You are on page 1of 3

TOKOH MURID 2019

Tangisan anak sulung kepada pasangan En Mohd Yusri dan Puan Lida ini
kedengaran pada tanggal 10 Ogos 2007, jam _______________ di Hospital
__________________. Seorang yang sangat peramah dan beliau menunjukkan
sifat mengambil berat yang sangat tinggi terhadap kawan-kawan.

Tahun ini, anak ini membesar menjadi seorang pemimpin pelajar yang disegani dan
dihormati ramai. Sebagai Penolong Ketua Pengawas beliau menunjukkan sifat
kepimpinan yang sangat baik. Anak ini merupakan seorang yang disenangi oleh
guru-guru dan rakan-rakan serta sering membantu rakan-rakan dalam pelajaran.
Beliau juga banyak mewakili sekolah dalam pertandingan sukan seperti Bola Baling
di peringkat Daerah manakala Bola Jaring di peringkat zon . Beliau juga mewakili
sekolah dalam pertandingan Bercerita MTQ Zon Jempol dan telah mendapat
tempat ke 3.

Berkat usaha, doa dan tawakkal ibu bapa , beliau berjaya mendapat 4A 2B dalam
peperiksaan UPSR dan keputusannya terus meningkat dari masa ke
semasa. Semoga beliau akan terus berjaya dan mendapat keputusan yang
cemerlang.

Tahniah kami ucapkan kepada Puan Lida binti Ibrahim dan Encik Mohd. Yusri bin
Mohd Yusof atas kejayaan anak ini.
TOKOH AKADEMIK 2019

Dilahirkan pada 14 Disember 2007 jam ____________ di Hospital ________,


Pahang. Anak kecil ini merupakan anak kelima dan merupakan anak bongsu bagi
pasangan En Zainuddin dan Puan Sharipah

Anak kecil ini membesar menjadi seorang pelajar yang begitu hebat dalam bidang
akademik. Sering kali mendapat tempat terbaik di dalam kelas, beliau juga
beberapa kali mewakili sekolah dalam bidang ko-akademik serta sukan. Pemain
pasukan bola jaring sekolah ini juga telah mengukir sejarah apabila menjadi
peserta dari SK Kuala Sentol mendapat Naib Johan dalam pertandingan Pidato
peringkat Zon. Kejayaan beliau diteruskan lagi apabila berjaya mendapat tempat
kedua Pertandingan Bercerita Peringkat Zon.

Anak yang mesra dengan panggilan Adik / Iman ini juga seorang yang sangat
menonjol dari segi kepimpinan. Tidak hairanlah jika beliau dipilih sebagai
Pengawas Sekolah bagi sesi 2019 dan juga diberi kepercayaan lagi untuk
memegang beberapa jawatan lain seperti _____________ Persatuan Pendidikan
Islam, _____________ ping pong dan ________________ bagi badan
beruniform Puteri Islam.. Malahan, beliau telah dipilih oleh murid-murid untuk
memegang jawatan Penolong Ketua Rumah Hijau .

Anak ini juga terus konsisten dengan pencapaian akademik beliau apabila berjaya
merangkul 6A dalam Percubaan UPSR 2019.

Tahniah kami ucapkan kepada Puan Sharipah bt Abd Rashid dan Encik Zainuddin
bin Mohd Yunus atas kejayaan anak hebat ini. Seisi warga sekolah pastinya akan
merasai kehilangan beliau pada tahun hadapan. Terima kasih atas segala jasa dan
bakti beliau terhadap sekolah.
TOKOH KO-KURIKULUM 2019
Beliau dilahirkan pada 26 Januari 2007, dan merupakan anak sulung kepada
pasangan En Ahmad Nadri & Pn Hasmah Laili . Teriak tangis permata sulung
kedua mempelai ini kedengaran pada jam _______________ di Hospital
_______________________.

Anak ini asalnya tidak begitu aktif dalam bidang sukan kerana masalah kesihatan
, namun terus menunjukkan minat apabila berada di tahun 5 dan menjadi seorang
anak yang begitu aktif dalam sukan dan kokurikulum. Beliau kerap kali dipilih
mewakili sekolah dan daerah dalam pelbagai bidang sukan. Beliau juga menyertai
pertandingan bola tampar dan bola baling peringkat daerah. Beliau juga mewakili
sekolah dalam pertandingan Lontar Peluru peringkat Zon.

Selain daripada itu tokoh ini juga telah mewakili sekolah dalam hafazan MTQ
peringkat zon Jempol dan telah mendapat tempat yang kedua. Seterusnya
mewakili Zon ke peringkat Daerah. Walaupun kecundang di peringkat Daerah
tetapi tokoh ini telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menghafal surah-
surah.

Sekalung penghargaan dan tahniah kami ucapkan kepada Encik Ahmad Nadri bin
Daud dan Puan Hasmah Laili binti Jusoh atas pencapaian cemerlang anak ini.
Terima kasih yang tidak terhingga kerana anakanda berjaya mengharumkan nama
sekolah.

You might also like