You are on page 1of 12

Pengenalan

Rasm Uthmani ialah tulisan mashaf-mashaf al-Quran yang digunakan dan dipersetujui oleh
Sayyidina Uthman r.a untuk menulis kalimah-kalimah al-Quran dan huruf-hurufnya. Rasm
Uthmani juga dikenali sebagai Rasm Istilahi kerana dinisbahkan kepada para sahabat yang
bertanggungjawab untuk menulis mashaf-mashaf dengan menggunakan rasm tersebut. Di
samping itu, ia juga dinamakan dengan Rasm Tauqifi kerana kebanyakkan ulama berpendapat
bahawa rasm tersebut merupakan kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W dan
bagindalah yang memerintahkan supaya ia digunakan dalam penulisan al-quran pada ketika itu.
Dalam Negara Malaysia terdapat berbagai jenis tulisan dan cetakan Al-Quran. Akhir-akhir ini
telah disedari bahawa keadaan tersebut boleh membawa kekeliruan dan kadang-kadang
langsung kepada penyelewengan terhadap kandungan Al-Quran itu sendiri. Terdapat banyak
aduan dari kalangan masyarakat Islam tentang salah baris, salah ejaan, bertambah huruf,
perkataan tidak terang dan lain-lain termasuk juga Al-Quran yang terlalu lusuh disimpan tanpa
mengambil faedah daripadanya sedikit pun. Atas kesedaran ini, Kerajaan Malaysia telah
berusaha mengesyorkan kepada Umat Islam supaya menggunakan Al-Quran dengan tulisan
Rasm Uthmani sahaja. Selain daripada dapat menyelaraskan tulisan Al-Quran, Rasm Uthmani
juga mempunyai kelebihan dan kesahihannya mengikut sejarah. Dalam tahap penulisan Al-
Quran sehingga sepertimana yang terdapat sekarang, ianya melalui empat peringkat. Pertama,
penulisan Al-Quran masih belum diletakkan tanda-tanda sebagaimana yang ada
sekarang.Kedua, penulisan Al-Quran barulah ditandakan titik-titik yang mana telah dipelopori
oleh Abu al-Aswad al-Duali pada zaman Khalifah Marwan bin Hakam.Ketiga, penulisan Al-
Quran barulah ditandakan Syak(harkat) yang dipelopori oleh Hajjaj bin Yusuf. Dalam tahap
keempat barulah ditambahkan tanda-tanda wakaf Marka’ dan lain-lain. Al-Quran tersebut ditulis
tangan dengan Khat Kufi kemudian ditulis lagi dengan Khat Raihani kemudian dengan Khat
Thuluth dan yang terakhir dengan Khat Nasakh. Dengan Khat Nasakh inilah pertama kali Al-
Quran dicetak di Jerman (Hamburg), dan seterusnya dicetak di negara-negara Islam lainnya
hingga ke hari ini. SEJARAH AL-QURAN Nabi Muhammad s.a.w telah diutuskan kepada satu
umat yang kebanyakannya buta huruf ( tidak boleh membaca dan menulis ), tidak boleh
mengira bahkan hampir tidak boleh mengenal sesuatu bentuk tulisan.Antara yang boleh
menulis sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul ialah Abu Bakar al-Siddiq,
Umar bin al-Khattab, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidillah, Abu Sufyan bin Harb, Mu’awiyah
bin Abi Sufian, Abban bin Said dan al-Ala’ bin al-Hadrami.Semuanya dari kalangan penduduk
Mekah manakala dari kalangan Madinah ialah Amru bin Said, Ubai bin Ka’ab, Zaid bin Thabit
dan al-Munzir bin Amru. Setelah Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, Baginda telah
menggalakkan penulisan dan mendorong agar umat Islam belajar menulis sehingga
mensyaratkan setiap orang tawanan Perang Badar dari kalangan orang Quraisy Mekah yang
ingin dibebaskan hendaklah terlebih dahulu mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam di
Madinah.Melalui usaha ini, Baginda mengharapkan berlakunya pertambahan jumlah penulis di
kalangan masyarakat Islam.Akhirnya Rasulullah s.a.w mempunyai lebih daripada 40 orang
penulis (kebanyakkanya penulis wahyu ) sebelum al-Quran sempurna diturunkan kepada
Baginda. PENGENALAN RASM UTHMANI Rasm Uthmani ialah tulisan mashaf-mashaf al-
Quran yang digunakan dan dipersetujui oleh Sayyidina Uthman r.a untuk menulis kalimah-
kalimah al-Quran dan huruf-hurufnya.Ia juga ditakrifkan sebagai satu ilmu untuk mengetahui
perbezaan antara mashaf-mashaf Rasm Uthmani dengan Rasm Qiyasi.Dr. Sya’ban Muhammad
Ismail mendefinisikan dengan lebih terperinci sebagai satu keterangan yang membicarakan
mengenai mashaf-mashaf yang ditulis pada zaman Sayyidina Uthman r.a dan diutus ke kota-
kota Islam ketika itu.Kesimpulannya bahawa Rasm Uthmani ialah tulisan asal al-Quran yang
diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada Rasulullah s.a.w dan rasm inilah yang digunakan oleh
para sahabat untuk menulis ayat-ayat al-Quran dan dinisbahkan kepada Sayyidina Uthman r.a
kerana beliaulah yang mengarahkan supaya al-Quran disalin semula kepada beberapa buah
mashaf dengan menggunakan rasm tersebut. RASM UTHMANI SERTA KEISTIMEWAANYA
Al-Quranul karim boleh ditakrifkan sebagai kalamullah yang diturunkan kepada junjungan mulia
Nabi Muhammad S.A.W melalui malaikat jibril as dan melalui Nabi Muhammad S.A.W
disampaikan kepada umat manusia. Al-Quran adalah kitab suci yang terakhir diturunkan
sebagai pembimbing manusia ke jalan yang benar. Firman Allah Surah Al-Isra ayat 9
¨Maksudnya: “ Sesungguhnya Al-Quran ini menunjukkan ke jalan yang paling lurus dan
memberi berita gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh, bahawa bagi
mereka ganjaran yang besar”. Selain daripada itu, Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud:
“ Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah Taala, maka baginya satu kebajikan,
dan satu kebajikan itu digandakan dengan sepuluh kali ganda.Aku tidak mengatakan Alif, Lam,
Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.Riwayat Ibnu
Mas’ud. Al-Quran Rasm Uthmani mempunyai berbagai keistimewaan yang tiada terdapat pada
rasm yang lain.Di antaranya keistimewaan tersebut adalah seperti berikut : 1. Tauqifi daripada
Rasulullah S.A.W. Rasm Uthmani ini merupakan satu kaedah penulisan yang diajarkan oleh
Rasulullah kepada para sahabat. Rasm ini datangnya daripada Allah S.W.T Rasulullah tidak
mengajar sesuatu kepada para sahabat melainkan setelah mendapat perintah wahyu daripada
Allah.Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Najm ayat 1-4 yang berbunyi: Maksudnya: “Demi
bintang semasa ia menjunam.Rakan kamu (Nabi Muhammad S.A.W yang kamu tuduh dengan
berbagai tuduhan itu ) tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar) dan ia pula tidak sesat
(dengan kepercayaan yang salah ).Dan ia tidak memperkatakan ( sesuatu yang berhubung
dengan agama Islam ) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.Segala yang diperkatakan
itu (sama ada al-quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya”. 2.
Salah satu dari rukun bacaan Al-Quran. Membaca Al-Quran adalah sesuatu yang digalakkan
dalam Islam dan pembacanya akan mendapat ganjaran iaitu pembacaan yang menepati rukun.
Para ulama Al-Quran bersepakat mengatakan rukun bacaan yang betul ada tiga perkara.Salah
satunya ialah menepati salah satu mushaf-mushaf uthmani sama ada mushaf yang dihantar ke
Madinah, Mekah, Kufah, Basrah, Syam atau mushaf Imam yang disimpan oleh Saidina Uthman
sendiri.Perkataan rukun bermaksud yang perlu ada pada sesuatu, sekiranya tiada Allah tidak
akan menerima perbuatan dan amalan tersebut.Oleh yang demikian, amalan bacaan al-Quran
hanya dianggap betul sekiranya berpandukan salah satu mashaf-mashaf uthmani sahaja. 3.
Merangkumi tujuh huruf Al-Quran Salah satu keistimewaan rasm uthmani ialah kerana kaedah
penulisannya berkaitan dengan tujuh huruf Al-Quran dan ianya bertepatan dengan wajah-wajah
qiraat yang pernah diajarkan oleh Rasulullah S.A.W kepada para sahabat.Terdapat hadis yang
menerangkan Al-Quran itu diturunkan dalam tujuh huruf sebagaimana sabda baginda S.A.W
yang bermaksud: “ Telah menceritakan kepada kami Said bin Ufayr, ia telah berkata, telah
menceritakan kepadaku Uqayl bin Ibn Syihab, telah menceritakan kepadaku Ubayd Allah bin
Abd Allah, bahawa Ibn Abbas r.a telah menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:
Jibril a.s. telah mengajarkan kepadaku satu huruf, maka aku sentiasa mengulanginya dan aku
juga sentiasa meminta ditambahkan, dan akhirnya ia menambah kepadaku sehingga selesai
tujuh huruf”. Salah satu pendapat disepakati oleh ulama ialah tujuh huruf itu bermaksud tujuh
cara bacaan yang merangkumi di dalamnya perselisihan nama sama ada mufrad, muthanna
atau jama’ dan sama ada mudhakkar atau muannath, samaada tebal, nipis, imalah, tashil,
isymam dan sebagainya. 4. Bertepatan dengan pembentangan bacaan Al-Quran terakhir. Satu
lagi faktor penting yang membuktikan bahawa rasm uthmani perlu diutamakan dalam penulisan
Al-Quran kerana ianya bertepatan dengan pembentangan terakhir Al-Quran oleh Rasulullah
S.A.W bersama malaikat Jibril a.s.Semasa Rasulullah melakukan semakan terakhir al-quran
kepada malaikat Jibril a.s., Zayd bin Thabit turut bersama-sama baginda.Oleh itu Zayd bin
Thabit diberi tanggungjawab untuk menulis dan mengumpulkan al-Quran oleh khalifah Abu
Bakar r.a dan khalifah Uthman r.a.Maka Zayd menulis berpandukan kepada apa yang telah
beliau dengar semasa pembentangan terakhir. 5. Salah satu dari mukjizat Al-Quran. Setiap
huruf-huruf Al-Quran mempunyai mukjizatnya tersendiri yang hanya diketahui oleh Allah S.W.T
semata-mata.Sebarang penambahan atau pengurangan terhadap huruf-hurufnya bererti
seseorang itu telah menambah atau mengurangkan mukjizat Al-Quran dan sekiranya ia berlaku
sudah pasti orang yang melakukannya bertanggungjawab di akhirat kelak.Oleh itu, rasm
uthmani sangat perlu diberikan keutamaan dalam penulisan Al-Quran supaya kaedah penulisan
tersebut betul mengikut apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Selain itu, Al-Quran bukan
sahaja kerana membacanya, malah mendengarnya pun mendapat banyak manfaat. 6.
Mengikut Sunnah Rasulullah Tulisan yang mengikut rasm atau tulisan yang ditulis di zaman
Rasulullah. DEFINISI SETIAP KAEDAH SERTA CONTOH-CONTOHNYA Terdapat tiga kaedah
penulisan yang digunakan untuk menulis kalimah-kalimah Arab.Kaedah-kaedah tersebut ialah
Rasm Uthmani, Rasm Qiyasi dan Rasm Arudi.Daripada tiga kaedah ini, hanya Rasm Uthmani
dan Rasm Qiyasi digunakan dalam penulisan Al-Quran dan Rasm Arudi digunakan dalam
penulisan syair-syair Arab sahaja.Kaedah Rasm Uthmani jauh berbeza dengan kaedah
penulisan biasa.Terdapat beberapa kaedah. Antaranya ialah: 1. KAEDAH AL-HAZAF Maksud
Al-Hazaf ialah membuang atau mengurangkan sesuatu huruf pada kalimah-kalimah
tertentu.Dalam Rasm Uthmani, Al-Hazaf bermaksud huruf-huruf yang tidak boleh ditulis tetapi
wajib dibaca sama ada ketika wasal atau waqaf. Mengikut kaedah Rasm Uthmani terdapat
enam huruf yang dibuang iaitu Alif, Wau,Ya, Lam, Nun dan huruf-huruf di permulaan beberapa
surah tertentu.Hazaf berlaku dalam tiga bentuk iaitu hazaf isyarah, hazaf ikhtisor dan hazaf
iktisor. Hazaf Alif pada tempat-tempat dan keadaan-keadaan berikut. (a) Hazaf Alif 1. Alif pada
kalimah “basmalah “sama ada lengkap atau tidak.Contohnya surah An-Naml ayat 30: Kecuali
pada surah Al-Alaq ayat 1: 2. Alif “Al-Takrif “yang didahului huruf Lam untuk ta’kid atau
“jar”.Contohnya surah Al-Imran ayat 96: ¨3. Kalimah-kalimah di awalnya hamzah Qata’ yang
berfungsi sebagai pertanyaan dan disusuli selepasnya hamzah wasal atau Qata’.Contohnya
surah Al-Baqarah ayat 35: 4. Alif fiel Amr yang didahului huruf wau atau fa.Contohnya surah
Yusuf ayat 82: 5. Alif ya kata seruan ( ya al-nida ).Contohnya surah Az-Zumar ayat 53: 6. Alif
kalimah aiyuha pada tiga tempat di tiga surah berlainan.Contohnya surah An-Nur ayat 31: 7. Alif
“ domir marfuk “ yang bersambung dengan “ domir maful “.Contohnya surah Ya-sin ayat 69: 8.
Alif kata bilangan dua (muthanna) yang tidak terletak dihujung kalimah.Contohnya Surah An-
Nisaa ayat 16: 9. Kebanyakan alif pada kalimah jama’ muzakkar salim.Contohnya surah Al-
Fatiha ayat 2: Kecuali jika selepasnya huruf hamzah atau tasdid.Contohnya surah Al-Fatiha
ayat 7: 10. Semua Alif jamak Mu’annath.Contohnya surah An-Nisa ayat 25: Kecuali surah syura
ayat 22: 11. Alif pada kata nama bilangan ( Asma’ Al-Adad ).Contohnya surah Al-A’raf ayat 142:
12. Alif berbaris dua di atas ( fathain ) yang didahului huruf hamzah.Contohnya surah Al-A’la
ayat 5: Begitu juga jika huruf sebelum hamzah berbaris dihazaf alif sama ada ia “ nasab “ atau
kata bilangan dua “ li thasniah “.Contohnya surah Yunus ayat 87: !13. Alif bagi ha peringatan (
ha tanbih ).Contohnya surah An-Naml ayat 42: 14. Alif kata penunjuk ( isim isyarah ).Contohnya
surah Al-Baqarah ayat 5: 15. Alif kata nama penyambung ( asmak al-Mausulah ).Contohnya
surah At-Talaq ayat 4: ‘16. Alif di tengah-tengah ejaan nama ajam dan nama-nama itu sering
digunakan.Contohnya surah Al-Anbiyaa ayat 48: 17. Alif selepas wau yang asal pada fiel hanya
terdapat pada satu tempat sahaja dalam A-Quran iaitu dalam surah An-Nisaa ayat 99: 18. Alif
hamzah pada semua perkataan "‫"ألن‬contohnya dalm surah Al-Baqarah ayat 71: 19. Alif
berbentuk ( surah ) hamzah yang asalnya dihujung kalimah seperti dalm surah Al-Baqarah ayat
72: 20.Dua alif yang berturut-turut dalam satu kalimah.Contohnya dalam surah Al-Baqarah ayat
6: 21.Alif wau jamak pada dua huruf yang asal yang dibuang.Contohnya dalam surah Al-
Baqarah ayat 61: 22. Alif pada kalimah-kalimah yang mempunyai dua huruf lam.Contohnya
dalam surah Al-I Imran ayat 164: 23. Semua perkataan “ kitab” kecuali di tempat berikut.Surah
An-Naml ayat 1: Surah Qaf ayat 14: 25. Perkataan “ayatuna” kecuali pada dua tempat seperti
dalam surah Yunus ayat 21 Dan surah Yunus ayat 15. 26. Hazaf alif juga berlaku pada kalimah-
kalimah berikut: ‫السموت‬،‫المسجد‬،‫المسكين‬،‫السلطن‬،‫الشيطن‬،‫المبركة‬،‫الرحمن‬. (b) Hazaf Wau Hazaf wau berlaku
dalam keadaan berikut: 1.Bila ia berturut-turut dalam satu kalimah.Contohnya dalam surah As-
Sajda ayat 18: `2. Dibuang wau yang menumpangkan huruf hamzah.Contohnya dalam surah
Yusuf ayat 5: 3. Dibuang awau pada empat kata perbuatan. Contohnya dalam surah A-Alaq
ayat 18: ( c) Hazaf Ya Hazaf Ya berlaku dalam keadaan berikut: 1. Ya “ muatakallim” pada
kedudukan “ isim munada”.Contohnya dalam surah Al-Furqan ayat 30: È 2. Ya tambahan di
akhir kalimah yang tidak berfungsi sebagai “nidak”.Contohnya dalam surah Hud ayat 105: 3. Ya
“ isim manqus” berbaris dua di hadapan atau baris dua di bawah.Contohnya dalam surah Al-
Baqarah ayat 173: 4. Ya daripada dua ya yang berturut-turut dalam satu kalimah sama ada di
tengah atau di akhir.Contohnya dalam surah Al-Maidah ayat 111: Kecuali pada ayat 18 surah
Mutaffifin: 5. Ya yang “bersuroh” hamzah.Contohnya dalam surah Maryam ayat 74: 6. Semua
lima belas kali ya pada perkataan” Ibrahim” dalam surah Baqarah. 7. Semua kata “ say’yiah “
dalam bentuk jamak.Contohnya dalam surah Hud ayat 78: ( d ) Hazaf Lam Hazaf Lam berlaku
pada keadaan berikut: 1. Pada Lam kedua dalam kalimah-kalimah ‫الئ‬،‫التي‬،‫الذين‬،‫الذان‬،‫والليل دان الذي‬.
Kecuali kalimah-kalimah seperti ‫اللطيف‬،‫الحم‬،‫الالت‬،‫الؤ‬،‫اللهو‬،‫اللغو‬،‫اللعنة‬،‫الالعنين‬،‫كسمواث يغ اللوامة دان الالعنون‬
‫كدوا الم حروف مغكلكن‬. 2. Lam pada lafzul Jalalah. (e) Hazaf Alif, Wau, dan Ya Fawatih Suwar. Hazaf
alif berlaku pada huruf alif, lam, ha kecil dan besar, ya, to, sod,qaf, ro.Hazaf wau pula pada
huruf nun.Manakala hazaf huruf ya melibatkan huruf-huruf mim, sin dan ain.Huruf fawatih yang
tidak terlibat dengan hazaf fawatih hanyalah alif kerana selepas dieja tiada huruf mad yang
terdapat padanya. 2. KAEDAH AL-ZIYADAH Al-Ziyadah ialah menambah sesuatu huruf pada
kalimah-kalimah tertentu.Huruf tersebut ditulis tetapi tidak berfungsi.Terdapat tiga huruf yang
ditambah mengikut kaedah penulisan rasm uthmani.Huruf tersebut ialah Alif, wau dan ya. 1.
Menambah huruf-huruf alif.Terbahagi kepada enam bahagiani) Menambah alif selepas wau
gentian kepada jamak muzakar salim yang berhubung dengan fi’il madhi, mudari’ dan amar.
Contohnya dalam surah Al-Baqarah ayat 218. ¨ii) Menambah alif selepas huruf wau jamak pada
perkataan muzakar salim yang marfu’. Contohnya ‫ أولوااأللبب‬iii) Menambah alif selepas wau bagi
semua fi’il mudari’.Contohnya dalam surah Al- Hajj ayat 12. iv) Menambah alif selepas huruf
mim.Contohnya ‫حبة مائة‬. v) Menambah alif selepas huruf ya.Contohnya dalam surah yusuf ayat
87. vi) Menambah alif selepas huruf lam.contohnya ‫بئايتنا ومالية‬. 2. Menambah huruf
wau.Terbahagi kepada dua bahagian. i) Menambah huruf wau.Ia ditulis tetapi tidak dibaca
dengan hukum madd pada huruf wau itu.Contohnya dalam surah Al-A’raf ayat 145. ii)
Menambah huruf wau selepas hamzah qata’ tetapi ia tidak dibaca dengan madd huruf wau
itu.Contohnya ‫جزاؤهم أولئك‬. 3. Menambah huruf ya iaitu menambah huruf ya pada kalimah-
kalimah tertentu tetapi tidak dikira sebagai huruf madd.Contohnya: i) Surah Al-Imran ayat 144:
ii) Surah Ta-Ha ayat 130: živ) Surah Al-Zariyat ayat 47: v) Surah Al-Qalam ayat 6: vi) Surah Al-
An’am ayat 34: vii) Surah Yunus ayat 15: Begitu juga pada kalimah (mala’) pada surah Hud ayat
97: 3. KAEDAH AL-IBDAL Ibdal ialah menukarkan sesuatu huruf kepada huruf yang
lain.Pertukaran tersebut berlaku dalam lima keadaan berikut iaitu:- 1. Pertukaran huruf alif
kepada wau 2. Pertukaran alif kepada ya 3. Pertukaran nun kepada alif 4. Pertukaran Ta al-
Marbutah kepada Ta’ al-Maftuhah 5. Pertukaran Thulathi wau kepada alif 1. Pertukaran huruf
alif kepada wau Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf alif akan diibdalkan
kepada huruf wau pada beberapa kalimah tertentu.Kalimah tersebut ialah:- a) Empat kalimah
yang selalu berulang-ulang iaitu ‫الصلوة‬، ‫الزكوة‬، ‫الحيوة‬، ‫ الربوا‬b) Empat kalimah dalam surah-surah
tertentu iaitu:- ‫بالغدوة‬، ‫كمشكوة‬، ‫النجوة‬، ‫ ومنوة‬2. Pertukaran alif kepada ya Dalam kaedah penulisan al-
Quran Rasm Uthmani, huruf alif pula akan diibdalkan kepada huruf ya pada beberapa keadaan
tertentu. a) Apabila alif terletak di hujung kalimah.Contohnya dalam surah Ali Imran ayat 73:
tetapi terdapat beberapa keadaan di mana huruf alif dikekalkan, iaitu huruf alif bersebelahan ya
sama ada sebelum atau selepasnya.Contohnya dalam surah Al-Baqarah ayat 201: terdapat
satu kalimah yang tetap ditulis dengan ya biarpun ianya bersebelahan dengan huruf ya iaitu
dalam surah Maryam ayat 7: Huruf alif pada kalimah-kalimah berikut ‫كلتا‬، ‫عصا‬، ‫األقصا‬، ‫أقصا‬، ‫سيماهم‬،
‫ طغا‬b) Huruf alif pada kalimah ‫ أنى‬yang membawa maksud “bagaimana”, ia juga pada kalimah
seperti ‫أنى‬، ‫على‬، ‫حتى‬، ‫الى‬، ‫بلى‬، ‫متى‬، ‫ لدى‬Melainkan pada satu kalimah yang tetap ditulis dengan huruf
alif iaitu daripada surah Yusuf ayat 25: 3. Pertukaran nun kepada alif Dalam kaedah penulisan
al-Quran Rasm Uthmani, huruf nun akan diibdalkan kepada huruf alif pada beberapa keadaan
tertentu: a) Huruf nun taukid khafiyyah pada dua kalimah iaitu ‫ لنسفعا دان وليكونا‬b) Huruf nun pada
kalimah satu kalimah seperti ‫ فاذا‬4. Pertukaran Ta al-Marbutah kepada Ta’ al-Maftuhah Dalam
kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf Ta’ al-Marbutah akan diibdalkan kepada huruf
Ta’ al-Maftuhah pada beberapa kalimah tertentu. a) Kalimah ‫ رحمة‬ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah
‫ رحمت‬pada tujuh tempat dalam al-Quran. b) Kalimah ‫ نعمة‬ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah ‫نعمت‬
pada sebelas tempat dalam al-Quran. c) Kalimah ‫ سنة‬ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah ‫ سنت‬pada
lima tempat dalam al-Quran. d) Kalimah ‫ امرأة‬ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah ‫ امرأت‬pada tujuh
tempat dalam al-Quran. e) Kalimah ‫ ة مرضا‬ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah ‫ ت مرضا‬pada semua
tempat dalam al-Quran. f) Kalimah ‫ لعنة‬ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah ‫ لعنت‬pada dua tempat
dalam al-Quran. g) Kalimah ‫ معصية‬ditulis dengan Ta’ al-al-Maftuhah ‫ معصيت‬pada dua tempat
dalam al-Quran. h) Huruf-huruf yang mufrad ditulis dengan Ta’ al_maftuhah pada tujuh kalimah
dalam al-Quran, iaitu ‫ شجرت‬، ‫ قرت‬، ‫ ثمرت‬، ‫ بقيت‬، ‫ وجنت‬، ‫ فطرت‬، ‫ ابنت‬. 5. Pertukaran Thulathi wau
kepada alif Semua kata nama dan kata perbuatan yang mempunyai tiga huruf dan asal huruf
yang ketiganya ialah wau.Contohnya seperti ‫ سنا‬، ‫ شفا‬، ‫ الصفا‬dan sebagainya, melainkan semua
kalimah ‫ والضحى‬dan lima kalimah yang lain iaitu ‫ زكى‬، ‫ دحها‬، ‫ تلها‬، ‫ طحها‬، ‫ سجى‬4. KAEDAH AL-WASL
DAN AL-FASL Al- Wasl wa al-Fasl ialah kaedah menyambung dan memisahkan tulisan pada
huruf-huruf atau kalimah-kalimah tertentu.Di dalam penulisan Rasm Uthmani, terdapat banyak
kalimah yang ditulis dengan cara bersambung pada sesuatu tempat, tetapi ditulis dengan cara
berpisah pada tempat yang lain dan sebaliknya. 1. Ditulis dengan bersambung pada kalimah-
kalimah berikut: a) Semua Ya’ al-Nida’ ( ‫ ) يا‬dengan kalimah yang selepasnya seperti dalam
surah Al-Baqarah ayat 35. b) Semua Ha’ al-Tanbih ( ‫ ) ها‬dengan kalimah yang selepasnya
seperti dalam surah Al-Nisa ayat 109. c) Semua kalimah ( ‫ ) أم‬dengan ( ‫ ) ما‬seperti dalam surah
Al-Lail ayat 5. d) Semua huruf Alif Lam al-Ta’rif dengan kalimah yang selepasnya seperti dalam
surah Al-Fatihah ayat 4. e) Semua kalimah ( ‫ ) من‬dengan ( ‫ ) من‬seperti dalam surah Hud ayat 48.
f) Semua kalimah ( ‫ ) من‬dengan gantinama selepasnya seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 35.
Ÿg) Kalimah ( ‫ ) يس‬dengan ( ‫ ) ما‬pada dua tempat dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-Baqarah
ayat 90 dan surah Al-A’raf ayat 150. h) Kalimah (‫ ) ابن‬dan (‫ ) أم‬yang dimulai dengan Ya’ al-Nida’
(‫ )يا‬pada satu tempat sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah Taha ayat 94. i) Semua kalimah
berikut ‫ ويكأن‬، ‫ ويكأنه‬، ‫ أيما‬، ‫ مهما‬، ‫ إال‬، ‫ يومئذ‬، ‫ نعما‬، ‫ كأنما‬، ‫ حيئذ‬، ‫ أما‬، ‫ كالوهم‬، ‫وزنوهم‬. 2. Ditulis dengan
berpisah pada kalimah-kalimah berikut: a) Kalimah (‫ ) هيث‬dengan (‫ ) ما‬pada dua tempat sahaja
dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-Baqarah ayat 144 dan 150. b) Semua kalimah (‫ )يس‬dengan
(‫ ) ما‬yang didahului dengan huruf Fa’ dan Lam seperti dalam surah Ali Imran ayat 187. c)
Kalimah ( ‫ ) أن‬dengan ( ‫ ) لم‬pada dua tempat sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-An’am
ayat 131 dan š• surah Al-Balad ayat 7. d) Kalimah ( ‫ ) عن‬dengan ( ‫ ) من‬pada dua tempat sahaja
dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-Nur ayat 43 dan surah Al-Najm ayat 29. e) Kalimah (‫)ابن‬
dan (‫ )أم‬apabila tidak bersambung dengan Ya’ al-Nida’ pada satu tempat sahaja dalam al-Quran
iaitu dalam surah Al-A’raf ayat 150. f) Kalimah ( ‫ ) عمن‬pada dua tempat sahaja dalam al-Quran
iaitu dalam surah Al-Nur ayat 43 dan surah Al-Najm ayat 29 g) Kalimah (‫ )كى‬dengan (‫ )أل‬pada
tiga tempat dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-Nahl ayat 70, surah Al-Ahzab ayat 37 dan
surah Al-Hasyr ayat 7. h) Kalimah (‫ )أيا‬dengan (‫ )ما‬pada satu tempat sahaja dalam al-Quran iaitu
dalam surah Al-Isra’ ayat 110. i) Kalimah (‫ )إل‬dengan (‫ ) ياسين‬pada satu tempat sahaja dalam al-
Quran iaitu dalam surah Al-Safat ayat 130. j) Kalimah (‫ )أن‬dengan (‫ )لو‬pada tiga tempat sahaja
salah satunya dalam surah Al-A’raf ayat 100. 3. Kalimah yang berbeza bentuk tulisannya i)
Kebanyakkanya ditulis dengan bersambung a) Kalimah ( ‫ ) أن‬dengan ( ‫ ) ال‬seperti dalam surah
Al-Baqarah ayat 282. b) Semua kalimah ( ‫ ) إن‬dengan ( ‫ ) ما‬seperti dalam surah Muhammad ayat
4. Melainkan pada satu tempat yang ditulis terpisah iaitu surah Al-Ra’d ayat 40. c) Semua
kalimah ( ‫ ) عن‬dengan ( ‫ ) ما‬seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 74. Melainkan pada satu
tempat yang ditulis terpisah iaitu surah Al-A’raf ayat 166. d) Semua kalimah ( ‫ ) إن‬dengan ( ‫) ما‬
seperti dalam surah Al-Nisa ayat 171.™ Melainkan pada satu tempat yang ditulis dengan
berpisah iaitu surah Al-An’am ayat 134. ž e) Semua kalimah ( ‫ ) كل‬dengan ( ‫ ) ما‬seperti dalam
surah Al-Nisa ayat 56. Melainkan pada tempat yang ditulis dengan berpisah iaitu surah Ibrahim
ayat 34. ii) Kebanyakkannya ditulis dengan berpisah. a) Semua kalimah ( ‫ ) أين‬dengan ( ‫) ما‬
seperti dalam surah Ali Imran ayat 112. Melainkan pada tiga tempat yang ditulis bersambung
iaitu surah Al-Baqarah ayat 115. b) Semua kalimah (‫ ) إن‬dengan ( ‫ ) لم‬seperti dalam surah Al-
Baqarah ayat 24. Melainkan pada satu tempat yang ditulis bersambung iaitu surah Hud ayat 14.
4. Kalimah yang harus ditulis sama ada bersambung atau berpisah. a) Kalimah ( ‫ ) فى‬dengan ( ‫ما‬
) pada sepuluh tempat dalam al-Quran.Salah satunya seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 240.
Ÿ b) Kalimah ( ‫ ) أن‬dengan ( ‫ ) ال‬pada satu tempat sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-
Anbiya ayat 87. KAEDAH AL-HAMZ / HAMZAH Penulisan Hamzah di dalam Rasm Uthmani
terbahagi kepada dua bahagian 1. Hamzah Wasal 2. Hamzah Qatho’ Hamzah Wasal Cara
mengenal hamzah wasal di dalam Mashaf Rasm Uthmani ialah diletak di atas huruf alif kepada
sod yang kecil.Hamzah wasal kekal bunyinya (sebutannya) ketika dimula dengannya dan dia
gugur (hilang) ketika disambung dengan kalimah sebelumnya.Hamzah ini berada di awal
kalimah sahaja. Contohnya ‫العليم السميع‬. Hamzah Qatho’ Cara mengenal hamzah Qatho’ di dalam
mashaf Rasm Uthmani ialah ditulis atau diletak di atas alif, wau dan ya’ huruf hamzah yang
kecil.Hamzah qatho’ kekal sebutannya sama ada ketika dimula dengannya juga ketika
disambung dengan kalimah sebelumnya.Hamzah qatho’ berada pada awal tengah dan akhir
kalimah. Contohnya ‫ أدواالى أن‬Pembahagian Hamzah Wasal 1. Hamzah wasal ditulis dengan alif
dan di atas alif diletak tanda hamzah wasal ( ‫ ) ا‬iaitu kepala huruf sod sebagai gambaran
kepada hamzah wasal. Contohnya ‫ الموعود واليوم‬2. Hamzah wasal dibuang atau dihazaf
gambarannya pada lima keadaan: a) Hamzah wasal pada faul kalimah yang terletak di antara
huruf wau ataupun fa’ dengan hamzah. Contohnya; Asal ‫ فاأتوا‬ditukar kepada ‫ فأتوا‬b) Hamzah
wasal terletak pada Fi’il Amar sebelumnya juga terdapat huruf wau dan fa’. Asal ‫ واسئل‬ditukar
kepada ‫ وسئل‬c) Hamzah wasal terletak pada Lam At-Takrif sebelumnya terdapat huruf Lam
Ibtida’ atau Lam huruf Jarr.Contohnya Asal ‫ اللذى‬ditukar kepada ‫ للذى‬d) Hamzah wasal yang
terletak pada Fi’il sebelumnya terdapat hamzah istifham.Contohnya Asal ‫ أاطلع‬ditukar kepada
‫ أطلع‬e) Hamzah wasal yang terletak pada lafaz Isim Majrur dengan ba’ yang disandarkan kepada
Lafzl Jalallah.Contohnya Asal ‫ هللا باسم‬ditukar kepada ‫ هللا بسم‬Pembahagian Hamzah Qatho’ 1.
Hamzah yang ditulis mengikut harakat ( baris ) dan surah ( gambaran ) sebelumnya.Contohnya
‫ وأصيال‬2. Hamzah bersendirian sebelumnya terdapat huruf yang sakinah. Contohnya ‫ءأنذرتهم عليهم‬
3. Hamzah yang bertanda sukun terletak pada pertengahan kalimah atau akhir kalimah terdapat
di dalam beberapa keadaan. a) Hamzah selepas Fathah ( baris di atas ) ditulis dengan hamzah
dan alif. Contohnya ‫ شجرتها أنشأتم‬b) Hamzah selepas Kasrah ( dibaris bawah ) ditulis dengan
hamzah dan ya’. Contohnya ‫ بقرءان ائت‬6. KAEDAH MA FIH QIRA’ ATAANI Sekiranya terdapat
sesuatu kalimah yang mengandungi dua atau beberapa wajah qiraat, kalimah itu ditulis dengan
salah satu dari wajah-wajah qiraat tersebut.Kaedah penulisan kalimah-kalimah tersebut boleh
dibahagikan kepada tiga bahagian: 1. Bertepatan tulisannya dengan dua wajah qiraat. Terdapat
beberapa kalimah yang ditulis dengan hadhaf huruf Alif, bacaannya bertepatan dengan dua
wajah qiraat sama ada dengan Alif panjang atau tanpa Alif yakni pendek.Contohnya: a) Kalimah
) ‫ ) فكهين‬boleh dibaca dengan panjang atau pendek pada huruf fa’ b) Kalimah ‫ ) )مللك‬boleh dibaca
panjang atau pendek pada huruf Mim dan kalimah seumpamanya. 2. Ditulis mengikut salah
satu dari dua wajah qiraat. Apabila terdapat dua wajah qiraat pada sesuatu kalimah, ianya
ditulis dengan menggunakan salah satu wajah yang lebih masyhur.Contohnya: a) Kalimah
‫ ) )الصرط‬ditulis dengan huruf sad walaupun terdapat qiraat yang membaca dengan huruf sin dan
huruf zay yang diisymamkan.Ini kerana bacaan sad lebih masyhur dan banyak digunakan
dalam qiraat-qiraat mutawatirah jika dibandingkan dengan bacaan lain. 3. Berlaku penambahan
disebabkan wajah qiraat yang berbeza. Terdapat beberapa perbezaan qiraat yang melibatkan
penambahan sesuatu huruf atau kalimah.Ini menyebabkan kaedah tulisan yang digunakan bagi
qiraat tersebut tidak sesuai bagi qiraat yang lain.Dengan itu, ianya ditulis pada sebahagian
mashaf dengan satu kaedah dan sebahagian lagi dengan kaedah yang lain.Contohnya ‫تجرى جنت‬
‫ االنهر تحتها‬ditulis sedemikian pada sebahagian mashaf, dan mashaf lain pula ada penambahan
kalimah ‫ من‬menjadi ‫االنهر تحتها من تجرى‬. Al-Quran pada permulaan penurunannya yang diturunkan
kepada nabi Muhammad tidak sebagaimana yang kita tatapi hari ini berkulit, berbaris, bertitik
dan sebagainya.Masa dan waktu terus berjalan, semakin hari semakin ramai dikalangan
sahabat yang menghafaz al-Quran meninggal gugur syahid.Islam semakin rancak tersebar di
serata dunia menyebabkan berlakunya percampuran bahasa hasil daripada perkahwinan
bangsa arab dengan bukan arab menyebabkan berlakunya kecelaruan dalam membaca dan
memahami al-Quran.Demi kemaslahatan umat generasi yang akan datang, satu inisiatif telah
diambil untuk kemaslahatan umat generasi akan datang dengan memperkenalkan dhabtul
Quran. Al-Dabt pada bahasa bermaksud menjaga sesuatu manakala pada istilah ianya
bermaksud satu disiplin ilmu yang membincangkan simbol-simbol yang diciptakan oleh ulama
untuk membantu dan mengawasi bacaan dan menjaga ketulinan kalimah-kalimah al-Quran.
HIKMAH ATAU RAHSIA DISEBALIK PENGGUNAAN KAEDAH-KAEDAH TERSEBUT 1.
Kaedah Al- Hazaf Sebagai petujuk dua atau lebih wajah qiraat dan ianya mempunyai maksud
tertentu yang khusus. 2. Kaedah Al-Ziyadah Hurufnya mempunyai banyak keistimewaan.Para
ulama berpendapat bahawa huruf-huruf tersebut boleh dijadikan panduan untuk mengetahui
asal baris bagi sesuatu huruf terutamanya pada peringkat awal penulisannya yang tidak
mempunyai sebarang baris.Selain itu, para ulama juga mendapati bahawa huruf-huruf ziyadah
mempunyai makna lain yang tersirat disebaliknya. 3. Kaedah Ibdal Terdapat banyak hikmah
yang tersirat di sebalik kaedah penulisan Ibdal dalam Rasnm Uthmani yang tidak mampu dikaji
atau difikirkan oleh akal fikiran manusia.Terdapat juga beberapa hikmah atau keistimewaan
yang tersurat dan dapat difikirkan oleh ulama yang pakar dalam bahasa arab dan pakar dalam
bidang qiraat.Antaranya ialah huruf-huruf tersebut boleh dijadikan panduan untuk mengetahui
asal-usul sesuatu huruf.Selain itu, sebahagian kalimah ditulis bersesuaian dengan berbagai-
bagai cara bacaan yang diharuskan. 4. Kaedah Al-Wasl dan Al-Fasl Telah memberi kesan yang
besar terhadap tiga perkara.Pertamanya cara bacaan.Cara bacaan bagi semua qurra akan
berbeza dengan sebab berlainan cara penulisan kalimah-kalimah tertentu.Keduanya berkaitan
dengan maksud kalimah.Maksud sesuatu kalimah yang ditulis dengan bersambung kadang-
kadang akan berbeza apabila ia ditulis dengan berpisah.Ketiganya, berkaitan hukum
tajwid.Hukum tajwid bagi sesuatu kalimah pada kebiasaanya akan berubah dengan sebab
perbezaan cara tulisan yang melibatkan bersambung atau berpisah. 5. Kaedah Al-Hamz/
hamzah Para ulama tidak dapat menyelami hikmah yang tersirat di sebalik kaedah penulisan
huruf hamzah yang berbeza-beza kerana kaedah tersebut bukannya ciptaan manusia.Akal
manusia tidak dapat memikirkan tentang hikmah di sebalik bentuk penulisan huruf hamzah
yang berbeza-beza antara satu sama lain.Namun, terdapat juga beberapa hikmah yang tersurat
di sebaliknya iaitu yang berkaitan dengan cara-cara bacaannya yang berbagai-bagai. 6. Kaedah
Ma Fihi Qira’ Ataani Terdapat pelbagai keistimewaan.Antaranya ialah ianya merupakan satu
kaedah penulisan yang sesuai digunakan oleh semua wajah qiraat yang mutawatirah.Selain itu,
ianya ditulis berpandukan bacaan yang lebih masyhur dan dibaca oleh kebanyakkan
qiraat.Ianya berlaku apabila sesuatu qiraat harus ditulis dengan satu bentuk tulisan sahaja iaitu
bentuk yang asal, tanpa perlu diubah kepada satu bentuk yang lain dan bentuk itu
memungkinkan dibaca dengan berbagai qiraat.Selain itu, beberapa kalimah yang tertentu ditulis
berlainan dalam beberapa mushaf-mushaf tertentu.Ini disebabkan oleh ayat atau kalimah
asalnya hanya sesuai dibaca oleh sebahagian qiraat dan tidak memungkinkan dibaca oleh
sebahagian qiraat yang lain. PENDAPAT MENGENAI HUKUM MENGGUNAKAN RASM
UTHMANI Al-Quran adalah wahyu daripada Allah sebagai petunjuk kepada manusia.Di dalam
penulisan ayat-ayat al-Quran didapati ada beberapa pendapat ulama’.Pertamanya, penulisan
al-Quran mestilah ditulis dengan Rasm Uthmani ( Pendapat Jumhur Ulama’).Keduanya, Harus
menulis dengan tidak mengikut Rasm Uthmani.Ketiganya, Harus malah Wajib dengan tidak
mengikut Rasm Uthmani bagi kegunaan awam, bagi maksud pembelajaran. Pada pendapat
saya, hukum menggunakan rasm uthmani adalah Wajib. Ini kerana, melalui rasm uthmani dapat
membentuk bacaan yang selaras dikalangan pembaca yang mungkin mempunyai bentuk
bacaan yang berbeza. Fenomena inilah yang menjadi faktor utama pengumpulan dan penulisan
al-Quran pada zaman Uthman bin Affan yang menghadapi perbezaan bacaan al-Quran di
kalangan umat Islam yang berkembang pesat ke seluruh pelosok dunia dan mempunyai ramai
penganut yang baru memeluk Islam. Justeru itu, perlu diamalkan sejak dari peringkat
persekolahan lagi, nescaya ia akan mewujudkan bacaan yang seragam di seluruh negara.
Seterusnya, tulisan Rasm Uthmani ini dapat menonjolkan kemukjizatan al-Quran dengan
wujudnya perbezaan bentuk tulisan al-Quran berbanding bahasa Arab. Walaupun Kalam Allah
ini diturunkan dalam bahasa Arab tetapi terdapat banyak perbezaan dari segi bentuk
bacaannya seperti bacaan pendek dan panjang. Dengan adanya tanda bacaan yang tertentu, ia
dapat memandu kita untuk membaca dengan betul. Ciri inilah yang terdapat dalam Rasm
Uthmani. Jika kemukjizatan dan keistimewaan dapat diterangkan dan ditonjolkan dengan
sebaiknya, ia dapat menarik minat untuk menggunakan Rasm Uthmani ini dalam pengajian al-
Quran. Selain itu, penguasaan ilmu tajwid adalah perkara yang mustahak selepas seseorang
boleh membaca al-Quran.Kerana ketidak mampuan menguasai tajwid ini akan mewujudkan
kesalahan dan kesilapan yang banyak dalam membaca al-Quran.Malah, kesilapan membaca
membawa pada kesilapan pengertian yang terkadang membawa pada pengertian
sebaliknya.Oleh itu, rasm uthmani boleh membantu menguasai huku-hukum tajwid.Dengan
memahami beberapa simbol yang ada pada al-Quran uthmani, pembaca akan dengan mudah
menguasai hukum tajwid dengan baik dan sempurna. Selain itu, bentuk tulisannya dapat
memudahkan seseorang mengetahui dan mengingati bentuk bacaan al-Quran. Contohnya,
perbezaan bentuk baris tanwin dapat menentukan bentuk bacaan sesuatu hukum tajwid,
samada bacaan tersebut dengung atau pun tidak. Ini memudahkan kita untuk membaca al-
Quran dengan bacaan yang betul. Di samping itu, bentuk tulisannya juga teratur dan kemas
sama ada pada awal atau surah. Begitu juga pada awal atau akhir juzuk. Setiap ayat diakhiri
dengan kalimah yang menyempurnakan dan memenuhi kehendak ayat tersebut. Secara tidak
langsung, pembaca dapat berhenti dengan baik dan selesa. Bagi yang ingin menghafal pula,
ianya akan memudahkannya untuk membuat rujukan, tambahan pula bilangan mukasurat bagi
setiap juzuk adalah sama iaitu sebanyak 20 halaman. Secara keseluruhannya, dapat dijelaskan
di sini bahawa sesungguhnya Rasm Uthmani yang disepakati oleh para sahabat r.a. amat
memberi faedah kepada umat Islam hingga ke hari ini. Ia juga adalah salah satu daripada janji-
janji Allah taala kepada manusia, iaitu akan memelihara al-Quran hingga ke hari kiamat. Melalui
penerangan ringkas mengenai Rasm Uthmani ini, diharapkan tugasan ini dapat memberi sedikit
sebanyak ilmu yang berguna untuk tatapan dan panduan kepada kita. Antara lain, semoga
penerangan dan huraian yang telah diperjelaskan ini juga akan dapat membantu kita semua di
dalam meneliti di samping mengkaji beberapa kaedah dan pelbagai keistimewaan yang
terdapat di dalam tulisan Rasm Uhtmani. Firman Allah taala : "‫ " ترتيال القرأن ورتل‬Walau
bagaimanapun ulasan-ulasan seperti ini tidaklah mencukupi untuk kita berhenti di sini,
sebaliknya kita adalah berkewajiban untuk merujuk kepada guru-guru yang muktabar bagi
memperdalami lagi kajian ini, supaya pengetahuan kita terhadap Rasm Uthmani ini akan lebih
mendalam dan lebih jelas lagi . Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

You might also like