You are on page 1of 5

Tugasan 3

Penulisan ilmiah (60 %)


Menghasilkan satu penulisan ilmiah yang panjangnya 1500 patah perkataan
berdasarkan soalan di bawah. “Secara idealnya, masyarakat majmuk bukanlah
penghalang perpaduan kebangsaan dan pembinaan negara bangsa Malaysia”.
Analisiskan bahawa perpaduan dan integrasi adalah merupakan prasyarat
utama untuk mewujubkan kestabilan politik, ekonomi dan kesejahteraan sosial
dikalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Negara kita, Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri
daripada masyarakat berbilang kaum. Negara-negara di dunia menjadikan Malaysia
sebagai negara yang patut dicontohi kerana masyarakat dapat hidup dalam keadaan
aman walaupun berbilang bangsa, agama dan budaya. Perpaduan merupakan suatu
elemen yang sangat penting untuk mengekalkan keharmonian rakyat dan keamanan
negara. Dalam konteks negara kita yang rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum,
seperti Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan semangat bersatu-padu, hormat-
menghormati dan bertolak ansur sangat penting yang perlu dipupuk. Kebijaksanaan
pemimpin kita yang menjadikan perpaduan kaum sebagai keutamaan bagi membina
sebuah negara bangsa yang maju menjelang tahun 2020 nanti.

Integrasi merupakan satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam


masyarakat melalui satu identiti. Kejadian 13 Mei 1969, kerajaan mula menumpukan
usaha-usaha dan strategi-strategi ke arah mewujudkan integrasi nasional.
Ringkasnya, perpaduan dan integrasi nasional adalah matlamat asas baginagara
Malaysia. Konsep perpaduan sangat penting dalam usaha menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara yang teguh dan bersatu padu. Secara tidak langsung,
perpaduan dapat menjamin keselamatan negara, kestabilan ekonomi, politik dalam
jangka masa panjang. Bagi memantapkan lagi perpaduan di kalangan rakyat
pelbagai etnik dan kaum, kerajaan telah mewujudkan beberapa strategi melalui
pendekatan ekonomi, politik dan pendidikan untuk mencapai matlamat-matlamat
perpaduan.

Semasa zaman pemerintah British dasar pecah dan perintah telah


dilaksanakan untuk mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu.
Pengelasan kaum dengan pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza telah

1
mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada 3
rumpun utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Melalui dasar ini orang Melayu
kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar dan bekerja sebagai nelayan dan
petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta
bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India
kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh.
Dengan ini, perpaduan kaum tidak wujub dan semua kaum tidak mengenali antara
satu sama lain. Maka, secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga
mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi
teras peristiwa 13 Mei 1969. Mansor Mohd Noor.et al. (2006), konflik perkauman
yang berlaku seperti pada 13 Mei 1969, Insiden Kampung Rawa 1977 dan Insiden
Kampung Medan 2001 adalah kerana ketidakseimbangan pembangunan dan tadbir
urus kerajaan; ketidaksamarataan di antara kaum dan wilayah negara; kemiskinan
bandar dan keterpinggiran rakyat daripada perkhidmatan kerajaan. Peristiwa
rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang berlaku di Kuala Lumpur ini memberi kesan kepada
kerajaan agar memandang serius masalah kemiskinan dan perpaduan kaum di
negara kita. Inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan adalah membolehkan semua kaum
menyertai semua bidang dan peringkat kegiatan ekonomi agar wujubkan kerjasama
antara kaum. Untuk mencapai hasrat tersebut, kerajaan telah mengambil langkah
dengan mengintegrasikan ekonomi. Beberapa dasar pembangunan telah digubal
seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, dan lain-lain dasar
pembangunan ekonomi negara. Dasar-dasar ini diambil untuk memastikan
pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk
membolehkan pertumbuhan lebih sama rata dan saling melengkapi antara satu
sama lain. Tujuan dasar-dasar ini diperkenalkan adalah kerana kerajaan sentiasa
berusaha untuk meninggikan taraf hidup rakyatnya. Dasar- dasar ini juga merupakan
satu usaha kerajaan untuk melibatkan semua rakyat menyertai pembangunan
negara supaya negara boleh mencapai kemajuan yang lebih membanggakan.
Dengan terhapusnya gejala perbezaan fungsi ekonomi mengikut kaum akan dapat
melahirkan perpaduan dalam kegiatan ekonomi dalam kalangan rakyat berbilang
kaum. Ini akan menaikkan taraf pembangunan ekonomi Negara. Buktinya, Lebih-
lebih lagi, perpaduan kaum akan menjadikan negara aman dan tenteram di mana
keadaan ini membolehkan pihak kerajaan merancang dan melaksanakan
pembangunkan dengan lancar untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Antara
manfaat lain perpaduan kaum ialah pihak kerajaan boleh memajukan sektor
pelancongan negara. Keadaan negara yang aman dan damai akan menarik lebih
ramai pelancong asing datang ke Malaysia. Kehadiran pelancong asing ini akan

2
memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat. Peluang pekerjaan ini akan menjana
sumber pendapatan bagi menyara hidup dan meningkatkan taraf ekonomi rakyat.
Malah, pelabur asing juga akan datang melabur di Malaysia dengan keadaan politik
yang stabil. Pelabur asing yakin untuk melabur kerana negara kita berada dalam
keadaan aman dan damai. Kedatangan pelabur asing ini juga akan membuka
peluang pekerjaan kepada rakyat dan akan meningkatkan pendapatan negara
secara tidak langsung.

Perpaduan dapat menjamin kestabilan Politik Dan Keamanan Negara.


Sekiranya rakyat bersatu-padu, negara akan aman damai. Hal ini demikian kerana,
apabila mancapai perpaduan pada kalangan semua rakyat, semua rakyat hidup
dengan keadaan harmoni, saling tolong menolong, hormat-menghormati dan
toleransi. Dengan ini, negara akan bebas daripada kekacauan, rusuhan dan
peperangan. Perpaduan politik di Malaysia dapat dilihat bermula pada tahun 1950-
an. Menurut Abdul Rahman (2007), sistem ‘kerajaan campuran’ dari segi
kepelbagaian kaum merupakan salah satu cara bagi menggabungkan fahaman
politik berbilang kaum dan diperkembangkan lagi melalui sistem politik yang fleksibel.
Ini jelas kelihatan apabila munculnya parti ‘Perikatan’ yang merupakan hasil
gabungan dengan parti UMNO, MCA dan MIC. Keanggotaan parti komponen dalam
parti ini juga semakin bertambah setelah kemunculan Barisan Nasional. Menurut
Wan Hashim (2011), negara kita mendapat iltizam untuk membebaskan ibu pertiwi
daripada dominasi luar dan mencapai kemerdekaan oleh parti politik sederhana yang
berasaskan perkauman untuk berganding bahu dan membentuk sebuah perikatan
yang mengangkat kepentingan negara mengatasi kepetingan etnik. Kita dapat
melihat parti politik yang ditubuh dengan gabungan pelbagai kaum inilah
berkemampuan kekal dan berfungsi lama selepas kemerdekaan dan negara
diperintah dengan aman damai. Pendek kata, perpaduan antara etnik menjamin
kehidupan yang tenteram, bahagia dan selamat.

Di samping itu, perpaduan dan integrasi mewujubkan kesejateraan sosial di


kalangan masyarakat majmuk. Perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk
ialah untuk mengekalkan keharmonian dan mengelakkan perselisihan. Penduduk
Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa boleh hidup aman damai sejak
dahulu lagi kerana adanya perasaan saling menghormati dan memahami antara satu
sama lain. Menurut Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri (2013), amalan nilai murni

3
hormat-menghormati menjadi tunjang kekuatan sesebuah negara. Bagi
merealisasikan kejayaan negara dengan ramuan perpaduan kaum ini, maka bagai
usaha ke arahnya hendaklah terus dijalankan. Antara lain, kerajaan mewujudkan
banyak dasar bertujuan menerapkan nilai-nilai bagi mengekalkan perpaduan kaum.
Terkini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan
konsep ‘1 Malaysia’. Dasar kepimpinan yang memperkenalkan konsep “rakyat
didahulukan, pencapaian diutamakan” memperlihatkan keutamaan masyarakat
dalam pencapaian sesebuah negara. Tanpa rakyat yang bersatu padu maka
pincanglah negara itu.

Strategi jangka pendek memupuk kesejateraan sosial perpaduan kaum


adalah melalui pelaksanaan aktiviti yang menggalakkan interaksi dan perpaduan di
kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Strategi jangka pendek
dilaksanakan secara berterusan diperingkat kebangsaan, negeri, daerah dan
kawasan-kawasan Rukun Tetangga. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan melibatkan
masyarakat setempat dari pelbagai peringkat umur dan keturunan etnik mencakupi
bidang sosial pendidikan, sukan, rekreasi, kesenian dan kebudayaan serta kesihatan
dan alam sekitar, kebajikan, keagamaan, ekonomi dan keselamatan. Lawatan-
lawatan integrasi juga dianjurkan untuk para penduduk melawati wilayah-wilayah lain
ketika majlis-majlis perayaan umum negara. Dengan adanya aktiviti yang berterusan
ini, akan membolehkan rakyat berinteraksi dan menjalinkan perhubungan antara
mereka (Tan Kien Kok, 2005). Di samping itu, dapat mewujudkan suasana
persefahaman yang mesra dan harmoni. Sementara itu, strategi jangka panjang pula
dilaksanakan melalui dasar-dasar dan program-program kerajaan yang menjurus ke
arah perpaduan nasional seperti Dasar Pembangunan Negara, Dasar Belia Negara,
Dasar Sosial Negara, Program Latihan Khidmat Negara dan sebagainya termasuklah
program-program sukan, kebudayaan dan perayaan-perayaan seperti majlis-majlis
rumah terbuka Malaysia sempena menyambut hari perayaan-perayaan umum
kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia (Dzuhailmi et al., 2009). Akhirnya apabila
perpaduan dapat dijadikan sebagai satu budaya masyarakat Malaysia kita akan
mencapai perpaduan dalam erti yang sebenar mewujudkan bangsa Malaysia yang
kita telah tentukan sebagai matlamat terulung negara. Pada persperktif lain,
matlamat pendidikan Negara adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara
dalam memupuk semangat kewarganegaraan dan rasa bangga terhadap bangsa
dan agama. Dasar yang dimainkan oleh pendidikan pula sangat penting dalam
proses integrasi dan pembangunan sesebuah negara (Ishak Saat. 2009). Pelbagai

4
dasar telah dilaksanakan sejak merdeka hingga ke hari untuk menyeragamkan
sistem pendidikan. Jawatankuasa Barnes, Laporan Fenn-Wu,Ordinan Pelajaran
1952, Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan
lain-lain dasar berhubung isu pendidikan berperanan untuk memupuk perpaduan.
Pendemokrasian Pendidikan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan
adalah untuk memastikan agar semua kaum atau etnik diberi perhatian dan
peruntukan serta kemudahan yangsama dan adil dalam pendidikan sama ada
mereka bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar. Oleh itu sebagai rakyat
Malaysia, kita seharusnya terus mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang
diasaskan sebelum ini. Hanya menerusi pendidikan saja, rakyat Malaysia yang
berbilang etnik dapat disemai rasa semangat kekitaan sejak kecil hinggalah dewasa.

Deduksinya, semangat perpaduan dan integrasi sangat penting disemai


dalam setiap rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Setiap
warganegara Malaysia tanpa mengira kaum dan agama wajib menanamkan toleransi
dan setia kepada negara ini dalam sanubari masing-masing. Sesungguhnya,
semangat ini amat signifikan kerana negara Malaysia mencapai kemerdekaan tanpa
melibatkan tumpahan darah, tetapi berjaya dengan permuafakatan setiap rakyat
Malaysia. Tambahan pula, semua rakyat marcapada berpegang obligasi untuk
menentukan masa depan negara yang tercinta ini.

You might also like