You are on page 1of 24

1

SKRIP PENGACARA GRADUASI 2019

PADA : 6 OKTOBER 2019

HARI: AHAD

TEMPAT : HOTEL FLAMINGO

PENGACARA MAJLIS:

PN NORAZA AZIT @ AZIZ

HASLINA HASSAN
2

TENTATIF MAJLIS GRADUASI 2019

7.30 pg - Kehadiran dan pendaftaran pelajar, ibu bapa penjaga dan jemputan

8.30 - ketibaan tetamu kehormat/tetamu jemputan

9.00 pg - Perarakan masuk pelajar, guru, pembawa cokmar dan Prof. ,pentadbir

- Nyanyian Lagu Negaraku/ Lagu Negeri Selangor

- Bacaan doa

9.15 - Ucapan Aluan Pengetua SMKHK: Mohd. Rohan bin Sidek

- Ucapan perasmian Majlis Graduan dan pukul gong: Yang Berbahagia

9.30 - Penyampaian sijil graduasi

Sidang 1: Pelajar tingkatan 6

10.00 - Persembahan 1:

10.15 - Penyampaian sijil graduasi

Sidang 2: Pelajar tingkatan 5

10.45 - Rampak Barakah

- Penyampaian Cenderamata

11.00 - Gamitan Nostalgia: Datuk Seri Mohamed Nazir Meraselam berucap merasmikan + potong riben bunting

11.15 - Sesi fotografi

- Lagu Sekolah

11.45 - Perarakan keluar VIP

12.00 - Jamuan diiringi persembahan multimedia/lagu f6 + pemulangan jubah

1.30 - Bersurai
3

Hadirin yang dimuliakan,


Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, diminta mengambil tempat di
dalam dewan.Bagi melancarkan perjalanan majlis tuan-tuan dan puan-puan diingatkan supaya mematikan telefon bimbit
atau menetapkannya kepada mod senyap. Izinkan kami mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.

BIL ATUR CARA MAJLIS SKRIP CATATAN


1 PERARAKAN MASUK Yang Berbahagia dato, datin, hadirin dan hadirat yang dihormati NORAZA
KE DALAM DEWAN sekalian, mohon berdiri kerana majlis akan bermula sebentar sahaja
lagi.
(MUZIK GAMELAN)
Mengumumkan perarakan masuk para pelajar SMK Hulu Kelang, guru
kelas tingkatan 6 dan guru kelas tingkatan 5 sesi 2019 ,pembawa
cokmar, diikuti oleh Yang Berbahagia DATO PROF DR SIDEK
BABA, bersama-sama barisan pentadbir SMK Hulu Kelang ( diiringi
Yang Dihormati YDP PIBG SMK Hulu Kelang En. Jehabar Sadiq bin
Muhammad Nizamudin)
2 NYANYIAN 2 BUAH Kita mulakan majlis pada hari ini dengan nyanyian 2 buah lagu rasmi
LAGU RASMI iaitu: LAGU NEGARAKU/LAGU NEGERI SELANGOR

ULASAN:. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama


tuan puan menyanyikan lagu-lagu tersebut dengan penuh bersemangat
dan warga dewan dipersilakan duduk.
4

3 KATA ALU-ALUAN Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum pemula kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Yang Berbahagia, DATO PROF DR SIDEK BABA Profesor Kuliyyah


Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,
Berhormat Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi
Malaysia,(baca jika datang)
Yang Berbahagia Datuk Seri Mohamed Nazir Meraselam, J/K Penaja
Alumni SMKHK Pengarah Syarikat MnM(
Yang Dihormati ASP TuanRishamsuri Daud, Pegawai Perhubungan
Sekolah,
Yang dihormati Encik Jehabar Sadiq bin Muhammad Nizamudin, YDP
PIBG SMK Hulu Kelang,
Yang Berusaha Encik Mohd Rohan bin Haji Sidek, Pengetua SMK
Hulu Kelang,
Yang Berusaha Puan Zaidaton Akma Zullkaperi, Penolong Kanan
Pentadbiran,
Yang Berusaha Puan Hamidah Buang, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid,
5

Yang Berusaha Puan Fauziah Ibrahim, Penolong Kanan KoKurikulum ,


Yang Berusaha Puan Syamsul Mardiyyah Baharom, Penolong Kanan
tingkatan 6,
Guru-guru kanan bidang, guru-guru, ibu bapa-ibu bapa, datuk seri,
datin seri, dato', datin, para alumni dan graduan yang diraikan.

Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera.

Syukur Alhamdulillah, dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan


limpah kurnia dan izin-Nya juga dapat kita bersama-sama dalam majlis
graduasi kali ke-4 ketika SMKHK menginjak usia 54 tahun pada tahun
ini. Sesungguhnya majlis graduasi pada hari ini merupakan upacara
kemuncak yang pasti akan menjadi detik bersejarah dan sering dinanti-
nantikan oleh setiap pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 SMK Hulu
Kelang. Inilah saat paling gemilang untuk kita memberi apresiasi atas
kejayaan hasil usaha dan pengorbanan yang telah dilakukan
sepanjang pengajian di SMKHK.
6

4 BACAAN DOA Petik kenanga indah disemat, HASLINA


Bawa mari sebelum berangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Yang Berbahagia Datuk Seri, Datin Seri, Dato’, Datin serta hadirin
yang dihormati sekalian,
Bagi memberkati majlis, dengan segala hormatnya, dipersilakan
saudara Muhammad Aiman Hakim bin Fadzil untuk memimpin bacaan
doa. Dipersilakan saudara.

(BACAAN DOA)
ULASAN: Amin YRA. Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan
doa itu tadi.
5 UCAPAN PENGETUA Yang Berbahagia Yang Berbahagia Datuk Seri, Datin Seri, Dato’, Datin NORAZA
,hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Sudilah tuah jalan berlapan,


Jalan berlapan di malam kelam,
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.
7

Sebagai pembuka tirai bicara, majlis dengan penuh takzim


mempersilakan Tuan Pengetua SMK Hulu Kelang, Encik Mohd Rohan
bin Sidek, untuk menyampaikan ucapan, untaian kata, kalungan
wacana. Dipersilakan tuan.

(UCAPAN PENGETUA)

ULASAN Majlis mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan


atas ucapan itu tadi. Semoga segala pesanan dan nasihat yang
diungkapkan dapat dijadikan pedoman dalam hidup khsusnya kepada
para pelajar yang akan meninggalkan alam persekolahan selepas
tamat SPM dan STPM nanti.

6 UCAPAN PERASMI Yang Berbahagia Dato’ , hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, HASLINA

Bertuah benar warga SMK Hulu Kelang,


Kehadiran Yang Berbahagia Dato’ amat bererti,
Melakar ingatan kekal abadi,
Mekar berzaman bak haruman kasturi.
8

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia, DATO


PROF DR SIDEK BABA, menyempurnakan persada ucapan
seterusnya merasmikan majlis Graduasi sebagai lambang pengiktirafan
daripada SMK Hulu Kelang kepada putera puteri yang berjaya
menamatkan pembelajaran tingkatan 5 dan tingkatan 6 bagi tahun
2019,
(UCAPAN PERASMI)

ULASAN: Terima kasih Yang Berbahagia Dato' atas ucapan perasmian


itu tadi. Seterusnya, majlis dengan penuh takzim mempersilakan tuan
pengetua SMK Hulu Kelang mengiringi Yang Berbahagia Dato Dr.
Sidelk Baba MEMUKUL GONG simbolik kepada rasmilah sudah majlis
kita pada hari ini.

ULASAN:
Berilah kami haluan kemudi,
Pengubat hati menanti harapan,
Ucapan diberi penuh bererti,
Amanat Dato’ jadi pegangan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas


ucapan serta kesudian dato merasmikan majlis yang gilang-gemilang
9

pada hari
Terima kasih daun keladi, terima kasih menjunjung budi.

Hadirin yang dikasihi sekalian,


Tak kenal maka tak cinta, tidak molek rasanya jika tidak dibacakan
profil tetamu undangan khas DATO PROF DR SIDEK BABA Profesor
Kuliyyah Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

(Rujuk Lampiran: Baca profil perasmi selepas perasmian)

PROFIL :Yang Berbahagia, DATO PROF DR SIDEK BABA

Untuk pengetahuan hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Yang


Berbahagia, DATO PROF DR SIDEK BABA,

(HASLINA BACA PROFIL)


7 SIDANG 1: Yang Berbahagia Datuk Seri, Datin Seri, Dato’, Datin hadirin dan NORAZA
Penyampaian sijil tamat hadirat yang dihormati sekalian,
tingkatan 6
Majlis mohon izin laluan, kepada para pelajar tingkatan 6 beratur untuk
sesi penyampaian sijil tamat tingkatan 6
10

Seterusnya, majlis mempersilakan puan Shamsul Mardiyyah Baharom,


Penolong Kanan Tingkatan 6 SMK Hulu Kelang , untuk memulakan
pengisytiharan gaduasi pada hari ini. dipersilakan puan. (para graduan
sudah bersedia berdiri dalam barisan).

(PENGISYTIHARAN PENGANUGERAHAN SIJIL GRADUASI


SIDANG 1: OLEH PENGETUA)

ULASAN: Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas pengisytiharan


itu tadi. Dengan ini diteruskan majlis dengan upacara Penyampaian
sijil-sijil Graduasi tingkatan 6.

Untuk menyempurnakannya, majlis dengan penuh takzim


mempersilakan Yang Berbahagia DATO PROF DR SIDEK BABA
untuk menyampaikan sijil graduasi kepada para pelajar tingkatan 6
bagi tahun 2019. Dipersilakan dato'.

Mendahului senarai penerima sijil graduasi bagi tingkatan 6,


dipersilakan(RUJUK LAMPIRAN)

ULASAN: Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang


Berbahagi Dato atas kesudian menyempurnakan penyampaian sijil
11

graduasi bagi tingkatan 6 itu tadi.

8 PERSEMBAHAN 1: PERSEMBAHAN 1: 1 BUAH LAGU + 1 SAJAK HASLINA

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, kita berehat seketika untuk


memberi laluan kepada persembahan para pelajar SMK Hulu Kelang.

Dengan ini, majlis mempersilakan Mohamad Farhan bin Subhan dari


kelas 6 Bestari 3 yang akan mendendangkan sebuah lagu berjudul
Tekad. Dipersilakan.

ULASAN: Demikianlah persembahan lagu Tekad dendangan


Mohamad Farhan bin Subhan pelajar tingkatan 6 Bestari 3. Terima
kasih diucapkan.
Kita teruskan majlis dengan mempersilakan Nur Amira Syuhadah binti
Azman dari kelas 5 Sains yang akan mendaklamasikan sajak yang
berjudul Tabah yang Indah Dipersilakan saudari.

ULASAN: Demikianlah tadi sajak yang telah di deklamasikan oleh


Nur Amira Syuhadah binti Azman dari kelas 5 Sains. Terima kasih
diucapkan.
12

9 SIDANG 2: Pentas anugerah terhias indah, NORAZA


Penyampaian sijil tamat Menanti graduan segak dan tampan,
tingkatan 5 Berjubah kemas senyum tak sudah,
Berdiri gagah mara ke hadapan.

Yang Berbahagia Dato’ hadirin dan hadirat warga dewan yang dikasihi
sekalian.

Beralih kita ke acara seterusnya iaitu penyampaian sijil tamat


tingkatan 5, SMK Hulu Kelang bagi tahun 2019.

Majlis dengan ini mempersilakan Puan Zaidaton Akma binti Zullkaperi


Penolong Kanan Pentadbiran SMK Hulu Kelang untuk memulakan
pengisytiharan graduasi bagi para pelajar tingkatan 5 2019.
Dipersilakan puan.
ULASAN: majlis merakamkan jutaan terima kasih atas pengisytiharan
graduasi tingkatan 5 itu tadi.
(PENGISYTIHARAN PENGANUGERAHAN SIJIL GRADUASI
SIDANG 2: OLEH PKP)

Untuk menyempurnakannya, majlis dengan penuh takzim


mempersilakan Yang Berbahagia DATO PROF DR SIDEK BABA
13

menyampaikan sijil graduasi. Dipersilakan Dato'.


(PASTIKAN PARA PELAJAR SIAP BERATUR)
Bicara bukan sebarang bicara
Bicara beralun santapan puisi
Gembira bukan sebarang gembira
Gembira menyambut hari graduasi,
Salam pembuka dihulur sudah,
Ayuh segera ke sidang kedua.

Mendahului senarai penerima sijil bagi para pelajar tingkatan 5 Sains


bagi tahun 2019 , dipersilakan saudara / saudari:
(RUJUK LAMPIRAN: SENARAI NAMA)

1.
2.
(RUJUK LAMPIRAN: SENARAI NAMA)

Seterusnya , penyampaian siji bagi para pelajar tingkatan 5 Vokasional


dan Teknik. Mendahului senarai penerima dipersilakan saudara /
saudari:

(RUJUK LAMPIRAN: SENARAI NAMA 5 VT)


14

Seterusnya , penyampaian siji bagi para pelajar tingkatan 5


Perdagangan. Mendahului senarai penerima dipersilakan saudara /
saudari:

(RUJUK LAMPIRAN: SENARAI NAMA 5P)

Demikianlah tadi berakhirnya penyampaian sijil-sijil tamat tingkatan 5


yang telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Yang Berbahagia
DATO PROF DR SIDEK BABA,

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas


kesudian Dato’ menyempurnakan penyampaian sijil-sijil itu tadi.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kesudian
Berbahagia DATO PROF DR SIDEK BABA, hadir ke majlis graduasi
ini.
10 RAMPAK BARAKAH Yang Berbahagia Dato’, hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, HASLINA
(MOHON RESTU)
Majlis diteruskan dengan Upacara Rampak Barakah atau biasanya
disebut sebagai majlis Mohon Restu. Majlis ini merupakan amalan
yang menjadi tradisi di SMKHK sejak sekian lama, dan dilaksanakan
menjelang peperiksaan SPM dan STPM. Putera puteri SMK Hulu
15

Kelang akan memohon restu daripada guru-guru yang ibarat ayahanda


dan bonda mereka, yang telah mendidik mereka selama ini.

Restu dipohon,
semoga diberkati ilmu yang dicurahkan,
mohon dihalalkan segala ilmu yang dititipkankan,
sebelum kaki kanan melangkah masuk ke dewan peperiksaan.

Bagi menyempurnakan majlis, mohon semua pelajar berdiri dan


dipersilakan saudara Afiq Hazimi bin Annuar dari kelas 6 Bestari 1,
mewakili calon SPM dan STPM, tampil ke pentas utama untuk
memohon restu. Dipersilakan saudara.

(MOHON RESTU)

ULASAN: Demikianlah tadi permohonan restu daripada wakil


pelajar kepada tuan pengetua SMK Hulu Kelang.

Majlis seterusnya mempersilakan Tuan Pengetua SMKHK Encik Mohd


Rohan bin Sidek, mewakili warga pendidik untuk menerima
permohonan restu itu tadi. Dipersilakan tuan.
16

(MEMBERI RESTU)

ULASAN: Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan


Pengetua SMKHK Encik Mohd Rohan bin Sidek, kerana sudi
menerima permohonan restu itu tadi. Terima kasih tuan.

Terang purnama kerana mentari,


Terbit fajar hilanglah ia,
Mohon restu maafi kami,
Semoga berkat kami berjaya.

ULASAN:
Demikianlah berakhirnya majlis Rampak Barakah yang telah di
sempurnakan oleh Tuan Pengetua SMK Hulu Kelang, Encik Mohd
Rohan bin Sidek. terima kasih kepada tuan pengetua kerana sudi
PENYAMPAIAN menerima permohonan restu itu tadi. Semoga doa restu daripada para
CENDERAMATA guru, ibunda serta ayahanda dapat dijadikan azimat yang mampu
menghadiahkan kecemerlangan buat putera puteri SMK Hulu Kelang.
Para pelajar dipersilakan duduk.

Yang Berbahagia Dato, hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,


17

Sebagai tanda penghargaan kepada temamu kehormat yang sudi


bertamu dalam Majlis Graduasi pada tahun 2019 ini, dipersilakan tuan
pengetua diiringi oleh Penolong kanan Pentadbiran untuk
menyampaikan cenderamata tanda kenang-kenangan kepada Yang
Berbahagia DATO PROF DR SIDEK BABA. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia DATO PROF DR SIDEK
BABA untuk menerima cenderamata tersebut. Dipersilakan.

ULASAN: Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian tuan


pengetua SMK Hulu Kelang menyempurnakan penyampaian
cenderamata kepada Yang Berbahagia DATO PROF DR SIDEK
BABA. Terima kasih diucapkan.

11 GAMITAN Ahlan wa sahlan wa Marhaban bikum. (SELAMAT DATANG) NORAZA


NOSTALGIA
Yang Berbahagia Dato',hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis mengucapkan selamat datang kepada alumni SMK Hulu Kelang


dalam Majlis Gamitan Nostalgia yang julung-julung kali diadakan pada
tahun 2019.

Pada hari yang sungguh bermakna ini pasti menggamit seribu


18

kenangan, ketika di bangku sekolah menengah suatu ketika


dahulu.Bezanya dahulu tiada majlis graduasi sebegini.
Majlis diteruskan dengan mempersilakan Yang Berbahagia Datuk Seri
Mohamed Nazir Merasalam J/K Penaja Alumni SMK Hulu Kelang,
mewakili ALUMNI SMK Hulu Kelang tampil ke pentas untuk
menyempurnakan persada ucapan,mengungkapkan sepatah dua kata
sebagai tanda rasmilah sudah penubuhan Alumni SMK Hulu Kelang .
Dipersilakan Datuk Seri..

ULASAN: Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan


perasmian Majlis Gamitan Nostalgia itu tadi. Seterusnya dipersilakan
Yang Berbahagia Datuk Seri Mohamed Nazir Merasalam J/K Penaja
Alumni SMKHK menyempurnakan pemotongan riben sebagai gimik
rasmilah sudah penubuhan alumni SMK Hulu Kelang pada tahun 2019
ini .

ULASAN: Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Datuk


Seri Mohamed Nazir Merasalam kerana telah menyempurnakan majlis
Gamitan Nostalgia pada hari ini. Semoga Alumni SMK Hulu Kelang
sentiasa sudi menyumbang tenaga, bergerak seiring dengan
pentadbiran SMK Hulu Kelang, berlapang dada membantu
pembangunan insan di SMK Hulu Kelang sebagaimana peribahasa
19

orang dulu-dulu, tempat jatuh lagi dikenang, ini kan pula tempat
bermain.

12 SESI FOTOGRAFI Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, HASLINA

(1)PELAJAR T6 Majlis diteruskan dengan sesi fotografi Majlis Graduasi 2019. Dengan
6 Bestari 1 ini, dipersilakan para pelajar tingkatan 6 naik ke pentas utama dengan
6 Bestari 2 guru-guru tingkatan 6 untuk menyempurnakan sesi fotografi bersama-
6 Bestari 3 sama dengan tetamu kehormat. Dipersilakan.
Seterusnya, dipersilakan para pelajar Tingkatan 5 dengan semua guru
(2)PELAJAR T5 Tingkatan 5 naik ke pentas untuk sesi fotografi bersama-sama dengan
5 Sains tetamu kehormat. Dipersilakan.
5 VT
5P ULASAN: Demikianlah tadi berakhirnya sesi fotografi Majlis Graduasi
(3) ALUMNI Kali ke-4 peringkat SMK Hulu Kelang bagi tahun 2019.
(4) GURU SMKHK
Sebagai tanda selesailah sudah Majlis Graduasi bagi tahun 2019,
marilah bersama-sama kita berdiri untuk menyanyikan LAGU
ALUMNI SEKOLAH dengan penuh bersemangat. Dipersilakan.

NYANYIAN LAGU SEKOLAH


20

Terima kasih kerana telah menyanyikan lagu sekolah dengan penuh


semangat.

13 PERARAKAN PERARAKAN KELUAR VIP NORAZA


KELUAR VVIP
***Para pelajar terus Yang Berbahagia dato, hadirin dan hadiran yang dihormati sekalian,
berdiri dan akan Majlis mengumumkan perarakan keluar tetamu kehormat dan barisan
menuju ke meja pentadbir dari pentas utama dengan didahului oleh pembawa cokmar,
makan masing- diikuti oleh guru-guru dan para pelajar. Dipersilakan.
masing selepas VIP
bergerak turun dari
pentas
14 PERSEMBAHAN 2: Hadirin yang dihormati sekalian, HASLINA
(Sambil makan) Yang berbahagia Dato, Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,
1. ALUMNI
2. MULTI MEDIA (PERSEMBAHAN MULTI MEDIA)

Yang Berbahagia dato', Hadirin dan hadirat warga dewan yang


dimuliakan,
Majlis berehat seketika untuk memberi laluan kepada persembahan
multi media. untuk pengetahuan hadirin sekalian, video ini pernah
ditayangkan pada Majlis Makan Malam Amal Jubli Emas SMKHK pada
21

tahun 2015
Majlis mempersilakan warga dewan menjamu selera, hidangan yang
telah disediakan sambil menikmati persembahan seterusnya daripada
pelajar-pelajar tingkatan 6 SMK Hulu Kelang sebuah lagu koir, Anta
Permana . Dipersilakan kumpulan koir tingkatan 6.

ULASAN: Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas persembahan


lagu koir, Anta Permana itu tadi. Terima kasih diucapkan.

Seterusnya dipersilakan Busking tingkatan 6, yang mendendangkan


lagu, Sahabat Semangat yang Hilang. Dipersilakan Busker
Huluwood.

ULASAN : Demikianlah tadi persembahan lagu, Sahabat Semangat


yang Hilang daripada Busker Huluwood SMK Hulu Kelang. Semoga
bakat kalian akan terus digilap selepas ini dan berjaya mewarnai
industri seni negara suatu hari nanti.

Yang Berbahagia dato, hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Kita saksikan sekarang persembahan persembahan multi media


22

yang telah diterbitkan oleh guru media SMK Hulu Kelang iaitu puan Nor
Elaiza Redzuan dan seterusnya menonton video ucapan perpisahan
para pelajar yang akan meninggalkan SMK Hulu Kelang selepas tamat
peperiksaan SPM dan STPM

PEMULANGAN JUBAH
Yang Berbahagia dato, datin, hadirin yang dihormati sekalian,
Sebelum majlis Graduasi dan Gamitan Nostalgia melabuhkan tirai suka
saya mengingatkan agar para pelajar memulangkan jubah di meja
pendaftaran bersama-sama dengan guru kelas masing-masing pada
hari ini. terima kasih kerana memberi kerjasama yang baik hingga
penghujung majlis.
15 PENUTUP Hadirin yang dihormati sekalian, NORAZA

Umpama memanjat dah sampai ke puncak,


Yang ruas dah sampai ke buku
23

Yang kitab sudah berkhatam


Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Dalam pada itu, patut pula kami sampaikan

Manusia mengandung salah


Mengandung cacat cela
Kalau kami tersalah cakap
Kalau kami patut tak dipatutkan
Kami mohon ampun
Kami susun jari nan sepuluh

Kami sudahi majlis ini dengan. Wabillah hi taufiq wal hidayah.


Assalamualaikum wbt.

16 BERSURAI
24

Skrip disediakan oleh:

NORAZA AZIT @ AZIZ

MS.,BA(Hons)MassComm. Dip.Ed

azza_smkhk@yahoo.com

014-7261565

You might also like