You are on page 1of 8

UJIAN SUMATIF 1 – BM (K1) Tahun 4

PEMAHAMAN [001]

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian; Bahagian A dan Bahagian B.


2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.
3. Tiap-iap soalan dalam Bahagian A diikiti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D.
Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

BAHAGIAN A (20 markah)

1. Penunggang motosikal itu berteduh di __________ jejantas semasa hujan lebat.


A sisi C atas
B tepi D bawah

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2. Ibu mendapat potongan harga bagi _________ pisang yang dibeli di gerai buah-buahan itu.
A sesikat C setandan
B sebiji D seulas

3. “____________lah hadir ke majlis perkahwinan anak perempuan saya pada minggu hadapan,”
kata Tuk penghulu kepada Pakcik Hamdan.
A Minta C Harap
B Tolong D Jemput

4. _____________, mahalnya harga buah-buahan yang dijual di pasar tani ini!


A Nah C Amboi
B Eh D Aduh

5. Oh, rupa-rupanya kamulah anak ketua kampung yang ______________ mahir bersilat!
A nian C betul
B paling D sekali

6. Proton telah melancarkan kereta kompak baharunya yang diberi nama ______________ pada
bulan September 2014.
A proton Iriz C proton iris
B Proton Iriz D Proton iriz

1
UJIAN SUMATIF 1 – BM (K1) Tahun 4
7. Para peserta pertandingan mewarna itu cepat-cepat menyiapkan lukisan mereka kerana masa kian
_____________.
A laju C suntuk
B cepat D lampau

8. Syahir terpilih menjadi _____________ sekolah kerana dia sangat aktif bersukan.
A wartawan C dermawan
B olahragawan D sukarelawan

9. Pilih kata tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.


___________kah yang menjadi johan Pertandingan Pidato Piala Diraja Peringkat Negeri Johor
semalam?
A Apa C Siapa
B Bila D Mengapa

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10. “Wah, ________________ indah pemandangan di kawasan air terjun ini!” kata Shahaz.
A benar C nian
B amat D paling

11. “_____________ merupakan sumber ekonomi yang penting di negara kita,” kata Encik Roy.
A Pembalak C Pembalakan
B Membalak D Pembalakkan

12. Kita digalakkan menabung ___________ menjamin masa depan yang cerah.
A lalu C sebab
B demi D sambil

13. Para peserta memulakan acara sebaik sahaja mendengar tiupan _______________.
A wisel C udara
B angin D trumpet

14. Seorang penjenayah telah dijatuhi hukuman penjara oleh ______________ kerana terlibat
dalam rompakan bersenjata.
A Mahkamah Kuala Lumpur C Majlis Perbandaran Ampang
B Majlis Daerah Kuala Langat D Pejabat Pendidikan Batu Pahat

2
UJIAN SUMATIF 1 – BM (K1) Tahun 4

15. Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya di bawah.
Mengapakah buah-buahan atau sayur-sayuran perlu dicuci sebelum dimakan?
A Makanlah buah-buahan atau sayur-sayuran yang sudah dicuci.
B Buah-buahan atau sayur-sayuran perlu dicuci di tempat yang bersih.
C Buah-buahan atau sayur-sayuran perlu dicuci dengan air yang bersih.
D Buah-buahan atau sayur-sayuran perlu dicuci untuk membasmi kuman.

16. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Adik telah disengat oleh lebah semasa dia bermain di kebun datuk.
A Adik dan datuk telah disengat oleh lebah di kebun.
B Semasa adik bermain di kebun lebah telah menyengat datuk.
C Datuk telah disengat oleh lebah semasa adik bermain di kebun.
D Lebah telah menyengat adik semasa dia bermain di kebun datuk.

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Setiap pagi sarapan dihidangkan untuk anda. Ada nasi lemak, mi goreng, roti canai,
roti bakar dan bermacam-macam lagi hidangan yang bersilih ganti setiap hari. Malah, ibu
anda mungkin akan berleter sekiranya anda enggan menjamah hidangan tersebut. Mengapa,
ya?

Anda diingatkan agar tidak mengabaikan sarapan kerana sarapan penting untuk
kesihatan anda. Jangan biarkan perut anda kosong. Makanlah sedikit makanan sebagai alas
perut. Jika tidak, perut anda akan sakit. Anda mungkin juga akan diserang penyakit gastrik.
Namun begitu, anda diingatkan supaya tidak makan terlalu banyak ketika lapar kerana
dikhuatiri anda akan kekenyangan dan berasa mengantuk.

Sesetengah orang sanggup meninggalkan sarapan kerana ingin kurus. Ada juga yang
berbuat demikian kerana ingin berjimat. Tetapi tindakan anda tersebut berbahaya. Jangan
ikat perut. Tahukah anda bahawa perut yang kosong tidak dapat membekalkan tenaga
kepada anda? Badan anda akan menjadi lemah. Asid di dalam perut pula akan menghakis
lapisan perut anda menyebabkan perut anda sakit. Hal ini demikian kerana tidak ada
makanan yang dapat diproses oleh asid tersebut untuk disalurkan ke seluruh bahagian
tubuh.

Oleh itu, bersarapanlah sebelum anda memulakan hari anda. Mudah-mudahan


kesihatan anda terjaga dan terang hati anda ketika menghadapi pelajaran.

3
UJIAN SUMATIF 1 – BM (K1) Tahun 4
17. Apakah punca utama sakit perut?
A Terlalu banyak makan ketika perut kosong.
B Tidak makan makanan yang berkhasiat ketika bersarapan.
C Tiada tenaga yang dibekalkan oleh perut kosong.
D lapisan perut dihakis oleh asid kerana tiada makanan yang diproses.

18. Sesetengah orang tidak bersarapan kerana ingin...


A kurus dan berjimat cermat.
B menjaga badan dan mengekalkan kesihatan.
C kurus dan menghadapi pelajaran dengan tenang.
D menjaga badan dan membahayakan diri.

19 Mengapakah kita diingatkan agar tidak mengabaikan sarapan?


A Ibu akan berleter jika tidak makan.
B Sarapan penting untuk kesihatan.
C banyak makanan lazat dihidangkan ketika sarapan.
D Kita akan lebih sihat jika tidak bersarapan.

20. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A Sarapan perlu diambil pada waktu petang.
B Badan akan menjadi lemah jika kita mengambil sarapan.
C Kita akan diserang penyakit gastrik jika tidak makan.
D Kita dapat menumpukan perhatian pada pelajaran jika tidak bersarapan.

4
UJIAN SUMATIF 1 – BM (K1) Tahun 4
BAHAGIAN B (30 markah)

Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberikan.

gagah baik gagal lulus

rajin tabah lemah yakin

Kamil sering _______________ dalam peperiksaan. Namun begitu, dia tidak berputus asa. Dia
berazam untuk membaiki dirinya. Dia berubah menjadi murid yang _________________. Dia kerap
bertanya kepada kawan-kawannya tentang pelajaran yang kurang difahaminya. Dia beruntung kerana
mempunyai kawan-kawan yang ______________. Mereka sering menasihati Kamil supaya belajar dengan
bersungguh-sungguh. Kamil sentiasa ingat akan nasihat kawan-kawannya itu. Dia ___________________
akan berjaya suatu hari nanti.

[4 markah]
Soalan 22

a) Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

mahasiswa maharaja Mahasiswi


mahaguru mahakarya maharani

i) ______________________ itu sungguh cantik paras rupanya.

ii) Suzi berasa bangga kerana telah bergelar ______________ mahasiswi di Universiti
Malaya.

iii) Novel tulisan Suhaimi Majid itu telah dinobatkan sebagai _______________ bagi tahun
2015.

iv) ____________________ silat itu menerima Anugerah Tokoh Silat Peringkat


Kebangsaan tahun ini.
[4 markah]
b) Nyatakan nilai murni berdasarkan ayat yang diberi.
Murid-murid Tahun 4 Nilam sentiasa membersihkan kelas mereka bersama-sama.

[1 markah]
c) Berikan maksud peribahasa di bawah.

Biar lambat asal selamat

[2 markah]
5
UJIAN SUMATIF 1 – BM (K1) Tahun 4

Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Keunikan masyarakat majmuk di Malaysia merupakan tarikan utama pelancong


berkunjung ke negara ini. Walaupun hidup berbilang kaum, namun mereka hidup dalam aman
dan harmoni. Setiap kaum mempunyai agama dan makanan tradisi mereka sendiri.

Masyarakat Melayu merupakan kaum yang terbesar di Malaysia. Mereka menganut


agama Islam. Mereka beribadat di masjid. Ketupat, lemang, rendang dan dodol merupakan
hidangan yang wajib disediakan ketika perayaan. Makanan tradisi seperti nasi lemak telah
menjadi kegemaran semua kaum di Malaysia.

Kebanyakan masyarakat Cina menganut agama Buddha. Mereka beribadah di


tokong. Kuih bakul yang diperbuat daripada tepung pulut dan gula merah merupakan
makanan tradisi turun-temurun. Char kuetiau pula diterima oleh pelbagai kaum di negara
ini.

Masyarakat India pula menganut agama Hindu dan bersembahyang di kuil.


Masyarakat India terkenal dengan makanan berempah seperti kari dan maruku. Kuih
tradisional mereka ialah vadai atau disebut wah-dei. Roti canai pula telah menjadi salah
satu menu sarapan kesukaan rakyat Malaysia.

a) Padankan makanan tradisi yang berikut mengikut kaum yang betul.

Dodol Melayu Nasi lemak

Char kuetiau Cina Kuih bakul

Roti canai India Vadai

[3 markah]

b) Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah.

i) Perayaan Deepavali disambut oleh mereka yang bersembahyang di kuil. ( )

ii) Baju melayu dipakai semasa penganut agama Islam bersembahyang di masjid sahaja. ( )

iii) Agama Buddha berkait rapat dengan kaum yang meraikan Tahun Baru Cina. ( )
[3 markah]

6
UJIAN SUMATIF 1 – BM (K1) Tahun 4

Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sang Gagak yang tinggal di hutan sangat berpuas hati dengan kehidupannya
sehinggalah gagak itu terjumpa seekor angsa.
“Putihnya Sang Angsa. Aku hitam sangat. Sang Angsa mesti burung yang paling
gembira di dunia,” kata Sang Gagak.
“Aku hanya ada satu warna sahaja. Si kakak tua ada dua warna. Kakak tualah yang
sepautnya menjadi burung paling gembira di dunia,” ujar Sang Angsa kepada Sang Gagak.
Sang Gagak mencari burung kakak tua dan memberitahu apa yang dikatakan oleh
Sang Angsa.
Burung kakak tua pun menjawab, “Wahai Sang Gagak sahabatku!
Dulu, aku fikir akulah burung paling hebat sehinggalah aku terjumpa Sang Merak. Sang
Merak ada pelbagai warna.”
Burung gagak pun pergi ke zoo kerana ingin melihat kehebatan burung merak.
“Wahai Sang Merak! Cantiknya kamu. Setiap hari beribu manusia datang
menjengukmu. Kamulah burung yang paling bahagia di dunia,” kata Sang Gagak.
Sang Merak pun menjawab, “Aku selalu rasa akulah burung yang paling cantik dan
gembira di dunia ini. Tapi kerana kecantikanlah aku terkurung di dalam zoo ini. Aku telah
meninjau di sekitar zoo ini dan mendapati hanya burung spesies kamu sahaja tiada di sini.
Kalau aku berada di tempat kamu Sang gagak, aku rasa akulah burung yang paling gembira
kerana dapat bergerak bebas tanpa batasan.

a) Mengapakah Sang Gagak berasa tidak gembira dan kurang berpuas hati?

________________________________________________________________________

[2 markah]

b) Mengapakah Sang Angsa berasa kurang gembira setelah bertemu dengan burung kakak tua?

[2 markah]

c) Sekiranya kamu diberi pilihan untuk menjadi burung gagak, angsa, burung kakak tua atau burung
merak yang mana satukah pilihan kamu. Mengapa?

[2 markah]
Soalan 25
7
UJIAN SUMATIF 1 – BM (K1) Tahun 4
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

a) Bilakah tubuh badan manusia akan kehilangan air?

[2 markah]

b) Nyatakan satu peribahasa yang mempunyai perkataan “air”.

[2 markah]

c) Senaraikan tiga kesan buruk kepada manusia jika kekurangan air.

i)

ii)

iii)

[3 markah]

You might also like