You are on page 1of 3

NOTIS MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPERASI

SMK TELUK BAHANG BHD. KE-2 TAHUN 2018

Pengerusi : En. Abdul Said Bin Hussain


Naib Pengerusi : Pn. Norazimah bt Lokma @ Lokman
Setiausaha : Pn. Farah Wahida Bt Hashim
Bendahari : Pn. Lai Mei Ling
1. Puan Farah Azzahrah bt Ishak ( Guru )
2. Puan Shanti a/p Gopal Krishnan ( Guru )
3. En. Saiful Azuar bin Abdul Soter ( Guru )
4. AJK Pelajar

Tuan/Puan,

MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPERASI KE-2 TAHUN 2018


Perkara di atas dirujuk.

2. Mesyuarat akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 9 Mei 2018


Masa : 2:30 petang
Tempat : Bilik Koperasi
Agenda- Agenda
1. Ucapan Pengerusi Koperasi.
2. Hal-hal Berbangkit
3. Pengesahan minit mesyuarat ahli lembaga koperasi Pertama Tahun 2018
4. Lawatan Penanda Aras Koperasi ke Koperasi SMK Simpang Beluru, Kuala Kangsar dan
Lost Word of Tambun
5. Lawatan Pengantarabangsaan Koperasi ke Krabi, Thailand
6. Hal-hal Lain

Semoga kehadiran tuan/puan akan melicinkan lagi perjalanan mesyuarat.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

____________________________
(FARAH WAHIDA BT HASHIM)
Setiausaha Koperasi SMK Teluk Bahang
Pulau Pinang

s.k. - Fail Koperasi


-Ketua Pengarah SKMP.P.
-Anggota Lembaga
MINIT MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPERASI KEDUA TAHUN 2017

Tarikh : 8 Mei 2017


Masa : 2:30 petang
Tempat : Bilik Koperasi

Kehadiran:
Semua ahli lembaga hadir.

Agenda- Agenda

1. Ucapan Pengerusi Koperasi.


2. Hal-hal Berbangkit
3. Pengesahan minit mesyuarat ahli lembaga koperasi Pertama Tahun 2018
4. Lawatan Penanda Aras Koperasi
5. Hal-hal Lain

1. Ucapan Pengerusi Koperasi


Selaku Pengerusi Koperasi, En. Abdul Said Bin Hussain mengalu-alukan kehadiran
semua ahli lembaga dalam mesyuarat ini. Dalam ucapan permulaan beliau, beliau berharap
semua ahli lembaga koperasi bekerjasama untuk memajukan pengurusan dan pencapaian
kedai koperasi.

Tindakan: Pengerusi Koperasi

2. Hal-hal berbangkit
 Pembayaran honorarium kepada ALK dan Dividen 2017 kepada anggota koperasi
dijangkakan selesai pada bulan Jun 2018.

Tindakan : Bendahari Koperasi

3. Pengesahan minit mesyuarat ahli lembaga koperasi pertama Tahun 2018


Pn. Shanti a/p Gopal Krishnan mencadangkan minit mesyuarat ahli lembaga koperasi
pertama tahun 2017 disahkan dan cadangan ini telah disokong oleh Pn. Farah Azzahrah Bt
Ishak.

Tindakan : Setiausaha Koperasi

4. Lawatan Penanda Aras Koperasi ke Koperasi SMK Simpang Beluru Kuala Kangsar
dan Lost World of Tambun
 Mesyuarat memutuskan pihak koperasi akan mengadakan Lawatan Penanda Aras
ke Koperasi SMK Simpang Beluru, Kuala Kangsar, iaitu koperasi yang mendapat
pengiktirafan peringkat kebangsaan pada 21 Julai 2018.

 Selepas mengadakan lawatan ke Koperasi SMK Simpang Beluru, pihak ALK dan
AJK pelajar akan meneruskan lawatan ke Lost World of Tambun, Ipoh.
5. Lawatan Perantarabangsaan Koperasi Ke Krabi, Thailand 2018
Satu lawatan perantarabangsaan Koperasi ke Krabi, Thailand akan dianjurkan oleh pihak
koperasi sekolah dari 17 sehingga 20 Ogos 2018 (4 hari 3 malam ) yang melibatkan 7
orang ALK yang terdiri daripada pengerusi, naib pengerusi, dan semua ALK guru.

Mesyuarat ini sebulat suara bersetuju untuk menampung belanja pakej bernilai RM520.00
bagi setiap ALK yang turut serta yang meliputi belanja untuk penginapan, pengangkutan
dan makanan sepanjang tempoh lawatan. Namun, para ALK perlu menampung belanja
tiket penerbangan bernilai RM300.00 untuk lawatan rasmi yang diadakan.

Tindakan : Setiausaha Koperasi

5. Hal-hal lain
Tiada.

Mesyuarat ditangguh pada pukul 3.30 p.m..

Disediakan oleh ,

_____________________________
(FARAH WAHIDA BT HASHIM)
Setiausaha Koperasi SMK Teluk Bahang
Pulau Pinang

You might also like