You are on page 1of 13
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA yefon Jabatan Pendidikan Negeri Johor Penarah Jalan Tun Abdul Razak Tinton zal) 80604, Johor Bahru Laman Web + wn fnfohormoe.govzmy Johor Darul Ta’zim Emel Jpn johor@moe.gov.my_ Rujukan Kami: JPNJ.SPA.600-2/1/18 ( 4S ) Tarikh 62Vanuari 2020 4. Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Johor 2, Semua Pengetua dan Guru Besar, Sekolah-sekolah Negeri Johor Tuan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 9 / 2000 : PANDUAN KESELAMATAN DIRI PELAJAR SEMASA PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN SERTA KEGIATANKOKURIKULUM DAN SUKAN DI DALAM DAN DI LUAR KAWASAN SEKOLAH DAN SURAT PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN & TAHUN 2016 : PANDUAN KESELAMATAN SURAT SEMASA PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN SERTA KEGIATAN KOKURIKULUM DAN SUKAN DI DALAM DAN DI LUAR KAWASAN SEKOLAH Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2 Bersama dengan ini dilampirkan bersama Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/2000 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2016 sebagai panduan pihak tuan berhubung panduan keselamatan diri pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan serta panduan keselamatan peralatan dan kawasan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan dilaksanakan. 3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah mestilah membuat semakan dan pemeriksaan terhadap peralatan, gelanggang dan kawasan yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran berpandukan kepada Surat Pekeliing Ikhtisas Bil.9/2000 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2016 bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pelajar. Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan tentang perkara ini sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih, Bersama-sama ini dilampirkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/2000 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2016 untuk rujukan pihak tuan. 4, Sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Rosiah binti Mohamad, Penolong Pengarah Sains Sosial, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Johor di talian 07-2310172 atau 019- 7716575. Kerjasama daripada tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” ‘Saya yang menjalankan amanah, ’ cite, (HAJPRZMAN BIN ADNAN ) _- Pengarpih Pendidikan Negeri Johor ee asa/USSPIPK PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Office of the Director General of Education Malaysia PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA, Level 7 Block J Damansara Town Centre 50604 KUALA LUMPUR ‘Tel: 08-2586800 Fax: 03-2535150 KP (BS) 8591/JId.XVI (9) 30 Mac 2000 ‘Semua Pengarah Pendididikan Negeri Y.Bhg. Datuk/Dato'Tuan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 9/2000: Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah Kementerian Pendidikan memandang amat serius akan beberapa insiden kemalangan, membabitkan murid sekolah yang berlaku sejak akhir-akhir ini, Kemalangan yang berlaku didapati telah membawa kepada kecederaan dan kematian pelajar kerana terhempap palang gol, terlanggar tiang gol, terkena lontaran peluru dan terjatuh di dalam tangki najis. Berlakunya insiden-insiden sedemikian, menggambarkan bahawa pihak pengurusan sekolah telah mengabaikan aspek keselamatan yang sepatutnya sentiasa diberi perhatian dan keutamaan. 2. Pihak sekolah adalah dipertanggungjawabkan, untuk memastikan keselamatan diri pelajar terjamin semasa berada di sekolah. Oleh itu langkah-langkah keselamatan perlu diwujud dan diamalkan untuk mengelak atau mengawal sebarang kemungkinan berlakunya kemalangan di kalangan murid ketika menjalani aktiviti di sekolah, sama ada aktiviti-aktiviti pembelajaran, pendidikan jasmani, kegiatan kokurikulum atau sukan. 3. Surat Pekoliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memperingatkan kepada semua Pengetua dan Guru Besar supaya sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan- kemungkinan yang boleh berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini ke atas diri murid serta mengambil langkah-langkah proaklif untuk mengelakkannya. 4. Sebagai panduan, berikut adalah di antara beberapa langkah yang sewajamya dilakukan:- 4.1 Guru Opsyen Pendidikan Jasmani dan Kesihatan: 4.1.1 Menjaga keselamatan murid dengan rapi semasa di dalam atau di luar bilik darjah 4.1.2. Bertanggungjawab mengeluar, mengguna dan menyimpan alat-alat sukan walaupun boleh dibantu oleh murid, 42 43 44 45 Guru Kokurikulum dan Sukan: 4.2.4 Guru-guru_mestilah mengawasi dan peka terhadap keselamatan murid-murid yang melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum dan sukan, 4.2.2 Guru-guru hendaklah memastikan semua alat sukan berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum digunakan. Murid: 4.3.1 Sellap murid perlu mendapatkan kebenaran bertulis dari ibu bapa atau penjaga dan pengetua atau guru besar untuk mengambil bahagian di dalam sukan dan aktiviti Kokurikulum di luar sekolah. 43.2. Keselamatan dan kebajikan murid perlu diberi keutamaan seperti makanan dan minuman dan lain-lain lagi, 4.3.3. Guru hendaklah mengiringi murid dalam semua aktivii di luar kawasan sekolah, Sekiranya terdapat murid perempuan, seorang guru wanita hendaklah mengiringl pasukan tersebut 4.3.4 Kesihatan murid perlu diberi pethatian dan diambil kira. 4.3.5 Murid yang mempunyai penyakit kronik tidak boleh dipaksa mengambil bahagian, 4.3.6 Bagi semua aktiviti lasak, murid-murid dikehendaki menjalani pemeriksaan doktor terlebih dahulu. 4.3.7 Murid-murid yang cedera, semput atau lelah (asthma) tidak dibenarkan mengambil bahagian. Skim Perlindungan Diri: 4.4.1. Sekolah digalakkan mengadakan skim perlindungan diri untuk semua murid yang merangkumi perkara-perkara berikut: a) _kemalangan dalam perjalanan pergi dan balik sekolah, b) _kemalangan dalam perjalanan pergi dan balik bersukan. c) _kemalangan semasa menyertai sukan dan kokurikulum, d) —_kemalangan yang disebabkan peralatan sukan yang masih dalam ‘warranty’ Penyelenggaraan Peralatan Sukan (Stor Sukan): 4.5.1 Peralatan sukan yang dianggap merbahaya dan jika diabaikan boleh membawa maut adalah Lembing, Peluru, Cakera, Tukul Besi, Tiang Lompat Tinggi, Tiang Lompat Bergalah, Kayu Hoki, Kayu Golf, Bad Kriket, Bola Hoki, Bola Kriket, Bola Golf, Bola Baling, Bola Billiard, Dart, Spikes, Anak Panah dan Peralatan Gimnastik. 46 47 48 452 453 454 455 456 457 458 459 Pastikan semua latihan sukan yang menggunakan peralatan yang merbahaya seperti yang dinyatakan dalam 4.5.1 diadakan pada hari ‘atau masa yang berasingan dengan latihan sukan Iain. Peralatan merbahaya hendaklah disimpan, dijaga dan diawasi penggunaannya dengan rapi sepanjang masa, Alat-alat sukan mestilah diletakkan pada tempat khas yang mudah diambil oleh orang-orang yang ditugaskan sahaja. Setiap alat yang dikeluarkan dari stor sukan mestilah direkodkan dalam buku keluar-masuk alat-alat sukan oleh guru atau jurulatih sahaja, Peralatan sukan tidak boleh dibawa pulang ke rumah oleh seslapa pun dan ia hendaklah diambil dan dipulangkan pada hari yang sama. Mempunyai kawasan yang selamat untuk menyimpan semua peralatan yang tidak digunakan. Penjaga stor hendaklah memeriksa dan memastikan peralatan yang baik sahaja yang boleh dikeluarkan. Peralaian yang sudah rosak hendaklah dilaporkan pada pentadbir ‘sama ada untuk diperbaiki atau dimusnahkan. Peralatan Sukan: 461 462 463 Peralatan sukan seperti Tiang Gol hendaklah ada ‘warranty’ daripada pembekal selain daripada piawai yang diluluskan oleh undang-undang persatuan sukan. Semua peralatan yang sudah tamat tarikh luput hendaklah dimusnahkan dengan serta merta. ‘Adalah salah membeli, meminjam atau memberi pinjam, mengguna peralatan sukan yang tidak mendapat pengiktirafan dari Badan Sukan. Kawasan Sukan/Permainan: aq Kawasan latihan, permainan atau sukan hendaklah berada dalam keadaan yang baik dan terurus. Kawasan Larangan: 48.4 Kawasan Larangan dan merbahaya adalah kawasan yang dibenarkan kepada gurujjurulatih sahaja untuk mengawasi aktiviti sukan. a) Kolam Renang. b) Dewan Gimnastik. ©) Bilik Kecergasan/Latihan Beban, d) Stor Sukan. e) Kawasan Berpagar tempat menyimpan peralatan sukan yang besar seperti Tiang Gol. 4.9 Cuaca/Musim: 4.9.1 Adalah dilarang sama sekali menjalankan aktviti sukan di tempat lapang semasa cuaca buruk dan adanya kilat atau peti. 4.9.2. Adalah tidak dibenarkan mengadakan aktviti sukan semasa hujan dan ribut petir, sama ada di padang atau kolam renang. 49.3 Berhentikan akliviti sukan apabila keadaan menjadi gelap kerana hendak hujan. 410 Laporan Kemalangan atau Kecederaan: 4.10.1 Sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku hendaklah disiasat dan dilaporkan kepada pengetua atau guru besar dengan segera. 4.10.2 Semua jenis kemalangan mestilah direkodkan, 4.11 Aktiviti Sukan Kemahiran Tinggi: 4.11.4 Segala aktiviti sukan seperti gimnastik terjun dan lain-lain yang memerlukan kemahiran tinggi perlu diajar oleh guru sukan yang bertauliah, 4.41.2 Pastikan ada ‘life saver’ yang bertauliah bertugas semasa aktivit- aktiviti sukan renang dijalankan. 442 Pelaporan Aktiviti (Penilaian): 4.12.1 Guru pengiring mestilah membuat laporan bertulis kepada pihak sekolah mengenal sebarang aktiviti yang dijalankan atau disertal. 5. Surat Pekeliling Ikhtisas ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling ikhtisas Bil. 1/1995 bertarikh 6 April 1995, dan sila maklurnkan kepada Pengotua dan Guru Besar sekolah-sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato/Datuk/Tuan. Sekian, “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA™ DAte~BR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia sk 10. Y.B. Tan Sri Dato! Musa Bin Mohamad Menteri Pendidikan Malaysia Y.B. Dato’ Abdul Aziz Bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Y.B. Dato’ Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Y.8. Dato' Mahadzir Bin Mohd Khir Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan ‘Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan ‘Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan Ketua Nazir Sekolah Pegawai Perhubungan Awam KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA, leew Srwor Gono Eaizaon eye et [ARAS 8, BLOK E@ MAUAISIAS (ove 8 oc Es ICOWPL ERS KERAJAAN PARCEL E SSronmen Conpoe pucre if PUSATPENTADBIRARKeRaJAAN PeRseKUTUAN THO 8804007 Fodoa! Goverment Admnitetne Conte Feiaro9g000 4040 (62604 PUTRAJAVA KP/KPPMIG Jid. 2 ( #2.) ab Ogos 2016 Semua Ketua Bahagian Semua Pengarah Pendidikan Negeri YBhg. Datuk/ Datin/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 5 TAHUN 2016: PANDUAN KESELAMATAN SEMASA PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN SERTA KEGIATAN KOKURIKULUM DAN SUKAN DI DALAM DAN DI LUAR KAWASAN SEKOLAH TUJUAN 1. Surat Pekeliing Ikhtisas ini dikeluarkan bertyjuan memaklumkan panduan keselamatan yang perlu dipaluhi semasa pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta kegiatan kokurikulum dan sukan di dalam dan di luar kawasan sekolah, LATAR BELAKANG 2, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius insiden yang melibatkan kebajikan dan keselamatan guru dan murid semasa di sekolah mahupun ketika mengikuti aktiviti pendidikan di luar. Semua pihak yang terlibat perlu mengambil berat dan memberi perhatian untuk mengelak atau mengawal sebarang kemungkinan berlakunya kemalangan dalam kalangan murid atau guru ketika menjatani aktiviti di dalam dan di luar kawasan sekolah, sama ada aktiviti pendidikan jasmani dan kesihatan serta kegiatan kokurikulum atau sukan. 3. Sehubungan dengan itu, peringatan ini dikeluarkan dengan tujuan menyediakan maklumat tambahan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil, 9/2000 bertarikh 30 Mac 2000, yang wajar diberi perhatian oleh semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan aktiviti berkaitan. PELAKSANAAN 4. Surat pekeliling ikhtisas ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2000 bertarikh 30 Mac 2000. Berikut adalah maklumat tambahan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil, 9/2000 tersebut: 4.1 Tafsiran 4.1.1 Peralatan Sukan Peralatan sukan dalam konteks ini termasuklah semua peralatan yang digunakan dalam aktiviti Pendidikan Jasmani, aktiviti kokurikulum, aktiviti sukan dan aktiviti Pendidikan Khas 4.1.2. Aktiviti Sukan Segala aktiviti Pendidikan Jasmani, aktiviti Kokurikulum, aktiviti sukan dan aktiviti Pendidikan Khas. 4.1.3. Kawasan Sukan/Permainan Meliputi kawasan atau lokasi serta kemudahan sedia ada bagi pelaksanaan aktiviti Pendidikan Jasmani, aktiviti kokurikulum, aktiviti_sukan dan aktiviti Pendidikan Khas termasuk Pusat Kokurikulum dan Pusat Kecemerlangan Sukan. 4.4.4 Aktiviti Sukan Kemahiran Kehadiran gurujurulatih bertauliah dikehendaki sepanjang masa aktiviti dijalankan bagi memantau serla mengawasi semua aktiviti kokurikulum, aktiviti sukan, dan aktiviti Pendidikan Khas yang berisiko tinggi 42 43 44 Skim Perlindungan Diri ‘Semua jenis pengangkutan darat, air dan udara yang digunakan untuk membawa — murid-murid, dikehendaki ~ mematuhi_—_peraturan pengangkutan berkaitan yang sedang berkuatkuasa. Peralatan dan Penyenggaraan Peralatan Semua_peralatan hendaklah direkod dan diselenggara_mengikut Tatacara Pengurusan Aset yang sedang berkuatkuasa: Pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit bagi aktiviti pendidikan jasmani dan kesihatan serta kegiatan kokurikulum atau sukan adalah seperti borikut: 4.4.1 Penyakit berjangkit adalah penyakit yang boleh disebarkan kepada manusia melalui pelbagai cara seperti melalui makanan dan minuman tercemar, udaraltitisan air, gigitan vektor (serangga) dan juga berpunca daripada haiwan (zoonosis), 4.4.2 Langkah pencegahan dan kawalan yang perlu diambil oleh semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan aktiviti Kokurikulum, aktiviti sukan, dan aktiviti Pendidikan Khas bagi menjaga keselamatan dan kesihatan murid dan guru ketika aktiviti tersebut dijalankan terbahagi kepada tiga (3) fasa, iaitu: a. Sebelum aktiviti dijalankan i, Pihak — sekolah/penganjur —_perlulah_~— mendapatkan maklumat risiko dan nasihat berkaitan penyakit berjangkit di kawasan aktiviti yang akan dijalankan daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berhampiran _sekurang- kurangnya sebulan sebelum tarikh aktivt. ii, Guru dan murid yang mempunyai simptom atau gejala penyakit berjangkit seperti demam, cirt-birt, muntah, selsema dan batuk yang telah disahkan oleh pengamal b. perubatan tidak dibenarkan untuk mengikuti aktiviti bagi mengelak sebarang penyakit berjangkit. Pihak sekolahipenganjur boleh mendapatkan maklumat berkaitan pencegahan penyakit berjangkit metalui laman sesawang rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) www.moh.gov.my,Portal MyHealth wav. myhealth.gov.my dan Info Sihat waw.infosihat.gov.my. Pihak sekolah/penganjur perl. memastikan pengendali makananlcaterer — mematuhi —-Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan sedia ada. Pihak sekolah/penganjur digalakkan untuk membuat lawatan lapangan awal untuk menilai risiko keselamatan dan kesihatan. Semasa aktiviti dijalankan Guru dan tenaga pengajar mestiah menerangkan kepada murid berkaitan fangkah-langkah pencegahan bagi penyakit berjangkit seperti leptospirosis, malaria, keracunan makanan dan penyakit berjangkit lain yang berkaitan Murid perlu mengamalkan dan mematuhi langkah-langkah pencegahan tersebut bagi mengelak penyakit berjangkit. Minum air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan. Elakkan daripada minum air sungaifkolam yang tidak dimasak Makan makanan yang selamat (amalkan lihat, hidu dan rasa), v. Menjaga kebersihan kawasan persekitaran tempat aktiviti dan tidak membuang sampah/lebihan makanan di merata- rata kerana ia boleh mengundang lalat dan tikus serta vektor pembawa penyakit vi, Guru atau murid mengalami gejala! tanda-tanda penyakit berjangkit seperti demam, muntah, citit-birit dan selsema semasa menjalani aktiviti sukan atau kokurikulum perlulah mendapatkan rawatan segera di Klinik yang berhampiran. Maklumkan kepada pengamal perubatan mengenai tempat dan aktiviti yang sedang diikuti ¢, — Selepas aktiviti dijalankan i, Gurufmurid perlu memantau kesihatan diri sendiri selepas aktivili sukan dan kokurikulum tersebut dalam tempoh sebulan, ii, Sekiranya guru atau murid mengalami gejala / tanda-tanda penyakit berjangkit seperti demam, muntah, cirit-birit dan selsema selepas menjalani aktiviti sukan atau kokurikulum perlulah mendapatkan rawatan segera di Klinik yang berhampiran. Maklumkan kepada pengamal perubatan mengenai tempat dan aktiviti yang telah dikutl ©. Aktiviti kokurikulum, aktiviti sukan, dan aktiviti Pendidikan Khas yang membabitkan air seperti di laut, sungai, air terjun, tasik, kolam atau seumpamanya juga adalah tertakluk kepada Perkara 4.4.2. 6. Pelaksanaan semua akitivili pendidikan jasmani dan kesihatan sera kegiatan kokurikulum atau sukan mesti mematuhi Prosedur Arahan Standard (SOP) dan peraturan program serta lokasi mengikut bidang masing-masing yang sedia ada. TARIKH KUAT KUASA 7. Surat pekeliling ikhtisas ini berkuat kuasa pada tarikh surat pekeliing ini dikeluarkan, TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 8 YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan dimohon mengambil tindakan memaklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pecawai yang bertanggungjawab di bahagian-bahagian KPM, jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan pengetua di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Datin/tuan/puan. Sekian. Terima kasih, “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” (TAN SRI DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF) Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru merangkap Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sks 10. YB. Menteri Pendidikan Malaysia YB, Timbalan Menteri Pendidikan | YB. Timbalan Menteri Pendidikan Il Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Mataysia Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Ketua Nazir Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan Malaysia Pegawai Pethubungan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia

You might also like