You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU BENDUL

71500 TANJUNG IPOH,

NEGERI SEMBILAN.

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 1 / 2019

Tarikh : 26 Disember 2018

Masa : 2.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Saidina Ali, SK Ulu Bendul

Kehadiran :

1. En. Mazlan bin Karim - Guru Besar

2. En. Idzwan Noor bin Shahidan - GPK Pentadbiran & Kurikulum

3. Pn. Zulila binti Musa - GPK Hal Ehwal Murid

4. Pn. Rosmawati binti Harmain - GPK Kokurikulum

5. Pn. Suryani binti Mohamad Nor

6. Pn. Norhaiza binti Abd Razak

7. En. Zulkefli bin Ismail

8. Pn. Halimah binti Abd Mutalib

9. Pn. Zuraidah binti Maxtar

10. Pn. Huzaimah binti Jarawi

11. Pn. Asmah binti Shaharudin

12. Pn. Sumi Akima binti Ismail

13. Cik Norhaflida binti Abd Hamid

14. Pn. Safiah binti Jamal

Minit Mesyuarat Kokurikulum Kali 1 / 2019 1

SK Ulu Bendul
1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada semua
guru kerana dapat menghadiri mensyuarat yang diadakan pada kali
ini.

1.2 Beliau berharap agar semua guru lebih bersedia dan melaksanakan
perancangan yang lebih teliti bagi memastikan sasaran dapat dicapai
sepertimana yang ditetapkan bagi semua pertandingan yang bakal
disertai bagi tahun 2019 ini.

1.3 Beliau juga menekankan agar Sekolah Kebangsaan Ulu Bendul menyertai
pertandingan yang bersesuaian dimana pesertanya adalah terdiri
dari mereka yang bersedia dan mantap dengan bimbingan guru lebih
awal.

Tindakan : Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit Mesyuarat Bil 4 / 2018 dicadangkan pengesahannya oleh Pn.


Asmah binti Shaharudin dan disokong oleh Pn. Halimah binti Abdul
Mutalib.

Tindakan : Makluman

3. PERKARA BERBANGKIT

Tiada perkara berbangkit.

Tindakan : Makluman

4. PEMBENTANGAN LAPORAN

4.1 PERBENTANGAN PERANCANGAN 2019.

Minit Mesyuarat Kokurikulum Kali 1 / 2019 2

SK Ulu Bendul
4.1.1 Pembentangan oleh Pn. Rosmawati binti Harmain, Penolong Kanan
Kokurikulum berkaitan pengagihan tugas dalam bidang
kokurikulum bagi tahun 2019.

4.1.2 Beliau memaklumkan bahawa terdapat penambahan pada bilangan


Kelab iaitu Kelab Pencegahan Jenayah dan Kelab Rukun Negara
yang mana ia merupakan satu kelab yang wajib ditubuhkan
berdasarkan Surat Pekeliling Iktisas Bil 5/2006, Kementerian
Pelajaran Malaysia yang mana penubuhannya ialah bertujuan
untuk membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid terhadap
kemungkinan wujudnya gejala antisosial di kalangan mereka.

4.1.3 Bagi sukan dan permainan pula, Kelab Catur diwujudkan bagi
menggantikan Kelab Ping Pong memandangkan peralatan untuk
sukan itu tidak mencukupi.

Tindakan : Makluman

4.1.4 Pn. Asmah mencadangkan agar kelab Bola Jaring digantikan


dengan Kelab Memanah memandangkan sukan tersebut menjadi
salah satu sukan yang disertai oleh sekolah hingga ke
peringkat kebangsaan.

Tindakan : GPK Kokurikulum

4.2 PENGLIBATAN PERTANDINGAN BAGI TAHUN 2019

4.2.1 Pn. Rosmawati memaklumkan bahawa sekolah kita masih menjadi


tuan rumah bagi karnival Bahasa Inggeris yang akan diadakan
pada bulan Februari nanti.

4.2.2 Beliau juga memaklumkan bahawa sekolah kita perlu


mengendalikan Choral Speaking, Poetry Recitation level 2 dan
Scrabble Level 2.

Tindakan : Makluman

4.2.3 Pengerusi meminta Pn. Rosmawati untuk menyemak semula


pertandingan yang perlu dikendalikan oleh pihak sekolah
Minit Mesyuarat Kokurikulum Kali 1 / 2019 3

SK Ulu Bendul
memandangkan kemudahan dan kondisi sekolah yang terhad bagi
mengendalikan Choral Speaking yang mana melibatkan bilangan
murid yang ramai bagi mempersembahkan acara tersebut.

Tindakan : GPK Kokurikulum

4.2.4 Pengerusi juga mengingatkan semula agar semua guru sentiasa


bersedia dan melatih murid yang menyertai mana-mana
pertandingan dengan lebih awal bagi memastikan murid tersebut
dapat menguasai corak pertandingan yang disertai dengan
mantap.

Tindakan : Semua guru penasihat

5. HAL -HAL LAIN

5.1 Pn. Rosmawati memaklumkan bahawa stor sukan yang baru telah
dikosongkan namun begitu segala peralatan akan dipindahkan
dalam masa terdekat dengan kerjasama murid-murid nanti.

Tindakan : Cik Norhaflida

5.2 Buku PAJSK telah ditempah kepada pembekal dan akan diperolehi
serta diedarkan kepada murid pada awal Januari nanti.

Tindakan : Makluman

5.3 Pn. Rosmawati memaklumkan bahawa masih terdapat banyak hadiah


dan cenderamata di bilik beliau. Oleh yang demikian, sekiranya
ada guru penasihat yang mengendalikan mini pertandingan
bolehlah mengambil hadiah tersebut untuk diberikan kepada
pemenang.

Tindakan : Semua guru penasihat

5.4 Pn. Sumi Akima memohon agar satu garis panduan atau jadual
aktviti disediakan untuk kelab, persatuan dan permainan bagi
melancarkan perjalanan aktiviti kokurikulum pada setiap hari
Rabu.

Tindakan : SU Kokurikulum

Minit Mesyuarat Kokurikulum Kali 1 / 2019 4

SK Ulu Bendul
5.5 Pn. Rosmawati memaklumkan sekiranya ada guru yang ingin membeli
bahan untuk tujuan pembelajaran semasa aktiviti kokurikulum,
bolehlah berbuat demikian dengan mendahului wang guru dan
dituntut dengan merujuk kepada resit asal melalui Pn. Sazila
di pejabat.

Tindakan : Makluman

5.6 Pengerusi berharap agar aktiviti luar dapat dirancang bagi


menarik minat murid bagi menyertai aktiviti kokurikulum yang
dianjurkan sekaligus mengelakkan isu ponteng semasa aktiviti
kokurikulum dijalankan.

Tindakan : Semua guru penasihat

PENUTUP

Pengerusi sekali lagi mengucapkan tahniah atas perancangan yang


disediakan bagi tahun 2019 dan berharap agar komitmen guru yang jitu dalam
menggalakkan penglibatan murid bagi semua aktivti kokurikulum. Bukan itu
sahaja, beliau juga berharap agar semua guru sentiasa bersedia dalam
membimbing murid yang menyertai mana-mana pertandingan yang dianjurkan
agar kejayaan sentiasa berada dalam genggaman murid SK Ulu Bendul setanding
dengan sekolah-sekolah lain.

Mesyuarat di tangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh :

___________________

(NORHAIZA BINTI ABD RAZAK)

Setiausaha Kokurikulum

Minit Mesyuarat Kokurikulum Kali 1 / 2019 5

SK Ulu Bendul

You might also like