You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

PENUBUHAN UNIT KUALITI

INSTITUSI PENDIDIKAN HIRA’ BERHAD (IPHB )

DEFINISI PENGURUSAN KUALITI

Pengurusan bermaksud satu proses sosial yang melibatkan aktiviti


sepertimerancang,mengelola,melaksana (memimpin) dan mengawal
pelaksanaan program-program atau tindakan bagi mencapai matlamat
yang telah ditetapkan.

Berkualiti pula bermaksud suatu perkhidmatan (output) memenuhi


kehendak pelanggan dan stakeholder.

CIRI-CIRI UNIT PENGURUSAN BERKUALITI

1. Menjalankan penambahbaikan berterusan.


2. Memberi penekanan yang lebih kepada peranan pengurusan atasan.
3. Mengambilkira keperluan undang-undang dan peraturan.
4. Objektif yang boleh diukur pada setiapperingkat dan fungsi yang
berkaitan.
5. Memastikan keberkesanan latihan.
6. Analisis data bagi tujuan pengukuran pencapaian pelaksanaan
sistemkualiti.
7. Maklumat kepuasan atau ketidakpuasan pencapaian sebagai
pengukuran pencapaian pelaksanaan objektif kualiti.

KELEBIHAN UNIT PENGURUSAN KUALITI

1. Unit Pengurusan Kualiti memberi penekanan terhadap pencegahan


dan bukan mengatasi masalah setelah perkara yang berkaitan
berlaku.
2. Kajian semula yang berterusan keatasproses-proses yang kritikal dan
membuat tindakan pembetulan.
3. Mewujudkan cara bekerja yang konsisten dan menepati “prinsip betul
pertama kali dan setiapkali”.
4. Pelaksanaan tugas berdasarkan kepada prosedur yang
didokumentasikan.
5. Mementingkan penyimpanan rekod kualiti untuk membuktikan
tindakan yang telah dilaksanakan
OBJEKTIF DAN FUNGSI SEKTOR JAMINAN KUALITI

MISI

 Memberikan bimbingan dan panduan hala tuju kepada kumpulan


sasaran kepimpinan sekolah melalui pendekatan "Quality Check Point"
dan melaksanakan analisi keperluan sebagai pengukur kepada
penerimaan dan penghasilan kepimpinan sekolah berkualiti.

VISI

 Melahirkan pengurus dan pendidik di sekolah yang dapat


memperkasakan organisasi dengan gaya kepimpinan (leadership)
yang mantap dan cemerlang.

OBJEKTIF

1. Meningkatkan kompetensi dan pengalaman semua pegawai di Sektor


Jaminan Kualiti dalam bidang pengurusan pendidikan sebagai pakar
rujuk kepada pengurus-pengurus sekolah (Pengetua dan Guru Besar)
2. Memberi bimbingan secara berterusan kepada pengurus sekolah
untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran sekolah.
3. Memastikan pengurus sekolah menerima latihan (coaching) secara
hands-on secukupnya dalam pelbagai bidang untuk meningkatkan
pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan
pentadbiran.
4. Membangunkan sekumpulan pengurus sekolah yang pakar untuk
membantu dan memberi bimbingan kepada pengurus-pengurus
sekolah yang lain (coaching partnership).
5. Membudayakan kajian tindakan dalam pengurusan pendidikan untuk
melahirkan pelbagai kaedah kepimpinan dan pengurusan pendidikan
yang berkualiti.
6. Mengindoktrinkan pemikiran pengurus sekolah bagi menzahirkan jati
diri sebagai pemimpin instruksional.

FUNGSI

1. Pentaksiran dan Penilaian

 Melaksanakan mekanisme untuk mengesan kelemahan dan kekuatan


pengurusan dan pentadbiran sekolah berfokuskan kepada sistem
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
 Membuat pentaksiran dan penilaian ke atas keberkesanan pelbagai
program pendidikan untuk murid, iaitu program akdemik dan program
pembangunan kemanusiaan.
 Melaksanakan penilaian untuk keberkesanan program profesional
keguruan (Program Perkembangan Staf)
 Membuat penilaian pelbagai program sokongan pendidikan.
 Memberi bimbingan dan sebagai mentor kepimpinan ke atas
pentadbiran sekolah untuk meningkatkan kualiti kepimpinan pengetua
dan guru besar kepada standard yang ditetapkan.

2. Pembimbing Hala Tuju dan Penyeliaan Mental Pendidikan

 Mengindoktrinkan pemikiran pentadbir sekolah bagi menzahirkan jati


diri memimpin proses pengajaran dan pembelajaran
 Melatih kaedah berfikir untuk membuat perancangan pelaksanaan
persekolahan yang relevan dengan impak pembinaan insan murid
 Menggerakkan perubahan pemikiran (anjakan minda) supaya
berfikiran terbuka (Thinking outside the box), proaktif, kritis dan kreatif.

3. Mengekal Jaminan Kualiti (Quality Assurance)

 Memberi bimbingan berterusan untuk membentuk sistem pengurusan


sekolah secara profesional
 Mengekal dan meningkatkan kualiti kepimpinan instruktsional
 Berkongsi pengalaman dan kejayaan pengurusan sekolah sebagai
budaya memperkasakan kepimpinan sekolah

4. Mengamalkan Penyelidikan

 Melatih dan membimbing pentadbir sekolah menguasai kemahiran


membuat analisis maklumat untuk membentuk strategi dan
pendekatan peningkatan kualiti penyampaian bagi proses
pengajaran dan pembelajaran.
 Melatih dan membimbing pentadbir sekolah membuat keputusan
berteraskan kepada fakta dan maklumat menyeluruh.

5. Merancang, menyelaras, membina dan melaksanakan sistem kepiawaian


pengurusan kualiti yang seragam untuk melonjakkan imej pengurusan yang
bertaraf dunia.

6. Menyelaras, pengumpulan, penyelenggaraan, penerbitan, penyimpanan


dan pengedaran laporan dan pelbagai dokumen kualiti di dalam organisasi.

7. Menyelaras semua Anugerah Kualiti dan Inovasi di peringkat organisasi


(SMIH/MTQH/SRIH/TRANSIT/NURSERI)
8. Merancang, menyelaras dan melaksanakan Audit Dalam bagi selurush
proes kerja dalam organisasi.

9. Menyelaras maklumbalas minit mesyuarat pengurusan di peringkat IPHB


yang ditentukan oleh pihak pengurusan atasan.

CADANGAN SEKRETARIAT KUALTI INSTITUSI PENDIDIKAN HIRA’BERHAD SERTA


BIDANG TUGAS

1. KETUA UNIT PENGURUSAN KUALITI IPHB

You might also like