You are on page 1of 2

TEKNIK MEMBUAT KEPUTUSAN

A. Teknik Sumbangsaran
Kaedah sumbangsaran ini dikenali dengan pelbagai nama antaranya Brainstroming, Perah
Otak, Pecah Minda dan Percambahan Fikiran. Walaupun berbagai istilah dalam bahasa
diterjemahkan, namun ia merujuk kepada perkara yang sama. Sumbangsaran ini adalah kaedah
yang paling popular yang sering digunakan dalam teknik kreatif secara berkumpulan.
Elemen yang paling utama dalam teknik ini adalah unsur kreativiti. Pengasasnya ialah Alex
Osborn dan kaedah ini wujud pada awal tahun 1930an kemudian diperkenalkan pada umum
secara rasmi pada tahun 1953 melalui bukunya berjudul ‘Applied Imagination’.
Sumbangsaran bertujuan untuk mengeluarkan idea-idea yang kreatif dan
luarbiasa daripada setiap ahli kumpulan secara terbuka. Suatu aktiviti kumpulan sumbangsaran
yang berkesan biasanya terdiri daripada lima hingga tujuh orang individu .Secara ringkasnya,
semua ahli kumpulan akan mencadangkan idea-idea mereka sendiri mengikut giliran.
Menurut Stephen Van Valin, untuk menguasai teknik sumbang saran seseorang mesti menguasai
asasnya bagi merealisasikan objektifnya. Asas-asas sumbangsaran tersebut ialah tidak sesekali
menghalang proses pengeluaran idea agar tidak menghalang idea dan kreativiti seseorang.

Secara asasnya kaedah sumbangsaran mengandungi enam prinsip yang utama :


a) Semua ahli yang terlibat dalam sesuatu sesi sumbangsaran itu hendaklah mengemukakan
penilaian yang hendak dibuat pada suatu idea. Ini bermaksud, setiap daripada seorang ahli tidak
boleh mengkritik idea-idea yang di kemukakan oleh ahli-ahli yang lain.
b) Tujuan akhir yang hendak diperolehi oleh di dalam sesuatu sesi sumbangsaran itu adalah untuk
mendapatkan seberapa banyak kuantiti idea yang dibincangkan. Semakin banyak idea yang
dihasilkan, semakin banyak pilihan idea yang boleh difikirkan oleh setiap ahli kumpulan itu.
Setiap ahli kumpulan amat digalakkan memberikan idea.
c) Setiap ahli kumpulan juga digalakkan berfikir secara bebas dengan menggunakan segala
imaginasi yang ada pada diri mereka.
d) Semua idea yang dihasilkan boleh digabung, diubahsuai, dikembangkan dan dibaiki bagi
mendapat satu keputusan dan jalan penyelesaian yang terbaik.
e) Jangka masa yang sesuai juga perlu diberi perhatian. Biasanya bagi sesuatu sesi sumbangsaran
yang berkesan masa yang sesuai adalah antara 15 minit hingga 30 minit. Lebih lama masa yang
digunakan untuk sesuatu sesi sumbangsaran itu, suasanan sesi berkenaan akan menjadi hambar
dan ahli-ahlinya menjadi bosan serta letih. Ini secara tidak langsung mengakibatkan sesi
sumbangsaran berkenaan tidak akan mencapai objektif.
f) Bilangan ahli dalam sesebuah kumpulan juga perlu diambilkira. Untuk sesi sumbangsaran yang
baik ahli-ahli kumpulan hendaklah tidak melebihi daripada lima belas orang. Sekiranya satu sesi
sumbangsaran itu mempunyai ahli yang lebih daripada lima belas orang ianya akan menjadi satu
sesi yang tidak terkawal.
B. Teknik Kumpulan Nominal
Teknik kumpulan nominal adalah satu kaedah membuat keputusan yang memerlukan
ahli kumpulan tersebut mencadangkan dan menilai idea-idea mereka secara individu sebelum
berkongsi idea tersebut dengan ahli-ahli kumpulan yang lain.Terdapat beberapa langkah yang
melibatkan teknik ini iaitu :
Langkah1 : Setiap ahli kumpulan mencatatkan idea mereka secara individu bagi keputusan atau
masalah yang dibincangkan.
Langkah2 : Setiap ahli akan membacakan idea-ideanya kepada semua orang dalam
kumpulannya untuk berkongsi pandangan dengan mereka. Idea-idea tersebut biasanya ditulis di
atas untuk dikaji semula dan rujukan oleh semua ahli kumpulan.
Langkah 3: Satu perbincangan akan diadakan untuk menilai kelebihan-kelebihan dan
kelemahan-kelemahan setiap idea.
Langkah 4: Ahli-ahli akan mengundi secara rahsia dan menulisnya di atas sekeping kertas. Idea
yang menerima paling banyak undi akan diterimapakai dan dilaksanakan.
Kaedah membuat keputusan ini amat sesuai untuk menjaga kepentingan setiap pekerja
teruatama apabila terdapat individu yang sering mendominasi sesuatu perbincangan.

You might also like