You are on page 1of 7

KERTAS KERJA / KERTAS KONSEP

PROGRAM SAMBUTAN
HARI KEBANGSAAN
2016
anjuran bersama :-

PANITIA PENDIDIKAN MUZIK,


PANITIA PENDIDIKAN MORAL
DAN PANITIA SEJARAH

DISEDIAKAN OLEH:

PN SUHASLINA BINTI HAMZAH


(KETUA PANITIA PENDIDIKAN MUZIK)
&
CIK CHOMBI AK EPOL
(KETUA PANITIA PENDIDIKAN MORAL

SK RASO, LUNDU
AHLI JAWATAN KUASA

PENGERUSI
ENCIK JIHOS AK AHENG
(GURU BESAR)

NAIB PENGERUSI
PUAN DIWEN AK NOHIK
(PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)

PENYELARAS PROGRAM
PUAN SUHASLINA BINTI HAMZAH
DAN
CIK CHOMBI AK EPOL

SETIAUSAHA
PUAN FIONAWEN AK JIPEM

BENDAHARI
PUAN SITI FAIRUZ BINTI MAHMUD

AJK
SEMUA GURU DAN AKP
SEKOLAH KEBANGSAAN RASO
D/A JABATAN PENDIDIKAN DAERAH
94500 LUNDU
SARAWAK

KERTAS KERJA

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH SEMPENA SAMBUTAN


HARI KEBANGSAAN KE-59
TAHUN 2016

1.0 PENGENALAN

Hari kebangsaan yang disambut setiap tahun memainkan peranan penting dalam membina
sebuah negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Bersempena dengan itu, Sambutan
Hari Kebangsaan ke-59 Tahun 2016 akan disambut sepanjang bulan Ogos 2016 ini. Bagi
menjayakannya, sambutan di peringkat sekolah dicadangkan pada 9 September 2016 yang
akan melibatkan semua murid, iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6 serta Pra sekolah.
Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada
murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama dalam
kalangan murid dan guru-guru SK Raso, Lundu.

2.0 MATLAMAT

Memupuk semangat cintakan negara dikalangan murid-murid sekolah. Menjana modal


insan yang mampu bersaing untuk menjayakan Wawasan Negara ke arah negara yang
terbilang serta memupuk semangat patriotik dikalangan murid dan guru-guru SK Raso,
Lundu.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memupuk semangat dan perasaan patriotisme.


3.2 Melahirkan jatidiri yang tinggi di kalangan warga sekolah dari segi fizikal, emosi,
rohani dan jasmani.
3.3 Memupuk hubungan baik dan mengekalkan semangat perpaduan.
3.4 Meningkatkan kefahaman tentang erti kemerdekaan di kalangan warga sekolah.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid SK Raso, Lundu


5.0 ACARA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

Acara ini melibatkan semua warga sekolah yang terdiri daripada pentadbir, guru-guru,
kakitangan, dan murid-murid sekolah.

5.1 Kempen Kibar Jalur Gemilang

Kempen ini akan dilaksanakan mulai 1 Ogos 2016 ( Isnin). Pelbagai jenis, saiz dan
bentuk ”Jalur Gemilang” hendaklah dikibarkan sepanjang kempen dijalankan.
Sepanjang bulan Ogos, panitia pendidikan muzik, panitia pendidikan moral dan
panitia sejarah mengadakan aktiviti di dalam kelas seperti :

Panitia Pendidikan Muzik


 Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Sarawak Ibu Pertiwiku
 Nyanyian Lagu Negeri dan Patriotik.

Panitia Pendidikan Moral


 Aktiviti mewarna bendera Malaysia
 Mendeklamasikan sajak sempena Hari Merdeka

Panitia Sejarah
 Aktiviti mewarna bendera Malaysia
 Melukis poster

5.2 Perhimpunan Khas Sempena Hari Kebangsaan

Perhimpunan Khas ini akan diadakan pada pagi 9 September 2016 (Jumaat).
Perhimpunan Khas ini diadakan untuk membaca Perutusan Kebangsaan oleh;
 SPB Yang Di Pertuan Agong
 Menteri Pelajaran
 Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Perhimpuna khas ini, semua murid akan memakai pakaian tradisional mengikut
kaum dan bangsa bagi memupuk semangat berbilang kaum selaras dengan tema
kemerdekaan tahun ini ‘Sehati Sejiwa’. Ia juga menyedarkan murid kepelbagaian
dan pentingnya adat resam budaya dan masyarakat.

 AJK Program sila rujuk lampiran A


 Aturcara majlis sila rujuk lampiran B
6.0 ANGGARAN KOS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

Makanan dan minuman

Senarai Bilangan Anggaran (RM 5 seorang)


Guru dan AKP 21 orang 105.00
Murid Harian (T1 – T6) 61 orang 305.00
Murid Pra Sekolah 13 orang 65.00
Pekerja Swasta 6 orang 30.00
Jumlah 101 orang RM505.00

*Murid asrama 34 orang, jamuan di tanggung oleh Unit Asrama

7.0 SUMBER KEWANGAN

Bagi menjayakan Program Sambutan Hari Kebangsaan peringkat sekolah, sumber


kewangan adalah dipohon dari Persatuan PIBG sekolah dan Unit Asrama.

8.0 KESIMPULAN

Jawatankuasa Sambutan Hari Kebangsaan peringkat sekolah telah merancang dan


melaksanakan aktiviti-aktiviti bagi menyemai dan mewujudkan semangat patriotik di
kalangan murid-murid sekolah secara terus dan berkekalan melalui segala aktiviti
kurikulum dan juga kokurikulum. Sambutan Hari Kebangsaan ini merupakan perancangan
yang menjurus kepada pengekalan semangat patriotisme dikalangan warga sekolah. Usaha
murni ini hanya akan berjaya dengan kerjasama dari semua pihak di sekolah serta
sokongan kuat daripada Persatuan Ibu, Bapa, dan Guru (PIBG).

Disediakan oleh, Disemak oleh,

....................................... ...............................................
Puan Suhaslina Binti Hamzah Encik Jihos Ak Aheng
Penyelaras Program Hari Kebangsaan Guru Besar
SK Raso, Lundu SK Raso, Lundu
LAMPIRAN A

JAWATANKUASA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN MALAYSIA YANG KE-59


TAHUN 2016

TARIKH : 9 SEPTEMBER 2016 (JUMAAT)


TEMPAT : DEWAN SELERA SK RASO, LUNDU

PENGERUSI : ENCIK JIHOS AK AHENG (GURU BESAR)


NAIB PENGERUSI : PUAN DIWEN AK NOHIK (PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)
SETIAUSAHA : PUAN FIONAWEN AK JIPEM
BENDAHARI : PUAN SITI FAIRUZ BINTI MAHMUD

JAWATANKUASA KERJA :

JAWATANKUASA SIARAYA JURUFOTO & BACAAN DOA

ENCIK JEFRI BIN HAKIM ENCIK KAMARUDDIN BIN SAHABUDIN


ENCIK CHAI KIAN CHIEW

PENYEDIAAN TEMPAT JAWATANKUASA BUKU PROGRAM

ENCK JOHN DONY AK SIBONG


ENCIK ASMAIL AK BAIN PUAN SUHASLINA BINTI HAMZAH
ENCIK JONI AK UNGGAK PUAN MILINGE AK NAWAS

JAWATANKUASA HIASAN PENTAS & BACKDROP JAWATAN KUASA PENGACARA MAJLIS

PUAN DOLET AK AHENG PUAN BARBARA DEMIT AK LANYAU


PUAN DIWEN AK NOHIK

JAWATANKUASA PERSEMBAHAN KAWALAN MURID

PUAN ROSLIN AK NOEP CIK CHOMBI AK EPOL


PUAN FIONAWEN AK JIPEM PUAN SITI FAIRUZ BINTI MAHMUD

JAWATANKUASA JAMUAN

PUAN CHUBI MAJAROL


PUAN LINDA AK BAING
ENCIK BONG JONG KIONG
ENCIK HO TECK NYUAN
LAMPIRAN B

Aturcara Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia

0745 - Murid-murid berkumpul di dewan


0800 - Guru-guru mengambil tempat duduk
- Nyanyian Lagu Negaraku dan Sekolah
- Bacaan Doa oleh Cikgu Kamaruddin Bin Sahabudin
- Ucapan Guru Besar
- Ucapan Perutusan Kemerdekaan oleh Cikgu Juking
- Bacaan Ikrar dari wakil pelajar (Adik Ferylyn)
- Persembahan Pembukaan : Tarian 1 Malaysia
- Persembahan 1 : Bacaan Sajak
- Persembahan 2 : Koir lagu ”1 Malaysia”
- Nyanyian lagu patriotik : Jalur Gemilang dan Sarawak Ibu
Pertiwiku
10.00 - Jamuan
10.30 - Bersurai

You might also like