You are on page 1of 4

KERTAS

RANCANGAN
PERNIAGAAN
UNTUK
PEMBIAYAAN
TEKUN
1. TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan bagi tujuan pemohonan pinjaman sebanyak RM19,000

(sembilan belas ribu) untuk menambah modal pusingan supaya dapat meningkatkan

lagi perniagaan yang saya jalankan.

2. LATAR BELAKANG PROJEK

2.1 Pengenalan

Lokasi perniagaan terletak di Kampung Bunut Rendang Gong Datuk, Pasir Puteh,

Kelantan. Saya menjual pelbagai jenis pakaian di pasar minggu dan pasar malam sejak

25 tahun lalu dengan pendapatan kasar RM15,000 – RM20,000 sebulan. Walaupun

saya telah memulakan perniagaan jenis ini secara kecil-kecilan agak lama, saya

memerlukan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman bagi memantapkan

perniagaan. Saya optimis dan positif bahawa dengan strategi yang betul dan komitmen

yang tinggi boleh mengembangkan perniagaan ini.

2.2 Syarikat/Kumpulan

Syarikat ialah jenis pemilikan tunggal dan beroperasi di Kampung Bunut Rendang

Gong Datuk, Pasir Puteh, Kelantan. Nombor pendaftaran Suruhanjaya Syarikat

Malaysia ialah KT0335644-X. Saya boleh dihubungi melalui talian 0148240317.


2.3 Latar Belakang Pengusaha

Saya bernama Tuan Nab binti Raja Ismail beralamat di Kampung Bunut Rendang

Gong Datuk, Pasir Puteh. Saya berpengalaman berniaga pakaian selama 25 tahun

bersama-sama arwah suami dan anak-anak di sekitar daerah Pasir Puteh. Saya juga

pernah membuat pembiayaan daripada TEKUN pada tahun 2011 dan telah

melunaskan semua pinjaman yang dibuat lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan.

3. RANCANGAN PENGURUSAN

Perniagaan ini diuruskan sendiri oleh saya dengan dibantu oleh anak-anak.

4. RANCANGAN PEMASARAN

Saya menawarkan produk-produk yang boleh dikatakan tidak terdapat dalam pasaran

di daerah ini serta meletakkan harga yang sangat kompetitif.

Strategi saya ialah jualan pada ‘volume’ yang tinggi. Bagi say, proamosi melalui

mulut yang dicetuskan dari produk-produk yang berkualiti dan harga yang disenangi

pelanggan ialah cara terbaik mendapat pasaran yang memberangsangkan.

Dari segi pesaing pula, tiada masalah yang timbul memandangkan saya menjual

pelbagai jenis pakaian siap dan tempah khas, seperti baju kurung dewasa dan kanak-

kanak, baju melayu dewasa dan kanak-kanak, dan baju sekolah yang jarang dijual oleh

kebanyakan peniaga.
5. RANCANGAN OPERASI

Saya berniaga di pasar-pasar minggu dan pasar malam di sekitar daerah Pasir Puteh

setiap hari. Pelanggan juga boleh datang ke rumah untuk membeli pakaian pada bila-

bila masa. Saya juga turut menjual pakaian melalui online, iaitu facebook yang

diuruskan oleh anak-anak saya.

6. RANCANGAN KEWANGAN

Sumber pembiayaan daripada TEKUN dapat membantu pusingan modal perniagaan.

Dengan adanya pembiayaan ini, perniagaan yang dijalankan dapat dimajukan dengan

menambah stok yang baru.

7. PENUTUP

Saya berharap perniagaan yang saya jalankan ini mendapat bantuan tambahan modal

daripada pihak TEKUN untuk memperbesar dan memajukan perniagaan usahawan

bumiputera kecil ini.

You might also like