You are on page 1of 77

BAB 17: PENDUDUK &

ALAM SEKITAR
DISEDIAKAN OLEH:
W. AMIRAH, ERIKA,
KALSOM, IKMAL,
AZRUL
PENGENALAN UMUM KOMPONEN ALAM
SEKITAR FIZIKAL
 Terdiri daripada 4 komponen yang saling berinteraksi
secara kompleks.
 4 komponen atau sistem alam sekitar ialah:-
 Biosfera (sistem ekologi)
 Litosfera (sistem geomorforlogi)
 Hidrosfera (sistem hidrologi)
 Atmosfera (sistem atmosfera)
 Setiap komponen tersebut membentuk sistem yang
mempunyai sempadannya sendiri.
 Sistem-sistem tersebut akan membekalkan sumber alam
yang sangat penting kepada manusia dan hidupan lain di
dalam bumi ini.
KOMPONEN BIOSFERA (SISTEM EKOLOGI)

 Komponen biosfera terdiri daripada semua organisma


hidup di bumi.
 Dapat dibahagikan kepada beberapa komponen
tertentu:-
 Biosfera daratan:-
 Terdiri daripada semua jenis flora seperti tumbuh-
tumbuhan (orkid, kaktus, cengal), fauna seperti haiwan
(ayam, gajah), serta manusia & mikroorganisma.
 Biosfera udara:-
 Terdiri daripada burung, kelawar, & lain-lain.
 Biosfera lautan:-
 Terdiri daripada ikan, zooplankton & rumpai laut.
KOMPONEN LITOSFERA (SISTEM
GEOMORFOLOGI)
 Dikenali sebagai kerak bumi atau lapisan
permukaan bumi paling luar yang pejal, keras &
mengandungi pelbagai jenis mineral.
 Litosfera juga terdiri daripada pelbagai bentuk
muka bumi seperti gunung-ganang, bukit-bukau,
lembah, daratan, pinggir pantai, gurun,
kepulauan & lembangan saliran.
 Pelbagai proses geomorfologi berlaku di
litosfera. Antaranya ialah luluhawa, hakisan,
pengangkutan, pemendapan & gerakan jisim.
KOMPONEN HIDROSFERA (SISTEM
HIDROLOGI)
 Hidrosfera merujuk kepada komponen air yang
terdapat di permukaan bumi, di dalam tanah,
wap air di atmosfera, ais & glasier.
 Air yang terdapat di permukaan bumi
termasuklah lautan, tasik, sungai, paya & kolam.
 Kira-kira 70% daripada permukaan bumi terdiri
daripada air.
 Hidrosfera dapat membekalkan air untuk
kehidupan serta habitat flora & fauna.
 Hidrosfera juga dapat membekalkan sumber
makanan & sebagai jalan perhubungan &
pengangkutan.
KOMPONEN ATMOSFERA (SISTEM
ATMOSFERA)
 Komponen atmosfera terletak di luar permukaan
bumi & menjadi tempat berlakunya fenomena iklim &
cuaca.
 Komponen ini terdiri daripada lapisan troposfera,
stratosfera, mesosfera, termosfera, ionosfera &
eksosfera.
 Setiap lapisan ini berbeza dalam aspek ciri-ciri
antara satu sama lain.
 Sistem atmosfera mempunyai saling kaitan antara
unsur iklim & cuaca yang berlaku di atmosfera
seperti suhu, hujan, tekanan udara & kelembapan
udara.
 Unsur-unsur iklim dan cuaca ini dapat dikaji
berdasarkan ruang & masa.
KOMPONEN BIOSFERA (SISTEM
EKOLOGI-SUMBER BIODIVERSITI)
 Bahagian kerak bumi & atmosfera – yang dihuni
oleh manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan &
mikroorganisma, bakteria, protozoa dan lain-lain.
 Terdiri daripada beberapa ekosistem - ekosistem
hutan, paya bakau, tasik, muara.
 Menjadi habitat atau tempat tinggal untuk segala
hidupan, membekalkan makanan, & kaya dengan
sumber biologi/ biodivesiti flora & fauna.
 Kepentingan kepada manusia - makanan,
perubatan, tadahan air, ekopelancongan, kayu
balak.
KOMPONEN LITOSFERA
 Lapisan luar bumi yang sangat pejal &
membentuk kawasan daratan (benua & pulau).
 Meliputi 29.3% permukaan bumi & selebihnya
dasar laut. Ketebalan 50 km di permukaan bumi
& 5 km di dasar laut.
 Komponen utama – batu-batuan & mineral.
 Sumber tanih yang subur untuk aktiviti
pertanian -tanih laterit, tanih gambut, tanih
aluvium.
 Sumber mineral - sektor perlombongan
pertoleum, gas asli.
KOMPONEN HIDROSFERA (SUMBER
AKUATIK-SUMBER MARIN)
 Meliputi laut, tasik, paya, kolam & sungai,
meliputi 70.8% permukaan bumi, 97.2% air
masin, 2.8% air tawar.
 Lautan merupakan komponen terpenting - 5
lautan utama - Hindi, Atlantik, Pasifik, Antartik &
Artik.
 Lautan – sumber alam yang penting- untuk
membekalkan air hujan, menyerderhanakan
suhu, protein & mineral seperti garam jenis halit.
 Sumber air tawar – sungai, tasik, kolam.
KOMPONEN ATMOSFERA
(SUMBER UDARA)
 Atmosfera merupakan komponen udara yang terdapat di
sekeliling bumi - ketebalan 1000m.
 Sumber utama ialah gas - 70%, terdiri daripada beberapa
jenis gas seperti nitrogen (78%), oksigen (20%), argon
(0.9%), karbon dioksida (0.03%) & lain-lain (neon, helium,
kripton & xenon).
 Terbahagi kepada beberapa lapisan:-
 Troposfera - menampung kehidupan manusia, haiwan &
tumbuhan serta menjadi penebat bahangan matahari &
bumi & membolehkan suhu bumi menjadi stabil.
 Stratosfera - 50 km dari permukaan bumi, tidak berawan -
gas ozon menyerap sinaran ultra ungu matahari.
SUMBER YANG BOLEH
DIPERBAHARUI
 Merupakan sumber alam yang boleh diulang pakai.
 Tidak akan pupus atau habis.
 Sumber yang dapat diganti & wujud semula setelah
digunakan.
 Contohnya, sumber hutan, tanah, tenaga biomas,
tenaga suria & tenaga hidro.
SUMBER YANG TIDAK BOLEH
DIPERBAHARUI
 Tidak boleh dikitar semula.
 Sumber tersebut akan habis serta-merta setelah
digunakan.
 Tidak boleh diganti.
 Contohnya, bahan api seperti arang, gas asli, tenaga
nuklear, galian seperti emas, timah, kaolin.
HUBUNG KAIT ANTARA MANUSIA
& SUMBER ALAM
 Membekalkan pelbagai jenis sumber kepada
kehidupan setempat.
 Masyarakat primitif amat bergantung kepada
alam sekitar untuk meneruskan kehidupan.
 Mengubah alam sekitar fizikal dalam memenuhi
keperluan & kehendak untuk meneruskan hidup.
 Pembangunan yang hendak dibina perlulah
mentitikberatkan alam sekitar supaya tidak
tercemar & mengganggu biodiversiti.
KONSEP DAYA TAMPUNG
SUMBER ALAM
 Daya tampung sumber alam merujuk kepada
keupayaan sesuatu sumber alam untuk menampung
& memenuhi keperluan penduduk pada tempoh
tertentu.
 Aras penduduk & keupayaan sumber alam perlu
seimbang untuk membolehkan daya tampung
sumber alam memenuhi keperluan penduduk.
 Daya tampung sumber alam tidak dapat dicapai
sekiranya berlaku lebihan penduduk dan sumber
yang terhad.
 Kesannya seperti kekurangan makanan, kebuluran,
wabak penyakit, krisis tenaga, krisis bekalan air
bersih & kehilangan sumber warisan.
KUANTITI & KUALITI SUMBER
ALAM
 Menjadi asas penting daya tampung sumber
alam berterusan.
 Malaysia mampu untuk menampung keperluan
makanan kerana adanya sumber tanah subur
untuk pertanian.
 Berbeza dengan negara Ethiopia kerana sumber
tanah di negara tersebut tidak subur dan tidak
sesuai untuk dijalankan kegiatan pertanian.
 Keadaan ini akan menyebabkan krisis
kekurangan sumber makanan di Ethiopia.
TAHAP TEKNOLOGI
 Faktor tersebut penting untuk membolehkan
sumber-sumber alam diteroka, diguna &
dikekalkan.
 Teknologi yang rendah akan menyebabkan daya
tampung sumber alam menjadi lemah .
 Sumber hutan di Kalimantan & Sumatera tidak
mampu dibangunkan dengan cekap kerana
tahap teknologi yang rendah di Indonesia.
 Sumber hutan disimpan sebagai stok sumber
walaupun penduduk memerlukannya untuk
menampung kehidupan.
PENGURUSAN SUMBER ALAM
YANG CEKAP DAN SISTEMATIK
 Faktor tersebut diperlukan untuk membolehkan
daya tampung sumber alam sentiasa berterusan.
 Malaysia menguruskan sumber hutan secara
lestari melalui projek perladangan hutan
kompensatori & rawatan sivilkultur.
 Pelaksanaan projek ini membolehkan:-
 Bekalan kayu untuk generasi akan datang
sentiasa berterusan.
 Fauna & flora sebagai sumber warisan dikekalkan.
 Kawasan tadahan air untuk bekalan sumber air
bersih lebih terjamin.
JUMLAH PENDUDUK
 Memastikan daya tampung sumber alam dapat
memenuhi keperluan peduduk bagi tempoh
tertentu.
 Lebihan penduduk akan menyebabkan daya
tampung sumber alam tidak berkesan.
 Konsep penduduk optimum perlu dilaksanakan
bagi mengatasi masalah lebihan penduduk (China,
Indonesia, India).
 Dasar kependudukan perlu dilaksanakan untuk
mengawal kadar kelahiran penduduk dengan:-
 Meningkatkan had umur layak untuk berkahwin.
 Meningkatkan kualiti hidup.
KESEIMBANGAN SISTEM
(EKOSISTEM)
 Komponen alam sekitar fizikal berada di dalam
satu sistem yang wujudnya interaksi antara satu
sama lain.
 Alam sekitar fizikal mempunyai angkubah,
tenaga, bahan & sempadan sebagai satu sistem
(ekosistem).
 Setiap angkubah berfungsi & bertindak balas
secara positif atau negatif antara satu sama lain
untuk mencapai keseimbangan apabila sistem
tersebut diganggu.
 Namun begitu, proses untuk mencapai
keseimbangan memerlukan tempoh masa yang
lama.
GANGGUAN TERHADAP SUMBER YANG
BOLEH DIPERBAHARUI (SUMBER ALAM)
 Ekosistem hutan akan terjejas apabila berlakunya
gangguan terhadap hutan primer sama ada secara
semula jadi atau tindakan manusia.
 Gangguan yang berlaku menyebabkan ekosistem hutan
mengalami perubahan melalui pemulihan kendiri atau
isotasi, iaitu daripada hutan primer kepada hutan
sekunder & kembali semula kepada hutan primer.
 Pemulihan kendiri memerlukan tempoh yang panjang &
mungkin tidak sempat dinikmati oleh generasi
seterusnya.
 Pengurusan ekosistem hutan secara bijak perlu
dilakukan untuk memastikan pemulihan kendiri tersebut
menjadi berkesan.
GANGGUAN TERHADAP SUMBER YANG
TIDAK BOLEH DIPERBAHARUI (SUMBER
TENAGA)
 Pengurusan yang sistematik & berhemah terhadap
sumber tenaga (petroleum & gas asli) dapat memastikan
ekosistem menjadi seimbang.
 Sumber alternatif (tenaga hidroelektrik, tenaga solar &
tenaga biomas) perlu dimajukan supaya kebergantungan
terhadap sumber yang diancam kepupusan dapat
dikurangkan.
 Untuk memajukan sumber alternatif, Malaysia perlu
meningkatkan keupayaan tahap teknologi & modal.
 Tahap teknologi yang sedia ada juga perlu diubah suai
supaya dapat menggunakan sumber alternatif tersebut.
 Langkah ini membolehkan keseimbangan ekosistem
bagi menjamin daya tampung sumber berterusan untuk
keperluan generasi akan datang.
KEPENTINGAN SUMBER KEPADA MANUSIA
DAN PEMBANGUNAN NEGARA
 Air
 Kegunaan domestik - minum, memasak,
membasuh & mandi.
 Pertanian - pengairan tanaman &
penternakan.
 Perindustrian - membersih, memproses &
menyejukkan mesin seperti di industri
nuklear.
 Menjana kuasa hidroelektrik seperti di
Empangan Kenyir.
UDARA(ATMOSFERA)
 Gas oksigen kepada manusia untuk
bernafas manakala gas karbon dioksida
kepada tumbuh-tumbuhan untuk proses
fotosintesis.
 Sumber tenaga yang menggunakan kuasa
angin dapat menjanakan kuasa elektrik
seperti kincir angin di Belanda & Sweden.
 Sebagai medium untuk suhu, tenaga
suria, air, kelembapan udara & tekanan
angin kepada kehidupan manusia.
TANAH TANIH
 Sebagai tempat pelbagai aktiviti pertanian dijalankan:-
 Tanah aluvium untuk penanaman padi sawah.
 Tanah laterit untuk penanaman getah dan kelapa sawit.
 Tanah chernozem untuk penanaman gandum.
 Tanah terra rossa untuk penanaman kopi.
 Tanah gambut untuk nanas.
 Tapak bina pertempatan dan industri seperti di kawasan
yang luas, rata, bertanah pamah , subur & mudah
dihubungi.
 Tanah tinggi sesuai dibina stesen pemancar seperti
stesen pemancar radio, televisyen & telekomunikasi.
HUTAN

 Sumber kayu (kayu balak) - bahan


binaan, perabot, pulpa & kertas.
 Ekopelancongan - hutan lipur,
taman rekreasi & taman haiwan
liar.
 Hasil hutan - getah, minyak wangi,
ubatan-ubatan herba & rotan.
PADANG RUMPUT
 Sumber makanan bagi industri penternakan.
Sebagai contoh, biri-biri & lembu tenusu seperti
di padang rumput steppe, savana & pampas.
 Kawasan penanaman & pengeluaran bijirin yang
penting. Contohnya, gandum ,barli, sekoi & oat.
Kawasan prairie menjadi kawasan tanaman
gandum utama di negara Amerika Syarikat &
Kanada.
 Habitat hidupan liar - singa, zirafah ,kuda belang
& harimau bintang.
MINERAL
 Membekalkan bahan api & sumber kuasa -
petroleum, gas asli, arang batu, uranium &
plutonium.
 Perkembangan industri logam (besi, timah, kuprum,
zink & plumbum) & industri bukan logam (kaolin,
asbestos, sulfur, fosfat & marmar).
KESAN TERHADAP ALAM SEKITAR
FIZIKAL (SISTEM GEOMORFOLOGI)
 Pembinaan petempatan, tapak perindustrian, &
jalan raya di cerun bukit mengakibatkan tanah
runtuh.
 Pemotongan susuh bukit & penarahan lereng-
lereng bukit dilakukan untuk kerja-kerja tersebut.
 Penebangan pokok di cerun bukit mengakibatkan
tanah tanih dihakis angkut & diruntuhkan oleh
gerakan jisim.
 Keseimbangan cerun terganggu apabila lereng
atau kaki bukit ditarah atau dipotong. Kejadian ini
berlaku di Bukit Antarabangsa pada tahun 1993.
AKTIVITI PERTANIAN DI LERENG
BUKIT
 Dapat mempercepatkan kadar hakisan cerun.
 Amalan pertanian yang berikut perlu
diutamakan oleh petani sekiranya
menjalankan aktiviti pertanian di lereng bukit:-
 Kaedah teresan/ penanaman tumbuhan litup
bumi.
 Sistem peparitan yang sempurna.
 Jika tidak dilakukan, lapisan tanih yang subur
dihakis angkut oleh larian air permukaan &
dimendapkan di kawasan tanah rendah.
PERMINTAAN PENDUDUK
TERHADAP KEDIAMAN MEWAH
 Untuk memenuhinya, cerun
bukit dipotong, ditarah, &
ditarahkan.
 Cerun yang terganggu tidak
akan stabil & meningkatkan
kadar hakisan kerana ketiadaan
tumbuh-tumbuhan litup bumi &
struktur tanih yang longgar.
KESAN TERHADAP SISTEM
HIDROLOGI
 Aktiviti penyahutanan – gangguan terhadap
sistem hidrologi akan mengakibatkan kawasan
tadahan air terjejas.
 Gangguan tersebut juga mengakibatkan
kapasiti takungan air di kawasan empangan
akan berkurang.
 Hal ini seterusnya akan mengakibatkan:-
 Bekalan air bersih berkurang.
 Penjanaan tenaga hidroelektrik dihentikan
serta-merta.
 Bekalan air untuk sektor perindustrian terjejas.
AKTIVITI PENURAPAN MUKA
BUMI
 Pembinaan jalan raya atau laluan pejalan kaki di
kawasan bandar.
 Aktiviti tersebut menyebabkan keupayaan kadar
susupan air hujan ke dalam tanah terhalang.
 Halangan ini akan mengakibatkan kuantiti larian
air permukaan meningkat ketika berlakunya isi
padu hujan bertambah.
 Banjir kilat boleh berlaku akibat kejadian
tersebut.
AKTIVITI PERINDUSTRIAN
 MENGAKIBATKAN KESAN PADA SKALA MIKRO
& MAKRO.
 SISTEM SUNGAI & TAKUNGAN AIR DI BANDAR
TERCEMAR AKIBAT DARIPADA PEMBUANGAN
BAHAN-BAHAN TOKSIK KE DALAM SUNGAI.
(SKALA MIKRO)
 SISTEM SUNGAI SETERUSNYA MEMBAWA
BAHAN-BAHAN TERSEBUT LALU DIENAPKAN
DI KAWASAN LAUT ATAU TASIK. (SKALA
MAKRO)
PEMBUANGAN SISA-SISA KUMBAHAN &
DOMESTIK & AKTIVITI PERTANIAN
 Untuk pembuangan sisa-sisa kumbahan &
domestik terutamanya di kawasan sungai akan
mengakibatkan:-
 Jumlah kandungan oksigen (Biochemical Oxygen
Demand) dalam air berkurang.
 Kandungan bakteria E-Coli bertambah.
 Aktiviti pertanian pula selalunya petani-petani
akan menyembur racun serangga atau ddt kepada
tanaman mereka. Racun tersebut akan
menyalirkan ke dalam sungai & seterusnya
mengakibatkan ekosistem sungai terganggu.
KESAN TERHADAP SISTEM
ATMOSFERA
 Kloroflorokarbon (CFC) digunakan dalam industri pembuatan
penghawa dingin, aerosol, & peti sejuk.
 Penggunaan CFC menyebabkan lapisan ozon semakin menipis
terutamanya di kawasan Artik & Antartik.
PEMBEBASAN GAS KARBON
DIOKSIDA
 Penyebab utama kesan rumah hijau – asap
kenderaan & industri.
 Menyebabkan suhu meningkat.
 Peningkatan suhu akan menyebabkan pemanasan
global & pemanasan setempat (pulau haba
bandar).
 Pulau bandar selalunya berlaku di daerah gombak
& selayang, manakala di luar negara pula, New
York & Tokyo menjadi sasaran utama pulau
bandar.
 Pulau haba juga dikenali sebagai ‘selimut haba
bandar’.
JEREBU
 Partikel-partikel terampai seperti debu, habuk, & asap
memenuhi ruang udara & menghasilkan jerebu.
 Partikel-partikel tersebut akan diserakkan di ruang
atmosfera & menyerap cahaya matahari.
 Penyelerakan & penyerapan ini menyebabkan ruang
sekeliling kabur & tidak jelas.
KESAN TERHADAP SISTEM
EKOLOGI
 Rantaian makanan dalam ekosistem hutan
terjejas.
 Habitat haiwan musnah.
 Edaran nutrien dalam ekosistem hutan musnah.
 Penduduk juga menyebabkan ekosistem akuatik
teranggu melalui aktiviti tebus guna,
penebangan hutan bakau, & pencemaran
sumber air.
 Aktiviti-aktiviti tersebut akan memusnahkan
pelbagai biologi (biodiversiti, flora dan fauna,
rantaian makanan, & habitat).
LANGKAH-LANGKAH
PERUNDANGAN
 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 – digubal
bertujuan untuk menghalang kemerosotan alam
sekitar & mempertingkat atau membaik kualiti
alam sekitar.
 Terdapat peruntukan tentang masalah
pencemaran alam sekitar seperti:-
 Pencemaran udara.
 Pencemaran bunyi bising (skala dB).
 Pencemaran tanah.
 Jabatan Alam Sekitar – mengambil tindakan
terhadap pesalah alam sekitar sama ada
menyaman, menyita premis, atau mengenakan
tindakan makhamah.
UNDANG-UNDANG LAIN
 Akta Pemuliharaan Tanah 1960 – kawalan untuk
mencegah berlakunya hakisan tanah di lereng bukit.
 Akta Perhutanan Negara 1984 – kerja-kerja pembalakan.
 Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974 – kawalan sistem
saliran.
 Akta Kerajaan Tempatan 1976 – kawalan sistem saliran di
bawah pihak berkuasa tempatan.
 Akta Perikanan 1986 – pemeliharaan hidupan akuatik.
 Akta Perhutanan Negara 1984 – larangan pembakaran di
hutan simpan.
 Akta Kerajaan Tempatan 1976 – pembebasan bahan
cemar ke udara.
LANGKAH-LANGKAH BUKAN
PERUNDANGAN (LANGKAH PENGURUSAN
STRATEGIK)
 Untuk mencegah & mengawal hakisan tanih &
kelodak.
 Kawasan pembinaan di cerun-cerun bukit –
membina sangkar dawai batu, menanam tumbuhan
litup bumi.
 Kawasan pertanian di cerun-cerun bukit –
menggunakan sungkupan, menanam pokok litup
bumi.
 Kawasan pembalakan – menanam semula hutan,
mewujudkan zon pembalakan iaitu sebahagian kecil
hutan akan disimpan untuk ditebang pokok-pokok
balaknya.
UNTUK MENGAWAL PENCEMARAN UDARA, AIR &
PEMANASAN GLOBAL SERTA KESAN RUMAH
HIJAU

 Sektor perindustrian – meninggikan cerobong


asap, menggunakan penapis asap (Catalytic
Converter).
 Sektor pertanian – menimbus sampah.
 Air – merawat sisa kumbahan & sisa buangan
industri sebelum dialirkan ke dalam sungai.
 Pemanasan global & kesan rumah hijau –
menggunakan pengangkutan awam yang mesra
alam seperti LRT, mengurangkan penggunaan
bahan-bahan yang tidak mesra ozon.
PENDIDIKAN ALAM SEKITAR &
KEMPEN KESEDARAN
 Pendidikan secara formal merangkumi tahap
rendah (memperkenalkan subjek Sains Alam &
Manusia kepada murid-murid tahap 2)
 Tahap menengah (memperkenalkan subjek
Geografi serta Sains kepada murid-murid dalam
semua tingkatan)
 Tahap tinggi (topik alam sekitar telah dijadikan
satu disiplin pengajian di semua universiti).
 Pendidikan secara tidak formal pula
merangkumi kerjasama badan kerajaan (Jabatan
Alam Sekitar) & badan bukan kerajaan (NGO)
serta pihak berkuasa tempatan.
 Kesimpulannya, kita telah berjaya menghuraikan
konsep & jenis sumber alam. Komponen alam
sekitar fizikal terdiri daripada 4 sistem utama, iaitu
sistem geomorfologi, sistem atmosfera, sistem
hidrologi & sistem ekologi. Seterusnya, sumber
alam di bumi juga boleh dikelaskan kepada sumber
yang boleh diperbaharui & tidak boleh
diperbaharui.
 Selain itu, alam sekitar amat penting kepada
manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup,
sebagai sumber ekonomi, & sebagai tempat
tinggal. Pertumbuhan penduduk pula telah
memberi kesan terhadap sistem geomorfologi,
hidrologi, atmosfera, & ekologi kepada sesuatu
kawasan setempat.

You might also like