You are on page 1of 100

PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

TAJUK 1 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

SINOPSIS

Unit ini mengandungi maklumat berkaitan dengan kualiti pendidik prasekolah yang
menjurus kepada kecekapan dalam pengurusan pusat prasekolah

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat :

1. Mengenalpasti pengetahuan asas yang profesional dalam pengurusan pusat


kanak-kanak serta melaksanakannya dalam pentadbiran sebagai seorang
pengurus.

2. Mengenalpasti proses guru sebagai model dan pembelajaran sepanjang


hayat.

3. Mengintergrasikan kesedaran kendiri peribadi dan profesional dalam


pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Definisi

Pengetahuan Asas Guru yang Profesional

Guru Sebagai Model


KUALITI
PENDIDIK
PRASEKOLAH
Belajar Sepanjang Hayat

Kesedaran Kendiri Peribadi dan profesional

1
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

KONSEP KUALITI

Kualiti adalah keseluruhan ciri-ciri dan sifat-sifat sesuatu poduk atau perkhidmatan
yang dapat memenuhi kehendak yang tersurat atau tersirat. Antara contoh ciri-ciri
kualiti bagi produk ialah mudah diperolehi, tahan lama, bersih, selamat, boleh diuji,
boleh dikesan dan mudah diangkut.

Manakala kualiti dalam perkhidmatan pula mempunyai ciri-ciri kualiti bagi sesuatu
perkhidmatan adalah seperti keselesaan, kesopanan, kecekapan, keberkesanan,
jujur, kebolehpercayaan, cepat, responsif dan keselamatan (Hairuddin Mohd Ali etc.
al, 1999)

Berdasarkan konsep kualiti sama ada dari aspek produk atau perkhidmatan dapat
kami rumuskan bahawa kualiti dalam pendidikan dapat disimpulkan sebagai satu
sistem pengembangan ilmu yang diberi penekanan kualiti dalam melahirkan produk
atau pelajar yang berkembang secara menyeluruh hasil daripada perkhidmatan atau
proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung yang disediakan oleh guru
bagi memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

DEFINISI KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH.

Dalam konteks pendidikan prasekolah pula, kualiti dalam pendidikan bukan sahaja
memberikan peluang kenak-kanak belajar malah memberi kanak-kanak peluang
untuk meneroka alam persekitaran mereka bagi mendapatkan pengalaman berharga
tanpa memikirkan risiko atau kebarangkalian berlakunya kecederaan atau
kemalangan. Jesteru, guru memainkan peranan dengan utama dengan memastikan
kanak-kanak berpeluang meneroka dengan menyediakan sebuah premis belajar
yang kondusif selaras dengan pernyat aan Juran (1995), bahawa kualiti dalam
pendidkan prasekolah bukan memberi tumpuan kepada bagaimana persekitaran
dirancang tetapi penubuhan prasekolah adalah sebuah tempat yang bersedia
mencabar kanak-kanak supaya merka berpeluang memenuhi niat dan matlamat
kehidupan mereka.

2
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

Pengetahuan asas guru yang profesional


Sebagai seorang guru prasekolah yang berprofesional ia perlu memahami perkara-
perkara berikut:

 Akta kanak-kanak 2001 (akta 611)


 Akta 550
 Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
 Konsep Pendidikan prasekolah
 Matlamat Pendidikan prasekolah
 Objektif Pendidikan Prasekolah
 Pendekatan Pengajaran dan pembelajaran Prasekolah
 Teori Perkembangan kanak-kanak
 Amalan yang Bersesuaian dengan perkembangan Kanak-kanak.

GURU SEBAGAI MODEL:

Dalam proses pendidikan, guru tidak hanya menjalankan fungsi alih ilmu
pengetahuan (transfer of knowledge) tetapi juga berfungsi untuk menanamkan nilai
(value) serta membangunkan karakter (Character Building) kanak-kanak secara
berterusan.

Menurut Ragbir Kour (2007) guru sebagai model harus membentuk murid-murid
untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-
nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan instrumental. Jadi, guru
seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan sosial yang baik
dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna.
Sebagai ibu bapa kedua kepada murid-murid, segala nilai dan tingkah laku guru
menjadi contoh teladan kepada para pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh
guru di sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar. Menurut
Ee Ah Meng (2003) guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada para

3
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

pelajarnya. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk beberapa
ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah.

BELAJAR SEPANJANG HAYAT

KESEDARAN KENDIRI PERIBADI DAN PROFESIONAL


(PERSONAL AND PROFESIONAL SELF-AWARENESS)

 profesional yang reflektif


 boleh menilai kekuatan kelemahan peribadi
 boleh menerima pandangan /idea baru

TUGASAN:

Bincangkan dalam kumpulan sejauh manakah seorang guru prosekolah boleh


meningkatkan kesedaran kendiri peribadi dan profesionalnya dengan berdasarkan fakta-
fakta berikut:

 profesional yang reflektif


 boleh menilai kekuatan kelemahan peribadi
 boleh menerima pandangan /idea baru

4
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

TAJUK 2 KECEKAPAN PENGURUSAN

SINOPSIS

Unit ini mengandungi maklumat berkaitan dengan kecekapan pengurusan yang


menjurus kepada pengurusan organisasi, kewangan, personel dan pengurusan
kemudahan.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat :


1. Mengenalpasti pengurusan organisasi yang .
2. Mengenalpasti proses pemasaran dan kemahiran menjalin perhubungan
awam
perkhidmatan makanan dengan berkesan.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Pengurusan organisasi

Pengurusan kewangan
KECEKAPAN
PENGURUSAN

Pengurusan Personel

Pengurusan kemudahan

5
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

KECEKAPAN PENGURUSAN
DEFINISI PENGURUSAN

Satu proses aktiviti tadbir‐urus untuk merancang,mengorganisasi, memimpin dan


mengawal sumber‐sumber secara cekap dan berkesan ke arah mencapai matlamat
organisasi yang telah ditetapkan.

KONSEP PENGURUSAN

Organisasi

Manusia bekerja bersama dan menyelaraskan tindakan mereka bagi mencapai


matlamat mereka.

Matlamat

Sasaran yang ditetapkan untuk dicapai oleh organisasi pada masa hadapan.

Pengurusan

Proses menggunakan semua sumber organisasi bagi mencapai matlamat organisasi


dengan melakukan fungsi‐fungsi pengurusan

Pengurusan Organisasi

1. Mengetahui dan menghayati pelbagai peraturan dan sistem dalam


pengurusan pusat pendidikan awal kanak-kanak.

2. Menjalankan pengurusan tadika berdasarkan garis panduan dan peraturan


yang telah ditetapkan.

3. Menyediakan kemudahan yang sewajarnya untuk pendidikan awal kanak-


kanak.

6
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

CIRI‐CIRI ORGANISASI

1. Mempunyai identiti tersendiri.


2. Mempunyai hierarki atau tingkat autoriti.
3. Mempunyai struktur organisasi atau pembahagian kerja.
4. Mempunyai peraturan, dasar, prosedur dan sistem hubungan bagi
menjalankan aktiviti.

PENGURUSAN KEWANGAN
Pengurusan kewangan merupakan satu daripada pengurusan yang
dipertanggungjawabkan kepada guru-guru Prasekolah untuk diurus dengan cekap
dan berakauntabiliti.

Kewangan
Kewangan adalah satu bahan pengantaraan dan ditukar ketika membeli sumber
yang diperlukan untuk membangun pusat pendidikan awal kanak-kanak. Untuk
menukarkan idea menjadi tindakan yang akhir yang terbina pusat pendidikan awal
kanak-kanak, beberapa jenis sumber perlu digabungkan dengan betul. Sumber
adalah pasif sehingga idea manusia dan tenaga manusia menggerakkannya dan
digunakan untuk mencapai matlamat mereka.

Empat kategori sumber yang diperlukan untuk membina sebuah pusat pendidikan
kanak-kanak, berdasarkan formula MESH.

a. M (material)
- Untuk ‘bahan’ yang digunakan di pusat tersebut.
b. E (equipment)
- Untuk ‘peralatan’ termasuklah alat mainan, dapur, pejabat,
pengangkutan dan hiasan.

c. S (space)
- Untuk ‘tempat’ (ruang) termasuklah bangunan, taman permainan dan
susunan hiasan. Termasuk juga insuran.

7
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

d. H (human)
- Untuk ‘tenaga manusia’ termasuklah pengetahuan, kemahiran dan
kebolehan semua untuk membentuk dan menyampaikan
perkhidmatan.

Pengendalian pusat pendidikan awal kanak-kanak memerlukan pengagihan


kewangan yang bijaksana. Kealpaan dan pengagihan dan mengurus kewangan
yang ada akan mendatangkan masalah dan menjejaskan pelaksanaan
pembelajaran di pusat pendidikan ini. Oleh itu pengurusan kewangan yang baik dan
teratur hendaklah dirancang dan sentiasa dikemas kini.

Peruntukan kewangan

Bagi prasekolah Kementerian Pelajaran, peruntukan kewangan diperolehi melalui


beberapa sumber seperti berikut;

Pemberian Bantuan Per Kapita ( Per Capita Grant - PCG )

Peruntukan ini hendaklah dibelanjakan pada tahun semasa dan tidak melebihi 10%
daripada jumlah asal PCG yang diterima dalam tahun berkenaan yang dibenarkan
dibawa ke tahun hadapan. Peruntukan ini hendaklah diakaunkan ke dalam Buku
Tunai Kumpulan Wang Kerajaan.
Maksud Perbelanjaan Bantuan Per Kapita Prasekolah
a. Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran.
b. Penyelenggaraan peralatan permainan dalam dan luar bilik darjah serta
penyelenggaraan komputer dan lain-lain peralatan bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran.
c. Pembelian buku rujukan, ensaiklopedia, perisian, video tape dan lain-lain yang
bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
d. Program dan lawatan berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan
kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti
persekolahan atau hari persekolahan ( misalnya melawat Zoo pada hari
persekolahan semasa tema Haiwan Liar, melawat Muzium semasa tema
Masyarakat, Negeri dan Negara, melawat Taman Bunga semasa tema Bunga atau
melawat ke dusun buah-buahan semasa tema Buah-buahan )

8
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

e. Perolehan harta modal adalah tidak dibenarkan.

Pemberian Bantuan Makanan Pelajar


Kadar bantuan makanan adalah sama di semua kelas prasekolah seluruh negara.

Perancangan Tahunan Perbelanjaan Peruntukan Wang Makan


Perancangan ini hendaklah disediakan sebelum penggal persekolahan bermula tiap-
tiap tahun. Suatu perancangan perbelanjaan tahunan perlu disediakan bagi
membolehkan pihak pengurusan prasekolah mengetahui jumlah wang yang
diperlukan bagi bulan/penggal tertentu. Perancangan tahunan ini dapat dijadikan
panduan kepada pihak pengurusan prasekolah bagi mengeluarkan wang peruntukan
terlebih dahulu kepada guru prasekolah, bagi keperluan membeli bekalan
makanan/minuman, untuk bulan tertentu. Guru tidak perlu menggunakan wang
peribadi terlebih dahulu untuk perbelanjaan makan/minum murid-murid . Di
prasekolah Kementerian Pelajaran, makan minum murid-murid prasekolah
hendaklah diuruskan dan disediakan oleh guru/pengasuh kelas prasekolah yang
bertugas. Pihak pengurusan prasekolah tidak dibenarkan sama sekali menggunakan
perkhidmatan kantin/koperasi sekolah dalam pengurusan/penyediaan makan minum
murid-murid prasekolah.

Penyata Kewangan Bulanan


Di prasekolah Kementerian Pelajaran, status penyata kewangan bagi catatan
penerimaan dan perbelanjaan wang peruntukan yang diterima oleh guru /pengasuh
daripada Guru Besar (sebagaimana perancangan tahunan), perlu disediakan oleh
guru/pengasuh secara kemaskini tiap-tiap bulan. Penyata ini perlu disemak dan
ditandatangani oleh Guru Besar pada akhir bulan dan dianggap sebagai dokumen
sokongan bagi pengurusan perbelanjaan wang peruntukan prasekolah. Ianya wajar
diteliti dan diperiksa oleh audit sekolah. Penyata kewangan ini perlu disediakan di
dalam suatu buku tunai khas.

Peruntukan Makanan
1. Perancangan Peruntukan Makanan/Minuman
2. Perancangan Menu Bulanan

9
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

3. Anggaran Perbelanjaan
i. Bahan Basah
ii. Bahan Kering
4. Tuntutan Perbelanjaan Bulanan
5. Buku Tunai - Pendapatan & Perbelanjaan
6. Fail Kewangan
- Surat Tuntutan Perbelanjaan
- Baucer Bayaran (sertakan resit)

Perbelanjaan wang LPBT Kelas Prasekolah

Perbelanjaan wang LPBT di kelas Prasekolah adalah untuk tujuan seperti berikut;

1. Bayaran bil telefon, air, eletrik, telegram, internet dan pembentungan.


2. Pembaikan kecil kelas.
3. Penyelengggaran perabot dan peralatan kelengkapan kelas termasuk
komputer.
4. Perkhidmatan percetakan untuk bahan pengajaran dan pembelajaran.
5. Perkhidmatan pengiklanan (misalnya membuat banner bagi memaklumkan
kepada khalayak tentang pendaftaran dan kemasukan murid prasekolah pada
tahun berikutnya )
6. Pengangkutan barang-barang
7. Pembelian bahan bakar, bahan habis guna dan ubat ( misalnya kelas anda
kehabisan gas dan anda perlukannya segera maka tambang teksi untuk
mengambil gas boleh dituntut kepada sekolah )
8. Perbelanjaan bagi keraian yang melibatkan lawatan pihak luar atas urusan
rasmi.
9. Perolehan harta modal melebihi RM10,000 perlu mendapat kelulusan Ketua
PTJ, manakala pembelian komputer mesti mendapat kelulusan daripada
Jawatankuasa Maklumat Pengkomputeran Kementerian.
10. Bayaran yuran kursus bagi guru prasekolah.
11. Perbelanjaan untuk keceriaan / kesihatan murid dan keselamatan kelas.
12. Bayaran teksi bagi urusan kecemasan berdasarkan kelayakan tambang teksi.
13. Pengangkutan murid dan bayaran insuran untuk murid dan guru pengiring

10
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

untuk aktiviti sukan dan karnival prasekolah.

Panjar Wang Runcit (PWR)

Ia merupakan sejumlah wang yang membolehkan Pengurus Sekolah membuat


pembayaran kecil dengan segera dan perbelanjaan runcit tanpa
mempertanggungkannya terlebih dahulu kepada butiran perbelanjaan. Ia boleh juga
digunakan bagi memberi pendahuluan wang tunai segera kepada guru yang
memerlukan untuk membayar perbelanjaan aktiviti kelas.

Belian dengan bil tidak melebihi RM100.00 boleh dituntut menggunakan PWR.

Geran Pelancaran
Peruntukan ini diberi oleh Bahagian Pembangunan dan Perolehan Kementerian
Pelajaran kepada kelas prasekolah dan sekolah yang baru beroperasi. Ia bertujuan
membantu pengurusan sekolah bagi memulakan operasi pentadbiran kelas. Kadar
adalah ditentukan mengikut kategori sekolah mengikut garis panduan yang
disediakan oleh KPM. Bantuan ini akan diakaunkan ke dalam Buku Tunai Kumpulan
Wang Kerajaan di bawah lajur Pelbagai dengan menyelenggarakan Akaun
Subsidiari. Pengurus sekolah boleh menggunakan peruntukan ini untuk pembelian
bahan yang telah disenaraikan oleh BPP, KPM semasa peruntukan diberi.

Untuk bacaan selanjutnya, rujuk Surat Pekeliling kewangan Bil. 5 Tahun 2002 –
Lampiran B – perkara A dan Lampiran C – Jadual 1dalam Buku Tatacara
Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah terbitan
Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia Putrajaya Edisi Keempat -
Tahun 2005.

PENGURUSAN PERSONEL

 Menyediakan /menggaji pekerja yang berpotensi tinggi / berkelayakan


 Mengekalkan pekerja yang cekap

11
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

 Memantau keupayaan guru/pembantu


 Rancangan perkembangan staf untuk membina bakat dan profesionalise
pekerja

PENGURUSAN KEMUDAHAN
 Bertanggung jawab menyediakan ruang pembelajaran
 Penyediaan kemudahan, perabot dan peralatan
 Merancangkan spesifikasi dan susun atur
 Ruang selamat, selesa dan sesuai dengan prinsip perkembangan kanak-
kanak.

12
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

TAJUK 3 KECEKAPAN HUBUNGAN

SINOPSIS

Unit ini mengandungi maklumat berkaitan dengan kecekapan hubungan yang


menjurus kepada hubungan kemanusiaan dan kecekapan dalam pemasaran dan
perhubungan awam.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat :


1. Mengenalpasti hubungan kemanusiaan yang bersesuaian dengan pengurusan
pusat kanak-kanak serta melaksanakannya dalam pentadbiran sebagai seorang
pengurus.

2.Mengenalpasti proses pemasaran dan kemahiran menjalin perhubungan awam


perkhidmatan makanan dengan berkesan.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Hubungan Kemanusiaan
KECEKAPAN
HUBUNGAN

Pemasaran dan Perhubungan Awam

13
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

HUBUNGAN KEMANUSIAAN (HUMAN RELATIONS)

Hubungan Kemanusiaan, teori hubungan antara manusia, teori hubungan kerja


kemanusiaan, atau the human relation theory. Hubungan antara manusia dan
hubungan kemanusiaan kedua-duanya merupakan terjemahan dari istilah bahasa
inggris human relations. Hubungan antara manusia dengan hubungan kemanusiaan
sesungguhnya mempunyai pengertian yang tak sama. Hubungan antara manusia
merupakan antara personal yang bersifat lahiriah saja, kurang memperhatikan aspek
kejiwaan. Sehingga tidak memberikan kepuasan psikologis. Sesuatu hubungan
dikatakan mempunyai hubungan kemanusiaan, apabila hubungan tersebut dapat
memberikan kesedaran dan pengertian. Sehingga pihak lain (yang menerima
informasi) merasa puas.

Pengertian hubungan kemanusiaan dapat diklasifikasi kepada dua perkara. Pertama


hubungan kemanusiaan dalam persekitaran sekelilingnya dan yang keduanya ialah
hubungan kemanusiaan dalam persekitaran organisasi sendiri. Didalam
persekitaran, hubungan kemanusiaan dalam persekiataran sekelilingnya adalah
hubungan antara seseorang dengan orang lain yang terjadi dalam segala situasi dan
dalam semua bidang kegiatan atau kehidupan untuk mendapatkan kepuasan hati.
Manakala dalam hubungan kemanusiaan dengan organisasinya adalah hubungan
antara seseorang dengan orang lain dalam sesuatu organisasi, yang bertujuan
memberikan kepuasan kepada diri. Sehingga para pegawai mempunyai semangat
kerja yang tinggi, kerjasama yang tinggi serta disiplin yang tinggi.

Teori organisasi hubungan kemanusiaan merupakan dari suatu anggapan bahwa


dalam kenyataan sehari-hari organisasi merupakan hasil dari hubungan
kemanusiaan (human relation). Teori ini beranggapan bahwa organisasi dapat diurus
dengan baik dan dapat mencapai sasaran yang ditetapkan apabila didalam
organisasi itu terdapat hubungan antara peribadi yang serasi. Hubungan itu dapat
berlangsung antara pimpinan dengan pimpinan yang setingkat, antara pimpinan

14
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

dengan bawahan, antara bawahan dengan pimpinan, antara bawahan dengan


bawahan.

Tujuan dilaksanakannya hubungan kemanusiaan adalah untuk mendapatkan :

1. Menjalin dan mengekalkan hubungan produktif.


2. Menjalin hubungan dengan pelbagai pihak.- jabatan-jabatan kerajaan, badan-
badan NGO, pertubuhan-pertubuhan belia, dan komuniti dipersekitaran.
3. Menjalin hubungan dengan keluarga kanak-kanak, pekerja, wakil niaga.
4. Membina pasukan (team work) motivasi, kumpulan dinamik.
5. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan teknik-teknik menyelesaikan masalah.

Apabila didalam organisasi ada kepuasan psikologis pada diri para anggota, ada
moral, disiplin dan motivasi yang tinggi, maka organisasi itu akan dapat diurus
dengan mudah dan dapat berjalan dengan lancarr menuju sasaran yang ditetapkan.

Dari huraian diatas dapatlah diketahui bahawa hubungan kemanusiaan amat


penting di ketahui oleh seseorang individu kerana dengan mengujudkan hubungan
kemanusiaan akan dapat membina peribadi yang harmonis, iaitu hubungan yang
berdasarkan atas kerukunan, kekeluargaan, hormat-menghormati dan saling
menghargai. Hanya dalam suasana yang demikian organisasi dapat diurus dengan
baik dan dapat mencapai sasaran.

Disamping itu, dalam hubungan kemanusiaan juga dikemukakan cara-cara yang


harus ditempuh oleh setiap individu untuk meningkatkan kepuasan anggota-anggota
di dalam sesebuah organisasi. Untuk memberikan kepuasan kepada para anggota
organisasi, seseorang individu itu akan dapat menaruh perhatian terhadap pelbagai
perkara yang merangkumi taraf sosio-ekonomi dan budaya sesuatu masyarakat.

PEMASARAN DAN PERHUBUNGAN AWAM (MARKETING AND PUBLIC


RELATIONS)

15
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

Sebagai seorang guru prasekolah yang efektif ianya memerlukan strategi yang baik
untuk melakukan proses pemasaran prasekolahnya kepada khalayak umum agar
pusat prasekolahnya akan menjadi sebutan dan rebutan penduduk setempat untuk
kanak-kanak belajar. Pertama, mereka selalu mengatakan bahawa mereka tidak
mempunyai cukup anggaran atau dana promosi yang tersedia terbatas. Dan kedua,
bagaimana agar promosi yang dilakukan boleh dilaksanakan dengan menggunakan
kewangan dana yang tersedia terbatas. Kedua perkara ini tidak salah. Namun ada
bebarapa langkah penting dalam proses pemasaran yang perlu dilakukan.

1) Tentukan target pemasaran:


Perkara pertama yang perlu dilakukan untuk memasarkan adalah menetapkan
target pemasaran anda . Siapa yang menjadi sasaran untuk prasekolah anda.
Boleh saja misalnya anda mengarahkan pada beberapa kelompok target pemasaran
anda. Namun perlu diingat, setiap pemasaran yang berjaya harus berfokus
kepada target yang dituju. Dari sekelompok target pemasaran tersebut, temukan
juga orang-orang yang mempunyai hasrat lebih kepada prasekolahk anda. Sebab
pada merekalah anda boleh mempromosikan pemasaran anda dengan banyak.

2) Berikan penawaran
Langkah kedua pada proses pemasaran adalah penawaran. Pada target pemasaran
tersebut, sampaikan penawaran anda. Bukan sekedar penawaran biasa, tapi
penawaran yang menarik dan banyak memberi manafaatnya.

3) Media yang dipakai


Langkah ketiga dalam proses pemasaran adalah penggunaan media yang akan
digunakan untuk menyampaikan pesanan anda. Terdapat pelbagai media yang
boleh digunakan dalam menyampaikan pemasaran anda antaranya menggunakan:
 Iklan
 Kain rentang
 Face book
 Flyer
 Radio dan telivisyen
 Surat khabar

16
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

 Ceramah
 Dan sebagainya.

Berdasarkan Rajah di atas bincangkan Strategi Pemasaran untuk mempromosikan


prasekolah anda kepada masyarakat setempat
.

PERHUBUNGAN AWAM
Perhubungan awam ialah satu reputasi yang dijalinkan oleh pengamal perhubungan
awam untuk menunjukkan hubungan yang positif dengan publik dalaman yang terdiri
dari kumpulan atau individu yang mempunyai hubungan dengan organisasi samada
pembekal pengedar; pelanggan; pengguna; kerajaan; media; pelabur mahupun
masyarakat awam (Hamdan, 1988).

Heath (2001) mendefinisikan perhubungan awam sebagai satu sains sosial untuk
menganalisa dan meramal arah aliran; perunding nasihat kepada pihak majikan dan
bertindak melaksanakan program yang terancang dan berterusan untuk kepentingan
organisasi dan khalayak sasaran.

17
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

Pengamal perhubungan awam perlu bersaing dengan kemajuan teknologi terbaru


dalam komunikasi. Menurut White (1997), pengamal perhubungan awam hendaklah
sentiasa bekerja di dalam batas teknologi terbuka manakala pembangunan teknologi
dijadikan sebagai pemudah tugas mereka. Pengamal perhubungan awam juga perlu
menggunakan taktik dan alat dalam teknologi baru ini yang telah dipertingkatkan.
Antaranya seperti teknologi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan Sistem Pesanan
Multimedia (MMS); Personal Digital Assistant (PDA); Blue tooth; forum melalui
internet seperti blog, membuat bantahan dalam web, forum komuniti internet dan
Internet Phones (I-Phones).
Untuk itu sebagai guru prasekolah yang bertanggungjawab terhadap pusat
prasekolahnya ia dengan sendirinya perlulah dapat:
 Mengekalkan program pembelajaran yang menarik dan terkini yang banyak
menggunakan teknik, strategi dan pendekatan yang bersesuaian dengan
keadaan semasa yang lebih menjurus kepada perkembangan ICT.
 Mengekalkan hubungan yang baik dengan keluarga yang berpotensi
 Membekalkan dan menawarkan program pembelajaran yang berkualiti dan
kondusif kepada kanak-kanak.
 Menyumbangkan kepada kesedaran komuniti tentang perlunya mengetahui
kepentingan perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak.

18
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

TOPIK 4 PENGURUSAN KESIHATAN, KESELAMATAN DAN


MAKANAN

SINOPSIS

Unit ini mengandungi maklumat berkaitan pengurusan kesihatan, keselamatan dan


makanan yang sangat penting untuk guru prasekolah agar lebih memahami
tanggung jawab sebagai seorang pengurus perkhidmatan pemakanan di prasekolah.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat :


1. Mengenalpasti bagaimana untuk menguruskan kesihatan Kanak-kanak.
2. Mengenalpasti bagaimana menguruskan keselamatan kanak-kanak.
3. Mengenalpasti bahan, peralatan, menu makanan yang bersesuaian
dengan kanak-kanak serta pengurusan untuk melaksanakan perkhidmatan
makanan dengan berkesan.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Pengurusan Kesihatan

PENGURUSAN
KESIHATAN, Pengurusan Keselamatan
KESELAMATAN DAN
MAKANAN

Pengurusan Makanan

19
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

PENGURUSAN KESIHATAN

Latihan Kesihatan

Topik ini menceritakan latihan kesihatan, keperluan asas untuk memastikan


penjagaan kesihatan kanak-kanak dan menyediakan satu polisi dan prosedur untuk
mencapai matlamat kesihatan.

ARAHAN : Sekarang mari kita cuba memahami konsep kesihatan


berdasarkan WHO dan Hugh Hawes et.all,1997.

Mengikut WHO kesihatan didefinisikan sebagai satu keadaan yang sempurna dari
segi fizikal, mental/emosi, rohani dan sosial. Kesihatan juga merupakan satu proses
dinamik yang sentiasa berubah serta oleh diperoleh melalui pemupukan ilmu
pengetahuan, sikap, amalan yang seimbang dan berterusan.

Mengikut Hugh Hawes et.all, kesihatan merupakan keadaan kesejahteraan fizikal,


mental dan sosial bukan hanya sekadar bebas dari penyakit sahaja. Sekiranya salah
satu daripada unsur- unsur yang disebutkan mengalami gangguan bermakna
individu tersebut tidak sihat.

Setelah anda membaca definisi di atas cuba buat refleksi adakah anda bersetuju
dengan definisi tersebut. Jika tidak, sila berikan deifinisi yang lain.

Jika definisi baru dapat dihasilkan, tahniah diucapkan kepada anda. Sekarang anda
dikehendaki membaca artikel di bawah dan cubamenjawab soalan-soalan yang
disediakan.

Gaya hidup cergas berasaskan kehidupan seharian kepada kegiatan fizikal yang
aktif. Gaya hidup cergas berkait dengan nilai kesihatan yang positif dan sebaliknya
gaya hidup tidak aktif pula sentiasa dikaitkan dengan nilai kesihatan yang negatif

20
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

dan penyakit serta masalah kesihatan yang lain.

Gaya hidup bergantung kepada faktor usia, minat dan tahap kesihatan.Kegiatan
seperti berjoging, berkhemah, bersukan atau kembara akan dapatmemupuk
kesihatan fizikal yang sihat dan cergas. Kesihatan fizikal yangbaik akan dapat
menyumbang kearah pembentukan gaya hidup yang baik kepada sesebuah
masyarakat. Individu yang tidak aktif mengundang pelbagai penyakit yang
mengancam kehidupan mereka. Di samping pemodenan yang tidak terkawal,
menyebabkan timbulnya stres dan pengambilan makanan yang tidak seimbang.

Gaya hidup sihat juga mempunyai hubungan yang kuat dengan kesihatan sosial.
Semasa individu bergerak secara aktif mereka akan bergaul danberinteraksi sesama
ahli keluarga, rakan atau masyarakat. Gaya hidupsihat dari segi sosial juga merujuk
kepada individu yang terlibat di dalamaktiviti persatuan, pertubuhan sukarela, badan
beruniform dan sebagainya.

Aspek kesihatan mental dan emosi penting di dalam membentuk gaya hidup
sihat. Sekiranya seseorang itu dapat menghadapi situasi bosan dan risau
yang melanda diri, maka orang itu biasanya mempunyai kesihatan mental dan
emosi yang stabil. Sekiranya mengalami tekanan, kelesuan dan keletihan, individu
yang mempunyai kesihatan mental emosi yang sihat berupaya menghadapi dan
menguruskannya dengan berkesan. Pelbagaicara boleh dilakukan untuk mengatasi
tekanan, kelesuan dan kepenatan.Antaranya adalah dengan tidur yang cukup,
beriadah atau melakukan aktiviti permainan ringan seperti catur.

Kesihatan yang sihat dari segi rohani meliputi perkara-perkara mengenai hubungan
individu dengan agama. Sekiranya individu mempunyai kepercayaan agama dan
mengamalkannya di dalam kehidupan dengan penuh bertanggungjawab, maka
individu itu sihat dari segi rohani. Individu yang mempunyai pegangan agama yang
kuat akan bertambah yakin di dalam menjalani hidupnya. Bergaul dengan rakan-
rakan secara sihatdan mengelakkan daripada perbuatan mungkar yang
merosakkan.

21
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

Konsep keselamatan merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh


individu atau kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan sepertikemalangan,
kematian atau kecederaan. Tanpa perlindungan keselamatan, individu akan berasa
takut, bimbang atau mudah terdedahkepada sesuatu yang memudaratkannya sama
ada secara sedar atau tidak. Dalam teori Keperluan Maslow, beliau menggariskan
bahawa salah satu keperluan manusia ialah keperluan keselamatan. Tanpa
keselamatan yang terjamin, pendidikan tidak dijalankan secara berkesan kerana
dihantui olehkebimbangan dan takut yang tidak menentu.

Oleh itu satu sistem perlindungan yang adil hendaklah diberikan kepada individu
supaya dapat memenuhi tuntutan keperluan ketenteraman,kedamaian,
perlindungan, bebas dari resah, bebas dari ketakutan di mana semuanya
merupakan aspek keselamatan. Ketiadaan keselamatan ini akan menimbulkan satu
keadaan yang membahayakan kepada manusia.

Setelah anda membaca artikel yang disediakan ini cuba renung sejenak …..
Bagaimana gaya hidup anda sekarang ?
Adakah anda mengamalkan gaya hidup yang sihat ?
Kalau ya . Bagus .

Teruskan dengan menjawab soalan berikut :


1. Apakah yang anda faham mengenai kesihatan?
2. Pada pandangan anda apakah faktor yang membantu pembentukan
gaya Hidup yang sihat?
3. Apakah kepentingan penjagaan kesihatan bagi anda?
Tahniah! Anda telah dapat menyelesaikan unit ini dengan jayanya.

Selamat sejahtera. Jumpa lagi kita dalam unit keperluan asas untuk memastikan
penjagaan kesihatan kanak-kanak

Berhenti dan refleksi.

22
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

Reflek tentang pengajaran anda terhadap penjagaan kuku, rambut, badan, tangan,
kaki dan pakaian di dalam kelas.

Punca, gejala dan pencegahan penyakit-penyakit yang biasa menyerang kanak-


kanak .

Cuba anda dapatkan gambar dan penerangan mengenai 4 jenis penyakit kulit
daripada laman web.

Jika anda telah dapat mencari bahan-bahan di atas, tahniah seterusnya sila jawab
soalan-soalan berikut :

1. Antara jenis penyakit yang anda telah perolehi,penyakit kulit manakah yang sering
menyerang kanak-kanak.
2. Bagaimana penyakit ini boleh menyerang kanak-kanak dan cara mengatasinya.
3. Benarkah penyakit kulit ini berlaku disebabkan kekurangan zat makanan dan
kurang penjagaan kesihatan diri.

Cara cuci tangan yang betul (dipetik dari CDC Atlanta)

23
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

POLISI DAN PROSEDUR MENCAPAI MATLAMAT KESIHATAN

Lebih kurang 26,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun meninggal dunia setiap
hari, dan tarikh sasaran untuk mencapai Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) 4
– yang bertujuan untuk menurunkan kadar kematian kanak-kanak sebanyak dua
pertiga di antara tahun 1990 dan 2015– semakin hampir, ketika ini beberapa
persoalan kritikal muncul: bagaimana momentum terhadap perjuangan para ibu,
bayi dan kanak-kanak boleh dikembalikan semula dan kemajuan dapat
dipercepatkan dalam masa empat tahun yang akan datang?

Menurut Wakil UNICEF Malaysia, En. Youssouf Oomar, kadar kematian kanak-kanak
secara umumnya telah dikenalpasti sebagai petunjuk terbaik bagi kesejahteraan
populasi kanak-kanak dan juga merupakan penilaian bagi perkembangan
keseluruhan sesebuah negara tersebut.

“Isu ini bertindak sebagai barometer yang sensitif bagi perkembangan dan
kesejahteraan sesebuah negara tersebut serta menunjukkan bukti tentang
keutamaan dan juga nilai-nilai sesebuah negara tersebut. Pelaburan kesihatan
kanak-kanak dan ibu adalah merupakan kepentingan hak kemanusiaan dan ia
marupakan salah satu cara bagi sesebuah negara itu memastikan arah tujuannya
untuk mencapai masa hadapan yang lebih baik”, kata En. Oomar.

Di Malaysia, kesihatan ibu dan anak-anak telah mengalami perkembangan yang


dramatik semenjak era selepas kemerdekaan, dengan peringkat yang telah dikecapi
pada hari ini adalah lebih kurang bersamaan dengan negara-negara yang lebih
maju:

 Kadar kematian di bawah umur lima tahun (U5MR) telah menurun dari 57
peratus bagi 1,000 kelahiran hidup pada tahun 1970 dan 22 pada tahun 1990
kepada 12 pada tahun 2006.¹
 Kadar kematian bayi (IMR) telah menurun dari 41 bagi 1,000 kelahiran hidup
pada tahun 1970 dan 16 pada tahun 1990 kepada 10 pada tahun 2006.¹

24
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

 Nisbah kematian ibu (MMR) telah menurun sebanyak separuh di antara tahun
1957 dan 1970 apabila ia telah menurun daripada 280 kepada 141 bagi
setiap 100,000 kelahiran hidup. Menjelang tahun 1990an, MMR telah
menurun dan sehingga kini ia kekal lebih kurang 33 bagi 100,000 kelahiran
hidup (lebih kurang 160 kematian ibu dilaporkan setiap tahun)²

Pengalaman Malaysia yang mengagumkan di dalam menurunkan kadar kematian


kanak-kanak dan ibu adalah merupakan hasil daripada gabungan pelbagai polisi,
strategi dan program yang telah menangani isu akses kepada perkhidmatan-
perkhidmatan melalui dimensi sosio-ekonomi, budaya, pendidikan, gender dan
kemiskinan.

Namun begitu, walaupun ianya telah mencapai tahap yang paling rendah, tren terkini
yang semakin serata masih menunjukkan perbezaan di antara kawasan bandar dan
pedalaman adalah semakin ketara. Punca utama kematian di Malaysia pada hari ini
bagi kanak-kanak di bawah umur satu tahun adalah kondisi keadaan*, manakala
septicaemia* (keracunan darah) dan pneumonia adalah merupakan punca utama
kematian kanak-kanak yang berumur di antara 1-5 tahun.

Bagi kadar kematian para ibu pula, petunjuk proksi telah menunjukkan paras yang
lebih tinggi di negeri Sabah, dan begitu juga di kalangan penduduk Orang Asli di
Semenanjung Malaysia. Pada masa yang sama, negara ini pada masa kini berada di
peringkat transisi epidemiologikal di mana penyakit yang tidak berjangkit dan
penyakit-penyakit kelamin seperti HIV semakin meningkat, terutama sekali di
kalangan wanita.

Berdasarkan pengajaran yang didapati daripada beberapa dekad yang lepas,


laporan UNICEF ini telah menunjukkan bagaimana pakar-pakar kesihatan ibu, bayi
dan kanak-kanak semakin bergerak ke arah satu set prinsip yang strategik untuk
kesihatan dan perjuangan kanak-kanak. Prinsip-prinsip ini akan menjadi pemangkin
yang diperlukan untuk mencapai MDG yang berkaitan dengan kesihatan,
termasuklah:

 Mengenalpasti keperluan untuk perkongsian di dalam masyarakat bagi


menyokong keluarga di dalam memperbaiki amalan penjagaan mereka

25
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

terhadap kanak-kanak, terutama sekali di dalam negara-negara yang


mempunyai sistem kesihatan yang agak lemah.
 Memberikan penjagaan yang berterusan kepada para ibu, bayi yang baru
dilahirkan dan kanak-kanak dengan memasukkan intervensi-intervensi di
punca utama di dalam kitaran kehidupan mereka.
 Mengukuhkan sistem-sistem kesihatan dengan memberikan sokongan yang
kuat kepada negara-negara yang sedang membangun di dalam perancangan
kebangsaan, rangka kerja polisi dan bajet untuk MDG yang berkaitan dengan
kesihatan.
 Meningkatkan cara bekerja di peringkat negara dan antarabangsa dengan
fokus yang kukuh kepada penyelarasan, keharmonian dan hasil.

“Peruntukan penjagaan kesihatan mestilah direka agar ianya bersesuaian dengan


had sumber manusia dan juga kewangan, konteks sosio-ekonomi, kapasiti yang
sedia ada di dalam sistem kesihatan sesebuah negara tersebut dan, akhir sekali,
kedesakan untuk mencapai hasil-hasil yang ingin didapati,” tambah En. Oomar.
“Dengan memeriksa strategi-strategi ini, ia boleh memberikan kita perspektif yang
penting terhadap situasi terkini dan membantu memberi panduan kepada kita cara
untuk maju ke hadapan di dalam memajukan perjuangan kanank-kanak.”

Laporan UNICEF telah menerangkan impak tindakan yang mudah, serta kos efektif,
seperti penyususan susu badan sepenuhnya, imunisasi, kelambu yang telah dirawat
dengan racun serangga dan Vitamin A, kesemuanya telah membantu menurunkan
kadar kematian kanak-kanak beberapa tahun yang lepas. Analisis laporan ini juga
telah menunjukkan bahawa lebih banyak yang perlu dilakukan untuk meningkatkan
akses kepada rawatan dan kaedah-kaedah pencegahan, agar kesan yang dibawa
oleh pneumonia, diarrhea, malaria, malnutrisi yang teruk dan HIV boleh ditangani
dengan lebih baik.

“Cabaran kita adalah untuk memastikan kanak-kanak mendapat akses kepada


penjagaan kesihatan yang berterusan, yang disokong oleh sistem kesihatan
kebangsaan yang kuat yang juga melibatkan masyarakat tempatan,” En. Oomar
memberi penekanan.

26
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

Maklumat terbaru di dalam laporan Keadaan kanak-kanak sedunia 2008 ini telah
diambil melalui data kaji selidik data dari rumah ke rumah, beserta bahan dari rakan-
rakan utama, termasuklah Badan Kesihatan Sedunia dan Bank Dunia.

Pengurusan Keselamatan

Praujian
1. Senaraikan faktor-faktor yang perlu diambil ketika anda menyusun atur pusat
pembelajaran serta bahan-bahan yang diperlukan di TABIKA anda.
2. Sila nyatakan prosedur dalam pencegahan kemalangan.
3. Tahukah anda bagaimana CPR dilakukan?

Pengenalan

Pengetahuan pelajar mengenai keselamatan prasekolah adalah amat penting untuk


memastikan keselamatan kanak-kanak dan alam persekitaran mereka. Pelajar juga
dapat mengambil tindakan pencegahan kemalangan daripada menimpa kanak-
kanak.

Definisi

Dalam konteks prasekolah, definisi keselamatan hanya dapat diterangkan dari segi
konsepnya. Konsep keselamatan merujuk kepada langkah-langkah yang
dilaksanakan oleh individu atau kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan seperti
kemalangan, kecedaraan atau kematian. Tanpa amalan keselamatan kanak-kanak
akan merasa takut, bimbang dan mudah terdedah kepada sesuatu yang
memudaratkannya secara sedar atau tidak. Tanpa keselamatan yang terjamin,
pendidikan tidak dapat dijalankan secara berkesan kerana kanak-kanak dihantui
oleh kebimbangan dan ketakutan yang tidak menentu. Maslow ada menerangkan
dalam teori hierakinya mengenai keselamatan yang perlu dititik beratkan.

27
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

Kandungan

Modul ini menekankan keperluan keselamatan yang perlu diamalkan supaya proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Dimensi keselamatan kanak-kanak di Prasekolah merangkumi sifat psikologikal


dan sifat fizikal. Keselamataan psikologi merujuk kepada tanggapan atau persepsi
kanak-kanak tentang persekitaran mereka. Keselamatan fizikal merujuk kepada
bangunan, peralatan,
bahan permainan, perabot yang boleh diperoleh di sekolah, di padang permainan,
di rumah dan persekitaran kanak-kanak.

Pelajar perlu mengetahui cara bagaimana mengurus objek, tempat dan situasi
yang membahayakan kanak-kanak. Prinsip keselamatan harus diambil kira seperti
berikut:

i. Bahan Permainan besar dan berbucu bulat.


ii. Soket elektrik tidak dapat dijangkau oleh kanak-kanak.
iii. Pastikan lantai kelas tidak licin.
iv. Ruang dapur adalah tempat larangan dan bukan laluan bagi kanak-
kanak.
v. Di ruang luar kelas, longkang perlu bertutup, alat permainan perlu
dipastikan keselamatannya.
vi. Kawasan perlu berpagar.
vii. Latihan kecemasan perlu dibuat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
Contohnya latihan kebakaran yang mana prosedur-prosedur tertentu
perlu diikuti :
a ) Pastikan satu kawasan lapang yang agak
jauh di luar bangunan untuk kanak-kanak
berkumpul.

b) Sediakan pelan arah laluan ke tempat tersebut.

28
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

c) Kanak-kanak dilatih mengikut laluan dan


bergerak secara tenang jika berlaku
kecemasan.

Pertolongan Cemas

Pertolongan cemas merupakan rawatan awal untuk mereka yang cedera atau
sakit. Ia merupakan khidmat penjagaan yang diberikan oleh seseorang yang
mengambil berat terhadap keselamatan mangsa yang malang apabila berlaku
sesuatu kemalangan atau kecederaan. Khidmat diberikan sebelum tibanya
ambulans membawakan perbezaan yang ketara antara hidup dan mati atau pun
antara penyembuhan keseluruhan anggota atau sebahagian daripadanya.
Pertolongan cemas memiliki batasannya yang tersendiri, kerana bukan semua
penyelamat merupakan ahli paramedik atau pun doktor, namun begitu ia merupakan
satu elemen yang penting dan amat diperlukan di dalam sistem perubatan yang
menyeluruh.

Prinsip-prinsip pertolongan cemas perlu diketahui dan diamalkan oleh pelajar


sewaktu menghadapi saat-saat kecemasan:
i. Menyelamatkan nyawa mangsa
ii. Mengelakkan komplikasi atau keadaan
iii. Jangan panik dan perlu bertenang.

Fikir;

Lakukan perkara yang sepatutnya dilakukan mengikut tertibnya dengan logik.


Jangan cuba untuk menjadi wira. Hubungi atau dapatkan bantuan secepat
mungkin.
Jika kita mengesyaki ada bahagian anggota yang patah jangan gerakkan mangsa
tersebut.

29
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

Bantuan Awal Pernafasan (Cardio-Pulmonary Resuscitation)

Prosedur Bantuan Awal Pernafasan atau Cardio-Pulmonary Resuscitation


( CPR )

Ia merupakan teknik menyelamatkan nyawa yang digunakan sewaktu kecemasan


apabila mangsa tidak bernafas dan nadi mangsa sudah tidak berdenyut. Ia
merupakan kombinasi bantuan pernafasan dan penekanan dada di bahagian luar.
Dengan bantuan awal pernafasan memastikan, penyelamat boleh mengekalkan
mangsa yang terhenti jantungnya untuk terus hidup sehingga bantuan perubatan
tiba. Jika CPR tidak dilaksanakan, peluang mangsa untuk terus hidup akan
menurun dengan banyaknya selepas 5 minit pertama.

Prosedur dan kaedah CPR:

Tentukan kesedaran mangsa: Goncangkan bahu mangsa perlahan-lahan dan tanya,


’Adakah anda O.K?’ Sementara itu dapatkan rakan untuk hubungi bantuan (hubungi
999).

CPR Peringkat Awal

 Saluran udara
o Baringkan mangsa

o Buka saluran udaranya (dongakkan kepala mangsa)

o Tolak dagunya ke atas dengan menggunakan satu tangan dan tolak


dahi mangsa ke bawah dengan menggunakan tangan yang satu lagi.

 Pernafasan

o Pastikan sama ada mangsa masih bernafas atau tidak;

 Lihat pergerakan dada mangsa

30
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

 Dengar bunyi pernafasan

 Rapatkan pipi anda ke hidung mangsa untuk mengesan sama ada


mangsa masih bernafas atau sebaliknya.

o Jika mangsa masih bernafas dan tiada bukti-bukti kecederaan berlaku;


 Letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan; mangsa
dibaringkan secara mengiring. Letakan tangan dan kaki mangsa
ke hadapan untuk menstabilkannya.

o Jika mangsa tidak bernafas, pastikan mangsa dalam keadaan


terlentang;

 Pastikan ruang pernafasan (mulut dan hidung) tidak


mengandungi benda asing. Benda asing perlu dikeluarkan
terlebih dulu sebelum CPR;

 Picit hidung mangsa sehingga tertutup sepenuhnya;

 Lekapkan mulut anda ke mulut mangsa;

 Berikan dua hembusan (1 hingga 2 saat bagi setiap


hembusan) ;

 Lakukan resusitasi mulut-ke-mulut ;

 Lihat kenaikan dan penurunan dada untuk memastikan


pernafasan berlaku;

o Tentukan denyutan nadi :

31
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

 Letakkan satu atau dua jari pada saluran nadi contoh di leher
belakang telinga atau pergelangan tangan mangsa.

 Rasai nadi untuk 5 -10 saat.

o Jika terdapat denyutan nadi mangsa;

 Lakukan bantuan pernafasan (mulut-ke-mulut) sahaja;

o Berikan lebih kurang 12 hembusan dalam seminit (satu hembusan Jika


tiada denyutan nadi mangsa;

 Mulakan dengan pernafasan (seperti di atas) dan diselang seli


dengan pekenanan dada.

 Untuk penekanan dada kedua-dua belah tangan perlu berada di


bahagian ketiga di bawah sternum (tulang tengah dada).

 Tekan menggunakan kedua-dua belah tangan (lurus dengan


mengunci pergerakan siku) dan berat badan ditujukan tegak ke
bawah dengan mengira secara ritma satu, dua, tiga.

 Tekan sternum sebanyak 1 sehingga 2 inci pada kadar 80


hingga 100 tekanan dalam seminit.

 Proses di atas diulangi 4 kali kitaran dan diperiksa denyutan


nadi dan pernafasan.

* Untuk satu kitar CPR; setiap 15 tekanan, berikan 2 hembusan (bantuan


pernafasan).

Jika tiada denyutan nadi; teruskan CPR, bermula dengan tekanan dada. Jika ada
denyutan nadi tanpa pernafasan; berikan satu pernafasan setiap 5 saat.

 ’PASTIKAN RESUSITASI TIDAK DILAKUKAN KE ATAS


KANAK-KANAK YANG TERCEKIK’dalam setiap 5 saat).

32
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

Pengurusan Makanan
Topik ini membincangkan latihan kursus dalam bidang pemakanan, memenuhi
keperluan pemakanan kanak-kanak dan program pemakanan berkaitan latar budaya
keluarga.

PENGENALAN

Peringkat awal kehidupan kanak-kanak adalah tahap yang kritikal bagi membentuk
konsep dan tingkah laku pemakanan yang sihat (Lee dan rakan-rakan dalam
Swadener, 1994). Oleh itu amalan pengurusan perkhidmatan makanan untuk kanak-
kanak prasekolah sangat penting kerana kualiti pemakanan mempunyai kesan
langsung ke atas pertumbuhan, perkembangan serta kesihatan kanak-kanak pada
masa depan.

Perancangan perkhidmatan makanan


Kanak-kanak perlu menerima makanan yang berkhasiat, bermutu tinggi dan
seimbang kerana makanan yang tidak berkualiti menjejaskan perkembangan kanak-
kanak. Oleh yang demikian, ibu bapa juga perlu terlibat secara langsung dalam
program pemakanan di prasekolah.

Objektif Program Amalan Pemakanan Berkhasiat kanak-kanak adalah


mempromosi hidup gaya sihat untuk kanak-kanak prasekolah. Di samping
memenuhi keperluan sosial, menjadi tanggung jawab pihak pengurusan prasekolah
untuk memastikan perancangan perkhidmatan makanan dilaksanakan dengan
kesedaran dan komitmen yang tinggi baik dalam pemesanan kelengkapan
pembelian makanan mahu pun yang dipertanggungjawabkan untuk memasak di
dapur dan menyediakan kemudahan.

Di era moden ini kanak-kanak harus didedahkan dengan kelengkapan dan


penyediaan makanan pelbagai cita rasa seperti makanan bercorak tradisional,
kontinental, barat serta makanan ringan yang berkhasiat. Kepekaan ibu bapa perlu
dalam aspek penyediaan makanan di prasekolah.

33
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

Sebagai guru yang mengurus prasekolah anda perlu mempunyai


pengetahuan dalam aspek pemakanan. Terdapat 5 komponen utama yang perlu
dikenal pasti dan dikuasai :

1. Pengetahuan diet
2. Pengetahuan berkenaan vegetarian
3. Pengetahuan keperluan air
4. Pengetahuan keperluan susu
5. Pengetahuan berkenaan keracunan makanan

Seterusnya, anda serta kakitangan yang terlibat dalam mengurus dan


merancang makanan seharusnya arif tentang membuat penilaian bagi kanak-kanak
sihat. Antara beberapa perkara penting yang perlu dititik beratkan dalam
perancangan perkhidmatan makanan adalah :
 Merancang menu yang seimbang yang memiliki nutrien yang baik.
 Membeli makanan.
 Membuat penyeliaan pada makanan yang ditempah dan masukkannya
dalam inventori.
 Mengawasi keperluan dapur.
 Mengekalkan kepuasan yang tinggi iaitu pengurusan, penyediaan
makanan dan tempat membuang sampah.
 Mengawal perbelanjaan dan membuat laporan kepada pengurusan.
 Menghargai keperluan dan perbezaan budaya dalam pemakanan setiap
kanak-kanak.
 Mengetahui keperluan dan cara komunikasi yang sesuai berkenaan
pemakanan kanak-kanak.
 Menyediakan pemeriksaan kesihatan bagi pengendali makanan.
 Menyimpan rekod pemakanan kanak-kanak.
 Menyediakan rekod dan kapasiti pemakanan.
 Membina kerjasama dan persefahaman antara guru, ibu bapa dan pihak
pengurusan.

34
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

TAJUK 5 PENGURUSAN PELAKSANAAN PROGRAM


PRASEKOLAH

SINOPSIS

Unit ini mengandungi maklumat berkaitan pelaksanaan program pendidikan yang


sangat penting untuk guru prasekolah agar lebih memahami tanggung jawab
sebagai seorang pengurus perkhidmatan pendidikan prasekolah.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat :


1. Mengenalpasti bagaimana untuk melaksanakan program pendidikan
prasekolah.

35
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

2. Memahami penglibatan keluarga dan menghargai pelbagai gaya parenting.


3. Mengenalpasti program penilaian yang digunakan untuk mencapai objektif.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Pelaksanaan program pendidikan

PENGURUSAN
PELAKSANAAN
PROGRAM Sokongan keluarga
PRASEKOLAH

Program Penilaian

PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN

Topik ini membincangkan pelaksanaan program pendidikan dari perspektif yang


luas, kemahiran memilih dan melaksanakan pelbagai model kurikulum, memberi
sokongan kepada sesuatu program. Strategi penilaian yang sesuai dan program
inklusif untuk murid berkeperluan khas dan peka dengan isu berkaitan.

Terdapat banyak model-model prasekolah yang boleh dipertimbangkan untuk


pendidikan awal kanak-kanak. Model-model pengajaran dan pembelajaran adalah
merujuk kepada komponen-komponen yang terdapat di dalam kurikulum pendidikan
awal kanak-kanak. Ia mengandungi objektif model , peranan guru, dalam setiap
model , perancangan aktiviti dalam model , perancangan ruang pembelajaran dan
pengajaran, peralatan, bahan dan lain-lain lagi yang terlibat dalam setiap model.

36
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

Terdapat lima model pendidikan awal kanak-kanak yang akan dibincangkan dalam
modul ini iaitu:

1. Model Kurikulum Berorientasikan Kognitif (Cognitive Oriented Curriculum)


2. Model Pengajaran Terus (Direct Instruction)
3. Model Bank Street
4. Model Montessori
5. Model Konstruktivis

1. Apakah model yang anda gunakan semasa mengajar kanak-kanak


diprasekolah?

2. Adakah anda puas hati dengan model yang anda gunakan?

MODEL KURIKULUM BERORIENTASIKAN KOGNITIF (COGNITIVE ORIENTED


CURRICULUM)

Model ini diasaskan oleh David Weikart (1979) dan rakan-rakannya di High Scope
Institute, Ypsilanti, Michigan. Model ini pada asalnya dikenali sebagai Perry
Preschool. Ia berasaskan teori perkembangan Piaget yang menekankan
perkembangan kognitif kanak-kanak dari segi cara kanak-kanak mengatur dan
menginterpretasikan hubungan antara objek-objek dan peristiwa-peristiwa yang
berlaku dalam persekitaran mereka.

Susun atur bilik darjah yang menggunakan model Cognitively Oriented Curriculum
ini biasanya mempunyai kawasan terbuka sebagai pusat untuk perjumpaan-
perjumpaan kumpulan dan permainan dan ada kawasan kerja (sudut kerja-sudut
seni, sudut bongkah, sudut senyap dan lain-lain. Ia mempunyai rutin harian. Unsur-
unsur rutin harian adalah seperti jadual 1 dan 2.

37
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

Kurikulum Berorientasi Kognitif mempunyai lapan konsep seperti berikut:


 Pembelajaran aktif
Pembelajaran yang aktif adalah berdasarkan inisiatif kanak-kanak itu sendiri . Ini
melibatkan seluruh deria kanak-kanak,manipulasi,kombinasi material,hubungan
antara mereka dan aktiviti pilihan sendiri serta menggunakan peralatan dan
perkakasan.

 Penggunaan bahasa
Penggunaan bahasa adalah galakan kepada kanak-kanak supaya bercakap antara
satu sama lain berkenaan pengalaman yang bermakna ,menyatakan perasaan dan
bermain dengan bahasa

 Keterlibatan pengalaman dan idea


Keterlibatan pengalaman dan idea adalah mengenali objek-objek melalui deria
aksi,bunyi ,main peranan , melukis dan mewarna

 Klasifikasi
Klasfikasi adalah memahami persamaan dan perbezaan antara objek –objek.
Kanak-kanak membuat penyiasatan dan menerangkan sifat benda-benda
tersebut,padanan, bercakap berkenaan benda yang yang melibatkan semua atau
separuh.

 Seriasi
Seriasi adalah kebolehan menyusun objek –objek mengikut demensi dan dapat
membuat perbandingan.

 Konsep nombor
Konsep nombor adalah asas metematik untuk memahami dan dan membina
pengalaman yang konkrit supaya boleh membeza nombor ,mengira dan padanan
satu dengan satu

38
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

 Hubungan ruang
Hubungan ruang adalah mengumpulkan dan mengasingkan ,menyususn semula,
membentuk semula objek.menerangkan objek berlainan perspektif,kedudukan
objek dan persekitaran dan membincangkan peristiwa masa depan

 . masa
Masa adalah konsep yang melibatkan yang memahami unit masa mengikut
peristiwa Pengalaman mengajar kanak-kanak memahami bila nak mula dan bila
hendak berhenti ,kelajuan,gangguan, dan perubahan musim,membincangkan masa
akan datang ,masa yang lepas dan susunan peristiwa.

MODEL PENGAJARAN TERUS (DIRECT INSTRUCTION MODEL)


Model ini berorientasikan akademik. Diasaskan oleh Carl Bereither dan Siegfried
Engelman (1966). Dalam model ini programnya diasaskan kepada idea bahawa
kesediaan pembelajaran dalam diri kanak-kanak adalah satu amalan yang tidak
sesuai dengan pendidikan kanak-kanak terutamanya di kalangan kanak-kanak yang
kurang beruntung.

Program ini menekankan pengajaran kanak-kanak dalam tiga bidang, iaitu ;

 Bacaan
 Bahasa
 Aritmetik

dan matlamatnya ialah untuk menyediakan pengajaran untuk kanak-kanak


kemahiran yang sangat khusus. Dalam bacaan, kanak-kanak perlu melihat simbol

39
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

yang ditulis (huruf-huruf) dan kemudian dengan cepat menyebut bunyi-bunyi


tersebut dalam satu siri huruf-huruf dari kiri ke kanan, matlamatnya ialah menyusun
huruf-huruf untuk dijadikan perkataan-perkataan. Dalam bahasa, kanak-kanak akan
menjawab soalan-soalan “ini apa dia?” berhubung dengan gambar-gambar objek-
objek dan simbol-simbol.

Dalam aritmetik kanak-kanak diajar mengira ke hadapan dan ke belakang dan


mengira dalam kumpulan. Mereka di ajar mengenai fungsi simbol-simbol seperti
operasi tambah,tolak, dan menjawab soalan-soalan mengenai nombor-nombor dan
dinyatakan menggunakan simbol. Kanak-kanak diajar menggunakan perkataan-
perkataan yang berlawanan dan konsep-konsep yang berkaitan seperti “jika”, istilah
“tidak” dan “atau” dalam membuat pernyataan yang dedaktif. Contohnya, apa jadi
jika hujan tidak turun.

Kanak-kanak dibahagikan ke dalam kumpulan untuk pengajaran. Saiz kumpulan


adalah pelbagai daripada 3 ke 8 orang dan dibahagikan mengikut kebolehan.
Dalam satu bilik darjah di sekolah rendah yang mempunyai kanak-kanak seramai
25 orang ,secara idealnya, perlu ada seorang guru dan 2 orang pembantu untuk
mengendalikan program tersebut . Kanak-kanak menghadiri 3 kelas yang setiap
satunya mengambil masa 20 minit bagi setiap mata pelajaran. Semasa sesi
pengajaran kanak-kanak duduk dalam separa bulatan di sekeling guru yang
mengikut arahan khusus yang disediakan dalam buku catatan.Ciri-ciri program
yang tersebut adalah seperti berikut:

 Pembelajaran yang pantas dan serentak


 Penekanan yang kuat ke atas tindak tanduk balas verbal secara
menyeluruh daripada kanak-kanak biasanya serentak
 Perancangan unit pengajaran pengajaran yang teliti dengan maklum balas
yang berterusan
 Bekerja kuat ketika sesi pembelajaran adalah diperlukan dengan hanya
sedikit toleransi bagi tingkah laku yang lain.

40
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

Pengamal model ini hendaklah menjadikan kanak-kanak memberi tindak balas yang
betul terhadap kehadiran rangsangan yang betul. Dengan itu akan berlaku
peneguhan positif. Soalan disusun dengan berhati-hati untuk membantu tindak balas
yang betul. Tindak balas yang betul akan diberi peneguhan seperti pujian dan
hadiah. Tindak balas yang salah tidak diterima dan penyoalan akan diteruskan
sehingga jawapan yang betul akan diperolehi. Kanak-kanak akan diberi ganjaran
kerana memberi perhatian dan bertindak balas. Contohnya tepukan, hadiah, pujian
diberi apabila kanak-kanak berjaya menjawab soalan. Dalam Modul Pengajaran
Terus bahan-bahan permainan hanya sedikit dan adalah perlu untuk meminimumkan
gangguan persekitaran.

MODEL BANK STREET


Model Bank Street dibina untuk Head Start dan Follow Through yang
diimplimentasikan oleh Elizabeth Gilkenson dan rakan-rakan. Berikut adalah
penerangan model Bank Street

 Fokus model ini adalah terhadap membina keyakinan, daya cipta, daya
tindak balas dan hasil yang ditunjukkan. Daripada matlamat-matlamat umum
ini, banyak objektif-objektif khusus disediakan. Pendekatan ini
menggambarkan falsafah yang telah dibina lebih dari setengah abad yang
lalu di Kolej Ilmu Pendidikan Bank Street di Bandar New York.

 Pendekatan ini dikenali juga sebagai “interaksi perkembangan”.


Perkembangan merujuk kepada kurikulum yang mempunyai ciri-ciri tersendiri
berhubung dengan tahap perkembangan kanak-kanak. Interaksi merujuk
kepada kanak-kanak belajar dengan lebih baik melalui interaksi dengan
rakan-rakan sebaya dan orang dewasa dalam persekitaran yang dirancang
supaya kaya dengan penglibatan dan pelbagai.

 Pendekatan ini memerlukan guru untuk menilai perkembangan kanak-kanak


secara berterusan dan menyediakan pilihan-pilihan aktiviti sejajar dengan
penilaian. Kurikulum memerlukan guru supaya membuat keputusan

41
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

berkenaan pengalaman-pengalaman individu yang diperlukan oleh kanak-


kanak yang perlu. Sistem penilaian yang terperinci telah dibina untuk tujuan
ini.

 Model Bank Street perlukan persekitaran pembelajaran yang membolehkan


kanak-kanak memilih aktiviti-aktiviti dari pelbagai aktiviti, termasuk
pengalaman deria dan motor yang banyak. Bahan-bahan seperti blok-blok
permainan, baju anak-anak patung, barang-barang mainan pasir, binatang-
binatang peliharaan, buku, permainan dan alat-alat mengira disediakan.
Bahan-bahan yang dibuat oleh guru dan kanak-kanak menjadi bahan dan alat
tambahan untuk memenuhi keperluan.

Semua bidang kurikulum diintegrasikan melalui pembinaan tema atau unit-


unit contohnya, biji, membina rumah, pembantu komuniti. Kriteria yang
digunakan oleh guru-guru . Ciri-ciri Bank Street adalah seperti berikut:

 Sesuatu aktiviti yang diminati oleh kanak-kanak.


 Sumber pengajaran dan pembelajaran adalah pelbagai
 peralatan membantu untuk membina aktiviti dan perbincangan.
 Aktiviti bersesuaian dengan kanak-kanak dan boleh difahami oleh
mereka.
 membantu dalam perkembangan pembelajaran konsep kanak-kanak
 Ia bersesuaian dengan umur kanak-kanak.
 Ia ada potensi untuk pembelajaran kendiri kanak-kanak.

Apabila tema telah dipilih guru akan membuat keputusan apakah konsep yang boleh
dibina menggunakan tema tersebut. Sesuatu aktiviti itu perlu secara tidak langsung
boleh membawa kepada beberapa jenis hasil pembelajaran yang terlibat. Misalnya
projek kumpulan membuat jem nanas akan melibatkan pengiraan, mengukur,
menimbang, memerhati, membaca dan menulis dalam berbagai-bagai kumpulan
kecil yang terlibat.

42
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

Motivasi diberikan melalui kegembiraan yang lahir dari aktiviti itu sendiri. Ganjaran
ekstrinsik tidak digunakan secara sistematik untuk mempengaruhi pembelajaran,
pemilihan aktiviti atau tingkah laku kanak-kanak. Guru mendapat kerjasama dari
kanak-kanak dengan cara mengambil berat, memberi perhatian dan sokongan yang
tekal kepada kanak-kanak. Hubungan guru murid adalah merupakan kunci
pelaksanaan program ini.

 Jadual harian distrukturkan dengan teliti supaya wujud satu siri penglibatan
seimbang. Walau bagaimanapun, ia mempunyai darjah keluwesan yang tinggi
guru mungkin akan mengambil jadual untuk mengambil kesempatan dari
peluang-peluang yang tidak diduga. Kanak-kanak biasanya bekerja secara
sendiri atau dalam kumpulan kecil orang dewasa ada boleh ada membantu
atau tidak perlu ada.

 Banyak aktiviti berjalan secara serentak (simultaneous ). Perjumpaan-


perjumpaan untuk seluruh kumpulan diadakan sekiranya ada aktiviti yang
memerlukan setiap aktiviti mengambil bahagian. Aktiviti membaca dan
menulis adalah antara aktiviti yang menggembirakan kanak-kanak dalam bilik
darjah. Kanak-kanak menulis buku mereka sendiri dan mereka membaca
buku yang ditulis oleh kanak-kanak lain.

 Guru membaca untuk murid-murid mereka setiap hari. Contoh pengajaran


membaca secara individu menyediakan banyak buku-buku bergambar dan
bahan bacaan yang mudah. Kanak-kanak mengumpulkan perkataan dari
bacaan menggunakan cerita-cerita, label, cerita, permainan.

MODEL MONTESSORI

Nama Montessori tidak asing dalam program pendidikan awal kanak-


kanak.

1. Apakah keistimewaan Program Model Montessori?

43
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

Maria Montessori telah membina secara beransur-ansur membuka kelas untuk


kanak-kanak di Amerika dan akhirnya program ini telah berkembang. Model
Montessori adalah berasaskan kepada idea-idea yang memberikan perhatian yang
mendalam mengenai bagaimana kanak-kanak membesar. Ada yang berpegang
secara rigid kepada teknik asal sementara yang lain pula telah membuat
pengubahsuaian pendekatan untuk diadaptasikan dalam konteks sosial semasa.
Adalah menarik untuk diberikan perhatian bahawa Model Montessori mencipta
programnya untuk memenuhi keperluan untuk menyediakan kanak-kanak dan untuk
membantu mereka mempelajari kemahiran hidup yang penting. Model Montessori
hari ini kebanyakan dihadiri oleh kanak-kanak dari keluarga mewah.

Persekitaran Kelas Montessori

Dalam bilik darjah Model Montessori kita boleh melihat susun atur wujud. Bahan-
bahan dan alat yang bersesuaian dengan saiz kanak-kanak disusun dengan teratur
dan jelas di atas rak-rak yang mudah dicapai oleh kanak-kanak. Terdapat sudut-
sudut yang berbeza, setiap satunya mempunyai keunikan tersendiri untuk
menggalakkan sesuatu kemahiran tugasan itu dikuasai dalam sudut tersebut.
Berikut adalah sudut-sudut yang dicadangkan :
 Sudut Matematik
 Sudut Bahasa
 Sudut Sains
 Sudut Kreatif
 Sudut Bacaan
 Sudut Komputer
 Sudut Melukis
 Sudut Pondok-pondok
 Sudut Zoo
 Sudut Berkebun

44
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

Persekitaran juga disusun atur untuk menyuburkan daya estetika kanak-kanak.


Bunga-bunga, tumbuh-tumbuhan, alat-alat perabot dan susunan yang teratur
disepadukan dengan falsafah Montessori.

Kanak-kanak

Kita dapati kanak-kanak dari kumpulan umur yang berbeza terlibat dengan aktiviti
individu, sebab intipati Model Montessori ialah bersifat pendidikan individu. Kanak-
kanak akan memulakan aktiviti dan bebas untuk melakukan apa-apa sahaja projek
yang dipilih, menentukan ruang kerja untuk aktiviti yang dipilih sama ada di atas
tikar, lantai atau atas meja. Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri secara
bebas atau bekerja berdua-dua dalam satu masa. Kanak-kanak yang lebih muda
boleh belajar bagaimana cara untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang
khusus dengan cara memerhati atau meniru rakan-rakan sekelas lain yang lebih
tua/matang. Model Montessori direka bentuk menjadi sekuen 3 tahun untuk
berumur dari 3 – 6 tahun.

Guru

Kawalan orang dewasa adalah sedikit tetapi perlu cekap. Penglibatan guru adalah
tidak menonjol dan senyap. Guru hanya memerhati dari jauh atau membuat
demonstrasi kepada kanak-kanak bagaimana untuk menggunakan peralatan yang
baru. Guru tidak memberikan peneguhan atau pujian kepada kerja kanak-kanak
kerana aktiviti adalah berbentuk ganjaran kendiri iaitu motivasi secara intrinsik.
Guru-guru yang menjalankan Model Montessori, belajar mengenai kaedah dan
kurikulum melalui kursus intensif. Berikut adalah contoh kursus intensif untuk guru
prasekolah.
 Membuat Rancangan Aktiviti Harian
 Penyediaan Bahan Bantu Mengajar
 Strategi Pengajaran & Pembelajaran Bilik Darjah Berpusatkan Kanak-kanak
 Penggunaan komputer dalam Pengajaran & Pembelajaran
 Penyediaan menu makanan seimbang
 Menguruskan tingkah laku kanak-kanak

45
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

Bahan-bahan

Bahan-bahan mempunyai ciri-ciri yang istimewa. Bahan yang digunakan oleh


Model Montessori adalah didaktik (contohnya bahan sebenar yang digunakan dalam
kehidupan keluarga iaitu garpu, pisau, pinggan kaca di mana penggunaan adalah di
bawah pengawasan orang dewasa) setiap reka bentuk adalah untuk tajuk yang
khusus. Ia adalah berbentuk pembentukan diri sendiri dengan itu kanak-kanak
mendapat maklumat bahan yang segera daripada bahan selepas pembetulan
tugasan diselesaikan.

Bahan-bahan adalah berbeza dari mudah kepada kompleks, dengan itu kanak-
kanak adalah tercabar dengan cara membina konsep secara progresif dari mudah
kepada lebih susah. Bahan dibina dengan teliti dan menarik, biasanya dibuat dari
bahan-bahan yang sebenar. (contoh : sikat dan cermin, kosmetik, jangka suhu,
stetoskop)

Kurikulum
Bahan yang berbeza disesuaikan dalam setiap bidang kurikulum yang berbeza.
Apabila kanak-kanak mula-mula memasuki Model Montessori mereka
diperkenalkan kepada komponen kehidupan harian, di mana aktiviti-aktiviti amali
ditekankan. Aktivitinya adalah berfokuskan kepada pengurusan diri, dan kemahiran-
kemahiran mengurus persekitaran seperti membutangkan baju, menyikat rambut,
menyiram pokok, mengelap tingkap dan menyapu.

Berikut adalah aktiviti dalam Model Montessori ;

 Menjelajah dan meneroka tentang persekitaran kehidupan harian


 Mengenali binatang,tumbuh-tumbuhan peliharaan melalui
 Penyediaan peralatan dan bahan pengajaran yang disusun di dalam rak
 Bahan yang berbeza tetapi disesuaikan kepada tiga bidang yang berbeza.
Kanak–kanak diperkenalkan komponan kehidupan harian di mana aktiviti

46
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

amali yang kepada penjagaan diri contohnya kemahiran menjaga diri seperti
menyikat rambut membasuh tingkap dan membersih bilik darjah.
 Set aktiviti dan bahan yang kedua adalah berkaitan dengan deria, membentuk
kanak-kanak membina, menyusun, meluaskan dan menghalusi persepsi deria
lihat, dengar, sentuh, bau dan rasa.
 Untuk membina diskriminasi visual kanak-kanak boleh menyusun tone warna
dari gelap ke terang dan mencampur warna
 Melibatkan konseptual atau bahan akademik contohnya membantu
membina asas menulis,membaca dan matematik
 Aktiviti konseptual adalah konkrit dan melibatkan kanak-kanak secara aktif
dan menggunakan pelbagai sensori

MODEL KONSTRUKTIVIS

Model Konstruktivitis ini adalah berasaskan kepada teori pembelajaran Piaget.


Model konstruktivitis ini dikenali juga sebagai Model Interaktionis ini dikenali juga
sebagai Model Instruktionis (Brewer, 2001) Contoh-contoh program yang
menggunakan model Konstruktivitis adalah seperti berikut :

 Program High/ Scope yang dibina oleh David Weikart.


 Sekolah untuk Permainan Konstruktif dibina oleh George Forman.

Berikut terdapat beberapa perkara yang dipersetujui oleh program-program


instruktivis di atas di samping terdapat juga beberapa perbezaan
pendapat yang dipersetujui adalah seperti :

 Semua bersetuju bahawa objektif asas boleh dibentuk dari hasil kerja-kerja
Piaget untuk menggalakkan perubahan dalam pemikiran operational dan
sebab akibat kanak-kanak. ( Contohnya biji benih apabila ditanam dan
disiram dengan air akhirnya akan bercambah )

47
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

 Semua menekankan kepentingan asas dan tindak balas kanak-kanak dalam


pembelajaran dan perkembangan. ( Contohnya makan tidak membasuh
tangan maka viros akan menyebabkan penyakit )

 Semuanya mengambil idea daripada tradisi perkembangan kanak-kanak


bahawa bahan-bahan, peralatan-peralatan dan aktiviti menggalakkan kanak-
kanak untuk menjadi aktif. ( Kerja kanak-kanak bermain )

 Dalam pengajaran dan pembelajaran kita tidak hanya menggunakan teori


Piaget sahaja terdapat had yang tertentu dalam penggunaan teori tersebut.
Contohnya Operasi konkrit dari segi isi padu cecair adalah sama walaupun
ia dimasukkan ke dalam bekas yang berbeza bentuk )

Bagaimana Kanak-kanak Belajar.

Piaget menyatakan pembelajaran adalah sebagai satu proses yang berasaskan


kepada motivasi intrinsik. Beliau juga menerangkan bahawa berfikir sebagai
pembinaan melalui tahap-tahap di mana pelajar menjadi bertambah berupaya
berfikir dalam keadaan abstrak dan bentuk logik. Menurut Piaget, pengetahuan
diperoleh secara berbeza-beza bergantung kepada tahap perkembangan individu
dan jenis pengetahuan yang akan diperoleh. Berdasarkan Piaget Pengetahuan
adalah melaui pengalaman seperti berikut :

 mengenai ciri-ciri fizikal yang wujud pada objektif diperoleh hanya melalui
pengalaman bersama objek tersebut. Contohnya kanak-kanak mempelajari
konsep segi empat sama dengan cara meneroka objek-objek berbentuk segi
empat dengan itu ia akan dapat menentukan ciri-ciri tersebut.

 Kanak-kanak mempelajari pengetahuan sosial daripada rakan-rakan yang


lebih matang dalam kumpulan sosial mereka. Bahasa dan adat resam sosial
masyarakat boleh dipindahkan daripada seseorang kepada ahli yang lain.
Bahasa dan adat resam tidak boleh dipelajari melalui penerokaan sebab ia
tidak berkait dengan objek sebenar.

48
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

 Pembelajaran logik matematik memerlukan tindak balas terhadap objek-objek


diikuti oleh membina pemikiran mental. Menyusun objek-objek mengikut
seriasi daripada pendek kepada panjang memerlukan pemikiran mengenai
hubungan antara objek-objek. Nombor, seriasi dan klasifikasi adalah
termasuk dalam pembelajaran logik matematik.

 Asas Pendekatan Program Perkembangan adalah meliputi menggalakkan


manipulasi objek yang aktif, merangsang motivasi intrinsik, menggalakkan
proses asimilasi kanak-kanak, akomodasi dan menggalakkan interaksi
dengan orang lain.

 Kanak-kanak dalam program ini dikehendaki belajar melalui memanipulasi


objektif yang aktif dan dibantu oleh guru untuk membuat refleksi ke atas
tindakan-tindakan mereka. Sebagai contoh, seorang guru akan memilih untuk
mengasingkan objek-objek yang tenggelam dengan yang timbul melalui
permainan air – manipulasi bahan. Kanak-kanak boleh mencatatkan hasil
percubaan mereka.
 Motivasi intrinsik adalah sangat penting untuk pembelajaran dalam program
perkembangan. Ia adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menyediakan
bahan-bahan dan aktiviti yang boleh menarik minat kanak-kanak.
 Pakar-pakar perkembangan percaya bahawa kanak-kanak mahu belajar,
malah mereka sentiasa belajar. Kanak-kanak hendaklah membina kefahaman
mereka sendiri, kanak-kanak menerima sangat sedikit daripada pengajaran
kumpulan.
 Kanak-kanak dibantu untuk membina pengetahuan mereka oleh guru dengan
menggalakkan mereka membuat refleksi mengenai manipulasi objek-objek
yang telah mereka lakukan. Guru adalah merupakan orang yang paling kerap
berhubung dengan kanak-kanak dalam kumpulan kecil atau individu.
 Seorang guru developmentalist selalu merasakan kanak-kanak tidak perlu
diberikan kesemua jawapan kepada persoalan yang timbul semasa
pengalaman pembelajaran. Mereka percaya soalan yang belum terjawab
dalam pemikiran kanak-kanak itu penting.

49
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

 Komponen lain yang penting ialah belajar melalui interaksi dengan orang lain.
Kanak-kanak sangat digalakkan bertukar-tukar pendapat dengan orang lain
dan main peranan pelbagai situasi dan buat refleksi terhadap peranan dan
interaksi tersebut.
 Orang dewasa perlu membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah mereka
sendiri dan mencari penyelesaian yang boleh diterima tanpa memberi tahu
mereka “jawapan yang betul”.
 Kurikulum atau pengalaman pembelajaran adalah dipilih untuk mengikuti
minat kanak-kanak atau mendedahkan kanak-kanak itu kepada bidang baru
supaya minat mereka dapat ditingkatkan.
 Proses mencari maklumat, menganalisis data, dan mencari penyelesaian
adalah dikira lebih penting daripada mempelajari fakta. Walaupun demikian,
penekanan terhadap proses tidak bermaksud aspek isi kandungan
diketepikan.
 Kanak-kanak boleh belajar lebih banyak fakta dan konsep, tetapi mereka
selalunya ‘embeded’ dalam konteks yang lebih bermakna.
 Sebagai contoh, kanak-kanak yang belajar mengenai pokok akan memerhati
dan meneliti pokok itu selalu untuk melihat perubahannya sepanjang
masa.Mereka akan belajar mengenal pasti dan mengklasifikasikan daun-
daun pokok dan mungkin terlibat membuat uji kaji untuk mengenal pasti
fungsi daun. Kanak-kanak ini juga akan memeriksa lingkaran batang pokok,
membuat rumusan atas pemerhatian tersebut. Mereka akan mencari buku-
buku berkaitan dengan pokok tersebut di pusat sumber.
 Dengan kata lain pengalaman kurikulum akan berfokus terhadap
pembelajaran kanak-kanak, bagaimana mencari, menganalisis dan menilai
informasi, dalam masa yang sama fakta-fakta akan dikenal pasti (presented)
sepanjang proses tersebut.

MATLAMAT PROGRAM INTERAKTIONIST

Hampir ke semua matlamat program perkembangan adalah untuk merangsang


keseluruhan aspek perkembangan kanak-kanak. Iaitu perkembangan fizikal, sosial,
emosi dan kognitif. Penekanan terhadap perkembangan bahasa dalam proses

50
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

pembelajaran juga penting. Program adalah bertujuan untuk menyeimbangkan


semua aspek perkembangan dan tiada yang diabaikan. Matlamat untuk
menggalakkan kanak-kanak terlibat secara aktif dalam pembelajaran adalah juga
penting.

Dalam jangka pendek, program interaktionist juga berusaha untuk membantu kanak-
kanak mencapai matlamat sosio emosi. (Day and Parker, 1977). Berikut adalah
matlamat sosio emosi program Interationist:

 Merasa selamat (secure) dalam situasi hubungan tanpa paksaan dengan


orang dewasa.
 Menghormati perasaan dan hak orang lain.
 Menjadi kurang kebergantungan, peka dan ingin tahu, menggunakan inisiatif
dalam mengejar ingin tahu tersebut, mempunyai keyakinan terhadap
kebolehan menyelesaikan masalah sendiri dan meluahkan apa yang terdapat
di pemikirannya.

Program ini akan dapat menggalakkan pencapaian objektif kognitif seperti berikut:
 Mencetus idea-idea, masalah dan persoalan-persoalan yang menarik.
 Membuat perkaitan dan mengenal pasti kesamaan dan perbezaan.

Sekolah Untuk Permainan Konstruktif

Dalam program Forman ( di bawah Program Konstruktivis ) matlamat adalah untuk


membantu kanak-kanak mengembangkan kognitif mereka melalui aktiviti yang dipilih
khusus untuk membantu mereka dengan idea transformasi, hubungan fungsi dan
mengubah perspektif. Dalam proses menilai aktiviti kurikulum tersebut, soalan-
soalan berikut perlu ditanya.

 Adakah aktiviti tersebut digemari kanak-kanak.

51
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

 Bolehkah kanak-kanak dari kebolehan yang berbeza mengikuti aktiviti secara


educational.
 Apakah konsep Piagetian yang dapat dikaitkan dengan aktiviti ini.
 Bolehkah kanak-kanak meneroka aktiviti ini secara berdikari.
 Apakah konflik kognitif yang dapat dikaitkan hasil dari usaha kanak-kanak
tersebut dalam menyelesaikan aktiviti itu.

Program High / Scope

Program High/Scope (Wirkert di bawah program Program Konstruktivis) berfokus


kepada beberapa konsep iaitu pembelajaran aktif, menggunakan bahasa,
menggambarkan pengalaman dan idea-idea, klasifikasi, konsep nombor, seriasi,
hubungan ruang dan masa. Pengalaman ini dipilih kerana ia penting untuk
pembangunan pemikiran dan sangat praktikal sebagai satu program untuk kanak-
kanak.

Mendidik Kanak-kanak.
Matlamat program Siegel ( Siegel, di bawah Program Kontruktivis ) merupakan
perkembangan kompeten persembahan Siegel (representational competence).
Siegel menerangkan tiga prinsip sebagai panduan dalam memilih bahan-bahan dan
aktiviti-aktiviti dalam programnya.
 Kanak-kanak memahami dunia mereka melalui penglibatan dengan
persekitaran (Children Understand their worl through representations of it ).
 Gambaran kecekapan dibina secara bersekuen (Representational
competence develops in an orderly sequence ) contohnya duduk ,berdiri dan
berlari.
 Gambaran kecekapan dibina berdasarkan tindak balas interaksi fizikal dan
persekitaran sosial yang bersesuaian. (Representational competence
develops fully only in response to interactions with appropriate physical and
social environment (Eva, 1997)
 Walaupun penekanan dan matlamat ketiga-tiga program ini tidak serupa
tetapi berkisar tentang perkembangan pemikiran kanak-kanak dan

52
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

keupayaan memberi sebab musabab (reasoning) dan kebolehan kanak-kanak


mempamerkan pengalaman dengan cara bermakna.
 Setiap program tersebut bergantung kepada penglibatan kanak-kanak
secara aktif dengan bahan-bahan dan pembimbing guru yang kemudiannya
membantu kanak-kanak membuat refleksi terhadap pengalaman mereka
Contohnya, bermain dengan blok–blok, memberi peluang kanak-kanak
mengembangkan konsep matematik seperti jarak dan persamaannya.
 Beberapa aktiviti lain memberi peluang kepada kanak-kanak menggunakan
kemahiran perkembangan mereka dalam bahasa (literasi).

Banyak aktiviti dan pengalaman dipilih bagi membantu kanak-kanak berfikir


mengenai penyelesaian sosial dan kognitif. Hubung kait kesemua aspek
perkembangan adalah sangat penting bagi mengembangkan “whole child“ isi
kandungan bagi sains, sosial, matematik, seni, kesihatan dan keselamatan
semuanya disepadukan ke dalam bentuk tema mengikut minat kanak-kanak.
Bahasa diajar melalui aktiviti membaca dan menulis. Ahli ‘interactionalist’
mengharapkan kemahiran bahasa diajar sebaik-baiknya dalam konteks kemahiran
yang digunakan.

STRATEGI PENILAIAN
Bagi prasekolah penilaian dijalankan secara informal dan berterusan. Penilaian
secara kendiri mengenai perkembangan dan lain-lain. Kebolehan ataupun
keupayaan kanak-kanak prasekolah sering disalah tafsir sebagai pencapaian.
Kesilapan ini menimbulkan implikasi yang besar kerana ia dikaitkan dengan
keseluruhan pelaksanaan program prasekolah baik dari segi pembelajaran kanak-
kanak mahupun pengajaran guru. Penilaian yang sebaik-baiknya dilaksanakan ke
atas kanak-kanak, khasnya kanak-kanak yang berada di peringkat prasekolah
adalah secara kendiri dan berterusan. Kita perlu lebih menghargai perkembangan

53
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

kemahiran kanak-kanak dalam ketiga-tiga domain iaitu : *Afektif *Psikomotor


*Kognitif Domain-domain tersebut dipamerkan melalui penaksiran autentik seperti
rekod anekdot, rekod berterusan, senarai semak, rekod pensampelan masa dan
peristiwa serta penaksiran portfolio. Penaksiran autentik yang dilaksanakan secara
berterusan mampu menilai sejauh mana keupayaan ataupun kemahiran yang sudah
dikuasai ataupun sebaliknya oleh kanak-kanak

PROGRAM INKLUSIF UNTUK MURID KEPERLUAN KHAS


Program Pendidikan Inklusif untuk kanak-kanak berpendidikan khas ini dimulakan
pada tahun 1987 dibawah Kementerian Pendidikan. Ia digubal selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara.Program Pendidikan Inklusif ini menitik beratkan suatu
program. Pendidikan Inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh
menghadiri di dalam kelas biasa dan belajar bersama-sama dengan murid-murid
biasa.

BENTUK PENDIDIKAN INKLUSIF


Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa
1. Murid mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid biasa.
2. Senarai nama murid dikekalkan dalam daftar kelas khas.
3. Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru
Pendidikan Khas sekiranya terdapat sebarang masalah sama ada dari segi
pembelajaran atau tingkahlaku.
4. Pelajar Pendidikan Khas yang berkeupayaan dalam akademik.

Pendidikan Separa Inklusif (Integrasi)

1. Murid mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu


sahaja.
2. Waktu selebihnya mengikuti program di kelas biasa.
3. Senarai nama murid pada daftar Program Pendidikan Khas.
4. Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping.
-Ujian mata pelajaran adalah sama dengan murid biasa.

54
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

MODEL-MODEL PENDIDIKAN INKLUSIF


1. Model A-Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan
pengubahsuaian kurikulum dan strategi pengajaran dan pembelajaran.
2. Model B-Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan mendapat
khidmat nasihat/bimbingan Guru Pendidikan Khas
3. Model C-Penempatan dalam kelas biasa dan dalam kelas khas/Bilik
Resos/Pusat Sumber Pendidikan Khas.
4. Model D- Penempatan di sekolah khas(Base School)dan kelas “Satellite” di
sekolah biasa.(Octopus Model).
5. Model E -Penempatan sepenuh masa di Sekolah Pendidikan Khas.
6. Model F-Penempatan sepenuh masa di rumah kediaman.

KEBAIKAN PENDIDIKAN INKLUSIF


1. Memberi peluang kepada mereka menimba pelbagai ilmu pengetahuan.
2. Pelajar khas dapat berinteraksi dengan semua pelajar normal.
3. Menjadi platform kepada pelajar normal untuk mencurahkan bakti kepada pelajar
khas dengan bertindak sebagai rakan pembimbing .
4. Meningkatkan kerjasama antara pentadbir dengan guru-guru.
5. Penglibatan ibu bapa dalam komuniti sekolah.
6. Memungkinkan pelajar khas mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti
masyarakat setempat.
7. Menyediakan lebih peluang kepada pelajar khas untuk berdikari dan memperolehi
peluang pekerjaan.

8. Pelajar khas yang diinklusifkan menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan


dalam semua aspek seperti tingkahlaku,komunikasi dan pencapaian akademik.
9. Gandingan dan kerjasama guru-guru mata pelajaran dan guru khas membantu
melonjakkan mutu pencapaian pelajar khas.

KELEMAHAN PENDIDIKAN INKLUSIF


1. Pelajar khas mendapat kurang perhatian dan tumpuan.
2. Guru sukar memberikan tumpuan.
3. Berlakunya penglabelan
4. Sikap sesetengah guru biasa yang merasakan terbeban dengan adanya pelajar

55
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

khas dalam kelas.


5. Pelajar normal turut terasa tergugat dan menganggap program ini telah memberi
kesan negatif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
6. Pelajar khas yang terlibat menunjukkan kebosanan dan letih semasa belajar
kerana penat menghadiri pengajaran dan pembelajaran yang banyak.

Pendidikan Inklusif
Secara umumnya, istilah “inklusif” bermaksud menintergrasikan pelajar-pelajar
keperluan khas ke dalam bilik darjah biasa, supaya mereka berpeluang menikmati
segala kemudahan belajar dengan keadaan normal seperti pelajar-pelajar biasa,
tanpa mengira status (Naim, 1997).

Pendidikan inklusif terbahagi kepada dua jenis iaitu, pendidikan inklusif separuh
masa, di mana pelajar-pelajar hanya dimasukkan kekelas biasa bagi beberapa mata
pelajaran sahaja.Manakala pendidikan inklusif sepenuh masa, iaitu program pelajar-
pelajar dimasukkan ke kelas biasa untuk mengikuti pembelajaran biasa bagi semua
mata pelajaran (Naim, 1997).

Mengikut Bariah (1995), terdapat empat objektif pendidikan inklusif seperti:


 meningkatkan keseadaran kanak-kanak normal terhadap kanak-kanak
berkeperluan khas bahawa mereka juga adalah sebahagian daripada ahli
masyarakat.
 memberi peluang kepada kanak-kanak khas untuk menyesuaikan diri dengan
rakan sebaya yang normal dan menyertai aktiviti yang disediakan untuk mereka
 memberi pengetahuan dan kemahiran kepada kanak-kanak khas yang setanding
dengan kanak-kanak normal untuk meningkatkan konsep diri mereka
 untuk mengelak daripada berlakunya diskrminasi dalam pendidikan dan
kemudahan yang telah dibekalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan.

Mengikut Deschenes et al.(1994) menggariskan sembilan jenis penyesuaian dalam


strategi pengajaran yang boleh dijadikan panduan dalam pelaksanaan program
pendidikan inklusif iaitu :

56
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

 Saiz – menyesuaikan jumlah perkara/pelajaran yang pelajar sepatutnya


belajar/capai
 Masa – menyesuiakan masa bagi setiap pengajaran ataupun ujian
 Tahap sokongan – menyesuaikan bantuan secara individu kepada pelajar yang
memerlukannya
 Input- menyesuaikan cara pengajaran dengan tahap pencapaian/keupayaan
seseorang pelajar supaya mereka lebih memahami apa yang diajar
 Penglibatan – menyesuaikan cara pengajaran dan pembelajaran supaya semua
pelajar terlibat di dalamnya.
 Kurikulum – menyesuaikan kurikulum berdasarkan mata pelajaran gaya
pembelajaran dan minat pelajar untuk menbantu setiap pelajar mencapai
matlamat masing-masing

PEKA DENGAN ISU BERKAITAN


Sebagai guru prasekolah, anda dikehendaki peka dengan isu-isu semasa yang
berkaitan. Cuba anda fikir dan nyatakan apakah isu-isu semasa yang berkaitan
dengan pendidikan prasekolah?

SOKONGAN KELUARGA
Topik ini membincangkan perkhidmatan yang boleh diberikan kepada kanak-kanak
dan keluarga, pemahaman penglibatan keluarga dan menghargai pelbagai gaya
parenting. Begitu juga mengenai komunikasi terbuka dan membina perkongsian
pintar dengan keluarga.

Penglibatan ibu bapa merupakan proses dimana ibu bapa dapat berhubung dengan
kakitangan sekolah atau pusat prasekolah yang bertanggungjawab memberi
perkhidmatan kepada kanak-kanak untuk memberi pendidikan, melibatkan kanak-
kanak dalam aktiviti yang dibentuk dan bertujuan untuk menggalakkan ibu bapa
memainkan peranan dalam pendidikan anak masing-masing.

Menurut Swick penglibatan ibu bapa dalam tiga proses :


 Pemuafakatan (partnership) antara keluarga dan profesional (pihak guru)
dan pembantu (para profesional) dalam komuniti.

57
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

 Proses yang berkembang dan dibina melalui satu jangka masa yang
dirancang dan memerlukan kerjasama setiap ahli.
 Satu proses di mana ibu bapa dan guru berkerjasama, belajar dan
melibatkan diri dalam membuat keputusan bersama

JENIS IBU BAPA

Ibu bapa boleh dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut tahap penglibatan
mereka dengan aktiviti prasekolah. Dalam konteks ini Vandergrift dan Greene (1992)
telah mengenalpasti empat jenis ibu bapa seperti di dalam jadual di bawah:

+ Menyokong anak (contohnya - Tidak menyokong anak ( contohnya


sentiasa memberi galakkan kepada tidak mengambil tahu tentang anak).
mereka)
+ Penglibatan aktif (contohnya selalu + Penglibatan aktif (contohnya hanya
membantu anak menyelesaikan melibatkan diri dalam aktiviti
kerja rumah) prasekolah jika ada ganjaran )
+ Menyokong anak (contohnya
sentiasa memelihara kesejahteraan - Tidak menyokong anak ( contohnya
anak) mendera anak )
- Penglibatan tidak aktif ( contohnya - Penglibatan tidak aktif (contohnya
jarang melibatkan diri dengan aktiviti tiada komunikasi dengan pihak
prasekolah) prasekolah).

PERANAN IBU BAPA


Ibu bapa seharusnya berperanan sebagai rakan kongsi dengan pihak sekolah dalam
mendidik anak–anak mereka. Penglibatan ibu bapa secara sukarela bukan sahaja
akan menjimatkan kos pengurusan sesebuah prasekolah bahkan akan
meningkatkan keberkesanan dalam memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak.
Namun begitu sebaik–baiknya skop penglibatan mereka hendaklah dihadkan
kepada bidang–bidang tertentu supaya semakin ramai ibubapa boleh
menyumbangkan pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan tenaga mereka dalam
bidang–bidang tertentu. Peranan ibu bapa boleh dibahagikan kepada dua iaitu:

58
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

A. Peranan yang ada hubungan dengan aspek akademik seperti :


 Menjalankan tugas – tugas sebagai pembantu guru
 Membuat peralatan, mengatur sudut – sudut pembelajaran dan
menguruskan aktiviti.
 Menjaga beberapa orang kanak – kanak pada masa-masa tertentu

B. Peranan yang tidak ada hubungan dengan aspek akademik seperti:


 Melakukan tugas-tugas perkeranian
 Merancang dan menentukan hari untuk membantu dan
membaikpulih tabika
 Membantu sesama sendiri misalnya menjemput dan menghantar anak-
anak atau menjaga anak-anak kecil yang lain.

Keibubapaan (parental) ialah seseorang yang memberikan kanak-kanak dengan


penjagaan asas, arahan, sokongan, perlindungan dan bimbingan. Keibubapaan
dapat didefinisikan sebagai pasangan yang berkahwin, single, heterosexual, gay,
lesbian, sepupu, ibu saudara, datuk dan nenek, abang, kakak dan lain-lain lagi.
Manakala menurut LPPKN ibu bapa ialah yang terdiridaripada sepasang suami isteri
yang dihubungkan dengan ikatan perkahwinana yang sah dari segi agama,adat
resam dan undang-undang. Scott 1983 menyatakan didikan ibu bapa membantu
membentuk konsep kendiri yang positif. Gaya didikan ibu bapa akan memberi kesan
adan pengaruh kepadaperkembangan mentaliti, sifat, minat, kecenderunganserta
sikap anak-anak.
Terdapat dua dimensi gaya asuhankeibubapaan menurut Baumrind
iaituresponsiveness dan demandingness.
Baumrind mengklasifikasikan gaya asuhan keibubapaan kpd 3 iaitu:
Autoritarian
Permissive
Autoritatif

Authoritarian

Merupakan gaya asuhan yang berbentuk mengarah, dan menghukum.


Menetapkan suatu peraturan tanpa ada tolak ansur

59
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

Lemah dalam komunikasi. Tidak membenarkan anak-anak bersuara dalam memberi


pendapat
Tiada kebebasan. Anak-anak terasa terkongkong kerana peraturan yang agak rigid.

Kesan gaya autoritarian


 Anak menjadi pasif
 Mempunyai konsep kendiri k ang rendah
 Lemah dalam komunikasi
 Tidak kreatif
 Anak tidak gembira
 Tidak peramah
 Moody

Permissive Indulgent
 Kawalan yg sedikit ke atas kanak-kanak dan tiada kawalan langsung
 Memberikan terlalu banyak autonomi kepada kanak-kanak
 Percaya kanak-kanak perlu mempunyai banyak kebebasan dan tidak boleh
dikawal oleh org dewasa.

Permissive Indifferent/Neglect
 Melepaskan tanggungjawab dan mendakwa ‘saya tidak peduli dengan apa
yang kamu lakukan
 Dipanggil juga sebagai ‘uninvolved’ atau tidak terlibat.
 Meluangkan masa yang minima dalam memberikan perhatian dan
bersosialisasi dengan kanak-kanak

Kesan Gaya Permissive

Permissive Indulgent

 Menentang dan tidak patuh patuh kepada orang yang lebih dewasa

60
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

 Kurang kawalan diri


 Agresif
 Cepat marah tetapi mudah riang kembali
 Mempengaruhi pencapaian akademik

Permissiveindifferent/Neglect

 Ikut kata hati


 Tanpa tujuan atau kurang aktiviti berasaskan matlamat
 Risiko terlibat dengan delinkuen

AUTORITATIF
Bentuk gaya asuhan di mana anak-anak bebas untuk melakukan sesuatu tindakan
tetapi masih dalam pengawalan dan pengawasan daripada ibu bapa

Ciri-Ciri:
 Menekankan kepada aspek perbincangan serta memberi dan menerima
pandangan yang diutarakan oleh ahli keluarga.
 Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan persetujuan bersama
 Memberi galakan serta menghormati kepentingan anak-anak.
 Tidak terlalu bergantung kepada peraturan.
 Mesra dan tegas

Kesan Gaya Autoritatif


1.Kecekapan Sosial
 Mempunyai ketinggian dan kecekapan dlm perhubungan sosial.
 Anak-anak boleh berdikari dan menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Contoh: Peramah, mudah mesra.

2. Pembangunan Psikososial
 Kehidupan yang sentiasa bahagia dan gembira
 Mempunyai kestabilan emosi yg baik dan keyakinan diri yang tinggi.
 Sedar batasan tingkahlaku yg perlu dipatuhi

61
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

3.Akademik
 Memperolehi kecemerlangan dlm bidangakedemik.
 Berinisiatif untuk melakukan sesuatu.

4. Masalah Tingkahlaku
 Kecenderungan untuk melibatkan diri dalam aktiviti delinkuen adalah kurang.

5. Motivasi
 Mempunyai gaya motivasi yg tinggi kerana ibu bapa sentiasa memberi
dorongan dan sokongan samada berbentuk implisit dan ekstrisik.
 Wujud perkembangan intelektual dalam diri anak-anak.

KOMUNIKASI TERBUKA DAN MEMBINA PERKONGSIAN PINTAR

Guru prasekolah atau tabika perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan ibu
bapa. Guru perlu mendengar secara aktif bukan sahaja untuk memahami perkataan
yang dilafazkan tetapi apa yang lebih penting ialah memahami perasaan dan
menerima latar belakang kehidupan mereka. Guru hendaklah memahami masalah
dan minat mereka untuk mewujudkan hubungan mesra yang ikhlas dan saling
mempercayai dengan keluarga kanak – kanak supaya guru boleh berfungsi sebagai
perantara yang berkesan di antara kanak – kanak tadika dengan masyarakat.
Perkara – perkara yang perlu dilakukan oleh guru untuk menjalin hubungan yang
positif dengan ibu bapa termasuklah

 Guru terlebih dahulu mestilah memperoleh maklumat yang lengkap


mengenai ibu bapa kanak – kanak
 Maklumat lengkap mengenai penglibatan ibu bapa hendaklah
diberikan kepada ibu bapa ketika mereka mendaftarkan anak –
anak mereka untuk menyertai tadika
 Sekiranya ibu bapa bersetuju untuk menghantar anak mereka ke
tadika maka guru haruslah mengadakan pertemuan untuk
membincangkan falsafah, matlamat serta pengajaran dan

62
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

pembelajaran di tadika
 Maklumkan kepada ibu bapa tentang kemajuan anak mereka dari semasa
ke semasa
 Libatkan ibu bapa dalam majlis – majlis sosial tadika dan penulisan
berita tadika jika ada supaya mereka juga merupakan sebahagian

PROGRAM PENILAIAN

Topik ini mengenalpasti objektif sesebuah tadika dan bagaimana untuk mencapainya
serta mengubahsuai amalan untuk memastikan objektif lebih berkesan dan
menambah objektif baru yang lebih baik untuk penambahbaikan pusat prasekolah.

Sejauhmanakah anda dapat mengenal pasti keberkesanan program


prasekolah dan nyatakan ciri-ciri yang boleh menjadi penanda aras
kepada kelas prosekolah anda?

TAJUK 6
KEPIMPINAN DAN PERWATAKAN

SINOPSIS

Unit ini mengandungi maklumat berkaitan kepimpinan, akauntabiliti dan watak guru
prasekolah.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat :


1. Mengenalpasti bagaimana untuk menjadi seorang pengurus yang berkesan..
2. Menyedari akauntabiliti sebagai guru prasekolah.

63
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

3. Menunjukkan ciri-ciri perwatakan sebagai guru prasekolah.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Kepimpinan

KEPIMPINAN DAN
PERWATAKAN
Akauntabiliti sebagai guru prasekolah

Watak guru prasekolah

KEPIMPINAN

Topik ini membincangkan mengenai bagaimana untuk menjadi pengurus yang


berkesan, mempunyai visi dan misi yang jelas, menggunakan semua sumber untuk
mencapai visi dan memotivasikan diri, pekerja dan kanak-kanak untuk mencapai
visi.
Memimpin adalah proses mengarah dan mempengaruhi orang lain dengan
menggunakan bakat, maklumat dan kemahiran berinteraksi. Pengurus tadika yg
berkesan dan cekap perlu memanipulasikan gaya kepimpinan yang efektif,
bersesuaian dgn personalitinya. Guru Tadika perlu mempunyai visi dan misi yang
jelas. Guru Tadika perlu motivasi diri, pekerja dan kanak-kanak untuk mencapai visi.

64
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

Guru prasekolah berfungsi sebagai pengurus yang berkesan. Guru prasekolah mesti
mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi
warganegara yang patriotik.Ini penting kerana untuk melahirkan dan menyuburkan
potensi diri secara menyeluruh sifat peribadi, perwatakan sangat penting untuk
perkembangan murid pada tahap awal. Ini kerana murid prasekolah adalah ibarat
kain putih yang akan di warnakan pada kain tersebut dan seterusnya menghasilkan
warna-warna yang cantik atau tidak cantik. Oleh itu, perkembangan secara
menyeluruh sangat penting untuk membentuk kanak-kanak yang berkeperibadian
yang tinggi.

CUBA FIKIR

Apakah visi dan misi anda sebagai guru prasekolah? Apakah sumber
yang anda gunakan untuk mencapai visi dan misi anda? Bagaimanakah
anda mahu meningkatkan motivasi diri anda, pekerja anda dan
kanak-kanak supaya dapat mencapai visi anda?

AKAUNTIBILITI SEBAGAI GURU PRASEKOLAH


Topik ini membincangkan dari segi bidang pekerjaan, sekolah, tingkah laku murid
dan ibu bapa/penjaga.

Akauntabiliti di huraikan sebagai bertangungjawab kepada seseorang atau


bertangunggjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji, konsep
akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan
penjelasanmengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak
untuk mendapat jawapandan penjelasan tersebut. Akauntabiliti juga adalah
mengenai displin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima
kebertanggungjawaban terhadap sesuatu keputusanyang telah diambil.

65
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

Akauntabiliti Keguruan.
Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan
dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud
berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan.
Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas
merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar, diri guru itu sendiri, sekolah,
masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya.

Akauntabiliti guru prasekolah terhadap bidang pekerjaan


Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah
termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah
mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-
hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap
pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental,
politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar
murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada
mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-
muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran.
Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan
bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid
memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang
yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga
profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci, dipandang serong dan tidak di
hormati lagi oleh anak muridnya.

Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan
mata pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya isi pelajaran
bagi mata pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti kursus-
kursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. Ini
dilakukan dengan merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya
bagi mencapa iobjektif pelajaran secara maksimum. Guru juga hendaklah mengajar
dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat.

66
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

Akauntabiliti sebagai guru prasekolah terhadap sekolah

Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu guru juga bertangungjawab
terhadap tugas yang diamanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli
dalam sebuah sekolah, guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan
kemajuan sekolah.Dalam hal ini selain tugas mengajar, guru juga hendaklah
menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha
peperiksaan, setiusaha PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang
di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.

CUBA FIKIR

Apakah Akauntabiliti anda sebagai guru prasekolah terhadap


tingkah laku murid?

Akauntibiliti sebagai guru prasekolah terhadap ibu bapa/penjaga

Sebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan


cita dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun
Negara. Guru hendaklah memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan
masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi
tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas
dalam kegiatan-kegiatan masyarakat.Selain itu guru hendaklah mengeratkan
persefahaman dan kerjasama di kalangan guru danibu bapa pelajar. Guru haruslah
bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi
mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi
tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran
yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun

67
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk
sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi
warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan
perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping itu guru hendaklah
menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat dan memenuhi
tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama
di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamalkan tingkah laku
sopan yang diterima oleh masyarakat

WATAK GURU PRASEKOLAH

Topik ini membincangkan ciri-ciri guru prasekolah berkesan serta peribadi yang
menjejaskan imej guru prasekolah dan menyatakan ciri-ciri penyayang guru
prasekolah.

CIRI-CIRI GURU PRASEKOLAH YANG BERKESAN

 Mempunyai emosi yang stabil dan mental yang sihat.


 Mempunyai badan yang sihat dan sahsiah yang dinamik.
 Mempunyai kecerdasan otak yang lebih tinggi daripada kebanyakkan orang.
 Bersikap profesional.
 Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
 Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.

68
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

 Bermoral teguh
 Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran
 Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
 Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid
 Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
 Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai
pendidik unggul pada setiap masa.
 Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.
 Berupaya melahirkan 'prasekolah berwatak' supaya pelajar mempunyai
kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
 Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik.
 Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri
(bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri
dengan situasi tertentu).
 Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat
profesionnya.
 Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah
bahagi.
 Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

CUBA FIKIR

NYATAKAN KEPERIBADIAN YANG MENJEJASKAN


IMEJ GURU PRASEKOLAH

Konsep Penyayang Dalam Pendidikan Prasekolah

Penyayang bermaksud orang yang kasih akan orang lain, pengasih, pencinta dan
bersifat belas kasihan.

Amalan Budaya Penyayang

69
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

 Mesra bila berhubung dengan kanak-kanak.


 Kasih sayang dan persefahaman menjadi pemusatan dalam pendidikan
(Peter Kline).
 Jangan membuat anggapan yang salah terhadap keupayaan kanak-kanak-
mereka adalah individu yang unik.
 Menarik minat kanak-kanak.
 Merangsang kanak-kanak belajar.
 Elak kebosanan- contohnya aktiviti terlalu lama / kerap berulang
 Apa yang hendak ditunjukkan mudah dan jelas supaya kanak-kanak tidak
keliru
 Bersedia untuk menukar aktiviti- kanak-kanak mempunyai pemusatan yang
pendek.
 Baiki satu kesalahan sahaja pada satu–satu masa untuk mengelakkan
kekeliruan.
 Kanak-kanak suka membuat sesuatu dan melihat hasil kerjanya. Puji usaha
dan hasilnya.
 Menggunakan beberapa cara untuk kanak-kanak mencapai suatu kemahiran.
 Gunakan berbagai jenis alat/ bahan/ media untuk meneguhkan kemahiran.
 Gunakan gambar/ perbuatan yang menggelikan hati kanak-kanak (unsur
seronok).
 Galakkan kanak-kanak mencuba dan beri bantuan hanya jika diperlukan.
 Adakan pilihan dalam kadar yang terhad. Proses memilih merangsang kanak-
kanak untuk memilih dan membuat keputusan.
 Jangan mulakan konsep baru sebelum kanak-kanak memahami konsep yang
diajar sebelumnya (contohnya untuk belajar’ tambah kanak-kanak telah
mengenal nombor).

Bagaimana mewujudkan amalan budaya penyayang di prasekolah:


1. Pengurusan dan pengelolala kelas-eg melalui rutin, kedudukan kerusi meja
2. Peranan guru prasekolah
3. Persekitaran fizikal kelas
4. Persekitaran sosial

70
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

4. Hubungan dengan ibu bapa dan komuniti

Persekitaran Sosial

 Menyokong perkembangan
 Konsep kendiri yang positif
 Diterima oleh rakan dan guru
 Mempunyai persepsi bahawa dia boleh mencapai sesuatau
 Berpeluang menikmati kejayaan dalam tugas
 Guru menunjukkan penghargaan, kasih sayang dan sabar melayan
 Kanak-kanak rasa dihargai dan diterima
 Kanak-kanak dibantu melihat dari perspektif orang lain

TAJUK 7 KOD ETIKA GURU PRASEKOLAH

SINOPSIS

Unit ini mengandungi maklumat berkaitan dengan Kod Etika Guru Prasekolah yang
menerangkan Tentang Konsep, Etika Guru Malaysia Dan Standard Guru Malaysia.
Disamping itu unit ini ada memperihalkan tentang tanggungjawab sebagai seorang
guru prasekolah yang berkualiti dan kreatif dalam mengurusakan prasekolahnya.

HASIL PEMBELAJARAN

71
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat :

i. Mengenalpasti Etika Guru Malaysia, Akujanji Perkhidmatan Awam Dan


Standard Guru Malaysia.
ii. Mengenalpasti dan mengapikasikan pelbagai kemahiran dan pengetahuan
pelbagai tanggungjawab sebagai seorang guru prasekolah yang ber wibawa.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Konsep
KOD ETIKA
GURU
PRASEKOLAH
Tanggungjawab Guru Prasekolah

DEFINISI ETIKA:

Ahli sosiologi terkenal, Raymond Baumhart (1968) bertanya beberapa ahli


perniagaan, “Apakah makna etika bagi anda?” Antara jawapan yang diberi ialah:

72
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

Etika berasal daripada perkataan Greek „ethos‟ yang bermakna watak atau adat
resam. Adat resam masyarakat membentuk watak manusia. Kini istilah etika
dikaitkan dengan kemoralan dimana individu dalam sesuatu masyarakat bertindak
tertakluk kepada budi pekerti moral yang dipersetujui (Keith Goree, 1966). Memang
sukar menentukan maksud „etika‟.
Berikut ialah beberapa definisi etika:
 Kamus Dewan Bahasa & Pustaka (1995) mentakrif etika sebagai nilai-nilai
yang menjadi pegangan seseorang atau sesuatu kumpulan.
 Institut Integriti Malaysia (2007) mendefinisikan etika sebagai himpunan
nilai dan moral ang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan
profesion.
 Kamus Oxford (1994) mendefinisi etika sebagai prinsip moral.
 Mackie (1977) mendefinisikan etika sebagai disiplin yang dapat menerangkan
nilai baik dan buruk sesuatu tindakan.
 Velasquez, Andre, Shanks, dan Meyer (1987) mentaktif etika sebagai
standard salah danbetul yang harus dilakukan manusia untuk memastikan
keadilan.

73
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

 Sharifah Alwiah Alsagoff (1984) mentakrif etika sebagai satu set peraturan
tingkah laku yang meletakkan apa yang harus dibuat dan jangan dibuat.
 Dalam Islam, etika ialah tingkah laku baik yang dituntut al-Quran dan Hadith,
 Etika merupakan salah satu bidang falsafah yang mengkaji tentang „betul‟
dan „salah‟ dalam kehidupan seharian manusia. Etika adalah penting, kerana
ia menentukan tindak-tanduk manusia. Tanpa berpegang kepada suatu kod
etika, segala usaha manusia akan gagal.

ETIKA GURU MALAYSIA

Maksud Etika Profesional


Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan
disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek
yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku
profesion dalam masyarakat.

Skop Etika Profesional


1. Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang
benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dll.
2. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa
dalam keseluruhan hidupnya.
3. Etika PerguruanBermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru
terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa
pelajar.

KEPENTINGAN ETIKA GURU MALAYSIA


Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan.
Kod etika dianggap penting kerana:

1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam

74
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

profesion perguruan. – Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.


2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru
terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. – Guru lebih faham
dan jelas tentang tanggungjawab mereka.
3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini
menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. – Guru
dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun
di negara lain.
4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini
dapat dilakukan. – Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi
sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.
5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan
secara hitam putih dan rasmi. – Membuka mata masyarakat untuk
menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru
dalam mencapaimatlamat pendidikan dan negara.
6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. –
Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi
dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan
mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi

NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia.

75
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

Nilai-nilai itu adalah:


o Amanah
o Benar
o Bijaksana
o Bersyukur
o Dedikasi
o Ikhlas
o Penyayang

AKU JANJI PERKHIDMATAN AWAM


Lampiran A
Rujukan:

76
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

SURAT AKU JANJI

Saya, …………………………………………………………, No. Kad Pengenalan ……………………..


beralamat di ……………………………………………………………………………………………………
dengan sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Perintah-Perintah Am, pekeliling dan surat pekeliling serta peraturan
dan arahan lain yang dikeluar dan dikuatkuasakan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang
perkhidmatan saya dengan Kerajaan. Maka dengan itu saya berjanji sebagaimana yang dikehendaki di
bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bahawa saya:

(i) akan sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan Kerajaan;

(ii) akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur,
amanah dan bertanggungjawab;

(iii) tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi saya;

(iv) tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi
bercanggah dengan tugas awam saya;

(v) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah bahawa
saya telah membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas rasmi sehingga
menjejaskan kegunaan saya sebagai pegawai awam;

(vi) tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai pegawai awam bagi faedah diri saya
sendiri;

(vii) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan dan mencemarkan nama
perkhidmatan awam;

(viii) tidak akan membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau
memajukan tuntutan saya atau pegawai lain berhubung dengan perkhidmatan awam; dan

(ix) tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar
perintah.

Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana telah melanggar Aku Janji ini, saya
boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993.

………………………………… ………….……………………………….
(Tandatangan Pegawai) (Jawatan Pegawai)
Di Hadapan:

……………………………………….
(Tandatangan Ketua Jabatan)

…………………………………………………………………………
(Nama dan No. Kad Pengenalan Ketua Jabatan)

………………………………. …………………………………………..
(Tarikh) (Cap Rasmi Jabatan)

77
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

STANDARD GURU MALAYSIA (SGM)

Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut


dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi
latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang
ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru,
pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan
dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala
bagi tujuan penambahbaikan berterusan

Standard Guru Malaysia ini digubal berdasarkan rasional yang berikut:

 Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan,


pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran
yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional
dengan berkesan,
 Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan yang
jelas dan lengkap seperti dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar,
sumber pengajaran dan pembelajaran, serta jaminan kualiti untuk
membolehkan proses latihan dijalankan dengan lancar, berkesan dan
bermutu tinggi,
 KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi
pendidikan guru yang dapat dijadikan showcase. Justeru itu, adalah wajar
standard bagi institusi latihan perguruan diwujudkan, dan
 Standard Guru Malaysia menggariskan kriteria dan standard am guru selaras
dengan Malaysian Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan
kriteria dan standard am pendidikan tinggi.

78
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

Standard Guru Malaysia digubal bagi tujuan yang berikut:


 mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai
profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran
pengajaran dan pembelajaran,
 mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh
agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru
yang ditetapkan tercapai.
 Standard Guru Malaysia akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi
pembangunan pendidikan guru yang patut ditambahbaik sejajar dengan
perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan.

PENGERTIAN STANDARD GURU MALAYSIA


Standard Guru Malaysia ialah pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai
oleh guru (Standard) dan pernyataan aspek yang patut disediakan serta
dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan (Keperluan).
 Asas Penentuan Standard Dan Keperluan

Perincian Standard dan Keperluan adalah berasaskan kepada aspek yang berikut:
 Misi Nasional

Bagi mencapai prestasi yang tinggi dan impak maksimum daripada pembangunan
nasional, Misi Nasional telah menggariskan lima teras utama seperti yang berikut:
 meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi,

 meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk


minda kelas pertama,

 menangani masalah ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang berterusan


secara membina dan produktif,

 meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup, dan

 mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

79
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
 FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)

"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia


menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu
padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."
 TATASUSILA PROFESION KEGURUAN

Bagi menjaga nama baik profesion keguruan serta meningkatkan lagi mutu
profesion, semua guru di Malaysia tertakluk kepada Tatasusila Profesion Keguruan
yang disediakan dalam bentuk ikrar seperti berikut:

"Kami, guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha
menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang
bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha
kami ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang
percaya akan demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukunegara.

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami


kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang terkumpul sejak zaman
berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran masa hadapan.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk
mencapai kemajuan sepenuhnya maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut
sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke
taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya"; (i) tanggungjawab terhadap pelajar, (ii)

80
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

tanggungjawab terhadap ibu bapa (iii) tanggungjawab terhadap negara dan (iv)
tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan.
 ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati


berdasarkan enam prinsip iaitu niat yang betul, perlakuan yang baik, penggerak ke
arah kebaikan, memperkotakan apa yang dikatakan, berdisiplin dan beradab serta
menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi.

Standard Guru Malaysia juga digubal berdasarkan rujukan dan penandaarasan


standard pendidikan di Malaysia dan standard pendidikan guru di beberapa negara
maju.

Standard Guru Malaysia mempunyai dua komponen utama yang saling berkait iaitu
Standard (S) dan Keperluan (K). Sila rujuk Rajah 1.

Standard merangkumi tiga aspek berikut:

STANDARD 1: AMALAN NILAI PROFESIONALISME KEGURUAN

81
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan


berdasarkan domain diri, profesion dan sosial, yang patut ada pada seseorang
guru.

STANDARD 2: PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN


Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang
subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada
pada seseorang guru.

STANDARD 3: KEMAHIRAN PEMBELAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran
yang patut dikuasai oleh seseorang guru.

KEPERLUAN
Bagi menyokong dan membantu guru mencapai tahap kompetensi amalan nilai
profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran
pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan, agensi dan institusi latihan
perguruan patut menyediakan dan melaksanakan keperluan yang berikut:

KEPERLUAN 1: KELAYAKAN DAN PROSEDUR PENGAMBILAN CALON


PROGRAM LATIHAN PERGURUAN

Keperluan ini memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur pengambilan calon
program latihan perguruan.

KEPERLUAN 2: LATIHAN, PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

Keperluan ini memperincikan program latihan, sistem pemantauan, dan pentaksiran


dan penilaian.

KEPERLUAN 3: KOLABORASI

82
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

Keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi latihan


perguruan dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar
negara, badan bukan kerajaan serta lain-lain institusi yang boleh memantapkan lagi
latihan perguruan.

KEPERLUAN 4: INFRASTRUKTUR DAN INFOSTRUKTUR

Keperluan ini memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran, informasi


dan komunikasi bagi mengoptimum kecekapan dan keberkesanan program latihan.

KEPERLUAN 5: JAMINAN KUALITI

Keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan pelaksanaan dasar,


strategi, prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti latihan
sentiasa terpelihara dan ditingkatkan secara berterusan.

Perincian standard dan keperluan yang digariskan amat penting bagi menjamin
program latihan yang dilaksanakan akan menghasilkan guru yang kompeten, kreatif,
inovatif, dan berketerampilan.

Guru (digambarkan oleh huruf G) yang dihasratkan oleh Malaysia mempunyai


kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan

83
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

(Standard 1), pengetahuan dan kefahaman (Standard 2) serta kemahiran


pengajaran dan pembelajaran (Standard 3). Ketiga-tiga standard tersebut
digambarkan oleh tiga lingkaran kecil yang bertindan; membawa maksud ketiga-tiga
aspek kompetensi yang dikuasai oleh guru adalah saling berkait dan bersepadu.

Lingkaran besar putih yang melingkari Standard menggambarkan Keperluan utama


yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menyokong
dan membantu guru mencapai Standard. Keperluan yang dimaksudkan ialah
kelayakan masuk dan prosedur pengambilan calon program latihan perguruan
(Keperluan 1), latihan, pentaksiran dan penilaian program perguruan (Keperluan 2),
kolaborasi (Keperluan 3), infrastruktur dan infostruktur (Keperluan 4), dan jaminan
kualiti (Keperluan 5).

Lingkaran besar yang memagari Keperluan menggambarkan asas penentuan


Standard dan Keperluan iaitu Misi Nasional, Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
Falsafah Pendidikan Guru, Tatasusila Profesion Keguruan, dan Etika Kerja
Kementerian Pelajaran Malaysia,

Glob di tengah-tengah lingkaran Standard merujuk kepada kualiti guru bertaraf dunia
yang dipertanggungjawab membangunkan modal insan berminda kelas pertama,
iaitu menguasai ilmu dan kemahiran tinggi, menjunjung nilai budaya bangsa,
memiliki semangat patriotisme yang utuh, mempunyai daya saing yang tinggi dan
berwibawa

STANDARD 1: AMALAN NILAI PROFESIONALISME KEGURUAN

Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan digubal berlandaskan budaya Institut


Pendidikan Guru (IPG), Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni dalam kurikulum
sekolah, nilai utama dalam Perkhidmatan Awam, prinsip utama Etika Kerja KPM,
dan Tonggak Dua Belas. Standard ini mempunyai tiga domain utama iaitu:

S1.1 DOMAIN DIRI

84
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

Domain ini merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut
dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada
profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara.

Nilai-nilai yang difokuskan dalam domain ini ialah kepercayaan kepada Tuhan,
amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa,
daya tahan, daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran
interpersonal dan intrapersonal, semangat sukarela, dan efisien.

S1.2 DOMAIN PROFESION

Domain ini merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh
guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang profesional. Nilai-nilai
yang ditekankan dalam domain ini adalah kecintaan terhadap profesion,
berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif, kreatif
dan inovatif.

S1.3 DOMAIN SOSIAL

Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam
masyarakat. Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh guru adalah keharmonian,
kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap
alam sekitar.

STANDARD 2: PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN

Guru yang memiliki dan menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkan
profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta
menjadi lebih kreatif dan inovatif.

Bidang pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru adalah seperti yang berikut:

S2.1 Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam

85
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.


S2.2 Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran,
dan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang
diajarkan.
S2.3 Kandungan mata pelajaran yang diajarkan.
S2.4 Kandungan Ilmu Pendidikan
S2.5 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber pendidikan
dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum.
S2.6 Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
S2.7 Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan tindakan untuk
menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran.
S2.8 Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan
bersepadu.

STANDARD 3: KEMAHIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Standard ini memfokuskan kebolehan guru untuk membuat perancangan,


pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran akademik dan
kokurikulum.

Kemahiran yang patut ada pada semua guru adalah seperti yang berikut:

S3.1 Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran


berdasarkan Sukatan Pelajaran dan takwim dengan mengambil kira perbezaan
kebolehan, pengetahuan sedia ada, serta jangkaan pencapaian murid.

S3.2 Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan


menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta mengintegrasikan
kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi, kemahiran pemudah cara dan kemahiran mentaksir dan menilai.

86
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

S3.3 Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran dan


pembelajaran bertujuan memperbaik pengajaran guru dan meningkatkan
pencapaian murid.

S3.4 Kemahiran mengurus bilik darjah; melibatkan pengurusan hubungan


kemanusiaan, masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang
bermakna dan berkesan.

Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan latihan dengan
mengambil kira dasar kerajaan, peruntukan kewangan, pekeliling am dan arahan
pentadbiran, tuntutan serta perkembangan semasa. Lima keperluan penting latihan
perguruan telah dikenalpasti bagi memastikan guru mencapai tahap kompetensi
yang diharapkan iaitu:

KEPERLUAN 1: KELAYAKAN MASUK DAN PROSEDUR KEMASUKAN


PROGRAM LATIHAN PERGURUAN

Untuk memastikan permohonan yang layak sahaja ditawarkan mengikuti program


latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut mematuhi syarat dan
prosedur berikut:

K1.1 Mengiklankan permohonan


K1.2 Menapis semua permohonan dan memanggil calon yang layak untuk
menduduki ujian kelayakan
K1.3 Memanggil calon guru yang melepasi ujian kelayakan pada tahap yang
ditetapkan untuk menghadiri temu duga
K1.4 Melaksanakan sesi temu duga calon guru
K1.5 Membuat tawaran kepada calon guru yang berjaya
K1.6 Mendaftar calon guru berpandukan buku panduan pendaftaran
K1.7 Menandatangani perjanjian latihan perguruan

87
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

KEPERLUAN 2: LATIHAN, PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

Bagi memenuhi keperluan latihan, pentaksiran dan penilaian latihan perguruan,


agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan perkara berikut:

K2.1 Kurikulum latihan


K2.2 Sumber manusia yang berkelayakan, kompeten, dan mencukupi
K2.3 Program terancang bagi guru pelatih memperoleh pengetahuan dan
pengalaman di sekolah
K2.4 Sumber pengajaran dan pembelajaran
K2.5 Pentaksiran dan penilaian berdasarkan peraturan peperiksaan dan penilaian
yang sedang berkuatkuasa

KEPERLUAN 3: KOLABORASI

Bagi meningkatkan lagi kualiti latihan perguruan, agensi dan institusi latihan
perguruan patut mewujudkan permuafakatan dengan pelbagai pihak seperti yang
berikut:

K3.1 Sekolah
K3.2 Institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara
K3.3 Badan bukan kerajaan seperti persatuan, unit beruniform, serta sukan dan
permainan

KEPERLUAN 4: INFRASTRUKTUR DAN INFOSTRUKTUR

Bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan,


bermakna dan menyeronokkan, agensi dan institusi latihan perguruan patut
menyediakan prasarana dan sumber yang lengkap dan terkini seperti yang berikut:

88
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

K4.1 Menyediakan kemudahan fizikal yang sesuai dan mencukupi bagi memenuhi
keperluan kurikulum dan kokurikulum, pengurusan dan pentadbiran, serta kebajikan
pelajar dan staf berdasarkan spesifikasi standard dan kos yang sedang
berkuatkuasa.

K4.2 Menyediakan rangkaian infostruktur yang bersepadu untuk menyokong aktiviti


pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran.

KEPERLUAN 5: JAMINAN KUALITI

Mekanisme jaminan kualiti merupakan aspek penting bagi memastikan latihan


perguruan yang dilaksanakan kekal bermutu tinggi. Pemantauan, penilaian, dan
pelaporan perlu dibuat terhadap perkara-perkara berikut bagi menjamin kualiti
latihan perguruan:

K5.1 Pemastian jaminan kualiti terhadap Standard


K5.2 Pemastian jaminan kualiti terhadap Keperluan
K5.3 Penandaarasan latihan perguruan
K5.4 Pemastian Kod Amalan Jaminan Kualiti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

TANGGUNGJAWAB GURU PRASEKOLAH

1. Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh


mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang
kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
2. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada
jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
3. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan
jujur.
4. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid
mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan
atau persendirian.

89
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

5. Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya.


6. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira
bangsa dan agama atau kepercayaan.
7. Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha membentuk
tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat.
8. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua
murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan
politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain.
9. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya
dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi
jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain.
10. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai
diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan.
11. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh
membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
12. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan
murid, masyarakat atau negara.
13. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya
mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna.
14. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh
mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya.
15. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role
model' kepada muridnya.
16. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk
pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah
atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan.
17. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran
persendirian.
18. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik
persendirian terhadap muridnya.
19. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli
masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya.
20. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.

90
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

21. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan)
untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan.
22. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan
namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan

 Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia


 Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan
dan dihayati berdasarkan prinsip-prinsip berikut:-

o Niat yang betul


o Perlakuan yang baik
o Pengerak ke arah kebaikan
o Memperkotakan apa yang dikatakan
o Berdisiplin dan beradab
o Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi

guru mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang
baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa
bertugas harus juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini
adalah kerana seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh
yang demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak di
benci,di

ETIKA TERHADAP SEKOLAH/ PEKERJA DAN RAKAN SEJAWAT


. 1. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibubapa, atau
berbuat sesuatu yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami
sebagai guru.
3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan
rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkanya sejajar dengan kemajuan
ikhtisas dan sosial.

91
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru
dalam profesion perguruan.
5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
perguruan.
6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan

ETIKA TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

1. Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan


kepentingan pelajar, masyarakat atau negara ataupun yang bertentangan dengan
Rukunegara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab
dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya
perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
3. Menghormati masyarakat tempat kita berkhidmat dan memenuhi segala
tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil
bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibubapa,
institusi pendidikan dengan masyarakat.
5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan
dan kecendikiawan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkahlaku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan
menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

92
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

TAJUK 8 ISU-ISU SEMASA

SINOPSIS

Unit ini mengandungi maklumat berkaitan dengan isu-isu semasa tentang


perkembangan prasekolah pada masa kini.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat :

1. Mengenalpasti pengetahuan asas yang profesional dalam pengurusan pusat


kanak-kanak serta melaksanakannya dalam pentadbiran sebagai seorang
pengurus.
2. Mengenalpasti proses guru sebagai model dan pembelajaran sepanjang
hayat.
3. Mengintergrasikan kesedaran kendiri peribadi dan profesional dalam
pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.

93
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Perkembangan prasekolah

Latihan

Pemuafakatan
ISU-ISU SEMASA

Kebajikan

Kemahiran komunikasi

Masyarakat

PERKEMBANGAN PRASEKOLAH

Topik ini membincangkan kepentingan prasekolah, perluasan kelas prasekolah,


kelayakan, umur dan peluang kanak-kanak masuk prasekolah dan prasekolah
berkualiti.

Ibu bapa masa kini semakin mengambil berat tentang pendidikan prasekolah. Saban
tahun semakin ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka dalam
lingkungan 4 hingga 6 tahun ke kelas prasekolah samada prasekolah kerajaan
mahupun swasta. Di kawasan luar bandar terutamanya, kesedaran tentang peri
pentingnya pendidikan prasekolah dalam kalangan ibu bapa semakin meningkat.

Pendidikan prasekolah merupakan asas bagi pendidikan anak anda. Perkembangan


keterampilan dan pengetahuan ( kecerdasan dan sikap) anak anda pada peringkat
prasekolah akan memberi kesan yang dramatik terhadap pembelajaran anak anda
ketika memasuki sekolah formal dan membawa kepada kejayaan dalam hidup
mereka.
Alasan lain untuk mengambil berat tentang pendidikan prasekolah adalah bahawa

94
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

dengan memberikan pendedahan awal dan menggalakkan anak belajar di


prasekolah dan memupuk nilai keyakinan diri dalam diri mereka. Di samping itu juga
anak akan memperoleh kepercayaan diri melalui pelbagai aktiviti ’bermain sambil
belajar’ yang pasti menyeronokkan mereka. Pendidikan prasekolah umpama batu
loncatan atau platform yang memberikan asas yang kukuh kepada kanak-kanak
prasekolah dan momentum pembelajaran yang mereka terima di peringkat
prasekolah ini akan membantu membuat anak bersemangat belajar seumur hidup
mereka.

Akhirnya, pendidikan prasekolah sangat penting kerana dapat memberikan anak


anda kelebihan dalam dunia yang kompetitif dan iklim pendidikan. Bagi anak-anak
yang tidak menerima asas-asas pembelajaran selama usia prasekolah, mereka akan
mula diajar tentang abjad, nombor, bentuk dan warna ketika mereka mula memasuki
pendidikan formal mereka (darjah 1). Kanak-kanak ini akan berada di ’belakang’
kanak-kanak yang sudah mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas ini . Kita
tidak mahu kanak-kanak ini berada di kelas tetapi tertinggal jauh daripada kanak-
kanak yang sudah mendapatkan pendidikan prasekolah. Ibu bapa atau penjaga
harus mengambil berat tentang pendidikan prasekolah kerana pembelajaran
prasekolah merupakan asas yang amat penting sebelum kanak-kanak ini
memulakan pendidikan formal. Tidak boleh dinafikan lagi bahawa pendidikan
prasekolah boleh meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak dan memberikan
mereka kemahiran yang mereka perlukan dari semua aspek rohani dan jasmani.

Bagi sekolah yang belum mempunyai kelas prasekolah, guru yang


bertanggungjawab perlu membuat beberapa persediaan sebelum menubuhkan
sesebuah kelas prasekolah. Perkara pertama yang perlu diambil perhatian ialah
menyediakan pelan lantai yang bersesuaian. Pelan lantai merupakan asas dalam
menubuhkan kelas prasekolah dan ianya amat penting bagi memudahkan proses
selanjutnya. Dalam penyediaan pelan lantai ini, guru prasekolah perlu mengambil
kira beberapa faktor seperti keluasan kelas, peralatan yang akan diletakkan didalam
kelas, kesesuaian peralatan , jumlah dan saiz perabot dan jumlah murid. Semua
aspek-aspek ini perlu dititikberatkan bagi menjamin keselesaan murid prasekolah
dan juga memudahkan tugas guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.Penyediaan pelan lantai prasekolah yang baik harus mempunyai

95
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

beberapa bahagian penting yang terasing iaitu bahagian dalam kelas yang
merangkumi ruang pembelajaran, ruang dapur,ruang makan, bilik air, ruang rehat
bagi kes kecemasan dan stor. Pelan lantai luar kelas prasekolah juga perlu di
sediakan bagi reka letak alatan permainan untuk taman permainan kanak-kanak.
Masalah utama dalam penyediaan pelan lantai ini ialah saiz kelas prasekolah yang
selalunya tidak begitu luas dan menyukarkan guru untuk merancang susun atur
peralatan dan perabut. Namun begitu guru harus menggunakan kreativiti tersendiri
dalam menghasilkan pelan lantai dan dekorasi yang terbaik untuk keselesaan murid
dan menepati kehendak komponen-komponen pembelajaran.

LATIHAN

Topik ini membincangkan kelayakan dan latihan guru, keseragaman latihan dan naik
taraf profesion guru prasekolah.

Cuba bincang bersama rakan mengenai kelayakan


dan latihan guru, keseragaman latihan dan naik
taraf profesion guru prasekolah

PEMUAFAKATAN

Topik ini membincangkan sikap dan budaya komuniti, dasar penglibatan keluarga di
prasekolah dan keyakinan keluarga terhadap prasekolah.

Cuba fikir adakah di prasekolah anda, ibu bapa melibatkan diri di dalam
program prasekolah. Bagaimanakah bentuk penglibatan tersebut ?

Kebaikan penglibatan keluarga kepada Ibu Bapa

96
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

Apabila ibu bapa melibatkan diri di tadika mereka akan mendapat faedah-faedah
yang berikut:

 Mereka dapat melihat tingkah laku kanak-kanak di sekolah.


 Mereka berpeluang mempelajari cara atau kaedah guru mengatasi
masalah tingkah-laku kanak-kanak.
 Mereka dapat memahami apa yang sudah, sedang dan akan diajar
kepada anak mereka selama berada di sekolah.
 Mereka lebih memahami kurikulum dan aktiviti yang dipelajari oleh kanak-
kanak.
 Mereka boleh menyambung aktiviti susulan ataupun aktiviti ransangan.
 Mereka dapat bersoal jawab dan berkongsi masalah dengan guru.
 Mereka dapat meningkatkan ilmu pengetahuan.

KEBAJIKAN

Topik ini membincangkan sumber-sumber bahan, pembantu pengurusan murid,


persatuan dan ibu bapa yang bekerja.

BAGAIMANAKAH ANDA MEMELIHARA HUBUNGAN BAIK


ANDA DENGAN PENYUMBANG SUMBER-SUMBER BAHAN,
PEMBANTU PENGURUSAN MURID, PERSATUAN DAN IBU BAPA
YANG BEKERJA?

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Topik ini membincangkan komunikasi terhadap kanak-kanak, ibu bapa dan


pembantu pengurusan murid serta masyarakat

KOMUNIKASI DAN PERHUBUNGAN

97
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

Komunikasi bersama ibu bapa dan masyarakat

Guru prasekolah atau tabika perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan ibu
bapa. Guru perlu mendengar secara aktif bukan sahaja untuk memahami perkataan
yang dilafazkan tetapi apa yang lebih penting ialah memahami perasaan dan
menerima latar belakang kehidupan mereka. Guru hendaklah memahami masalah
dan minat mereka untuk mewujudkan hubungan mesra yang ikhlas dan saling
mempercayai dengan keluarga kanak – kanak supaya guru boleh berfungsi sebagai
perantara yang berkesan diantara kanak – kanak tadika dengan masyarakat.
Perkara – perkara yang perlu dilakukan oleh guru untuk menjalin hubungan yang
positif dengan ibu bapa termasuklah

 Guru terlebih dahulu mestilah memperoleh maklumat yang lengkap


mengenai ibu bapa kanak – kanak.
 Maklumat lengkap mengenai penglibatan ibu bapa hendaklah
diberikan kepada ibu bapa ketika mereka mendaftarkan anak –
anak mereka untuk menyertai tadika.
 Sekiranya ibu bapa bersetuju untuk menghantar anak mereka ke
tadika maka guru haruslah mengadakan pertemuan untuk
membincangkan falsafah, matlamat serta
pengajaran dan pembelajaran di tadika
 Maklumkan ibu bapa tentang kemajuan anak mereka dari semasa
ke semasa.
 Libatkan ibu bapa dalam majlis – majlis sosial tadika dan penulisan
berita tadika jika ada supaya mereka merasa mereka merupakan
sebahagian daripada tadika.
 Guru hendaklah bertegur sapa dengan ibu bapa yang menghantar dan
mengambil anak mereka. Selain itu peti cadangan dan papan
kenyataan boleh disediakan untuk menggalakkan komunikasi yang

98
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

berkesan antara prasekolah dengan ibu bapa.


 Guru harus bersedia dan berkemampuan untuk mengendalikan
kerisauan ibu bapa tentang anak mereka.
 Adakan pertemuan dengan ibu bapa pada permulaan dan akhir
penggal untuk membincangkan isu – isu berkaitan dengan anak mereka.

Guru bertanggungjawab untuk mengekalkan perhubungan/komunikasi yang


berkesan dengan ibubapa secara terbuka. Komunikasi tersebut terdiri daripada dua
kategori iaitu:

1. Komunikasi tentang program


2. Komunikasi tentang induvidu kanak-kanak

Ada pelbagai cara untuk mengubungi ibu bapa:

 Maklumkan ibu bapa kemajuan anak mereka dari masa kesemasa


melalui Berita Tadika /newsletter. Selain itu guru juga boleh menggunakan
kaedah berkomikasi yang lain seperti penggunaan telefon atau e – mel
atau melalui perbincangan bersemuka dalam aktiviti tertentu yang
melibatkan ibu bapa seperti berkelah, lawatan ke sekolah serta
perjumpaan guru dengan ibu bapa.
 Libatkan ibu bapa dalam majlis-majlis sosial yang dianjurkan oleh
prasekolah dan penulisan Buletin Tadika agar mereka merasa mereka
merupakan sebahagian daripada tadika.
 Pada awal penggal tadika dibuka berikan maklumat tentang penglibatan
mereka. Guru perlu bertanya kepada ibu bapa tentang anak mereka, jenis
program yang mereka inginkan dan falsafah tadika di mana guru itu
berada.
 Adakan perbincangan dengan ibu bapa tentang program di tadika.

99
PRA3143 KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

 Guru juga perlu bertegur sapa apabila ibu bapa melawat tadika,
menghantar dan menjemput anak mereka. Adakan peti atau kotak
cadangan dan papan kenyataan untuk meningkatkan keberkesanan
komunikasi antara guru dengan ibubapa.
 Guru juga boleh melawat rumah ibu bapa untuk mendapat maklumat yang
lengkap berkenaan dengan kanak-kanak.
 Komunikasi moden seperti penggunaan telefon, E-mail, dan sistem
pesanan ringkas boleh digunakan untuk menghubungi ibu bapa.
 Surat atau nota juga boleh digunakan oleh guru bagi menyampaikan
maklumat-maklumat terkini kepada ibu bapa.

Halangan-halangan komunikasi ibu bapa dengan guru

 Ibu bapa kesuntukan masa dan merasa letih selepas bertungkus-lumus di


pejabat atau tempat kerja.
 Kekurangan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi terkini.
 Kurangnya interaksi mesra antara ibu bapa dengan guru.
 Ada ibu bapa merasa rendah diri kerana wujud perbezaan status sosio
ekonomi, kelulusan akademik dan budaya antara mereka berbanding
dengan ibu bapa yang lain.
 Halangan berkomunikasi contohnya penggunaan bahasa yang berbeza.

CUBA BINCANGKAN BENTUK KOMUNIKASI ANDA


SEBAGAI GURU PRASEKOLAH BERSAMA KANAK-
KANAK DAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID

100

You might also like