You are on page 1of 8

RESIPI KEK COKLAT MOIST

*********************************
Bahan A
1 cwn gula halus
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn minyak masak
Stgh cawan susu pekat
Campurkan semua bahan A... Masak diatas api kecil sehingga larut..
Bahan B
Secawan tepong gandum
1sk soda bikarbonat
1sk baking powder
Satukan bahan B... Ayak..
Bahan C
3 biji telur
1sk esen vanilla
Masukkan dlm blender... Blend sampai putih..
Cara2;
Masukkan bahan A td kedalam bahan B... Kemudian masukkan bahan C... Kacau guna whisk
shj sehingga sebati dan tiada ketulan tepong...
Pastikan pengukus dipanaskan terlebih dahulu..
Kukus selama 15m jika menggunakan bekas kecil spt gambar..
RESIPI CHOCOLATE TOPPING
*************************************
1 CWN SERBUK KOKO
1 CWN MINYAK
1 CWN SUSU PEKAT
STGH CWN SUSU CAIR
Satukan semua bahan2... Masak dgn menggunakan kaedah double boiler....
Suamkan dhl.. Kemudian bole lah dituangkan diatas kek tadi... Taburkan coklat rice utk hiasan....
💕SELAMAT MENCUBA
Kredit: ummi darwisha mansor
NASI MINYAK SIMPLE -
- 3 cawan beras basmathi
- 1/2 cawan margerin/planta
- 3 1/2 cawan air
- 1 cawan susu cair
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 batang kulit kayu manis
- 3 biji buah pelaga
- 2 helai daun pandan
- garam secukupnya
- 1 kuib stok ayam
- Pewarna kuning
BAHAN KISAR:
- 6 biji bawang merag
- 3 ulas bawang putih
- 1 cm halia
BAHAN HIASAN:
- bawang goreng
- daun bawang dihiris
CARA :
1. Panaskan margerin dalam periuk. Tumis bahan yang dikisar.
2. Masukkan bahan tumis rempah 3 sekawan bersama daun pandan sehingga naik bau.
3. Masukkan beras yang siap dicuci, garam, air dan susu cair juga stok kiub ayam.
4. Apabila nasi telah kering masukkan pewarna kuning. Letakkan bercapuk atau setompok-setompok.
Tutup dan biarkan seketika.
5. Setelah kering, kacau rata. Biarkan seketika dan setelah masak, bolehlah dihidang bersama bahan
hiasan. Siap!
- DAGING BERIANI -
- 1 kilo daging ( rebus hingga lembut )
- 1/2cawan minyak
- 1 cawan air
- 125 gm rempah beriani ( agak-agak )
- 2 tangkai daun ketumbar
- sedikit garam
- 2 biji kentang dipotong 4
- sedikit susu cair ( agak2 )
- 2 sudu cili kisar
BAHAN KISAR:
- 7 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3 labu bawang besar
- 1 1/2 cm halia
CARA :
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan rempah beriani dan cili kisar.
2. Masukkan daging dan daun ketumbar yang telah dipotong bersama kentang. Tambahkan ait dan garam
dan perasa. Masak sehingga pekat. Hias dengan tomato ceri. Siap!
- SELAMAT MENCUBA -
kredit: angah izan
RESEPI MEE JAWA
=================
Bahan utk kuah:
1/2 kg keledek - direbus dan dikisar
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3 btg serai*
Sedikit halia*
Sedikit lengkuas*
100 gm udang kering* (Semua bahan*dikisar)
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar serbuk kari daging
Air rebusan daging secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Cara Membuatnya:
=================
Panaskan minyak kedalam periuk.
Tumis semua bahan yang dikisar hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan serbuk kari dan kacau hingga naik minyak.
Masukkan air rebusan daging dan keledek yang dikisar.
Masukkan garam dan gula secukupnya.
Sedia dihidang.
Bahan2 yang lain:
1 kg mee kuning - dicelur
1/2 kg daging yg telah direbus dan dihiris
1 bungkus fishcake - di celur dan dihiris nipis ( saya tambah)
300 gm taugeh - dicelur
3 keping tauhu - dihiris nipis
Daun sup & daun bawang
Bawang goreng
Cili hijau / cili merah - dihiris
Telur rebus
kredit: nana ismail
puding tiramisu
❤❤❤❤❤❤❤
Bahannyer:
1tin susu pekat
1 tin susu sejat@cair
5 tin air(guna bekas Tin susu tadi utk sukat air/
11 sudu Makan tepung kastad (bumbun tau)maksud bumbun tu mcm penuh membukit.
Biskut marie (nak sedap Cari yg perisa kopi) Dan Milo secukup nya
#caranya
Masukkan susu sejat, susu pekat , air Dan tepung kastad ke dlm priuk kacau bg sebati then Baru bukak api
sederhana.kacau sampai pekat Dan bekilat tutup api.masuk Kan kedalam loyang secara berlapis Mula dgn
kastad ,biskut pastu tabur milo.pastu ulang lagi kastad..biskut..Milo sampai last biar tinggal kastad ja.pastu
blend kasar sedikit biskut dgn milo kendian tabur utk yg paling atas.siap!masuk Kan dlm peti ais ..dah
sejuk boleh ngap
Kredit Resepi : Norliza Bahari via mahn
Gambar asal pemilik resepi.
Tq tuan punye resepi..smg dimurahkan rezeki.😊
RESEPI KEK BUAH KUKUS <3

Bahan A
1 1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air panas
250g (1buku) butter
3 cawan mix fruit
- panaskn gula dlm kuali hingga berwarna perang gelap (guna api kecil)
- masukkn air panas perlahan2 dan masak semula hingga gula larut.
- masukkn butter dan kacau hingga butter cair.
- masuk pula mix fruit,masak hingga mendidih
angkat dan biarkan sejuk.
Bahan B
300g tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk kayu manis (jika suka)
- ayak bahan2 3 kali
- masukkn ke dlm adunan A sikit2 sambil dikacau hingga rata.
Bahan C
3 biji telur gred A (kalau telur kecik guna 4 biji)
1 sudu teh esen vanilla
- pukul telur hingga kembang berbuih,masuk dlm adunan tadi dan kacau hingga rata.
- boleh tambah 2 sb sunquick jika suka.
- tuang adunan dlm loyang yg telah disapu minyak dan dialas baking paper. (jika guna acuan plastik,sapu
minyak shj)
- tutup loyang dgn plastik supaya wap dr penutup kukusan tak jatuh atas kek,boleh juga balut penutup
kukusan dgn kain.
- pastikan air kukusan sudah mendidih baru kukus kek.
- kukus kek selama 2 jam.
Sejam yg pertama kukus guna api sederhana dan sejam lagi guna api kecil.
- bila kek dah masak,tutup api,buka penutup dan biarkn kek atas kukusan hingga kek suam baru diangkat.
(Supaya buah dlm kek x turun ke bawah)
-tunggu sejuk baru potong.
SELAMAT MENCUBA
Credit : Maz Abdul
NASI ARAB
Bahan-Bahan untuk Ayam
1 kg beras basmati (basuh dan toskan)
1.5 liter air (untuk air rebusan ayam)
2 ekor ayam (potong kepada 2 atau 4 sahaja)
1 tin kecil kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
3 sudu besar minyak
5 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih (bancuh dengan sedikit air)
Pewarna merah
Bawang goreng
Garam dan gula secukup rasa
2 biji labu bawang besar saiz kecil (potong bulat)
1 biji tomato saiz kecil yang masak (potong dadu)
1 biji lada hijau (potong besar, tambahkan lagi kalau nak pedas)
.
Bahan-Bahan Tumis
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih (dimayang)
3 cm halia
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 pokok daun sadri (daun sup) hiris
1 pokok daun ketumbar
.
Bahan-Bahan untuk Sos Salatoh
Buah tomato masak
Cili hijau (ikut kepedasan masing-masing)
Bawah putih
Bahan-Bahan untuk Sos Zabadi
Yogurt
Timun
Lobak merah
Timun
Bawang besar
Tomato
Limau nipis
.
Cara-Cara untuk Menyediakan Air Rebusan Ayam
1) Air disukat dalam periuk dan direbus terlebih dahulu. Sukatan air bergantung kepada jenis
beras yang digunakan.
2) Masukkan ayam dengan segera sementara mendidih. Ayam yang banyak direbus boleh
dijadikan air rebusan yang lain.
3) Masukkan labu bawang besar dan buah tomato ke dalam periuk ayam.
4) Masukkan bahan-bahan tumisan ke dalam periuk ayam juga.
5) Kacau sedikit rempah yang telah dicampurkan dalam air rebusan. Tutup periuk dengan
tudung. Rebuskan ayam tersebut dalam ½ jam dengan api yg sederhana kuat.
6) Selepas ½ jam, keluarkan ayam tesebut dari periuk dan susun ayam dalam bekas. Ketepikan
dahulu.
.
Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi
1) Masukkan bahan-bahan yang ditumis ke dalam kuali atau periuk yang lain.
2) Kemudian barulah diisikan minyak masak dalam kuali dan goreng bahan-bahan tumis
sehingga naik bau dan garing.
3) Masukkan bahan-bahan yang ditumis dalam periuk air rebusan ayam yang disediakan terlebih
dahulu dan masukkan garam secukupnya.
4) Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau dengan rata.
5) Masukkan cili merah, cili hijau, air, gula dan garam. Biarkan mendidih.
6) Cucikan beras sampai bersih (beras ini adalah warna kekuningan).
7) Masukkan beras dalam periuk air rebusan ayam tersebut dan masak seperti nasi biasa.
8) Taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis semasa nasi telah
masak.
9) Masukkan sedikit pewarna merah dan kacau dengan rata sekejap. Biarkan mendidih.
10) Tutupkan periuk dengan tudung dan perlahankan api. Nasi dimasak dengan api yang
sederhana sahaja sampai hampir masak.
11) Kacau sekali lagi nasi semasa nasi hampir kering.
12) Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh dihidangkan dengan dalca sayur, sambal
merah dan ayam tandoori.
Cara-Cara untuk Memasak Ayam
1) Ayam disusun dalam dulang untuk dibakar. Percikkan atas ayam dengan sedikit air sejuk,
panaskan oven/ grill kepada suhu 200°C.
2) Lumurkan ayam dengan sedikit garam yang telah bercampur dengan pewarna merah.
Lumurkan keseluruhanya dan juga bahagian bawah ayam.
3) Ayam yang sudah siap diletakkan dengan garam secukup rasa.
4) Masukkan ayam ke dalam oven/ grill dengan sekejap lagi kerana hendak membalikkan ayam
tersebut supaya bahagian bawah juga dapat dipanaskan.
.
Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Salatoh
1) Campurkan semua bahan untuk salatoh.
2) Tambahkan air dan garam secukupnya.
3) Semua bahan dikisar sekali dan akhirnya disediakan untuk campurkan dalam nasi dan ayam.
.
Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Zabadi
1) Campurkan yogurt dengan timun yang dicincang halus.
2) Campurkan dengan potongan lobak merah.
3) Akhirnya, sos ini dihidangkan bersama dengan potongan timun, bawang besar, tomato dan
limau nipis.
.
Cara masak bagi Nasi Arab adalah lebih kurang sama dengan nasi ayam, tetapi ayam akan
direbus dengan bahan-bahan rempah, air rebusan dan kemudian digunakan untuk memasak
nasi. Ayam tersebut pula akan dibakar. Keistimewaan Resepi Nasi Arab telah menarik perhatian
pelbagai bangsa untuk mengisi perut di restoran-restoran atau cafe yang terkenal dengan
makanan tersebut, samada Orang Melayu, Orang Cina dan Orang India, kadangkala termasuk
juga Orang-orang Arab.
Selamat Mencuba♥️
Resepi : bella amira rosli
Resepi karipap JJ
-
1 kilo tepung gandum
180 gram gram minyak masak
30 gram majerin..
2 cawan air ais @ 390 gram jgn tuang semua
2 sudu teh garam halus
1 biji telur
1 sudu besar gula
Minyak untuk mengoreng
Cara penyediaan
1.Ayak tepung gandum ketepikan
2.Panaskan minyak dgn majerin hingga berbuih
3.Tuang atas tepung gaul dengan senduk kayu dah suam gaul dengan jari jadi serbuk roti ketepikan
4.Larutkan air ais bersama garam dan telur sebatikan dan tuang sedikit demi sedikit pada tepung uli hingga
jadi doh tak melekat di tangan perap 15 minit timbang doh 20 gram atau 25 gram ikut citarasa anda.
Gelek dan isi inti pilihan dan kelim dengan kemas...
Boleh terus di goreng klu nk makan.
Jika nak frozen bakar sebentar dalam oven suhu 180
selama 10 minit.klu nk goreng pagi esok nya terus frozenkan .
Alaskan plastik dalam tray sebelom di frozenkan....
i
Inti pilihan
Kentang daging
Kentang ayam
Kentang sardin
Kredit jalilah jj

You might also like