You are on page 1of 2

ISU-ISU PELAKSANAAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SAINS SUKAN

DI SEKOLAH

Isu yang pertama dalam pelaksanaan Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan di sekolah ialah
akauntabiliti akademik dalam pendidikan jasmani. Hal ini kerana kebanyakan golongan pendidik
pada masa kini mempunyai persepsi yang negatif tentang subjek ini. Maka pendidikan jasmani
tidak diajar dengan betul sebagaimana yang dibincangkan dalam teori menyebabkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran bagi subjek ini tidak mencapai objektifnya. Selain itu, ada
sesetengah sekolah tidak melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran subjek pendidikan
jasmani kerana beranggapan subjek ini tidak bersifat akademik dan tidak penting dalam
peperiksaan. Hal ini menunjukkan bahawa pihak pengurusan sekolah tidak mengambil berat
tentang subjek ini dan menanggap semua guru boleh mengajar subjek ini. Jadi apabila guru yang
tidak berkemahiran dalam subjek pendidikan jasmani mengajar pendidikan jasmani di sekolah,
kesan yang buruk akan terhasil. Sebagai contoh ialah kegagalan pencapaian matlamat dalam
pendidikan jasmani di sekolah iaitu pertumbuhan otot-saraf, pertumbuhan organan, pertumbuhan
sosial dan emosi dan meningkatkan pengamatan dan persefahaman dikalangan pelajar.

Isu yang kedua ialah persediaan peralatan oleh pihak sekolah. Untuk menjalankan aktiviti
Pendidikan Jasmani, ia memerlukan kawasan yang lapang seperti gelanggang permainan,
padang bola dan ruang-ruang yang agak luas memainkan peranan penting dalam
menjalankannya. Tetapi kebanyakan sekolah di Bandar mempunyai masalah untuk
menyediakannya kerana faktor nilai hartanah yang tinggi. Hal ini akan menyebabkan Kawasan
sekolah menjadi semakin sempit, ruang untuk sekolah menyediakan kemudahan agak terhad.
Lain pula ceritanya apabila di sekolah pedalaman yang sukar untuk menyediakan kemudahan
peralatan yang tidak mengcukupi. Hal ini kerana peruntukan yang diberi oleh kerajaan banyak
dihabiskan untuk pembangunan sekolah. Akibatnya pelajar terpaksa menggunakan peralatan
yang agak uzur, alatan yang dan dimakan usia dan tidak selamat untuk digunakan. Namun ada
juga pentadbir sekolah yang tidak berminat dengan bidang sukan. Jadi, ia akan kurang diberikan
tumpuan yang menyebabkan kesukaran dalam pembelian peralatan sukan.

Isu yang ketiga ialah guru yang berkelayakan. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah-
sekolah menengah sepatutnya diajar oleh guru-guru yang berkelayakan dalam bidang Pendidikan
Jasmani atau Sains Sukan (guru opsyen) kerana mereka telah didedahkan dengan ilmu konten
dan pedagogi semasa dalam kursus pengajiannya. Namun demikian, masih terdapat guru-guru
yang bukan dalam bidang Pendidikan Jasmani atau Sains Sukan (guru bukan opsyen) diminta
untuk mengajar mata pelajaran tersebut. Perkara ini berlaku kerana kurangnya guru opsyen
Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah menengah. Hal ini kerana pihak sekolah masih
beranggapan bahawa mata pelajaran Pendidikan Jasmani boleh diajar oleh semua guru kerana
mata pelajaran ini tidak berunsur peperiksaan dan pendekatan mengajar lebih kepada bermain-
main. Tanggapan tersebut tidak berasas kerana peranan guru ialah menyampaikan ilmu
pengetahuan dalam pelbagai pendekatan kepada murid untuk mereka menimba pembelajaran
yang berkesan Persoalannya, adakah guru opsyen dan bukan opsyen yang mengajar mata
pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah menengah mempunyai ilmu konten dalam proses
pengajaran dan pembelajarannya.

You might also like