You are on page 1of 14

1.

0 PENGENALAN

15 Ogos 1947 merupakan tarikh yang mencatatkan sejarah buat negara India.

Bukan sahaja mencapai kemerdekaan, namun tarikh ini juga menandakan

pembahagian India kepada dua negara yang berdaulat iaitu India dan Pakistan.

Pembahagian ini terjadi setelah hampir dua ratus tahun British menduduki India sejak

kemerosotan kuasa Moghul sejak awal kurun ke-18 yang membuka ruang bagi

Inggeris untuk memperkukuhkan kedudukan mereka seterusnya mengasaskan

empayar British.1 Pada dasarnya, setelah pemisahan berlaku, India diduduki oleh

orang Hindu manakala Pakistan didiami oleh masyarakat Muslim.

Dalam membincangkan tentang pembahagian India yang memisahkan penduduk

Hindu dan Muslim, wujud persoalan tentang pihak manakah yang patut

dipertanggungjawabkan atas berlakunya pemisahan politik ini.

Justeru, penulisan ini akan membincangkan tentang sejauhmana pemisahan

politik yang berlaku di India adalah disebabkan oleh pihak pentadbir British.

Penegasan penulis dalam hal ini ialah, penulis bersetuju bahawa pihak pentadbir

British adalah pihak yang bertanggungjawab mengorak langkah ke arah pemisahan

India kerana telah menyemai semangat pemisahan melalui dasar-dasar pro-muslim

dalam kalangan penduduk Islam. Hasil daripada benih-benih pemisahan yang disemai

oleh British di India, langkah ke arah politik pemisahan disempurnakan oleh

tindak-tanduk parti seperti Kongres Kebangsaan India dan Liga Muslim serta

pemimpin-pemimpin Hindu-Muslim yang tertentu. Penulis akan membincangkan

1
M. Rajantheran dan Md. Afandi Hj. Awang, “Nasionalis atau Komunalis: Sir Syed Ahmad Khan dan
Mahatma Gandhi dalam Sejarah Moden India”, Jurnal Jati, 9 (Disember 2004), hlm. 89.

1
dasar-dasar pro-muslim yang dilaksanakan oleh British serta tindak-tanduk parti

Kongres Kebangsaan India, Liga Muslim dan para pemimpin yang terlibat.

2.0 DASAR-DASAR PRO-MUSLIM YANG DIAMALKAN OLEH BRITISH

Dasar-dasar pro-muslim oleh British dapat dilihat selepas berlakunya Dahagi

India 1857. Pada peringkat awal setelah Dahagi India dapat dibendung, Inggeris

dikatakan begitu marah terhadap orang Islam kerana beranggapan pemberontakan


2
tersebut dicetuskan oleh orang Islam. Sikap British terhadap orang Islam

kemudiannya berubah apabila orang India melalui Kongres mempergiatkan

perjuangan nasionalisme mereka dan memperlihatkan bibit-bibit radikalisme.

Perubahan sikap British terhadap orang Islam adalah untuk menawan hati orang Islam

dan menghalang penyertaan mereka dalam perjuangan Kongres serta

‘mempergunakan’ orang Islam untuk mengimbangi pengaruh Kongres. 3

Sebagaimana yang dilakukan oleh British di negara-negara jajahan lain, British telah

menyemai benih-benih perpecahan dalam kalangan masyarakat Hindu dan Muslim.

2.1 DASAR PEMBAHAGIAN BENGAL 1905 OLEH LORD CURZON

Pada tahun 1905, Bengal telah dibahagikan kepada dua wilayah (Bengal Barat

dan Bengal Timur) oleh Lord Curzon bertujuan untuk melicinkan pentadbiran Bengal

yang dikatakan terlalu besar untuk ditadbir kerana mempunyai populasi lebih 80 juta

orang.4 Bahagian timur Bengal dicantumkan dengan Assam dan diduduki oleh orang

Islam sementara bahagian barat Bengal majoriti didiami oleh orang Hindu. Pada sudut

2
K. Anbalakan, “Politik Pemisahan dan Pembentukan Pakistan”, Jurnal Ilmu Kemanusiaan, Vol. 1
(Oktober 1994), hlm. 43.
3
Ibid.
4
A.C. Niemeijer, The Khilafat Movement in India 1919-1924, Netherlands: The Hague, 1972, hlm. 49.

2
yang lain, pembahagian Bengal bertujuan menempatkan golongan Muslim di sebuah

wilayah yang majoritinya orang Islam. Lord Curzon telah menyakinkan orang Islam

bahawa pemisahan tersebut adalah bertujuan untuk memelihara kepentingan orang

Islam.

Sikap British ini adalah hasil daripada kesetiaan yang ditunjukkan oleh orang

Muslim terhadap kerajaan British. 5 Dikatakan bahawa idea pemisahan oleh Lord

Curzon ini mendapat sambutan yang baik daripada orang Muslim. Sebaliknya, orang

Hindu menentang pembahagian Bengal dan beranggapan tindakan pemisahan ini

adalah bertujuan melumpuhkan pergerakan nasionalisme.6 Jelas dapat dilihat dasar

pembahagian Bengal oleh Lord Curzon ini adalah dasar yang pro-Muslim kerana

menyokong pembentukan wilayah yang majoritinya orang Islam.

Walaubagaimanapun pada tahun 1911, penarikan balik dasar Curzon oleh raja

England menandakan Kongres berjaya dalam perjuangan menyatukan semula Bengal

dan cantuman semula ini melahirkan rasa kekecewaan orang Islam kerana

berpendapat orang Hindu berjaya melancarkan perjuangan militan sementara orang

Islam terpaksa mengasingkan diri dan berdiam diri.7

2.2 DASAR PENGIKTIRAFAN ORANG ISLAM OLEH LORD MINTO

Pada 1906 ketika perlembagaan India sedang dirangka oleh British, satu

rombongan orang Islam pimpinan Agha Khan bertemu dengan Lord Minto yang pada

5
A.C. Niemeijer, The Khilafat Movement in India 1919-1924, Netherlands: The Hague, 1972, hlm. 49.
6
V. D. Mahajan, History of Modern India (1919-1982), New Delhi: S. Chand & Company Ltd, 1983, hlm.
259.
7
K. Anbalakan, “Politik Pemisahan dan Pembentukan Pakistan”, Jurnal Ilmu Kemanusiaan, Vol. 1
(Oktober 1994), hlm. 46.

3
ketika itu merupakan wizurai India.8 Rombongan ini menuntut agar penduduk Islam

diberikan layanan berasingan dan dianggap sebagai komuniti yang terpisah daripada

penduduk Hindu. Hasil daripada pertemuan tersebut, Lord Minto telah memberi

jaminan untuk mengiktiraf kedudukan orang Islam di India dan beberapa buah kerusi

di semua majlis perundangan negeri akan diperuntukkan bagi orang Islam.9

Sesungguhnya tindakan Agha Khan meminta bantuan daripada pihak British

adalah sesuai dengan keinginan British yang sedang mencari sekutu bagi

mengimbangi pengaruh Kongres Kebangsaan India yang semakin kukuh. 10 Hasilnya,

pada tahun 1906 Liga Muslim telah diasaskan. Jelas dapat dilihat bahawa dasar

British ini merupakan dasar pro-Muslim kerana hasil daripada jaminan dan

pengiktirafan ke atas orang Islam, Liga Muslim telah diasaskan secara rasmi dan ini

turut menunjukkan bahawa orang Islam mulai memperjuangkan kelangsungan politik

mereka di India. Penting untuk diketahui bahawa sebelum penubuhan Liga Muslim,

tidak wujud satu pertubuhan tunggal yang mewakili orang Islam di India.

2.3 DASAR REFORMASI MORLEY-MINTO 1909

Antara dasar pro-Muslim yang lain dapat dilihat melalui Reformasi

Minto-Morley atau juga dikenali sebagai The Indian Council Act 1909. Reformasi ini

diasaskan oleh Lord Minto yang merupakan Gabenor-Jeneral India dan Lord Monley,

8
Ibid.
9
David Page, Prelude to Partition: The Indian Muslims and the Imperial System of Control 1920-1932,
Delhi: Oxford University Press, 1982, hlm. 260.
10
K. Anbalakan, “Politik Pemisahan dan Pembentukan Pakistan”, Jurnal Ilmu Kemanusiaan, Vol. 1
(Oktober 1994), hlm. 45.

4
Setiausaha Negara. Sebagai meresponi tuntutan masyarakat India yang menginginkan

hak untuk mentadbir negara sendiri, pihak Kabinet Liberal di London telah bersetuju

untuk melakukan pembaharuan dalam pentadbiran India. Reformasi ini melibatkan

penubuhan dewan legislatif di semua wilayah dan ahli-ahli dewan dipilih oleh

penduduk yang diwakili serta melibatkan kumpulan-kumpulan minoriti seperti orang

Islam, Sikh, pemilik tanah, pengusaha teh dan sebagainya. Antara pembaharuan yang

memperlihatkan dasar pro-Muslim British ialah pemberian elektorat berasingan

kepada orang Islam yang boleh dikatakan sebagai kemenangan bagi Liga Muslim.11

Seperti mana yang telah dijanjikan ketika memberi jaminan kepada rombongan

Agha Khan, Lord Minto telah mengiktiraf kedudukan orang Islam sebagai komuniti

berasingan semasa memperkenalkan reformasi perlembagaan di bawah Akta Majlis

India 1909.12 Buat pertama kalinya, orang Islam telah diberikan kerusi khas di semua

majlis perundangan negeri yang mana kerusi-kerusi ini hanya boleh ditandingi oleh

orang Islam sahaja dan pengundi baginya juga datang daripada orang Islam sahaja. 13

Menurut K. Anbalakan, melalui tawaran ini pihak Inggeris telah secara rasminya

tetapi tanpa disedari telah mengorak langkah ke arah pembahagian India.14 Hal ini

turut disokong oleh pernyataan V.D. Mahajan yang menyatakan;

“If Curzon’s Partition of Bengal on the communal base partly gave a territorial
identity to the Muslims, Minto’s separate electorate gave them a distinct
political identity.”

11
Uma Kaura, Muslims and Indian Nationalism: The Emergence of the Demand for India’s Partition
1928-1940, New Delhi: Manohar, 1977, hlm. 18.
12
K. Anbalakan, “Politik Pemisahan dan Pembentukan Pakistan”, Jurnal Ilmu Kemanusiaan, Vol. 1
(Oktober 1994), hlm. 45.
13
Ibid.
14
Ibid., hlm. 46.

5
2.4 DASAR KOMPROMI LORD LOUIS MOUNTBATTEN 1947

Sesungguhnya usaha British yang membawa ke arah pemisahan India bukan

sahaja pada peringkat menyemai semangat pemisahan dalam kalangan orang Islam.

Hal ini demikian kerana, terdapat peranan penting oleh pentadbir British iaitu Lord

Mountbatten pada tempoh India hampir mencapai kemerdekaan yang akhirnya

membawa kepada kemerdekaan dua wilayah iaitu India dan Pakistan.

Lord Mountbatten, viceroy terakhir India yang menggantikan Lord Wavell pada tahun

1947 telah bertanggungjawab terhadap pemisahan India dan Pakistan. Pada Mac 1947

ketika perhubungan etnik antara Hindu dan Muslim dalam keadaan tegang, beliau

membentuk kompromi di antara Kongres Kebangsaan India dan Liga Muslim.15

Lord Mountbatten telah mengumumkan prosedur untuk memindahkan kuasa iaitu

daripada kerajaan British kepada rakyat India. Dalam pada itu, beliau memberikan

dua pilihan sama ada Hindu dan Muslim bersatu di dalam satu negara atau

kedua-duanya membentuk dua unit politik yang berasingan.16 Hasilnya, pada Julai

1947, British meluluskan Akta Kemerdekaan India yang menetapkan India akan

mendapat kemerdekaan pada 15 Ogos 1947 dengan kewujudan dua entiti politik yang

berasingan iaitu India dan Pakistan. 17 Jelasnya, pentadbir British sememangnya

berperanan dalam isu pemisahan politik bermula daripada usaha menyemai semangat

15
R. Rajakrishnan., M. Rajantheran, Pengantar Tamadun India, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti,
1994, hlm. 148.
16
R. Rajakrishnan., M. Rajantheran, Pengantar Tamadun India, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti,
1994, hlm. 148.
17
C.H. Philips & Mary Doreen Wainwright, (eds.), The Partition of India: Policies and Perspective
(1935-1947), Cambridge: MIT Press, 1970, hlm. 125.

6
pemisahan sehinggalah kepada pemindahan kuasa pentadbiran, dasar British

berbentuk pro-Muslim sehingga menyebabkan terjadi pemisahan mutlak.

3.0 TINDAK-TANDUK PARTI DAN PEMIMPIN YANG


MENYEMPURNAKAN PEMISAHAN INDIA

Dua parti yang terlibat dalam isu pemisahan India ialah Kongres Kebangsaan

India dan Liga Muslim. Kedua-dua parti ini memainkan peranan dalam

menyempurnakan benih pemisahan yang disemai oleh para pentadbir British.

Pada dasarnya, Kongres ditubuhkan pada tahun 1885 oleh Allan Octavian Hume dan

keanggotaannya terdiri daripada golongan India yang berpendidikan Barat sementara

Liga Muslim ditubuhkan pada tahun 1906 oleh Agha Khan setelah beliau dan

rombongannya bertemu dengan Lord Minto. Sama seperti Kongres, pucuk pimpinan

Liga Muslim terdiri daripada golongan yang berpendidikan Barat seperti golongan

zamindar, tuan tanah dan profesional dan bersikap pro-British, berbeza dengan

golongan ulama yang anti-British.18

3.1 GERAKAN KHILAFAT

Antara isu kontroversial melibatkan Kongres dan Liga Muslim yang

memperlihatkan tindak-tanduk ke arah penyempurnaan pemisahan India adalah

gerakan Khilafat (1919-1924). Pada amnya, gerakan Khilafat adalah tindakbalas

orang Islam di India berikutan tindakan British yang keras terhadap Turki dan sistem

Khalifah. Gerakan ini telah dicetuskan oleh beberapa tokoh kaum muslimin India

18
K. Anbalakan, “Politik Pemisahan dan Pembentukan Pakistan”, Jurnal Ilmu Kemanusiaan, Vol. 1
(Oktober 1994), hlm. 46.

7
yang mengusung isu Pan-Islamisme seperti Maulana Abdul Bari, Maulana

Muhammad Ali dan Maulana Shaukat Ali.19

Perbincangan mengenai gerakan Khilafat ini pada dasarnya boleh dilihat dari dua

sudut iaitu yang pertama, gerakan ini memperlihatkan adanya usaha ke arah

pemupukan perpaduan kerana Gandhi memutuskan untuk berjuang bersama-sama

dengan orang Islam kerana beliau percaya semangat persaudaraan akan dapat disemai

dan kesepaduan itu akan membolehkan mereka bersama-sama menentang penjajahan

British.20 Oleh itu, Gandhi telah melancarkan Pergerakan Tidak Bekerjasama yang

menggunakan konsep satyagraha dengan pihak British pada tahun 1920.21

Walau bagaimanapun, di sisi yang lain penyertaan Kongres dan Pergerakan Tidak

Bekerjasama dalam Gerakan Khilafat tidak membawa kesan yang signifikan terhadap

isu Khilafat kerana ternyata perpaduan yang diusahakan oleh Gandhi hanya dari segi

luaran sahaja. Hakikatnya kedua-dua kaum ini memperjuangkan kepentingan

masing-masing.22

Ada pandangan yang menyatakan kerjasama ini wujud disebabkan adanya

kepentingan-kepentingan tertentu dari setiap pihak. Gerakan Khilafat menggunakan

Kongres dan Pergerakan Tidak Bekerjasama sebagai alat gertakan British berkaitan

dengan hal kekhalifahan Turki dan juga sebagai langkah untuk menjamin masa depan

19
David Page, Prelude to Partition: The Indian Muslims and the Imperial System of Control 1920-1932,
Delhi: Oxford University Press, 1982, hlm. 21-22.
20
M. Rajantheran dan Md. Afandi Hj. Awang, “Nasionalis atau Komunalis: Sir Syed Ahmad Khan dan
Mahatma Gandhi dalam Sejarah Moden India”, Jurnal Jati, 9 (Disember 2004), hlm. 98.
21
K. Anbalakan, “Politik Pemisahan dan Pembentukan Pakistan”, Jurnal Ilmu Kemanusiaan, Vol. 1
(Oktober 1994), hlm. 47.
22
David Page, Prelude to Partition, ms. 94.

8
kaum Islam di India. Manakala, Kongres menggunakan gerakan Khilafat untuk

membuktikan terbentuknya nasionalisme di India.23 Walau bagaimanapun, gerakan

Khilafat telah gagal. Meskipun pada peringkat ini idea mewujudkan Pakistan belum

muncul, namun tidak dapat dinafikan tindak-tanduk Kongres dan Liga Muslim dalam

isu gerakan Khilafat sebenarnya mendorong kepada perkembangan politik pemisahan

India.

3.2 PENAFIAN HAK MINORITI OLEH KONGRES

Antara isu yang mendorong tindak-tanduk ke arah politik pemisahan ialah

berkenaan penafian hak-hak minoriti (Islam) di India oleh Kongres. Berikutan

kebimbangan tentang masa depan orang Islam sekiranya pemerintahan British

digantikan oleh India, Jinnah berpendapat bahawa Kongres perlu memberikan

jaminan masa depan orang Islam dalam bentuk peruntukan kerusi dalam dewan

perundangan dan jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam.24 Jinnah telah berjaya

memperolehi jaminan tersebut melalui Pakatan Lucknow 1916 yang mana orang

Muslim mempunyai perwakilan satu pertiga dalam kerajaan pusat, bahkan Liga

Muslim menjatuhkan tuntutan ke atas Punjab dan Bengal sebagai pertukaran untuk

kerusi tambahan perwakilan yang mewakili orang Islam dari kawasan minoriti.25

Walau bagaimanapun, Laporan Nehru oleh Kongres kemudiannya pada tahun

1928 bercadang untuk menggantikan elektorat berasingan bagi orang Islam dengan

23
A.C. Niemeijer, The Khilafat Movement in India 1919-1924, Netherlands: The Hague, 1972, hlm.
173.
24
A.M. Zaidi, Evolution of Muslim Political Thought in India, V. 1, (From Syed to the Emergence of
Jinnah), New Delhi: Michiko & Panjathan, 1975, hlm. 257.
25
Uma Kaura, Muslims and Indian Nationalism: The Emergence of the Demand for India’s Partition
1928-1940, New Delhi: Manohar, 1977, hlm. 20.

9
peruntukan kerusi di dewan-dewan perundangan negeri di mana mereka adalah

minoriti mengikut jumlah mereka di negeri berkenaan. Keputusan ini tidak

dipersetujui oleh Jinnah dan menuntut tidak kurang daripada sepertiga dari kerusi

perundangan.26 Namun, Kongres enggan mengiktiraf hak-hak minoriti dan hal ini

menyebabkan Jinnah mula cenderung ke arah politik pemisahan. Oleh itu, hujah ini

menyokong penegasan penulis yang menyatakan bahawa tindak-tanduk Kongres dan

Liga Muslim (dalam hal ini ialah Kongres) menyumbang ke arah penyempurnaan

pemisahan India.

3.3 PERANAN ALI JINNAH

Muhammad Ali Jinnah merupakan pemimpin Muslim yang pada awalnya

menyertai Kongres. Peranan Ali Jinnah dalam menyempurnakan pemisahan India

dapat dilihat apabila beliau membuat keputusan untuk keluar daripada Kongres kerana

kecewa dengan tindakan Kongres yang menafikan hak orang Islam dalam dewan

perundangan.27 Fasa tersebut memperlihatkan the parting ways antara Jinnah dengan

pemimpin-pemimpin Kongres yang lain. Beliau kemudiannya telah menyertai Liga

Muslim. Jinnah kemudiannya menggunakan laporan-laporan jawatankuasa untuk

memburuk-burukkan Kongres sebagai Hindu Raj yang mengabaikan kepentingan

orang Islam di India.28

26
David Page, Prelude to Partition: The Indian Muslims and the Imperial System of Control 1920-1932,
Delhi: Oxford University Press, 1982, hlm. 145.
27
R. Rajakrishnan., M. Rajantheran, Pengantar Tamadun India, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti,
1994, hlm. 150.
28
K. Anbalakan, “Politik Pemisahan dan Pembentukan Pakistan”, Jurnal Ilmu Kemanusiaan, Vol. 1
(Oktober 1994), hlm. 52.

10
Hasilnya, Liga Muslim semakin mendapat kepercayaan dan muncul sebagai parti

tunggal orang Islam di India. Pemimpin-pemimpin Islam mulai meletak jawatan

daripada Kongres dan menyertai Liga Muslim. Ali Jinnah kemudiannya menyeru

mereka untuk meraikan Deliverance Day 1939 sempena perletakan jawatan tersebut

dan orang Islam seluruh dunia menyambutnya dengan baik. Hal ini memberi kekuatan

kepada Jinnah yang akhirnya membentangkan Resolusi Pakistan di Lahore pada tahun

1947.29 Jelaslah bahawa Ali Jinnah sebagai pemimpin melalui tindak-tanduknya telah

menyempurnakan pemisahan India.

3.4 TEORI TWO NATION OLEH SYED AHMAD KHAN

Antara pemimpin yang terlibat dalam idea pemisahan India ialah Syed Ahmad

Khan yang dikatakan pengasas kepada Two Nation Theory. Peranan beliau dapat

dilihat selepas berlakunya Dahagi India 1857 dengan mengambil langkah mengubah

sikap British terhadap Islam. British memandang Islam sebagai musuh kerana

beranggapan orang Islam yang mencetuskan kebangkitan tersebut.30

Syed Ahmad Khan merupakan seorang yang pro-British dan telah berjaya

mengasaskan Muhammadan Anglo-Oriental College di Aligarh.31 Syed Ahmad Khan

menyatakan bahawa India bukan sebuah negara sebaliknya dua buah negara dan

orang Hindu dan Muslim tidak boleh berkongsi kuasa di dalamnya. Satu pihak harus

29
K. Anbalakan, “Politik Pemisahan dan Pembentukan Pakistan”, Jurnal Ilmu Kemanusiaan, Vol. 1
(Oktober 1994), hlm. 56.
30
V. D. Mahajan, History of Modern India (1919-1982), New Delhi: S. Chand & Company Ltd, 1983,
hlm. 59.
31
K. Anbalakan, “Politik Pemisahan dan Pembentukan Pakistan”, Jurnal Ilmu Kemanusiaan, Vol. 1
(Oktober 1994), hlm. 50.

11
menjadi pemerintah dan satu pihak yang lain menjadi pengikut.32 Pandangan Syed

Ahmad Khan ini secara asasnya mendapat tentangan daripada pemimpin Islam aliran

Deoband yang mendakwa beliau telah mencemarkan Islam dengan memasukkan

idea-idea materialisme dan menuduhnya sebagai seorang kafir.33 Namun idea ini

dikatakan berkembang menjadi pemikiran komunal.34 Dalam pada itu, Syed Ahmad

Khan turut menggambarkan Kongres sebagai parti orang Hindu yang

memperjuangkan kepentingan orang Hindu sahaja. Kesan daripada sentimen dan teori

beliau, sebilangan besar masyarakat Islam mengasingkan diri daripada pergerakan

nasionalisme yang dianjurkan oleh Kongres. Ringkasnya, teori Syed Ahmad Khan ini

turut memainkan peranan dalam membawa India ke arah pemisahan kerana idea ini

kemudiannya diteruskan oleh Iqbal.

3.5 IDEOLOGI PEMBENTUKAN PAKISTAN OLEH SIR MUHAMMAD IQBAL

Muhammad Iqbal yang merupakan seorang penyair dan pernah menjadi Presiden

Liga Muslim pada tahun 1930 turut berperanan ke arah penyempurnaan pemisahan

India melalui ideologinya. Beliau menyatakan bahawa pembentukan sebuah negara

yang majoritinya orang Islam adalah perlu untuk menjaga kepentingan orang Islam

daripada dicerobohi oleh orang Hindu. 35 Ideologi beliau adalah berkisar kepada

pemusatan kawasan iaitu Punjab, sempadan provinsi barat hingga ke timur, Sind,

Baluchistan menjadi sebuah yang berasingan daripada India yang asal.

32
Ibid.
33
Hamid Dalwai, Muslim Politics in India, Bombay: Nachiketa Publications, 1968, hlm. 32.
34
Komunal diertikan sebagai satu perkara yang dilakukan secara berkongsi atau dibuat oleh semua
ahli masyarakat itu. Komunal dalam pengertian conflict membawa maksud konflik yang terjadi antara
masyarakat yang berbeza terutamanya antara mereka yang berlainan agama atau asal usul etnik.
35
V. D. Mahajan, History of Modern India (1919-1982), New Delhi: S. Chand & Company Ltd, 1983,
hlm. 260.

12
Percival Spear dalam A History of India menyatakan peranan Iqbal seperti yang

berikut:

“It was at this time that the poet Sir Muhammad Iqbal came forward in 1930 with
a proposal for a separate Muslim homeland in the northwest. In his treasured
poems and widely read philosophic writings he had already provided a young
Islam with an ideology more vigorous and acceptable than the Sayyid’s rather
dated occidentalism and Anglicism. Independence and self reliance were his
theme.

3.6 IDEA PEMISAHAN OLEH JAWAHARLAL NEHRU

Pandit Jawaharlal Nehru merupakan antara pemimpin utama Kongres dan

dikatakan sebagai penerus Gandhi. Pada awal penglibatan dalam politik negara India,

beliau percaya bahawa perpaduan antara kaum akan dapat dicapai di India namun

pandangannya berubah setelah rusuhan kaum berlaku di Bengal. Tindakan Nehru

yang membawa kepada penyempurnaan pemisahan India adalah apabila beliau

menyelesaikan keadaan rusuhan kaum dengan bersetuju bahawa kawasan-kawasan

yang ramai penduduk beragama Islam dikeluarkan dari India dan dijadikan sebagai

sebuah negara merdeka yang berdaulat.36 Jelaslah bahawa sebagai seorang pemimpin,

tindak-tanduk Nehru telah membawa kepada pemisahan India 1947.

3.0 KESIMPULAN

Berbalik kepada fokus perbincangan berkenaan isu pemisahan India, tidak dapat

dinafikan pemisahan politik ini terjadi disebabkan oleh peranan tiga pihak iaitu

British yang diwakili oleh para pentadbirnya, parti Kongres Kebangsaan India dan

Liga Muslim serta para pemimpin Hindu-Muslim. Pada asasnya, terdapat lebih ramai

lagi key players yang memainkan peranan dalam menyempurnakan pemisahan India,

36
C.H. Philips & Mary Doreen Wainwright, (eds.), The Partition of India: Policies and Perspective
(1935-1947), Cambridge: MIT Press, 1970, hlm. 183-184.

13
namun para pemimpin yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah antara yang

signifikan dalam sejarah pemisahan tersebut. Sesungguhnya kemerdekaan India

adalah peristiwa bersejarah yang meninggalkan impak kepada masyarakat India

kerana sebuah negara yang berdaulat telah terbahagi kepada dua entiti yang berbeza

disebabkan oleh dasar pecah dan perintah oleh British, bahkan penghijrahan secara

besar-besaran orang Muslim ke Pakistan telah mengakibatkan banyak jiwa terkorban.

Ringkasnya, India mencapai kemerdekaan pada 14 Ogos 1947 dan Pakistan pada 15

Ogos 1947.

14

You might also like