You are on page 1of 27

ISI KANDUNGAN

Bil Tajuk Muka Surat


Biodata diri
Halaman Pengakuan
1 Penghargaan
2 1.0 Pengenalan
3 2.0 Matlamat dan Objektif
4 3.0 Kandungan
3.1 Bengkel bertajuk “Guru dan Perundangan”
3.2 Lawatan Penanda Aras ke SK Felda Selasih
5 4.0 Refleksi Kendiri
4.1 Refleksi Kendiri Tentang Bengkel “Guru
dan Perundangan”
4.2 Refleksi Kendiri Tentang Aktiviti Lawatan
6 5.0 Laporan Reflektif
5.1 Laporan Reflektif Tentang Bengkel “Guru
dan Perundangan”
5.2 Laporan Reflektif Tentang Aktiviti Lawatan
7 Penutup
8 Lampiran
BIODATA DIRI

NAMA : WONG PEAI PEAI

NO.KAD PENGENALAN : 930827-08-5294

NO. TELEFON : 016-5630827

TEMPAT ASAL : KELANTAN ( PASIR MAS )

SEMESTER : PISMP SEM 5

UNIT : PSV 3(SJKC)

NO. MATRIK : 6738


HALAMAN PENGAKUAN:

“ Saya mengaku bahawa karya ini adalah hasil kerja saya kecuali rujukan dan
ringkasan yang telah saya nyatakan sumbernya “

Tandatangan:___________________________________________________

Nama :___________________________________________________

Tarikh :___________________________________________________
PENGHARGAAN

Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Terlebih dahulu, saya,


Wong Peai Peai dari PISMP semester 5 unit Pendidikan Seni Visual 3
ambilan Jan 2013 ingin bersyukur kepada Tuhan kerana telah berjaya
menyiapkan tugasan tugasan Portfolio Bina Insan Guru dalam tempoh yang
ditetapkan

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada


mentor kami, Encik Wan Ahmad Abd.Hakim Bin Wan Dagang yang telah
memberi masa dan bimbingan yang diharapkan. Beliau bukan sahaja telah
menjalankan tugasnya untuk membantu saya dalam pemprosesan tugasan,
malah beliau juga memberi banyak pandangan dan idea yang baik kepada
saya. Semasa perbincangan dengan beliau, saya dapat berasa beliau sangat
baik hati dan sentiasa bersedia membantu saya menyelesaikan tugasan ini
dengan secepat mungkinnya. Beliau telah memberi banyak bahan rujukan
kepada saya sebagai panduan dalam pemprosesan tugasan. Oleh itu saya
akan menghargai korbanan beliau.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu


bapa saya, walaupun mereka tidak berada di sekeliling kami. Mereka telah
memberi sokongan yang banyak dan ia amat berkesan kepada saya melalui
komunikasi dalam telefon. Saya juga menghargai korbanan masa mereka.

Akhirnya, saya ingin berterima kasih kepada rakan-rakan sekelas.


Dalam pemprosesan tugasan ini, rakan-rakan saya telah membantu dan
sentiasa memberi semangat dan sokongan kepada saya. Tambahan pula,
ahli kumpulan saya juga bekerjasama dengan saya semasa menjalankan
aktiviti. Jadi, saya ingin berterima kasih kepada ahli kumpulan saya kerana
mereka telah memberi komitmen dan kerjasama yang tinggi untuk
menyempurnakan semua aktiviti yang dijalankan. Selain itu, mereka juga
membantu saya memeriksa ejaan dalam setiap perkataan semasa saya
menaip. Oleh itu, saya sangat menghargai dan bersyukur kerana mempunyai
rakan-rakan yang sebaik ini.

Sekian terima kasih.


1.0 PENGENALAN

Bagi melengkapkan keperluan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan,


semua pelajar yang mengikuti mana-mana pengajian di IPG seluruh Malaysia
diwajibkan menyertai Program Bina Insan Guru (BIG) yang merupakan satu
wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang unggul,
berilmu, berkemahiran serta mempunyai sahsiah yang tinggi seperti yang
dihasratkan oleh kerajaan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini telah dirangka untuk
membina daya tahan mental dan fizikal serta menerapkan nilai-nilai hidup
bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan
guru. Melalui pelaksanaan program ini Bahagian Pendidikan Guru (BPG)
berasrat dapat membina insan guru yang mempunyai ketahanan fizikal dan
mental serta cemerlang dalam semua aspek, sesuai dengan cabaran
profession perguruan masa kini.

Bagi menjayakan program BIG ini, pelatih guru bukan sahaja perlu
mempunyai penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang tetapi perlu juga
mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui pratikalnya. Setiap pelatih
guru hendaklah mempunyai penghayatan yang mendalam terhadap pelbagai
aktiviti yang dijalankan kerana melalui aktiviti-aktiviti ini, kita dapat
mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan
dalam diri selaras dengan hasrat negara.

Program BIG direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam
kampus sepanjang enam semester tempoh pengajian. Melalui aktiviti yang
dirancang, pelajar dapat mengenali diri (real-self) dan mampu
mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah
pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini
diharapkan dapat melahirkan bakal guru-guru yang memiliki kemantapan
sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia dan
mampu menangani cabaran pendidikan dan arus globalisasi.

Lebih-lebih lagi, program Bina Insan Guru ini akan melahirkan guru yang
memiliki ciri-ciri dan perwatakan insan pendidikan yang berpengetahuan,
berdaya maju, berdaya tahan, dan berdaya saing. Penekannan kursus
diberikan terhadap pembentukan diri guru yang secara holistik dan
kontekstual. Kursus ini merupakan suatu program perkhemahan selama
empat hari tiga malam. Melalui perkhemahan, para guru akan diterapkan
dengan ciri-ciri, potensi dan citra guru.

2.0 OBJEKTIF :

Program Bina Insan Guru bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(PISMP) bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar
tentang ciri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul mencakupi enam domain
utama kurikulum BIG.

Antaranya ialah :

i memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada


keadaan dan keperluan persekitaran persekitaran berkenaan.

ii menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu


tindakan atau amalan.

iii menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai etika dan akhlak keguruan.

iv menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta


membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan.

v berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang


tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai.

vi membina pemikiran aras tinggi dalam membuat keputusan dan


menyelesaikan masalah.

vii mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental dan emosi,
rohani dan sosial.

viii memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab


dalam melaksanakan tugas dalam kumpulan.

ix berupaya berfikir secara refleksi dan kritikan ke atas pengalaman,


kekuatan dan kelemahan diri dan mengambil tindakan
penambahbaikan.
3.0
KANDUNGAN
3.1
LAPORAN
PROGRAM BINA
INSAN GURU
FASA 5
( BENGKEL )
3.2
LAPORAN
PROGRAM BINA
INSAN GURU
FASA 5
( LAWATAN )
4.0
REFLEKSI
KENDIRI
4.1 REFLEKSI KENDIRI (BENGKEL)

Progrm Bina Insan Guru (BIG) bagi guru pelatih Program Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) semester lima kali ini dibahagikan kepada
dua bahagian. Bahagian pertama merupakan aktiviti bengkel yang menelan
masa selama tiga jam dan bahagian kedua pula merupakan aktiviti lawatan
penanda aras ke sekolah kluster kecemerlangan mengikut unit masing-
masing.

Pada 8 Februari 2015, satu sesi bengkel program Bina Insan Guru
telah diadakan di Dewan Al-Khindi, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan
Mizan. Semua guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
semester lima daripada sepuluh buah kelas iaitu hampir dua ratus orang telah
terlibat bagi menjayakan program ini. Ceramah ini telah disampaikan oleh Dr.
Mohd Ramzah Bin Awang yang bertajuk “Guru dan Perundangan”. Aktiviti ini
bermula pada jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang.

Setelah beliau memperkenalkan dirinya kepada semua guru pelatih


secara ringkas, beliau pun memulakan ceramahnya. Sepanjang bengkel ini,
saya telah memperolehi pengetahuan yang amat berguna mengenai undang-
undang yang perlu dipatuhi oleh setiap guru. Sememangnya, kita sebagai
guru mestilah mematuhi peraturan dan undang-undang. Sekiranya tidak,
pelbagai kesan-kesan negatif berkemungkinan akan berlaku. Hal ini memberi
kesedaran kepada saya bahawa tugas guru merupakan tugas yang
mementingkan disiplin diri di mana kita mesti sentiasa berdisiplin dengan
mematuhi segala undang-undang sebagai seorang guru dan tidak boleh
bertindak sesuka hati sama sekali. Sehubungan dengan itu, kesabaran
menjadi sikap penting yang perlu diamalkan dalam diri setiap guru. Hal ini
demikian kerana jika seseorang guru itu mempunyai kesabaran yang tinggi
maka beliau akan mampu menghalang dirinya daripada melakukan sebarang
tindakan yang melanggar perundangan yang ditetapkan. Di samping itu,
bengkel ini juga memberikan satu iktibar kepada saya bahawa jangan
sesekali menyentuh tubuh murid kerana sentuhan tubuh murid merupakan
suatu kesalahan bukan hanya murid perempuan tetapi juga murid lelaki.
Lebih-lebih lagi, bengkel ini juga dapat menerapkan nilai-nilai murni
dalam diri guru pelatih, contohnya nilai bertanggungjawab dan jujur dalam
melaksanakan tugas yang diamanahkan. Sebagai guru, kita mesti
mengamalkan nilai bertanggungjawab di mana kita perlu memikul dan
melaksanakan tugas kita dengan ikhlas supaya tugas kita dapat diselesaikan
dengan sempurna. Selain itu, kita juga mesti bersikap jujur dan beramanah.
Contohnya, tidak menerima rasuah daripada murid-murid atau ibu bapa
mereka.

Lebih penting lagi, bengkel ini secara tidak langsung juga dapat
membentuk sikap positif dan professionalisme guru pelatih. Hal ini dapat
dilihat melalui penglibatan guru pelatih yang sangat memuaskan. Bukan
setakat itu sahaja, guru pelatih juga mematuhi peraturan pemakaian, iaitu
memakai pakaian formal yang kemas dan sesuai seperti yang dinyatakan
dalam peraturan yang telah ditetapkan.

Secara keseluruhannya, bengkel ini banyak membina jati diri ke arah


menghasilkan insan guru yang berkualiti dan positif. Pengalaman yang
diperolehi sepanjang bengkel ini berlansung sememangnya membantu untuk
meningkatkan keyakinan diri serta pengetahuan kepada para guru pelatih.
Pendek kata, bengkel ini meninggalkan kesan yang mendalam dan
memberikan pengalaman berharga kepada saya. Selepas menyertai bengkel
ini, saya berasa seronok dan bersemangat kerana bengkel ini amat
menyuntik semangat saya untuk meneruskan perjuangan dalam profesion
pendidikan. Selain itu, saya berharap agar pengalaman tersebut menjadikan
saya dan rakan-rakan lebih proaktif dan beriltizam tinggi untuk terus berbakti
kepada anak bangsa. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada Dr. Mohd Ramzah Bin Awang kerana telah menyampaikan
ceramah yang begitu hebat kepada para guru pelatih. Diharapkan agar aktiviti
ini akan dijalankan setiap semester.

Sekian terima kasih.


4.2 REFLEKSI KENDIRI (LAWATAN)
Dalam ruangan ini, saya ingin mengucapkan rasa syukur yang tidak
terhingga kepada Tuhan kerana telah memberkati dan membolehkan saya
berjaya menjalankan aktiviti lawatan penanda aras ke sekolah kluster
kecemerlangan ini dengan sempurnanya sehingga kini ia dapat
didokumentasikan ke dalam bentuk penulisan. Sebenarnya, saya sentiasa
menanti-nantikan lawatan ini sepanjang semester ini, selepas saya mengikuti
program BIG pada semester yang lepas kerana saya percaya bahawa ia akan
memberikan satu pengalaman yang luar biasa dan mendalam bagi saya.
Saya begitu bersyukur dan sangat gembira selepas menjalankan program
khidmat masyarakat ini.

Aktiviti lawatan ini telah dilaksanakan pada 11 Februari 2015 (hari Rabu),
di SK Felda Selasih, 22020 Jerteh, Terengganu. Kumpulan kami
mengandungi 14 orang perempuan dan 11 orang lelaki bersama dengan
mentor kami, En. Wan Ahmad Abd. Hakim Bin Wan Dagang. Aktiviti ini telah
memberikan banyak input yang amat berguna kepada saya dalam membina
nilai-nilai sahsiah keguruan, meningkatkan daya ketahanan saya dari aspek
fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial untuk diaplikasikan dalam kehidupan
seharian teruatamnya kehidupan saya dalam profesion perguruan. Cabaran,
dugaan dan halangan yang ditempuhi sepanjang aktiviti ini sebenarnya
mempunyai motif yang sangat besar dan terdapat mesej penting yang ingin
disampaikan melalui pelaksanaan aktiviti tersebut.

Pertama sekali, saya sedar bahawa sebagai seorang guru, kita mestilah
menepati masa. Hal ini kerana pada hari tersebut, kami semua dikehendaki
untuk berkumpul di dewan bendahara seawal pukul 7.15 pagi untuk
bersarapan bersama terlebih dahulu sebelum bertolak ke destinasi. Oleh itu,
saya telah bersiap sedia dan tiba di tempat berkumpul pada pukul 7.00 pagi.
Namun, bas yang kami tempah itu datang lambat ke IPG kami di mana ia
sepatutnya tiba sebelum pukul 7.30 pagi. Tanpa melengahkan masa, setelah
semua mengambil duduk masing-masing kami pun bertolak ke SK Felda
Selasih. Keadaan bertambah teruk apabila pemandu bus tidak mengenali
jalan ke sekolah tersebut. Oleh sebab itu, kami agak lewat sampai ke sekolah
tersebut. Kelewatan ini memberikan satu iktibar kepada saya bahawa sebagai
seorang guru, kita harus sentiasa menepati masa. Hal ini amat penting jika
kita tidak menepati masa dan sering lewat pergi ke kelas, kita akan
membazirkan masa murid-murid untuk belajar kerana perkara yang tidak
dijangka boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, jika kita datang
awal maka kita boleh mempunyai masa yang lebih untuk membuat
persediaan yang lebih baik.

Perjalanan ke SK Felda Selasih memakan masa agak-agak setengah


jam. Setelah tiba di sana, kami disambut mesra oleh Guru Besar, iaitu Tn. Hj.
A. Razak Bin Rashid, guru-guru dan murid-murid. Setelah memberi salam
kepada guru-guru dan murid-murid, kami mengambil gambar bersama-sama
terlebih dahulu kerana pihak sekolah ingin mencetak foto tersebut dan
membuat bingkai supaya dapat dijadikan hadiah untuk kami sebagai
kenangan. Saya sangat terharu terhadap tindakan ini kerana tindakan ini
telah menunjukkan keikhlasan mereka terhadap kedatangan kami. Sebelum
ini saya rasa tertanya-tanya bahawa adakah benar gambar yang telah diambil
semasa sesi bergambar bersama pihak sekolah ataupun pihak lain akan
betul-betul dicetak dan disimpan sebagai kenangan, sedangkan setiap kali
kami mengadakan sesi bergambar pada akhir program. Tindakan ini telah
menaikkan lagi semangat saya untuk melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti lawatan ini.

Selepas itu, Guru Besar membawa kami melawat ke bilik latihan ping
pong. Saya agak terkejut melihat bilik ping pong mereka kerana mempunyai
mesin pemukul bola ping pong yang sebelum ini saya tidak pernah jumpa di
sekolah rendah saya zaman dahulu. Infrastruktur yang baik dan mencukupi
malah canggih sememangnya dapat membantu murid-murid untuk belajar
dengan lebih baik. Tambahan pula, guru ping pong di sekolah itu juga
berkemahiran tinggi dalam permainan ping pong. Oleh sebab itu, pasukan
ping pong sekolah itu telah pun mencapai kejayaan yang cemerlang. Sebagai
buktinya, mereka merupakan pasukan wakil daerah Besut dan pernah
mendapat naib johan tahun lepas. Melalui pengalaman ini, saya mendapati
bertapa pentingnya untuk pihak sekolah menitikberatkan bidang kokurikulum
dengan membekalkan kemudahan dan infrasturktur yang mencukupi kepada
para murid. Lebih penting lagi, guru tidak boleh bersikap sambil lewa semasa
mengajar bidang kokurikulum malah guru seharusnya sentiasa
mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan diri terhadap bidang yang
diajar sama ada sukan dan permainan ataupun unit berunitform.

Kemudian, kami mendengar taklimat mengenai sejarah pentadbiran


sekolah dan pencapaian sekolah daripada Guru Besar. Banyak input
diperolehi daripada taklimat yang diberikan dan amat berguna kepada kami.
Terutamanya berkenaan dengan pengurusan sekolah dalam sistem akademik
dan kokurikulum memang menarik perhatian saya untuk mengaplikasikannya
di sekolah pada masa kelak. Selain itu, GPS UPSR sekolah ini pada tahun
2012 mencapai tahap yang menakjubkan iaitu 1.65. Saya berharap supaya
saya juga dapat melahirkan murid-murid yang celik pandai agar dapat
meningkatkan GPS UPSR di sekolah yang saya ajar pada masa kelak.

Seterusnya, Guru Besar mengiring kami melawat pejabat Guru Besar


dan pejabat guru. Pejabat guru di sekolah ini sangat besar dan kemas
berbanding dengan sekolah-sekolah yang pernah saya pergi semasa
program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di mana pejabat guru
mereka biasanya berselerak dengan buku-buku dan alat bantu mengajar
(ABM) bukan itu sahaja ruangnya juga sangat sempit sehingga kadang kala
memang tidak cukup meja untuk guru baru. Untuk mengatasi masalah ini,
sekolah ini telah membina sebuah bilik ABM di dalam pejabat guru untuk
memudahkan urusan mengambil dan memulangkan ABM. Dengan itu, ruang
pejabat menjadi lebih luas dan kemas.

Lebih-lebih lagi, melalui aktiviti BIG ini saya juga telah mendapat satu
pengajaran yang sangat bermakna dan penting, iaitu bersosial dengan orang
lain akan memudahkan kita dalam masyarakat. Sebagai contoh, semasa
menjamu selera di kantin, kami menemu seorang guru bangsa American, iaitu
Sir Mark dari Briton Education. Saya telah memberanikan diri untuk bercakap
dengan beliau. Beliau kemudiannya telah berkongsi pengalamannya
mengajar di negara-negara berlainan kepada kami. Saya berasa kagum
terhadap semangat beliau kerana beliau sanggup meninggalkan keluarganya
di tanah air untuk pergi ke negara lain bagi menyampaikan ilmu pengetahuan
kepada murid-murid di negara tersebut. Selain Sir Mark, saya juga mengambil
kesempatan berinterasi dengan guru-guru lain di sekolah tersebut untuk
mengetahui maklumat ringkas mengenai pengalaman mereka sepanjang
tempoh mengajar di sekolah. Sebagai seorang guru, saya perlu berani
berhadapan dengan masyarakat demi menjalinkan perhubungan yang
harmoni dan baik dengan mereka. Hal ini penting kerana jika seseorang guru
itu tidak mampu mewujudkan perhubungan yang positif dengan orang di
sekeliling, kemungkinan besar seseorang guru itu tidak boleh mengajar kelas
dengan efektif.

Setelah berborak dan mengambil gambar, kami pun menikmati makanan


yang disediakan oleh pihak sekolah bersama-sama dengan murid-murid.
Murid-murid kelihatan agak malu dan segan untuk makan bersama dengan
kami kerana mereka enggan duduk bersama dengan kami walaupun banyak
kali telah kami ajak. Namun begitu, saya masih sempat untuk berbual-bual
dengan mereka sebelum beredar. Seterusnya, guru besar mengiring kami
melawat ke kawasan persekitaran sekolah seperti kelas pemulihan,
prasekolah, bilik seni dan sebagainya. Semasa di kelas pemulihan, guru
pemulihan iaitu En. Wan Fauzie dan Pn. Mafazah telah menerangkan
bagaimana mereka mengajar murid pemulihan dengan cara yang lebih
berkesan kepada mereka. Menerusi penerangan beliau, saya menyedari
bahawa sebagai seorang guru sama ada guru kelas biasa atau pemulihan,
kita bukan sahaja perlu mengetahui kaedah dan teknik mengajar malah juga
perlu mempunyai unsur-unsur kreatif dan inovatif dalam menjalankan rutin
tugas kita. Unsur kreatif ini sangat penting kerana tanpa unsur ini, murid-
murid akan mudah bosan dan kesannya mereka tidak dapat menerap apa
yang kita sampaikan.

Sehubungan dengan itu, saya ingin merakamkam setinggi-tinggi


penghargaan kepada pihak IPG Kampus Sultan Mizan kerana telah
menyediakan aktiviti lawatan penanda aras ke sekolah kluster kecemerlangan
ini bersempena dengan kursus BIG untuk melahirkan insan guru yang
berkualiti. Selain itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
mentor kami yang sudi mengeluarkan masa serta tenaga bersama kami
dalam program BIG tersebut. Di samping itu, saya juga tidak lupa berterima
kasih kepada pihak sekolah SK Felda Selasih serta semua kawan yang
bersama saya untuk melibatkan diri dalam BIG ini. Melalui program BIG ini,
saya telah mendapat banyak manfaat serta pengetahuan yang baru. Saya
berharap agar dapat mengaplikasikan pengalaman dan pengetahuan yang
diperolehi ini supaya dapat menjadi seorang guru yang sentiasa tabah
menghadapai cabaran, berani menghadapi segala masalah dan bersemangat
tinggi untuk bertekad menjadi seorang guru yang dedikasi dan cinta akan
pekerjaannya.

Secara keseluruhannya, aktiviti BIG ini dijalankan dengan lancar dan


juga telah menepati matlamatnya untuk membentuk insan guru yang
sempurna. Ini merupakan kaedah yang baik untuk membentuk insan guru
yang berakhlak mulia, mempunyai semangat juang yang tinggi, dapat
menyesuaikan diri dalam apa-apa jua keadaan, dan juga dapat mengatasi
sebarang cabaran atau rintangan, lantas melahirkan guru yang seimbang.
Program ini juga akan dapat memberi pendedahan kepada guru pelatih agar
sentiasa bersedia untuk mendidik anak bangsa tidak kira di mana mereka
akan ditempatkan kelak. Bukan itu sahaja, diharapkan program ini turut akan
menyediakan mental dan rohani guru pelatih agar mereka akan bersedia
untuk berkhidmat dan berbakti kepada negara. Semogo pengalaman tersebut
menjadikan saya dan rakan-rakan lebih proaktif dan beriltizam tinggi untuk
terus berbakti kepada anak bangsa.

Sekian terima kasih.


5.0
LAPORAN
REFLEKTIF
5.1 LAPORAN REFLEKTIF (CERAMAH)

KEKUATAN (Strengths) KELEMAHAN (Weakness)


 kandungan bengkel menambah  pengurusan lokasi bengkel
pengetahuan dan memberikan  gangguan persekitaran – guru
kesedaran pelatih keluar dan masuk sesuka
 sikap positif antara penceramah hati
dengan peserta  pengurusan makanan tidak begitu
 penglibatan peserta agak memuaskan
memuaskan
 penggunaan bahasa yang mudah
difahami
PELUANG (Opportunities) ANCAMAN (Threats)
 menambah ilmu pengetahuan dan  tiada
memberi kesedaran
 hubungan para guru pelatih
CADANGAN PNEMBAHBAIKAN
 menukar tempat
 tegur guru pelatih yang kerap keluar masuk
 sesi soal jawab yang khas pada akhir bengkel
KEKUATAN:

Sepanjang bengkel yang dijalankan ini, banyak yang telah kami


pelajari, antaranya ialah dari aspek kandungannya di mana kandungan ceramah
yang diberikan tersebut bukan sahaja menambahkan pengetahuan saya dari
pelbagai aspek, malah ia juga memberikan kesedaran kepada saya supaya
menjadi seorang guru yang cemerlang dan berkualiti. Selain itu, penglibatan
pelajar juga agak memuaskan di mana kehadiran para pelajar adalah secara
menyeluruh dan ini telah menyebabkan perancangan bagi program pada hari
tersebut berjalan dengan lancar.

Bukan itu sahaja, pengalaman sedia ada guru juga membantu dalam
pelaksanaan program ini dengan lancar. Perbincangan dan mesyuarat serta
pembahagian tugas yang diamanahkan telah menjadi suatu tanggungjawab
kepada para guru. Tambahan pula, kerjasama dan toleransi sesama rakan
sebaya amat dititikberatkan sepanjang proses pelaksanaan program ini. Lebih
penting lagi, penceramah tersebut telah menggunakan suara yang lantang dan
jelas serta bahasa yang mudah difahami supaya kami lebih mudah untuk
menyerap maklumat yang disampaikan.

KELEMAHAN:

Terdapat juga kelemahan yang wujud dalam bengkel ini. Antaranya ialah dari
segi pengurusan. Lokasi yang dipilih, iaitu bilik bestari adalah agak sempit
kerana terdapat 201 orang peserta tidak termasuk pensyarah. Lebih-lebih lagi,
sistem pengudaraan di bilik bestari juga menjadi suatu masalah kerana
penghawa dingin tidak berfungsi dengan baik pada hari itu. Keadaan ini telah
mengakibatkan peserta berasa tidak selesa dan kurang memberikan tumpuan.
Selain itu, terdapat juga segelintir guru pelatih yang keluar masuk sesuka hati
yang turut mengganggu guru pelatih lain yang sedang mendengar ceramah.
Di samping itu, pengurusan makanan juga agak mengecewakan. Hal ini
kerana AJK makanan tidak membahagi makanan dengan baik di mana ada
guru pelatih yang mengambil lebih daripada apa yang sepatutnya
mengakibatkan guru pelatih yang lambat tidak dapat makanan.
PELUANG:

Sesungguhnya, bengkel ini banyak memberi peluang kepada saya untuk


menambah ilmu pengetahuan dan memberi kesedaran mengenai undang-
undang dalam menjadi seorang guru. Hal ini penting agar kami dapat
meningkatkan sikap professionalisme sebagai seorang guru yang berkualiti
dan positif.

ANCAMAN :

Bengkel ini berjalan dengan lancar, tiada apa-apa ancaman.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :

Untuk menambahbaikan lagi bengkel ini, saya mencadangkan supaya


memilih lokasi yang cukup luas dan mempunyai tempat duduk yang
secukupnya, kemudian memeriksa penghawa dingin terlebih dahulu supaya
masalah ketidakselesaan lokasi tidak akan timbul. Selain itu, saya juga
mencadangkan supaya AJK memberikan teguran kepada guru pelatih yang
kerap keluar masuk sesuka hati supaya dapat mengurangkan gangguan
bukan sahaja terhadap guru pelatih yang sedang mendengar ceramah malah
juga penceramah itu sendiri. Seterusnya, saya juga ingin memberi cadangan
untuk mengadakan sesi soal jawab yang khas pada akhir sesi bengkel untuk
menilai tahap kefahaman guru dan bukannya menyelitkan soal jawab secara
rawak sahaja.
5.2 LAPORAN REFLEKTIF (LAWATAN)

KEKUATAN (Strengths) KELEMAHAN (Weakness)


 penerapan ilmu baru mengenai  kelewatan dan salah jalan
kepimpinan dan pentadbiran  peruntukan masa yang singkat
sekolah  perasaan malu pada diri guru
 penerapan nilai murni dan pelatih
pengajaran – rendah diri,
bersopan santun dan berdisiplin
 komited terhadap kerjaya sebagai
guru
PELUANG (Opportunities) ANCAMAN (Threats)
 mengeratkan hubungan sosial  cuaca yang panas semasa aktiviti
dengan pihak sekolah dan murid- melawat di sekitar kawasan
murid sekolah
 semangat bekerjasama antara
guru pelatih dengan mentor
 menikmati pemandangan di
sekitar SK Felda Selasih
CADANGAN PNEMBAHBAIKAN
 mengenalpasti jalan ke sekolah tersebut terlebih dahulu, tidak bergantung
kepada pemandu bas
 Peserta perlulah dimaklumkan lebih awal mengenai perjalanan aktiviti supaya
dapat bersedia lebih awal.
 memanjangkan lagi tempoh masa lawatan
KEKUATAN:

Sepanjang aktiviti lawatan di SK Felda Selasih, banyak yang telah kami


pelajari, antaranya ialah dari aspek ilmu mengenai kepimpinan dan
pengurusan sekolah. Taklimat yang diberikan oleh Guru Besar berfokuskan
topik tentang tiga aspek penting iaitu kepimpinan beliau dalam pentadbiran
sekolah, cara bagaimana keadaan sekolah yang kondusif di wujudkan dan
cara bagaimana beliau membentuk iklim sekolah yang mesra budaya. Melalui
taklimat yang diberikan ini, secara langsung telah meningkatkan serba sedikit
ilmu mengenai pentadbiran sekolah.

Melalui taklimat ini juga saya mendapati Guru Besar, iaitu Tn. Hj. A.
Razak Bin Rashid merupakan seorang guru besar yang mengamalkan sikap
rendah diri. Beliau menyatakan bahawa murid-murid di sekolah ini terdiri
daripada murid yang cemerlang dari segi prestasi akademik dan kokurikulum
tetapi beliau selalu menyatakan bahawa sekolah tersebut tidaklah dalam
kategori “sohor”. Selain nilai rendah diri, saya juga mendapati murid-murid di
sekolah tersebut telah mengamalkan nilai bersopan santun dan berdisiplin di
mana mereka akan memberi salam dan bertegur sapa setiap kali bertemu
dengan guru-guru. Sebagai seorang guru, kita harus bersikap rendah diri
dalam semua aspek dan sentiasa berdisiplin dengan mematuhi peraturan-
peraturan sekolah.

Lebih-lebih lagi, saya juga mendapati kebanyakan guru di sekolah


tersebut sangat komited terhadap kerjaya mereka dan sanggup berkorban
untuk memastikan murid-murid berjaya. Contoh yang ketara ialah Sir Mark H.
Dodge dari Brighton Education di mana beliau berdedikasi untuk
menyampaikan ilmu kepada sesiapa sahaja yang ingin menuntut ilmu tidak
kira di mana-mana sahaja walapun terpaksa berpisahan dengan ahli
keluarganya dalam tempoh masa yang agak lama. Selain Sir Mark, guru-guru
lain seperti guru ping pong dan guru pemulihan juga turut menunjukkan
komitmen yang tinggi terhadap sekolah.
KELEMAHAN:

Terdapat juga kelemahan yang wujud dalam aktiviti lawatan ini.


Antaranya ialah masalah kelewatan dan salah jalan. Hal ini kerana pemandu
bas yang kami tempah itu tidak sampai ke IPG kami tepat pada masa.
Keadaan bertambah buruk apabila kami tidak mengetahui di mana pintu
depan SK Felda Selasih begitu juga dengan pemandu bas. Hal ini bukan
sahaja mengakibatkan kami terlewat sampai ke sekolah tersebut malah juga
menjatuhkan imej maktab kita. Syukurlah, kerana pihak sekolah tidak
mengambil kisah tentang kelewatan kami. Untuk mengelakkan perkara
sebegini berlaku, kami seharusnya mengingatkan pemandu bas untuk
menepati masa yang telah dijanji. Selain itu, kami juga harus mengenalpasti
jalan ke sekolah tersebut terlebih dahulu, dan tidak bergantung kepada
pemandu bas semata-mata.

Dari aspek peruntukan masa, masa yang diberikan adalah tidak


mencukupi. Hal ini kerana 4 jam tidak cukup bagi kami untuk mendapatkan
maklumat keseluruhan tentang SK Felda Selasih yang berguna kepada kami.
Oleh itu, saya mencadangkan supaya pihak IPG boleh memanjangkan lagi
tempoh masa lawatan supaya kami boleh menjalankan aktiviti yang lebih
banyak untuk memahami cara kepimpinan dan pentadbirannya yang lebih
mendalam agar dapat kami aplikasikan pada masa kelak.

Di samping itu, kelemahan yang dilihat sepanjang aktiviti lawatan adalah


kebanyakkan guru pelatih pada awalnya kelihatan segan dan malu untuk
bergaul dan bersosial dengan guru-guru di sekolah tersebut, terutamanya
dengan Sir Mark kerana perlu bercakap dengan menggunakan Bahasa
Inggeris. Namun, selepas itu, semua guru pelatih bersemangat untuk
bertanya soalan kerana masing-masing tidak mahu melepaskan peluang
untuk mendapatkan tips dan maklumat daripada guru-guru di sekolah
tersebut.
PELUANG:

Sesungguhnya, aktiviti lawatan ini banyak memberi peluang kepada


saya untuk memperbaiki dan menilai diri saya sendiri. Sebagai contoh, aktiviti
ini telah mengajar saya cara bergaul dan bekerjasama dengan orang lain. Ini
kerana profession perguruan memang memerlukan seseorang guru itu
berkomunikasi, bersosial dan bekerja dengan masyarakat yang pelbagai
ragam dan perangai. Dan ini secara langsung telah merapatkan hubungan
silaturahim antara saya dengan rakan-rakan lain dan juga mentor saya. Pada
masa yang sama, aktiviti ini juga memberi peluang kepada kami bagi
mewujudkan hubungan yang mesra dengan pihak sekolah.

Lebih penting lagi, lawatan ini juga memberikan kami peluang untuk
menimba ilmu daripada sekolah yang kami lawat tersebut. Maklumat yang
kami perolehi akan membantu kami dan boleh diaplikasikan di sekolah kami
pada masa akan datang serta akan memberikan manfaat yang berguna
bukan sahaja kepada kami tetapi juga kepada pihak sekolah dan murid-murid
kami pada masa kelak.

Bukan setakat itu sahaja, saya juga berpeluang untuk menikmati


pemandangan yang indah di sekitar SK Felda Selasih. Walaupun sudah
agak-agak 4 tahun tinggal di Besut, tetapi saya tidak pernah pun tengok
Gunung Tebu. Melalui aktiviti lawatan ke sekolah tersebut, barulah saya
berpeluang menikmati pemandangan Gunung Tebu yang begitu indah dan
menarik.

ANCAMAN :

Walaupun program BIG ini membawa banyak manfaat kepada kami


semua, namun terdapat juga sedikit ancaman. Antaranya ialah cuaca yang
panas semasa aktiviti melawat di sekitar kawasan sekolah. Cuaca panas ini
menyebabkan segelintir guru pelatih berasa malas untuk melawat
terutamanya bagi guru pelatih perempuan kerana takut terkena sinaran
cahaya matahari.
PENUTUP

Keseluruhannya, program ini banyak memberi pengetahuan baharu yang


berguna kepada kami sebagai bakal pendidik untuk menempuh alam
persekolahan kelak. Harapan saya, agar pada masa hadapan, saya mampu
dapat menjadi seorang guru yang mematuhi undang-undang dan berupaya
untuk menjadikan sekolah saya sebagai sekolah harapan di Malaysia dengan
menggunakan Sekolah Kebangsaan Felda Selasih sebagai penanda aras.
Diharapkan juga agar sekolah tersebut akan terus maju, cemerlang, gemilang
dan terbilang di Malaysia dengan pencapaian guru, murid dan ibu bapa yang
sememangnya memainkan peranan penting dalam menjadikan sebuah
sekolah tersebut sebagai sekolah cemerlang.
LAMPIRAN

You might also like