You are on page 1of 6

Kegagalan Greece dalam Memulihkan Ekonomi

1.0 Abstrak
Pada akhir tahun 2009, Greece yang merupakan salah satu daripada 28 anggota
Kesatuan Eropah (EU) telah menghadapi krisis ekonom. Krisis ini berpunca
daripada pengurusan ekonomi yang lemah dan perbelanjaan yang tidak efisien.
Sehubungan dengan itu kerajaan Greece telah meminta bantuan daripada EU dan
Dana Wang Antarabangsa (IMF) bagi membantu menyelamatkan ekonomi Greece.
Hasil daripada bantuan dan pinjaman tersebut ia telah digunakan untuk membiayai
kos operasi awam dan membayar hutang kerajaan Greece. Walau bagaimanapun
komitmen pinjaman yang diberikan serta keyakinan terhadap ekonomi dan sistem
kewangan EU terus diragui. Tambahan pula, pilihan yang terbuka kepada Greece
untuk memperbaiki ekonominya mempunyai risiko yang sangat tinggi. Jika masalah
ekonomi yang dihadapi oleh Greece ini tidak diselesaikan maka ia boleh mengheret
ekonomi Eropah ke kancah kemelesetan kerana industri pelancongan yang
merupakan penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara
mengalami kemerosotan jumlah pelancong dari dalam dan luar negara.

2.0 Pengenalan

Greece mempunyai ekonomi kapitalis dengan sektor awam kira-kira 40 peratus


daripada KDNK dan KDNK per kapita kira-kira dua pertiga ekonomi zon euro.
Pelancongan menyediakan 18 peratus daripada KDNK. Pekerja asing
menyumbangkan hampir satu perlima daripada tenaga kerja, terutamanya dalam
bidang pertanian dan pekerjaan tidak mahir. Secara puratanya ekonomi Greece
berkembang sebanyak 4 peratus setiap tahun dari tahun 2003 sehingga 2007. Namun
pada tahun 2009, ekonomi Greece mengalami masalah akibat daripada krisi
kewangan dunia, pengetatan syarat kredit dan kegagalan Athens untuk mengatasi
defisit belanjawan yang semakin meningkat.

Menjelang 2013 ekonomi Greece telah mengucup sebanyak 26 peratus berbanding


dengan tahap sebelum krisis pada tahun 2007. Pada tahun 2008, pengangguran telah
meningkat sebanyak 28 peratus. Dua industri terbesar Greece iaitu pelancongan dan
perkapalan terjejas teruk oleh kemelesetan dengan pendapatan jatuh sebanyak 15
peratus. Hutang kerajaan Greece telah mencecah sehingga 113 peratus manakala
defisit perbelanjaan kerajaan pula 13.6 peratus dari KDNK pada 2009. Kedudukan
sektor awam menjadi genting sehingga pendapatan kerajaan tidak cukup untuk
membayar gaji kakitangan awam.
Sejak krisis hutang Greece bermula banyak bank-bank antarabangsa dan pelabur
asing menjual bon mereka dan berharap bahawa mereka tidak terdedah dengan apa
yang berlaku di Greece serta pada masa yang sama negara-negara lain yang
menghadapi krisis di zon euro seperti Portugal, Ireland dan Sepanyol telah
mengambil langkah membaik pulih eknomi mereka agar tidak terdedah kepada
penularan pasaran yang tidak baik.

3.0 Mata Wang Drachman


Masalah yang dihadapi oleh Greece telah menjadi isu hangat di Eropah kerana
masyarakat Eropah khususnya anggota EU bimbang kesan krisis ekonomi Greece
memberikan ancaman terhadap ekonomi Eropah. Krisis ekonomi yang berlaku di
Greece telah menyebabkan kerajaan Greece hampir kehabisan tunai. Tambahan pula
oleh disebabkan Greece menggunakan mata wang Euro maka Greece tidak boleh
mencetak wangnya sesuka hati kerana pencetakan wang hendaklah melalui Bank
Pusat Eropah(ECB). Menurut pakar ekonomi, krisis kewangan, Greece sangat
membimbangkan sekiranya mereka gagal membayar hutang dan terpaksa keluar
daripada Euro maka ia mungkin akan membuat kejutan kewangan global yang lebih
besar daripada keruntuhan Lehman Brothers lakukan. Lehman Brothers merupakan
bank Amerika Syarikat yang telah mengalami krisis kewangan terbesar dalam
sejarah. Pada 15 September 2008 Lehman Brothers telah di isytiharkan muflis
dengan asset bernilai $639 000 000 000. Manakala hutang sebanyak $619 000 000
000. Maka ada desas desusu yang menyatakan Greece harus mengembalikan
penggunaan mata wang asal mereka bagi membaiki ekonomi mereka akibat daripada
penerimaan bailout sebanyak tiga kali.

Namun ada juga beberapa golongan tidak bersetuju penggunaan mata wang
Drachma kerana mereka khuatiri mata wang tersebut tidak laku. Penggunaan mata
wang Drachma Greece mungkin tidak seburuk yang disangka oleh orang lain.
Drachma merupakan mata wang Greece sebelum menyertai Euro. Jika Greece
meninggalkan Euro, semua mata wang Greece akan bertukar kepada Drachma.
Peralihan mata wang Greece menjadi kebimbangan besar kerana penggunaannya
akan menjadikan Drachman tidak bernilai. Oleh yang demikian, rakyat Greece tetap
mahu negaranya menganggotai anggota Zon Euro daripada kembali kepada
penggunaan mata wang Drachma walaupun berhadapan dengan penutupan bank-
bank serta kekurangan wang tunai dalam automated teller machine (ATM).
Menjadi persoalan, mampukah kerajaan Greece mencetak wangnya sendiri kerana
mencetak nota wang yang tidak dibenarkan itu merupakan pengisytiharan perang ke
atas Bank Pusat Eropah. Sekiranya Greece menggunakan mata wang Drachma
akibat daripada pengunduran mereka dari Zon Euro maka inflasi akan melambung.
Barang-barang import seperti makanan dan minyak mungkin perlu di catu.
Manakala syarikat-syarikat yang meminjam dalam Euro akan muflis dan kerajaan
perlu mengimbangi bajet mereka dengan segera. Tetapi selepas beberapa tahun
ekonomi Greece akan kembali stabil kerana matawangnya lebih murah dan
eksportnya akan lebih berdaya saing serta akan menarik tumpuan pengunjung
semula memandangkan Greece sememangnnya tempat tumpuan pelancong.

Walaupun penurunan nilai mata wang akan menjadi kebimbangan orang Greece,
lama kelamaan ia akan membantu negara merangsang ekonomi serta membuat
eksportnya lebih murah. Bagi orang-orang Greece, barangan tempatan juga akan
mungkin jauh lebih murah daripada import. Roger Bootle, pengasas pasaran yang
berpangkalan di London dan kumpulan analisis ekonomi Capital Economics,
menganggarkan bahawa 30 peratus penurunan dalam mata wang Greece akan
meningkatkan ekonomi negara sebanyak 20 peratus. Itu mungkin akan membantu
mata wang Greece pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, Greece masih
mempunyai pilihan bagi mempengaruhi mereka dalam menentukan hala tuju negara
mereka sama ada mahu menggunaan matawang Drachman atau tidak.

4.0 Pinjaman Penjimatan


Krisis hutang Eropah yang juga disebut sebagai krisis Zon Euro atau krisis hutang
kerajaan di Eropah adalah krisis beberapa tahun yang telah berlaku di EU sejak akhir
tahun 2009. Beberapa negara anggota Euro seperti Greece, Portugal, Ireland, Itali,
Sepanyol dan Cyprus telah menghadapi masalah kewangan sehingga gagal untuk
membiayai semula hutang kerajaan mereka serta menghadapi kesukaran dalam
menyelamatkan bank-bank negara mereka tanpa menggunakan bantuan pihak ketiga
iaitu negara-negara Zon Euro lain, Pusat ECB dan IMF yang juga disebut sebagai
Trioka. Bagi menyelamatkan ekonomi Greece, kerajaan terpaksa menerima bantuan
kewangan daripada IMF dan EU sebanyak tiga kali. Pada bulan April 2010 sebuah
agensi kredit utama telah mentarafkan hutang kerajaan Greece mungkin berada pada
tahap yang rendah dan pada Mei 2010, IMF dan kerajaan Zon Euro telah
menyediakan bantuan kecemasan sebanyak $147 billion supaya Greece boleh
membuat pembayaran balik hutang kepada pemiutang. Dalam pertukaran
penjimatan yang terbesar pernah dilakukan, kerajaan mengumumkan pemotongan
pembelanjaan gabungan dan kenaikan cukai berjumlah $40 billion dalam tempoh
tiga tahun. Greece walau bagaimanapun menghadapi kesukaran dalam memenuhi
sasaran yang telah ditetapkan oleh EU dan IMF terutamanya selepas Eurostat
(pejabat statistik EU) menyemak defisit dan hutang Greece pada tahun 2009 dan
2010.
Para pemimpin Eropah dan IMF bersetuju untuk menyediakan bailout kedua yang
bernilai $169 billion kepada kerajaan pusat Athens. Perjanjian bailout kedua telah
memanggil pemegang bon kerajaan Greece untuk menulis secara jelas sebahagian
besar pegangan bon yang mereka miliki dan akan cuba untuk membantu Greece
dengan bahagian pegangan bon yang dimiliki oleh pemegang bon. Walau
bagaimanapun bank-bank Greece telah dibebani dengan sebahagian besar hutang
kerajaan yang telah terjejas teruk dan $60 billion daripada pakej kedua bailout telah
di asingkan bagi memastikan sistem perbankkan telah dimodalkan secukupnya.
Dalam pertukaran bailout kedua, Greece telah berjanji untuk meningkatkan usaha
kutipan cukai bagi mengurangkan saiz kerajaan dan mengawal perbelanjaan
kesihatan. Langkah-langkah penjimatan telah disusun bagi menjana $7.8 billion
simpanan semasa pada 2013 hingga 2015. Pada pengundian bailout yang ketiga
rakyat mempunyai dua pilihan dalam menerima permintaan Troika bagi menambah
austerity dan terus menerima bantuan dari negara luar atau rakyat Greece boleh
menolak Troika yang akan memberi kesan ke atas hutang Greece dan kemungkinan
Greece akan keluar dari Zon Euro. Jika rakyat menerima perjanjian tersebut maka
cukai akan meningkat dan pencen akan dipotong. Manakala jika rakyat Greece
menolak tawaran tersebut maka Greeece akan gagal membayar hutang dan tidak
boleh menggunakan Euro sebagai matawang serta terkeluar dari Zon Euro.

Menteri pembangunan Greece menggesa rakyat mengundi “tidak” untuk menentang


rundingan tersebut. Begitu juga dengan Perdana Menteri Greece. Jika Greece
menggunakan mata wang sendiri (Drachma) dan mencetaknya dengan banyak
sekali, ia akan merendahkan nilai mata wang. Drachma yang murah ini akan
membuatkan Greek dalam keadaan baik kerana ia akan menarik warga asing untuk
melabur dan meningkatkan eksport dan mencipta peluang pekerjaan. Kadar inflasi
turut akan membantu bebanan hutang negara. Ini semua lebih baik berbanding
Greece yang berterusan di dalam keadaan kegawatan sejak krisis kewangan 2008.
Presiden EC, Jean-Claude Juncker pula berharap orang Greece mengundi “Ya” bagi
menerima syarat-syarat perjanjian. Akhirnya, majoriti rakyat Greece telah memilih
tidak dalam rundingan tersebut yang menolak permintaan penjimatan Eropah. Rang
undang-undang reformasi telah membuka jalan bagi kemasukan bantuan kewangan
bernilai $ 94 bilion yang telah diluluskan dengan undian sebanyak 229 daripada 300
undian. Terdapat 64 suara terhadapnya menentang penjimatan tersebut dan enam
yang lain bersifat berkecuali.

Terdapat pemberontakan dalam dan di luar parlimen semasa undi. Beberapa pihak
dari Perdana Menteri Greece Alexis Tsipras sendiri mengundi menentang langkah
itu, dan sehingga 10,000 penunjuk perasaan anti-penjimatan telah keluar seluruh ibu
negara Greece sebagai tanda tidak berpuas hati dengan penerimaan perjanjian
tersebut. Beberapa perhimpunan menjadi ganas dan polis menggunakan gas pemedih
mata untuk menyuraikan kumpulan pembaling bom petrol. Walaupun cadangan
kontroversi telah diluluskan, Tsipras kehilangan sokongan daripada ahli-ahli parti
Parlimen Syriza. Kesemua penjimatan yang diterima oleh kerajaan Greece oleh
pihak Troika memberi kesan kepada rakyat dan tidak terkecuali industri pelancongan
yang merupakan penyumbang terbesar kepada KDNK negara.

5.0 Pelancongan Greece

Greece mempunyai nilai sejarah yang sangat berharga daripada pelbagai aspek baik
daripada ekonomi, politik dan sosial kerana pada suatu ketika dahulu ia merupakan
empayar Yunani yang megah. Kedudukan yang strategik serta nilai sejarah yang
tinggi membuatkan industri perlancongan Greece kebal dan tidak tergugat akibat
daripada krisis ekonomi yang melanda negara tersebut pada tahun akhir 2009.
Menurut Majlis Kembara & Pelancongan Dunia (WTTC) pada tahun 2014,
sumbangan tidak langsung pelancongan adalah 29.4 billion euro atau 17.3 peratus
daripada KDNK dengan seramai 700 000 pekerja yang bekerja di industri
pelancongan. Sumbangan tidak langsung pelancongan kepada KDNK kemudiannya
meningkat lagi sebanyak 3.2 peratus pada tahun 2015. Walau bagaimanapun
tempahan penginapan di kawasan-kawasan pelancongan dari dalam negara serta luar
negara mencatatkan penurunan mendadak selepas kawalan modal sementara yang
wujud pada 29 Jun. Namun selepas pengunguman pakej penjimatan ketiga,
peningkatan tempahan tempat-tempat penginapan di Greece telah meningkat
kembali. Rakyat Greece yang bekerja di industri pelancongan sangat yakin akan
kebolehpasaran industri pelancongan terhadap tempahan penginapan pengunjung
dari luar negara meskipun mengalami penurunan tempahan penginapan dari
pelancong dalam negeri.

Bagi meyakinkan pelancong asing, Kementerian Pelancongan Greece telah


menyatakan bahawa tiada had-had pengeluaran wang yang dikenakan terhadap
pengguna kredit asing atau debit meskipun pengeluaran tunai oleh rakyat Greece di
mesin pengeluaran tunai hanya boleh dikeluarkan sebanyak $67 sehari. Walau
bagaimanapun perniaga yang terlibat dengan industri pelancongan bimbang akan
kenaikan nilai cukai akibat daripada perjanjian penjimatan yang akan
mengakibatkan kejatuhan industri pelancongan. Hal ini kerana selepas rundingan
penjimatan dipersetujui maka cukai dalam pelbagai barang dan perkhidmatan serta
setiap produk untuk teksi dan restoran telah meningkat pada 16 Julai 2015 dari 13
peratus kepada 23 peratus. Manakala cukai jualan penginapan bilik hotel pula
meningkat dari 6.5 peratus kepada 13 peratus kerana kerajaan Greece telah
melaksanakan pembaharuan dalam pulangan untuk pakej penjimatan yang ketiga.
Para peniaga yang terlibat dengan kenaikan cukai tersebut terpaksa mengimbangi
cukai yang tinggi dengan harga jualan yang lebih rendah bagi mengekalkan
pelanggan mereka. Dianggarkan bahawa kenaikan cukai baru di Greece bernilai
€1500 ($1 625) bagi setiap tahun secara purata dalam usaha untuk menjana hasil
kerajaan sebanyak 5 billion Euro. Greece sangat bergantung kepada industri
pelancongan dalam menjana serta meningkatkan pendapatan negara maka kenaikan
harga cukai terhadap pelbagai aspek yang melibatkan pelancongan merupakan
sasaran utama kerajaan.

Kenaikan cukai yang berkuatkuasa akan memberikan kesan kepada enam pulau yang
popular dengan pelancong seperti Mykonos, Naxos, Paros dan Santorini di
Nusantara Cyclades, sebahagian kecil Aegean Skiathos, dan sebahagian besar
Dodecanese Rhodes. Pada 1 Oktober pulau-pulau ini akan kehilangan pelbagai
subsidi value added tax (VAT) yang telah membenarkan mereka untuk
mengurangkan harga pada barang-barang yang penting untuk industr pelancongan.
Rakyat bimbang kenaikan VAT akan memberikan kesan negatif kepada industi
pelancongan kerana subsidi yang berkaitan dengan pelancongan telah dibatalkan
berikutan industri pelancongan berjaya bertahan akibat daripada krisis ekonomi
sejak dua tahun lepas. Mykonos, Naxos, Paros , Santorini, Skiathos dan Rhodes
adalah destinasi pertama yang akan terjejas. Perubahan kepada kadar VAT di pulau-
pulau yang lain akan dilakukan secara berperingkat, dengan beberapa pulau-pulau
akan dikekalkan subsidi mereka sehingga Jun tahun ini (Jun 2016). Pihak berkuasa
pelancongan di Greece mengatakan bahawa kesan ke atas pelancong adalah
minimum dan mereka tidak menjangka penurunan jumlah pengunjung merupakan
kesan daripada kenaikan VAT.

6.0 Rumusan
Krisis ekonomi yang berlaku di Greece telah memaksa kerajaan Greece menerima
penjimatan dan bantuan kewangan daripada negara Eropah lain serta IMF yang pada
hematnya tidak banyak membantu dalam memperbaiki masalah kewangan Greece
kerana pada akhirnya kerajaan Greece digesa untuk membayar kembali wang
penjimatan yang diterima dengan kadar faedah sekali. Selain itu, krisis ekonomi
yang dialami oleh Greece turut menyebabkan Greece boleh terkeluar daripada zon
Euro dan terpaksa menggunakan matawang mereka sendiri iaitu Drachma yang
dilihat mempunyai nilai yang rendah. Walau bagaimanapu, penganalisis ekonomi
menegaskan bahawa Greece akan dapat keuntungan daripada penggunaan Drachma
setelah beberapa tahun. Seterusnya, industri pelancongan yang menjadi
penyumbang terbesar Greece pada awalnya kebal dengan masalah yang di hadapi
Greece. Namun setelah kerajaan menerima penjimatan kali ketiga, industri tersebut
mengalami masalah selepas kerajaan menaikan beberapa cukai yang mempunyai
kaitan dengan industri tersebut.

You might also like