You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT AGUNG

RUMAH TEMENGGONG SMK JEMENTAH


TAHUN 2016/2017

TARIKH : 29 Julai 2016


MASA : 12.50-1.50 Ptg
TEMPAT : Gelanggang Sepak Takraw
KEHADIRAN : 164/164

Agenda 1
1.1 Pengerusi membentangkan laporan minit mesyuarat yang lalu. Saudari Yong Hui Yi mencadangkan
minit mesyuarat tersebut disahkan dan disokong oleh saudari Yaw Lee Mei.

Agenda 2
2.1 Pembentangan laporan tahunan 2015/2016
Pengerusi membentangkan laporan tahunan sesi 2015/2016. Saudari Lee lay Eng mencadangkan laporan
tahunan tersebut disokong oleh Nur Salbiah Binti Mohd Hafiz

Agenda 3
3.1 Pembentangan dan pengesahan laporan kewangan 2016/2017
Bendahari Rumah Temenggong, saudara Mohamad Imran membentangkan laporan kewangan sesi
2014/2015. Saudari Tan Cheng Jo mencadangkan laporan kewangan tersebut disokong oleh Puteri sayang
Maizura
3.2 Beliau melaporkan bahawa Rumah Temenggong mempunyai sebanyak RM50 dalam tangan.

Agenda 4
4.1 Pemilihan AJK sesi 2016/2017
Pengerusi: Yong Hui Yi
Naib pengerusi: Soh Chin Boon
Setiausaha: Siti Aishah Binti Yusoff
Pen. Setiausaha: Pang Jun Wen
Bendahari : Tee Wei Jun
Ahli Jawatankuasa: Enjal a/p Muniandy
Wong Jia Cheng
Tan Zhi Hui
Mohd Rabbani

4.2 Diharapkan jawatankuasa tahun ini yang dibentuk dan yang telah dipilih dapat menjalankan
tugas dan tanggungjawab dengan sebaiknya.

4.3 Perancangan aktiviti tahunan


4.3.1 Latihan rumah sukan akan diadakan bermula bulan Februari.
4.3.2 Ahli dikehendaki memakai pakaian sukan pada setiap kali latihan diadakan.
4.3.3 Yuran keahlian sebanyak RM 5 .00 perlu dijelaskan kepada bendahari.

Agenda 5
5.1 Ucapan Pengerusi
Pengerusi Rumah Temenggong mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang sudi hadir ke
mesyuarat agung sesi 2016/2017. Beliau berharap agar semua ahli jawatan kuasa dapat memberi
kerjasama kepada pengerusi Rumah Temenggong yang baru.

Agenda 6
6.1 Pengerusi mengumumkan mesyuarat ditangguhkan pada 1.50 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

............................... ...................................... ........................................


(SITI AISYAH BINTI YUSOF ) (YONG HUI YI) (NOR ADILAWATI BINTI SULIMAN)
Setiausaha Pengerusi Penasihat
Rumah Temenggong Rumah Temenggong Rumah Temenggon

You might also like