You are on page 1of 14

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA

GARIS PANDUAN PERMOHONAN NOTIS PENDAFTARAN LESEN KELAS

A. KEPERLUAN PERMOHONAN NOTIS PENDAFTARAN LESEN KELAS

1. Seksyen 20(1)(a) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655)


memperuntukkan bahawa seseorang yang memiliki sistem bekalan air
persendirian atau sistem pembetungan persendirian atau mana-mana
bahagian sistem itu hendaklah memegang suatu lesen kelas. Bagi
pemilikan sistem, lesen kelas kemudahan akan dikeluarkan.

2. Seksyen 20(1)(b) Akta 655 memperuntukkan bahawa seseorang yang


mengusahakan, menyediakan atau mengadakan apa-apa perkhidmatan
bekalan air atau perkhidmatan pembetungan atau sebahagian daripada
perkhidmatan itu dengan cara mengendalikan suatu sistem bekalan air
persendirian atau sistem pembetungan persendirian hendaklah
memegang lesen kelas. perkhidmatan. Bagi pengendalian sistem, lesen
kelas perkhidmatan akan dikeluarkan.

3. Seksyen 20(1)(4) Akta 655 memperuntukkan bahawa seseorang yang


melanggar seksyen 20(1) Akta 655 iaitu tidak memegang suatu lesen
kelas, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda
tidak melebihi RM200,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.

4. Perintah 3 di bawah Perintah Industri Perkhidmatan Air (Pelesenan)


(Pengecualian) 2007 memperuntukkan bahawa Kerajaan Persekutuan
dan Kerajaan Negeri adalah dikecualikan daripada kehendak lesen
kelas di bawah Akta. Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri dikehendaki untuk mematuhi kewajipan dan obligasi di
bawah Akta seolah-olah ia adalah pemegang lesen kelas.
B. OBJEKTIF

Garis panduan ini menggariskan tatacara permohonan yang perlu diikuti bagi
permohonan notis pendaftaran lesen kelas.

SPAN berhak mengubah atau mengemaskini garis panduan ini dari semasa ke
semasa tanpa sebarang pemberitahuan.

C. DEFINISI

Untuk rujukan, definisi berikut adalah terpakai:


Terma Definisi
Akta Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 atau Akta 655
SPAN Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara atau Suruhanjaya
Pemegang Lesen Orang yang dilesenkan di bawah Akta 655 untuk memiliki suatu
Kemudahan sistem bekalan air atau sistem pembetungan atau mana-mana
bahagian daripada sistem bekalan air atau sistem pembetungan
itu
Pemegang Lesen Orang yang dilesenkan di bawah Akta 655 untuk menyediakan
Perkhidmatan perkhidmatan bekalan air atau perkhidmatan pembetungan atau
mana-mana bahagian daripada perkhidmatan bekalan air atau
perkhidmatan pembetungan itu
Pengendali atau Orang yang bertanggungjawab melaksana, mengurus, menyelia,
Operator dan mengatur segala hal ehwal berkaitan operasi harian
Perkhidmatan Perawatan air yang diambil daripada alur air dan pengagihan dan
Bekalan Air pembekalan air yang telah dirawat kepada pengguna dan
termasuklah pengendalian dan penyenggaraan sistem bekalan air
Perkhidmatan Pengumpulan, pembawaan, perawatan dan pelupusan kumbahan
Pembetungan atau enap cemar kumbahan, dan termasuklah pengendalian dan
penyenggaraan sistem pembetungan dan penyahenap cemar
tangki septik
Sistem Bekalan Air a) Sistem bekalan air yang digunakan semata-mata untuk
Persendirian maksud membekalkan air kepada pemilik atau penghuni
sesuatu premis atau tetamu atau jemputan pemilik atau
penghuni itu untuk penggunaan persendirian; atau
b) Apa-apa sistem bekalan air lain yang ditentukan oleh
Suruhanjaya
Air Berhubung dengan pengagihan atau pembekalan air, ertinya air
yang telah dirawat

Page | 3
Terma Definisi
Alur Air Termasuklah sungai, anak sungai dan suak termasuk mana-
mana cawang sungai, cabang sungai atau lencongan buatan
mengenainya, laut, tasik, air bawah tanah, empangan, takungan,
longkang, parit dan laluan, selain paip, yang air mengalir
melaluinya bagi pembekalan air ke mana-mana premis.
Sistem Sistem yang mengandungi pembetung, paip pelupusan, stesen
Pembetungan pengepam atau tempat rawatan kumbahan atau apa-apa
kombinasinya dan segala struktur, kelengkapan dan
perlengkapan lain (selain perpaipan pembetungan dalaman
individu, perpaipan pembetungan dalaman bersama atau tangki
septik) yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi
pengumpulan, pembawaan, pengepaman atau perawatan
kumbahan dan enap cemar kumbahan atau pelupusan efluen
kumbahan terawat atau enap cemar kumbahan terawat selain
daripada sistem pembetungan awam
Sistem a) Sistem pembetungan yang disambungkan dengan , atau yang
Pembetungan Awam membawa kumbahan ke, pembetung awam;
b) Sistem pembetungan yang tidak disambungkan dengan atau
tidak membawa kumbahan ke pembetung awam tetapi
ditentukan oleh Suruhanjaya sebagai atau menjadi
sebahagian daripada sistem pembetungan awam;
c) Sistem pembetungan dalam suatu pembangunan yang telah
diserahkan kepada pemegang lesen individu yang
menyediakan perkhidmatan pembetungan mengikut seksyen
47 Akta;
d) Mana-mana sistem pembetungan lain sebagaimana yang
ditentukan oleh Suruhanjaya.
Sistem Sistem pembetungan selain sistem pembetungan awam
Pembetungan
Persendirian
Kumbahan Apa-apa lepasan cecair yang mengandungi kumuhan manusia,
haiwan atau bahan nabati dalam bentuk terampai atau larutan
yang diperoleh daripada aktiviti domestik dan terhasil dari premis
rumah, komersial, institusi dan industri termasuk lepasan cecair
dari tandas, besen,singki, bilik air dan apa-apa perkakas
kebersihan lain tetapi tidak termasuk air hujan dan efluen
terlarang.

Page | 4
D. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN NOTIS PENDAFTARAN LESEN KELAS

1. Kelayakan untuk mengemukakan permohonan:

1.1 Pemohon merupakan orang atau golongan berikut:


a) syarikat yang diperbadankan di Malaysia;
b) individu warganegara atau pemastautin tetap Malaysia;
c) badan berkanun yang ditubuhkan di bawah undang-undang
Malaysia; dan
d) mana-mana orang atau golongan orang yang lain
sebagaimana yang diputuskan oleh Menteri dari semasa ke
semasa

1.2 Sistem bekalan air atau sistem pembetungan persendirian yang


dimiliki atau dikendalikan pemohon mematuhi spesifikasi dan
kehendak di bawah Akta 655 atau perundangan subsidiarinya atau
diluluskan oleh Suruhanjaya/Jurutera Profesional yang
berkelayakan (Qualified Person) seperti berikut:

a) Sistem dibina selepas Akta 655 berkuat kuasa

i. Sistem Bekalan Air Persendirian


Surat Kelulusan daripada Suruhanjaya

ii. Sistem Pembetungan Persendirian


Surat Pengesahan Siap Kerja (LOC) yang
dikeluarkan oleh JPP/ Agensi Perakuan yang dilantik
oleh Suruhanjaya

b) Sistem dibina sebelum Akta 655 berkuat kuasa


Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC)/ Sijil Layak
Menduduki (CF)/ Surat Pengesahan Siap Kerja (LOC) yang
dikeluarkan oleh JPP.

1.3 Pemohon/ pemilik juga boleh mengemukakan Akuan Berkanun


sepertimana format di dalam Borang SPAN 3 untuk mengesahkan
bahawa sistem mematuhi kehendak di bawah Akta 655 dan
perundangan subsidiarinya sekiranya tidak dapat mengemukakan
dokumen 1.2 (a) dan 1.2 (b).

Page | 5
1.4 Bagi notis pendaftaran lesen kelas kemudahan, pemohon
hendaklah mengemukakan dokumen pemilikan seperti geran tanah
atau cukai tanah atau apa-apa dokumen untuk membuktikan
pemilikan.

1.5 Bagi notis pendaftaran lesen kelas perkhidmatan, pemohon


hendaklah memiliki kelayakan untuk mengendalikan sistem
bekalan air persendirian atau sistem pembetungan persendirian.
Pemohon hendaklah ada sekurang-kurangnya seorang
berkelulusan teknikal yang mempunyai pengalaman kerja untuk
mengendalikan sistem bekalan air atau sistem pembetungan.

1.6 Untuk notis pendaftaran lesen kelas sistem bekalan air, pemohon
telah memohon atau telah mendapat kelulusan Kerajaan Negeri
yang berkaitan untuk mengambil air dari saluran air.

1.7 Pemohon perlu mengemukakan laporan ujian kualiti air terawat


bagi sistem bekalan air dan/atau laporan ujian kualiti efluen bagi
sistem pembetungan sepertimana di LAMPIRAN 1 dan laporan
tersebut hendaklah merujuk kepada laporan terkini dan tidak
melebihi 6 bulan dari tarikh kelulusan SPAN. Laporan kualiti air
terawat dan/atau kualiti efluen mestilah mematuhi piawaian atau
standard yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
dan/ atau Jabatan Alam Sekitar. Permohonan yang kualiti air/
efluen yang tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan tidak akan
dipertimbangkan untuk kelulusan. Sistem pembetungan jenis
stesen pam kumbahan dikecualikan daripada mengemukakan
laporan kualiti efluen.

1.8 Laporan kualiti efluan tidak perlu dikemukakan semasa


permohonan awal bagi sistem pembetungan persendirian yang
baru siap dibina. Kelulusan akan diberikan berdasarkan kelulusan
Perancangan, Reka Bentuk dan Pembinaan (Planning Design
Construction – PDC 8) yang dikeluarkan oleh Agensi Perakuan
SPAN. Pemegang lesen kelas dikehendaki untuk mengemukakan
laporan kualiti efluen 6 bulan dari tarikh kelulusan. Selanjutnya
laporan kualiti hendaklah dikemukakan setiap enam bulan sekali.

Page | 6
1.9 Pemohon hendaklah memberikan pengesahan bahawa syarikat
yang memohon notis pendaftaran lesen kelas tidak melakukan
sebarang pelanggaran dan adalah bebas daripada sebarang
siasatan atau tindakan penguatkuasaan di bawah Akta 655 dan
perundangan subsidiarinya dan bebas daripada siasatan pihak
polis berhubung perkara berkaitan dengan apa-apa lesen/permit
yang dikeluarkan di bawah Akta 655.

2 Keterangan jenis sistem

2.1 Notis pendaftaran lesen kelas diperlukan bagi pemilik atau


pengendali kesemua jenis sistem bekalan air persendirian di mana
sistem hendaklah memenuhi kehendak proses rawatan air secara
konvensional atau dengan teknologi.

2.2 Notis pendaftaran lesen kelas tidak diperlukan bagi pemilik atau
pengendali tangki septik individu (IST) atau tangki septik komunal
(CST). Walau bagaimanapun, pendaftaran lesen kelas diperlukan
bagi sistem rawatan kumbahan kecil (SSTS) dan tangki septik
mekanikal yang berkapasiti kurang daripada 150 P.E seperti sistem
SATS (MA1126) atau mana-mana model yang tangkinya bersaiz
31 hingga 149 P.E

E. TATACARA PERMOHONAN NOTIS PENDAFTARAN LESEN KELAS

1. Mengemukakan dokumen sokongan sepertimana di dalam senarai


semak. Semua permohonan hendaklah mengepilkan senarai semak,
borang-borang berkaitan (Rujuk borang di item 2 di bawah) dan dokumen
sokongan yang lengkap.

2. Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan dengan mengisi


borang-borang berikut:

a) permohonan SPAN 1 - pengenalan pemohon;


b) borang SPAN 2 – laporan kualiti air terawat/laporan kualiti efluen;
c) dua (2) Borang D iaitu Notis Pendaftaran Lesen Kelas yang
ditandatangani oleh pengurusan kanan berserta cop rasmi

Kesemua borang boleh dimuat turun melalui laman web rasmi


SPAN di www.span.gov.my.

Page | 7
3. Permohonan lengkap bersama dokumen sokongan, hendaklah
dikemukakan kepada Ibu Pejabat SPAN untuk perhatian Pengarah
Eksekutif Jabatan Kawal Selia Pasaran (JK Pasaran).Sila rujuk
LAMPIRAN 2 untuk alamat dan nombor telefon.

4. Tempoh masa yang diambil bagi memproses satu permohonan baru dan
pembaharuan adalah 21 hari bekerja setelah menerima dokumen
lengkap.

5. Permohonan yang tidak lengkap akan dikembalikan semula dan pemohon


perlu mengemukakan semula permohonan dalam tempoh tiga puluh (30)
hari dari tarikh surat pemberitahuan dikeluarkan atau apa-apa tempoh
yang ditetapkan oleh Suruhanjaya.

6. Carta aliran proses pengurusan permohonan notis pendaftaran lesen


kelas adalah sebagaimana di LAMPIRAN 3.

7. Permohonan pembaharuan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya dua


(2) bulan sebelum luput pendaftaran. Tindakan penguatkuasaan boleh
diambil sekiranya pemohon gagal memperbaharui lesen kelas setelah
lesen kelas tamat tempoh di mana seseorang yang melanggar seksyen
20(1) Akta 655 iaitu tidak memegang suatu lesen kelas, melakukan suatu
kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi
RM200,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau
kedua-duanya.

8. Permohonan hanya akan diproses di Ibu Pejabat. Sebarang pertanyaan


boleh dimajukan kepada:

a) Bahagian Pelesenan & Tarif, JK Pasaran di Ibu Pejabat SPAN;


atau

b) Pejabat Wilayah atau Cawangan SPAN

Nota: Sila rujuk Lampiran 3 untuk alamat dan nombor telefon Ibu Pejabat,
Pejabat Wilayah dan Pejabat Cawangan SPAN

Page | 8
F. FI PENDAFTARAN

1. Bayaran fi pendaftaran hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank, kiriman


wang, wang pos atau cek syarikat sebanyak RM500 bagi setiap lokasi
sistem atas nama SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA

2. Fi pendaftaran hendaklah dijelaskan dalam tempoh 14 hari dari tarikh


pemakluman kelulusan pendaftaran lesen kelas diberikan. Notis
pendaftaran lesen kelas hanya akan dikeluarkan dalam tempoh 7 hari
bekerja setelah bayaran fi tersebut telah dijelaskan di bank.
Nota: Bayaran cek- dianggap jelas apabila cek berjaya ditunaikan di bank

3. Surat kelulusan dan notis pendaftaran yang telah diendors oleh SPAN
akan dihantar melalui pos atau boleh diambil sendiri oleh pemohon atau
wakil (dengan surat perwakilan) di Ibu Pejabat SPAN.
Nota: Pengambilan surat kelulusan dan notis pendaftaran di kaunter pada
hari yang sama bayaran fi dibuat hanya boleh dibenarkan jika instrumen
bayaran dibuat melalui bank draf atau wang pos

4. Lain-lain fi yang berkaitan dengan lesen kelas adalah seperti berikut:


Jenis-Jenis Fi Fi (RM)
Permohonan untuk salinan notis pendaftaran lesen kelas 50
yang diakui sah
Permohonan untuk salinan lesen kelas yang diperakui benar 50
Fi bagi penukaran maklumat dalam pendaftaran lesen kelas 50
Fi untuk membuat salinan, atau mengambil petikan dari daftar 50

G. TEMPOH SAHLAKU PENDAFTARAN

Tempoh sahlaku pendaftaran adalah selama tiga (3) tahun daripada tarikh
kelulusan diberikan. Tiada pemulangan fi akan dibuat sekiranya pendaftaran
dibatalkan sebelum tamat tempoh sahlaku.

H. PERINGATAN

1. Sekiranya terdapat perubahan butir-butir pada notis pendaftaran lesen


kelas yang telah mendapat kelulusan, pemegang lesen kelas hendaklah
memaklumkan kepada SPAN secara bertulis dengan mengisi Borang

Page | 9
SPAN 1 bersama dengan notis pendaftaran yang telah dikemaskini (jika
perlu) berserta fi yang telah ditetapkan seberapa segera yang mungkin.

2. Jika pertukaran butir-butir adalah berkenaan lokasi sistem atau jika


terdapat perubahan kepada sistem seperti peningkatan kapasiti atau
perubahan lokasi sistem, pemohon dikehendaki mengemukakan
permohonan notis pendaftaran yang baharu berserta fi pendaftaran.

3. Permohonan yang didapati mengandungi maklumat tidak benar atau


palsu, kelulusan awal akan dibatalkan serta merta. Adalah diingatkan
bahawa pemohon adalah tertakluk kepada Seksyen 130 Akta 655 di mana
tindakan boleh diambil sekiranya maklumat diberi adalah palsu atau
mengelirukan.

4. Pihak SPAN boleh mengambil tindakan penguatkuasaan di bawah


peruntukan Akta kepada mana-mana pemilik dan/atau pengendali sistem
rawatan air persendirian dan sistem pembetungan persendirian yang tidak
memegang lesen kelas.

I. SYARAT DAN SEKATAN KE ATAS PEMEGANG LESEN KELAS

1. Seksyen 26(1) Akta 655, pemegang lesen kelas hendaklah mematuhi


syarat-syarat yang ditetapkan bagi lesen kelas dan apa-apa syarat lain
yang dikenakan dari semasa ke semasa.

2. Bagi pemegang lesen kelas perkhidmatan sistem rawatan air,


persampelan dan analisa air perlu dilaksanakan berdasarkan Malaysia
Standard Drinking Water – Quality Requirement MS2320:2010 dan
memastikan kualiti air menepati piawaian Kementerian Kesihatan
Malaysia pada setiap masa. Sila rujuk parameter dan kekerapan minima
yang dikehendaki oleh SPAN di LAMPIRAN 1;

3. Bagi pemegang lesen kelas perkhidmatan sistem pembetungan, ujian


kualiti efluen perlu dilaksanakan berdasarkan undang-undang alam sekitar
yang telah ditetapkan. Sila rujuk LAMPIRAN 1 untuk parameter yang
dikehendaki oleh SPAN.

4. Seksyen 25(4) Akta 655, pendaftaran lesen kelas adalah bersifat peribadi
kepada pemegang lesen kelas.

Page | 10
5. Seksyen 21(1)(a) dan 21(2)(a) Akta 655, pemegang lesen kelas dilarang
memajakkan, melesenkan atau membenarkan mana-mana orang lain
menggunakan sistem persendiriannya untuk membekalkan air atau
menyediakan perkhidmatan pembetungan kepada orang awam melainkan
ia dilesenkan di bawah Akta.

6. Seksyen 21(1)(b) dan 21(2)(b) Akta 655, pemegang lesen kelas


hendaklah tidak terlibat dalam sebarang perdagangan atau perniagaan
membekalkan air atau menyediakan perkhidmatan pembetungan kepada
orang awam melainkan ia dilesenkan di bawah Akta.

7. Seksyen 27(1) Akta 655, pendaftaran lesen kelas boleh dibatalkan oleh
SPAN jika pemegang lesen kelas tidak mematuhi mana-mana syarat-
syarat lesen atau peruntukan Akta atau perundangan subsidiarinya atau
atas apa-apa sebab yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

Tarikh Pindaan:

[JPK Bil 2/2015, Tarikh: 5 Mac 2015 , diluluskan Mesyuarat Suruhanjaya 25 Mac 2015]

[JP Bil 3/2015, Tarikh: 9 Oktober 2015, diluluskan Mesyuarat Suruhanjaya 20 Oktober 2015]

[JP Bil 2/2016, Tarikh: 21 Mac 2016]

[JPK Bil 5/2016, Tarikh: 27 Jun 2016]

Page | 11
LAMPIRAN 1

LAPORAN KUALITI AIR TERAWAT DAN LAPORAN KUALITI EFLUEN

1. Bagi pemegang lesen kelas perkhidmatan sistem rawatan air, persampelan dan
analisa air perlu dilaksanakan berdasarkan Malaysia Standard Drinking Water –
Quality Requirement MS2320:2010 dan memastikan kualiti air menepati
piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada setiap masa sepertimana
parameter berikut:

No. Test Parameter


a) Baki Klorin
b) pH
c) Aluminium
d) Kekeruhan
e) E. coli

2. Laporan kualiti air di Para 1 perlu dikemukakan untuk permohonan pembaharuan


notis pendaftaran lesen kelas. Hanya kualiti air yang menepati piawaian KKM
sahaja akan dipertimbangkan untuk kelulusan. Laporan yang dikemukakan
hendaklah merujuk kepada laporan kualiti air terkini atau tidak melebihi 6
bulan dari tarikh kelulusan permohonan.

3. Selain itu, sebagai salah satu syarat yang perlu dipatuhi oleh pemegang lesen
kelas perkhidmatan sistem bekalan air, laporan kualiti ujian analisa kualiti air
minima di Para 1 perlu dikemukakan setiap 6 bulan kepada Pejabat Wilayah/
Cawangan SPAN yang berkenaan.

4. Laporan kualiti efluen dengan parameter berikut perlu dikemukakan untuk


permohonan pembaharuan notis pendaftaran lesen kelas. Hanya kualiti efluen
yang menepati piawaian Jabatan Alam Sekitar (JAS) sahaja akan
dipertimbangkan untuk kelulusan. Laporan yang dikemukakan hendaklah
merujuk kepada laporan kualiti efluen terkini atau tidak melebihi 6 bulan dari
tarikh kelulusan permohonan.

No. Test Parameter SP sebelum SP selepas


tahun 2009 tahun 2009
(/) (/)
a) BOD  
b) COD  
c) Pepejal Terampai  
d) Minyak Dan Gris  
e) Nitrogen Ammonia (Badan Air Yang  
Terkepung)
f) Nitrogen Ammonia (Sungai)  
g) Nitroge Nitrat (Badan Air Yang Terkepung)  
h) Fosforus (Badan Air Yang Terkepung)  

Page | 12
5. Selain itu, sebagai salah satu syarat yang perlu dipatuhi oleh pemegang lesen
kelas perkhidmatan sistem pembetungan (SP), laporan kualiti efluen minima
seperti di para 4 perlu dikemukakan setiap 6 bulan kepada Pejabat Wilayah/
Cawangan SPAN yang berkenaan.

6. Laporan kualiti efluan tidak perlu dikemukakan semasa permohonan awal bagi
sistem pembetungan persendirian yang baru siap dibina. Kelulusan akan
diberikan berdasarkan kelulusan Perancangan, Reka Bentuk dan Pembinaan
(Planning Design Construction – PDC 8) yang dikeluarkan oleh Agensi Perakuan
SPAN. Pemegang lesen kelas dikehendaki untuk mengemukakan laporan kualiti
efluen 6 bulan dari tarikh kelulusan. Selanjutnya laporan kualiti hendaklah
dikemukakan setiap enam bulan sekali.

Peringatan:
Persampelan dan analisa kualiti air terawat dan/atau kualiti efluen perlu
dilaksanakan oleh makmal yang diiktiraf oleh Jabatan Standard Malaysia melalui
Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM)

Page | 13
LAMPIRAN 2

ALAMAT DAN NOMBOR TELEFON PEJABAT SPAN


IBU PEJABAT
Aras Bawah & Aras Satu,
Prima Avenue 7, Blok 3510
Jalan Teknokrat 6
63000 Cyberjaya
Selangor
Tel : 03-8317 9333
Faks : 03-8317 9339/6/467

PEJABAT WILAYAH/ CAWANGAN


Wilayah Selatan Wilayah Tengah
Tingkat 22, Menara MSC Cyberport Aras Bawah, Prima Avenue 8
No. 5 Jalan Bukit Meldrum Blok 3508, Jalan Teknokrat 6
80300 Johor Bahru 63000 Cyberjaya
Johor Selangor
Tel : 07-222 5843 Tel : 03-8317 9333
Faks : 07-222 5844 Faks : 03-8317 9460
Email : Southern@span.gov.my Email : Central@span.gov.my
Wilayah Utara Wilayah Timur
Tingkat 5, Kompleks Sempilai Jaya Tingkat 2, Wisma PERKESO
Jalan Sempilai, Lot 2467 Jalan Air Jernih
13700 Seberang Jaya 20538 Kuala Terengganu
Pulau Pinang Terengganu
Tel : 04-397 0533 Tel : 09-624 6087/78
Faks : 04-397 0531 Faks : 09-624 6088
Email : Northern@span.gov.my Email : Eastern@span.gov.my
Pejabat Cawangan Perak Pejabat Cawangan Pahang
Lot 6.3 Tingkat 6, Bangunan KWSP Lot 2.01A, Tingkat 2
Jalan Greentown Bangunan KWSP Pahang
30450 Ipoh Persiaran KWSP Bandar Indera Mahkota,
Perak 25200 Kuantan, Pahang
Tel : 605 - 241 3209 / 10 Tel : 09-573 0153/52
Faks : 605 - 241 3213 Faks : 09-573 0149
Email : ipoh@span.gov.my Email : pahang@span.gov.my
Pejabat Cawangan Melaka
Lot 4.2 & 4.3, 4th Floor
Bangunan Bank Rakyat,
Jalan Hang Tuah,
75300 Melaka.
Tel : 281 6314 / 6559
Faks : 281 9343
Email : Melaka@span.gov.my

Page | 14
LAMPIRAN 3

1 Permohonan diterima
& direkod oleh JKES
Pemohon perlu
mengemukakan
permohonan lengkap
Semakan oleh BPT dalam tempoh 30 hari dari
2 tarikh notifikasi

Surat/emel notifikasi tidak


Tidak lengkap atau/dan
Senarai semak
lengkap? berserta pemulangan
permohonan

Ya

Penilaian oleh
3 bahagian teknikal

Menepati Tidak
kriteria teknikal?

Ya

Pembentangan kertas
4 pertimbangan untuk kelulusan

Permohonan Tidak
Surat tolak permohonan
diluluskan?

Ya
Fi perlu dijelaskan dalam tempoh 14
Maklumkan kepada pemohon hari untuk proses pengeluaran surat
5
dan minta bayaran fi kelulusan berserta notis pendaftaran
yang telah diendors oleh SPAN

Nota: Anggaran masa diambil bagi memproses permohonan dari (1) hingga (5) adalah 21 hari

Page | 15

You might also like