You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN STORY TELLING PERINGKAT DEARAH

KINTA UTARA 2019

Tarikh :26 April 2019 (Selasa)


Masa :2.30 petang
Tempat :Bilik Gerakan, SK Tasek
Pengerusi :Pn Fatimah bt Yahaya
Kehadiran :
1. Pn Sarala a/p Thangavelu (PK Kokurikulum SK Tasek)
2. Pn Uma Baskaran (Pegawai Teknikal)
3. En. Cheong Mun Chung (SJKC Kuala Kuang)
4. Pn Syariza Azura bt Ngazizan (SK Tarcisian Convent)
5. Pn J. Subhasini ( SK Jelapang)
6. Pn Jaswant Kaur (SK Methodist Tg. Rambutan)
7. Pn Pushpa Rani a/p Veloo (SK Pasukan Polis Hutan)
8. Pn Kalaivani Subramaniam (SJKT Perak Sangeetha Sabah)
9. Pn Yasmin Abdul Rahman (SK Klebang Jaya)
10. Pn Chan Lai Fan (SK Convent)
11. Pn. Chang Meei Yan (SJKC Ave Maria)
12. Pn Diana Doris (SJKT Menglembu)
13. Pn Ng Yuke Hing ( SJKC Wan Hua 1)
14. Pn Indra Subramaniam (SJKT Gunung Rapat)
15. Pn. Noranishak Ahmad Sibi (SK Jalan Pegoh)
16. Pn Haryati bt Anwar (SK Pengkalan Pegoh)
17. En. Lai Wan Sun (SJKC Bandar Seri Botani)
18. Pn. Vanitha Devi (SK Taman Bersatu)
19. Pn. Malaz@Malathy a/p Suppiah (SJKT Klebang)
20. Pn S. Mogana Priya ( SJKT St Philomena Convent)
21. Mr. Liew Mei Ling ( SJKC Gunung Rapat)

AGENDA MESYUARAT:
1.0 Ucapan Aluan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengalukan kehadiran Pegawai Teknikal dan semua guru pengiring
bagi Pertandingan Story Telling Peringkat Daerah Kinta 2019.

1.2 Tarikh Pertandingan Story Telling adalah ditetapkan pada tarikh 29 April 2019.
1.3 Guru pengiring boleh meletakkan kenderaan di bahagian belakang sekolah iaitu di
padang sekolah.

1.4 Sekolah akan menyediakan tag nombor untuk semua peserta pertandingan.
1.5 Pihak sekolah tidak akan menyediakan makanan untuk peserta tetapi makanan
akan disediakan untuk hakim dan tetamu VIP.

1.6 Murid akan dikuarintinkan di makmal komputer untuk bahagian ke 2


(impromptu ).

1.7 Pengerusi mencadangkan pertandingan dijalankan pada waktu tengahari kerana


risau tentang gangguan murid pada waktu pagi. Pegawai teknikal, Pn Uma
mencadangkan pertandingan dimulakan pada waktu pagi kerana banyak sekolah
yang mengambil bahagian dan ia akan mengambil masa yang panjang. Akhirnya
atas persetujuan semua guru pengiring pertandingan akan diadakan pada waktu
pagi tetapi masa akan dimaklumkan kemudian.

1.8 Cabutan undi dijalankan dan keputusan adalah seperti berikut:

BIL NAMA SEKOLAH NO UNDI


1 SJKC KUALA KUANG 5
2 SJKC POI LAM 10
3 SK TARCISIAN CONVENT 11
4 SK JELAPANG 1
5 SK METHODIST TG RAMBUTAN 12
6 SK PASUKAN POLIS HUTAN 9
7 SJKT ST PHILOMENA CONVENT 4
8 SJKT PERAK SANGEETHA SABAH 13
9 SK TASEK 7
10 SK KLEBANG JAYA 8
11 SK CONVENT 18
12 SJKC AVE MARIA 15
13 SJKT MENGLEMBU 17
14 SJKC WAN HUA 1 16
15 SJKC GUNUNG RAPAT 6
16 SJKT GUNUNG RAPAT 21
17 SK JALAN PEGOH 2
18 SK PENGKALAN PEGOH 20
19 SJKC BANDAR SERI BOTANI 14
20 SK TAMAN BERSATU 3
21 SJKT KLEBANG 19

2.0 Ucapan Pegawai Teknikal


21. Perlu merujuk kepada Konsep Kertas Pertandingan Story Telling. Masa yang
diperuntukkan untuk bahagian pertama ialah sebanyak 4 hingga 5 minit.
Loceng akan dibunyikan pada masa 5 minit. Peruntukan masa untuk bahagian
ke-2 ialah sebanyak 2 hingga 3 minit. Murid akan diberi masa 30 saat untuk
menyediakan cerita. Loceng pertama akan dibunyikan pada
minit yang ke-2 serta loceng kedua akan dibunyikan pada masa minit ketiga.
Hakim akan memberi nilai murni kepada peserta dan tiada bantuan definisi
dari hakim.

2.2 Tiada cerita ‘fairy tales’ atau ‘folk tales’. Peserta perlu membuat cerita
sendiri. Jika peserta tidak dapat membuat cerita, mereka tidak perlu berdiri
lama pada pentas dan terus ucap terima kasih dan turun dari pentas.

2.3 Peruntukan markah untuk pakaian adalah sebanyak 5 markah. Pakaian mesti
sesuai dengan tema cerita.

2.4 Pegawai Teknikal akan berada bersama hakim apabila mereka mengira
markah untuk pemenang. Tugas PT hanya mengambil keputusan dan
menyerahkan kepada pengacara majlis. PT hanya bertugas sebagai pemerhati.
PT juga akan memberi skema pemarkahan kepada hakim sebelum
pertandingan bermula.

2.5 Keputusan hakim adalah muktamad.

2.6 Pn Haryati dari SK Pengkalan Pegoh mencadangkan hadiah diberikan


kepada enam pemenang pertama. PT, Pn Uma memberitahu atas kekurangan
badjet perkara ini tidak dapat dilakukan. Oleh itu, Johan, Naib Johan dan
tempat ketiga akan mendapat hadiah serta yang lain hanya mendapat sijil
penyertaan. Hanya Johan sahaja akan mewakili Daerah Kinta Utara.

2.7 Sekolah tidak perlu menghantar skrip cerita dan sijil lahir. Hanya borang
penyertaan serta surat kebenaran perlu dihantar sebelum 23 April.

3.0 PENUTUP
3.1 Pengerusi berharap agar wakil Daerah Kinta akan menang pada pertandingan
yang seterusnya.
3.2 Selamat Berjaya kepada semua sekolah yang akan bertanding.
3.3 Sebarang makluman akan disebarkan melalui ‘Whatsapp Group’.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.40 petang.


Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………… ………………………..
REVATHY A/P PERUMAL PN FATIMAH BT YAHAYA
KETUA PANITIA BAHASA INGGERIS GURU BESAR
SK TASEK SK TASEK

You might also like