You are on page 1of 3

Akhlak berasal dari kata akhlaqa, yukhliku ikhlakan berarti dengan sajiyah iaitu perangai)

aththabi’ah iaitu( tabiat,kelakuan,watak dasar).al adah iaitu (kebiasaan,kelaziman),al maruah


iaitu (peradaban yang baik),ad din iaitu (agama).

Contoh akhlak buruk ialah

1.Budaya Mat Remit

Pada 1 September 2019, Tiga remaja termasuk seorang pelajar kolej swasta yang
menunggang motosikal secara berbahaya dengan mempamerkan aksi ‘wheelie’ ditahan dalam
Op Samseng Jalanan di Dataran Merdeka di sini. Hasil daripada operasi yang dijalankan,
ketiga-tiga lelaki berusia 19 hingga 21 tahun terbabit turut melakukan ubah suai pada
motosikal masing-masing.Selain itu,daripada ketiga-tiga lelaki tersebut dua daripada mereka
tidak mempuyai lesen yang sah.Tambahan pula, ketiga-tiga individu tersebut didapati
mengubahsuai motosikal dan enjin selain menggunakan ekzos tidak menepati piawaian serta
terlalu bising. “Selain itu, pegawai JPJ yang bertugas turut mengeluarkan sebanyak 552
saman melibatkan pelbagai jenis kesalahan.“Antaranya ialah nombor pendaftaran tidak
mengikut spesifikasi, pengubahsuaian ekzos, tiada cermin sisi dan tidak memiliki lesen
memandu sah.

Pada 15 Jun 2019, Sekumpulan mat rempit diserbu dalam Op Samseng Jalanan di
Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan membabitkan laluan Teluk Intan ke
Hutan Melintang. Dalam operasi yang dijalankan sebanyak 50 motosikal dan 34 individu
membabitkan penunggang serta pembonceng motosikal diperiksa. Hasil pemeriksaan 69
saman dikeluarkan membabitkan kesalahan nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan,
tidak mengikut laluan yang betul, tiada lesen, tiada cukai jalan, ubahsuai kenderaan ,tiada
cermin sisi dan ekzos tidak mengikut peraturan Tambahan pula, daripada 50 motosikal yang
diperiksa, sebanyak 18 daripadanya ditahan kerana menunggang motosikal dipercayai untuk
melarikan diri

Penyelesaian

Pihak sekolah remaja terlibat perlulah memainkan peranan dengan mengaturkan program
motivasi dan kaunseling untuk membantu menyelesaikan akhlak buruk ini. Kita juga tidak
seharusnya memberi tekanan kepada mereka kerana zaman remaja sememangnya penuh
dengan tekanan dan gelora. Mereka sentiasa inginkan perhatian di samping pengiktirafan
golongan dewasa. Selain itu, Masyarakat tempat setinggal juga perlu berinteraksi secara
matang dengan golongan remaja sebegini agar mereka tidak berasakan diri mereka
diperlakukan seperti budak kecil. Pihak kerajaan juga perlulah menguatkuasakan undang-
undang dalam usaha menangani gejala ini daripada terus berlarutan. Mereka juga tidak
seharusnya membiarkan remaja terlibat berasa lali dan tidak kisah dengan hukuman yang
bakal dikenakan kepada mereka. Malah, hukuman kepada pesalah perlulah ditambah bagi
membuatkan mereka yang terlibat takut untuk melakukan perkara yang menyalahi undang-
undang yang ditetapkan.Anggota JPJ dan PDRM perlulah menyita jentera-jentera yang
terlibat disebabkan pengubahsuain berlaku.Selain itu, mereka juga perlulah menjalankan
operasi dan sekatan jalanraya untuk membanteras lumba haram ke semua kontinjen di seluruh
negara.Tambahan pula,mereka juga perlulah memberikan human yang berat berbanding
daripada meletakkan membayar denda atau saman. Ibu bapa memainkan peranan penting
dalam gejala rempit ini dengan melebihkan ajaran agama dengan ini remaja tidak mudah
terjebak dengan perkara-perkara yang tidak bermoral.Hal ini dengan pegangan agama yang
kuat menyebabkan remaja terlibat menilai adakah sesuatu perkara yang mereka lakukan salah
dari segi ajaran agama masing-masing.

2.Gejala Buli

Pada 15 Februari 2019, Perasaan tidak puas hati dipercayai menjadi punca kes buli yang
berlaku di sebuah sekolah rendah di Jertih. Hasil siasatan didapati, melibatkan dua murid
darjah enam namun salah seorang daripadanya bertindak mengajak rakan-rakan yang lain
untuk menyerang dan membuli. Pihak polis telah mengambil tindakan dengan memanggil
lapan individu termasuk murid dan guru sekolah berkenaan untuk mendapat keterengan
keterangan berhubung kes buli ini. Selain itu, pihak polis turut merampas sebuah telefon
pintar yang dipercayai digunakan bagi merakam kejadian tersebut.

Penyelesaian
Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk mengatasi akhlak buruk
ini. Ibu bapa perlulah menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak mereka
supaya anak akan mengikuti kelakuan ibu bapa mereka yang baik kerana pada tanggapan
anak mereka disebabkan perbuatan ibu bapa adalah sentiasa betul dan patut diikuti. ibu bapa
juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan anak mereka semasa di sekolah dan
memberikan belaian kasih saying dan meluangkan masa yang sepenuhnya kepada mereka
supaya mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan.Selain itu, pihak kerajaan juga harus
memainkan peranan dalam membendung gejala ini. Kementerian Pelajaran dan juga pihak
sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui
mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan
sebagainya.Dengan ini, para pelajar dapat kesedaran dan menpelajari kebaikan serta menjauhi
gejala kurang baik.Pihak kerajaan juga perlulah berganding bahu antara satu sama lain
dengan mengadakan kempen kesedaran dan ceramah kesedaran tentang gejala membuli.
Dengan adanya kempen ini, remaja dapat mempelajari dan menyesal dengan kesan
sampingan yang diperolehi daripada melakukan gejala membuli dan berupaya untuk tidak
melakukan perbuatan ini terhadap orang lain.

You might also like