You are on page 1of 9

PERATURAN PERTANDINGAN

BOLA JARING PEREMPUAN B12 / B15 / B18 TAHUN


MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH MUAR
TAHUN 2016

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Gabungan Persekutuan Bola


Jaring Wanita Antarabangsa (IFNA) dan Peraturan-Peraturan Am MSSM.

2. JENIS PERTANDINGAN

2.1 Pertandingan berpasukan antara sekolah dalam MSSM Daerah Muar.

2.2 Kategori yang dipertandingkan :


2.2.1 Perempuan Bawah 18 Tahun
2.2.2 Perempuan Bawah 15 Tahun
2.2.3 Perempuan Bawah 12 Tahun

3. PENDAFTARAN PEMAIN

3.1 Tiap-tiap pasukan mengandungi tidak lebih daripada 12 orang pemain.

3.2 Tiap-tiap pemain diwajibkan bermain dalam peringkat umurnya sahaja.

3.3 Kad Pengenalan dan Surat Pengesahan Bawah Umur 12 Tahun hendaklah
diserahkan kepada Pengelola semasa pendaftaran pasukan.

4. SISTEM PERTANDINGAN

4.1 Cara Liga Empat Kumpulan (A, B, C dan D)

4.1.1 Pusingan Pertama

a. Sekiranya dua belas atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka


hendaklah dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu A, B, C dan D.
Pertandingan akan dijalankan secara liga.

b. Johan, Naib Johan, ketiga dan Keempat dalam pertandingan Tahun lalu
akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut:

Johan - Kumpulan A
Naib Johan - Kumpulan B
Ketiga - Kumpulan C
Keempat - Kumpulan D
Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam empat kumpulan tersebut
dengan cabutan undi mengikut undang-undang permainan berkenaan.

4.1.2 Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak


mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah
dipertimbangkan kedudukannya.

4.1.3 Pusingan Kedua (Suku Akhir)

a. Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan masuk ke


pusingan suku akhir dan pertandingannya akan dijalankan secara kalah
mati.

b. Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut:

i. Undian bagi 4 pasukan Pemenang Pertama KUMPULAN akan


didahulukan untuk ditempatkan di kedudukan 1,3,5 dan 7.
ii. Undian bagi 2 Pasukan Pemenang Kedua KUMPULAN untuk
ditempatkan di kedudukan 2 atau 4, jika Pasukan Pemenang
Pertama KUMPULANnya telah diundi dan ditempatkan di
kedudukan 5 atau 7. Manakala 2 Pasukan Pemenang Kedua yang
lain akan diundi juga untuk ditempatkan di kedudukan 6 atau 8.
iii. Pasukan-pasukan yang menang pada Perlawanan Separuh Akhir
akan memasuki Perlawanan Akhir bagi menentukan JOHAN dan
NAIB JOHAN, sementara pasukan-pasukan yang kalah akan
bermain untuk menentukan tempat KETIGA dan KEEMPAT.

SUKU AKHIR SEPARUH AKHIR AKHIR

Secara Liga Tiga Kumpulan (A,B dan C)

4.1.4 Pusingan Pertama

a. Di mana penyertaan mengandungi Sembilan (9) hingga sebelas


(11) pasukan, maka pertandingan di Peringkat Awal akan dijalankan
secara LIGA satu pusingan dalam TIGA kumpulan A,B dan C.

b. Johan, Naib Johan dan Ketiga dalam Pertandingan Tahun lalu


akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut :

Johan - Kumpulan A
Naib Johan - Kumpulan B
Ketiga - Kumpulan C

Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam tiga kumpulan


tersebut dengan cabutan undi mengikut undang-undang permainan
berkenaan.
c. Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil
bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan
kedudukannya.

4.1.5 Pusingan Kedua

a. Johan dan Naib Johan Kumpulan A,B dan C adalah layak


memasuki Pusingan Kedua yang juga akan dijalankan secara LIGA dalam
dua kumpulan iaitu Kumpulan X dan Kumpulan Y.

b. Johan setiap kumpulan akan diundi untuk ditempatkan di


kumpulan-kumpulan tersebut. Naib Johan Kumpulan akan ditempatkan di
kumpulan yang berlainan dengan Johannya.

4.1.6 Pusingan Akhir

a. Johan dari Kumpulan X dan Kumpulan Y akan memasuki


Pertandingan Akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan.

b. Naib Johan Kumpulan X dan Kumpulan Y akan bertanding untuk


menentukan Tempat Ketiga dan Keempat.

4.2 Cara Liga Dua Kumpulan (A dan B)

4.2.1 Pusingan Pertama

a. Di mana penyertaan mengandungi enam (6) hingga lapan (8)


pasukan sahaja, maka pertandingan Pusingan Pertama akan dijalankan
secara LIGA satu pusingan dalam dua kumpulan–Kumpulan A dan
Kumpulan B.

b. Johan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat dalam pertandingan


Tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut :

Johan - Kumpulan A
Naib Johan - Kumpulan B
Ketiga - Kumpulan B
Keempat - Kumpulan A

Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam dua kumpulan tersebut


dengan cabutan undi mengikut undang-undang permainan berkenaan.

c. Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil


bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan
kedudukannya.
4.2.2 Pusingan Kedua (Separuh Akhir)

a. Johan dan Naib Johan Kumpulan A dan B adalah layak


memasuki Peringkat Separuh Akhir seperti berikut :

Johan A lwn. Naib Johan B (Kum.X)


Johan B lwn. Naib Johan A (Kum.Y)

b. Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

4.2.3 Pusingan Akhir

a. Pemenang Kumpulan X akan melawan Pemenang Kumpulan Y


untuk menentukan Johan dan Naib Johan.

b. Pasukan kalah kedua-dua kumpulan akan bertanding untuk


menentukan tempat Ketiga dan Keempat.

5. CARA MEMBUAT KEPUTUSAN

5.1 Cara Liga

5.1.1 Cara memberi mata :


Menang : 2 mata
Seri : 1 mata
Kalah : 0 mata

Jika dua (2) atau lebih pasukan mendapat mata yang sama, pemenang
akan ditentukan seperti berikut :

a. Secara PURATA GOL, iaitu dengan membahagikan jumlah gol yang


dijaringkan dengan jumlah gol yang kena.

b. Jika Purata Gol masih seri, maka keputusan akan ditentukan secara
PERBEZAAN GOL iaitu jumlah gol yang dijaringkan tolak jumlah gol yang
kena.

c. Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaringkan gol


yang terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang.

d. Jika kedudukan masih seri, maka keputusan akan ditentukan secara


mengambil keputusan perlawanan di antara kedua-dua pasukan
berkenaan sebelumnya.
e. Jika kedudukan masih sama, keputusan akan ditentukan secara
LAMBUNGAN DUIT. Jika di peringkat ini lebih daripada dua (2) pasukan
terlibat, maka keputusan akan ditentukan dengan CABUTAN UNDI.

5.2 Cara Kalah Mati

Bagi pertandingan yang dijalankan secara KALAH MATI, jika keputusan


pertandingan berakhir dengan seri, maka keputusan pertandingan akan
ditentukan seperti berikut :

a. Apabila tamat masa pertandingan, pasukan akan diberi masa rehat selama 2
minit.

b. Masa tambahan selama dua (2) x tujuh (7) minit setiap bahagian akan
dimainkan.

c. Pasukan akan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan semula oleh
pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah berikutnya.

d. Pasukan bertukar Kawasan Gol di separuh masa tanpa rehat.


e. Sekiranya berlaku seri pada akhir masa tambahan, permainan akan
diteruskan sehingga satu pasukan mendapat dua (2) kelebihan gol.

6. PENANGGUHAN PERLAWANAN

6.1 Jawatankuasa Pertandingan akan memutuskan kedudukan perlawanan yang


ditangguhkan oleh Pengadil kerana tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab yang
tidak dapat dielakkan.

7. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN JOHAN KESELURUHAN

7.1 Pemberian mata adalah diberikan mengikut pencapaian dalam sesuatu permainan
oleh pasukan seperti berikut.

JOHAN - 10 MATA
NAIB JOHAN - 8 MATA
KETIGA - 7 MATA
KEEMPAT - 6 MATA
KE- 5- KE- 8 - 4 MATA
KE-9 – KE – 12 - 2 MATA
TIDAK HADIR - 0 MATA

7.2 Sekiranya jumlah mata adalah sama maka penentuan akan dibuat berdasarkan
pada jumlah Johan yang terbanyak diperoleh oleh pasukan tersebut.
7.3 Sekiranya masih seri juga , maka hendaklah dirujuk kepada jumlah Naib Johan dan
seterusnya .
8. PAKAIAN

8.1 Pemain-pemain diwajibkan memakai bib mengikut Peraturan Gabungan


Persekutuan Bola Jaring Wanita Antarabangsa (IFNA).

8.2 Tiap-tiap pasukan dikehendaki membawa 2 set bib.

8.3 Pemain-pemain hanya dibenarkan memakai skirt atau seluar trek secara
berpasukan sahaja.
8.4 Jika kedua-dua pasukan memakai bib yang sama warna, penentuan dibuat secara
lambungan duit.

9. GELANGGANG / ALATAN

9.1 Rujuk kepada Undang-Undang Rasmi Bol Jaring (IFNA).


9.2 Tinggi tiang gol untuk 12 tahun dan ke bawah ialah 2.44 meter atau 8 kaki.
9.3 Tinggi tiang gol untuk 15 tahun dan 18 tahun ke bawah ialah 3.05 meter atau 10
kaki.
9.4 Saiz bola untuk semua peringkat umur ialah saiz 5.

10. MASA BERMAIN

10.1 Masa bermain untuk sekolah menengah adalah satu (1) jam. Permainan hendaklah
mengandungi empat(4) suku dengan masa permainan selama 15 minit bagi tiap-
tiap suku dan masa rehat selama 3 minit di antara suku pertama dengan suku
kedua dan suku ketiga dengan suku keempat. Masa rehat separuh masa ialah
selama 5 minit. Masa rehat boleh dilanjutkan oleh Pengadil untuk menguruskan
sebarang luar jangkaan atau kecemasan. Pasukan hendaklah bertukar Kawasan
Gol pada akhir setiap suku.

10.2 Apabila sesuatu pasukan itu bermain dua atau lebih permainan dalam satu hari,
atau jika masa terhad, tempoh permainan itu hendaklah dipersetujui oleh
Pegawai Pasukan. Jika persetujuan tidak tercapai, maka permainan itu
hendaklah dimainkan dengan dua (2) bahagian iaitu selama 20 minit setiap
separuh masa. Masa rehat adalah selama 5 minit. Pasukan akan bertukar
Kawasan Gol pada akhir separuh masa. Masa rehat boleh dilanjutkan oleh
Pengadil untuk menguruskan sesuatu keadaan luar jangkaan atau kecemasan.

10.3 Masa bermain untuk sekolah rendah adalah selama 40 minit. Masa bagi separuh
masa pertama ialah 20 minit dengan masa rehat tidak lebih daripada 5 minit
selepasnya, masa bagi separuh masa kedua ialah 20 minit.
11. KELEWATAN

Sepuluh (10) minit diberikan untuk masa kelewatan. Jika selepas itu sesebuah pasukan
yang tidak dapat hadir dengan sekurang-kurangnya lima (5) pemain, pasukan itu dikira
menyerah kalah dengan sengaja.

12. MENARIK DIRI

12.1 Jika sesuatu pasukan menarik diri daripada satu perlawanan, maka pasukan itu
tidak dibenarkan meneruskan pertandingan di kejohanan ini.

12.2 Pasukan yang keluar gelanggang semasa perlawanan diberhentikan kerana


sesuatu kecederaan akan dikira kalah tanpa menimbangkan mata yang
diperolehinya. Pasukan ini dikira menarik diri daripada keseluruhan kejohanan
ini.

12.3 Pasukan yang melakukan kesalahan di para 11.1 dan 11.2 dianggap tidak
menyertai pertandingan dan semua jaringan atau mata yang telah diperoleh
dibatalkan.

13. PENGADILAN

13.1 Pihak Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan Pengadil panel dan dibantu
oleh seorang pengadil dari setiap sekolah di sepanjang kejohanan ini.
13.2 Keputusan Pengadil setiap perlawanan adalah muktamad.

14. BANTAHAN

14.1 Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang Pegawai Pasukan berdaftar
hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan atau wakilnya tidak lewat satu (1) jam selepas tamat perlawanan
dengan disertakan wang pertaruhan sebanyak RM300.00 (RINGGIT MALAYSIA
: TIGA RATUS SAHAJA).

14.2 Tempoh penyerahan Bantahan Rasmi tertakluk kepada peraturan dan Undang-
Undang Bola Jaring.

14.3 Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan yang dibuat itu
tidak berasas.

14.4 Jika sesuatu pasukan membuat bantahan, perlawanan mereka selepas itu
hendaklah dijalankan dengan keadaan bermain dalam bantahan.
14.5 Juri Rayuan hendaklah mengadakan mesyuaratnya selepas Jawatankuasa
Pengelola Pertandingan mendapati bantahan yang dibuat perlu dipertimbangkan
sejam selepas bantahan diterima.

14.6 Keputusan Juri Rayuan hendaklah disampaikan secara rasmi kepada pasukan
berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.

15. LEMBAGA JURI RAYUAN

15.1 Jawatankuasa Pengelola dikehendaki menubuhkan satu Lembaga Rayuan yang


mengandungi :

Penasihat : Pengerusi Jawatankuasa pengelola atau wakilnya


Pengerusi : Penyelia Sukan MSSD Muar
Setiausaha : Setiausaha J/Kuasa Pengelola (Ex-Officio)
Ahli : Pengurus yang berkenaan.
3 orang Pengurus Pasukan / Wakil daripada pasukan
sekolah yang tidak terlibat.

15.2 Ahli-ahli Juri Rayuan terdiri daripada lima (5) orang (minimum) atau tujuh (7) orang
(maksimum) daripada sekurang-kurangnya 3 buah pasukan.

15.3 Juri Rayuan adalah bertanggungjawab menyelesaikan segala masalah yang


berkaitan dengan pengelolaan dan teknikal permainan semasa kejohanan
berlangsung.

15.4 Keputusan Juri Rayuan akan dibuat secara bertulis serta dimaklumkan kepada
yang berkenaan dan salinan kepada semua pasukan yang mengambil bahagian.

15.5 Keputusan Juri Rayuan adalah muktamad dan dimaklumkan kepada yang
berkenaan termasuk Lembaga Tatatertib.

16. LEMBAGA TATATERTIB PERTANDINGAN

16.1 Peraturan Am (18) MSS Negeri Johor

16.2 Semua perkara tatatertib akan diputuskan oleh sebuah lembaga tatatertib yang
terdiri daripada :

Penasihat : Yang Dipertua atau wakilnya


Pengerusi : Pengerusi J/Kuasa Pengelola Kejohanan / Wakilnya
Setiausaha : Setiausaha J/Kuasa Pengelola (Ex-Officio)
Ahli : Pengerusi Teknik Perminan MSSM Daerah yang
berkenaan. Seorang ahli yang terdiri daripada wakil
sekolah yang tidak terlibat.

16.3 Lembaga ini bertanggungjawab untuk :


16.3.1 Mengambil tindakan mengenai disiplin murid-murid, pegawai-pegawai.

16.3.2 dan pegawai-pegawai Kejohanan yang berkenaan bagi semua perkara


semasa Kejohanan / Pesta dijalankan seperti berikut :
a. Memberi amaran.
b. Menggantung penyertaan bagi jangkaa masa tertentu.
c. Menyingkirkan daripada keseluruhan kejohanan.
d. Mengarah pemain dihantar pulang.
e. Menghantar laporan kepada sekolah berkenaan supaya tindakan disiplin
mengikut hukuman yang digunapakai oleh Pertubuhan kebaangsaan.

16.3.2 Membuat laporan mengenai peristiwa yang telah berlaku kepada Lembaga
Tatatertib MSSJ selewat-lewatnya 14 hari selepas tamat Kejohanan / Pesta
dan membuat syor dan cadangan yang sewajarnya perlu diambil.

17. HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kehilangan barang-barang atau


harta benda kepunyaan seseorang pegawai atau peserta di dalam kawasan kejohanan
dan asrama dan sebarang kemalangan, kecederaan dan kematian pada masa
pertandingan dijalankan. Walau bagaimanapun, beberapa persediaan akan diadakan
bagi mengelakkan kehilangan dan kemalangan itu.

18. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

18.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am MSSJ dan Peraturan
Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan
yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.
18.2 Sila rujuk Peraturan-Peraturan Am (23) MSSM – Pindaan dan Hak
Jawatankuasa Pengelola

You might also like