You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL 1/(2019)

SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU MAHMOOD 2

Tarikh : 17 Januari 2019 (Khamis)

Massa : 12.15 tengah hari

Tempat : Bilik Operasi Peperiksaan, STM2

Pengerusi : Pn. Jamilah binti Rahmat

Kehadiran(Bilangan) : 11 orang

Turut Hadir (Jika ada) : Pn. Siti Aminah binti Ramlan (PK Kokurikulum)

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih diatas semua ahli yang hadir.
1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah
1.3 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua jawatankuasa kerana telah
menjalankan tanggungjawab dengan baik sepanjang tahun 2018. Beliau juga
berharap prestasi ini dapat diteruskan dengan lebih cemerlang pada tahun 2019.

Tindakan : Makluman

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Pn. Ana Rozahaliza binti Abd Rahman.
Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Melati binti Amat.

Tindakan : Makluman

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Pn. Ana Rozahaliza mengingatkan bahawa guru- guru Bahasa Melayu akan
dipantau oleh pihak PPD atau JPN terutama yang mengajar kelas aras sederhana
bagi Tahap 1 dan Tahap 2. Semasa pemantauan, guru perlu menggunakan Kit
Sokongan sebagai BBM. Penulisan refleksi/ impak perlu ada pemberian latihan
pengayaan dan pemulihan kepada murid.
3.2 Pn. Norhasikin memaklumkan RPT dan RPH yang diperoleh semasa Kursus KSSR
Bahasa Melayu untuk tahun 3 telah dikongsi dalam Telegram untuk rujukan
bersama. Guru- guru tahun 3 boleh melaksanakan PLC untuk membincangkan RPH
yang akan dibuat sebelum PdPc.
3.3 Pn. Jamilah memaklumkan bahawa PKJR akan dijalankan sekali dalam seminggu
dan hanya sisipan dalam PdPc.
4 FOKUS MESYUARAT
4.1 Pengesahan Pelantikan AJK 2019
Rujuk buku pengurusan bagi perlantikan AJK Panitia Bahasa Melayu Pra sekolah
dan guru Tahun 1 hingga 6.

4.2 Pengurusan Kewangan Panitia


4.2.1 Pn. Jamilah memaklumkan semua guru perlu ada Kamus Dewan sebagai
rujukan. Guru yang tiada Kamus Dewan akan diberikan pada minggu
hadapan.
4.2.2 Ahli mesyuarat bersetuju untuk membeli barang- barang keperluan untuk
membina Kit Sokongan. Kit Sokongan yang telah siap dibina akan disimpan
di Bilik Pemulihan untuk kegunaan bersama.
4.2.3 En. Zulkarnain mencadangkan untuk membeli bahan- bahan permainan
bahasa untuk digunakan sebagai kuiz semasa di proses pengajaran dan
pembelajaran.
4.2.4 Penggunaan wang panitia- perlu isi nota minta. Semua program di bawah
panitia Bahasa Melayu perlu menyediakan kertas kerja. Sebarang barang
atau keperluan yang perlu dibeli perlu dirujuk kepada GPK 1 selepas mengisi
nota minta.

4.3 Perancangan Strategik


4.3.1 Pn. Jamilah menyatakan bahawa perancangan strategik berfokus kepada
proses pembelajaran dan pemudahcaraan, kelas tambahan Tahun 6 pada
hari Sabtu, bulan ilmu pada bulan April dan pembudayaan PBS seminggu
sekali pada waktu pagi.
4.3.2 Hari Kualiti akan dilaksanakan selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun dan
penetapan TOV perlu dibuat oleh guru Tahap 2.
4.3.3 Jadual pencerapan buku tuis telah disediakan oleh pentadbir. Pencerapan
akan dibuat dua kali setahun iaitu pencerapan kali pertama pada bulan
Februari hingga Mei dan pencerapan kali kedua pada bulan Julai hingga
Oktober.
4.3.4 Semakan buku latihan murid perlu dibuat sebelum memberi latihan
seterusnya dan guru perlu memberi pujian atau teguran membina kepada
murid.

4.4 Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengjaran Harian


4.4.1 Ketua Panitia menyatakan RPT perlu terkini dan selaras untuk setiap aliran
serta lengkap untuk matapelajaran yang diajar.
4.4.2 Penulisan rancangan pengajaran harian-
 Perlu mengikut aras dan tahap kemampuan murid.
 Penulisan refleksi/ impak adalah wajib.
 Penulisan refleksi mestilah ditulis dalam bentuk bilangan murid yang
menguasai dan tidak menguasai.
 Format yang digunakan mestilah seragam sama ada bagi guru yang
menggunakan fail atau buku rekod mengajar.
4.4.3 Penetapan buku tulis
 2 buah buku besar, 2 buah buku kecil dan 1 buah buku kecil untuk citra
(Tahun 5 dan 6).
 Ketua Panitia mengingatkan bahawa buku aktiviti tidak boleh digunakan
sebagai bahan BBM di dalam kelas tetapi hanya untuk latihan kerja
rumah.

4.5 Penggubalan Soalan Peperiksaan


4.5.1 Pn. Siti Aminah memaklumkan bahawa soalan akan dibeli daripada Bank
Soalan JKD Daerah dan akan diperbanyak oleh pihak sekolah.
4.5.2 Jadual penggubal soalan tetap akan dibuat dan nama yang guru yang
terlibat bertanggungjawab dalam memperbanyak soalan.

4.6 ULBS/ PBS


4.6.1 PBS perlu diisi dari semasa ke semasa dalam rekod transit setelah habis
satu kemahiran atau topik. Tarikh yang ditulis mesti sama dengan tarikh
dalam RPH.

4.6 PLC/ Peningkatan Profesionalisme Guru Dalam Panitia


4.7.1 Perbincangan PLC perlu dicatat atau direkod dalam borang yang telah
disediakan.
4.7.2 Program PLC yang dilaksanakn untuk meningkatkan kualiti PdPc guru akan
diteruskan bagi menggalakkan perkongsian idea dan bertukar-tukar
pendapat untuk kepentingan guru-guru.
4.7.3 Semua guru yang akan membina Kit Sokongan akan direkod sebagai PLC
dan akan dilaksanakan pada hari Khamis selepas cuti Hari Raya Cina.

5 HAL- HAL LAIN


5.1 Pn. Siti Aminah memaklumkan bahawa SK Tunku Mahmood 2 akan menjadi tuan
rumah untuk Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Daerah.
5.2 Pn. Jamilah binti Rahmat telah dilantik sebagai pegawai teknik dan mesyuarat AJK
Pengelola akan dibincangkan dalam mesyuarat yang akan datang.
5.3 Pn. Hjh Nor’ini memaklumkan Bulan Ilmu yang akan dilaksanakan pada bulan April
akan menerapkan juga pengisian PKJR.

6 PENUTUP
6.1 Harapan pengerusi- semua guru dapat berkongsi pendapat dan masalah bersama-
sama secara tidak langsung dapat meningkatkan peratus UPSR 2019 dan kekal
cemerlang.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.17 tengah hari.


Disediakan oleh,

SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH


Setiausaha
Panitia Bahasa Melayu
SK Tunku Mahmood 2

You might also like