You are on page 1of 13

KOLEJ UNDANG-UNDANG, KERAJAAN DAN PENGAJIAN ANTARABANGSA

PUSAT PENGAJIAN KERAJAAN


SEMESTER PERTAMA 2019/2020 (A191)

TUGASAN BERKUMPULAN
PBL3
GMGF2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN
KUMPULAN B

TAJUK TUGASAN : Comparison Analysis for National Budget 2019 and 2020.

NOMBOR KUMPULAN :1

DISEDIAKAN UNTUK
DR. SITI SYUHADAH BINTI MOHAMAD

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK


MUHAMAD FARHAN BIN ABU KHALID 261596
NUR HAFIZATUL INSYIRAH BINTI AMIR 261693
NUR HIDAYAH BINTI ABDUL JAES 261696
NOOR IZZATIE BINTI AHMAD 261867
MUHAMMAD AMIRUL ASHRAF BIN MOHD BUHARI 265063
GMGF2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN

Mukasurat 2 dari 13
GMGF2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN......... ........................................................................................................................... 4

2.0 ANALISIS PERUNTUKAN PENDIDIKAN BELANJAWAN 2020 ............................................... 5

3.0 PERBANDINGAN PERUNTUKAN PENDIDIKAN BAGI BELANJAWAN 2019 DAN 2020 .... 7

4.0 IMPAK DAN FAEDAH PERUNTUKAN PENDIDIKAN UNTUK RAKYAT .............................. 9

5.0 KESIMPULAN.......... ......................................................................................................................... 11

Mukasurat 3 dari 13
GMGF2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN

1.0 PENGENALAN

Belanjawan didefinisikan sebagai satu rancangan untuk mencapai program-program

kerajaan yang bersabit dengan objektif dan matlamat yang hendak dicapai bagi satu tempoh

tertentu melalui anggaran sumber yang diperlukan dan membandingkan dengan sumber yang

dianggarkan pada tahun lepas. Belanjawan memainkan peranan yang penting dalam menentukan

arah tuju dan kedudukan ekonomi negara.

Sektor pendidikan memainkan peranan penting dalam pembangunan sesebuah negara.

Mengabaikan kepentingan pendidikan seolah-olah mengekang pencapaian negara serta menyekat

keperluan individu sama ada untuk kepentingan peribadi mahupun masyarakat. Kepentingan

dalam sektor pendidikan ini boleh dilihat dengan jelas apabila terdapat peruntukkan perbelanjaan

terhadap sektor pendidikan yang mencatatkan jumlah yang tinggi. Hal ini kerana , kerajaan

berusaha untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan berguna pada masa hadapan.

Peruntukan belanjawan bagi tahun 2019 ialah sebanyak RM314.5 bilion dengan tema

Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera. Bagi belanjawan 2020 pula, sejumlah

RM297 bilion diperuntukkan secara keseluruhan dengan tema Kemakmuran Bersama: Menjana

Pertumbuhan Inklusif yang Berkualiti ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi.

Dalam belanjawan 2019, Kementerian Pendidikan Malaysia telah diberi peruntukkan

sebanyak RM60.2 bilion. Selain itu juga, Kementerian Pendidikan terus menerima peruntukan

terbesar dalam belanjawan 2020. Hal ini dapat didihat kepada jumlah belanjawan bagi sektor

Mukasurat 4 dari 13
GMGF2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN

pendidikan bertambah kepada RM64.1 bilion dalam belanjawan 2020. Berlaku peningkatan

sebanyak RM3.9 bilion berbanding dengan belanjawan 2019. Peruntukan tersebut menunjukkan

komitmen kerajaan untuk melabur dalam bidang pendidikan demi masa depan anak bangsa

Malaysia.

2.0 ANALISIS PERUNTUKAN PENDIDIKAN BELANJAWAN 2020

Sebagaimana yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam

pembentangan Belanjawan 2020 pada 11 Oktober yang lepas, Kementerian Pendidikan telah

memperoleh peruntukan terbesar jika dibandingkan dengan Kementerian lain, iaitu sebanyak

RM64.1 billion atau 21.58% dari jumlah keseluruhan Belanjawan tersebut. Hal ini

mencerminkan kesungguhan kerajaan persekutuan dalam mengutamakan sektor pendidikan demi

masa depan generasi akan datang walaupun sedang berhadapan dengan kemelesetan ekonomi.

Daripada jumlah peruntukan tersebut, RM735 juta bakal digunakan bagi menyelenggara

serta menarik taraf sekolah dengan pembahagian seperti di bawah:

JENIS SEKOLAH JUMLAH PERUNTUKAN


Sekolah Kebangsaan RM300 juta
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) RM50 juta
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) RM50 juta
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) RM50 juta
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) RM50 juta
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan RM50 juta
Sekolah Mubaligh RM50 juta
Sekolah Tahfiz RM50 juta
Sekolah Agama Rakyat & Persendirian RM25 juta
Sekolah Pondok yang berdaftar RM25 juta
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan RM20 juta
Sekolah Menengah Persendirian Cina RM15 juta
Mukasurat 5 dari 13
GMGF2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN

Dalam jadual di atas, dapat dilihat bahawa Sekolah Kebangsaan mendapat peruntukan

terbanyak berjumlah RM300 juta manakala Sekolah Menengah Persendirian Cina memperoleh

pembiayaan terkecil dengan sebanyak RM15 juta. Hal ini mungkin mengambil kira bilangan

Sekolah Kebangsaan yang jauh lebih besar daripada Sekolah Menengah Persendirian Cina.

Walaubagaimanapun, wujud pertikaian apabila jumlah yang diterima setiap Sekolah Kebangsaan

hanya RM38,600 manakala setiap Sekolah Menengah Persendirian Cina mendapat RM250,000.

Sekaligus menunjukkan berlakunya ketidakseimbangan daripada segi peruntukan.

Di samping itu, kerajaan juga telah memperuntukkan RM783 juta bagi membaik pulih

sekolah yang daif, terutama di Sabah dan Sarawak sebagai usaha bagi meningkatkan prasarana

sekolah terbabit agar dapat menyediakan suasana kondusif untuk sesi pembelajaran.

Kerajaan juga telah memperuntukkan dana bagi pembinaan sekolah baharu di Langkawi,

Kulai, Hulu Langat, Putrajaya, Pasir Gudang, Tumpat, Marang serta Johor Bahru bagi

meningkatkan daya jumlah kapasiti pelajar dalam sekolah, mengurangkan kesesakan pelajar di

sekolah lain serta melebarkan akses pendidikan di lokasi sasaran. Justeru dapat membantu dalam

menambah baik mutu pendidikan di sekolah-sekolah.

Seterusnya, sebanyak RM23 juta telah diperuntukkan untuk menyediakan kemudahan

mesra Orang Kelainan Upaya (OKU) di Sekolah Kebangsaan, bertepatan dengan dasar

Kementerian Pendidikan untuk tidak mengetepikan kebajikan pelajar OKU agar hak pendidikan

mereka tidak akan dinafikan. Ini adalah satu langkah positif kearah mencipta suatu sistem

Mukasurat 6 dari 13
GMGF2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN

pendidikan yang inklusif, apabila golongan OKU diberi kemudahan khas dengan harapan jumlah

enrolmen pelajar OKU dapat ditingkatkan di semua sekolah.

Selain itu, kerajaan dalam usaha untuk memperkasakan bidang Pendidikan Teknikal dan

Latihan Vokasional (TVET) melalui peruntukan sebanyak RM5.9 billion dengan harapan untuk

menjadikan program TVET sebagai salah satu arus perdana pendidikan negara. Seterusnya

membentuk satu tenaga kerja yang mampu memenuhi permintaan industri dalam era Revolusi

Industri 4.0.

3.0 PERBANDINGAN PERUNTUKAN PENDIDIKAN BAGI

BELANJAWAN 2019 DAN 2020

Terdapat perbandingan yang dapat dilihat dalam peruntukan bajet bagi sektor pendidikan

pada tahun 2019 dan tahun 2020. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerima

peruntukan terbesar sebanyak RM60.2 bilion pada tahun 2019 manakala sebanyak 64.1 bilion

pada tahun 2020. Berdasarkan bajet yang diperuntukkan kepada KPM, terdapat sedikit

peningkatan yang dapat dibandingkan didalam kedua-kedua tahun tersebut.

Antara peruntukan yang diterima oleh KPM pada tahun 2019 daripada kerajaan adalah

dana bantuan pendidikan sebanyak RM2.9 bilion, naik taraf dan selenggara semua sekolah

sebanyak RM652 juta, inisiatif bina semula sekolah daif termasuk dana sebanyak RM100 juta,

program latihan di politeknik dan kolej komuniti RM206 juta dan Dana Wibawa Pendidikan

Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) sebanyak RM30 juta.

Mukasurat 7 dari 13
GMGF2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN

Selain itu, inisiatif penting dalam bajet 2019 bagi sektor pendidikan juga adalah

memperkasakan aktiviti penyelidikan di IPT sebanyak RM400 juta, biasiswa dan pinjaman

pelajaran menerusi pelbagai agensi sebanyak RM3.8 bilion, geran padanan bagi Program

MyPAIR sebanyak RM30 juta. Seterusnya asalah mengenai strategi bagi memastikan PTPTN

kekal mampan iaitu melalui pelepasan cukai kepada syarikat membantu menyelesaikan baki

pinjaman PTPTN pekerja, pelepasan cukai pendapatan individu bagi Skim Simpanan Pendidikan

Nasional (SSPN) dinaikkan kepada RM6,000 kepada RM8,000 dan juga potongan pinjaman

kepada pelajar keluarga B40 yang mendapat keputusan kelas pertama.

Bagi bajet tahun 2020, antara peruntukan yang diterima adalah untuk tujuan

selenggara dan naik taraf sekolah di seluruh negara sebanyak RM735 juta, Sekolah Kebangsaan

(SK) menerima peruntukan RM300 juta, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis

Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara

(MRSM), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Tahfiz masing-

masing menerima RM50 juta. Selain itu, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Persendirian

dan Sekolah Pondok berdaftar masing – masing menerima RM25 juta manakala bagi Sekolah

Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK( menerima RM20 juta dan Sekolah Menengah Persendirian

Cina (SMPC) sebanyak RM15 juta. Peruntukan RM 783 juta juga diperuntukkan bagi usaha baik

pulih sekolah daif terutamanya di Sabah dan Sarawak selain membina sekolah di Langkawi,

Tumpat, Johor Bahru dan lain – lain lagi.

Berdasarkan bajet 2020 ini juga, peruntukan sebanyak RM23 juta disediakan untuk

tujuan kemudahan mesra Orang Kelainan Upaya (OKU) di sekolah kebangsaan dimana selaras

dengan dasar penolakan sifar yang telah diperkenalkan oleh KPM. Program pendidikan dan

Mukasurat 8 dari 13
GMGF2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN

latihan vokasional (TVET) menerima peruntukan sebanyak RM5.9 bilion, institusi pendidikan di

bawah MARA menerima RM1.3 bilion dan RM2 bilion untuk membiayai pinjaman yang bakal

memanfaatkan 50,000 pelajar.

Kesimpulannya, terdapat perbandingan terhadap peruntukan bagi sektor pendidikan pada

tahun 2019 dan tahun 2020 iaitu sebanyak RM 60.2 bilion kepada RM64.1 bilion iaitu

perbezaam sebanyak RM3.9 bilion. Oleh itu, terdapat beberapa pembaharuan yang lebih dalam

bidang pendidikan demi menjamin masa hadapan anak-anak muda di Malaysia.

4.0 IMPAK DAN FAEDAH PERUNTUKAN PENDIDIKAN UNTUK

RAKYAT

Pendidikan merupakan aspek yang paling penting untuk memacu negara ke arah negara

berpendapatan tinggi pada masa hadapan. Hal ini demikian kerana rakyat yang berpendidikan

akan memiliki ilmu serta kemahiran yang tinggi dan mampu meningkatkan ekonomi negara

standing negara-negara maju yang lain seperti Jepun, Amerika Syarikat dan China. Baru-baru

ini, menerusi Bajet 2020 sektor pendidikan menerima peruntukan yang paling tinggi iaitu

sebanyak RM64.1 bilion berbanding RM60.2 bilion pada Bajet 2019. Berlaku peningkatan

sebanyak RM3.9 bilion atau 6.48%. Oleh itu, pihak kerajaan dapat memberikan kualiti

pendidikan yang lebih kondusif kepada rakyat Malaysia. Terdapat pelbagai faedah yang akan

dinikmati oleh rakyat melalui peruntukan bagi bidang pendidikan menerusi Bajet 2020.

Mukasurat 9 dari 13
GMGF2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN

Melalui peruntukan bajet sebanyak RM64.1 bilion, RM735 juta diperuntukkan bagi

menyelenggara dan menaiktaraf sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Perkara ini termasuklah

membaiki sebarang kerosakan yang berlaku serta menambahkan kelengkapan proses pengajaran

dan pembelajaran (P&P) seperti kerusi, meja, papan putih dan sebagainya. Hasilnya, setiap

sekolah mampu melahirkan pelajar-pelajar yang beretika dan memiliki ilmu pengetahuan yang

tinggi kerana persekitaran yang selesa dapat memberikan motivasi kepada mereka.

Selain itu, sebanyak RM23 juta akan diperuntukkan untuk kemudahan mesra orang

kelainan upaya (OKU) di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Umum mengetahui bahawa

golongan OKU memerlukan kemudahan khas bagi memudahkan pergerakan mereka seharian.

Oleh itu, dengan peruntukkan ini, pihak Kementerian Pendidikan Tinggi dapat menyediakan

“trail” bagi golongan OKU yang menggunakan kerusi roda untuk bergerak di sekolah. Selain itu,

pihak Kementerian Pendidikan Tinggi boleh melantik lebih ramai guru-guru pendidikan khas

untuk ditempatkan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia supaya golongan OKU mendapat

pendidikan yang setaraf seperti golongan biasa. Hasilnya, nasib golongan OKU akan menjadi

lebih baik dan mampu menembusi pasaran kerja pada masa akan datang.

Di samping itu, faedah yang diperoleh daripada peruntukan bagi bidang pendidikan

adalah meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran kerja bagi graduan daripada instiusi

kemahiran atau Technical and Vocational Education and Training. (TVET). Antara TVET yang

ada di Malaysia adalah seperti Kolej Vokasional, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan

lain-lain lagi. Daripada jumlah bajet yang diperuntukkan, sebanyak RM5.9 bilion disalurkan

kepada institusi kemahiran manakala Institusi Latihan dan Kemahiran Awam (ILKA) dibenarkan

menggunakan lebihan hasil untuk menaiktaraf peralatan dan melantik pengajar industri.

Mukasurat 10 dari 13
GMGF2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN

Hasilnya, pelajar daripada institusi dapat menikmati peralatan yang mencukupi untuk

memudahkan pembelajaran teori dan praktikal. Oleh itu, graduan daripada institusi ini mampu

bersaing untuk meningkatkan kemahiran masing-masing supaya dapat memasuki sektor

pekerjaan pada masa hadapan.

Sebagai kesimpulan, sektor pendidikan mempunyai peruntukkan yang paling tinggi

dalam Bajet 2020. Oleh itu, rakyat Malaysia dapat memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi di

samping kemahiran yang diperoleh bagi mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi

pada masa hadapan.

5.0 KESIMPULAN

Belanjawan 2020 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan iaitu Lim Guan Eng

akan menjadi sebuah belanjawan yang bersifat komprehensif dengan mengutamakan

kepentingan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa atau kaum

sekaligus mencerminkan perancangan sistematik sebuah kerajaan yang bertanggungjawab.

Selain itu, penekanan utama kerajaan dalam belanjawan 2020 adalah terhadap

tanggungjawab dalam memacu pertumbuhan ekonomi yang dapat memberi manfaat kepada

pelbagai pihak. Bagi mencapai hasrat tersebut, kerajaan akan terus komited untuk menguruskan

perbelanjaan secara dan kreatif demi menjamin kualiti perkhidmatan kepada rakyat.

Mukasurat 11 dari 13
GMGF2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN

Seterusnya, walaupun jumlah belanjawan 2019 lebih banyak daripada jumlah belanjawan

2020, peruntukkan bagi sektor pendidikan meningkat dan ia merupakan peruntukkan yang

tertinggi. Selain itu juga, belanjawan 2020 disifatkan cukup inklusif dan berupaya memberi

banyak manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

Kesimpulannya ,belanjawan merupakan satu perancangan tahunan yang mempunyai

kepentingan tersendiri bagi mewujudkan pertumbuhan ekonomi dan agihan pendapatan yang adil

dalam rangka kewangan yang mantap. Ia mengandungi perancangan ekonomi, kewangan dan

sosial untuk pertumbuhan yang berterusan serta menjamin agihan kekayaan negara dengan adil.

Mukasurat 12 dari 13
GMGF2014 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN

6.0 RUJUKAN

Shaharuddin, N. (n.d.). GMGF 2023 Pentadbiran Kewangan. Retrieved from


https://www.academia.edu/25759204/GMGF_2023_Pentadbiran_Kewangan.

Laila, O. N. A., Ishak, M. A. N. R., & Khairudin, M. K. A. M. (2019, October 11). Pendidikan
terima peruntukan tertinggi. Retrieved from
https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2019/10/616641/pendidikan-terima-peruntukan-
tertinggi.

GC.editor. (2019, October 15). Ringkasan Intipati Bajet 2020 Belanjawan Malaysia. Retrieved
from https://www.gcarian.com/bajet-2020.jsp.

Pendidik2U. (2018, November 6). 12 Inisiatif Untuk Pendidikan Belanjawan 2019. Retrieved
from https://www.pendidik2u.my/belanjawan-2019-untuk-pendidikan/.

Mukasurat 13 dari 13

You might also like