayu sejak sebelum era kemerdekaan.
 Pada masa yang sama, kita perlu mencurahkan taat setia kita terhadap negara demi
mengelakkan keganasan serta keadaan yang tidak diingini berlaku di Malaysia.
6.1.6 KEPENTINGAN MEMPERTAHANKAN INSTITUSI BERAJA

 Malaysia adalah antara negara di dunia yang masih mengamalkan sistem pemerintahan
Raja Perlembagaan.
 Ia merupakan warisan sistem politik yang masih kekal sehingga ke hari ini.
 Institusi raja perlu dikekalkan kerana:
(i) Ia merupakan lambang kesetiaan kepada raja ; Rakyat menumpukan kesetiaan
kepada negara dengan taat setia kepada raja.
(ii) Institusi raja juga berperanan menjaga kesuciaan kesuciaan agama Islam dan
keistimewaan orang Melayu.

(iii) Institusi raja juga menjadi lambang perpaduan rakyat jelata / simbolik penyatuan
rakyat.

 Berdasarkan sejarah, negara yang mengamalkan sistem beraja lebih stabil berbanding
negara yang mengamalkan sistem-sistem pemerintahan yang lain.
6.1.7 PENGHARGAAN TERHADAP INSTITUSI BERAJA

Cara-cara Menghargai Institusi Raja

Bersatu padu memajukan negara

Mematuhi arahan Sultan atau Raja

Meraikan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan atau Raja/pemimpin dengan aktiviti yang berfaedah

Menghargai sumbangan institusi beraja

Mengekalkan kestabilan negara

Mematuhi undang-undang negara

Mengekalkan kesetiaan kepada Sultan atau Raja

You might also like