You are on page 1of 5

IKLAN PENGAMBILAN GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH

SISWAZAH LEMBAGA MAKTAB MAHMUD TAHUN 2020

Lembaga Maktab Mahmud mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan
beriltizam menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih Siswazah di Maktab Mahmud Alor Setar dan
Maahad Tahfiz Sains Darul Aman, Kulim.

1.0 KETERANGAN PROGRAM

1.1 Tajuk: Pengambilan Guru Sandaran Tidak Terlatih Siswazah bagi Matapelajaran
Dini (Syariah), Tahfiz, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Geografi, Pendidikan
Seni Visual (PSV), Reka Bentuk, Sains, Matematik dan Pendidikan Jasmani.

2.0 SYARAT-SYARAT KELAYAKAN ASAS

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

2.1 Warganegara Malaysia ;

2.2 Sihat tubuh badan;

2.3 Berumur tidak melebihi 30 tahun pada 1 Januari 2020.

3.0 JAWATAN KOSONG

3.1 JAWATAN : GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH SISWAZAH


- BIDANG DINI (SYARIAH) (1 KEKOSONGAN)
- BIDANG TAHFIZ (7 KEKOSONGAN)

Klasifikasi : Perkhidmatan Pendidikan

Taraf Jawatan : Sandaran

Gred Elaun : DC41

Jadual Elaun : P1 Minimum RM 1,806.24 – P1 Maksimum RM 3,560.08


Bulanan

1
Syarat Lantikan : Memiliki sekurang-kurangnya :

3.1.1 Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian


Islam atau Pendidikan Islam atau Pengajian
Bahasa Arab atau Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal
Qiraat atau bidang-bidang yang berkaitan yang
setaraf dengannya daripada Universiti Awam (UA)
atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
tempatan atau luar negara dengan pencapaian
minimum CGPA 3.00 atau setara dengannya;

3.1.2 Bagi Guru Tahfiz disyaratkan memiliki Diploma


Tahfiz atau Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang
diiktiraf oleh Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam
(JAKIM) atau Diploma Tahfiz dari Institusi yang
diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA),
Kementerian Pendidikan Malaysia;

3.1.3 Bagi calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda


Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat yang diiktiraf
oleh MQA dikecualikan daripada syarat di para
3.1.2.;

3.1.4 Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh


kerajaan daripada institusi-institusi pengajian
tinggi luar negara/tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya; atau
(Elaun Permulaan ialah pada Gred DC41
RM 2,149.03);

3.1.5 Ijazah sarjana muda am yang diiktiraf oleh


kerajaan daripada institusi-institusi pengajian
tinggi luar negara/tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya; atau
(Elaun Permulaan ialah pada Gred DC41
RM 1,944.62);

3.1.6 Pemohon yang memiliki ijazah sarjana muda dari


IPTS tempatan dan Institusi luar negara perlu
mendapatkan surat pengiktirafan daripada Agensi
Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian
Pendidikan Malaysia yang boleh dimuat turun
daripada laman web di alamat:

i) http://www2.mqa.gov.my/mqr dan
ii) http://www2.mqa.gov.my/esisraf/ ; dan

3.1.7 Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam


matapelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu
(termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau Kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.

2
3.2 JAWATAN : GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH SISWAZAH
- BIDANG SAINS/MATEMATIK (3 KEKOSONGAN)
- BIDANG BAHASA & KEMANUSIAAN
(1 KEKOSONGAN)
- BIDANG BAHASA INGGERIS (1 KEKOSONGAN)
- BIDANG TEKNIK/VOKASIONAL (2 KEKOSONGAN)

Klasifikasi : Perkhidmatan Pendidikan

Taraf Jawatan : Sandaran

Gred Elaun : DC41

Jadual Elaun : P1 Minimum RM 1,806.24 – P1 Maksimum RM 3,560.08


Bulanan

Syarat Lantikan : Memiliki sekurang-kurangnya :

3.2.1 Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan


dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi
Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara yang
diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian
minimum CGPA 3.0 atau yang setara dengannya.

3.2.2 Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh


kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
luar negara/tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya; atau
(Elaun Permulaan ialah pada Gred DC41
RM 2,149.03);

3.2.3 Ijazah Sarjana Muda am yang diiktiraf oleh


kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
luar negara/tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya; atau
(Elaun Permulaan ialah pada Gred DC41
RM 1,944.62);

3.2.4 Pemohon yang memiliki ijazah sarjana muda dari


IPTS tempatan dan Institusi luar negara perlu
mendapatkan surat pengiktirafan daripada Agensi
Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian
Pendidikan Malaysia yang boleh dimuat turun
daripada laman web di alamat:

i) http://www2.mqa.gov.my/mqr dan
ii) http://www2.mqa.gov.my/esisraf/ ; dan

3
3.2.5 Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam
matapelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu
(termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau Kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.

4.0 CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

4.1 Calon yang sedang berkhidmat secara tetap dengan Kerajaan Malaysia.

4.2 Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan
termasuk yang sedang mengikuti DPLI Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam
Cuti (KDC) atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) kelolaan
Kementerian Pendidikan Malaysia.

4.3 Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan Negeri
atau mana-mana pihak dan tidak mendapat pelepasan daripada pihak tersebut.

4.4 Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPGM, KPM tetapi gagal dalam
peperiksaan dan ditamatkan daripada program.

4.5 Calon yang diisytiharkan bankrap.

4.6 Calon yang pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan bagi Skim
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41.

4.7 Calon yang diberhentikan dari perkhidmatan Kerajaan kerana tindakan tatatertib
atau disabitkan dengan kesalahan jenayah/penyalahgunaan dadah/ditahan di
bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

5.0 CARA MEMOHON

5.1 Borang permohonan jawatan boleh didapati di Pejabat Pentadbiran Lembaga


Maktab Mahmud dengan mengemukakan Wang Pos bernilai RM5.00 dibayar
atas nama ‘SETIAUSAHA LEMBAGA MAKTAB MAHMUD’ mulai
28 OKTOBER 2019.

5.2 Sila catatkan dengan lengkap NAMA JAWATAN serta BIDANG yang hendak
dipohon di dalam ruangan borang permohonan yang disediakan.

5.3 Permohonan berikut akan ditolak :

(a) Dokumen yang diperlukan tidak lengkap ;

(b) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam


iklan;

4
5.4 Borang yang telah lengkap diisi berserta salinan sijil-sijil yang telah disahkan
oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas (dahulunya dipanggil kumpulan A)
dan hendaklah dikemukakan kepada :-

Setiausaha
Lembaga Maktab Mahmud,
Aras 5, Menara Guru,
Persiaran Sultan Abdul Hamid,
05050 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.

6.0 TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 07 NOVEMBER 2019 sebelum jam 3.00 petang.

7.0 MAKLUMAT DAN PERHATIAN :

7.1 Pemohon yang berjaya melepasi tapisan sahaja dikehendaki hadir Ujian
Psikometrik sebelum ditemu duga bagi jawatan Guru Sandaran Tidak
Terlatih Siswazah (GSTT).

7.2 Pemohon yang berjaya dan ditawarkan jawatan Guru Sandaran Tidak
Terlatih Siswazah (GSTT) hendaklah bersetuju dan patuh dengan syarat-
syarat surat tawaran serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari
semasa ke semasa untuk berkhidmat di Maktab Mahmud Alor Setar dan
Maahad Tahfiz Sains Darul Aman, Kulim yang ditetapkan oleh Pihak
Lembaga dan tidak akan dipertimbangkan sebarang permohonan
pertukaran sepanjang tempoh tersebut.

7.3 Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya dipanggil temu


duga akan dimaklumkan secara emel dan calon dikehendaki membawa
salinan cetakan emel semasa temu duga.

7.4 Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumat selepas tiga (3)
bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
Lembaga Maktab Mahmud tidak akan mengeluarkan makluman secara
bersurat kepada pemohon.

You might also like