You are on page 1of 32
BABI: Usul Fiqh sebagai Metode Pentafsiran Nas ‘eee BABI: Usul Fiqh sebagai Metode Pentafsiran Nas Pendahuluan Nas al-Qur’én dan al-Hadith kebanyakannya bersifat umum yang memerlukan pentafsiran untuk menjadi hukum-hakam praktikal yang amat diperlukan oleh mukallaf. Dalam kaitan ini, peranan mujtahid amat besar untuk menggali dan mentafsirkan hukum-hakam yang terkandung dalam nag al-Qur’an dan al-Hadith tersebut. Walau demikian, aktifiti pentafsiran nas dan penggalian hukum-hakam tidak dapat dilakukan begitu sahaja tanpa mengambil kira syarat dan kriteria tertentu. Dalam kaitan ini, metode pentafsiran tertentu mesti digunakan dalam penggalian hukum-hakam daripada nas-nas yang memerlukan pentafsiran seorang Mujtahid. Dengan demikian, aktifiti pentafsiran nas dapat dipertanggung jawabkan secara ‘agli ataupun syar‘i. Hmu usul Figh yang mengandungiggumusan-rumusan ataupun kaedah- kaedah rasional yang standard dapat dijadikan metode pentafsiran nas untuk pengambilan kesimpulan hukum-hakam operasional. [mu usul figh tidak lain merupakan pendekatan ilmiah dalam usaha mentafsirkan nas yang masih mujmal dan bersifat umum. Memandangkan pentingnya posisi-ilmu usul figh dalam pentafsiran nas tersebut maka dalam Bab | ini akan dihuraikan pembahasan tentang usul figh yang meliputi pengertian usul fiqh, huraian perkataan usul figh, sejarah pembukuan usul figh, serta klasifikasi mazhab usul fiqh. Pembahasan ini akan sangat bermakna kerana dapat memberikan laluan berfikir dalam pembahasan bab-bab 28 berikutnya yang akan membentangkan aspek perbezaan metode pentafsiran nas antara dua mazhab besar dalam ilmu usul figh, iaitu mazhab Mutakallimin dan Ahnaf. 1.1. Definisi Usul‘Figh Perkataan ‘Usul fiqh’ berasal daripada bahasa arab iil Jjol yang terdiri dari dua suku kata: “usiil” (Spal ) dan “al-figh” (Aiill), Kata Ja! yang merupakan bentuk jamak daripada kata J-<\!, secara etimologi memberi erti: sesuatu yang diperlukan! atau sesuatu yang mana benda-benda lain berdasarkan kepadanya.” Sementara secara terminologi, kata J-eY! memberi banyak erti, antaranya : a. Norma atau Kaedah (ésclil ), seperti dalam perkataan: “ul! iat hee! as 4 le hueell (keharusan memakan bangkai bagi orang yang dalam keadaan darurat adalah menyalahi hukum asal). Maksudnya, hal tersebut menyalahi ‘norma-noriiié® atau ‘kaedah-kaedah’ yang sudah biasa digunakan. b. Argumentasi (Js! 2) ), seperti dalam perkataan: Ele-Y! Abul! oie Wool (asal persoalan ini adalah ijmd‘ [konsensus]). Ini memberi makna bahawa ‘argumentasi’ yang dipergunakan dalam persoalan tersebut adalah ijma". ' Fakhr al-Din Mubammad bin ‘Umar bin al-Husayn al-Razi (1992 M), al-Mahsiil fi ‘Im Usiil al- Figh (Dirdsah wa Tahgiq al-Duktir Taha Jabir Fayyad al-‘Alwani). C. 2. Beirut: Mu’assasah al-Risdlah. Juz I, h. 78. ? Hafiz Thana’ Allah al-Zahidi (1410 H), Taysir al-Usil. C. 1. Jehlem, Pakistan: Majlis al-Tahqiq al-Athari Jami‘ah al-‘Uhim al-Athariyyah. h. 17. 29 c. Yang kuat (e=!5) ), seperti dalam perkataan: Nall 9} Aqui deol Gust! (al-Qur’an itu asal apabila dibandingkan dengan qiyds [analogil). Maksudnya, kesahan dalil a/-Qur'an lebih ‘kuat’ berbanding dalil a/- qiyas.' Manakala’kata 4ii) secara etimologi bererti mengetahui sesuatu atau memahami sesuatu dan secara terminologi bererti pengetahuan tentang hukum-hukum syar‘7 yang bersifat praktikal (4) yang diperoleh melalui proses istinbat hukum berdasarkan dalil-dalil terperinci (ait), Daripada huraian dua suku kata di atas, rangkaian kedua suku kata tersebut dapat memberikan definisi secara terminologi bahawa usul fiqh (Adil Jj-el) jalah: serangkaian kaedah-kaedah yang dapat digunakan sebagai sarana untuk menggali hukum-hakam operasional (eS! 4+ Luia!),? Dengan demikian, usul figh merupakan kaedah-kaedah agliyyah standard yang dapat membantu para Mujtahid untuk melakukan aktiviti menggali hukum-hakam operasional daripada sumber-sumber aslinya. Al-Syawkani, Irsyad al-Fubil ilé Tahgiq al-Haq min ‘lim al-Usil, Juz |, h. 48 ; Imran Ahsan Khan Nyazee, Theories of Islamic Law: The Metodology of Iitihad, h. 29. 30 ‘figh’. Perbezaan lebih konkrit dalam makna terminologinya dapat dipaparkan seperti dalam perkara-perkara berikut : © Ilmu usul figh merupakan dasar-dasar bagi usaha istinbat hukum, iaitu menggali hukum-hakam daripada sumber-sumbernya, Oleh itu, setiap mujtahid wajib mengetahui betul-betul ilmu usul figh. Ini kerana matlamat ilmu ini adalah untuk mengimplementasi (menerapkan) kaedah-kaedah usul figh kepada dalil-dalil terperinci yang mengandungi hukum-hakam cabang (fiqh) di dalamnya. Dengan demikian, kajian usul figh terhad kepada orang-orang tertentu sahaja kerana tidak semua orang dapat mengkaji serta mengimplementasikannya. Ini berbeza dengan kajian ilmu figh. Jika ilmu usul figh harus diketahui oleh seseorang mujtahaid, maka ilmu fiqh harus diketahui oleh mukallaf (orang-orang yang dikenakan beban hukum) secara : keseluruhan. Ini kerana ilmu figh merupakan kajian tentang ketentuan : hukum bagi setiap perbuatan manusia. Dengan ketentuan hukum inilah perdebatan-perdebatan di kalangangnasyarakat dapat dielakkan.! Pembahasan usul fiqh berkenaan dengan dalil-dalil syar‘ yang bersifat global (.-). Ia bertujuan untuk membuat rumusan kaedah-kaedah yang mempunyai fungsi memudahkan pemahaman terhadap hukum-hakam 2 Z z : ¥ ; : ie : é : beserta sumber-sumber dalilnya secara terperinci. Contohnya beberapa kajian seperti berikut : - — Kajian tentang kedudukan dan tingkatan dalil, sama ada dalil tersebut mempunyai taraf gaf‘7 (hanya mempunyai satu interpretasi) atau anni (multi-interpretasi). " Mubammad Salam Madkar (t.t.), Mabahith al-Hukm ‘Ind al-Usiliyyin. Kaherah: Dar al- ‘Nahdah al-‘Arabiyyah. Juz I, h. 39. 31 — Kajian tentang indikasi hukum lafaz perintah (4M!) dan lafaz larangan (geil) sama ada dalam al-Qur'an ataupun al-Hadith. Dalam kaitan ini kajian usul figh menemukan rumusan bahawa lafaz perintah menunjukkan hukum wajib manakala kata larangan menunjukkan hukum haram sejauh tidak ada indikasi (4.8) yang menyatakan sebaliknya. Oleh itu kajian ini kemudiannya boleh melahirkan kaedah usul fiqh seperti yang berikut : Cr de Su elo bey ral le Ju SI fe YI Ertinya: “Hukum asal daripada perintah adalah wajib manakala hukum asal daripada larangan adalah haram”. Kajian tentang lafaz-lafaz am atau lafaz-lafaz khas sama ada dalam al-Qur’an atau dalam al-Hadith. Kajian tentang hal ini kemudiannya melahirkan kaedah usul figh: Aa LL al pl am Syke plu Ertinya: “Lafaz am itu meliputi semua unit-unit di bawahnya sejauh tidak dikhususkan [ditakhsis] oleh lafaz lain”. Dr. Wahbah al-Zuhayli memberikan komen bahawa apabila diteliti dengan lebih mendalam, pembahasag,.tentang tabiat, pembahagian dan sejarah undang-undang sesungguhnya belum layak menjadi topik pembahasan usu/ ganun. Ini kerana substansi dan hakikat pengertian usul tidak lain adalah dalil ataupun pokok daripada sesuatu. Dengan demikian pembahasan usu/ ganun di atas lebih layak jika disebut pembahasan tentang dasar-dasar ilmu qanun (undang-undang).* Mubammad Salim Madkur, Mabdhith al-Hukm ‘Ind al-Usiiliyyin, Juz 1, b. 40 ; Dr. Wahbah al- Zuhayli (1996 M), Usail al-Figh al-Islami. C. 1. Beirut: Dar al-Fikr al-Mu‘asir; Damsyik: Dar al-Fikr. Juz I, h.7. 2, Dr. Wahbah al-Zuhayli, Usiil al-Figh al-Istami, Juz |, h. 7. > Muhammad Salim Madkir, Mabéhith al-Hukm ‘Ind al-Usiiliyyin, Juz |, h. 40-41. * Dr. Wahbah al-Zuhayli, Usul al-Figh al-Islami, Juz 1, h. 7-8. 38 Dalam kaitan tersebut, para pakar usul figh perlu diberi penghargaan khusus kerana mereka berjaya menghimpun sumber-sumber hukum dalam satu disiplin ilmu yang Khas, iaitu ilmu usu/ figh. Manakala para pakar undang-undang sebelumnya cuba membuat kriteria yang jelas untuk memisahkan usu! ganun dari sejarah ganun (undang-undang). Kejayaan para ulama’ di atas dapat disaksikan sendiri oleh para pakar undang-undang sampai masa ini.! 1.3. Sejarah Pembukuan Usul Fiqh Pada masa Rasulullah SAW masih hidup, beliau mempunyai_multi- function sebagai seorang pemimpin. Di samping memegang kedudukan tasyri (22%) untuk membuat undang-undang syari’ah, beliau juga mempunyai kedudukan ‘anfidhi (40) untuk melaksanakan syari’ah itu sendiri. Rasulullah SAW sebagai penyampai risalah (muballigh), pada masa yang sama juga berkedudukan sebaslfseorang Imam besar, seorang Kadi yang bijaksana serta seorang Mufti yang mendapatkan limpahan ilmu daripada Allah SWT. Dengan demikian, Rasulullah SAW adalah seorang imam al-a’immah, qadi al-qudat dan “alim al-‘ulama’? Oleh itu pada masa Rasulullah SAW masih hidup, pembahagian ilmu ke dalam beberapa bahagian belum diperlukan, termasuk bahagian ilmu usu! figh. Semua persoalan agama yang muncul pada masa itu akan mendapatkan tanggapan dan penyelesaian daripada Rasullah SAW secara langsung dengan bimbingan wahyu. ' Muhammad Salim Madkir, Mabahith al-Hukm ‘Ind al-Usiiliyyin, Juz 1, h. 2 Syihab al-Din Abii al-‘Abbas Ahmad bin Idris bin ‘Abd al-Rahman al-Sanhaji al-Qarafi (t1.), al Furig. Beirut: ‘Alam al-Kutub. Juz I, h. 205 — 206. 39 Demikian juga pada masa Sahabat, khususnya pada masa kepimpinan al-Khulafa’ al-Rasyidin. Para Sahabat yang pernah hidup bersama-sama Rasulullah SAW memahami betul sebab-sebab penurunan ayat (Ji!) led), rahsia-rahsia penggubalan undang-undang (e+) ~!) dalam Islam serta tabiat dan keadaan persekitaran yang mana wahyu diturunkan. Di samping itu mereka yang terdiri daripada suku arab sememangnya menggunakan bahasa arab yang merupakan bahasa rasmi al-Qur’n dan al-Sunnah yang mereka wariskan daripada Rasulullah SAW. Keadaan seperti ini menyebabkan monografi ilmu usul figh dirasa belum diperlukan kerana aktiviti istinbay hukum dapat diselesaikan oleh para Sahabat tanpa perlu menggunakan kaedah-kaedah usilliyyah tertentu.! Demikan juga pada masa ‘dbi‘in, mereka belum memerlukan pembukuan ilmu usul figh kerana mereka belajar figh secara lagsung daripada para Sahabat. Pada masa Tabi‘ al-Tabi‘in, perkembangan zaman semakin pesat; penyebaran Islam semakin meluas ke berbagai-bagai daerah dan orang arab pun kemudian bercampur dengan orang ‘ajam (bukan arab). Dalam kondisi seperti ini umat Islam memerlukan rujukan kaedah-kaedah hukum Islam agar para Mujtahid dapat memberikan pemahaman yang benar terhadap al-Qur’an dan al-Sunnah serta dapat memberikan penyelesaian bagi peristiwa-peristiwa hukum baru yang belum pernah terjadi sebelumnya.? Dalam kondisi seperti inilah al-Syafi’ (w. 204 H) mengasas dan membukukan ilmu usu! figh menjadi satu monografi ilmu yang sistematik dan rasional. Ini sebagaimana tercermin dalam karya monumentalnya, a/- Risdlah, yang memuat huraian al-Qur’an, penjelasan al-Sunnah terhadap al- "Dr. Wahbah al-Zubayli, Usa al-Figh al-Islami, Juz I, h. 7 ; Dr. Mubammad Adib Salih, Tafsir al-Nusiis fi al-Figh al-Islami, Juz 1, h. 90 —91. ? Dr. Muhammad Adib Salih, Tafsir al-Nusuis fi al-Figh al-Islami, Juz 1, h. 92. 40 Qur'an, ijtihad yang beliau formulakan dalam bentuk al-Qiyas dan huraian- huraian lain berkenaan dengan dasar-dasar istinbat hukum.' Pada mulanya al-Syafi’i memberi nama buku al-Risdlah ini dengan nama al-Kitab. Namun kerana kandungan buku ini merupakan hasil surat- menyurat antard al-Syafi’i di Mesir dengan ‘Abd al-Rahman bin Mahdi di Khurasan (Iraq), maka buku ini kemudian diberi nama al-Risdlah yang bermaksud sepucuk surat.” Dalam konteks sejarah pembinaan ilmu usul figh di atas, hubungan Imam al-Syafi’i dengan ilmu usul figh dapat diumpamakan dengan hubungan Aristoteles dengan ilmu mantig (logik) atau hubungan Imam Khalil bin Ahmad dengan ilmu ‘ariid (prosody). Secara lebih khusus lagi, pembukuan usul figh oleh al-Syafi’i ini sebenarnya dilatari oleh perdebatan pemikiran antara _golongan tradisionalisme (¢y a=!) Jal) di satu pihak dan golongan rasionalisme ( Jai (1984 M), Dirdsah Tarikhiyyah li al-Figh wa Usiilihi wa"al- allati Zaharat fiha. C. |. Damsyik, Syria: al-Syirkah al-Muttahidah li al-Taw2i'. h. 85 1. Muhammad Adib Salib, Tafsir al-Nusits ft al-Figh al-Islami, Juz 1, h. 92 ~ 95 ; Prof. ‘Abd al-Wahhab Ibrahim Abi Sulayman, al-Fikr al-Usiili Dirdsah Tabliliyyah Nagdiyyah, h, 68 69. 2 Noel J. Coulson (1969 M), Conflicts and Tensions in Islamic Jurisprudence. USA, The University of Chicago Press, h. 6. > prof. Dr. ‘Abd al-Wahhab Ibrahim Abi Sulayman, al-Fikr al-Usili Dirdsah Tablitiyyah Naqdlyyah, h. 69. 42 1.4. Klasifikasi Mazhab Usul Fiqh Dari segi sejarahnya, ilmu usul figh terbahagi kepada dua mazhab pemikiran di samping mazhab lain yang menggabungkan kedua-duanya. Mazhab-mazhabitersebut mempunyai pengaruh besar terhadap kajian ilmu usul figh serta mempunyai dampak besar terhadap perkembangan kajian hukum-hakam (figh) di peringkat cabang sampai sekarang. Kajian mazhab- mazhab usul fiqh selanjutnya dapat dipaparkan seperti berikut ini : 1.4.1. Mazhab Mutakallimin Mazhab ini disebut juga sebagai mazhab Jumhirr kerana diikuti oleh mojoriti (jumhur) ulama’ dan pakar usul fiqh dari pelbagai mazhab. Antara mereka ialah ulama’-ulama’ mazhab Sydfi‘i, Maliki, Hanbali, Syi‘ah Imdmiyyah, Syi'ah Zaydiyyah dan Ibdiyyah. Tidak Kurang juga, majoriti ulama’-ulama’ dan pakar-pakar ilmu kalam mazhab Mu ‘tazilah dan Asya'‘irah mengikuti metode yang digufiakan mazhab ini. Oleh itu, aliran ini kemudiannya disebut aliran Mutakallimin yang memberi erti “pakar-pakar ilmu kalam”.! Pengasas mazhab ini ialah Imam al-Syafi’i sendiri sebagai founding ‘father ilmu usul figh. Mazhab ini mengasas kaedah-kaedah sebagai landasan teori untuk menggali hukum-hakam vperasional daripada sumber asasinya. Kaedah-kaedah yang mereka bina kemudiannya digunakan untuk mengkaji uslub-uslub bahasa dan dalil-dalil syara‘ dengan tidak menafikan aspek ' Dr. Muhammad Adib Salih, Tafsir al-Nustis fi al-Figh al-Islami, Juz 1, h. 99 ; Prof. Dr. ‘Abd al-Wahhab Ibrahim Abii Sulayman, , al-Fikr al-Usali Dirdsah Tabliliyyah Nagdiyyah, h. 446. 43 rasionaliti.! Dengan demikian, metodologi yang dipakai oleh mazhab ini ialah metode teoritis yang independen dan berdiri sendiri kerana kaedah- kaedah usul figh yang mereka bina mampu menghasilkan hukum-hakam operasional (figh) tanpa terikat dengan intervensi pemikiran daripada luar. Sebagai mazhab yang berdiri sendiri, mazhab Mutakallimin ini selalu berusaha meneliti atau mentahgig kaedah-kaedah berfikir rasional (mantigi) kemudiannya menetapkan apa-apa yang menjadi indikasi dalil-dalil nagli atau ‘agli daripada hasil penelitian tersebut. Usaha ini dilakukan tanpa sebarang pengaruh daripada hasil istinbat mazhab lain atau tanpa sebarang kaitan dengan pendapat Imam tertentu. Oleh itu, tidak hairan jika pengikut Imam al-Syafi’i sering berbeza pendapat dengan Imam al-Syafi’i sendiri dalam memberikan had kaedah-kaedah istinbat hukum.” Seperti kita lihat Imam al-Syafi'i menganggap mafhim muwdfagah sebagai qiyds jali. Sementara itu, majoriti ulama’ yang lain dalam mazhab Syafi'iyah sendiri berpendapat lain. Hal ini sepertimana ditunjukkan oleh al- Ghazali (w. 505 H), al-Amidi (w. 63JgH) dan lain-lain yang mana mereka membezakan antara giyds dengan mafhiim muwdfaqah? Kitab-Kitab Usul Fiqh Mazhab Mutakallimin‘ : © Al-Risdlah (453), karya al-Imam Abi ‘Abdillah Muhammad bin Idris al-Syafi‘i (w. 204 H). : ' Prof. Dr. ‘Abd al-Wahhab Ibrahim Aba Sulayman, al-Fikr al-Usili Dirdsah Tabliliyyah Nagdiyyah, hb. 457. ? Dr. Muhammad Adib Salih, Tafsir al-Nusiis fi al-Figh al-Islémi, Juz I, h. 98 - 99. 3 Muhammad Bukhayt al-Mufi'i (tt), Sullam al-Wusul li Syarh Nihayah al-Sil, dicetak bersama Jamal al-Din ‘Abd al-Rahim bin al-Hasan al-Asnawi al-Syafi'i, Nihdyah al-Siil ft Syarh Minhaj al-Usil.t.p.: ‘Alam al-Kutub. Juz II, h. 204. “ Lihat; Prof. Dr. "Abd al-Wahhab Ibrahim Abi Sulayman (1993 M), Kitdbah al-Bakth al-‘Iimi wa Masadir al-Dirdsét al-Fighiyyah. C.1. Jeddah: Dar al-Syuriq. Juz Il, h. 547 dst. 44 Kitab al-‘Ahd (24 tS), karya al-Qadi ‘Abd al-Jabbar bin Ahmad bin ‘Abd al-Jabbar al-Hamdhani (W. 415 H). Kitab al-‘Umad (3) 5S), karya al-Qadi Abd al-Jabbar bin Ahmad bin Abd al-Jabbar al-Hamdhani (W. 415 H). Kitab al-Mu'tamad (344 65), karya Abii al-Husayn Muhammad bin ‘Al al-Basri al-Mu‘tazili (w. 436 H). Al-‘Uddah fi Usiil al-Figh (sii Jyual i 3383), karya al-Qadi Abii Ya‘la Muhammad bin al-Husayn bin Muhammad bin Khalaf bin Ahmad al- Farra’ (w. 458 H). Ihkam al-Fusill fi Ahkém al-Usiil (Jao! plSa\ 74 J snail lS), karya Abii al-Walid Sulayman bin Khallaf al-Baji (w. 474 H). j (claal) ss gd clei US), karya Kitab al-Minhaj fi Tartib al-Hujj Abi al-Walid Sulayman bin Khallaf al-Baji (w. 474 H). Kitab al-Hudid fi al-Usill (S24) gi 25 230 4S), karya Abii al-Walid Sulayman bin Khalaf al-Baji (w. 474 H). Al-Luma‘ fi Usiil al-Figh (ii daa soi ell), karya Abii Ishaq Ibrahim bin ‘Ali bin Yisuf al-Fayrizabadi al-Syayrazi (w. 476 H). Al-Burhan fi Usiil al-Figh (ii Sel gi ols), karya Abii al-Ma‘ali ‘Abd al-Malik bin ‘Abdillah al-Juwayni, Imam al-Haramayn (w. 478 H). Al-Waragat fi Usiil al-Figh (Ai) Spo gi 15553), karya Abii al-Ma‘ali “Abd al-Malik bin ‘Abdillah al-Juwayni, Imam al-Haramayn (w. 478 H). Al-Mustasfa min ‘Im al-Usil (Sse) ale 54 gixciusall), karya Abii Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali (w. 505 H). . Al-Tamhid fi Usiil al-Figh (4ii)) J 0 gi 3¢<1)), karya Mahfiz bin Ahmad bin al-Hasan Abi al-Khattab al- Kalidhani al-Hanbali (w. 510 H). 45 " Karya al-Baydat Al-Wadih fi Usill al-Figh (Adil) duel 4 e213), karya Abii al-Wafa’ ‘Ali bin ‘Aqil bin Muhammad al-Baghdadi al-Hanbali (w. 531 H). Al-Mahsul fi Usil al-Figh (4d) Jyel i Syd), karya Fakhr al-Din Muhammad bin ‘Umar al-Razi (w. 606 H). Rawdah al-Nazir wa Jannah al-Mandzir (Je) Ain y jt) 4255), karya Muwaffaq al-Din Abi Muhammad ‘Abdullah bin Ahmad bin Qudimah al-Magqdisi al-Dimasygi (w. 620 H). Al-Ihkam fi Usiil al-Ahkdm (eSa4) Sgual 44 o'Sa¥!), karya Sayf al-Din Abi al-Hasan ‘Ali bin Abi ‘Ali bin Muhammad al-Amidi (w. 631 H). Al-Imam fi Bayan Adillah al-Ahkdm (eS=¥) 33) hy i 449"), karya ‘Izz al-Din ‘Abd al-‘Aziz bin Abd al-Salam al-Silmi (w. 660 H). AL-Tahsil min al-Mahsil (Syex) o« duet), karya Siraj al-Din Mahmiid bin Abi Bakr al-Armawi (w. 682 H). Syarh Tangih al-Fusil fi Ikhtisér al-Mahsil ( gi Sail eis cot dpasa) jaid!), karya Ahmad bin Idris al-Qarafi (w. 684 H). Minhaj al-Wusill ila ‘Im al-Usiil fle ale J nos cleis), karya al- Qadi Nasir al-Din ‘Abdullah bin ‘Umar al-Baydawi (w. 685 H).! Al-Bahr al-Muhit fi Usill al-Figh (ii J y-<\ 4:04) 52), karya Badr al- Din Muhammad bin Bahadir al-Zarkasyi (w. 794 H). ini mendapat perhatian khusus di kalanagan para ulama’ usul, khususnya para ulama’ Syéfitiyyah. Ramai di kalangan mereka menyusun buku komentar terhadap karya tersebut. Sama ada buku komentar dalam bentuk syarah, takhrij hadith, tambahan penjelasan ataupun dalam bentuk karangan lainnya. (Lihat: Jamal al-Din ‘Abd al-Rahim bin al-Hasan al- Asnawi al-Syafi'l (t.t.), Nikdyah al-Sal fi Syark Minhdj al-Usal. t.t.p.: ‘Alam al-Kutub. Juz I, hy). 46 1.4.2. Mazhab Ahnaf Mazhab ini cuba membina kaedah-kaedah usiliyyah berdasarkan pada apa yang diperoleh daripada Imam-imam mereka dalam mazhab hanaft berupa hukum-bakam (fiqh) hasil istinbat mereka. Bahkan sekiranya didapati kaedah-kaedah usul figh yang dibina bertentangan dengan figh, maka mereka meninggalkan kaedah-kaedah tersebut kemudian beralih pada kaedah yang lebih sesuai dengan figh hasil ijtihad Imam mereka. Pada kenyataannya, mazhab ini merujuk pada fiqh-figh hasil istinbat Imam Abi Hanifah (w. 150 H) dan sahabat-sahabatnya seperti Imam Abii Yiisuf (w. 182 H), Muhammad bin Hasan (w. 189 H), Zufar (w. 158 H) dan Jain-lain untuk dijadikan dasar pembentukan kaedah-kaedah usul fighnya.” Dalam kaitan ini, pakar usul figh daripada kalangan mazhab Hanaft semasa mengemukakan kaedah-kaedah usul fighnya sering menyertakan aspek fighnya sebagai bahan rujukan.> Dengan demikian, jika mazhab Mutakallimin membina dahulu kaedah- kaedah usul figh untuk dibuat dasar Sinbat hukum maka sebaliknya, dalam mazhab Abnaf ini, hasil istinbat hukumnya dijadikan dasar untuk membina kaedah-kaedah usul figh. Kerana berdasarkan pada figh hasil istinbdt itulab, kemudiannya mazhab Ahnaf ini biasa disebut juga dengan mazhab fugaha’ yang memberi erti “pakar-pakar fiqh”. ' Prof. ‘Ali Hasb Allah, Usa al-Tasyri* al-Islam, h. 6. ? Dr. Muhammad Adib Salih, Tafsir al-Nusiis fi al-Figh al-Islémi, Juz 1, h. 99. * Ibid, h. 9-100. 47 Kitab-Kitab Usul Fiqh Mazhab Abnaf" : © Al-Fusiil fi al-Usiil (Aye 4 Jail), karya Abii Bakr Ahmad bin ‘Ali al- Jags al-Razi (w. 370 H). © Taqwim al-Adillah fi al-Usiil (Sno¥) i 4 3M p58), karya Abii Zayd “Ubaydillah bin ‘Umar al-Dabisi (w. 430 H). © Usiil al-Bazdawi (¢g 3 25! Jel), karya Fakhr al-Islam ‘Ali bin Muhammad al-Bazdawi (w. 482 H). © Usil al-Sarakhsi (gad) del), karya Abi Bakr Muhammad bin Ahmad bin Abi Sahl al-Sarakhsi (w. 490 H). © Mizan al-Usiil fi Nata'ij al-Uqiil (Sia) eit gi Jo! 0) 5x4), karya Syams al-Din Abi Bakr Muhammad bin Ahmad al-Samarqandi (w. 539 H). © Al-Muntakhab fi Usiil al-Madhhab (4 34) J ual gi 33!) Karya Hisyam al-Din Muhammad bin Muhammad bin ‘Umar al-Akhsiki (w. 644 H). © Manér al-Anwar (2 's\ 34), karya Hafiz al-Din Abi al-Barakat ‘Abdullah bin Ahmad al-Nasafi (w. 710 H). @ Al-Mughni ff Usitlal-Figh (sii) OSet 43 340), karya Jalal al-Din ‘Umar bin Muhammad al-Khabbazi al-Khajnadi (w. 671 H). © Mirgat al-Wusil ila ‘lim al-Usil (Sp2¥' gle 3 dyes 354), karya Muhammad bin Faramirz, yang dikenali pula dengan nama Khasrii (w. 885 H). ' Lihat Prof. Dr. ‘Abd al-Wahhab Ibrahim Aba Sulayman, Kitabah al-Balth al-‘Ilmi wa Masadir al-Dirdsat al-Fighiyyah, Juz Il, h. 597 dst. 48 1.4.3. Mazhab Gabungan Mazhab ini menggabungkan metode yang digunakan mazhab Mutakallimin dan Ahnaf. Mazhab ini membuat kaedah-kaedah usiiliyyah yang tersendiri untuk dijadikan dasar istinbat hukum. Selain itu mereka juga menggunakan figh hasil istinbat imam-imam mereka untuk dijadikan dasar dalam membina kaedah-kaedah usiliyyah. Mazhab ini diikuti oleh para ulama’ usul dari pelbagai mazhabnya, seperti ulama’ dalam mazhab Hanafiyyah, Malikiyyah, Syafi‘iyyah, Zahiriyyah dan lain-lain. a) Ulama’ Hanafiyyah : Kalangan ulama’ Hanafiyyah yang menggunakan metode perbandingan dalam penyusunan kitab usul fiqhnya, antaranya seperti yang berikut: 1. Sadr al-Syari*ah ‘Ubaydillah bin Mas‘tid (w. 747 H) Sadr al-Syari‘ah menggunakan metode perbandingan seperti terdapat dalam kitabnya, Tangih al-Usul (Sse wi) yang kemudian diberi catitan pendapat dalam buku syarh al-Tawdih fi Hall Ghawamid al-Tangih (qt Gade Je gi Gee sill), Kitab ini disusun untuk menanggapi atas banyaknya kajian terhadap kitab Usul al-Bazdawi masa itu. Bahkan sebahagian ulama’ masa itu menilai terdapat fahaman yang kurang jelas dalam fenomena lafaz-lafaz yang terdapat dalam pembahasan kitab ini. Oleh itu Sadr al-Syari‘ah menyusun kitab syarh al-Tawdih / west (bermakna: penjelasan) yang merupakan ringkasan daripada tiga kitab, iaitu Usal al-Bazdawi / g 25s) Jyel (mazhab Hanafi); al-Mahsil / 49 J pana) karya al-Razi (mazhab Syafi‘i); dan Muntahd al-Siil wa al-Amal / N15 Jd) sete karya Ibn al-Hajib (mazhab Maliki). Pada perkembangan berikutnya, seorang ulama’ daripada mazhab Syafi, iaitu al-Taftazani (w. 792 H), menyusun catitan pandangan terhadap kitab al-Tawdih dalam bentuk kitab hdsyiyah iaitu al-Talwih ‘ald al- Tawdih (qo2 5) le cash) | 2. Ahmad bin ‘Ali al-Sa‘ati al-Baghdadi (w. 694 H) Ini sebagaimana ditunjukkan dalam karyanya Badi‘ al-Nizdm al- Jami" Bayna Kitab al-Bazdawi wa al-Inkdm ( 953 3S ox ele) (Ua gs aSa¥1y 3). Sesuai dengan nama kitabnya, metode penulisan kitab ini merupakan gabungan antara kitab Usill al-Bazdawi yang bermazhab Ahnaf dan kitab al-Jhkdm karya al-Amidi yang bermazhab Mutakallimin. Tonu Sa‘ati dalam kitab tersebut memfokuskan pada kebebasan kaedah- kaedah usiiliyyah daripada hukum-hakam cabang (fiqh). Namun dalam aspek lain beliau juga memaparkan cabang-cabang figh sebagai bahan acuan kaedah-kaedah usul figh-nya. 3. Al-Kamil [bn al-Humam (w. 861 H) Dalam sebuah karya usul fiqh-nya, iaitu a/-Tahrir (23), al-Kamil Ton al-Humam menggunakan pendekatan metode perbandingan antara yang biasa digunakan oleh mazhab Mutakallimin dengan apa yang digunakan oleh mazhab Abnaf. Al-Kamil berkata bahawa penyusunan Madkir, Mabdhith al-Hukm ‘Ind al-Usiliyyin, Juz |, h. 53 ; Dr. Yasuf Qasim (1985 M), Usui al-Ahkam al-Syar‘iyyah. Kaherah: Dar al-Nahdah al-‘Arabiyyah, h, 22 ~ 23 ; Bandingkan pula dengan: Sa‘d al-Din Mas‘id ibn ‘Umar al-Taftazani al-Syafi'i (tt), Syarh al-Talwih ‘ala al-Tawdih. Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah, nota dalam halaman tajuk. ? Prof. Dr. ‘Abd al-Wahhab Ibrahim Aba Sulayman, Kitabah al-Bahth al-‘Imi wa Masadir al- Dirdsét al-Fighiyyah, Juz I, h. 604. Bandingkan dengan Muhammad Salim Madkir, Mabahith al-Hukm ‘Ind al-Usiiliyyin, Juz 1, h. 53. ' Muhammad S: 50 kitab ini memang bertujuan untuk mengimbangi kekurangan kitab-kitab usul figh perbandingan. Kitab ini kemudiannya diulaskan oleh Muhammad bin Muhammad bin Amir Haj al-Halabi (w. 889 H) dalam sebuah kitab syarahnya, al-Tagrir wa al-Takhbir (sy » ti), Kitab syarah ini” sangat ringkas dan hanya memaparkan kandungan secara garis besar sahaja. Kemudian kitab ini diulas lagi oleh Amir Badah Syah al-Husayni al-Hanafi dalam kitabnya, Taysir al-Tahrir (233) juai),! b) Ulama’ Malikiyyah : Kalangan ulama’ Malikiyyah yang menggunakan metode perbandingan dalam penyusunan kitab usul figh ialah Abi Ishaq Ibrahim Misa al-Syatibi (w. 780 H). Hal ini sebagaimana terdapat dalam karya monumentalnya, a/- Muwafagat fi Usil al-Syari‘ah (4252) J sual gi il yall), Kitab ini bukan sahaja memaparkan kandungan secara perbandingan, tetapi sekaligus berjaya membentangkan pembahasan tentang maslahah / aloud! (kesejahteraan umat) serta magiigid al-syari‘ah / 4:2) wolis (tujuan- tujuan disyari’atkannya Islam). Selain itu, kitab ini juga berhasil memberikan arahan untuk mengetahui aspek-aspek persekitaran dalam proses penurunan wahyu,” ©) Ulama’ Syafitiyyah : 7 Kalangan ulama’ Syafi‘iyyah yang menggunakan metode perbandingan dalam penyusunan kitab usul fiqh, antaranya seperti yang berikut: Ibid. * Dr. Muhammad Adib Salih, Tafsir al-Nusits fi al-Figh al-Islami, Juz I, h. 102. 51 1, Taj al-Din ‘Abd al-Wahhab bin ‘Ali al-Subki (w. 771 H) Dalam kitabnya, Jam‘ al-Jawdmi‘ (ese!) es), al-Subki membandingkan berbagai-bagai pendapat berbilangan mazhab. Hal ini sebagaimana diungkapkan beliau bahawa kitab yang disusunnya tersebut menghimpun lebih daripada seratus karangan. Oleh itu tidak hairan jika kitab ini merupakan kumpulan pendapat-pendapat yang berbeza-beza tanpa membentangkan aspek dalil ataupun landasan yang digunakan dalam memaparkan kaedah-kaedah usul fiqh.' 2. Abii al-Munaqib al-Zanjani (w. 656 H) Dalam kebanyakan bab yang ada dalam kitabnya, Takhrij al-Furd‘ ‘ald al-Usil (J»0¥! gle ¢ i) q 4), al-Zanjani_menyelidiki aspek perbezaan mazhab Mutakallimin dan Abnaf serta memberikan kriteria cabang figh kedua-dua mazhab tersebut dengan kriteria usul fiqh dan kaedah figh. Lebih daripada itu, al-Zanjanijuga merujuk aspek perbezaan dalam hukum-hakam peringkat cabang kepada aspek perbezaan yang lebih substantif di peringkat induknya yang asal. Dengan lain perkataan, kitab ini mengkaji proses terjadinya hukum-hakam peringkat cabang yang muncul daripada peringkat asasnya, sama ada dalam mazhab Mutakallimin ataupun mazhab Abnaf. Kajian tentang hal ini dilakukannya dengan menggunakan pendekatan mantigiyyah (nalar logik) yang cermat serta benar.” ' Muhammad Salim Madkir, Mabafhith al-Hukm ‘Ind al-Usiiliyyin, Juz 1, h. 54. ? Dr. Muhammad Adib Salih, Tafsir al-Nusts fi al-Figh al-Isldmi, Juz 1, h. 102. 52 d) Ulama’ Zahiriyyah : Ulama’ mazhab Zahiriyyah yang menggunakan metode perbandingan dalam penyusunan kitabnya adalah Imam Ibn Hazm (w. 406 H). Hal ini sepertimana tercermin dalam karya bidang usul fighnya iaitu al-Ihkan fi Usiil al-Ahkam (eSa3'\ Ssael gi plSs¥!), Dalam kitab ini Ibn Hazm memaparkan terminologi usul, kemudian pembahasan tentang sunnah Nabi dan athar para Sahabat. Pembahasan sunnah dan athar ini beliau masukkan ketika menghuraikan kaedah-kaedeh upiliyyah menurut ukuran zahimaya yang ada dalam al-Qur’an serta penerapannya pada hukum-hakam di peringkat cabang.! e) Ulama’ Muta’akhkhirin: Pada kurun-kurun akhir ini, buku yang dinilai dapat mewakili mazhab usul figh perbandingan ialah Musallam al-Thubit karya Muhibb Allah bin “Abd al-Syakiir (w. 1119 H), Irsyad al-Fubitl ila Tahgig al-Hagq min ‘Im al- Ustil karangan al-Syawkani (w. 1255 H) dan Usil al-Figh karangan Muhammad al-Khudari (w. 1345 H).? an Pada hujung kurun ke-14 hingga kurun ke-15 hijrah ini, terdapat banyak kitab usul figh ditulis dengan menggunakan metode perbandingan, seperti kitab ‘Yim Usiil al-Figh karya ‘Abd al-Wahhab Khalléf, Usill al-Figh karya Muhammad Abi Zahrah, Usul al-Tasyri‘ al-Islami karya Prof. Ali Hasb Allah, Usiil al-Ahkam al-Syar ‘iyyah karya Prof Dr. Yisuf Qasim, Mabahith al-Hukm ‘Inda al-Usiiliyyin karya Muhammad Salam Madkiir, Usill al-Figh " Ibid. ? prof. ‘Ali Hasb Allah, Usiil al-Tasyri al-Islémi, h. 7 ; Bandingkan dengan Muhammad Salim Madkiir, Mabahith al-Hukm ‘Ind al-Usiliyyin, Juz 1, h. 54. 53 al-Islami karya Dr. Wahbah al-Zuhayli, Tafsir al-Nusts fi al-Figh al-Islami karya Dr. Muhammad Adib Salih, dan lain-lain. 1.5. Pembahagian Mazhab Usul Fiqh Versi Lain Pembahagian mazhab usul figh menjadi tiga mazhab sepertimana huraian di atas (mazhab Mutakallimin, mazhab Ahnaf dan mazhab Gabungan) merupakan pembahagian yang sudah lazim dipakai (konvensional) dalam sejarah ilmu usul figh sejek pembukuan disiplin ilmu ini oleh Imam al-Syafi‘T pada kurun kedua Hijrah. Walau demikian, sesetengah pakar usul figh moden kurang bersetuju dengan formula pembahagian di atas. Dr. Misa bin Muhammad bin Yahya al- Qami tidak bersetuju dengan pembahagian di atas. Menurut beliau, pembahagian mazhab usul fiqh tidak hanya terbatas tiga mazhab, tetapi dapat diperluas lagi kepada lima mazhab. Tambahan dua mazhab lainnya, menurut analisis Dr. al-Qarni, adalah seperti yang berikut : 1. Mazhab al-istigrd’ al-Kulli, iaitf%nazhab usul figh yang menyoroti hukum-hakam syari‘ah serta tujuan-tujuan disyariatkannya (magdsid al- syari‘ah) secara kulli atau menyeluruh. Dengan lain perkataan, kajian usul figh dalam mazhab ini tertumpu pada hukum-hukum kulli yang berasaskan pada maqasid al-syari‘ah. Kitab yang dapat mewakili mazhab ini ialah al-Muwéfagat ff Usitl al-Syari‘ah (220 J gual gi cil yl)! Kitab usul figh mazhab Malikiyyah ini dalam pembahagian mazhab usul igh konvensional sebelumnya dimasukkan ke dalam mazhab gabungan. ' Dr. Misa bin Muhammad bin Yahya al-Qarni (1414 H), Murtaga al-Wusal ilé Térikh ‘Im al- Usail. t-.p.: tp., h. 39 ; Bandingkan dengan: Prof. Dr. ‘Abd al-Karim bin ‘Ali bin Muhammad al-Namlah, al-Muhadhdhab fi ‘Im Usil al-Figh al-Mugarin, Jlid 1, h. 65. 54 ' Ibid. 2. Mazhab al-Tafri‘, iaitu mazhab usul fiqh yang cuba menghubung-kaitkan hukum-hakam peringkat cabang (al-fuurii') dengan dalil-dalilnya di peringkat asas (al-usiil). Mazhab ini mengkaji aspek perbezaan para pakar usul figh mengenai sesuatu masalah dengan merujuk pada dalil-dalil yang dikemukakah masing-masing pihak. Dengan demikian kitab-kitab usul fiqh dalam mazhab ini tidak mengkaji selain masalah-masalah yang diperdebatkan di kalangan para pakar usul fiqh, khususnya masalah- masalah yang diperselisihkan secara substantif dan maknawi di kalangan mereka,! Adapun kitab-kitab usul fiqh yang ditulis mengikut metode mazhab ini adalah seperti yang berikut: © Takhrij al-Furd* ‘ald al-Usil (Jee se &5.i9 e283), karya al- Zanjani (Mazhab Syafi‘i). Kitab ini dalam pembahagian mazhab usul figh konvensional sebelumnya dimasukkan ke dalam mazhab gabungan. © Mifidh al-Wusiil ila Bind’ al-Fuga' ‘ald al-Usiil ( 62 Spo) clin sei! le € spill), karya al-Tilimsani (Mazhab Maliki). © Al-Tamhid fi Takhrij al-Furt' ‘ala al-Usil ( ssi gy85 gi acd Js<'N!), karya al-Asnawi (Mazhab Syafi‘i). © Al-Qawd‘id wa al-Fawa’id al-Usiiliyyah (Alo! il silly 261 sil)), karya Ibn al-Lihim (Mazhab Hanbati). Lebih jauh lagi Dr. al-Qarni memberi istilah penyebutan kepada kelima- lima mazhab usul figh versi beliau seperti yang berikut : ? Prof. Dr. ‘Abd al-Karim bin ‘Ali bin Muhammad al-Namlah, al-Muhadhdhab fi ‘Im Usiil al- Figh al-Mugarin, Jilid 1, h. 65. 55 1. A-Manhaj al-Ta'sili al-Kulli (SM gual) e433), iaita mazhab usul figh yang dalam pembahagian Konvensional sebelumnya disebut sebagai mazhab Mutakallimin. 2. Al-Manhaj al-Istigra’t al-Juz't (30) gsi ee), iaita mazhab usul figh yang dalam pembahagian konvensional sebelumnya disebut sebagai mazhab Ahnéf atau mazhab Fugaha’. 3. Manhaj al-Jam‘ Bayna al-Tarigatayn (Sis js) os e053 ee), iaitu mazhab usul figh yang dalam pembahagian konvensional sebelumnya disebut sebagai mazhab gabungan. 4. Al-Manhaj al-Istiqra't al-Kulli (gS) stu) weal), iaitu: mazhab tambahan daripada apa yang pernah dilakukan secara_konvensional sebelumnya oleh para pakar ilmu usul fiqh. 5. Al-Manhaj al-Tafri'7 (a2) geal), iaitu mazhab tambahan pula daripada apa yang berlaku sebelumnya secara konvensional berkenaan dengan pembahagian mazhab usul fiqh.' 1.6. Perbandingan Secara amnya pembahagian mazhab usul figh yang dilakukan oleh Dr. al-Qarni tidaklah memiliki aspek perbezaan yang sebenar (hakiki) dengan apa yang dilakukan pakar-pakar sebelumnya berkenaan dengan pembahagian mazhab usul figh. Dua tambahan mazhab baru yang dilakukan Dr. al-Qarni sesungguhnya telah pun masuk dalam mazhab gabungan dalam pembahagian mazhab usul fih konvensional sebelumnya. bin Muhammad bin Yahya al-Qarni, Murtaga al-Wusal ilé Tarikh ‘Im al-Usail, h. 38 56 Pertimbangan Dr. al-Qarni memasukkan kedua-dua mazhab tambahan secara tersendiri lebih bersifat teknikal berbanding permasalahan yang sebenar. Mazhab al-Istigra’ al-Kulli, misalnya, dimasukkan ke dalam mazhab tersendiri oleh Dr. al-Qarni kerana ia memang secara khusus menyoroti hukuin-hukum ulli dengan pijakan magdsid al-syari‘ah. Begitu pula dengan mazhab al-tafri'‘i, dimasukkan sebagai mazhab tersendiri kerana ia secara khusus menghubung-kaitkan hukum hakam peringkat cabang dengan dalil-dalilnya di peringkat asas. 57 Rajah I: Klasifikasi Mazhab Usul Fiqh I. Klasifikasi Konvensional: s Mazhab Usul Figh Mazhab Mazhab Mazhab Mutakallimin/ Ahbnaf/ Gabungan/ Jumbhir Fugaha’ Perbandingan II. Klasifikasi Moden (Menurut Dr. al-Qarni): Mazhab Usul Figh Mazhab

You might also like