You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI KALI – 3/2019

SJK(T) THIRUVALLUVAR, 36000 TELUK INTAN, PERAK.

Tarikh : 20.11.2019
Masa : 4.00 – 5.00 PTG
Tempat : Bilik ICT TVR

Kehadiran:
1. PN.R.JAYALACHMI (PK 1)
2. CIK.R.JEYANTHIMALA (PK KOKU)
3. EN.R.YUVAKUMAR
4. PN.B.ANITHA
5. PN.G.PREMA
6. EN.K.GUNASEGARAN

AGENDA 1: UCAPAN KETUA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN

1.1 Ucapan terima kasih atas kehadiran guru-guru ke Mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani Kali -2
bagi sesi 2019.

1.2 Mengharapkan semua guru memberikan kerjasama agar semua program yang dirancang dapat
dijalankan dengan sebaik mungkin.

AGENDA 2 : PPT-2019

2.1 Ketua Panitia Pendidikan Jasmani menjelaskan Buku Rancangan Mengajar ditulis dengan
berpandukan Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) yang terkini.

2.2 Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran diserahkan kepada semua guru.

2.3 Rancangan Pelajaran Tahunan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah disiapkan. Mengucapkan
terima kasih kepada guru-guru yang menyediakan RPT 2019. RPT Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan akan dibuat dalam bentuk Hard Copy dan Soft Copy.

2.4 Pengerusi menerangkan format penulisan Buku Rancangan Harian sekurang-kurangnya perlu ada
tunjang, tajuk, sub tajuk, objektif, aktiviti, BBM dan catatan.

AGENDA 3 :PBS/PBD

3.1 Aktiviti Kuiz Pendidikan Jasmani dan Kesihatanberbentuk pengetahuan am akan diadakan pada
bulan Pendidikan Jasmani.

3.2 Memaklumkan bahawa buku tulis mesti ada untuk pendidikan kesihatan. Wajib ada aktiviti
dalam buku tulis sebagai bukti kita menjalankan sesi pendidikan kesihatan.

3.3 Memaklumkan aktiviti ujian SEGAK perlu dilakukan 2 kali setahun iaitu pada bulan 3 untuk
penggal pertama dan bulan 8 untuk penggal ke 2. Ujian tersebut perlu direkodkan didalam kad
rekod ujian SEGAK dan di masukkan ke dalam aplikasi yang telah di sediakan oleh pihak JPN.
AGENDA 4: PROGRAM PLC

4.1 Ketua Panitia meminta kepada semua guru menyenarai peralatan PJK yang diperlukan untuk
tahun ini dan diserahkan kepadanya untuk atau boleh meminta peralatan tersebut melalui nota
minta yang boleh didapati di pejabat.

4.2 En. Yuva mencadangkan segala aktiviti seperti pembelian hadiah Pertandingan kuiz minta
bantuan daripada PIBG sekolah.

4.3 Pn. Anitha mencadangkan supaya membeli lebih banyak bola memandangkan kita kekurangan
bola di stor PJ.

4.4 En.Gunasegaran mencadangkan supaya menambah bilangan pundi kacang dan juga sebuah
bangku gimnastik memandangkan ia perlu bagi memenuhi keperluan pengajaran dalam KSSR.
Beliau juga mencadangkan supaya membeli peralatan lain yang bersesuaian untuk murid tahap 1
dan 2.

AGENDA 5 : HAL-HAL LAIN

5.1 Ketua Panitia meminta supaya hanya guru yang mengambil peralatan PJK dan memastikan
peralatan tersebut disimpan semula ditempat asalnya. Selain itu juga segala peminjaman
peralatan dicatatkan dalam buku catatan peminjaman peralatan.

5.2 Pastikan buku latihan Pendidikan Kesihatan ditanda dan digunakan sebaik mungkin bagi
mengelakkan aduan dari ibu bapa penggunaan buku tulis PJK yang terlalu sedikit untuk setahun.

5.3 Guru-guru diminta menyenaraikan peralatan yang diperlukan dengan kadar yang segera untuk
proses membuat tempahan barang.

AGENDA 6 : UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

……………………………………… ………………………………………………..
( Pn.B.Anitha) ( Pn.A.Kothai nayagi)

Setiausaha Panitia PJK Ketua Panitia PJK

You might also like