You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI

BATU 8 JALAN JELEBU

71770 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA
PROJEK GALERI SEJARAH SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN
PUSAT SUMBER SEKOLAH
2018

DISEDIAKAN OLEH :

NUR SYIFFA NAJIHA BINTI MOHD HASHIM

NUR UMAIRAH BINTI ZAKARIA

GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR


Pendahuluan

Pusat Sumber Sekolah akan mengadakan aktiviti sambutan bulan kemerdekaan bagi mengisi takwim
PSS SK Pantai bagi tahun 2018. Secara itdak langsung, kami mengambil peluang untuk membuat satu
galeri sejarah di perpustakaan sebagai sebahagian daripada projek kami. Program ini melibatkan
semua murid tahun 1 hingga tahun 6. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan diharap mendapat sambutan
yang menggalakkan daripada murid-murid. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan
manfaat dan pendedahan kepada murid untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama dalam
kalangan murid dan guru-guru SK Pantai.

Matlamat

Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah bagi memupuk
semangat patriotisma dan cintakan negara di samping mencungkil bakat terpendam murid-murid
secaramenyeluruh. Selain itu, para guru dapat mengenal pasti potensi murid yang mampu
mengharumkan namabaik sekolah di peringkat yang lebih tinggi seperti pertandingan yang
dianjurkan antara sekolah dan daerah.

Objektif

1. Murid- murid dapat menghayati peristiwa kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat
kemerdekaan yang mereka kecapi kini.
2. Murid- murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkannya.
3. Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasih
kepadanya.
4. Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati tema
kemerdekaan

Tarikh

Sepanjang bulan Ogos 2018

Tempat

Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Pantai

Sasaran

Semua warga SK Pantai – guru dan murid

 Guru: 30 orang
 Murid: 311 orang
Strategi

Aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini akan melibatkan penyertaan murid secara
menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksanaan akan dirangka melibatkan semua kelas bagi
memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran.
Kebanyakan daripada program yang dianjurkan sepanjang bulan kemerdekaan akan membabitkan
murid-murid SK Pantai dan akan menguji pengetahuan serta kefahaman mereka dalam mengenali
Malaysia. Justeru, sebuah Galeri Sejarah dibina di Pusat Sumber Sekolah (PSS), SK Pantai bagi
memudahkan murid-murid untuk melihat di samping mempelajari sejarah tentang Malaysia
berdasarkan bahan dan sumber yang disediakan. Pada galeri tersebut, terdapat pelbagai info
mengenai negara kita termasuklah sejarah kemerdekaan negara, senarai beserta biodata Perdana
Menteri Malaysia, identiti Malaysia dan sebagainya. Sementara itu, para murid digalakkan untuk
datang ke PSS bukan sahaja semasa waktu rehat, malah semasa PdP dijalankan kerana di PSS
terdapat pelbagai sumber tambahan yang mampu memberi maklumat kepada para murid.

Senarai Jawatankuasa Kerja Galeri Sejarah

Penasihat : En. Azissul bin Mahad


Pengerusi : Pn. Aishawati binti Saad@Rajak
Naib Pengerusi 1 : Pn. Mariam binti Ibrahim
Naib Pengerusi 2 : Pn. Maryati binti Hj. Marzuki
Setiausaha : Nur Syiffa Najiha binti Mohd Hashim
Bendahari : Nur ‘Umairah binti Zakaria
: Pn. Azizah binti Harun
Pemantau
: Pn. Adlina binti Ujang

Anggaran Kos

Bil Perkara Kuantiti Jumlah (RM)


1 Banner 10 x RM 6 60.00
2 Bendera 1 x RM 5.90
3 Kotak 4 x RM 0.40 1.20
4 Pembalut 4 x RM 0.50 2.00
5 Pita pelekat, kertas warna 3.00
Jumlah 72.10

Penutup

Galeri Sejarah diharapkan dapat membantu warga SK Pantai dalam menambah dan mengukuhkan
pengetahuan dalam mengenali Malaysia. Besar harapan semoga projek ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya bersama-sama dan mencapai objektif yang digariskan dalam
menjadikan PSS sebagai pusat tumpuan ilmu disekolah ini dan seterusnya melahirkan pelajar
yang cemerlang dari semua sudut. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan
mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti
menjadikan pelaksanaan yang dibuatberjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan
Allah SWT

Disediakan oleh, Disediakan oleh,

____________________ _____________________

(NUR SYIFFA NAJIHA BINTI MOHD HASHIM) (NUR UMAIRAH BINTI ZAKARIA)
GURU PELATIH IPGKRM GURU PELATIH IPGKRM

You might also like