You are on page 1of 11

KELAB GURU DAN STAFF SK POS PERWOR

SK Pos Perwor
31100 Sungai Siput (U)
Perak Darul Ridzuan
________________________________________________________________________

CADANGAN
KERTAS KERJA
KEJOHANAN FUTSAL
PIALA KHAIRUL ANUAR
2018

ANJURAN

KELAB GURU DAN STAFF SK POS PERWOR

TARIKH : 12 APRIL 2018 – 10 MEI 2018


MASA : 3:30 PETANG – 6:00 PETANG
TEMPAT : PADANG SK POS PERWOR
1.0 PENGENALAN

Kelab Guru dan Staff SK Pos Perwor ingin mengadakan satu program yang
berasaskan sukan yang dikenali sebagai “Kejohanan Futsal Piala Khairul Anuar
2018”. Kejohanan ini mensasarkan belia dan penduduk di kawasan Pos Perwor
dalam mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan.
Di samping itu, tujuan kejohanan ini diadakan adalah untuk mencungkil
bakat-bakat sukan dari warga belia Pos Perwor disamping mengeratkan lagi
hubungan silatulrahim antara pihak sekolah dan penduduk setempat.
Selain itu, kejohanan ini diadakan adalah untuk memupuk nilai-nilai mencintai
dunia sukan futsal agar sukan ini mampu menaikkan nama Pos Perwor apabila ingin
menyertai kejohanan di luar.

2.0 MATLAMAT

Melahirkan generasi Pos Perwor yang aktif dalam aktiviti sukan dan memupuk sifat
kepimpinan berpasukan di samping merapatkan siratulrahim antara penduduk setempat
dan pihak sekolah.

3.0 OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk:


3.1 Mengeratkan perpaduan dan hubungan antara penduduk kampung Pos Perwor.
3.2 Melahirkan penduduk Pos Perwor yang bergiat aktif dalam aktiviti sukan futsal.
3.3 Memupuk semangat kesukanan dan disiplin diri.
3.4 Mencungkil bakat-bakat baru belia Pos Perwor.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Belia lelaki di Pos Perwor yang berumur antara 15 – 40 tahun.


5.0 JAWATANKUASA KEJOHANAN FUTSAL PIALA KHAIRUL ANUAR 2018

Penasihat : Mohamad Ibrahim Bin Ngah Sahib


En Che Aznan Bin Bakar
Zulkefli Bin Abdullah Thani
Salehfi’I Bin Ramly

Pengerusi : Mohd Nazrin Bin Nodin

Penolong Pengerusi : Mohd Arzani Bin Akhirudin

Setiausaha : Mohd Fazlan Bin Mohd Noor Zainuddin

Bendahari : Chow Foo Seong

AJK :

1) Disiplin : Mohamad Shahril Bin Ishak

2) Publisiti : Mohd Rassidee Bin Mohd Rasid

3) Cenderahati
dan Hadiah : Abu Bakar Bin Jamhari

4) Siaraya( PA Sistem): Azri Azrul Bin Taharim

5) Pendaftaran : Nasrulhaimi Bin Mustafha

6) Dokumentasi : Zuriah Binti Dzulkifli

7) AJK Peralatan : Mohd Munzir Bin Ismail


6.0 CADANGAN AKTIVITI

Aktiviti yang akan dijalankan dalam kejohanan ini adalah;


Kojohanan Futsal terbuka
 Terbuka kepada belia Pos Perwor.

 1 pasukan = 7 orang pemain dan 1 orang pengurus.

 Yuran penyertaan dikenakan sebanyak RM 100.00 setiap pasukan.


 Tempat : Padang SK Pos Perwor
 Diadakan selama sebulan, setiap hari Khamis secara liga.
 Hadiah : Pertama : Wang tunai RM 200 + Piala Pusingan
Kedua : Wang tunai RM 150 + Sijil.
Ketiga : Wang tunai RM 100 + Sijil.
Keempat : Wang tunai RM 50 + Sijil

7.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

 Pertandingan ini terbuka kepada semua belia Pos Perwor.

 Pertandingan akan dijalankan secara “5-sepasukan” dengan 3 orang pemain


simpanan. (8 orang pemain dalam satu pasukan samada termasuk atau tidak
termasuk Pengurus dan Pegawai/Jurulatih Pasukan).

 Kategori : Belia lelaki (15 – 40 tahun)

o Jumlah penyertaan pasukan tidak dihadkan.

o Jika sesebuah pasukan didapati menggunakan pemain yang bukan di


kalangan belia Pos Perwor, penyertaan pasukan tersebut di dalam kejohanan
ini akan dibatalkan dan wang penyertaan tidak akan dikembalikan.

o Pemain yang telah berdaftar di dalam sesebuah pasukan, tidak dibenarkan


menyertai pasukan lain di dalam kejohanan ini. Ataupun dalam ertikata lain,
seorang pemain hanya layak menyertai sebuah pasukan sahaja di dalam
kejohanan ini.

o Jika didapati seorang pemain menyertai dua atau lebih pasukan bagi
kejohanan ini, kesemua pasukan yang disertai oleh pemain tersebut akan
dibatalkan penyertaannya di dalam kejohanan ini dan yuran penyertaan bagi
kesemua pasukan yang disertai oleh pemain tersebut tidak akan
dikembalikan.

o Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 100.00 (Ringgit Malaysia : Seratus


Ringgit Sahaja) bagi setiap pasukan.
o Semua pemain diwajibkan untuk memakai jersi, kasut dan peralatan sukan
yang bersesuaian bagi mengelakkan sebarang kecederaan. Adalah
diingatkan bahawa pihak penganjur tidak akan bertanggung jawab terhadap
sebarang kecederaan kepada pemain.

8.0 FORMAT PERTANDINGAN

 Tempoh masa permainan adalah selama 14 minit dengan 7 minit bagi setiap
separuh masa, 1 minit waktu rehat diberikan.

 Pertandingan akan dijalankan secara liga dan kumpulan.

 2 pasukan yang teratas di setiap kumpulan akan ke peringkat separuh akhir.


Pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir akan bermain untuk penetuan
tempat ke 3 dan ke 4

 Jika jaringan seri sehingga tamat masa permainan, Penentuan dengan Sepakan
Penalti sebanyak 3 sepakan penalti + 1 satu sepakan Sudden Death akan
dijalankan.

 Peraturan permainan 'out ball' serta 'corner kick' diguna pakai.

 1 orang pengadil akan mengadili setiap 1 perlawanan secara serentak.

9.0 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERMAINAN

 Hanya 5 pemain dibenarkan beraksi pada satu-satu masa termasuk penjaga gol.

 Pemain gantian boleh dimasukkan berulang-ulang kali sepanjang masa permainan


kecuali mereka yang telah dikenakan kad merah.

 Tiada peraturan ’offside’ di dalam permainan futsal.

 Tendangan penalti akan diberikan kepada pasukan lawan jika ‘foul play’ dilakukan di
kawasan D sendiri.

 Tiada 'sliding tackle',' hard tackle', 'tackle from behind', ’body holding’ dan 'body
contact' dibenarkan di dalam permainan futsal.

 Jaringan gol adalah dikira di mana-mana kawasan ’pitch’ (walaupun jaringan


dilakukan dari kawasan sendiri).

 Penjaga gol tidak dibenarkan memegang bola di luar kawasan D sendiri.

 Jika seseorang pemain dilayangkan kad kuning ke-2 pada satu-satu perlawanan
atau 'straight red', pemain tersebut akan digantung 2 perlawanan. Manakala pemain
yang menerima 2 kad kuning dalan perlawanan yang berasingan akan digantung 1
perlawanan.
 Jaringan secara balingan terus oleh penjaga gol adalah tidak dikira kecuali terdapat
sentuhan dari mana-mana pemain sebelum bola masuk ke gawang gol.

 Penjaga gol mesti melepaskan bola dari genggaman dalam masa 4 saat.

 Sepakan percuma, sepakan ke dalam setelah bola keluar dan sepakan penjuru
harus diambil dalam masa 4 saat.

 Kedua-dua kaki harus berada di luar garisan sewaktu tendangan ke dalam diambil.

 Sepakan terus dari permulaan perlawanan tanpa disentuh dan terus masuk ke
gawang gol adalah dikira GOL.

 Semua tendangan percuma adalah secara langsung (direct free kick).

 Pihak lawan perlu berada 4 ela dari kedudukan tendangan percuma, tendadangan
penjuru dan tendangan ke dalam.

 Sebarang pergaduhan adalah tidak dibenarkan dan penyertaan pasukan tersebut


boleh dibatalkan atas budi bicara pihak penganjur manakala yuran penyertaan pula
tidak akan dikembalikan.

 Keputusan pengadil adalah sah dan muktamad.

 Keputusan muktamad daripada perlawanan yang berkontroversi akan dibuat oleh


pihak penganjur.

10.0 BANTAHAN

 Jika terdapat bantahan oleh mana-mana pasukan terhadap mana-mana pasukan yang
lain, pasukan yang membantah perlu menyertakan wang pertaruhan bantahan
sebanyak RM 50.00 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh sahaja).

 Selepas bantahan diterima, satu mesyuarat AJK Teknikal/Bantahan akan diadakan oleh
penganjur kejohanan dengan disertai oleh pengadil perlawanan tersebut dan kedua-dua
pengurus pasukan (pasukan yang membantah dan dibantah).

 Segala keputusan bantahan akan diputuskan oleh Pengerusi Ahli Jawatankuasa


Teknikal/Bantahan dan sekiranya bantahan didapati berasas dan mempunyai justifikasi
yang kukuh, ianya akan diterima oleh penganjur kejohanan dan wang pertaruhan
bantahan akan dikira ‘hangus’.

 Jika keputusan bantahan adalah positif dan diterima, pasukan yang membantah akan
dikira pemenang (jika bantahan melibatkan perlawanan antara kedua-dua pasukan iaitu
pasukan yang membantah dan dibantah) dan akan diberikan 2 jaringan gol.
11.0 BORANG PENYERTAAN DAN TARIKH TUTUP

 Borang penyertaan boleh didapati daripada :

i) En Mohd Rassidee – Penyelaras Kejohanan Futsal Piala Khairul Anuar 2018.

 Yuran penyertaan pasukan perlulah dibayar sebelum atau pada hari kejohanan.

 Tarikh tutup penyertaan adalah pada 06 hb. April 2018 (Jumaat)


12.0 ANGGARAN PENDAPATAN/PERBELANJAAN

ANGGARAN PENDAPATAN

BIL PERKARA HARGA KUANTITI JUMLAH (RM)


(RM)
1.0 Yuran Peserta RM100.00 10 1000.00
 Setiap pasukan

JUMLAH 1000.00

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA HARGA(RM) KUANTITI JUMLAH(RM)


1.0 Hadiah Pemenang
1.1 Wang tunai 4 500.00
JUMLAH 500.00

3.0 Bayaran Pengadil 50.00


JUMLAH 50.00
JUMLAH 550.00

BORANG PENYERTAAN
KEJOHANAN FUTSAL PIALA KHAIRUL ANUAR 2018
ANJURAN KELAB GURU DAN STAFF SK POS PERWOR

Nama Pasukan : ____________________________________

Nama Pengurus : ____________________________________

No. Telefon Bimbit : ____________________________________

Nama Jurulatih/Pegawai Pasukan : ____________________________________

Bil
Nama Pemain No. K/P
.
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Saya/Kami ingin meyertai kejohanan seperti yang dinyatakan dan menyerahkan yuran
penyertaan bernilai RM100.00 (Ringgit Malaysia : Seratus Ringgit Sahaja).

Nama : _______________________ No. K/P : _______________ T/Tangan : _________

** Nota : Bukti pembayaran yang asli perlu dibawa pada hari kejohanan.

koyakkan

* Akuan Penerimaan Wang

Diterima daripada : ______________________________ No. K/P : ________________


sebanyak RM : 100.00 (Ringgit Malaysia : Seratus Ringgit Sahaja) sebagai bayaran
penyertaan untuk Pasukan _______________________ bagi Kejohanan Futsal Piala
Khairul Anuar 2018 Anjuran Kelab Guru dan Staff SK Pos Perwor

T/Tangan Penerima : ________________________


(Nama : )

b/p : Kelab Guru dan Staff SK Pos Perwor


BORANG BANTAHAN
KEJOHANAN FUTSAL PIALA KHAIRUL ANUAR 2018
ANJURAN KELAB GURU DAN STAFF SK POS PERWOR

Bantahan berkaitan :

Tanda Tangan :
Nama :
No. K/Pengenalan :
Nama Pasukan :
No. Telefon
Bayaran Bantahan RM 50.00 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh
(RM) : Sahaja)

Bantahan diterima oleh Peganjur:

Tandatangan :
Nama :

Keputusan bantahan :

* DITERIMA / DITOLAK

Alasan bantahan ditolak :

NOTA : * Potong mana yang tidak berkenaan


14.0 PENUTUP

Akhir kalam, program ini merupakan satu aktiviti integrasi yang berpotensi
mewujudkan perpaduan di kalangan belia di Pos Perwor. Diharap pihak yang terlibat
akan memberikan sepenuh komitmen dan sokongan padu dari segi segala aspek bagi
menjayakan Kejohanan Futsal Piala Khairul Anuar 2018 anjuran Kelab Guru dan Staff
SK Pos Perwor

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………… …………………………………..
(MOHD RASSIDEE BIN MOHD RASID) (MOHD NAZRIN BIN NODIN)
Penyelaras Kejohanan Pengerusi
KGS Pos Perwor KGS Pos Perwor

Diluluskan oleh:

……………………
(MOHAMAD IBRAHIM BIN NGAH SAHIB)
Penasihat
KGS Pos Perwor

You might also like