You are on page 1of 11

Sejarah Bola Baling

Permainan bola baling berasal dari Eropah. Permainan ini merupakan satu permainan yang telah
diubahsuai dari permainan-permainan seperti Czeska Hasenka di Czehoslovakia, Handbold di Denmark
dan Korball serta Raffbold di Jerman. Semasa perang dunia kedua permainan ini dikenali sebagai Torball
yang dimainkan seramai tujuh orang. Pada tahun 1917, bilangan pemain telah ditambah menjadi sebelas
orang dan dimainkan di padang bola sepak. Permainan ini telah diasaskan oleh Heizer di Jerman.

Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkan satu jawatankuasa
khas untuk menyelaraskan permainan ini. Pada tahun tersebut juga, Kesatuan Bola Baling Amatur
Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery Brudge di Amsterdam. Seterusnya pada tahun 1936,
bola baling buat pertama kalinya dipertandingkan dalam sukan Olimpik yang diadakan di Berlin. Enam
buah negara telah menyertainya dan negara Jerman telah muncul sebagai juara. Pada tahun 1938 sekali
lagi, Jerman menjadi juara dalam Kejohanan Bola Baling Sedunia di mana 10 buah negara telah
menyertainya. Pada tahun1946 (IAHF) telah ditukar kepada Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF).
Kesatuan ini menggalakkan permainan menggunakan tujuh orang sepasukan. Sekali lagi Kejohanan Bola
Baling Sedunia telah diadakan pada tahun 1956 dan kali ini Sweden pula telah menjadi juara. Pada tahun
1956, undang-undang permainan ini telah diubahsuai dan diguna pakai sehinggalah ke hari ini.

Antara negara yang menguasai permainan ini ialah Jerman, Yugoslavia, Rusia, Romania, Czechoslovakia,
Hungury dan juga Poland. Di Asia, Jepun, China dan juga Korea adalah antara negara yang terkuat di mana
pasukan wanita Korea Selatan telah memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik tahun 1988 manakala
pasukan lelaki telah memenangi pingat perak.

Pada hari ini, sebanyak 68 buah negara telah mendaftar dengan IMF. Sementara itu, Kesatuan Bola Baling
Asia pula telah ditubuhkan pada tahun 1974 semasa Sukan Asia di Teheran sedang berlangsung.. Ibu
pejabat kesatuan ini ialah di Kuwait.

Permainan bola baling di Malaysia dianggap satu permainan yang baru. Ia mula diperkenalkan pada tahun
1976 oleh Lim Hock Han. Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan secara
rasminya telah didaftarkan pada 11 Sep. 1985. Cheah Hai Su telah dilantik sebagai presiden dan Lian Chin
Nam sebagai Naib Presiden. Pada tahun 1986 persekutuan ini telah menjadi ahli gabungan Kesatuan Bola
Baling Asia. Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan yang pertama telah
diadakan pada 2 Jun 1982. Kejohanan Bola Baling Kebangsaan pula telah diadakan pada 7 Dis. 1985
dimana 11 pasukan telah mengambil bahagian.

Mulai tahun 1987, permainan bola baling telah diterima sebagai satu permainan yang dipertandingkan di
peringkat kebangsaan di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Di peringkat
sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus iaitu di Kompleks TUDM, Lumut tahun 1985 dan di
Sekolah Menengah Sains Selangor pada tahun 1986 untuk melatih guru dari semua negeri dalam aspek
kejurulatihan dan pengadilan. Di maktab perguruan pula, permainan ini telah disenaraikan dalam kegiatan
kokurikulum pelajarnya dan menjadi salah satu permainan yang dipertandingkan antara maktab-maktab
perguruan dalam Pestarama Maktab mulai tahun 1985.

Di Malaysia, permainan bola baling mula diperkenalkan pada tahun 1976 kepada sekumpulan guru dan
pelajar di Selangor oleh Encik Lim Hock Han. Ketika itu, beliau bertugas sebagai pengarah Bahagian Sukan
di Pejabat Pendidikan Selangor dan kemudian di Universiti Malaya. Seterusnya satu jawatankuasa kerja
bola baling yang dipengerusikan oleh Encik Cheah Hai Su dari Unit Pendidikan Jasmani Dan Sukan,
kementerian Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun 1978. sejak itu, kursus-kursus bola baling untuk
gurur-guru telah dijalankan untuk mempopularkan permainan ini di kalangan pelajar sekolah.

Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan bagi lelaki dan wanita buat kali
pertama telah diadakan pada 2 jun 1982. kejohanan ini telah disertai 12 buah pasukan dari Selangor,
Wilayah Persekutuan, Melaka, Pahang dan Universiti Malaya. Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan
Wilayah Persekutuan telah didaftarkan secara rasmi pada 11 september 1982. persekutuan Bola Baling
Malaysia pula telah didafarkan secara rasmi pada 11 september 1982. Persekutuan Bola Baling Malaysia
pula telah didaftarkan secara rasmi pada tahun 1985. di peringlat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua
kursus bola baling bagi melatih guru dalam aspek pengadilan dan kejurulatihan.
PERATURAN ASAS DALAM PERMAINAN BOLA BALING
1. Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan, 7 orang
pemainakan bermain, sementara baki 5 orang lagi akan menjadi pemain
simpanan.Penggantian pemain boleh dilakukan bila-bila masa ketika dalam
permainan.

2. Permainan diadili oleh dua orang pengadil.

3. Permainan dimulakan dengan satu balingan permulaan oleh pasukan yang


memilihuntuk membuat permulaan atau memulakan perlawanan. Balingan dibuat di
garisantengah.

4. Seseorang pemain dibenarkan :(a)menahan, menangkap, membaling, melontar atau


memukul bola dengan apacara pun sama ada dengan tangan, lengan, kepala, paha
atau lututnya;(b)memegang bola untuk selama 3 saat sebelum membuat balingan
atau hantaran;(c)melantunkan bola berterusan dari satu tempat ke satu tempat lain
dalamkawasan permainan yang ditetapkan.

5. Kecuali penjaga gol, pemain-pemain tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasangol.

6. Apabila penjaga gol keluar daripada kawasan golnya, dia akan dianggap
sebagaiseorang pemain padang.

7. Jika bola keluar daripada garisan tepi, permainan disambung semula dengan
satubalingan ke dalam oleh pasukan yang tidak menyebabkan bola itu keluar.

8. Semasa balingan percuma, balingan mula atau balingan ke dalam dilakukan,


pihaklawan hendaklah berada pada jarak sekurang-kurangnya 3 meter
daripadapembaling.

9. Satu balingan penalti akan diberi kepada pihak lawan jika seseorang pemain
itumenghantar bola kepada penjaga golnya yang berada dalam kawasan gol.

10. Gol boleh dijaringkan dari arah atau mana-mana tempat balingan dilakukan.
1 1 1 1 1 1 1 1 1 1
2 2 2 2 2 2 2 2 2 2
3 3 3 3 3 3 3 3 3 3
4 4 4 4 4 4 4 4 4 4
5 5 5 5 5 5 5 5 5 5
6 6 6 6 6 6 6 6 6 6
7 7 7 7 7 7 7 7 7 7
8 8 8 8 8 8 8 8 8 8
Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, yang arif lagi bijaksana barisan panel hakim, Yang dikasihi
guru-guru serta hadirin sekalian. Kepentingan Disiplin Kepada Murid-murid”, itulah tajuk
syarahan yang akan saya sampaikan pada hari ini.
Hadirin yang dimuliakan,
Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia, Disiplin
bermaksud “ latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh
pada tatatertib”. Daripada makna perkataan disiplin ini dapat kita fahami bahawa disiplin
sangat mustahak kepada murid-murid untuk mencapai kejayaan.
Murid yang berdisiplin dapat mengawal tingkah laku mereka ketika berada di sekolah
Keadaan ini akan menyebabkan mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap
pelajaran. Guru-guru juga dapat mengajar dengan sempurna.
Selain itu, murid yang mempunyai disiplin akan bertanggungjawab terhadap pelajarannya.
Mereka belajar dengan bersungguh-sungguh dan menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru
dengan sempurna. Sikap sebeginilah yang akan membawa kejayaan yang cemerlang dalam
pelajaran.

Hadirin sekalian,
Disiplin juga amat penting untuk membentuk warganegara yang baik dan berakhlak mulia.
Murid-murid yang telah terasuh daripada awal lagi dengan disiplin diri, akan dapat membentuk
jatidiri menjadi warganegara yang baik, bertatatertib dan berakhlak mulia. Keadaan ini
sangat bertepatan dengan peribahasa Melayu, “Melentur buluh hendaklah dari rebungnya”.

Oleh yang demikian, suka saya tegaskan di sini bahawa disiplin sangat penting bukan
sahaja kepada murid-murid bahkan kepada semua orang. Hanya orang yang berdisiplin sahaja
dapat mencapai kejayaan dalam semua bidang.

Sekian, terima kasih.

Faedah-faedah Menguasai Lebih Daripada Satu Bahasa.


Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan,
guru-guru, para hakim, dan rakan sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada pagi yang mulia
ini, izinkan saya untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk, “Faedah-faedah Menguasai Lebih Daripada
Satu Bahasa”.
Boleh dikatakan rata-rata rakyat Negara ini mampu mengusai bahasa Malaysia dengan baik. Sebagai
bahasa rasmi, penggunaan satu bahasa penting untuk mewujudkan perpaduan kaum. Walaupun begitu kita
wajar menguasai bahasa-bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris,bahasa Mandarin, dan bahasa Tamil.

Hadirin yang dimuliakan,


Apabila kita menguasai lebih daripada satu bahasa, mudahlah untuk kita menambah
ilmu pengetahuan. Sebagai contoh, banyak bahan rujukan terdapat dalam bahasa Inggeris. Apabila kita
menguasai bahasa tersebut, ini memudahkan kita untuk membuat rjukan sekaligus kita tidak ketinggalan
dalam memperoleh maklumat yang terkini.
Penguasaan lebih daripada satu bahasa juga memudahkan kita berkomunikasi dengan orang lain. Jika
kita bertemu dengan bangsa-bangsa lain di atas angin, Bolehlah kita bertegur sapa dalam bahasa mereka.
Keramahan kita melayan seseorang itu akan menyebabkan ramai orang menyukai kita.

Hadirin yang dikasihi,


Selain itu, mereka yang mengusai lebih daripada satu bahasa mudah untuk mencari pekerjaan.
Banyak syarikat berurusan dengan perbagai bangsa. Apabil mengetahui banyak bahasa, mudaklah seseorang
itu untuk berurusan dengan orang ramai.
Jelaslah kepada kita akan faedah-faedah yang diperoleh apabila kita menguasai lebih daripada satu
bahasa. Sebelum saya mengundurkan diri, dengarlah serangkap pantun yang berbunyi:

Bahasa Malaysia bahasa kebangsaan,


Bahasa inggeris kuasai minda;
Banyak bahasa memudahkan perjalanan,
Perjalanan memburu kejayaan berganda.

Sekin, terima kasih.

Maksud peribahasa yang digunakan.


Atas angin – Negara disebelah barat.

Daerah Yang Kurindu

Lahad Datu, Sabah.

Daerah yang kurindu,

Letaknya di pelosok Negeri di Bawah Bayu.

setiap kali namamu disebut,

pasti ramai yang berasa gerun dan nyeri.

Semuanya angkara pengkhianat rakus ,

yang tamakkan kuasa,

menitikkan noda hitam,

dan meninggalkan kesan yang berpanjangan.


Namun,

Bagiku daerah ini begitu damai di hati,

kerana di sinilah aku mengenal;

insan-insan mulia dan kudus.

keluarga bukan sedarah,

sahabat bak saudara, dan

Pemyampai ilmu

yang tidak kenal ertinya sisih dan jemu.

Pabila tibanya waktu dan ketika,

bumimu pasti kujejak kembali.

mengimbau nostagia lampau,

melepas rindu yang terpendam, dan

mencipta memori baru.

Daerah yang kurindu,

namanya Lahad Datu Sabah.

SYAIR POHON BULUH

MAKSUD SYAIR

RANGKAP MAKSUD
Rangkap 1

Rangkap 2

Rangkap 3
Rangkap 4

TEMA

PERSOALAN

You might also like