You are on page 1of 3

Seperti yang diketahui, perkataan Qard al-Hasan bermaksud pinjaman yang baik dan ia

merupakan manifestasi keprihatinan seseorang untuk melakukan kebajikan dengan


membantu saudaranya yang berada dalam kesempitan khususnya dalam aspek kewangan.
Perlaksanaan Qardhul Hassan mempunyai beberapa objektifnya yang tersendiri. Salah
satunya adalah menyumbang kepada pembangunan ekonomi masyarakat Islam di
Malaysia. Hal ini kerana produk Qard al- Hasan yang menekankan aspek kebajikan ini
dilihat penting untuk difahami dan diteliti isu-isu pelaksanaannya di Malaysia agar
kelangsungan amalannya tidak menjejaskan mana-mana pihak sama ada pihak yang
menawarkan produk mahupun pihak yang menggunakan khidmat produk tersebut. Selain
itu, ia bertujuan untuk menginfakkan pada jalan Allah dan menyedekahkan kepada orang
fakir serta orang yang benar-benar terdesak. Hal ini kerana memberikan hutang berbentuk
sedemikian adalah mengikut syarak iaitu bebas daripada faedah serta jauh daripada
pertambahan dan kemudharatan. Di samping itu, dalam konteks negara Malaysia Qardul
Hasan diaplikasi untuk meringankan beban golongan yang terdesak dan tersempit dalam
kancah krisis kewangan. Hal ini boleh dirujuk melalui skim pembiayaan secara mikrokredit
dimana berpotensi dapat meningkatkan taraf hidup mereka. Seterunya, sistem ini
merupakan pendekatan yang baik dalam menangani kemiskinan hidup dan dapat dijadikan
model alternatif. Hal ini bertujuan pembasmian kemiskinan dan seterusnya memastikan
kehidupan lestari terutamanya zakat berdasarkan mod pembiayaan Islam dan al-Qard al-
Hassan atas dasar nilai-nilai rohaniyah. Akhir sekali, sistem ini dapat mewujudkan sifat
toleransi dan prihatin peminjam untuk memberikan sagu hati berbentuk wang kepada
pemiutang sewaktu melunaskan hutangnya sebagai tanda penghargaan kepada pemiutang
kerana memberikan bantuan dalam keadaan terdesak.
Perbezaan antara sistem takaful dan insuran

Takaful berkonsepkan kontrak tabarru’. Gharar atau unsur ragu-ragu berlaku hanya dalam
kalangan peserta itu sendiri tanpa penglibatan syarikat. Manakala insurans pula berasaskan
konsep muawadhah iaitu gharar yang wujud adalah antara peserta dan syarikat. Seterusnya
pampasan takaful yang dibayar daripada dana takaful kepada peserta yang ditimpa musibah
adalah daripada sumbangan tabarrur sahaja berbanding konsep insuran iaitu bayaran timbal
balik atau balasan terdapat dalam akad muawadhah. Kita dapat lihat dengan jelas konsep
takaful pihak yang memberi dan memberi sumbangan ialah datang daripada entiti yang sama.
Takaful mengambil sumber-sumber rujukan daripada Al-Quran dan Sunnah manakala Insurans
mengambil kira pandangan perudangan dan kawal-selia. Akad utama bagi takaful ialah
Tabarru, Wakalah, Mudharabah mahupun Waqaf manakala akad Insurans ialah jual beli dan
kontrak. Ianya bermasalah dari sudut syariah walaupun dibenarkan undang-undang. Seterusnya
pelaburan yang dibuat oleh Takaful berunsurkan patuh syariah manakala pelaburan bagi
Insurans bersikap terbuka iaitu terdapat unsur meragukan dan tidak patuh syariah. Dari segi
pengurusan pula, sistem Takaful mempunyai majlis penasihat syariah yang tersendiri manakala
pengurusan Insurans tiada majlis penasihat syariah. Hal ini boleh mengundang unsur haram ke
dalam urusan insuran antara pencarum dan syarikat.
Bahaya riba

Orang yang makan riba mendapat azab yang pedih daripada Allah.

Orang yang makan riba di dunia sahaja diperangi dan ditentang oleh Allah

Jika pemakan riba mati sebelum bertaubat kata Allah, di dalam kubur dia berenang di dalam
sungai darah di akhirat nanti dan juga diseksa.

Ketika pemakan riba ini bangkit daripada kubur kelak pada padang mahsyar, di dibangkitkan
dalam keadaan seperti dirasuk

Jika ada sebesar zarah daging yang tumbuh pada si pemakan riba hasil daripada sumber riba,
nescaya tidak layak untuknya syurga di akhirat. Pemakan riba juga dimasukkan ke neraka.

You might also like