You are on page 1of 5

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SK ST MARK (M), SELANGAU

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG BIL. 1/ 2018

Page | 1
Tarikh : 28 Mac 2018
Hari : Rabu
Masa : 2 petang
Tempat : Bilik Kelas Tahun 6
Kehadiran : ( Rujuk Lampiran )

1.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG 2017-2019

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas kehadiran pada Mesyuarat
PIBG kali ini.
1.2 Pengerusi mengalu-alukan ibu bapa khasnya untuk mengemukakan Sebarang pertanyaan dan
pandangan serta idea untuk dekongsi Bersama semasa mesyuarat ini.

2.0 Ucapan Penasihat

2.1 Penasihat merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada barisan AJK PIBG 2017-2019
kerana membantu pengurusan sekolah dalam merealisasikan program sama ada dalam bidang
akademik, Hal Ehwal Murid (HEM), mahupun bidang ko-kurikulum juga memberi sokongan
moral dalam menjalankan pelbagai aktiviti.

2.2 Beliau memaklumkan peranan PBS kepada ibu bapa agar mereka tidak hanya
menumpukan dan memikirkan kecemerlangan dari segi akademik semata-mata. PBS adalah
penilaian menyeluruh dalam pelbagai aspek termasuk bidang Kokurikulum.

2.3 Beliau juga telah berkongsi maklumat berkaitan konsep Pembelajaran Abad Ke-21
(PAK 21) iaitu pembelajaran berpusatkan murid. Pelbagai aktiviti menarik di samping
menggunakan kaedah belajar sambil bermain akan diterapkan dalam proses pembelajaran semasa
di dalam kelas. Perkara ini akan membuatkan murid berasa seronok dan gembira semasa sesi P&P.

2.4 Selain itu, program DLP juga telah dilaksanakan di sekolah yang terpilih di mana murid-
murid menggunakan dwibahasa dalam matapelajaran Sains dan Matematik. Beliau menggalakkan
murid-murid di sekolah ini untuk menguasai Bahasa Inggeris.

2.5 Guru Besar juga memaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan menerusi Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah mula melaksanakan pelbagai
strategi pengukuhan bagi mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)
dalam usaha melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang itu untuk kepentingan negara.
Murid-murid perlu dilengkapkan dengan asas STEM supaya bersedia dengan apa cabaran dan
realiti kerjaya masa hadapan.
2.6 Guru Besar memohon ibu bapa supaya bersabar dan sentiasa merujuk kepada pihak
sekolah sekiranya ada sebarang ketidakpuasan hati dalam menangani masalah disiplin murid.
Pihak sekolah sentiasa terbuka untuk menerima kunjungan ibu bapa untuk perbincangan secara
bersemuka.
2.7 Beliau juga mengingatkan ibu bapa agar memantau aktiviti anak-anak teutamanya yang Page | 2
berkaitan dengan kes penyalahgunaan dadah.

3.0 Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat PIBG 2017

3.1 Cikgu Rosalind binti Abdullah selaku Setiausaha PIBG telah membentangkan Minit
Mesyuarat Agung PIBG 2017 untuk disahkan.

3.2 Puan Romy anak Mangka mengesahkan minit dan disokong oleh Puan Sheewa anak
Beginda. .

4.0 Perkara-Perkara Berbangkit


4.1 Tiada perkara berbangkit.

5.0 Membentangkan dan Menerima Laporan Penyata Kewangan PIBG Tahun 2017

5.1 En. Nyangin anak Rimong membentangkan Laporan Penyata Kewangan yang berakhir
pada 31 Disember tahun 2016 untuk diterima. (Rujuk Lampiran)

5.2 Penyata kewangan tidak dapat disahkan kerana terdapat beberapa perubahan dan Encik
Nyangin akan memberi salinan laporan kewangan pada minggu hadapan untuk disahkan.

6.0 Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2016/2017

6.1 Pengerusi mengumumkan pembubaran AJK PIBG bagi sesi 2016/2017.

7.0 Bajet 2018


7.1 Cadangan pihak sekolah untuk membeli Buku Rujukan Tahun 6 dan kamus yang bersesuaian.
7.2 Cadangan pihak sekolah untuk mengubahsuai bangunan prasekolah dan bilik guru.
7.3 Cadangan pihak sekolah untuk membeli sebuah printer memandangkan hanya sebuah
printer sahaja yang berfungsi di sekolah bagi kegunaan guru-guru dan AKP.
7.3 Sekolah memohon sumbangan dana PIBG sebanyak RM2500 untuk baik pulih bangunan
prasekolah dan pembelian printer.
8.0 Perancangan Aktiviti PIBG 2018
8.1 Gotong-royong PIBG pada 24 April 2018-Ibu bapa dialu-alukan untuk hadir sekurang-
kurangnya 2 orang bagi Setiap keluarga dengan membawa peralatan yang sesuai seperti tukul,
pengumpil dan gergaji.
8.2 Sukan Tahunan Bersama PIBG pada 28 April 2018. Page | 3

9.0 Hal-hal Lain

9.1 Encik Joseph anak Louis (PPM Asrama)


9.1.1 Beliau menyenaraikan beberapa barang larangan masuk ke asrama kepada ibu bapa.
Barangan tersebut adalah seperti penyembur minyak wangi, alatan tajam seperti gunting
dan pisau,pemadam atau pen yang berbau wangi serta makanan luar. Ibu bapa diingatkan
agar memastikan anak-anak tidak membawa masuk barang-barang larangan ini ke asrama
sekolah.

9.2 Cikgu Lawrence Hing anak Gerinsa


9.2.1 Beliau memohon agar ibu bapa menghantar anak-anak mereka untuk mengikuti
Kelas Bimbingan pada waktu petang terutamanya kepada murid harian.
9.2.2Beliau juga menasihati agar ibu bapa sentiasa memantau kerja rumah anak-anak
semasa cuti sekolah. Beliau juga mengingatkan agar ibu bapa agar tidak membuat kerja
rumah bagi pihak anak-anak.

9.3. Cikgu Zurina Julaihi ( Guru PSS dan Penyelaras LINUS)


9.3.1 Beliau memaklumkan bahawa Program NILAM dijalankan pada Setiap hari Isnin
hingga Khamis pada waktu petang. Ibu bapa disarankan untuk menyokong program ini
dengan meminta anak-anak mengulas apa jua cerita yang telah di baca.
9.3.2 Cikgu Zurina Julaihi juga memaklumkan bahawa Program LINUS melibatkan
murid Tahun 1 hingga Tahun 3. Buku-buku aktiviti LINUS telah dibekalkan oleh pihak
KPM bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi kegunaan murid-murid.

9.4 Cikgu Venissa anak Ugun (Ketua Warden Asrama)


9.4.1 Beliau mengingatkan kepada ibu bapa agar sentiasa mengambil berat akan
keperluan anak-anak yang tinggal di asrama sekolah. Keperluan seperti payung, sudu,
stoking, kasut sukan, selipar, sabun mandi, sabun basuh, syampu, ubat dan berus gigi perlu
dipastikan sentiasa lengkap dan mencukupi setiap kali mendaftar ke asrama pada hujung
minggu.
9.4.2 Cikgu Venissa juga memohon ibu bapa memastikan rambut anak-anak sentiasa
dalam keadaan kemas bagi mematuhi peraturan sekolah.
9.4.3 Beliau juga menyarankan agar ibu bapa menghantar anak-anak pulang ke asrama
pada atau selepas jam 4.00 petang hari Ahad kerana pintu asrama hanya akan dibuka pada
waktu itu oleh PPM Asrama.
9.5 Puan Ellyne Tong Siew Hua (PK HEM)
9.5.1 memaklumkan bahawa AJK Pengurusan Bantuan Peringkat Sekolah Tahun 2017
masih dikekalkan untuk Tahun 2018.

9.6 Cikgu Nicholas Engong anak Jugah (PK Pentadbiran)


9.6.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat terutamanya Page | 4
guru-guru Tahun 6 serta ibu bapa kerana telah memberi kerjasama yang baik kepada pihak
sekolah.
9.6.2 Di antara program kurikulum bagi Tahun 2018 adalah seperti Kelas Tambahan
Tahun 6, Kelas Bimbingan Tahun 1 hingga Tahun 5 dan Program DEBT untuk prasekolah.

9.7 Cikgu Rosalind binti Abdullah


9.7.1 Program DEBT akan dijalankan pada jam 3 hingga 4 petang setiap hari Isnin hingga
Khamis di prasekolah.
9.7.2 Pendaftaran prasekolah bagi Tahun 2019 bagi murid yang layak iaitu lahir pada
Tahun 2013 dan 2014 telah dibuka. Ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang layak
memasuki prasekolah diminta untuk berhubung dengan pihak sekolah.
9.7.3 Beliau juga memaklumkan bahawa prasekolah telah menggunakan pakaian
seragam yang baharu iaitu baju T-shirt putih, seluar trek biru gelap dan kasut putih seperti
yang ditetapkan oleh pihak KPM bermula tahun ini.
9.7.4 Beliau meminta agar ibu bapa sentiasa memantau anak-anak menyiapkan kerja
rumah dan melatih mereka membaca menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan
oleh guru prasekolah.
9.7.5 Beliau memaklumkan bahawa Program Smarter Phonics akan terus dijalankan dan
meminta agar ibu bapa menyediakan buku cerita yang ditetapkan serta penutup botol
minuman.

9.8 Cikgu Salih anak Lidam (Guru Besar)


9.8.1 Beliau memaklumkan bahawa ahli mesyuarat bersetuju untuk membeli Buku
Rujukan Tahun 6 dan kamus yang bersesuaian.
9.8.2 Ahli mesyuarat juga telah bersetuju menyumbangkan dana PIBG sebanyak
RM2500 untuk membaik pulih bangunan prasekolah, Bilik Guru dan pembelian sebuah
printer.
9.8.3 Beliau juga memaklumkan bahawa Gotong-royong PIBG akan diadakan pada 24
April 2018. Surat jemputan atau memo akan dimaklumkan kelak.
9.8.4 Sukan Tahunan bersama PIBG akan diadakan pada 28 April 2018.
10.0 Ucapan Penangguhan

10.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah dan semua ibu bapa serta guru
yang hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG 2018.
Page | 5
10.2 Pengerusi berharap agar ibu bapa akan sentiasa hadir pada Mesyuarat PIBG bagi
mengetahui program-program sekolah serta menyumbang idea bagi memperkasakan lagi Sekolah
St. Mark (M), Selangau pada masa akan datang.

10.3 Penangguhan mesyuarat oleh Cikgu Ganyai anak Mensan dan disokong oleh Ustaz
Muhammad Ali bin Md. Rasid. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1650 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh

.................................. ............................................. .....................................


Muhammad Amir bin Belaja anak Kilat Salih anak Lidam
Aminuddin Yang Dipertua PIBG Penasihat
Setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Persatuan Ibu bapa dan Guru SK St. Mark (M), Selangau SK St. Mark (M), Selangau
SK St. Mark (M), Selangau Tarikh : 2 April 2018 Tarikh : 2 April 2018
Tarikh : 2 April 2018

You might also like