You are on page 1of 2

TEKS MAJLIS PERHIMPUNAN KOKURIKULUM BULANAN

SK KENERING

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,
Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia, dan Salam Perak Aman Jaya

 Yang Berusaha Kapten KRS En. Shahri Bin Abdul Rani


Guru Besar SK Kenering
 Yang Berusaha Pn. Hajjah Nor Rosmawati Binti Abdul Yazid
Penolong Kanan Pentadbiran
 Yang Berusaha Pn. Sazana Binti Aman
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
 Yang Berusaha Pn. Hasnah Binti Mian
Penolong Kanan Kokurikulum
 Para guru yang dihormati dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.
.
1. Bagi memberkati perhimpunan Kokurikulum kita pada pagi ini, majlis menjemput
_________________________________________________________________________
untuk mengetuai bacaan doa.

2. Bagi memulakan perhimpunan Kokurikulum kita pagi ini, marilah kita bersama-sama
menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri Perak dan Lagu Sekolah.
Diminta semua hadirin dan murid berdiri tegak untuk menyanyikan dengan penuh semangat.

3. Seterusnya, majlis menjemput _________________________________________________


untuk mengetuai bacaan ikrar rukun negara. Dipersilakan.

4. Untuk makluman semua, pasukan bertugas untuk mengetuai perhimpunan kokurikulum


pada bulan ini ialah Pasukan ________________________________________________

5. Bagi menyempurnakan perhimpunan Kokurikulum minggu ini, majlis menjemput


Puan Hasnah Binti Mian, Penolong Kanan Kokurikulum untuk mengiringi
Kapten KRS En Shahri Bin Abdul Rani, Guru Besar SK Kenering untuk menerima
tabik hormat dan seterusnya memeriksa barisan pasukan bertugas.

6. Pasukan ini diketuai oleh Sarjan/Koperal/Ketua Platun


_________________________________________________________________________

7. Dipersilakan.

1
8. Untuk acara selanjutnya dijemput guru bertugas pada minggu lalu, iaitu Tuan/Puan
__________________________________________ untuk memberikan laporan bertugas
mingguan.

9. Dipersilakan.

10. Terima kasih atas laporan tersebut. Untuk makluman semua, guru bertugas pada minggu ini
ialah _________________________________ dan ________________________________.

Jika ada acara khas:

Untuk acara seterusnya saya serahkan majlis ini kepada


Tuan/Puan __________________________________
/anggota (nama pasukan:________________________________),
____________________________________. Dipersilakan.

11. Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Puan Pengetua /
Penolong Kanan Pentadbiran / Penolong Kanan Hal Ehwal Murid / Pengolong Kanan
Kokurikulum / Guru Kanan _________________________________________________
untuk menyampaikan ucapan.

12. Dipersilakan.
13. Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
14. Bagi mengakhiri majlis perhimpunan kokurikulum bulanan pada pagi ini, marilah kita
bersama-sama menyanyikan Lagu Sekolah.
15. Diminta semua pegawai kanan dan anggota berdiri tegak dan menyanyikan lagu bersama-
sama.
16. Sekian sahaja majlis perhimpunan kokurikulum bulanan pada pagi ini, semua pengawas
diminta mengambil tempat dan para pelajar boleh bergerak ke kelas masing-masing.
17. Terima kasih.

You might also like