You are on page 1of 362

Shasfa alyahya

bab 1
I’m back, Malaysia!

K
RING!!!!
“Oh, nuts!” Time-time
camni la ganggu orang nak
tidur. Stupid clock! Sama cam tuannya. Oh, aku la tu!
“Hah! Pukul tujuh? Mama!!!!”
Jeritannya bergema. Katil yang berselerakan tidak
dihiraukan. Tuala dicapai lalu terburu-buru dia berlari ke
bilik air. Mulutnya mula mengomel entah apa-apa.
Kata mama, dia akan mula belajar di sekolah yang
berdekatan rumah barunya. Acara bangkang-membangkang
minggu lepas telah dimenangi oleh mamanya. Alamat kena
kontrol la segala pergerakannya mulai hari ini. Waaa!!!
“Apa lagilah yang tak kena dengan anak manja
awak tu?” soal Puan Jalina. Tangannya tangkas menyapu jem
pada roti. Roti tersebut kemudiannya diletakkan di atas
piring suaminya.

1
Hot Gimmick

Encik Emran angkat bahu. Ada aje yang tak kena


dengan anaknya tu. Nasib baik sangatlah budak tu tak boikot!
Seketika, kedengaran tangga dipijak dengan pantas.
Wajah anaknya muncul dengan muncung sedepa.
“Kenapa mama tak kejutkan Asya?” protesnya.
“Eh, eh... jangan nak salahkan mama pulak! Kamu
yang tidur lewat malam tadi. Entah game apa yang kamu
main sampai tertidur kat ruang tamu tu,” bebel Puan Jalina.
Matanya cepat menangkap kelibat Natasya Shakilla yang
ingin melarikan diri. Anaknya sudah tertunduk-tunduk
mencari kasut.
“Tunggu! Natasya Shakilla… mana tudung?” soal
Puan Jalina. Dia sudah berdiri sambil bercekak pinggang di
hadapan anak gadisnya yang tersengih macam kerang busuk.
“Ala, mama... please allow me to…”
“No, young lady! Get your tudung!” arah Puan
Jalina, tegas.
Sedikit mendengus, Natasya Shakilla kembali ke
biliknya mengenakan tudung di kepala. Nampaknya mama
benar-benar telah menjalankan ‘kem tenteranya’. Habislah!
Cepat-cepat dia menyalami tangan kedua-dua orang
tuanya sebelum berlalu menaiki basikal yang masih baru. Dia
berlagak selamba mendengar bebelan mama apabila berkeras
ingin berbasikal ke sekolah walaupun papanya sedia
menghantar. Ah… biarkan! Dia dah besar dan mampu
berdikari! Yeah... hidup Asya!!!
And then…
“Wait! Tunggu!!!”
Namun sudah terlambat. Pintu pagar yang terbuka
luas sudah tertutup sebaik sahaja Natasya Shakilla tiba di

2
Shasfa alyahya

hadapan pintu tersebut. Damn it! Dia menyumpah di dalam


hati. Teringat pelawaan papa mengajaknya menaiki kereta ke
sekolah tadi. Menyesalnya!!!
Seorang pelajar lelaki berpakaian seragam coklat
muda dan berjaket pengawas, menghampirinya. Pintu pagar
dibuka, cukup untuk laluannya menapak masuk. Pengawas
yang nampak tegas itu merenungnya dari atas ke bawah.
Natasya Shakilla cuma terdiam tanpa kata. Mata yang tajam
itu membuat dia gelisah.
“Mana lencana awak?”
Tersentak Natasya Shakilla mendengarnya. Matanya
mula meliar memandang ruang hadapan tudung putihnya.
Alamak, mama…!!! Dia menggelabah. “Errr… aaa… saya…
saya….”
“No excuse!” Jejaka itu mula bersuara tegas.
Seorang pelajar perempuan yang berpakaian rona
sama menghampiri mereka lalu berbicara dengan pengawas
tadi. Entah apa yang dibualkan oleh mereka.
Natasya Shakilla yang mencuri pandang masih
melihat ketegasan pada wajah pengawas lelaki tadi. Harap
muka aje hensem! Adoiii… lambat lagi ke ni?
Beberapa orang pelajar mula mengorak langkah ke
padang. Mereka mula mengutip sampah sebagai denda lewat
datang ke sekolah.
Natasya Shakilla mula menyumpah di dalam hati.
Masih berbekas di hatinya ‘pengawas besar’ itu memberi
amaran supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama. Ingin
sahaja dia menjerit bahawa dia ialah pelajar baru di sekolah
itu. Peraturan pun dia tak tahu lagi! Hatinya yang
mendongkol geram ditepis seketika apabila mendengar
perbualan beberapa orang pelajar perempuan.

3
Hot Gimmick

“Alah... tegas sangatlah headboy tu!”


Omelan salah seorang daripada mereka kedengaran.
Terangkat kening Natasya Shakilla. Oh... sejak bila
headboy jaga pagar ni? Hah, pelik ni!!!
“Bakal headboylah!”
Salah seorang daripada mereka membetulkan.
“Tapi diakan hensem... sukalah kau kalau dapat
jumpa dia, kan? Macamlah aku tak tahu pulak!”
Tiba-tiba bergema tawa dari kelompok pelajar
perempuan berkenaan.
Natasya Shakilla mencebik dalam diam tatkala
mendengar tawa dalam kelompok pelajar perempuan
berkenaan.
“Diakan ketua 3K! Bukan senang dapat jumpa dia
orang ni!”
Ah… whateverlah! Malas dia mendengar gosip dari
kelompok pelajar-pelajar perempuan tersebut. 3K? Entah
amende la tu!
Natasya Shakilla tebalkan muka apabila melangkah
masuk ke kelas 5Sc2 sambil mengekori guru kelasnya, Puan
Haslinda. Nasib baik dia terserempak dengan guru tersebut
ketika dalam perjalanan ke kelas. Kalau tidak... entah apalah
yang akan dia lakukan. Mungkin dia terpaksa tebalkan muka
ke bilik guru. Yalah... kelas pun dia tak tahu kat mana
letaknya!
Natasya Shakilla cuba berlagak selamba apabila
menyedari semua mata memandang ke arahnya. Benci benar
dia menghadapi saat-saat begini.
“Okay, please introduce yourself.” Puan Haslinda
memberi ruang kepadanya untuk bercakap.

4
Shasfa alyahya

Natasya Shakilla menelan liur. Wajah-wajah yang


terlalu asing baginya dipandang sekilas lalu. Sempat dia
menangkap pandangan nakal pelajar-pelajar lelaki di dalam
kelas itu.
“Ummm... nama saya Natasya Shakilla binti Emran
Shakir. Saya tinggal di aaa… saya baru berpindah ke sini.
Selamat berkenalan,” ujarnya dengan sengih, menutup rasa
malu. Macam manalah boleh tak ingat tinggal kat mana ni?
Puan Haslinda membuang pandang ke arah para
pelajar 5Sc2. “Whatever question for our new friend, except
her lover.”
Kata-kata yang meniti di bibir guru muda itu
berjaya membangkitkan tawa para pelajar. Nampaknya guru
kelasnya itu boleh tahan juga loyar buruknya. Seronok ni!
Seorang pelajar bertanya di mana dia tinggal
sebelum ini. Pantas dia menjawab, atas langit bawah bumi.
Meledak ketawa rakan-rakan barunya mendengar jawapan
itu. Hah! Ini Natasya Shakillalah! Setakat buka mulut
merapu, dia boleh jadi ‘loyar’. Loyar buruk! Soalan
kemudiannya dijawab dengan ala kadar sebelum dia
dibenarkan duduk.
‘Jiran’ sebelahnya hanya mendiamkan diri sejak dia
melabuhkan punggung di kerusi. Sikapnya itu berlarutan
sehinggalah waktu rehat menjelang tiba. Tak ada mulut
barangkali minah ni. Biarkanlah!
Arienna dan Ruqyah, rakan yang berada di
hadapannya sudi membantu menunjukkan seluruh kawasan
sekolah apabila waktu rehat tiba. Mereka sudah menjadi rapat
dalam masa sehari sahaja. Hah, tak lama lagi adalah yang
menjadi ‘hambanya’! Jangan risau, Natasya Shakilla budak
baik!!!

5
Hot Gimmick

Mereka bertiga menjamu selera di taman yang


terletak berdekatan dengan kantin.
Natasya Shakilla berasa lapar sesangat. Yalah...
mana sempat nak sarapan tadi. Bangun pun....
“Killa, kau kena denda ke tadi?” soal Arienna lalu
menyuap mi sup ke dalam mulut. Wajahnya yang sedikit
tembam nampak comel aje masa makan.
“Yalah, Killa. Tadi kau cakap kau dah mendaftar
minggu lepas, kan?” Ruqyah turut menyoal, ingin tahu.
Kawannya berdua itu suka sangat memanggilnya
dengan panggilan Killa walaupun dilarang beberapa kali.
Hah, tak lama lagi habislah... lekat gelaran tu.
“Haah. Aku datang betul-betul bila pintu pagar nak
tutup,” jawabnya. Fikirannya kembali melayang mengingatkan
kembali saat dia ditahan oleh seorang pengawas yang tegas.
Garang macam singa. Tapi ada jugak manusia yang minat kat
dia! Huh! Tiba-tiba aje, kenapa aku rasa benci sesangat ni?
“Tadi Harizd yang jaga gate sekolah, tau! Jangan-
jangan kau kena tahan dengan dia tak?” Arienna menyoal,
seolah-olah dia rasa teruja sangat.
Apa hal dengan kengkawan aku ni? Entah siapa
Harizd tu pun aku tak tau!
“Mana aku kenal mamat tu! Yang aku ingat, ‘pak
guard’ yang sekat aku tadi tu garang sesangat. Semacam aje
aku tengok. Muka dia tak senyum sikit pun,” terang Natasya
Shakilla, membayangkan wajah yang tegas macam hendak
telan orang tu.
“Hah, betullah tu! Muka dia putih-putih, rambut
dia hitam lebat... lepas tu belah tengah, kan? Hah, lagi satu...
dia suka lipat lengan baju sampai bawah siku.”

6
Shasfa alyahya

Beria-ia Ruqyah menerangkan pasal mamat


bernama Harizd tu, siap dengan gayanya sekali.
Arienna pula terangguk-angguk macam patung
‘pokko’.
Dia orang pun peminat mamat tu ke? Natasya
Shakilla cuba membayangkan wajah tersebut.
“Betullah tu kut...” jawabnya malas. Serta-merta dia
teringat sesuatu.
“Oh, yes! What the thing is 3K?” soalnya.
Keinginannya untuk tahu membuak-buak.
“Wooo… ingat tak nak tau!!!”
Ketawa Arienna dan Ruqyah bergabung,
menggamatkan lagi suasana taman yang bingit dengan bunyi
loceng.

7
Hot Gimmick

bab 2
Peperangan bermula!!!

G
ERAM betul dia dengan mama.
Takkanlah nak sekat segala
pergerakannya sampai macam
tu sekali! Dia sedar apa yang dia dah buat sebelum ni, tapi
takkan dia tak tahu anak bongsu dia yang sorang ni dah jauh
berubah! Ah, tak sporting langsung!
“Mamakan dah cakap kat kamu, pergi dengan papa!
Memang mama tahu sekolah kamu bukannya jauh sangat,
tapi kalau apa-apa berlaku kat tengah jalan tu, kamu nak buat
apa? Why are you so stubborn? Susah sangat ke nak ikut
cakap mama ni?”
“And bla bla bla...”
“Asya!!!” tegur Encik Emran pantas.
“Mama, Asya dah faham all of that, tapi Asya dah
biasa camni. Takkan mama tak kenal anak mama ni? And…
tengok! Asya ada bawak handphone, now please don’t worry
anymore, okay? Asya bukan balik lewat sangat pun. Sekitar

8
Shasfa alyahya

five in the evening, I’ll be home. Okay?” pujuknya separuh


merayu. Leher mamanya dipeluk lalu pipi yang masih
nampak muda itu dicium bertalu-talu.
“Mama nampak macam fortylah!” ujarnya.
Berlambak ketawanya bersatu dengan tawa papanya.
“Hah, nak membodeklah tu!” omel Puan Jalina.
Wajah manis anaknya dikerling. Ada-ada sahaja pakatan dua
beranak itu. Empat puluh konon! Macam perli aja, sedangkan
umurnya sudah hampir enam puluh tahun.
Natasya Shakilla segera menyalami tangan mama
dan papanya apabila menyedari dia telah terlewat. Sudah
seminggu dia belajar dalam suasana yang baru dan dia juga
sudah serik ditahan dan didenda oleh pengawas sekolah
barunya itu. Teringat hari Khamis minggu lepas, dia terlewat
bangun lagi hingga didenda mencuci tandas sekolah. Huh!
Free aje tulang empat keratnya bekerja. Kalau buat dengan
ikhlas dapat jugak pahala. Ni... sambil buat, mulut sedap-
sedap aje menyumpah yang bukan-bukan!
Natasya Shakilla memarkirkan basikalnya. Ketika
meniti anak tangga ke kelasnya yang berada di tingkat tiga,
sempat dia menangkap kelibat sebuah motor memasuki
tempat meletak basikal dan motor, memarkirkan kenderaan
beroda dua itu di sebelah basikalnya. Ah, pedulikan!
Natasya Shakilla segera ke kelas 5Sc2 yang
bersebelahan dengan 5Sc1. Menurut teman-temannya, hanya
ada dua kelas sains. Nasib baik ketika papanya buat
permohonan untuk masuk ke kelas sains, permohonannya
diterima. Yalah… dia bukannya memilih pun nak duduk kat
kelas mana. Dah papa suruh, masuk ajelah.…
Ketika dia melangkah ke dalam kelas, Adhzarinna,
‘jirannya’ yang pendiam itu sedang menyapu sampah. Satu

9
Hot Gimmick

yang dia faham tentang sahabatnya itu, Adhzarinna sangat


rajin orangnya. Hah, lagi satu… dia selalu datang awal ke
sekolah. Kagum juga dia dengan temannya yang diam-diam
ubi berisi itu.
“Hai,” tegurnya sepatah sambil meletakkan beg
sandangnya di atas meja.
Senyuman Adhzarinna kelihatan hambar di
penglihatannya. Nak tanya pun, sah-sah (tentu) dia takkan
jawab. Buku-bukunya dikeluarkan lalu diletakkan kemas ke
dalam laci meja. Buku ilmu tidak elok diletakkan di belakang
tempat duduk, itu kata mamanya. Dia sendiri sudah biasa
meletakkan buku-buku ilmiahnya di hadapan.
Natasya Shakilla yang baru duduk di kerusinya
berpaling apabila terdengar derap langkah yang pantas,
seolah-olah sedang mengejar masa. Hah, dia lagi!
Beberapa orang pelajar di dalam kelas turut terdiam
sehinggalah ‘pengawas besar’ itu melalui hadapan kelasnya.
Hah, betapa besarnya pengaruh mamat tu sehingga pelajar
pun gerun dengannya. Seketika kemudian dia kembali
melalui kelas itu bersama pen dan buku catatan di tangan.
Natasya Shakilla menahan ketawa di dalam hati.
What a big buddy….

“ARI, Roki, boleh aku tanya sesuatu tak?” Natasya Shakilla


semacam meminta izin. Tom yam kegemarannya dihirup
perlahan.
“Hah, apa halnya?” Arienna menyoal kembali.
“Sejak bila pula kau minta izin, ni? Setahu aku, kau
main redah aje!” Ruqyah pula menambah.

10
Shasfa alyahya

Menyeringai ketawa Arienna mendengarnya.


“Eh, aku bukan macam orang kat sebelah kau tu!”
tukas Natasya Shakilla. Tersengih dia melihat cebikan
Arienna. Dah terkenalah tu!
“Emmm... kenapa ya, aku tengok students kat sini
semuanya macam takutkan si pengawas tu?” tanya Natasya
Shakilla, sedaya upaya cuba memperlahankan suaranya agar
tidak didengari oleh fans ‘pengawas besar’ yang berlambak
kat sekolah tu. Nasib baik dia tak ada kelab peminat!
“Ni mesti kes kau sampai awal kat sekolah pagi tadi,
kan?” Tekaan Ruqyah memang tepat sekali!
Natasya Shakilla mengangguk pantas.
“Hanya orang yang pernah ‘kena’ dengan Harizd aje
yang takut. Contohnya pelajar yang bermasalah. Yang lain
aku rasa mereka bukannya takut, tapi lebih pada hormat.”
“Hormat apanya kalau dah semua senyap macam
ada malaikat yang lalu aje aku tengok!” Hatinya masih tidak
dapat mengiakan kata-kata Arienna.
“Hah, semacam aje aku dengar! Jangan kau nak cari
pasal dengan dia dahlah! Fans dia berlambak kat sekolah ni
kau tau tak! Kalau dia orang apa-apakan kau, baru tahu!”
Ucapan Arienna yang lebih kepada ugutan
menggelikan hati Natasya Shakilla. Kata-kata temannya itu
memang sebijik macam yang difikirkannya tadi!
“Eh, eh... ketawa pulak dia! Wei, orang tengok tu!”
Arienna memandang wajah Ruqyah. Mereka saling
bertukar senyuman sebelum badan Natasya Shakilla menjadi
mangsa jari-jemari mereka.
Natasya Shakilla ketawa kegelian. “What’s this?
Woi! Stop tickling! It’s so ticklish! Ahhh...!!!!”

11
Hot Gimmick

NATASYA SHAKILLA melirik ke arah jam di pergelangan


tangannya. Waktu sudah menginjak ke pukul lima setengah
petang. Dia segera berdiri lalu menyimpan buku-bukunya.
Dia dah berjanji dengan mama untuk balik pukul lima, tapi
sekarang dah lebih pun! Cepat betul masa berlalu. Belum
sampai pun empat tajuk dia mengulang kaji mata pelajaran
biologi tingkatan empat. Dia sudah muak mengingati label
setiap sel. Hah, golgi apparatus, chromotism, bla bla bla….
Bengang betul kepalanya. Tetapi dia merasakan
aliran sains lebih mudah berbanding aliran yang lain. Lima
tahun dia bermastautin di tempat orang, jadi belajar dalam
bahasa Inggeris lebih menyenangkan berbanding bahasa
Melayu. Tetapi, dia juga bersyukur bahasa ibundanya masih
belum luput dari ingatan. Walaupun begitu, dia masih perlu
berusaha keras dan mendengar penerangan guru dengan
sebaik-baiknya.
Natasya Shakilla terus menuju ke tempat meletak
basikal. Hatinya tertanya-tanya melihat motor yang dilihatnya
pagi tadi masih ada di tempat yang sama. Adakah pemiliknya
juga sedang mengulang kaji di dalam perpustakaan? Aiii...
sejak bila pulak aku suka ambil tahu hal orang lain ni?
“Hah, dah pukul lima empat puluh? Biar betul!”
Natasya Shakilla mula menggelabah. Cepat-cepat
dia membuka kunci basikal. Dia membebel apabila tangannya
terkial-kial cuba membuka kunci basikalnya. Motor manusia
tak berperikemanusiaan manalah yang diletakkan betul-betul
sebelah basikalnya ni? Nak duduk pun payah! Dia bercekak
pinggang melihat jarak di antara motor dan basikalnya yang
tidak sampai sekaki itu.
Mentol idea di dalam kepalanya bernyala. Dia
bergerak ke sisi motor tersebut lalu cuba menggerakkannya.

12
Shasfa alyahya

Hisy, beratnya! Dia cuba menarik motor Suzuki tersebut


sekuat tenaganya. Gerak pun! Sikit lagi... sikit lagi….
“Motor tu berat, kan?”
Kedengaran satu suara menyapa dari arah belakang.
“Haah, berat sangat. Boleh tolong…” ujarnya lalu
berpaling melihat gerangan manusia yang berada di
belakangnya. Terjerit kecil dia melihat ‘pengawas besar’
sedang berdiri sambil menyilangkan tangan. Serta-merta
tangannya melepaskan pegangan pada motor.
Bummm!!!
Mata Natasya Shakilla membuntang. Secara
automatik mulutnya ternganga luas.
What in the world...?
“Astaghfirullahalazim!!!”
Harizd mula hilang sabar melihat motornya jatuh
menyembah tanah. Pantas dia mendapatkan motor tersebut
lalu mengangkatnya. “Kau fikir, kau nak buat apa?”
Natasya Shakilla yang masih terkilan hanya
memandang wajah Harizd tanpa kata.
“Aaa... errr... ssaa... saya….” Dia gugup! Pertama
kali dia benar-benar buat lelaki itu marah. Mama...! I didn’t
mean it!
“No excuse! Kau nak buat apa dengan motor aku?
Stealing?”
Natasya Shakilla geram. Dah la sakit hati pasal letak
motor mamat tu tak hilang lagi. Sekarang dia dituduh
mencuri pulak. Apa hal ni?
“I didn’t mean it! Yang kau letak motor tu rapat-
rapat apesal? Kau dah menghalang laluan aku, tau tak?”

13
Hot Gimmick

Natasya Shakilla mula menjawab, geram dengan tingkah


mamat kat depannya. Pesanan Arienna dan Ruqyah pagi tadi
langsung tidak terlintas di fikirannya.
Harizd mengepal erat jari-jemarinya, menahan
sabar. “Kau perempuan…!”
“Yes, I am! I’m a girl, you see? And that’s your own
fault! You know that and don’t put the blame on me!!!”
Natasya Shakilla meninggikan suaranya. Hatinya geram.
Dahlah dia yang salah, tak nak mengaku pulak! Apehal?
“Apa?!” Natasya Shakilla terus bergerak ke
basikalnya. Cepat-cepat dia membuka kunci pada basikalnya.
Tanpa membuang masa, dia terus melompat ke atas basikal
lalu mengayuhnya laju-laju, langsung tidak berani menoleh
ke belakang. Tidak disangka betul dirinya seberani itu tadi,
tetapi hakikatnya memang salah lelaki itu. Langsung tidak
terlintas di bibirnya kata-kata maaf. Biarkan! Biarkan!!!

HARIDZ membelok perlahan motor kesayangannya memasuki


pekarangan rumah. Kereta Proton Perdana milik abahnya
sudah tersadai di garaj, bersebelahan kereta Mercedes. Halaman
rumahnya yang sunyi dan tenteram amat mendamaikan jiwa.
Namun semua itu tidak akan bertahan lama kerana...
“Ah!!! Umi...! Argh!!!”
Jeritan seorang gadis mengganggu ketenteraman
yang baru dirasai sebentar tadi. Belum sempat Harizd
melangkah masuk ke dalam rumah selepas membuka
kasutnya, seorang gadis berlari merempuhnya, diikuti dengan
seorang lelaki sebaya Harizd. Mereka terus berkejaran
sehingga ke halaman rumah.

14
Shasfa alyahya

“Abang Wan!!! Apa ni? Buang la benda tu! Mira


gelilah!!!”
“Iye? Marilah sini... boleh Abang Wan tahu betul ke
tak Mira geli,” usik Izuan lagi sambil mengacah untuk
melemparkan lipas yang dipegangnya.
Hanis Humaira’ mula menjerit ketakutan. Sebaik
sahaja melihat lipas yang berada di tangan Izuan sudah
dilemparkan, kakinya pantas dihayun mengejar abang
sepupunya itu. Hah, nakal betul! Disuruh buang lipas yang
berada di bawah meja studinya, dia pula yang menjadi
mangsa usikan lipas tersebut. Apa ke hal?
Sesi lari berganti yang dijangka tidak ada garisan
penamat itu, akhirnya terhenti apabila Harizd mula
mengeluarkan suara. Pantas sahaja pandangan ‘kanak-kanak
Ribena’ berdua itu menghala ke arah ‘abang garang’ yang
terbongkok-bongkok meneliti motornya. Sempat mereka
berbalas pandang sebelum mengorak langkah menghampiri
Harizd.
“Kenapa dengan motor kau ni, Yez? Ada problem
ke? Semacam aje aku tengok?” tegur Izuan apabila melihat
Harizd leka membelek motornya sambil mengomel sendiri.
Entah bahasa Cina ke bahasa Mandarin? Eh, bukan sama ke?
“Mati tengah jalan,” terang Harizd ala kadar.
Nampak langsung tidak berminat untuk menerangkan lebih
lanjut tentang perkara yang berlaku di sekolah tadi. Sakit
hatinya masih belum hilang. Rasa ingin ditenyeh-tenyeh aje
muka pelajar perempuan yang kurang asam ‘gelugur’ tu.
Memang nasib baik betullah budak tu dilahirkan sebagai
hamba Allah yang berjantina perempuan. Kalau tak, elok aje
cermin matanya pecah dikerjakan Harizd.
“Boleh caye ke abang ni? Jangan-jangan accident,

15
Hot Gimmick

tak?” Ringan saja mulut Hanis Humaira’ menyoal. Pandangan


tajam abangnya tidak dihiraukan.
Selepas diluku oleh Izuan, Hanis Humaira’ terus
berlari masuk ke dalam rumah. Hah, apa lagi kalau bukan
menyampaikan berita kepada ‘raja’ dan ‘permaisuri’ di dalam
Villa Firdaus!
“Baik kau cakap betul-betul, Yez. Macamlah aku tak
kenal dengan kau ni. Geng ‘Raja’ serang kau lagi ke?” soal
Izuan. Perkataan ‘Raja’ ditekannya, ingin memastikan sama
ada telahannya benar. Membuak kemarahan di sebalik
pertanyaan yang terluah dari bibirnya. Namun hatinya lega
sebaik sahaja melihat gelengan Harizd.
“Nope! Aku cerita nanti,” ujar Harizd.
Sejurus kemudian, telinga mereka menangkap
derap langkah yang semakin menghampiri.
Harizd mendengus, geram dengan mulut ‘lembik’
Hanis Humaira’ yang suka sangat mencampuri urusannya.
“Apa yang dah jadi, Yez? Mira cakap kamu accident,
betul ke?” tanya Puan Noraini pantas. Riak kerisauan mula
kelihatan pada wajahnya.
Harizd menggeleng.
“Budak tu memang suka sangat mengada-adakan
cerita,” nafinya.
Hanis Humaira’ tersenyum-senyum, menutup
kesalahannya.
“Alhamdulillah, lega hati umi. Budak bertuah tu
memang nak kena dengan umi nanti.” Puan Noraini
mengurut dada, lega. Ada ke patut anak gadisnya yang nakal
bangat tu kata abangnya accident teruk, siap dengan mimik
muka lagi. Hati ibu manalah yang tidak risau apabila

16
Shasfa alyahya

menerima khabar sebegitu? Kering darah rasanya apabila


mendengar berita tersebut. Tak patut betullah budak bertuah
tu!
“Teruk ke motor kamu tu, Yez?” soal Encik
Hizbullah sambil tercongok di samping motor anaknya.
“Not too bad. Enjin aje yang jammed sikit.”
“Hantar workshop. Dua tiga hari ni biar Saleem
hantarkan kamu ke sekolah.” Putus abahnya.
Tidak dapat tidak, Harizd akur. Tidak pernah
diingkari kata-kata itu. Walaupun sekarang ini dia sedang
‘tertumbuk biduk dikelokkan, tertumbuk kata difikiri’,
namun dia mengikut telunjuk abahnya dengan hati yang
benar-benar terbuka.

“NATASYA SHAKILLA!!!”
Gulp! Alamak... mampuslah aku kali ni!!!
“Ya, mama!” sahutnya. Basikalnya dibiarkan tidak
berantai di hadapan halaman.
“Kenapa lambat balik?” Puan Jalina mula membuka
sesi temu ramah tanpa mukadimah. Straight to the point!
Natasya Shakilla mencebik. Kakinya sudah
terjengket-jengket seperlahan mungkin tetapi mamanya
masih dapat menangkap bunyi pergerakannya. Aiii... mama
aku ke ni?
“Hello, my dearest daughter. I’m talking to you
right now. Answer me!” tegas Puan Jalina menyoal. Dahlah
janji nak balik jam lima. Hah, nak balik awal konon! Awal
sangatlah ni! Macam cacing kepanasan aku menunggu.

17
Hot Gimmick

Puan Jalina melirik jam di dinding. Jarum jam


hampir menginjak ke angka enam petang.
“Mama… Asya ada... errr... problem sikit tadi. I’m
sorry….”
Huh, bedallah apa pun asalkan boleh lepas! Mama
dah jadi macam babysitter dah. Hu hu hu.... aku dah
besarlah....
“What kind of problem?”
Pulak dah! Aiii, mampus aku camni!!!
“Basikal tak jalan.”
Terangkat kening Puan Jalina. Masakan basikal
yang baru dibeli minggu lepas tu dah rosak? Hah, tak logik
betul! Nak cari alasan pun biarlah yang konkrit sikit!
“Aaa... errr... actually, Asya baca buku kat library.
Khusyuk sangat sampai tak sedar jam dah pukul lima
setengah.”
Tolonglah mama! You’re the best mother!
“Dah solat asar?”
Yes!
Natasya Shakilla menggeleng pantas.
“Pergi cepat! Bau pun dah macam kerbau tak
mandi!” omel Puan Jalina.
Pantas Natasya Shakilla melompat anak tangga naik
ke biliknya. “Kerbau memang tak mandi! Kerbau berkubang!
Ha ha ha...!”
Puan Jalina menggeleng mendengar usikan balas
anaknya. Kalau tak menjawab, tak sah!

18
Shasfa alyahya

DI PARADISE VILLE... sebuah keluarga bahagia sedang


khusyuk mengerjakan perintah Allah. Selepas Harizd
mengaminkan doa, tangan uminya dicapai lalu disalam penuh
hormat dan kasih sayang seorang anak, diikuti oleh Izuan dan
Hanis Humaira’. Kemudian, masing-masing melipat sejadah
dan menyangkutnya dengan kemas di penyidai yang telah
disediakan.
Tanpa membuang masa, Harizd terus mengorak
langkah meninggalkan ruang solat untuk ke biliknya. Banyak
lagi kerja sekolah yang belum disiapkan.
Izuan setia mengekor di belakang.
Harizd hanya memandang dari ekor mata apabila
sepupunya yang seorang itu sudah melabuhkan punggung di
atas katil saiz kingnya, macam bersiap sedia untuk
menjalankan upacara temu bual pula. He he he….
“Tak puas hati apa?” soal Harizd. Tangannya ligat
menyusun buku-buku yang agak berselerakan di atas meja
studinya.
“Eh, pura-pura tak tahu pulak! Sejak bila kau
pelihara kura-kura dalam perahu ni?” perli Izuan.
Harizd hanya tersenyum nipis mendengar
sepupunya menghubungkaitkan dirinya dengan peribahasa
Melayu tersebut.
“I’m still waiting….”
“Okeylah….” Harizd akhirnya mengalah.
Pandangannya masih tertancap pada buku-buku pelajaran di
hadapannya. Selamba rock aje dia menceritakan peristiwa
yang berlaku petang tadi. Wajahnya langsung tidak beriak,
seolah-olah perkara itu sudah pun dibuang jauh dari kamus
diarinya untuk hari itu.

19
Hot Gimmick

Izuan melopong. Beraninya gadis itu sehingga


sanggup bertengkar dengan Encik Harizd di hadapannya.
Tiba-tiba timbul niat yang nakal di hatinya. “Cantik tak budak
perempuan tu?”
Harizd yang sibuk dengan buku di tangannya
berpaling dan pantas menjawab, “hodoh!”
Jawapan Harizd yang sepatah itu membuatkan
Izuan ketawa. “Ha ha ha... mesti budak tu pakai spek, kan?”
Ha ha ha....
“Oh, ya!” Izuan teringat sesuatu. “Aku dengar umi
kau cakap, Asya dah balik.”
Tangan Harizd yang sedang menulis sesuatu
terhenti. Tersirap terus darahnya!
“Hei! Kau dengar ke tak ni? Budak tembam tu dah
balik. Almost two weeks! Mulanya aku ingat cuma ‘cock-and-
bull story’, tapi Mira yang selalu e-mel dengan Asya sendiri
yang mengiakan berita tu. Kau agak, macam mana muka dia
sekarang, ek? Makin tembam ke?”
Ketawa Izuan meletus lagi. Namun ketawa itu mati
serta-merta apabila Harizd berdiri.
Harizd terus menghilang di sebalik pintu bersama-
sama buku pelajarannya.
Izuan terdiam. Dia terlupa tentang perasaan Harizd.
Oh... bummer! And that’s all my fault….

20
Shasfa alyahya

bab 3
Aku benci kau!

“S
ELAMAT PAGI, umi, abah,”
sapa Hanis Humaira’ dari
kaki tangga. Manis sungguh
senyuman yang meniti di bibirnya pagi ini.
Puan Noraini dan Encik Hizbullah turut tersenyum
melihat gelagat anak bongsunya yang sentiasa riang dan
ceria itu.
Hah, tu kalau kena dengan angin eloknyalah! Kalau
tak, asyik memuncung aje. Mengalahkan budak-budak yang
hilang gula-gula. Well, she’s just fourteen….
Sempat Hanis Humaira’ menepuk belakang Izuan
yang sedang mengunyah nasi goreng.
Tercekik jejaka itu dibuatnya.
Dan tiada apa lagi yang mampu umi dan abahnya
lakukan. Memang begitulah pagi-pagi. Kadang-kadang
keintiman hubungan Hanis Humaira’ dan Izuan melebihi

21
Hot Gimmick

abangnya sendiri dan perkara itulah yang membimbangkan


hati kedua-dua suami isteri itu. Mintak dijauhkan….
“Mira, kau tak nampak ke Izuan tengah makan tu?”
tegur Harizd, jelas kurang senang dengan tingkah adik
perempuannya yang seorang itu.
Hanis Humaira’ hanya mencebik, membalas
teguran abangnya. Dia muak dengan perangai abangnya yang
sentiasa garang tu.
Puan Noraini menggeleng. Tak makan saman betul!
“Adik, dah lewat ni. Cepat makan.”
“Ya....”
Pantas tangan comel itu menarik kerusi lalu duduk.
Pinggan yang dihulur uminya, disambut bersama ucapan
terima kasih. Baru sesuap nasi ditelan, dia kembali bersuara,
“abang nak tahu tak siapa yang telefon semalam?”
Matanya menangkap lirikan mata abangnya. Yes!!!
Umpan melekat! “Semalamkan... Kak Asya telefon!”
Tup! Jantung Harizd berdegup kencang.
“Dia tanya khabar semua orang. Dia cakap, dia dah
tak sabar nak jumpa Mira. Mira rasa teruja sesangat!”
“Ya ke Mira? Macam mana dia sekarang? Mira dah
tengok ke Asya tu?” Izuan menyampuk tiba-tiba.
Aisehman! Nak tangkap ‘ikan kaloi’ dapat pulak
‘bapak berudu’. Adoi….
Hanis Humaira’ menjeling ke arah Harizd. Hah,
selamba derk aje dia makan. Aiii, tak makan bawang ke?
Langsung tak hirau apa yang aku cakapkan ni!
“Mestilah! Kita orangkan selalu chatting? Kak Asya
cakap, dia dah start sekolah. Tapi Mira lupa nak tanya nama
sekolah dia. Banyak yang kita orang bualkan!” sambungnya.

22
Shasfa alyahya

“Yalah... sampai berjam-jam!” Puan Noraini turut


menyampuk. Mahu sahaja dia menghamburkan ketawanya
apabila anak gadisnya itu leka berbual di telefon. Senyum
pula meleret-leret sampai ke telinga, mengalahkan orang
bercinta pulak! Namun dia bersyukur, walaupun berjauhan,
ukhuwah tetap erat terjalin di antara dua buah keluarga.
“Ala... umi! Selama ni mana Mira ada peluang nak
berbual dengan Kak Asya. Sebab tu la Mira tanya Kak Asya
banyak-banyak. Ha ha ha... sampai Kak Asya pun dah tak
larat nak layan Mira.”
Dia tidak dapat lupa bagaimana dia boleh menyoal
Kak Asya hingga bab pakaian dalamannya sekali. Ha ha ha...
dia pasti wajah Kak Asya pasti merah masa tu. Memang tidak
dapat dinafikan, dia berasa sangat gembira apabila mendapat
berita kepulangan kakak dua pupunya itu. Sejak kecil lagi
mereka telah membesar bersama-sama. Kak Asya telah
mengasuhnya ketika kecil. Dan... dalam lima tahun mereka
berpisah. Walaupun begitu, mereka selalu chatting bersama-
sama. Kak Asya sendiri sudah dianggap seperti kakak
kandungnya, sama seperti Hidayatul Husna.
“Yez pergi dulu, mi,” ujar Harizd. Dia sudah pun
berdiri. Cepat-cepat dia berlalu selepas menyalami tangan
umi dan abahnya. Sakit betul hatinya mendengar berita itu.
Dadanya yang sentiasa sihat itu tiba-tiba menjadi sesak. Get
lost! Dia tidak akan ambil tahu pasal perempuan itu lagi. Itu
juga janjinya!
“Yez, kau sakit hati ke?” Izuan mula memberanikan
diri bertanya. Namun soalannya dibiarkan sepi dibawa angin
semilir.
Harizd yang telah selesai menyarung sepatu
hitamnya segera melangkah ke arah kereta BMW 5 series.

23
Hot Gimmick

Saleem telah sedia menanti untuk menghantar


anak-anak majikannya ke sekolah.
Harizd tetap bertindak menyepikan diri sehingga
mereka tiba di sekolah. Atas permintaan Harizd, kereta warna
silver itu berhenti agak jauh dari pagar sekolah. Dia tidak
suka kecoh-kecoh.
Izuan masih setia mengekori Harizd.
“Aku tanya kau ni. Kau tak rasa apa-apa ke masa
Mira bukak cerita pasal budak tembam tu?” soalnya masih
tidak berpuas hati.
“Pleaselah, Wan. Aku tak ada mood sekarang ni!”
Harizd mula bertegas. Benci benar dia apabila digasak soalan-
soalan begitu. Betul-betul menyesakkan dadanya!
“Okey, okey! I surrender! Eh, Dianalah… aku chow
dulu, Yez.” Hah, cepat betul matanya menangkap gerangan
awek dia tu! Well, salah seorang…
“Kau tak bertugas ke hari ni?”
“Ah, tak usah risaulah! Aku tugas masa rehat!”
laung Izuan yang sudah berlari meninggalkan sepupunya.
Harizd melirik jam di pergelangan tangan. Dalam
keadaan berjalan yang tergesa-gesa itu, dia dilanggar dari
arah belakang. Habis berterabur fail dan buku-buku yang
berada di tangan. Nasib baik dia tidak jatuh. Kalau tak, habis
maruah dirinya jika dia diketawakan oleh pelajar-pelajar yang
berada di situ. Grrr… siapa punya kerja ni?
Dia segera berpaling seratus lapan puluh darjah,
ingin memarahi tuan empunya diri yang terlalu ‘buta’ hingga
tidak nampak orang yang berjalan di tengah-tengah ini.
Errr... tengah jalan ke? Kalau tengah jalan memang salah
akulah. Ah… get lost of it!

24
Shasfa alyahya

Harizd terpaku. “Kau lagi?”


Grrr… tahap kemarahannya mula meningkat ke
paras maksimum. Siot betul!!!
Natasya Shakilla menjerit. Sekarang dia betul-betul
sedang berdepan dengan masalah besar. Besar sesangat!!!!
Apa patut aku buat ni? Minta maaf? No!!! Never say
sorry if you’re not mistook! But it is my fault!
“Kau buta ke?” marah Harizd, mula naik angin
melihat kebisuan gadis itu. Dah tak tau nak minta maaf ke
kalau dah tau diri tu salah?
“Aku... errr... aaa....” Natasya Shakilla mula gugup.
Just say I’m sorry! That’s all. Noktah! I can’t!
Tolak ego tu dulu! Mamat ni nampak macam tak
makan saman aje. Teruk kau kalau fans dia mengamuk. Hah,
tuannya pun dah mengamuk tu!
“Apa yang kau nak cakap? Bisu? You are blind and
dumb, aren’t you? Sampaikan aku yang besar ni pun kau tak
nampak!” tempelak Harizd, gagal mengawal kemarahannya.
Dahlah sakit hati kat rumah tu tak habis lagi, sampai kat
sekolah pulak jumpa masalah baru. Tensionnya!!!
Natasya Shakilla menggigit bibir bawah, menahan
geram. Handle basikalnya dipegang kejap. Dia cakap aku
buta? Bisu? Natasya Shakilla mula mendapat hati untuk
beradu mata dengan jejaka di hadapannya. Dia ingat aku tak
berani angkat mata ke?
“Kurang ajar! You… stupid! Idiot! Go to hell!!!”
jeritnya.
Hah, puas hati aku! Rosak hari yang ceria ni!
“Apa kau cakap?” Harizd benar-benar hilang
kawalan.

25
Hot Gimmick

Nasib baik Izuan yang sedang melalui jalan tu cepat


tiba, tepat pada waktunya! “Rizd, apa yang dah jadi ni? Bawak
bersabar! Jom pergi kelas!”
Lengan Harizd ditariknya. Matanya melilau
sekeliling. Beberapa orang pelajar yang melalui jalan di tepi
sekolah itu terus masuk ke kawasan sekolah. Sempat dia
membalas pandang dengan pelajar di hadapannya. Mungkin
budak inilah yang diceritakan oleh Harizd semalam.
Natasya Shakilla masih dengan ekspresi kurang
puas hatinya. Dia hanya memandang geram ke arah dua
orang pelajar yang sudah hilang di sebalik pagar sekolah.
I hate him so very much! Argh!!!!

NATASYA SHAKILLA menghempaskan beg sandangnya di


atas meja tulis, melepaskan geram.
Arienna dan Ruqyah saling berpandangan sebelum
serentak memandang tepat ke wajah sahabat barunya. Mesti
ada sesuatu yang tak kena ni. Setahu mereka, Natasya
Shakilla bukan jenis yang cepat melenting.
“Is there anything wrong?” soal Ruqyah.
Natasya Shakilla menghempas kasar punggungnya
pada kerusi. Kesian kerusi yang tidak bersalah itu menjadi
mangsa keadaan.
“Yes! Yes! And yes!!!” jawab Natasya Shakilla pantas.
“Pasal apa pulak?” giliran Arienna menyoal.
“Siapa lagi? Mamat garang tu la!”
Arienna dan Ruqyah terlongo mendengar jawapan
teman baru mereka itu. Belum sempat mereka bertanya

26
Shasfa alyahya

dengan lebih lanjut, guru mata pelajaran add math sudah


melangkah masuk.
Semua pelajar 5Sc2 berdiri.
Sempat Arienna memberi isyarat melalui
tangannya, untuk menyambung sesi temu ramah pada waktu
terluang.
Natasya Shakilla hanya tersenyum. Sekurang-
kurangnya hatinya terubat melihat gelagat teman-temannya.
Sepanjang waktu pembelajaran, Natasya Shakilla
tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian pada ajaran
guru. Hatinya semakin sakit mengenangkan perbalahan yang
semakin menjadi-jadi di antara dia dan ‘pengawas besar’
tersebut. Habis rosak hari bahagia yang dirasai semalam.
“Natasya Shakilla!”
“I’m okay, don’t worry, please!” Pantas dia
menjawab panggilan gurunya.
Semua warga kelas sudah menekup mulut menahan
ketawa. Beberapa orang pelajar lelaki sudah pun ketawa
berdekah-dekah sambil menekan perut masing-masing.
Opsss...!
“Could you please tell me what were you thinking
just now, Shakilla?” pinta gurunya, lebih kepada perli.
Natasya Shakilla tertunduk, menahan malu.
Aisehman!!!
Melihat pelajarnya bagaikan kerbau terkejut dek
bunyi gong, beliau segera menyuruh Natasya Shakilla duduk.
Kesian budak tu, dah buat salah tapi tak tau hujung
pangkalnya.
Natasya Shakilla buat bodoh aje hinggalah waktu
rehat menjelang.

27
Hot Gimmick

“Dia betul-betul dah hanginlah sekarang ni...” adu


Natasya Shakilla. Peristiwa pagi tadi diceritakan kepada
teman-temannya, kecuali lawan balas di antara dia dan
‘pengawas besar’.
Ruqyah dan Arienna tersenyum-senyum. Orang
tengah susah hati boleh dia buat macam tu? Macam kerang
busuk!
“You’ll be dead, Kill!”
“What did you say?”
“Aku cuma takut Harizd tu buat sesuatu aje kat
kau. Oh, silap! Aku takut fans Harizd buat sesuatu kat kau.”
Arienna menyatakan kebimbangannya, siap dengan lawak
bodohnya lagi.
Dan serasa Natasya Shakilla, dah berpuluh kali dia
orang beritahu perkara yang sama. Dia orang ingat aku ni
penakut ke? Ini Natasya Shakilla la! Eh, silap! I’m the new
killer in this school. “Korang jugak yang kasi nama Killa. So,
I’m The Killer, sebelum dia orang mengapakan aku, aku
akan… zuppp…!!!”
Hai, sedap betul cakap besar! Siap dengan gayanya
sekali!
Habis langsung ucapannya, matanya menangkap
kelibat ‘pengawas besar’ tersebut melalui hadapan meja
mereka bertiga. Natasya Shakilla terdiam, habis sudah gaya
membesarkan dirinya sebentar tadi. Pandai-pandai sangat…!
Dia terus tunduk menghabiskan sup di dalam
mangkuknya, pura-pura tidak melihat Harizd. Malas betul dia
berhadapan dengan mamat sekor tu. Jantungnya asyik
melompat melebihi paras kebiasaannya. Nasib baik muda
lagi.

28
Shasfa alyahya

“Aik, kenapa senyap pulak?” tanya Ruqyah.


“Apa lagi…” Arienna menyiku lengan Ruqyah yang
berada di sebelahnya.
“Cik abang dia tengah lalu la,” usik Arienna sambil
menjuihkan bibirnya ke arah Harizd yang sedang bercakap
dengan seorang pengawas yang sedang bertugas.
Mengekek ketawa Arienna dan Ruqyah bergabung.
Natasya Shakilla terus terdiam. Dari ekor matanya,
sempat dia menjeling ‘pengawas besar’ yang sedang berjalan
meninggalkan kantin sekolah. Rasa geram dan marah
terhadap peristiwa pagi tadi masih berbekas lagi. Dan rasa
marah tersebut diluahkan dengan pandangan matanya yang
bagaikan pedang. Kalau mamat ‘kuang hajor’ tu anak patung,
dah lama dia penyek-penyekkan dan buang ke dalam tong
sampah. Ada ke patut cakap aku buta? Kurang asam ‘gelugur’
betul! And I really hate him, so very much!!!
“Tengoklah tu, macam nak tercabut mata dia dok
menjeling kat headboy.”
“Eiii... parah orang yang tengah hangin ni rupa-
rupanya!” Arienna turut mengiakan kata-kata rakannya.
Natasya Shakilla yang baru tersedar daripada
lamunan, cuba memberikan senyum kambing. Aiii la...
tertangkap seh....
“Killa, jaga-jaga sikit bila dah naik benci tu!” tegur
Ruqyah.
“Why?” Natasya Shakilla kehairanan. Pelik betul
bunyi nada suara Ruqyah. Apa ke he?
“Haah, apesal?” Arienna turut menyampuk. Pipinya
menggembul-gembul dipenuhi makanan. Tak beradab
betullah minah ni!

29
Hot Gimmick

“Aku takut perasaan benci yang meluap-luap tu


bertukar....” Ruqyah masih ingin bermain tarik-tarik tali.
“Hai, kawan! Apa maksud lu ni... don’t play-play
la....”
“Kalau kau tengok dalam TV, orang yang saling
membenci akan bertukar jadi apa, ya?”
Natasya Shakilla menunjukkan muka blurnya. Apa?
Saling berbunuhan? Take out the gun and killing each other?
Minah ni betul-betul tak faham bahasa la! Ruqyah
menjeling Arienna yang tersengih-sengih, mula menangkap
maksudnya.
“Yalah... yalah... payah faham betullah Si Killa ni.
Kalau orang yang tak sejenis mula benci dengan tahap paling
maksima, feeling tu akan bertukar jadi sesuatu yang special. I
mean, hate turns to lov…”
“Nonsense!!!” pintas Natasya Shakilla sebelum
Ruqyah sempat menghabiskan kata-katanya. Secara
automatik tubuhnya berdiri. Wajahnya terasa membahang
panas.
“Killa...!” tegur Arienna.
Beberapa orang pelajar berpaling kehairanan. Suara
Natasya Shakilla tadi telah mengganggu keamanan kantin
sekolah. Kalau Harizd ada, sure dia akan ditegur dengan cara
yang paling keji. Menjaga adab ketika berada di kantin adalah
salah satu peraturan sekolah. Well… strict future headboy
punya rule!
“Sorry,” ucap Natasya Shakilla perlahan. Dia
kembali duduk.
“No, sorry is mine. I’ve made you mad!”
“I’m not in my mood. Biasak la... period time....”

30
Shasfa alyahya

“He he he... patut pun. Bahaya betullah kau ni!”


Natasya Shakilla hanya tersenyum, tidak tahu bagai
mana mahu memberi respons. Well... bukan salah dia orang
sangat pun, aku yang memang spesies cepat hangin. And I
hate all things about love. Ingatan lamanya tidak boleh
dibuang. Semakin lama berada di tanah air sendiri, semakin
bertambah perasaan takutnya. Janji yang dimeterai dahulu
bagaikan bermain-main di benaknya.
“Wei… Cik Shakilla, loceng dah bunyi ni! Kau tak
nak masuk kelas ke?”
“Apa ke hal la mengelamun tak ingat dunia!”
Leteran Arienna mematikan perjalanan mindanya
yang hilang seketika tadi.
Natasya Shakilla pantas bangun dengan cebikan.
Berleter mengalahkan mama aje gayanya!
Namun fikirannya tetap menerewang jauh. Dia
masih tidak dapat terima hakikat pemergian aku ke? Macam
mana la keadaan dia sekarang ni, ya? Rupa dia... perangai
dia....
“Killa!”
Natasya Shakilla terkejut apabila disergah tiba-tiba.
Serentak dengan itu...
Bup!!!
Natasya Shakilla terlanggar dinding. Refleksnya,
mulut terus mengaduh sakit. Tapi cik kak berdua tu
bukannya nak datang menolong, diketawakan pula ada la!
Sakit bercampur geram tahap super dah hati dia. Boleh kalah
Super Saiya!
Beberapa orang pelajar yang berada di situ turut
menghamburkan ketawa. Ada yang sudah menekan perut,

31
Hot Gimmick

hampir terguling pulak dia orang tu disebabkan hal yang


kecil macam ni!
Adoi!!! Harunya... tapi salah aku jugak, ada ke patut
mengelamun masa tengah berjalan? Kalau tersadung ketika
naik tangga, nauzubillah....
Tiba-tiba aje ketawa bebudak tadi menghilang.
Natasya Shakilla yang sedang membetulkan letak
tudungnya, turut mengangkat kepala. Power betul mamat tu
sebab Arienna dan Ruqyah yang sedang galak
mentertawakannya pun turut terdiam sama. Tapi...
Aisehman!!! Dia lagi...!!!
Mesti dia tengah ketawakan aku tu. Tengoklah tu...
sinisnya senyuman dia!
“Hah, tu la balasan kalau dah derhaka!”
Sinis ejekan Harizd, terus menyusup masuk ke
telinga Natasya Shakilla.
Selepas mengarah para pelajar memasuki kelas,
Harizd terus menghilang di sebalik tangga.
Hah, selepas tu barulah mak cik berdua tu datang
menolong.
“Are you all right, Kill?”
“Absolutely, after the two of you laughed at me!”
perli Natasya Shakilla, melepaskan geram.
Arienna dan Ruqyah hanya tersengih mengakui
kesalahan masing-masing.
“Itulah kau! Lain kali berjalan tu tengok depan,
bukan berkhayal! Kesian dinding tu jadi mangsa kau.”
“Oh, jadi aku ni bukan mangsalah?”
Ketawa terus menjadi rakan setia.

32
Shasfa alyahya

Kaki mereka terus berjalan menaiki anak tangga.


“Killa, apa maksud headboy tadi, hah?” soal Ruqyah.
“Pasal kes pagi tadi ke?”
“Apa lagi?” jawab Natasya Shakilla malas. Dia tidak
menceritakan peristiwa semalam kepada kedua-dua rakannya.
Yang kena penangannya, dia jugak! Hatinya mendongkol
sakit. Tak habis-habis ‘pengawas besar’ tu cari pasal. Eee...
geramnya!
And I do really really hate him so very much!!!

33
Hot Gimmick

bab 4
…serang Para Ville!

“A
LAAA… lambat lagi ke Kak
Asya? Dah lama dah Mira
tunggu ni, dah naik berpeluh
dah ketiak Mira!”
“We’re on our way there, Mira. Can’t you just
wait?”
“No!!!” bentaknya. Spontan badannya turut berdiri.
“I’ve waited for the past five years, Kak Asya! Kak Asya tak
kesian kat Mira ke?”
“Mira, apa cakap macam tu dengan Asya? Bersopan
sikit dan duduk diam-diam atas kerusi tu,” tegur Puan
Noraini melihatkan sifat mengada-ada anak bongsunya yang
semakin lama semakin menjadi-jadi, lebih-lebih lagi
semenjak Natasya Shakilla pulang ke Malaysia. Kakinya
dihayun menghampiri suaminya yang sedang leka menyelak
helaian New Straits Time.
“Airnya, bang,” tegurnya.

34
Shasfa alyahya

“Nor buat kuih ke hari ni?”


“Hmmm….” Puan Noraini turut merehatkan diri di
sebelah suaminya.
“Buatlah juga, bang. Tau-tau ajelah dah orang
tempah, nak tak nak kita kenalah buat. Nanti apa pulak kata
mereka. Kalau diikutkan, nak aje Nor berhenti,” rungut Puan
Noraini. Sejak dahulu lagi dia mendapat tempahan untuk
membuat kuih. Semakin lama, semakin ramai pula peniaga
menempah kuih untuk dijual, tidak menang tangan jadinya.
“Itulah... orang tawarkan pembantu rumah, tak
nak,” perli Encik Hizbullah.
Meletus ketawa isterinya.
“Abang lupa ke pasal bibik yang kita ambil tu? Habis
rosak kuih Nor dikerjakannya, bukannya membantu pun. Nor
lebih rela buat kuih tu sorang-sorang, bang oi!!!” omel Puan
Noraini, mengingatkan peristiwa yang berlaku beberapa
tahun yang lalu. Hampir terbakar dapur rumah mereka
apabila bibik terlupa menutup api. Dahlah kuih yang dibuat
hangit macam tayar kereta. Hah, kalau dibandingkan pun,
cantik lagi tayar kereta suaminya.
“Anak bongsu awak tu tak ada menolong ke?”
“Macamlah abang tak kenal anak abang yang sorang
tu. Satu kerja pun tak menjadi, apatah lagi nak menolong
saya di dapur. Hendaknya jadi macam kolam air bersalut
lumpur dibuatnya.”
Kata-kata Puan Noraini itu membangkitkan tawa
Encik Hizbullah. Hanis Humaira’ hanya tahu bermain sahaja.
Walaupun sudah berusia belasan tahun, sikapnya masih
keanak-anakan, seperti budak TADIKA. Entah sifat siapalah
yang menurun pada anaknya yang sorang itu, berbeza sangat-
sangat kalau nak dibandingkan dengan abang dan kakaknya.

35
Hot Gimmick

Secara jasmaninya, anaknya itu memang cepat


matang dan serius. Dia lebih banyak berfikir daripada
berkata-kata. Tetapi sikap sebagai seorang pemerintah
memang terserlah sesangat. Hanis Humaira’ suka sangat
mengarah orang lain dan setiap arahannya mesti
dilaksanakan. Secara rohani, fikiran anaknya memang sukar
untuk difahami. Semakin besar, semakin jauh jarak
perhubungan mereka anak-beranak, lebih-lebih lagi dirinya
yang sentiasa sibuk.
Baginya, Hidayatul Husna juga mempunyai
pemikiran yang cepat matang. Dia seorang yang pendiam
tetapi pandai menguruskan kata-katanya. Seingatnya, setiap
kali pulang bekerja dalam keadaan letih, sejuk hatinya
mendengar suara Hidayatul Husna yang lunak dan sifat
lemah lembutnya saling tidak tumpah macam isterinya.
Hidayatul Husna mudah memahami orang lain, terutama
abangnya. Tetapi sejak Hidayatul Husna belajar di MRSM,
anak sulungnya semakin sukar difahami. Hai... kata isterinya,
seperti bayangan kedua dirinya pula.
Sebut pasal anak sulungnya yang sibuk
mengalahkan menteri itu, hatinya tergerak untuk bertanya.
Sejak tengah hari tadi batang hidungnya yang masih belum
kelihatan. “Anak sulung awak ke mana, Nor?”
“Mana lagi bang, kalau bukan ke sekolah. Budak
yang sorang tu bukan boleh duduk rumah lama-lama, sibuk
macam abahnya jugak,” jawab Puan Noraini sambil
memerhati gelagat Hanis Humaira’ yang macam cacing
kepanasan. Sekejap masuk ke dapur, sekejap memanjat
tangga, mengalahkan suami tunggu kelahiran anak pertama!
“Macam perli abang aje bunyinya tu,” ucap Encik
Hizbullah, lantas meneguk air kopi yang terhidang. Wajah
isterinya dijeling sebentar.

36
Shasfa alyahya

“Maaflah... abang terasa, ya?”


“Tak adanya terasa. Oh, ya! Sebut pasal sibuk ni,
abang kena pergi ke Perak lusa.”
“Urusan mingguan, ya?”
Anggukan suaminya memberi pengertian. Memang
sejak dahulu lagi suaminya sibuk ke Perak dan sebagai
seorang isteri, dia tiada hak menghalang pekerjaan suaminya
walaupun hatinya tidak tenang setiap kali ditinggalkan.
Macam ada sesuatu yang tidak lengkap aje. Yalah, bukan ke
tempat seorang isteri di sisi suami?
“Ah!!!”
“Astaghfirullahalazim… kenapa, Mira?”
Hanis Humaira’ berlari dari tingkat atas. Tanpa
menjawab pertanyaan uminya, kakinya bergerak menghala ke
pintu. “Dia orang dah sampai!!”
Kedua-dua suami isteri itu berpandangan seketika
sebelum bangun menghampiri anaknya.

“ARE you sure this is the house, ma?”


“Yes, pa. Papa dah lupa ke? Bukan ke Nor anak-
beranak dah pindah ke kawasan perumahan ni? Dah berapa
tahun dah, sejak kita pergi dulu.”
“Haah. Papa dah tualah, ma. Tengok uban atas
kepala papa ni, mana papa nak ingat all such things.” Encik
Emran membela diri dengan gayanya. Tangannya
menunjukkan kepalanya yang telah dipelopori oleh warna
putih.

37
Hot Gimmick

“Pa, mama pun on the same boat with papa, kita


sama-sama dah tualah, pa.”
Natasya Shakilla mencebik, bosan mendengar
perbualan papa dan mamanya yang kadangkala melebihi
anak-anak muda. Tetapi, kalau masuk part bergaduh, dia
orang juga boleh jadi pemenang. Sama aje perangai kedua-
duanya. Cuma mulut mama lebih banyak bercakap
berbanding dengan papa.
Ah, drop that subject! Yang lebih penting sekarang
ni, hatinya dah berdegup kencang. Agaknya bunyi mesin
pemotong rumput pun tak sekencang ini. Slow down... slow
down... just rumah dia aje la... maybe dia tak ada kat rumah.
Woih!!! Apa pasal hati tak dengar cakap ni?
Perlahan-lahan kereta yang dipandu oleh papanya
memasuki pekarangan sebuah banglo. Gah di hadapan pagar
tertulis tinta keemasan: ‘Villa Firdausi / Paradise Ville’. Tiba-
tiba sahaja Natasya Shakilla berasa cukup teruja. Lamannya
yang benar-benar menenangkan hati sesiapa pun yang
memandang. Hmph! Ditambah pula dengan decorating yang
menarik. Berbeza ya amat kalau hendak dibandingkan dengan
yang dahulu. Hmmm... yalah, lima tahun dahulukan rumah
lain... memanglah nampak berbeza.
“Kak Asya!!!”
Dari kejauhan seorang remaja yang happy-go-
lucky, melambai-lambai ke arah mereka sambil berlari. Tanpa
perlu meneka, Natasya Shakilla sudah dapat mengagak siapa
budak perempuan yang ‘bertudung Arini’ itu.
“Asya, what are you waiting for? Come on!” tegur
papanya yang bersedia untuk mengunci pintu kereta.
“Dia masih tergamam lagi tu papanya. Take your
time, honey. Mama nak masuk dulu....”

38
Shasfa alyahya

Natasya Shakilla buat muka toya. Dia memerhatikan


lenggok mama dan papanya yang berjalan menghampiri Puan
Noraini dan Encik Hizbullah yang sedia menanti di hadapan
pintu. Sempat Hanis Humaira’ bersalam dengan mama dan
papanya sebelum berlari lagi. Ya... ke mana lagi hala tuju
budak itu kalau bukan ke sini.
“Kak Asya sayang... apa pasal tak nak keluar ni? Kat
sini tak ada monster la...” usiknya sambil membuka pintu
kereta.
Natasya Shakilla tersenyum. Perlahan-lahan
kakinya melangkah turun sambil matanya melilau-lilau
macam mencari sesuatu.
“Cari siapa? Abang, ek? Kalau ‘tuan besar’ tu dia
belum balik lagi, biasa laaa... ‘orang besar’ la katakan!”
Natasya Shakilla terdiam. Eh... tau-tau aje budak ni
apa yang aku fikir. Kata-kata Hanis Humaira’ sedikit sebanyak
meninggalkan bekas. ‘Orang besar’?
Hmmm... bunyinya macam budak tu tetap tak
berubah, suka sangat kalau boleh mengarah orang lain. Tapi
perangai dia....
“Hah, sempat lagi mengelamun, ya? Sebelum tu,
Mira nak lepaskan rindu dulu!”
Tanpa membuang masa, tubuh Natasya Shakilla
terus dirangkul seeratnya. Lima tahun perpisahan tidak
mungkin meleraikan ikatan yang terjalin.
Natasya Shakilla tersenyum lebar membalas
pelukan itu. Pelukan pertama mereka selepas bertahun
lamanya berpisah.
Kemudiannya, Natasya Shakilla mengorak langkah
menghampiri Puan Noraini dan Encik Hizbullah. Sedaya

39
Hot Gimmick

upaya dia cuba membuang perilaku tidak beradab, malahan


jauh daripada ciri-ciri ketimuran. Ya, semua itu pernah
melanda dirinya sewaktu tiada lagi peraturan menjaga batas-
batas pergaulan dan pakaian ketika berada di seberang sana.
Dia tidak mahu lagi mengingati semuanya, semua yang bisa
mengguris batinnya.
“Apa khabar, umi?” ucapnya berbasa-basi sambil
menghulurkan tangan untuk bersalaman.
“Alhamdulillah... umi sihat,” balas Puan Noraini
lantas memeluk Natasya Shakilla.
Puan Jalina tersenyum melihat anak dan
sepupunya. Lirikan mata Puan Noraini sahaja sudah cukup
menjelaskan perasaan keibuannya. Dan pandangan mereka
yang bertaut itu sudah cukup memberi makna yang
tersembunyi.
“Marilah masuk ke dalam. Panas kat luar ni,” ajak
Puan Noraini.
“Hah, siapa jugak yang berdiri lama-lama kat luar
ni,” tokok Puan Jalina.
Puan Noraini yang menyedari kesilapannya tertawa
senang. Tawa itu bersatu dengan yang lain, lantas
mencambahkan benih-benih kemesraan di antara kedua-dua
keluarga.
Jika inilah permulaannya, ya Allah, redailah....

PEPOHON melambaikan dedaunnya yang beralun lembut


ditiup angin petang. Di bawah pohon yang rendang, seorang
pemuda leka melakar sebuah coretan di kanvas putih.

40
Shasfa alyahya

Pemandangan yang indah di hadapannya diabadikan


di atas kertas putih tersebut, sempurna tanpa cacat celanya.
Namun kenyataan yang jitu, Allah adalah pencipta yang
mencipta sesuatu dalam keadaan yang benar-benar
sempurna.
Sementelah tangan kanannya memegang pena,
tangan kirinya menyambut telefon yang dihulur.
“Waalaikumussalam.”
“Emmm… everything’s just fine.”
“Errr... I’ll be back.”
“Yes, I’ll be back... soon!”

41
Hot Gimmick

bab 5
He is... who?

“B
ETUL ke kata kau tu?”
“Yes, yes and
yes!!! Kenapa la kau tak
percaya cakap aku ni?” protes Izuan, tidak puas hati dengan
tindak balas yang ditunjukkan oleh Harizd. Sepupunya itu
sedikit pun tidak menganjakkan wajahnya dari kertas kerja di
tangan.
“Dia nak balik sini, memang confirm habis!”
“So? Takkan dia nak suruh aku jemput? Dia pandai
sangatkan pergi tanpa khabar berita, takkan bila balik nak
kasi tau seluruh dunia?” Harizd membalas sinis. Sah, dia
memang masih marah!
“At least seluruh Malaysia tahu. He is our friend,
Yez! Our best friend!” tekan Izuan lagi. “Sampai bila kau nak
treat dia macam ni? Kau sendiri tahukan dia ada masalah?”
“Memang aku tahu semua tu!” Harizd mula

42
Shasfa alyahya

bertegas. Seluruh tumpuannya kini beralih ke arah Izuan.


Wajah temannya yang seorang itu dipandang tajam. “Why
don’t you ask him, had he thought about our feelings before
he left us? Mana kata dia sebagai best buddy kita?”
Sakit sungguh hatinya. Luka lama bagaikan terobek
kembali disebabkan perbuatan temannya. Luka yang hampir
sembuh lima tahun dulu kembali berdarah! Kesakitan lama
dirasai semula. Apakah Izuan mengerti semua itu?
Izuan tergeleng kecil. Perasaan Harizd kadangkala
persis anak kecil. Dia sedar apa yang telah Harizd lalui suatu
ketika dulu, tetapi kedua-dua keadaan ini berbeza. Kenapa dia
mesti menyamakannya?
“Yez, this is different. Kau tak patut fikir macam ni.
Aku mengerti perasaan kau tu, tapi... kadang-kadang aku
betul-betul tak faham apa yang sedang kau fikirkan.
Keputusan kau tu macam bebudak! Kalau betul pun
marahkan satu benda, just let it be on that thing, please...
jangan campur rasa marah kau kat Asya dengan keadaan
Mier! Jangan kau menyesal pulak nanti. Aku tak pernah cakap
kat Mier kau marah dia. So, fikirlah sedalam-dalamnya!” luah
Izuan. Dia terus mencapai beg dan buku-bukunya. “Aku nak
balik!”
Derap langkah Izuan semakin menjauh.
Harizd menghalakan pandangannya ke arah padang
yang kosong. Pandangannya terasa kabur. “Damn it!”

IZUAN melangkah ke dalam rumah selepas memarkirkan


motornya di garaj. Sejak kakinya menjejak halaman rumah
lagi, dia berasa hairan dan kini segala pertanyaannya terjawab

43
Hot Gimmick

sudah. Para ibu dan bapa yang berada di ruang tamu


semuanya menghalakan pandangan padanya sebaik sahaja dia
melangkah masuk.
“Errr... assalamualaikum semua,” ucapnya sambil
tersengih-sengih macam kerang busuk.
“Waalaikumussalam, masuklah!”
Ayez ke ni?
“Oh, Wan!”
Puan Noraini yang sedang menghidangkan air
mematikan tanda tanya Puan Jalina dan Encik Emran. Mati-
mati dia orang ingat Harizd tadi.
“Mana Ayez, Wan?” tanya Puan Noraini.
“Dia kat sekolah lagi, Che Nor. Ada masalah sikit.”
“‘Orang besar’ la katakan, begitulah sibuknya.”
Encik Hizbullah menjawab bagi pihak anaknya.
“Yalah... macam abahnya....”
Izuan dengan penuh hormat menyalami tetamu-
tetamu yang dikenalinya.
“Anak Wan Rashid, kan?” teka Puan Jalina.
“Haah, Che Na.”
“Dah besar panjang pun kamu. Memang tinggal kat
sini ke?” soal Encik Emran pula sewaktu Izuan
menyalaminya.
“Ya, Yah Im. Dah dekat tiga tahun dah, lepas ayah
bertugas kat Tawau.”
“Yalah, orang bawa dirilah katakan. Lepas Cik Ani
dia tak ada, dia terus minta tukar mengajar kat sana. Si Wan
ni, dia amanahkan pada kami untuk jaga,” cerita Puan
Noraini, menjelaskan duduk perkara diri Izuan.

44
Shasfa alyahya

“Lagipun Izuan seorang diri juga kat sana. Lebih


baik tinggal bersama kami, dapat juga merasa ada adik-
beradik,” tambah Encik Hizbullah.
Perbualan selanjutnya tidak lagi kedengaran pada
pendengaran Izuan kerana dia terlebih dahulu meminta diri
untuk membersihkan diri.
Yez... habislah kau kali ni!
Ketika melalui dapur, Izuan ternampak kelibat
seorang gadis yang membelakanginya. Gadis tinggi lampai
itu sedang leka membancuh air.
Eh, tu bukan ke...?
Natasya Shakilla memerhati plastik yang
dipegangnya. Nampaknya Hanis Humaira’ betul-betul nak
kena kali ni... ada ke patut tetamu yang kena bancuhkan air
untuk tuan rumah? Siapa ajar ni? Mira… Mira… mentang-
mentanglah lama tak jumpa!
Natasya Shakilla tersenyum sendiri. Kalau dahulu
memang dia selalu menyediakan susu untuk gadis cilik itu
kerana dialah babysitternya. Sekarang ni pulak bukan susu
tetapi kopi mocha yang menjadi kegemaran anak gadis
tersebut. Masa mengubah segala-galanya. Namun pangkat
babysitter tetap disandang. Huuu… apa kejadahnya!
Tiba-tiba seluruh tubuhnya menggigil. Suara orang
berdeham dari arah belakang betul-betul memeranjatkannya.
Hampir terlepas sudu yang dipegangnya. Hah, nasib baik
sempat cover. Tapi… kenapa bulu roma meremang semacam
aje ni?
Relaks, Asya. He’s just a human…
Of course he is! But is he someone that I’m
thinking right now?

45
Hot Gimmick

Better you have a look by yourself.


I’m scared!!!
No, you don’t. Okay, let’s count.
One… two…
Three...!!!
“What...?” Natasya Shakilla sudah melopong.
Betul ke apa yang aku nampak kat depan mata aku
ni? Tapi... tapi... bukan ke dia ni kawan mamat garang tu?
Yalah, dia yang sekat Harizd waktu kita orang gaduh dulu!
“Is that really you… Asya?” soal Izuan penuh
taasub.
“Errr…”
Hish, dia tak kenal aku ke? Yalah, aku dah bagi spek
aku kat Mira tadi!
“Ayez...?” tanya Natasya Shakilla minta kepastian.
Hatinya kuat mengatakan mamat kat depan dia ni tak
mungkin Ayez. No and never!
“Ha ha ha… saya rasa awak dah salah faham ni,
Asya. Saya Izuan... Iwan. Alaaa… yang kecik-kecik dulu selalu
dengan patung Gundam tu… remember?”
Huh, leganya hati!
“Oh… yang suka kacau orang tu, ya?”
“Yezzza! I’m Wan Izuan Hafiz Wan Rashid.” Izuan
memperkenalkan diri. Macam teman yang baru berkenalan.
Natasya Shakilla tersenyum. Memori yang hampir
dilupakan mula menerjah ke kotak fikirannya semula. Dia
menghulurkan tangan untuk bersalaman.
Izuan pula teragak-agak untuk menyambutnya.

46
Shasfa alyahya

“Hah... Abang Wan! Baru balik ya?” jerit Hanis


Humaira’ lantas membuka langkah wrestling.
Terkial-kial Izuan cuba melepaskan diri.
Natasya Shakilla pantas ketawa. Mesranya
hubungan mereka berdua. Agaknya hubungan Hanis
Humaira’ dengan Ayez mesti lebih rapat daripada ini, kan?
“Mira… sakit tengkuk Abang Wan macam ni!
Adeh… nak tercabut dah ni!”
“Ha ha ha…!” Ketawa Hanis Humaira’ semakin
kuat melihat Izuan cuba kontrol macho di hadapan Natasya
Shakilla. Pegangannya dilepaskan.
“Sudahlah, Abang Wan nak naik mandi. Siaplah
Mira nanti…” ugut Izuan.
“Nice to meet you, Asya!” ucapnya sebelum mendaki
anak tangga.
Sebaik sahaja kelibatnya tidak kelihatan, Hanis
Humaira’ mengajuk ucapan abang sepupunya.
“Sudahlah tu, Mira… it sounds funny to suit you,”
tegur Natasya Shakilla. Tumpuannya kembali diteruskan
untuk membancuh air yang terbengkalai sebentar tadi.
“Rapat betul Mira dengan Izuan tukan?”
“Alah... Abang Wan tu suka sangat menyakat Mira!
Geram betul!!!”
“Kak Asya tengok, Mira yang nakal sebenarnya.”
“Dah terbiasa la Kak Asya. Dia pedajal Mira, Mira
balas balik and so on…” jawab Hanis Humaira’ bersahaja.
Masa Izuan mula-mula sampai dulu, dia taklah rapat macam
ni. Tapi lama-kelamaan... entahlah, rapat dengan sendirinya,
dah macam abang sendiri pulak! Bahkan lebih daripada abang
sendiri. Yalah, dah abang sendiri punya la serius perangainya!

47
Hot Gimmick

“Ermmm...” Natasya Shakilla ingin menyoal


tentang Ayez, tetapi belum sempat dia membuka mulut,
lidahnya terasa kelu sendiri. Lastnya jadi soalan lain. “Ma...
mana cermin mata Kak Asya tadi?”
“Mira dah jual kat India yang beli besi buruk tadi,”
gurau Hanis Humaira’.
“But my specs are made from plastic, bukan besi.
So, macam mana penjual besi buruk tu boleh berminat
dengan barangan plastik pulak?” Bibirnya mula membalas
loyar buruk Hanis Humaira’. Dah orang jual, kita beli la….
“Yalah.. macam spek Betty La Fea, tau! Tak ada
standard langsung! Dengarnya tinggal kat luar negara, mau
la jadi orang yang bergaya sakan ke... tapi ni terbalik pulak.
Cermin mata ketinggalan zaman tu jugak yang dipakainya!”
omel Hanis Humaira’, cuba mengorek rahsia Natasya Shakilla
yang belum diketahuinya.
“Adek Mira sayang… I wore contact lens masa kat
Australia. Bila sampai sini, rasa macam nak tukar fesyen
pulak. Salah ker...?”
“Tak ada salahnya! Cuma... Mira rasa Kak Asya
macam nak letak pagar kat sekeliling diri akak tu aje... supaya
tak ada orang yang akan mendekati akak. Lebih jelas lagi, tak
nak orang sukakan akak. Orang sekarangkan pentingkan
dunia semasa…” ujar Hanis Humaira’, perlahan namun
cukup jelas di pendengaran Natasya Shakilla. Kakinya mula
dihayun ke halaman belakang.
“Jomlah Kak Asya!” jeritnya.
Natasya Shakilla cuba sedaya upaya
menyembunyikan perasaannya dengan senyuman, tanpa
menyedari senyumannya tidak lebih daripada sekadar senyum
kambing. Payah untuk akak ceritakan apa yang pernah

48
Shasfa alyahya

menimpa akak masa di Australia dulu, Mira. Terlalu banyak


pahit manisnya dan akak tak nak ia berulang untuk kedua
kalinya. Tak mahu!

“OH, Ah Kam. Tak balik lagi?”


“Miss Jane, baru nak bertolak balik. Miss Jane ada
kelas tambahan ke?”
Miss Jane tersenyum. Apabila terlihat pelajar
kesayangannya, dia terus menyapa. Lagipun Harizd kelihatan
tidak bersemangat langsung ketika berjalan merentasi pintu
pagar sekolah sambil mengelek motornya. Diri dia yang
tercongok di depan ini pun Harizd tidak nampak.
“Form three students. Lagipun data-data disiplin
belum dikemas kini lagi. Well, you knew our last year’s rules
dah banyak yang berubah, kan?”
Harizd mengangguk. Masakan dia tidak tahu
padahal dialah yang bertanggungjawab memberikan cadangan
tersebut, mandat yang sepatutnya diberi pada AJK PIBG
sekolah. Disebabkan hal tersebutlah, dia dikenali sebagai Mr.
Strict, Mr. Perfect dan banyak lagilah gelaran yang diberikan
kepada pelajar sekolah ini.
“They have to accept these, for the sake of this
school!” tegas Harizd
“Yes, that’s what I like about you, Ah Kam. So,
don’t forget tomorrow’s assembly.” Sempat Miss Jane
mengingatkan Harizd tentang perlantikan esok.
Sebuah kereta berhenti di hadapan mereka.
“My fiancé dah sampai. Got to go, Ah Kam! And
please avoid from stress, okay?”

49
Hot Gimmick

“Don’t worry, I will,” jawabnya.


Kereta yang dinaiki oleh gurunya yang berbangsa
Cina itu meluncur laju di tengah jalan. Sejak dahulu lagi
guru peramah itu suka memanggilnya ‘Ah Kam’. Jadi, tidak
menghairankan jika semua orang mengatakan Miss Jane tu
ibu angkatnya, sedangkan umur Miss Jane baru mencecah
tiga puluh tahun.
Harizd melirik jam di pergelangan tangannya.
Sudah hampir pukul enam suku. Tanpa berlengah, enjin
motornya dihidupkan. Problems are always near us but make
sure you are tough enough to face them.
Tiba di lorong menuju ke rumahnya, motosikalnya
berselisih dengan sebuah kereta sebelum membelok masuk
ke pekarangan rumah. Harizd tergerak untuk meneliti
siapakah pemilik kereta tersebut. Warga Villa Firdaus masih
lagi berada di halaman rumah ketika Harizd memarkirkan
motornya bersebelahan dengan motor Izuan. Tangan umi dan
abahnya disalam.
“Siapa yang datang tadi, mi?” soalnya. Sepatu
hitamnya dibuka lalu disusun di atas rak yang tersedia.
“Asya.”
Dup!!!
Tangannya yang sedang membuka stoking, berhenti
tiba-tiba. Perlakuannya menjadi kaku. Segala-galanya
dirasakan tidak kena.
Hanis Humaira’ yang perasan perubahan mendadak
abangnya segera menyampuk, “Kak Asya tu baik betul. Sama
aje macam dulu, dah la makin cantik, kan umi?”
“Uhmmm... makin berkenan pulak saya tengok,
bang!”

50
Shasfa alyahya

“Kamu ni... masanya lambat lagi!” Encik Hizbullah


mengingatkan.
Kedua-dua suami isteri itu menapak masuk ke
dalam rumah dengan senyuman yang hanya difahami oleh
mereka. Budak-budak apa tau?
Harizd masih lagi di situ. Perlahan-lahan
stokingnya dibuka, diperhati oleh Hanis Humaira’ yang masih
tidak berpuas hati dengan reaksi yang ditunjukkannya.
“Ummm... abang tak rasa apa-apa ke?” soalnya.
Harizd mencampakkan stokingnya ke tepi. Tanpa
menghiraukan Hanis Humaira’, dia terus menapak masuk ke
dalam rumah.
Hanis Humaira’ mencebik. Dah marah la tu....
Belum sempat Harizd mencecahkan punggungnya
ke katil, Izuan terlebih dahulu menyapa. Apa lagi kalau bukan
menambahkan beban fikirannya.
“Yez, aku dah tengok dia!” ucapnya bersahaja.
Sejadah yang digunakan, dilipat lalu disimpan ke tepi.
Riak Harizd langsung tidak terusik mendengar
bicara sepupunya. Kotnya dibuka dan disidai cermat.
“Kau tahu tak, macam mana dia sekarang ni? Dia
dah tak tembam macam dulu dah. Badan dia… fuh! Macam
model beb! Hey, kau dengar ke tak ni?” Izuan geram melihat
tingkah Harizd.
Harizd malas melayan sepupunya yang bersifat
buaya tembaga tu, walaupun hatinya turut terusik mendengar
perihal gadis tersebut. Kalau Si Iwan boleh tahu badan dia
macam model, maknanya cara pemakaian dia… satu, dua
butang bajunya dibuka sebelum badannya direbahkan ke atas
katil.

51
Hot Gimmick

Izuan kehilangan kata. Badan Harizd yang


mengiring menghadap dinding dipandang sepi. Harizd, kau
perlu belajar kembali bagaimana caranya mengawal perasaan
kau tu. Kau berjaya dalam semua perkara yang kau ceburi,
tetapi dalam soal hati dan perasaan, you are a loser!
“Yez, aku nak turun dulu. Cepatlah mandi dan solat,
dah masa makan malam ni!” usul Izuan sebelum berlalu.
Harizd tetap tidak berganjak. Macamlah Izuan tidak
tahu dia selalu menunaikan solat di sekolah sebelum pulang
ke rumah setiap hari.
Bunyi keriutan pintu yang tertutup membawa
bersama hatinya yang sudah pun terkatup. Tiada kunci lagi
yang dapat membukanya. Sekalipun ia diketuk, tidak
mungkin pintunya akan terbuka. Takkan!

“HE’S quite strict. And you know what? I hate him very
much!”
“No! No! I’ll never like him! How are the others?”
“Me too… Ryann what?”
“Okay. Hey, got to go now. We’ll chat, kay? Don’t
ever tell Ryann about this, please…!”
“Thanks. I’ll do. My parents too. Bye….”
Gagang telefon diletakkan kembali ke tempat
asalnya dengan senyuman yang melebar. Sudah lebih sebulan
dia tidak menemui rakan-rakannya. Hatinya mendendangkan
alunan penuh kerinduan yang memutikkan sebuah ingatan
yang kental terhadap teman-teman yang dicintai.
“Amboi... amboi... amboi... Berseri-serinya muka

52
Shasfa alyahya

lepas berbual kat telefon tadi?” tegur Puan Jalina dengan


selamba.
Natasya Shakilla membalas dengan sengihan
mendengarkan tone suara mamanya seolah-olah memerli.
Mana taknya… dekat empat puluh minit jugak dia berbual di
telefon. Dahlah kos panggilan antarabangsa mahal!
He he he... biarkan, tak luak pun harta dia orang.
“Mr. and Mrs. Flarkindson kirim salam. Salam
mama dan papa pun Asya dah sampaikan,” beritahu Natasya
Shakilla sambil melabuhkan punggung bersebelahan papanya
yang sedang khusyuk mendengar berita TV3.
Pandangannya turut sama ditala menghadap
televisyen. Berita kematian seorang kanak-kanak dalam
keadaan yang mengaibkan benar-benar mencuit hatinya.
Manusia hari ini memang kejam. Even children yang tidak
tahu dosa pahala pun dibunuh. Agaknya bila anak pembunuh
itu sendiri dibunuh, barulah dia rasa macam mana pedasnya
cili kalau terkena lidah.
Kedua-dua belah kakinya diangkat, mencari
kedudukan yang selesa. Belum pun sempat keselesaan
menjalar ke seluruh tubuh, tangan mamanya sudah pun
hinggap di paha kanan. Apa lagi, dia terus menjerit sakit.
“Remember you’re not in Australia anymore. So,
please behave yourself!”
Natasya Shakilla mencemikkan wajah, tidak berpuas
hati.
“Hah, elok sangatlah perangai lepas laku macam tu.
Kalau pergi kat rumah orang, dipanggil anak dara tak
beradab, tau? Sini Malaysia, bukan oversea lagi. Kita ada
adab, ada budaya yang kita kena patuhi. Don’t tell me you’d
forgot all the lessons?” bebel Puan Jalina.

53
Hot Gimmick

Natasya Shakilla mencapai kusyen kecil di


belakangnya lalu menekup muka. Argh... mula lagi mak cik
bebel ni! Sejak menjejakkan kaki kat sini, nak buat tabiat
lama sikit pun tak boleh. Itu tak bolehlah... ini tak kenalah...
huh, bapak segala boring!
“Tengoklah tu! Cakap mama ni sikit pun tak nak
dengar. Mama bagi nasihat untuk kebaikan Asya jugak. Mama
tak nak pisang berbuah dua kali. Hei, kamu dengar tak apa
yang mama cakapkan ni, Natasya Shakilla?” Puan Jalina mula
panas hati melihat sikap anaknya. Itulah satu-satunya anak
bongsu yang dia ada. Kalau tak sayang....
“Dengar la mama sayang! Huarghhh… Asya dah
mengantuk la. I’m off.”
Melihat tangan ketam mamanya mula mencari
sasaran, cepat-cepat dia menyusup ke sebelah papanya. Mana
taknya, sempat jugak dia beraksi gaya menguap, siap dengan
bunyinya lagi. Tak manis betul!!! “Ha ha ha….”
Tawa Natasya Shakilla meresik hampir ke segenap
rumah. Sasaran tak tercapai!!!
Melihat reaksi tidak puas hati mama, papa cepat-
cepat menyampuk, “dahlah tu, mamanya. Dah tabiat dia
macam tu. Lama-lama nanti berubah jugak anak kita yang
sorang ni. Dah, meh duk sini meh!”
Encik Emran menepuk kusyen di sebelahnya.
Dalam akur, mulut mamanya masih tidak berhenti-
henti membebel.
Hah, nak romantiklah tu! Eiii... meluatnya!
Tanpa membuang masa, Natasya Shakilla terus ke
biliknya. Bibirnya tetap menguntum senyum melihat
kemesraan kedua-dua orang tuanya.

54
Shasfa alyahya

DI PARA VILLE pula, saat semua penghuninya sedang dibuai


mimpi indah, seorang hamba Allah masih berada di atas
hamparan sejadah, masih setia sujud kepada-Nya dengan
penuh khusyuk dan tawaduk.
“Subhanallah, alhamdulillah. Walailahaillallah….”
Bibirnya dibasahkan pula dengan kalimah Allah.
“Allah... Allah... Allah... tubna ya Allah... waraja’na
ya Allah... wanadimna ya Allah... Allah... Allah... Ya Allah....”
Usai berzikir, kitab suci al-Quran dicapai lalu
beralunlah ayat-ayatnya dengan penuh syahdu. Tatkala
pembacaannya menyentuh surah al-Hujuraat ayat sembilan
yang bermaksud:

Jika dua golongan di antara orang Mukmin


berperang-perangan, hendaklah kamu
perdamaikan antara keduanya. Maka jika
salah satu keduanya aniaya kepada yang lain,
hendaklah kamu perangi (golongan) yang
aniaya, sehingga ia kembali kepada perintah
Allah. Jika ia kembali, hendaklah perdamaikan
keduanya dengan keadilan, dan hendaklah
kamu berlaku adil. Sungguh Allah mengasihi
orang-orang yang adil.

Pembacaannya terhenti.
Ya Allah, mampukah hamba berlaku adil terhadap
anak-anak buah hamba selepas hamba memikul amanah
nanti? Semoga hamba terhindar dari sifat syaitanirrajim.
Terangilah hamba dengan jalan kebenaran, jalan yang Kau
redai, Ya Rabbul ’izzati.

55
Hot Gimmick

Orang-orang mukmin itu adalah bersaudara,


sebab itu perdamaikanlah antara dua orang
saudaramu dan takutlah kepada Allah,
mudah-mudahan kamu mendapat rahmat.

Suaranya bagaikan tersekat di kerongkong apabila


lewat ayat sepuluh dibaca. Ya Allah, maha besarnya rahmat-
Mu. Sungguh Engkau maha mengetahui apa yang tersurat di
dalam hatiku.
“Ya Allah, berdosalah aku mengingkari kalam-Mu,
sedang aku memalingkan wajah daripada saudaraku sendiri.
Ampunilah kesalahanku, ya Rabb. Disebabkan kesalahan
kecilnya aku menghukum dia. Ikatan yang terbina sejak
bertahun lamanya tidak langsung memujuk hatiku yang
degil. Sesungguhnya aku sedar kami bertemu dan berpisah
kerana-Mu, Ya Rahim. Maafkanlah kesalahanku....”
Tubir matanya yang bergenang mutiara diseka
sebelum sempat menuruni pipi. Begitu mudahnya hati akur
akan perasaan. Begitu mudahnya perasaan lebur dalam
keimanan. Dalam sekelip mata hati dipermainkan, mudah
pula dilentur dek ketakwaan. Subhanallah….
Dalam diam hatinya berbisik, aku silap, Mier!

56
Shasfa alyahya

bab 6
What a strict headboy!

K
NOCK! KNOCK!!!
“Ish… apa bising
pagi-pagi buta ni? Kacaulah!”
Putera yang bestari, mengapa lari daripada hamba?
Bantal peluknya dirangkul erat. Ketawanya yang
manja kedengaran namun matanya masih terpejam rapat.
“Tuanku...!”
Secara automatik matanya terbuka. Cahaya mentari
yang berlari di celah-celah langsir menyilaukan mata. Jam
loceng di atas meja bersebelahan katilnya direnung dalam-
dalam. “Pukul tujuh, tujuh belas? Arghhh…!!!”
Dia mula bingkas. Hilang terus mimpinya sebentar
tadi. Kelam-kabut dia berlari ke bilik air. Nasib baik dia
menstruation hari ni. Kalau tak... alamatnya pukul lapan pun
dia masih berlari kat atas jalan raya lagi.
Tanpa mandi yang selengkapnya, dia terus

57
Hot Gimmick

berpakaian lalu turun. Kelihatan mama dan papa sedang enak


menjamu nasi goreng sambil menonton berita pagi. Ya
Allah... sempat lagi dia orang menonton TV?
“Mama! Apesal tak kejutkan Asya?”
“Oh, Asya? Dah bangun pun, jomlah makan sekali,”
ajak papanya dengan senyum meleret.
Hah, nak perlilah tu!
“Thanks but no thanks. I’m sick of going late! Pegi
dulu!” jeritnya sambil berlari ke pintu rumah selepas
menyalami tangan kedua-dua orang tuanya.
Cepat-cepat dia menyarung kasut manakala
stokingnya disumbat di dalam beg. Pakai kat sekolah lagi
baik! Basikal dikayuh selaju mungkin. Harap-harap la
‘pengawas besar’ tu tak jaga pintu pagar sekolah hari ni.
Kalau tak, mampus aku!!!
Tepat-tepat waktu dia membelokkan basikalnya di
simpang tiga kawasan perumahan tersebut, sharp timing,
seorang pemuda yang entah dari mana munculnya hampir-
hampir dilanggar oleh basikal Natasya Shakilla.
“Waaa…!”
Debuk!!!
Tau-tau aje dia sudah terduduk di atas jalan raya.
Astaghfirullah! Natasya Shakilla mula berasap,
sementelah bibirnya menahan kata-kata untuk menyembur
sesiapa aje. Automatik tangannya menggosok pinggulnya
yang sakit. Perit betul punggungnya, namun perit lagi hati
yang tengah menggelegak sekarang ni!
“Sorry, my worth mistake!”
Benda pertama yang Natasya Shakilla lihat tatkala
matanya dibuka kembali adalah tangan sasa seseorang yang

58
Shasfa alyahya

disua ke arahnya. Perlahan-lahan wajahnya didongak


menatap siapakah gerangan orangnya. Mat saleh mana pulak
ni? Matanya mula melilau dari atas ke bawah dan ke atas
semula.
“Cedera ke?”
Mak aiii, fasih pulak bahasa Melayunya!
Pantas kepalanya digeleng. Tangan yang dihulur
tidak bersambut, sebaliknya dia cuba berdiri sendiri. Adui! My
leg… mesti dah terkehel ni. Tak banyak, sikit mesti ada….
“Errr... terseliuh ke? Cik….”
“Hmmm… seems like okay, look! I’m fine, really
thanks!” ucap Natasya Shakilla sambil berlagak tiada apa-apa
pun yang perlu dirisaukan. Siap dengan gaya semua.
Wajah risau pemuda di hadapannya mula kendur
namun tiada secalit senyum pun yang terbit di bibirnya.
Natasya Shakilla tiba-tiba tersentak. Pantas jam di
pergelangan tangannya dikerling. Pukul lapan dua puluh!!!
What the…???
Natasya Shakilla mula menggelabah, teringat
pandangan tajam ‘pengawas besar’ yang sedia menantinya di
pintu pagar hadapan dan hukuman yang bakal diterimanya
nanti. Mak!!!
“Aduh...! Mati aku camni!!! Strict headboy punya
muka macam bapak singa tu mesti dah tercongok kat depan
pintu pagar! Waaa... malangnya nasib aku!!!” Tanpa sedar,
bibirnya mengomel sambil membetulkan letak duduk
basikal.
Tanpa membuang masa, basikalnya dikayuh pantas.
Tup-tup belum sampai pun dua meter, dia berundur semula.
And still mat saleh itu masih berdiri kat situ.

59
Hot Gimmick

“Sorry for all these nonsense things you’ve got. It’s


my stupid mistake. Malaysia is a peaceful country to travel.
So, ehek... enjoy yourself, sir! Gotta go, excuse me!”
Apa yang aku melalut tak tentu pasal ni? Whatever
la, asal dia tak marah aku sudah. Hisy, hampir-hampir aku
langgar pelancong sini. Buatnya orang penting, macam
mana?
Sempat Natasya Shakilla berpaling ke arah pemuda
itu yang kelihatannya masih terpinga-pinga. Natasya Shakilla
tersenyum geli hati lantas segera memecut ke sekolah.
Sampai kat pagar sekolah aje, keringat sudah
memandikan tubuh Natasya Shakilla.
Alamak!!!

“EIII, tengoklah tu... masa berucap gaya dia memang


berkarisma habislah!”
“Eisy, pelan-pelanlah sikit, Ari. Kang minah-minah
ganas sekolah ni dengar kang, mati kau.”
“Alaaa, Roki. Cuba tengok bebudak pompuan kat
sekeliling kita,” arah Arienna.
Ruqyah akur. “Apa?”
Hampir sahaja dia tergolek ketawa kat situ,
sekarang ni jugak! Tengoklah para pelajar perempuan
khasnya freshie yang baru masuk. Memang bersinar habis
mata dia orang semua.
Ruqyah tersenyum sambil menggeleng-geleng
perlahan. Ni tak datang sorang lagi mamat darah campur 3K,
agak-agaknya tak studi la jawabnya girls kat sini! Kidz....

60
Shasfa alyahya

“Alamak! Roki...” Suara Arienna yang tenggelam


timbul tu mematikan khayalan Ruqyah, diganti pulak dengan
rasa tak sedap hati.
“… dan contoh pelajar yang ‘terlalu’ mengikut
disiplin yang telah saya sebutkan sebentar tadi ternyata sudah
terang lagi bersuluh. Di hadapan pintu pagar sekolah kita
sekarang ni adalah salah satu contoh ‘terbaik’ yang boleh
diteladani oleh para pelajar. Sedangkan kelas sepatutnya
bermula tepat tujuh empat puluh lima, masih terdapat pelajar
yang tersalah set masa, lapan empat puluh lima!”
Kata-kata Harizd tepat menikam jantung seorang
hamba Allah yang pastinya sedang menjadi perhatian semua
warga sekolah.
Senyum sinis dan tawa sudah mula meniti di bibir
para pelajar.
Sebilah belati yang tajam mula dilempar dan...
Zuppp! Tepat menembusi jantung Natasya Shakilla.

HARIZD meliarkan mata memandang sekeliling. Dia bagaikan


cacing kepanasan menanti ketibaan ‘someone’.
Ya Allah... mana dia ni?
“Yez!” tegur Izuan bersama tepukan kecil di bahu
Harizd.
“Kau cakap dia nak datang hari ni. So, where is he?
Even bayang dia pun tak nampak!” rungut Harizd.
Badannya disandar pada pagar. Beberapa orang
pelajar yang masih berkeliaran di kawasan perhimpunan
segera diarah ke kelas. Haah, kecuali seorang pelajar yang

61
Hot Gimmick

didenda membersihkan kawasan perhimpunan sebentar tadi.


Ada ke patut masa dia tengah berucap, ada lagi pelajar yang
lewat? Dah tu, stoking entah ke mana, lencana lagilah tidak
kelihatan. Geram betul dia dengan gadis yang sering
mendatangkan masalah tersebut.
Omelan Harizd yang tidak kedengaran, lenyap
terus tatkala terpandangkan kelibat BMW berwarna hitam
metalik yang semakin hampir. Kereta mewah itu berhenti
betul-betul di hadapan mereka berdua.
Seketika, wajah yang telah lama dinanti muncul jua
akhirnya.
“Assalamualaikum.” Ucapan salam pertama
kedengaran.
“Waalaikumussalam, Encik Amierul Mukminien
Carl yang dinanti penuh dengan kesabaran. How’re you?”
Izuan memeluk erat rakan baiknya.
“Fine, alhamdulillah!”
“Baik kau cepat pergi tegur kawan kau tu. Sejak
tadi lagi macam ayam berak kapur aje aku tengok,” bisik
Izuan sebelum melepaskan pelukannya.
Amierul Mukminien akur. Perlahan Harizd
dihampiri. “Tentang pemergian aku dulu...”
“No, Mier. Tak payah ungkit. Aku dah lupakan.
Lagipun, salah aku jugak kerana emosional sangat. Errr...
friends?” ujar Harizd lantas menghulurkan tangannya.
Amierul Mukminien membalas huluran itu.
Izuan tersenyum lebar melihat persahabatan kedua-
dua temannya sudah kembali terjalin.
Mereka bertiga terus berbual sambil melangkah
masuk ke pekarangan sekolah.

62
Shasfa alyahya

Ketika melewati kawasan perhimpunan, kaki


Amierul Mukminien berhenti melangkah apabila terlihat
Natasya Shakilla yang sedang leka menyapu sampah.
“Ei, Mier! Tengok apa? Berkenan ke?” usik Izuan
dengan lirikan nakalnya.
“That’s her penalty for coming late to school,”
terang Harizd dengan riak kurang senangnya.
Dilihatnya gelengan Amierul Mukminien yang
seolah-olah tidak bersetuju dengan tindakannya. Lebih
mengejutkan, temannya itu mula melangkah menghampiri
gadis itu. Dahi Harizd mula berkerut. Dengan nafas yang
berat, dia mengekori.
“Strict headboy, tak berperikemanusiaan!
Sombong! Singa garang!” Natasya Shakilla benar-benar
geram. Dan rasa geram itu dilepaskan dengan penyapu di
tangannya. Sampah-sampah terus disapu dengan kasar. Tanpa
disangka, tolakan terakhir batang penyapunya yang
semestinya kasar, menyebabkan sampahnya tertolak deras,
lantas hinggap di atas kasut seseorang.
Alamak!!!
Natasya Shakilla pantas mendongak. Hah? Dia?
Mulutnya ternganga. Matanya dipejam celik
beberapa kali untuk menetapkan kesahihannya. Macam mana
mat saleh ni boleh muncul kat sini pulak? Lebih
meningkatkan tahap degupan jantungnya, apabila matanya
menangkap kelibat ‘pengawas besar’ dan Izuan.
Alamak! Konfrontasi apa pulak ni? Dia orang buat
pakatan sedunia ke? Dahlah sesedap rasa aje menyumpah
tadi.
“Dah, Mier. Tak perlu bazirkan masa dengan pelajar

63
Hot Gimmick

tak berdisiplin ni,” tegur Harizd. “Puan Khatijah tengah


tunggu kat pejabat tu.”
Melihat Harizd berlalu pergi, melalui belakang
sahaja sudah cukup membuatkan Natasya Shakilla meluat.
Spontan bibirnya dicebikkan. Kalaulah tuannya nampak tu...
“I’m sorry,” ucap Amierul Mukminien. Ternyata dia
berasa bertanggungjawab terhadap denda yang dikenakan ke
atas Natasya Shakilla.
Izuan yang mendengar berasa pelik.
Belum sempat Natasya Shakilla membalasnya,
Amierul Mukminien sudah berlalu pergi. Izuan sempat
memandangnya dua tiga kali.
Hairan ke? Aku pun tengah hairan sekarang ni....
Otaknya cuba dikerah sedaya upaya memikirkan apa
yang mat saleh tu buat kat sekolah ni. Ei... bukan dia pakai
baju sekolah ni ke tadi? Siap baju pengawas lagi! So, sudah
terang lagi bersuluh la dia tu salah seorang pelajar sekolah ni
jugak!
Alamak! Malunya aku! Dah la sangka dia tu
pelancong, tak pasal-pasal luah kat dia pulak tu! Argh...
malunya!!!!
“Awak kat sana tu!”
“Ngeee...???”
“Ya! Awaklah, Shakilla!” Puan Haslinda menggamit
Natasya Shakilla.
“Sekarang ni masa saya. I don’t like my students
absent during my class. So, come. Tertinggal kamu nanti.
Train saya express punya tau!”
Natasya Shakilla tertawa senang. Untungnya ada
cikgu yang sayang kat student.…

64
Shasfa alyahya

Cepat-cepat langkahnya diatur agar dapat


bergandingan dengan gurunya. Fail yang berada di tangan
Puan Haslinda dibawa.
“Thanks. Saya tak faham la dengan awak ni,
Shakilla. Awak datang dengan basikal, kan?”
“Haah, kenapa cikgu?”
“Yalah, pengangkutan sendiri dah ada, tapi sampai
sekolah tetap lewat. Macamlah saya tak tahu rumah awak tu
dekat aje. Just a stone’s throw away from school ni. Nak kata
belum biasa dengan negara sendiri, sudah dekat sebulan
kamu belajar kat sini.”
Natasya Shakilla tersengih mendengar bebelan guru
kelasnya. “Sebenarnyakan, cikgu... eh, errr… saya bangun
lewat. He he he….”
“Aish, dah agak dah! Hai, budak-budak zaman
sekarang… cikgu harap awak dah dapat pengajaran selepas
apa yang berlaku hari ni.”
“Serik dah…” seloroh Natasya Shakilla.
Puan Haslinda tersenyum sambil menggeleng-
gelengkan kepala. Bunyinya macam nak buat lagi aje!
Sebaik saja sampai di kelas, classmatenya sudah
bersiap sedia untuk menyembur namun tidak jadi apabila
Puan Haslinda ada bersamanya. Yeah, masa tu aje dia
selamat!
Sebaik sahaja waktu rehat tiba, Izuddin, kepala
pengat kat kelas tu terus bertenggek di atas mejanya.
“Princess hours kita macam ayam panggang masa
kat dataran tadi?” soalnya dengan senyum nakal.
Yang lain terus mengiakan.
E-ju, kau jangan nak mula….

65
Hot Gimmick

“Kill, tak pasal-pasal kau glamour kat depan tadi.


Apa petua kau, hah?” sampuk Naeem.
Natasya Shakilla pantas mencebik. “Petuanya...
tidur lewat-lewat, bangun lewat-lewat. Apa macam, boleh
follow up tak? Layan jangan tak layan.…”
“Tak nak la aku… kau tak apa la, dah ada semacam
aura yang setanding dengan headboy tu.”
“Yalah… macam aku tak tahu kau perang besar
dengan dia minggu lepas, kan?”
“Okey! Aku boleh jadi saksi masa kat depan gate
hari tu. Fullamak... merah terus muka headboy masa tu. Gua
respect beb!”
Natasya Shakilla menjulingkan matanya. Makin
dilayan makin menjadi. Aiii…
Akhirnya, Arienna dan Ruqyah jugak penyelamat
antarabangsanya. Kelam-kabut dia orang lari ke kantin.
Sampai aje di sana, dia orang terus menghamburkan ketawa
masing-masing, langsung tidak menghiraukan pandangan
kurang senang para pelajar yang lain. Kemudian mereka
terus membeli makanan.
Lega betul hati Natasya Shakilla melihat para
pelajar yang tidak menghiraukan kehadirannya. Yalah... mana
tahu dia orang pakat serang dia ke... bukan secara fizikal pun,
secara mental, boleh apa?
Yang pastinya, sebaik sahaja mereka melabuhkan
punggung di atas bangku, Natasya Shakilla terus diserang
dengan pelbagai pertanyaan. Hai... lari dari mulut harimau
masuk pulak mulut buaya!
“Wait, wait! One by one, okay?” potongnya.
“Firstly, I wanna ask you, pukul berapa kau bangun

66
Shasfa alyahya

pagi-pagi, eh?” soal Arienna sebelum menyuapkan makanan


ke dalam mulut.
“Emmm… sekitar seven o’clock or past few
minutes. Why?”
“Ya Rabbi... Eh, subuh kau macam mana? Subuh
gajah, ek?”
Natasya Shakilla hanya tersenyum sebagai jawapan.
Memang terang-terang mengiakan kata-kata rakannya.
Mengekek ketawa Arienna mendengarnya.
“Ha ha ha...! Bagus betullah kawan aku yang sorang
ni! Tapi jaga juga waktu solat kau, tak pasal-pasal kau sembah
syaitan kalau solat dalam waktu yang diharamkan tau! Cup,
cup... apa perasaan kau semasa semua mata terarah kat kau
tadi?”
Natasya Shakilla menjulingkan mata. Dah macam
reporter pulak kawan-kawannya bertanya. Tapi memang betul
pun, Arienna wartawan sekolah. Tugas tersebut memang
sesuai sangat dengannya yang banyak mulut dan songeh itu!
“But I beg you, Ari. You don’t ask this for an article, do you?”
“Alaaa… citer tak laku macam ni mana boleh kasi
masuk punyalah… banyak songeh pulak!”
“Hah, yalah tu…” perli Ruqyah.
Arienna mencemik.
“Well, as you know la... masa tu kalaulah aku boleh
melompat ke atas astaka tu, dah lama dah aku tenyeh-
tenyehkan mulut dia yang suka sangat bagi arahan tu!”
Natasya Shakilla membuat humor.
Peristiwa yang memalukan pagi tadi kembali
berputar di dalam benaknya. Huh, itulah first time dia rasa
malu sesangat.

67
Hot Gimmick

Rakan-rakannya mencebik sinis. Alah, cakap aje


besar. Bila kat depan headboy, takkan berani punya nak naik
tocang tu. Bukan ke headboy ramai ‘pelindung’!
“Cepatlah cik kak, dah lewat dah ni,” tegur Ruqyah.
Mereka bingkas bangun lalu bergandingan ke kelas.
Baru sahaja kaki melangkah satu anak tangga, kaki
Natasya Shakilla berhenti. Matanya menangkap kelibat
seorang pelajar. “Erk... korang pergi dulu la, ek? Aku ada hal
yang perlu di‘settle’kan dengan kadar segera. Excuse me.”
Arienna dan Ruqyah memerhatikan kelibatnya yang
semakin menjauh. Apabila sudah pasti arah tuju Natasya
Shakilla, mereka pantas berpandangan. Bukan ke tu....
“Hey, awak!” panggil Natasya Shakilla.
Pemuda yang sedang leka menaip sesuatu di atas
komputer ribanya pantas berpaling apabila merasakan dirinya
sedang dipanggil. Wajahnya terpamer garis kehairanan.
“Yes, you! Can we have a talk? In a couple of
minutes?” pintanya.
Pemuda itu memandangnya beberapa ketika
sebelum memandang pada kerusi kosong di hadapannya,
membenarkan Natasya Shakilla duduk.
“Thanks! I just wanna ask you a question. You
cakap sorry masa kat perhimpunan tadi, kan? Kenapa?”
“I caused the accident.”
Berkerut kening Natasya Shakilla. Accident? Yang
pagi tadi tu ke?
“But I don’t think so. It was my fault actually. Saya
yang nak cepat sangat ke sekolah. Rasa bersalah kat awak pun
belum habis lagi. Alih-alih, awak pulak yang mintak maaf kat
saya. Haiii…” luahnya kesal.

68
Shasfa alyahya

“Hmmm... kelewatan awak tu kerana saya jugak.”


Natasya Shakilla tersengih. Kelewatan? Jawapan
pemuda itu benar-benar lucu baginya. Dan apa lagi, tanpa
dapat ditahan, ketawanya terhambur keluar. “Ha ha ha…
you’re so funny. Ha ha ha... I’m sorry. Ha ha ha... saya rasa
kita kena buat deal la.”
“Deal?”
Natasya Shakilla mengangguk. Dilihatnya pemuda
itu langsung tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Senyum pun
tidak. Namun rasa hairannya pantas ditolak tepi. Mungkin
juga pemuda itu pelik dengan sikap yang ditonjolkan sebentar
tadi. Apa boleh buat... first time dengar jawapan yang begitu.
Ingatkan dia nak jawab ‘saya yang sebabkan awak lewat’ atau
yang sama waktu dengannya. Kelewatan? Ia sesuatu yang
melucukan, bukan?
“Yup! Awak dah minta maaf kat saya. Now, it’s my
turn to say that. I’m sorry. Maaf kalau ada apa-apa kesulitan
yang terjadi disebabkan saya. He he he… saya ni cuai sikit.
And… lagi satu, kalau awak terdengar saya merapu tak tentu
pasal tadi, harap dilupakan aje, okey?”
“Merapu?”
Hesy, dia ni. Takkan nak suruh aku ulang kut?
Hiii... terpaksa la ni!
“Errr... pasal... pasal saya panggil awak tourist pagi
tadi. Siap promote Malaysia lagi.”
Pemuda itu tersenyum. Walaupun tipis tetapi
senyuman itu berjaya membuat Natasya Shakilla terpaku.
Wah... betul ke ni? Kali pertama aku nampak dia senyum!
Pemuda tersebut pantas menyembunyikan
senyumannya di sebalik buku.

69
Hot Gimmick

Melihat kelakuan pelik pemuda itu, ketawa Natasya


Shakilla terhambur lagi. Kali ini betul-betul kuat sehingga
berair mata dibuatnya.
Serentak itu, loceng berbunyi nyaring.
Natasya Shakilla pantas berdiri sambil mengesat
tubir matanya.
“Nama saya, Natasya Shakilla. Better call me Killa.
Ops, Asya!” Natasya Shakilla memperkenalkan diri dengan
menundukkan sedikit badannya sebagai tanda hormat.
Tawanya masih bersisa.
Pemuda itu turut berdiri. “Mier… Amierul
Mukminien.”
“Hype!” Natasya Shakilla memberikan tabik hormat.
“Mr. Mier, really nice knowing you! I got to go!
Assalamualaikum!”
Haiii, baru nampak sopannya. Tadi bukan main lagi
yerrr….
Persis keanakan, Natasya Shakilla berlari-lari anak
mendaki anak tangga. Fikirannya melayang, terbayang wajah
rakan barunya yang sedang tersenyum. Agaknya berapa
ramailah anak gadis kat sekolah ni yang cair dengan
senyuman dia tu? Natasya Shakilla tertawa sendiri. Kakinya
semakin laju melangkah. Entah di mana silapnya, kakinya
tiba-tiba tersadung. Badannya yang hilang imbangan terasa
melayang di udara sebelum terkena seseorang. Mereka
akhirnya sama-sama jatuh di penjuru tangga. Hah, tu la!
Gembira sangat...!
Natasya Shakilla mengaduh sakit. Kepalanya yang
pening-pening lalat dipegang. Matanya dibuka perlahan.
Alamak! Aku jatuh atas badan siapa pulak ni? Kesian orang
yang malang kena hempap ni....

70
Shasfa alyahya

Cepat-cepat dia berdiri.


Jejaka yang menunduk itu memegang pinggangnya
yang sakit. Mana taknya, kena hempap dengan badan lima
puluh kilogram Cik Natasya Shakilla kita ni!
“Errr... maaf... awa....” kata-kata Natasya Shakilla
serta-merta mati. Wajahnya pucat lesi. Hatta kalau ditoreh
pisau sekalipun, belum tentu akan berdarah. Air liurnya
diteguk perlahan. Kelat.
Gulp!!!
Matilah akuuu...!!!!
Pemuda itu merenungnya tajam. Persis seekor
singa yang sedang merenung mangsanya. Tak! Lebih teruk
daripada tu!
Mama!!!!

71
Hot Gimmick

bab 7
My fault, my ego.

H
ARI ni memang betul-betul
hari yang malang bagi aku. Apa
taknya, mula-mula sekali aku
terbangun lewat (sebabnya aku sendiri yang tidur lewat
malam tadi, asyik sangat chatting dengan best friend kat
Australia). Lepas tu, aku terlanggar sorang lelaki (aku ingat
dia mat saleh... memang malu giler masa tu).
And right after that, aku dimalukan pulak di
hadapan ratusan mata apabila ditangkap kerana lewat (semua
sebab mulut pedas ‘pengawas besar’ tu! Geramnya!!! Benci
betul!). Okay, stop! Lepas tu aku disembur pulak oleh rakan-
rakan dengan pertanyaan yang tak masuk dek akal (huiii...
baru aku tau kehebatan dan kebolehan spy pelajar-pelajar kat
sekolah ni. Nasib baik ada Puan Haslinda).
Dan perkara yang baik sikit berlaku ialah aku
bertemu dengan sorang rakan baru (actually mat saleh yang
aku langgar tadi). Dia memang nice walaupun nampak

72
Shasfa alyahya

macam sombong sikit (tak apa… kan aku boleh cope dengan
anybody... accept ‘pengawas besar’ tu. Dia? Please laaa!!!).
Dan lepas tu, terjadilah perkara yang paling aku tak
boleh terima sama sekali! Aku dah terjatuh dari tangga
(semua nak cepat punya pasal) and at the nick of time aku
terbawak sekali sorang mamat ni jatuh dengan akuuu...!
Ingatkan siapa. Kalau mamalia boleh la minta maaf.
Sekali tengok ‘mamat liar’. Siapa lagi kalau bukan headboy
bighead tu....
Arghhh… musuh ketat aku tu!!!
Eee... apa la malangnya nasib aku hari ni....
Okeylah, stop kat situ. Jom sambung kita punya
story tadi.

NATASYA SHAKILLA menggetap bibirnya kuat-kuat.


Mindanya tidak dapat menerima kenyataan bahawa mamat
yang turut terlibat dengan eksiden tadi ialah musuh ketatnya.
Kata maaf yang mahu diungkapkan sebentar tadi, digumpal
semula lalu dilempar jauh ke hujung hati. Dia memerhati
tingkah Harizd yang cuba berdiri dengan jerih payahnya.
“Urgh....”
Suara Harizd kedengaran halus. Dadanya terasa
sesak lantaran ditindih oleh Natasya Shakilla. Gadis itu
memang sudah melampau!
“Kau...” Suaranya tersekat. Tangannya dilekat ke
dinding bagi menongkat badan agar tidak rebah. “Kau
memang tak habis-habis nak pedajal aku! Kalau dah tak
berotak tu, buat apa-apa pun tak ada timbang-timbang
langsung, kan?”

73
Hot Gimmick

Sinis ucapan Harizd sambil menahan sesak di dada.


Dia sudah tidak larat nak menjerit kuat-kuat. Lagipun, bukan
banyak anak tangga yang tinggal untuk sampai ke atas. Satu
dua aje lagi.
Dalam masa hendak cepat-cepat hambat treat add
math ni la dia terjatuh. Jatuh pulak disebabkan oleh kecuaian
orang lain. Tengoklah tu, langsung tak rasa bersalah! Bukan
reti nak mintak maaf pun!
“Aaa!!!!”
Hah, nak mintak maaf ke tu? At last boleh aku
timbang dulu… at last….
“Kau cakap aku tak berotak? Kau tak sedar ke aku
tak sengaja, you hemoglobin!!! Kalau tak tahu usul periksa,
jangan main tuduh-tuduh aje! Kau ingat kau headboy, aku
takut ke? Bagi akulah, kau memang tak layak langsung
pegang jawatan tu. Gila kuasa!!!” luah Natasya Shakilla
geram. Tanpa menunggu lebih lama, dia terus berlari naik.
Sengal-sengal di badannya terasa hilang dengan sendirinya
selepas berjaya meluahkan segala ketidakpuasan hatinya
(walaupun tidak kesemuanya).
Well, sekurang-kurangnya dia bersyukur adegan di
tangga tadi tidak disaksikan oleh para pelajar yang lain,
rasanyalah! Kalau tak, pasti teruk dia dikerjakan. Menurut
Arienna dan Ruqyah, kumpulan Harizd ni ramai peminat
fanatik. Hisy, dah macam sekolah kat negara barat pulak. Oh,
ya! Kalau kat Jepun, tentu dia orang dah tubuhkan kelab
peminat! Huh, whateverlah!
Ketika Natasya Shakilla melangkah ke dalam kelas,
gurunya belum masuk. Dia menghembuskan nafas lega. Guru
sejarahnya, Puan Khatijah merangkap guru disiplin adalah
seorang yang amat tegas. Hampir kesemua pelajar kelasnya

74
Shasfa alyahya

berasa gerun setiap kali dia melangkah masuk ke dalam kelas.


Sesi pembelajaran pula menjadi sunyi, even bunyi benda
jatuh pun kedengaran berdentum. Kali ni barulah dia
merasakan nasibnya tidaklah semalang mana.
Namun apa yang difikirkan tidak selalunya tepat.
Baru sahaja punggungnya mencecah kerusi, Arienna dan
Ruqyah yang berada di hadapannya terus berpaling.
Nampaknya dia orang berdua sudah bersedia untuk menyoal
siasat.
“Ya... ada apa kawanku berdua? Cikgu Khatijah
mana?” soalnya malas. Kepalanya dilentokkan ke meja.
“Kita orang dah kumpul banyak soalan untuk
dikemukakan. Firstly, siapa mamat yang kau jumpa tadi tu?
Second, korang dah lama kenal ke? Third, kau ada apa-apa
relationship ke dengan dia? Fourth…”
“Wait! Wait!” potong Natasya Shakilla.
“Setahu aku, polis pun taklah sekejam ni dalam bab
menyoal. Apa punya banyak soalan la? Mana satu aku nak
jawab dulu ni?” protes Natasya Shakilla. Dagunya dipanggung
dengan tangan agar berpandangan dengan rakan-rakannya.
“Mana-mana ajelah… mamat tu macam familiar
la...” ujar Arienna seolah-olah berfikir.
“Hah, korang skodeng aku?”
“Alaaa... jawablah Killa. Tak nak la sorok-sorok
macam ni…” pujuk Ruqyah pula.
Natasya Shakilla akhirnya tertewas jua. Tidak dapat
tidak, kenalah dia ceritakan. Lagipun tak ada apa-apa yang
perlu disembunyikan, bukan?
“As you all knew, aku lewat pagi tadi, kan?”
“Haah. So?”

75
Hot Gimmick

“On the way datang sekolah, aku ada terlanggar


sorang lelaki. Bukan langgar sangat, just sipi lagi nak kena.
Dan orang tu…” ucapan Natasya Shakilla terhenti. Sengaja
dia mencipta suasana suspense.
“Headboy?” teka Arienna.
“Woit! Kalau dia, tentulah dia lagi lewat sampai
daripada aku!” marah Natasya Shakilla.
Adhzarinna yang tengah khusyuk membaca pun
berpaling seketika sebelum kembali meneruskan bacaannya.
Maybe she’s admiring him too. Lagipun, diakan pengawas!
“Sebenarnya boy yang aku hampir langgar tu ialah
orang yang aku jumpa tadi. Tak sangka dia pun student sini.
Tapi tak apa, aku pun dah berkawan dengan dia. His name is
Amier, Amierul Mukminien. He he he... mati-mati aku ingat
dia Englishman!”
Arienna dan Ruqyah terlopong.
Adhzarinna terus menutup buku yang dibacanya.
Wajah Natasya Shakilla dipandang tajam.
“Erk… korang ni kenapa? Macam keramat aje nama
tu?” soalnya hairan.
“Absolutely yes,” jawab Arienna hampir menjerit.
Para pelajar yang terganggu, berpaling memandang
dia orang.
Si Izuddin pun apa lagi, terus menghayun kaki
menghampiri meja sensasi Natasya Shakilla.
“What yes?” soalnya sambil tersengih-sengih.
Memang penyibuk betullah mamat sorang ni!
“He’s one of the 3K!” ujar Arienna.
Natasya Shakilla semakin hairan.

76
Shasfa alyahya

Izuddin pula semakin berminat.


“Jangan terburu-buru, Ari! Memang dah sure ke ni?
Sure habis?” Ruqyah seperti tidak percaya.
“Rambut dia merah? Dan mata dia stail redup?” soal
Adhzarinna yang sekian lama menjadi pendengar.
Natasya Shakilla mengangguk mengiakan.
“Hei, girls... apesal serius pelik ni? Korang tengah
cakap pasal apa?” Izuddin terus-terusan menyoal. Dia yang
tidak tahu hujung pangkal cerita semakin berminat untuk
mengorek perkara yang sedang diperkatakan.
“Memang betul…” ujar Adhzarinna.
“Dia dah kembali. Prince Silent dari 3K dah balik!”
“Argh… betul ke ni???”
Kelas 5Sc2 mula menjadi hingar-bingar. Ternyata
berita ni betul-betul mengejutkan semua orang. Entah apa-
apa entah!
Natasya Shakilla bertindak melarikan diri apabila
semakin ramai pelajar ingin tahu. Sumber medianya siapa
lagi kalau bukan saksi sendiri? Dengan alasan ingin ke tandas,
Natasya Shakilla berjaya keluar dari kelas. “Huh! Selamat....”
Natasya Shakilla menghela nafas lega. Ketika
melangkah ke tandas, matanya menangkap kelibat kumpulan
3K yang masyhur sangat tu. Jelas pada pandangannya rakan
barunya, Amierul Mukminien bersama Harizd dan seorang
lagi rakan mereka Izuan, berjalan ke bilik rehat dengan
diiringi oleh Puan Khatijah dan Miss Jane. Memang betul...
the apple of teacher’s eyes. Lebih tepat lagi, teacher’s pet.
Hmmm… hebat sangat ke pengaruh dia orang kat sekolah
ni? Oh, ya... nikan sekolah swasta, elit lagi. Memang patut
pun....

77
Hot Gimmick

Melihat Puan Khatijah melangkah ke arah blok


kelasnya, pantas Natasya Shakilla kembali semula ke kelas.
Rasa hendak ke tandas pun terbantut sama. Sampai ke kelas,
dia terus memberi amaran yang guru Sejarah mereka sedang
menghala ke mari.
Apalagi, kelam-kabut classmatenya ke tempat
masing-masing lalu membuka buku teks Sejarah. Membacalah
konon-kononnya!
Natasya Shakilla tertawa dalam diam melihat
telatah rakan-rakan sekelasnya yang banyak perangai itu.
“Assalamualaikum!” ujar Puan Khatijah sebaik
sahaja melangkah masuk.
“Waalaikumusssalam, cikgu.”
“Okey, duduk!”
Para pelajar akur.
Natasya Shakilla perasan mata Puan Khatijah asyik
melirik ke arahnya. Duduknya berasa serba tidak kena.
“Natasya Shakilla Emran Syakir, jumpa saya kat
pejabat esok!” Tiba-tiba sahaja Puan Khatijah memberi
arahan kepada Natasya Shakilla.
Semua mata memandangnya penuh hairan dan
tanda tanya.
“Hah?”

“WAN, perlahan la sikit! Aduh! Serial monsters killer la kau


ni!”
“Ya, ya... aku betul-betul akan jadi binatang tu kalau

78
Shasfa alyahya

mulut kau tu tak berhenti-henti mengaduh. Tuan sikit punya


garang, tapi bila sakit, mengaduh macam bebudak. Ha ha
ha... aku rasa nak bagi tahu dekat semua pelajarlah kalau
macam ni. Ha ha ha… siap dengan gambarnya sekali sebagai
bukti. Amacam? Agaknya macam mana la reaksi dia orang
bila mamat garang ni buat muka sakit camni? Ha ha ha….”
Izuan semakin kuat mengasak. Suka benar dia dapat
menyakat ‘pengawas besar’ ini.
Harizd menjeling tajam. Rasa nak terajang aje
muka sepupunya yang seorang ini. Macam la dia tak dengar
kutukan tu. Well, terasa la.…
“Tapi aku heran la, macam mana kau boleh jatuh
tangga dengan girl yang kau benci sangat tu? Maksud aku,
yalah, seluas-luas sekolah ni korang mesti ‘ter’jumpa jugak
dalam sehari,” luah Izuan.
Harizd merengus geram. Teringat kat muka ‘dia’ tu,
darahnya terus mendidih, tak payah nak jerang air pun. “Ya,
seluas-luas sekolah, kenapa la kelas dia sebelah aje? Itu pun
kau tak tahu ke? Diakan sama course dengan kau?”
Tak ingin aku nak mengaku sama course dengan
budak rude tu!
“Biar betul weh? Ni dari mana kau dapat maklumat
ni? Ingatkan... tak nak ambil tahu. Yalah... tengok muka pun
dah menyampah!” tukas Izuan.
“Kalau dah pegang jawatan tu, kenalah guna betul-
betul,” jawab Harizd berkias.
Ketawa Izuan meledak kuat. “Apa lagi kau tahu
pasal dia? Nama penuh? Tarikh lahir? Alamat?”
Harizd mula buat muka toya. Dah mulalah perangai
buaya tembaga dia tu!

79
Hot Gimmick

“Aku tak berminat pun nak tahu pasal minah kerek


tu. Yang pastinya, dia baru berpindah ke sini. Maknanya,
sebelum ni, dia tak tinggal kat area ni la. Maybe somewhere’s
village,” jawab Harizd malas.
“Alaaa….”
“Dah, stop! Aku tak nak kau kacau musuh aku tu.
Nanti tak pasal-pasal kau ayat dia. Eh, tak ada topik lain ke
kau nak cakap ni?” Harizd mula bengang. Dahlah badan
sakit-sakit, hati pun dah start sakit balik dah ni!

“YEZ?”
“Ya, mi?” sahut Harizd pantas. Wajah uminya
terpacul di hadapan pintu kamar. Lantas dia membetulkan
duduknya.
“Dah okey ke? Ni umi bawakan ubat.”
“La... tak payah la susah-susah, mi. Bukan teruk
pun sakit ni.”
Yalah, sebab hati lagi sakit!
“Yalah tu. Umi tengok kau nak duduk pun berkerut-
kerut dahi dibuatnya. Bukan umi tak kenal anak sendiri!”
Harizd hanya mengorak senyum. Air ubat yang
dihulur uminya disambut. Sempat dia menjeling Izuan yang
tersengih-sengih melihat keningnya berkerut menahan pahit.
Hah, kalau dengan ubat memang jatuh terus saham amarah
abang garang kita ni. Dapat pulak dengan umi. Walau
seteruk mana pun, dia takkan pernah melawan cakap umi.
“Habiskan air tu, Yez. Jangan membazir.”
“Baik, mi.”

80
Shasfa alyahya

Hah, tengoklah tu! Dah tak ada merungut macam


dia buat dengan orang lain. Bercakap pun lembut. Izuan yang
memerhati, menyimpul senyum yang hanya difahami oleh
dirinya seorang.
“Kamu larat ke nak ke sekolah esok?”
“Larat, mi. Nanti apa pulak kata cikgu kalau Yez
tiba-tiba aje tak hadir?”
“Suka hati kamulah, Yez!” Puan Noraini
mengangkat gelas yang kosong dan berlalu pergi. Segala
keputusan diserahkan kepada anaknya.
“Are you sure, Yez?”
“Too… very sure!”

NATASYA SHAKILLA BINTI EMRAN SYAKIR


NATASYA SHAKILLA E. SYAKIR
ASYAKILLA SYAKIR

NATASYA SHAKILLA merenung beberapa nama yang tertera


di atas kertas yang disua ke arahnya. Mukanya beriak ingin tahu
kenapa wanita separa abad di hadapannya begitu mengambil
berat akan nama-nama tersebut.
“Boleh jelaskan berapa banyak lagi nama yang awak
ada dan akan awak gunakan?”
Sinis pertanyaan itu pada pendengaran Natasya
Shakilla. Dia mula tidak senang duduk.

81
Hot Gimmick

“Dan yang mana satu nama yang terdapat dalam


kad pengenalan awak, Cik Shakilla?”
Pertanyaan yang lain pula dilontarkan. Puan
Khatijah benar-benar tidak senang dengan kelakuan dan
tindak-tanduk pelajar di hadapannya. Nama yang didaftarkan
pada pihak sekolah ialah NATASYA SHAKILLA EMRAN
SYAKIR. Tetapi ketika beliau mengutip buku Sejarah
semalam, nama yang tertera berubah menjadi ASYAKILLA
SYAKIR. Tambahan lagi, rekod disiplin yang baru disemak
pula tertera nama NATASYA SHAKILLA E. SYAKIR. Mana
satu nama sebenarnya ni?
“Errr….”
“Hesy, tak fahamlah saya! Banyak benar masalah
awak sejak masuk ke sekolah ni. Minggu lepas awak buat hal
dengan Hakkam. Sebelum itu nama awak tersenarai dalam
pelajar yang sering didenda kerana lewat ke sekolah. Minggu
ini pula awak tak siapkan kerja yang saya beri pada tarikh
yang sepatutnya. Apa lagi masalah awak ni, Shakilla?”
Natasya Shakilla mula kecut perut. Dia langsung
tidak berani mengangkat muka melihat wajah tegas guru di
hadapannya. Apatah lagi Puan Khatijah mula mengungkit
peristiwa yang berlaku minggu lepas. Selama seminggu
jugalah dia mengelak daripada bertembung dengan Harizd,
gara-gara kes jatuh tangga. Lepas tu, apabila cikgu disiplin
kat depan dia ni panggil, dengan bodohnya dia buat tak tahu.
Mesti Cikgu Khatijah bengang sekarang ni! He he he....
“Minggu depan peperiksaan awal semester akan
bermula. Saya perlukan penjelasan awak tentang nama-nama
ni!” Puan Khatijah mula bertegas.
“Emmm... nama saya dalam IC ialah Natasya
Shakilla binti Emran Syakir, cikgu. E. Syakir tu singkatan

82
Shasfa alyahya

nama ayah saya. Saya suka gunakan nama Asyakilla Syakir


sebab ia ringkas. Saya selalu gunakan nama tu dalam buku
sekolah….”
Satu per satu dijelaskan mengikut kehendak Puan
Khatijah. Dalam hati, batinnya berperang menegakkan
kebenaran mengenai namanya. Apakah menjadi suatu
kesalahan yang besar jika mempunyai nama pena sendiri?
Lagipun, takkanlah nama singkatan sebegitu menyusahkan
gurunya untuk membaca namanya? Sungguh dia tidak
mengerti. Puan Khatijah seolah-olah memandangnya dengan
pandangan yang merendahkan dirinya. Sampai begitu
sekalikah pandangan guru ini terhadap dirinya? Bengang
sampai tahap itukah?
“Lain kali awak mesti pastikan buku yang hendak
dihantar kepada saya, tertulis nama mengikut kad
pengenalan. Tentang kesalahan awak yang semakin menjadi-
jadi sekarang, saya harap awak boleh kurangkan. Lagi satu,
jangan cari pasal dengan Hakkam!”
Natasya Shakilla melangkah keluar dengan perasaan
geram. Sedaya upaya dia cuba untuk tidak memprotes setiap
kata-kata gurunya. Puan Khatijah seolah-olah mengancamnya
agar tidak mencari pasal dengan Harizd or Hakkam or
whatever... Gruuup!!!
Oh, laparnya perutku! Hampir setengah jam jugak
dia menghadap Puan Khatijah. Itu masih dikira okey lagi
kalau nak dibandingkan dengan minggu lepas. Habis satu
sekolah tahu Harizd jatuh tangga disebabkan kecuaian
seorang pelajar perempuan. Mujur juga identiti pelajar itu
tidak diketahui. Akan tetapi dia terpaksa menadah telinga
mendengar bebelan Puan Khatijah sehingga dia terlepas satu
masa bagi subjek Bahasa Inggeris.

83
Hot Gimmick

Natasya Shakilla benar-benar tidak berpuas hati


dengan sikap Puan Khatijah yang melebihkan Harizd.
Baginya, membela adalah satu sikap berat sebelah yang jelas
menonjolkan kelemahan guru itu sebagai seorang yang tidak
adil. Well, mungkin kedengaran kejam tetapi itulah
kenyataannya, bukan?
Sebaik sahaja kakinya melangkah ke kantin, loceng
kelas berbunyi nyaring. Natasya Shakilla terpaku di tempat
dia berdiri. “Arghhh... tensionnya!!! Dahlah tak sarapan tadi!”
“Natasya Shakilla!”
“Apa?” balas Natasya Shakilla geram lantas
berpusing ke belakang. Perasaan geram yang ingin
dimuntahkan sebentar tadi terus mati sebaik sahaja melihat
wajah redup Amierul Mukminien.
“Oh, Mier. Sorry... saya geram sangat tadi,” ujarnya
dengan nada yang mulai mengendur. Tiada lagi perasaan
marah yang menghuni hati.
Amierul Mukminien menguntum senyum nipis.
Alahai… Encik Amier, janganlah dikau buat aku tak
lalu makan dan tak lena tidur malam ni. Rasa lapar tadi pun
dah hilang terus!
“Jom!”
Sepatah sahaja ucapan yang terbit dari bibir itu
namun sudah cukup untuk menarik hati Natasya Shakilla
agar akur mengekori. “Where’re we going?”
“Class!” jawabnya selamba.
“Oh, yeah… of course. Takkan nak pergi kandang
lembu pulak?”
“Tau pun!” balas Amier Mukminien selamba.
“I knew. Just cakap ajelah, Mier. No hard feeling,

84
Shasfa alyahya

okay? It’s just a joke. Or better say, stupid joke,” gumam


Natasya Shakilla. Ucapan ni memang bodoh.
“Doesn’t sound like that to me!”
“Ha ha ha… yeah! Hei, apa berat sangat ni?”
Ya, kenapa mamat ni tak ketawa pun dengar lawak
bodoh tadi? Really so selamba? What a scum I feel!
Dua potong sandwic yang elok berbungkus diunjuk
kepada Natasya Shakilla.
“What...?”
“Porti (untuk awak - bahasa Mexico), kata belum
sarapan lagi.”
“You heard?” soalnya berat sambil teragak-agak
menyambut huluran itu.
“Kuat sangat.”
Oh, no! What a mess… it is so… embarrasing!
“Chee… thanks. What about you?”
“Never mind, I have already had my breakfast.”
Natasya Shakilla mengerutkan dahi. Antara serba
salah dan terharu dengan sikap prihatin Amierul Mukminien.
“Mier!!!”
Baru sahaja memijak satu anak tangga, nama
Amierul Mukminien dilaung oleh seseorang. Natasya Shakilla
amat mengenali suara yang dibenci tersebut. Melihat pemilik
suara itu semakin hampir, pantas dia memberi sepotong
sandwic kepada Amierul Mukminien.
“Thanks! I’ll take one,” ujarnya pantas berlalu.
Sebolehnya, dia tidak mahu lagi melihat wajah yang tegas
dengan anak mata yang tajam itu. Over my dead body!
“Mier, kata nak straight ke pejabat sebelum masuk

85
Hot Gimmick

kelas? Dekat lima belas minit aku tunggu!” luah Harizd


dengan wajah mencuka. Peluh dingin yang terbit dari liang
roma dahinya dibiarkan mengalir.
Amierul Mukminien mengerutkan dahinya. Ada ke?
“Oh, sorry, I met a friend.”
“Heh, what a friend…” perli Harizd.
Mereka mengorak langkah ke kelas.
Amierul Mukminien tersenyum mendengar kalimah
itu. What a friend… that really makes me forget the world,
even my best friend. Yeah, what a friend….
Dia terbayang wajah kaget Natasya Shakilla tatkala
mendengar suara Harizd. Peristiwa minggu lepas yang secara
tidak sengaja disaksikannya berputar semula di ruang minda.
Dia tidak tahu apa yang telah terjadi di antara gadis itu
dengan Harizd sehingga mendatangkan pertelingkahan yang
besar di antara mereka berdua.
Malah, beberapa orang pelajar yang ingin
menggunakan tangga itu segera berpatah balik sebaik sahaja
ternampak kelibat Harizd dan Natasya Shakilla yang sedang
rancak bertelagah.
Mereka langsung tidak menyedari Puan Khatijah
juga turut menyaksikan keadaan yang boleh menjatuhkan
kredibiliti Harizd sebagai seorang pemimpin jika diketahui
umum.
Namun yang pastinya, kawan tetap kawan….

86
Shasfa alyahya

bab 8
Know more, like more.

“O
H, no! Padatnya jadual ni…
biar betul?”
“Eh, engkau ni
dari planet mana, Killa? Dah namanya periksa, tentulah masa
dia padat dan berpatutan!” sangkal Arienna.
“Macam ni padat dan berpatutan? Macam ni?” soal
Natasya Shakilla sambil menyuakan kertas betul-betul di
hadapan Arienna. Matanya sudah membuntang luas.
Arienna menghela nafas sambil memandang jadual
peperiksaan tersebut. Dua subjek satu hari, biasalah tu!
Dalam masa seminggu boleh habis dah.
“Sudahlah tu, Killa. Kenapa awak terkejut sangat
ni? Lebih baik awak studi apa yang patut memandangkan
exam tu mula esok,” ucap Ruqyah. Matanya tidak beralih dari
helaian kertas yang berada di tangannya sejak tadi.
Natasya Shakilla menggetap bibir.

87
Hot Gimmick

“Tapi… esok second rate dia add math….”


“That’s why we’re here!” jawab Arienna dan Ruqyah
serentak.
Natasya Shakilla buat muka toya. Sudahlah…
“Hi, girls! How’s study?”
“Okey! Beres!” jawab Arienna dan Ruqyah serentak.
“Yalah tu…” bisik Natasya Shakilla perlahan.
Puan Jalina menatang dulang berisi orange juice
dan kek dengan berhati-hati. Senyuman mekar sentiasa
meniti di bibirnya.
“Serve yourselves,” ujar Puan Jalina sambil
meletakkan dulang di atas meja. Dia turut melabuhkan
punggung di sisi anaknya sambil berkata, “macam mana Asya
kat sekolah? Dia ada buat perangai ke?”
“Mama...!” Natasya Shakilla kurang senang apabila
mamanya mula membuka topik mengenai dirinya.
“Kat sekolahkan aunty, kita orang panggil dia
Shakilla. Cikgu-cikgu pun biasanya panggil dia dengan nama
tu,” terang Arienna tanpa berselindung.
Ruqyah mengangguk-angguk mengiakan.
“Dia boleh cope with anybody but Harizd Hakkam,
headboy tu...”
Belum sempat ayat Ruqyah dihabiskan, Natasya
Shakilla segera mencelah menyuruh mamanya masuk ke
dalam bagi memberi ruang untuk mereka belajar.
Dengan berat hati, Puan Jalina akur apabila ditolak
oleh anaknya dari belakang.
Arienna pula sudah mengekek ketawa melihat
telatah rakannya itu.

88
Shasfa alyahya

“Anti betul kau dengan headboy tu! Sebut aje nama


Harizd, terus berubah air muka! Ha ha ha... terus terang aku
cakap, nampak jelas kat muka kau tu!”
Natasya Shakilla mencebik. “I hate that name!”
Tapi macam pernah dengar aje nama tu!

DI suatu sudut, seorang pelajar yang sedang tekun menulis


tiba-tiba sahaja terbersin.
“Kenapa, Yez?”
Dia menjongket bahu. Hidungnya digosok dengan
belakang jari telunjuk.
“Hah... tu maknanya ada orang sebut nama kau
kut!” giat Izuan galak.
“Stop that, Wan! Better kau siapkan pengiraan kau
tu, sejak tadi lagi tak beralih.”
Izuan mencemik.
“Dapat tak?” soal Harizd.
Izuan mengangkat kedua-dua belah tangannya,
surrender. “Rumit sangatlah. Pening aku dibuatnya!”
“Take your time,” galak Amierul Mukminien.
Tangannya ligat menari di kalkulator.
“Add math ni mudah aje kalau kau tu rajin buat
latihan! Tengok kau punya, Mier.”
“Here.”
Izuan buat muka. Otaknya betul-betul dah tepu.
Lagipun, add math bukan subjek kegemarannya. Otak
rakannya berdua tu pulak memang brilliant. Di mana ada

89
Hot Gimmick

nama Harizd Hakkam, di situlah ada nama Amierul


Mukminien. Begitu juga sebaliknya. Masing-masing
mempunyai bakat dan keupayaan yang tersendiri. Dalam
kelas pula, memang mereka menjadi pertaruhan para pelajar
sekelas sama ada Amierul atau Harizd yang mendapat tempat
pertama seluruh kelas, seterusnya top one seluruh sekolah.
Dia juga ada beberapa kali mendapat tempat pertama. Ya,
pertama dari belakang... kenapalah ambik course ni?
“Eh, Yez! Charisma Camp lepas exam ni, kau yang
handle, kan?” Izuan mula membuka topik perbualan bagi
menghilangkan rasa bosan. Kalau ada bantal kat depan ni,
mesti dia dah lentok dah, macam tahun-tahun lepas bila dia
orang studi kat rumah Amierul Mukminien….
“Haah, kenapa?” jawab Harizd bersama soalan.
Matanya tidak lepas dari buku.
“Semua pelajar wajib ke?”
“Nope! Aliran sains aje. Macam yang kau dah sedia
maklumlah, Kelab Karismakan wajib bagi pelajar aliran sains?
Tapi kali ni khas untuk form five aje. Form four pulak selepas
exam dia orang selesai.”
“Straight after exam?”
“Few days after that,” sampuk Amierul Mukminien
pula.
“Dua hari selepas wedding Miss Jane,” tambah
Harizd. Buku kerja matematik tambahan dibelek perlahan.
Beberapa soalan ditanda bulat mengunakan penselnya.
“Wow, fantastic! Dia jemput kau tak?” Izuan
semakin berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
“Of course la. Awal-awal lagi dah sampai kad
undangan. Gembira betul dia!”

90
Shasfa alyahya

“Haah… bagi pulak untuk kau sorang aje! Pelajar


lain kena berpandukan ketua kelas,” perli Izuan, berterus
terang.
Amierul Mukminien tersenyum, lantas
mengangguk, mengiakan.
Harizd menjongket bahu. Teringat minggu lepas,
Miss Jane memanggilnya selepas kelas semata-mata untuk
memberikan kad undangan ke majlis perkahwinannya.
Wajahnya berseri-seri. Harizd diwajibkan hadir ketika
upacaranya berlangsung.
“Hah, nampak sangat dia sayangkan kau! Even anak
sedara dia pun aku rasa dia tak sayang sampai macam tu
sekali!” Izuan masih giat menyakat Harizd.
“Heh, perkataan tu kau jangan buat main!” tegas
Harizd, mula berubah nada.
Izuan mengangkat kening, dah lama sangat tak
dengar suara Harizd yang beremosi begini. Takkan dengar
perkataan tu pun kau dah beremosi macam ni? Come onlah,
Yez! desis hatinya.
“Perkataan tu banyak istilahnya. Tak perlulah kau
jadi macam ni disebabkan perkataan lovely gini! It’s just a
word, okay?” Izuan cuba menjernihkan keadaan. Dia faham
benar perasaan sepupunya yang cepat tersentuh itu. Luar aje
nampak kuat, tetapi kat dalam, Allah SWT sahaja yang Maha
Mengetahui.
“It is more than just a word to me,” lirih Harizd
lemah. Dia melirik jam di pergelangan tangan. Pukul lima
lima belas minit petang. Buku-bukunya dikemas lalu
disumbat ke dalam beg sandang sebelum dia berdiri.
“Home’s waiting!” ujarnya lalu berjalan pergi.

91
Hot Gimmick

Izuan mendengus. “Hisy, emosi betul dia ni!”

“ARRRGGGHHH...!!! Kau nak bunuh aku ke Killa?”


“Inilah pengajaran sebab kau tipu orang tua!” jerit
Natasya Shakilla, melawan arus angin.
Namun jeritan Arienna di belakangnya ternyata dua
kali ganda lebih nyaring berbandingnya.
“Aku bukan sengajalah! Bila baba aku tanya nak
ambik kat mana, aku jawab ajelah kat sekolah. Aku lupalah
kita ada group discussion kat rumah kau hari ni!”
Natasya Shakilla memperlahankan basikalnya
apabila tiba di hadapan perhentian bas, tempat yang
dijanjikan oleh Arienna dengan babanya.
“Tiba dengan selamatnya!” jerit Natasya Shakilla
persis anak kecil. Basikalnya dibrek dengan mengejut
menyebabkan Arienna hampir terpelanting.
Tanpa sedar, motosikal yang hampir di belakang
mereka turut melakukan hal yang sama. Sedikit kelajuan
pasti akan mengakibatkan kemalangan!
Arienna segera melompat turun, serik untuk
membonceng basikal Natasya Shakilla lagi. Dadanya diurut
perlahan untuk menghilangkan rasa terkilan.
Natasya Shakilla tertawa, lucu melihat telatah
Arienna. Dari ekor matanya, dia melihat pemandu motor
yang amat dikenali itu turut memberhentikan motornya di
bibir jalan. Natasya Shakilla mula berasa seram sejuk. Air
liurnya diteguk perlahan.
Lelaki yang membonceng itu cuba mententeramkan

92
Shasfa alyahya

rakannya namun tangannya ditepis lembut. Topi keledar


gelap yang melindungi wajahnya dibuka.
Saat itu juga, Natasya Shakilla berasa nafasnya
mula sesak. Air liur yang diteguk seakan berpasir, berketul-
ketul melalui kerongkongnya. Selepas seminggu dia
mengelakkan diri daripada bertembung dengan lelaki itu,
akhirnya tanpa diduga mereka tetap bertemu jua dalam
keadaan yang mendatangkan amarah lelaki itu. Sekali lagi!
“Kali ni aku mesti buat perhitungan dengan kau!”
katanya tegas dan mengancam.
Natasya Shakilla menarik nafas sedalamnya. Kali ni
pun masalahnya tetap berpunca daripada dirinya walhal dia
sendiri pun melakukannya secara tidak sengaja. Tak ada
muka lain ke yang boleh memarahiku selain lelaki ini?
“Aku tak sengaja!” jawabnya berani. Aku tak salah!
Dan kejadian yang lepas pun aku tak bersalah!!!
Arienna yang berdiri di belakang Natasya Shakilla,
mula mengorak langkah menjauh. Jangan bermain dengan
api. Kalau api dengan api tu biarkanlah mereka. Tetapi
sepatutnya ada seorang yang menjadi air! Who?
“No excuse! Itulah alasannya pun, tak sengaja! Dah
muak aku dengar perkataan tu!”
Keadaan semakin tegang. Natasya Shakilla semakin
bengang dan Harizd semakin berang!
“Sudahlah tu, dah lewat petang ni,” tegur Izuan
yang turut membuka topi keledarnya.
“Killa, ramai orang tengok!” Arienna turut
menegur.
Walaupun situasi ini menarik, dia harus akur
banyak mata sedang memandang mereka memandangkan

93
Hot Gimmick

sekarang waktu orang berpusu-pusu pulang ke rumah. Berita


ni memang hangat tetapi tidak sanggup dia terjebak dalam
pergaduhan x-axis dan y-axis ini.
“Kenapa ni?” tegur Amierul Mukminien yang baru
keluar dari kawasan sekolah. Wajah tidak mahu mengaku
kalah Natasya Shakilla dan Harizd dipandang silih berganti.
“Emmm... pergaduhan era teknologi masa kini,
Mier. Biasanya kalau kutub utara diletakkan dengan kutub
selatan, beginilah jadinya. Saling menarik antara satu sama
lain.” Izuan berkias.
“Kau ni memang tak diajar untuk meminta maaf,
kan? Sudah terang lagi bersuluh, kau yang bersalah!” Sinis
nada Harizd.
Natasya Shakilla mengepal kedua-dua tangannya
menahan geram. Belum sempat dia menghamburkan kata,
Harizd terlebih dahulu memotong, “lepas ni, kalau kau
melutut minta maaf kat aku pun, I’ll drop it into dustbin!”
Angkuh dan sombong bunyinya, namun Harizd
benar-benar tidak peduli lagi. Topi keledarnya disarung
semula.
“Aku pergi dulu, Mier!” ujarnya sebelum memecut
pergi.
Arienna menepuk bahu Natasya Shakilla sebelum
berlalu apabila babanya tiba.
Natasya Shakilla menggetap bibir, geram.
Tangannya dikepal kuat.
“Bencinya!!! Tak guna!!! Idiot!!! Bighead!!!
Arrrggghhh…!!!” jerit Natasya Shakilla sekuat hati.
Beberapa pasang mata yang galak memandang tidak
dihiraukan. Setelah menyedari kelibat Amierul Mukminien

94
Shasfa alyahya

berdekatannya, dia pantas menutup mulut. Argh…


malunya!!!! hatinya menjerit.
Amierul Mukminien menjongket bahu. Tiada apa
yang perlu diperkatakan lagi.
“Sorry,” ucap Natasya Shakilla sepatah, lantas
melabuhkan punggung di sisi Amierul Mukminien.
“You’re a bit tempered,” ujar Amierul Mukminien.
“Yeah?”
Amierul Mukminien mengangguk tanpa suara.
“I just can’t control my anger whenever I see him.
Rasa macam nak marah sangat. Just like a volcano. Argh,
maybe more than that!”
“You shouldn’t do.”
“Emmm... entahlah. I’ve tried but still my temper
reach ‘till the max. Dengan orang lain langsung tak macam
ni. Dengan pengawas kepala besar tu aje rasa meluat sangat.
Sorry, terkeluar,” luah Natasya Shakilla tanpa sengaja.
“Ummm... waiting for someone?”
“Yes!”
“Dah lewat ni. Janji pukul berapa?” soal Natasya
Shakilla sambil mengerling jam di pergelangan tangannya.
“Six thirty.”
Amierul Mukminien turut membuang pandang
mencari kelibat keretanya.
“What a late! Dah pukul enam empat puluh lima.
Saya pun kena balik sekarang. Nak tumpang?” ajaknya.
Basikalnya sudah dicapai. Wajah Amierul
Mukminien dipandang dengan kening yang terangkat.
Amierul Mukminien memandang Natasya Shakilla

95
Hot Gimmick

dan basikal tersebut silih berganti. Memang basikal tu besar


tapi... “Mier… tak…”
“Hah, saya cycle! Cepatlah!!!” gesanya lantas
menarik tangan Amierul Mukminien tanpa menunggu
penjelasan pemuda itu.
Dengan berat hati, akhirnya Amierul Mukminien
akur jua. Memang susah membayangkan seorang gadis
memandu untuk lelaki. Pastinya tidak manis jika dilihat
orang, sedangkan dia sihat walafiat dan kuat. Tak gentleman
langsung! So… “Biar Mier yang bawak.”
Natasya Shakilla tersengih selebar-lebarnya.
Ketawanya serta-merta meletus.
“Silakan, tuanku…” ucapnya memberi laluan.
Mereka bertukar tempat. Apabila masing-masing
bersedia, basikal tersebut meluncur perlahan-lahan di atas
jalan raya yang agak lengang memandangkan waktu maghrib
yang semakin hampir.
“Eh, awak pandai tak ni?” tanya Natasya Shakilla
memandangkan basikal yang dikayuh oleh Amierul
Mukminien tidak bergerak lancar. Sekejap ke kanan, sekejap
ke kiri. Akibatnya, habis keronyok belakang baju Amierul
Mukminien ekoran menjadi mangsa pautan tangannya.
“Actually, this is my first time after three years,”
jelas Amierul Mukminien. Wajahnya sudah merah padam.
“Ha ha ha… No wonderlah basikal ni macam
terlebih passenger aje. Hi hi hi....”
“Jangan la gelak!”
“Ha ha ha... sorry, ha ha ha... your voice sound
very, very funny. Ha ha ha…!”
“Not funny la….”

96
Shasfa alyahya

“Mier cakap tadi dah tiga tahun tak cycling? So,


Mier gi sekolah dengan apa?”
“Larch, my father’s driver.”
“Oh… I see.” Natasya Shakilla menganggukkan
kepalanya walaupun sedar anggukannya itu tidak mungkin
dapat dilihat oleh Amierul Mukminien.
He’s humble, never seen someone picking him up
at school. Otherwise, his father’s driver? He doesn’t tell that
Larch is his own driver. I like his way… macam langit dengan
bumi kalau nak dibandingkan dengan Harizd. Oh, come on!!!
Stop about Harizd, he recently makes you mad. King of jerk!
Lamunan Natasya Shakilla mati apabila Amierul
Mukminien menekan brek basikal secara mengejut. Baru dia
faham perasan Arienna yang membonceng dengannya
sebentar tadi. Balasanlah tu!
“Kenapa, Mier?”
“Dah sampai.”
Natasya Shakilla ketawa kecil. Panjang sungguh
lamunannya. Pantas dia melompat turun dari basikal. Banglo
tiga tingkat terlayar di hadapan mata. Melopong dia melihat
banglo putih yang unik itu. Besar sungguh! Dia tidak sempat
melihat taman ini walaupun sudah dua bulan lebih berada di
sini, memandangkan setiap pagi dia asyik berkejar-kejaran
dengan masa yang seolah-olah mempermainkannya setiap
pagi. Lagipun, rumah yang tampak berbeza dengan yang lain
itu tertutup oleh pagar besar dan pokok-pokok yang berjujut
di tepi pagar.
Seketika, pagar besar di hadapan mereka automatik
terbuka. Seorang wanita Inggeris separa abad menghampiri
dengan wajah bimbang.

97
Hot Gimmick

“Are you all right, sir?” soalnya. Beg sandang


Amierul Mukminien bertukar tangan. “Larch’s going to pick
you up! I’ll phone him, okay?”
“Yes, please. Asya, meet my nanny, Miss Caviolle.”
Wanita itu tersenyum senang tatkala Natasya
Shakilla menyalaminya.
“You’re Sir Amier’s friend? Silakan masuk,” ajaknya,
ramah.
Bahasa Melayu yang dituturkannya amat fasih.
Natasya Shakilla menyatakan kekagumannya di dalam hati.
“Thanks but it’s late already. I’m in a rush, sorry...”
tolaknya dengan sebaik mungkin. Dia sudah pun duduk di
atas basikalnya, bersedia untuk pulang.
Miss Caviolle mengangguk sebelum berlalu pergi.
“Emmm... thanks for today,” ucap Amierul
Mukminien ikhlas.
Natasya Shakilla pantas menggeleng.
“No, thanks to you. Beruntung saya ada orang
boncengkan hari ni!” usiknya.
Amierul Mukminien turut tersenyum.
Kali ini Natasya Shakilla betul-betul terpanar.
Sempurnanya ciptaan Allah! “Aaa… errr… ss… saya gerak
dulu, eh? Dah lewat sangat dah ni!” Eh, apesal aku gugup
pulak ni? hatinya menyoal diri sendiri.
Sempat dia membalas lambaian tangan Amierul
Mukminien sebelum berlalu. Keadaan jalan yang mula gelap
agak menakutkan namun nasib baik rumah mereka hanya
selang beberapa buah rumah sahaja.
Sebaik sahaja memasuki pekarangan rumah, mama

98
Shasfa alyahya

sudah sedia menunggu dengan wajah marah. Natasya Shakilla


hanya mampu mengangkat kening mendengar bebelan
mama. Mana taknya, jam sudah pun menginjak ke angka
tujuh suku. Anak dara apa balik lewat petang macam ni?
Papa yang bersiap untuk ke masjid, hanya membuat
mimik muka menyindir, malas mencampuri amarah
mamanya. Nak membebel, biarkan ajelah! Dah lumrah
wanita, tak cukup tiga puluh ribu perkataan sehari, alamatnya
dialah yang kena tadah telinga mendengar bebelan isterinya
tengah-tengah malam buta nanti.
Syarahan tidak rasmi mamanya berakhir dengan
cepat memandangkan waktu maghrib menjengah tiba,
menuntut pengabdian jiwa buat Pencipta. Natasya Shakilla
pula tersengih macam kerang busuk melihat kemenangan
berada di pihaknya.

USAI bersolat, Natasya Shakilla segera membuka laman


webnya. Yahoo! Messenger diaktifkan. Senyumnya melebar
tatkala melihat Heleanne sudah sedia menanti.

HLEN<@> : Hype! Lg tme x see ya! Still alve?


Hw’s lfe?
ASY(>o<) : Privte num still in use. X tme laa…
still in pr0bs.
HLEN<@> : Still d’sme stories????
ASY(>o<) : Meaning???
HLEN<@> : Elee… no kddg kay? That jerk
boy u told me b4…

99
Hot Gimmick

ASY(>o<) : Big head 2?? Sme je… >-<


menyampah!!!
HLEN<@> : Cte arr… pleazzz…. Really wnt 2
knuw ‘ ur new st0ries… plez... plez….

Natasya Shakilla menggeleng. Sejak dulu lagi dia


suka berkongsi cerita dengan Heleanne. Walaupun berlainan
bangsa dan agama, Heleanne cukup serasi dengannya.
Lagipun ketika di pulau dulu, Heleannelah yang
menyelamatkan keadaan. Sejak hari tu, mereka menjadi
kawan baik. Selain itu, Alexander, Michael Moses dan Ryann
Ezekiel adalah teman-teman yang takkan dilupakan. Ryann
Ezekiel dan Michael merupakan muslim manakala Alexis dan
Heleanne, adalah penganut agama Kristian.
Uncle Zecharia dan Aunt Aisha, ibu bapa Ryann
Ezekiel merupakan orang yang amat baik. Keluarga yang
berasal dari Jerman dan Mesir itu amat mengalu-alukan
kedatangan mereka sekeluarga memandangkan mereka
berjiran. Mereka sudah dianggap sebagai saudara sendiri.
Begitu juga Gabriel dan Elisha, abang dan kakak Ryann.
Micheal pula anak angkat Uncle Zecharia. Walaupun
umurnya setahun lebih muda daripada Ryann, dia gemar
bergaul dengan mereka.
Heleanne Seth Flarkindson pula anak tunggal Mr.
dan Mrs. Flarkindson. Pasangan ini memang cukup sporting.
Natasya Shakilla lebih rapat dengan keluarga
Heleanne berbanding Ryann. Mungkin disebabkan Heleanne
lebih bebas. Ya… dulu dia hanya mengejar kebebasan….

HLEN<@> : Asy? Still there???

100
Shasfa alyahya

Natasya Shakilla tersentak. Kuatnya aku


melamun… ni mesti teringatkan dia orang semua ni.

ASY(>o<) : Yupp!!! Sry, emergency. Tau x...???


HLEN<@> : Wassup?
ASY(>o<) : Miss u all so very much!
RY_EZZ : We all 2… (ryann)

Apa??? Mamat ni pun ada?

ASY(>o<) : What....??? eiii... #%&$*&#$%$!!!!!


RY_EZZ : You’re still d’sme Asy, no dfferent,
my love...
ASY(>o<) : #%$@^&*%$@!#$!!!!!
=CUPID= : Jgn mrh, babe. I’m ‘ere 2! – Alexs
MIKE : Me 222.... – Mike
ASY(>o<) : X fren anymre!!! Enne!!!
HLEN<@> : X be lke that. W’l x hpy x u. x sme
arr Asy… poor Enne, still cryg ‘ere
ASY(>o<) : Kay… me 2... alm0st 11.30p.m.
’ere. I need a nap.
=CUPID= : So sn? We’re just chat what…
ASY(>o<) : I’ve papers 2m0rw. Wish me flyg
clrs kay…
RY_EZZ : Anytme my dear.
MIKE : May god bless u….
=CUPID= : Believe ur ’re x stupd! Do d’besttt!!!

101
Hot Gimmick

HLEN<@> : Nankurunaisa!!! Ganbatte!!! Gaba


Kawa!!!
ASY(>o<) : Great thanxxxx…. Luv u all…
send my regards 2 all there, c u sn
Pssst, Enne we’ll continue d’stories later. Off.

Natasya Shakilla menghela nafas panjang.


Komputer riba jenama Apple ditutup lalu diletak di atas meja
studi. Selepas membuat senaman ringan, dia terus berbaring
menelentang di atas katil queen double yang bercorak abstrak
berwarna hijau muda. Matanya tertumpu ke siling,
menembusinya bersama kenangan rakan-rakannya. Satu per
satu wajah teman-temannya terlayar di ruang mata.
Sesungguhnya dia amat merindui wajah-wajah itu. Sudah
lebih dua bulan tidak bertemu.
Serta-merta bayangan wajah Amierul Mukminien
terlayar. Wajah yang sentiasa tenang itu benar-benar
mendamaikan mata memandang. Dia seolah-olah mempunyai
aura yang membuatkan semua orang menyukainya. Hmmm...
begitu juga Harizd.
“Argh... bencinya aku mamat tu!” jeritnya perlahan.
Bantal yang dipeluknya dilontar ke dinding.
“Forget him! Kenapalah semua orang suka kat
mamat tu? Apa jenis aura agaknya ada kat dia tu? Argh....”
Dia mula bermonolog sendiri.
“I hate him!!!” jeritnya geram.
Apabila teringatkan peristiwa petang tadi, hatinya
benar-benar geram, marah, rasa nak melompat dan cekik-
cekik aje tengkuk mamat tu! “Astaghfirullahalazim….”
Dia kembali menenangkan hati yang panas dengan

102
Shasfa alyahya

beristighfar. Bantal yang dilontarkan sebentar tadi dikutip


kembali dengan perasaan kesal. Tidak pasal-pasal bantal itu
menjadi mangsa kemarahannya.
Selepas membetulkan kedudukan bantal, dia
kembali berbaring. Bantal peluknya selesa dalam dakapan.
Matanya semakin berat. Ingatannya kini hanyalah pada
sebaris nama. Nama seseorang yang suatu ketika dahulu amat
penting bagi dirinya. Seseorang yang amat dirindui tanpa
mengetahui keadaan diri dan wajah orang itu sekarang.
Seseorang yang teristimewa….
“Ayez….”
“Asya!!!”
Seorang budak lelaki berusia dua belas tahun
berlari laju melalui batas yang memisahkan petak sawah.
Lariannya pantas, demi mengejar sebuah kereta yang semakin
menjauh.
“Kau dah janji dengan aku! Asya!!! Jangan pergi!!!”
Teriakannya bertambah nyaring, seiring dengan larian yang
semakin laju.
“Asya!!! Kau mungkir janji! Kau tipu aku!!!”
jeritannya masih kedengaran.
Natasya Shakilla berpaling.
“Asya…!”
Buk!
Dia terjatuh menyembam tanah. Habis baju dan
kasutnya terpalit lumpur. Dia bingkas bangun tanpa putus
asa. “Baiklah! Aku terima cabaran kau! Lima tahun lagi! Aku
tunggu lima tahun lagi untuk tuntut janji kau!!!”

*Lets learn the name:

103
Hot Gimmick

Ezekiel = Nabi Hizqeel


Moses = Nabi Musa
Michael = Malaikat Mikail
Gabriel = Malaikat Jibril
Zechariah = Nabi Zakaria
Aisha = Aisyah r.a.
Elisha = Nabi Ilyas

“ASYA!”
Harizd terjaga. Peluh mula membasahi tubuhnya.
Nafasnya berombak kencang. “Astaghfirullahalazim.
Nauzubillah….”
Bibirnya beristighfar perlahan. Dia menarik nafas
sedalamnya sebelum menghembuskannya perlahan-lahan.
Jam berbentuk bola di atas meja tulisnya dikerling.
Pukul tiga suku pagi. Harizd meraup wajahnya
sebelum bangun. Hatinya mengungkap seribu kesyukuran
kerana dibangunkan pada satu per tiga malam. Solat malam
yang menjadi sebahagian hidupnya harus ditunaikan.
Setelah membersihkan dirinya dengan air wuduk,
Harizd mula menapak ke bilik solat. Sejadah diambil dari
kayu penyidai. Lantas... “Rabbi a’uuzubika min hamaza
tisyayaatin wa a’uuzubika rabbi an yah duruun….”

104
Shasfa alyahya

bab 9
Dreams and life....

A
LUNAN petikan piano yang
membawakan lagu ‘Rain Drop’
ciptaan Fryderyk Franciszek
Chopin begitu lunak kedengaran. Pasti alunan itu akan
memukau setiap orang yang mendengar. Namun sayangnya
alunan itu hanya bergema di dalam bilik muzik yang tiada
penghuninya, melainkan kerusi yang menjadi saksi, kaku
pada tempatnya.
Seketika, lagu tersebut diganti pula dengan lagu
yang lebih menyentuh perasaan. Setiap alunannya bagaikan
menggambarkan perasaan pemainnya yang kesunyian.
Kosong dan sepi.
“Killa, come onlah! Takkan disebabkan dia tu, kau
tak mahu ikut serta? Hisy, tak fahamlah aku dengan fiil
kawan aku yang sorang ni!” Arienna mula memprotes.
Tangannya sudah bersilang kemas di hadapan. Mukanya yang
manis tu pula sudah berkerut menahan marah.

105
Hot Gimmick

“Yalah, Killa. Kem nikan wajib bagi semua lima


sains? Tak boleh ke awak tolak tepi dulu semua perasaan siapa
nak mengalah dulu tu? Lagipun kitakan baru habis periksa,
so, inilah waktu terbaik untuk pulihkan semangat dan rasa
nak mati dalam seminggu ni,” pujuk Ruqyah pula.
Nampaknya mereka betul-betul mahu Natasya
Shakilla ikut serta dalam perkhemahan Kelab Karisma.
Bagi Natasya Shakilla pula, dia boleh membuat
pilihan untuk tidak turut serta memandangkan dia baru
sahaja berpindah ke sekolah ini. Lagipun, belum tentu
namanya ada di dalam senarai pelajar yang wajib terlibat.
Haah… malasnya. Lebih-lebih lagi apabila tahu orang yang
mengendalikan kem tu nanti ialah Harizd. Wargh!
“Aku dah penat la tengok muka mamat tu! Sorry,
girls...” ucap Natasya Shakilla sambil memerhati air muka
teman-temannya yang nampak kecewa.
Tak sanggup pula dia menghampakan mereka.
Tengoklah tu! Sorang-sorang dah buat muka seposen. Minta
simpatilah tu! Alahai... kesiannya dia orang ni.
“Okeylah... okeylah! Aku join, puas hati?” Mengalah
juga akhirnya dia.
“Yesss! Ni yang aku sayang sangat kat kau ni!!!
Muahhh!”
“Eee... yark! Apa ni? Gelinya!” Natasya Shakilla
mengesat pipinya sambil menolak tubuh rakan-rakannya
yang sudah bertaut erat. Akhirnya dia sendiri turut ketawa
lantas membalas pelukan itu. Pelukan kawan-kawan yang
hangat!
“Nanti bolehlah kau tolong aku ambil gambar
untuk majalah mingguan kita!”

106
Shasfa alyahya

“Hah, ada jugak udang yang tersorok di sebalik mi


tu!”
“Ha ha ha....”
Natasya Shakilla tetap mempamerkan senyuman
lebar. Apabila dia sudah membuat sesuatu keputusan, dia
takkan sesekali menariknya kembali.
Arienna dan Ruqyah sudah berlalu ke meja masing-
masing untuk mengemas.
“Kau dah pack ke semua barang-barang kau?” soal
Arienna.
“Sikit-sikitlah. Eh, esok ada plan nak keluar ke?”
soal Ruqyah kembali sambil meneliti di dalam lacinya jikalau
ada buku yang tertinggal. Peraturan sekolah tidak menjamin
sebarang kehilangan buku jika pemegang amanah sendiri
meninggalkan buku tersebut di sekolah. Apa lagi kalau bukan
headboy baru punya rule!
“Aku nak keluarlah jugak. Kenapa?” Natasya
Shakilla memerhati kedua-dua rakannya. Tangannya selesa
menongkat dagu.
“Hmmm... boleh tak aku nak kirim beli barang?”
Ruqyah teragak-agak.
“Okey… selagi beratnya tidak melebihi dua
kilogram. Barang apa?”
“Emmm… pad. Boleh tak?”
“Laaa… ingatkan apa bendanya. Okey, should be no
problem!” putus Natasya Shakilla. Fikirannya melayang
teringatkan perbualannya dengan Hanis Humaira’ semalam.
Beria-ia gadis itu mengajak dia keluar. Alasannya, hendak
menghabiskan masa bersama-sama memandangkan sudah
lama tidak bertemu. Ada-ada ajelah budak sorang tu!

107
Hot Gimmick

“Killa? Oit, dengar tak?”


Lamunan Natasya Shakilla mati. Tangan Arienna
hanya berjarak seinci sahaja dari hidungnya. Mungkin
menyangka dia berkhayal, Arienna bertindak menggawang-
gawangkan tangannya di hadapan Natasya Shakilla. Well,
memang betul pun!
“Yes! Yes! Apa?”
“Hah, belum apa-apa lagi kau dah sampai kat
tempat kem tu ke?” perli Arienna.
Ruqyah hanya ketawa melihatnya.
“Kita orang gerak dulu. Dah lewat ni!”
“Jangan lupa tolong belikan, ek? Intimate maxi
punya, tau!” pesan Ruqyah.
“Okey.”
“Jumpa kat sekolah untuk rombongan wedding
Miss Jane nanti, ya!”
“Yeah…” jawab Natasya Shakilla malas. Dalam
fikirannya, sel-sel otak mula mengatur jadual.
Malam ni, packing. Before that, pergi check dulu
barang yang perlu dibawa dekat lobi. Esok, shopping yang
mana patut dengan Mira. Boleh penuhkan apa yang tak cukup
untuk kem tu. Beli hadiah sekali. Lusa, wedding Miss Jane.
Berkumpul kat sekolah dan pergi ramai-ramai. Dua hari lepas
tu, berkumpul kat sekolah untuk kem selama tiga hari.
Argh… habis cuti semester pertama aku!!!
“Killa?”
“Ya?” jawabnya sambil mengangkat wajah yang
ditekur ke meja.
Adhzarinna tersenyum sambil menghampiri.

108
Shasfa alyahya

Natasya Shakilla berasa pelik melihat tingkah


Adhzarinna yang dikenali rakan sekelas sebagai home alone
kerana sikapnya yang susah bergaul dengan orang. Mengikut
pendapat rakan sekelasnya, Adhzarinna seorang yang
sombong dan payah menegur kawan yang tidak berjawatan.
Entahlah... kata pepatah Inggeris, don’t judge a book by its
cover. Dia tidak mahu buruk sangka.
Adhzarinna tidak pernah menegurnya di dalam
kelas walaupun mereka dikira berjiran, tetapi dia tidak ambil
kisah. Lagipun, Arienna dan Ruqyah selalu berpaling ke
belakang untuk berkongsi pelbagai cerita bersama.
Namun sejak peristiwa dia jatuh tangga dengan
Harizd dahulu, Adhzarinna selalu bertanya yang bukan-bukan
padanya. Banyak yang mereka bualkan walaupun dia macam
sedang disoal siasat oleh Adhzarinna. Sedikit sebanyak rasa
tidak selesa tetap bertandang di sudut hatinya.
“Awak turut serta tak Kem Karisma tu?”
“Of course! Awak pula?”
“Hmmm... ya. Nanti kita duduk sekali, ya?” pinta
Adhzarinna.
Natasya Shakilla tersenyum.
“Boleh... apa salahnya.” Tanpa berfikir panjang,
Natasya Shakilla terus bersetuju. Ingatkan apalah yang
hendak dikatakan oleh Adhzarinna!
Selepas mendengar persetujuannya, Adhzarinna
terus berlalu.
Natasya Shakilla melirik jam di pergelangan
tangannya. Sudah lewat petang. Mama pasti akan membebel
kalau terlewat lagi. Mama bukannya suka mendengar alasan
yang diberikan.

109
Hot Gimmick

Sebelum bergerak ke tempat meletak basikalnya,


Natasya Shakilla mengambil peluang ke lobi sekolah. Dia
belum mengetahui barang apa yang diperlukan untuk
perkhemahan itu nanti. Padanya, dia memang telah lama
memutuskan untuk tidak ikut serta walaupun dia amat
menggemari aktiviti sebegitu. Baginya, dia lebih selesa
berkampung di dalam bilik dan melayan e-mel rakan-rakan
atau menonton video. Paling tidak pun, melukis dan
membaca komik. Bagi para pelajar yang lain, mereka sudah
kalut sejak peperiksaan masih berlangsung lagi. Excited
sangat. Periksa pun entah ke mana.
Dari jauh lagi kelihatan seorang guru lelaki sedang
leka meneliti papan notis tersebut. Entah apa yang dilihatnya
hinggakan Natasya Shakilla berdiri hampir di belakang pun
dia tidak sedar, sehinggalah gadis itu memberi salam.
Guru muda itu kelihatan tersentak. Salam Natasya
Shakilla dijawab perlahan dengan senyum untuk menutup
rasa terkejutnya sebentar tadi.
“Cikgu nampak leka sangat tengok papan ni. Kalau
lama sikit lagi, tentu dah tembus dah papan ni,” tegur
Natasya Shakilla lantas ketawa. “Cikgu tengok apa?”
“Kem Karisma minggu depan. Saya baru tahu hari
ni yang saya turut terlibat sama,” terang guru muda itu
ramah.
Natasya Shakilla masih dengan sisa tawanya.
“Macam mana boleh jadi macam tu pulak, cikgu?”
“Saya ni guru baru kat sini, guru ganti. Awak
pelajar sini takkan tak cam saya guru baru?”
“Sorry, sir. Saya pun baru dua bulan belajar kat
sini. Ramai lagi cikgu yang saya tak kenal,” jawab Natasya
Shakilla jujur sambil membuat tabik tanda maaf.

110
Shasfa alyahya

“Oh... samalah kita. Tak sangka pulak!”


“He he he… cikgu mengajar subjek apa?”
“Bio, ganti Cikgu Ida yang bersalin. Dan jugak guru
muzik sementara. Baru tiga hari lepas saya daftarkan diri.
Awak ni pula dari kelas mana?”
“No wonderlah ada khabar berita guru ganti Cikgu
Ida ni handsome orangnya! Memang betul rupa-rupanya!”
Natasya Shakilla terus menyakat tanpa sebarang tembok yang
membezakan status mereka.
Kemesraan terus terjalin, entah mana anak murid,
entah mana guru! Title sebagai seorang pelajar tidak
menghalang Natasya Shakilla untuk beramah mesra dengan
guru muda itu.
“Saya Natasya Shakilla dari 5Sc2. Sila berikan
tunjuk ajar....”
“5Sc2, ya? Kalau macam tu nanti, buka sekolah
seminggu lagi awak akan kenal saya,” kata guru itu sambil
menggosok pangkal dagunya yang berkumis nipis.
“Mana aci... Dah senget sebelah pulak. Nanti nak
panggil apa?”
“Okay... just call me Cikgu Z.”
“Z? Emmm... Zam? Zamir? Zamri?” teka Natasya
Shakilla masih tidak puas hati.
Cikgu Z menggeleng pantas, menidakkan.
“Sabarlah wahai bakal anak muridku, kamu akan
tahu juga nanti,” ujarnya berseloroh.
“Baiklah wahai guru sementaraku. Sekarang baik
kita check apa yang perlu dibawa untuk kem nanti. Cikgu dah
catit?”

111
Hot Gimmick

“Barang keperluan harian aje, Natasya. Cuba


tengok!”
Natasya Shakilla melihat tempat yang ditunjukkan
oleh Cikgu Z. Dia mengangguk sendiri.
Usai meneliti dan mengingati apa yang patut,
Natasya Shakilla meminta diri untuk pulang. Gembira
sungguh hatinya. Peperiksaan awal tahun sudah pun berlalu.
So, bolehlah dia relakskan otaknya sekejap dengan shopping
sakan esok. Oh, ya! Sebut pasal shopping esok….

“SHOPPING?”
“Errr… haah!”
“Apa salahnya pergi dengan mama? Kamu tahu tak
betapa bahayanya gadis keluar berdua aje tanpa pengawasan
orang dewasa? Kalau kawan-kawan kamu… apa? Hah,
Arienna dan Ruqyah tu join, okeylah jugak, tak perlulah
mama naik risau nak lepaskan korang macam ni!”
Dia dah mula dah…
“Ayez tak ikut serta ke?”
Gulp!!!
Natasya Shakilla menelan liur. Apa mama ni bukak
citer pasal Ayez pulak ni? Dahlah selalu mimpikan dia aje
sekarang ni. Lagipun, mana ada Ayez datang melawat sejak
kita balik dari Australia. Pernah ke? Nampak sangat Ayez dah
tak pedulikan Asya lagi.
“Asya, do you hear me?”
“Aaa… yes, ma!”

112
Shasfa alyahya

“What yes?” Puan Jalina mula bercekak pinggang.


Bunyi ngauman enjin kereta suaminya dari
halaman rumah membantutkan kemarahannya. Sudah pasti
suaminya akan menyebelahi anak mereka yang sorang ni.
Dan ternyata sekali tekaannya tepat.
“Apa salahnya, ma? Asya nak bersama kawan, nak
kenal tanah air dia jugak. Mamakan dah berusia, tak okeylah
nak berjalan jauh, nak enjoy apa semua.”
“That’s a pathetic excuse! And what’s that ‘berusia’
mean, papa?” soal mama dengan wajah kelat.
Hah, terasa hatilah tu! Natasya Shakilla menekup
mulut, menahan tawa yang bila-bila masa pun akan meletus.
“Mama!!!” seru papa. Tangan mama sudah berada di
dalam genggamannya.
“Soal berusia tu memang tak dapat dinafikan, but
you always look so sweet to me.”
Pergh!!! Romantik habis ayat papa! Kut-kut dulu,
papa ni pakar mengayat awek tak?
“Wait! Wait!” celah Natasya Shakilla. “So, can I go?
Bolehlah… banyak lagi nak prepare for camping this
Tuesday, pa. Can I?”
“Sure, my dear. Make sure you bring along enough
money. Seems like your mama needs a lullaby tonight!”
“Thanks, pa! Give the greatest lullaby to mama.
Muncungnya dah panjang sedepa tu! Ha ha ha…!” Sakatnya
sebelum berlalu, memberi ruang untuk papa memujuk
mama. Apa-apa hal pun, lampu hijau dah on. Ya! Let’s paint
the blue street tomorrow!

113
Hot Gimmick

BANDAR RAYA Kuala Lumpur yang hidup dua puluh empat


jam sehari dirasakan belum puas diterokai. Sudah lima tahun
tidak menjejakkan kaki ke bumi Malaysia menyebabkan dia
kekok untuk berjalan jauh. Suasana persekitarannya banyak
yang berubah walaupun tidak ketara. Dan pastinya, dia tidak
melepaskan peluang untuk merakam perjalanan pertamanya
dengan Hanis Humaira’ di dalam kamera digitalnya.
Hanis Humaira’ pula begitu gembira dapat
meluangkan masa bersama-sama Natasya Shakilla yang sudah
dianggap sebagai kakak sendiri, malah mungkin lebih
daripada itu. Hidayatul Husna, kakaknya sendiri juga telah
menetapkan di dalam hati bahawa Natasya Shakilla adalah
kakak mereka buat selama-lamanya walaupun tidak lahir dari
rahim yang sama. Menurut Kak Aya ketika dia menelefon
malam tadi, dia akan pulang pada cuti semester nanti.
Maknanya, esok pasti wajahnya tersembul di pintu rumah.
Dan orang yang paling gembira sudah tentu abangnya.
Hmmm... abang. Mungkin Kak Aya adalah perempuan ketiga
terpenting dalam hidupnya. Sedangkan dia....
“Mira, look! Comel tak?”
Hanis Humaira’ berpaling. Serta-merta ingatan
terhadap kakak dan abangnya terus menghilang.
Natasya Shakilla menayangkan key chain beruang
warna perang yang comel sekali.
“Wah... Kak Asya, comelnya!”
“For you, my dear. Masa Mira tengah mengelamun
tentang ‘someone special’ tadi, Kak Asya ternampak kat
handicraft shop tu. You do like brownish, don’t you?” soalnya
sambil menghulurkan key-chain tersebut kepada Hanis
Humaira’.
Hanis Humaira’ mengangguk dengan senyum yang

114
Shasfa alyahya

memekar. Perkataan someone special yang dituturkan oleh


Natasya Shakilla sebentar tadi dibuang jauh-jauh. Sedikit pun
tidak berbekas di hatinya. “Thank you, Kak Asya! That’s why
I love you!”
“Ooo… kalau tak bagi hadiah tak sayanglah ye?”
“Yeh? Sayang jugak la! Sebab Kak Asya tak bagi apa-
apa yang special lagi untuk Kak Aya dan abang. So, Mira tak
boleh jealous lagi… kih kih kih….”
Abang?
Senyuman Natasya Shakilla yang manis sekejap tadi
terus mati.
Hanis Humaira’ perasan perubahan wajah itu
namun dia sengaja menduga sejauh mana ingatan Natasya
Shakilla terhadap abangnya. Sejauh mana lagi perasaan
dahulu menghuni hatinya. Sejauh mana lagi kekuatan masa
lalu menjerat hatinya. Ya, dia nampak itu semua. Semuanya
jelas terlakar pada wajah itu. Baik Natasya Shakilla mahupun
abangnya, masing-masing membendung ego sendiri. Sama-
sama egois!

AYATULLAH jelas berkumandang dari corong radio. Biasanya


selepas azan berkumandang, salawatunnabi dan zikrullah
diperdengarkan, diikuti pula dengan ayat-ayat suci al-Quran.
Dia leka menghayati baris-baris ayat surah al-Kahfi yang
menceritakan betapa hebatnya taqwa tujuh bersaudara yang
memperjuangkan keimanan mereka daripada pemimpin yang
zalim. Ashabulkahfi lalu ditidurkan Allah beratus tahun
lamanya. Lantas apabila bangkit dari tidur yang panjang,
mereka sama sekali tidak menyangka tampuk pemerintahan

115
Hot Gimmick

telah lama bertukar. Pemerintahan yang kejam dan zalim


dahulu telah lama berganti dengan pemimpin yang soleh.
Kebesaran Allah jelas terpampang. Betapa Allah
berkuasa mengawal atur segala kejadian di atas muka bumi
ini. Betapa Allah menjaga sekalian hamba-Nya yang taat dan
soleh.
Kerana itulah, dia ingin sekali termasuk ke dalam
golongan itu. Dia ingin sekali melupuskan kesemua dosa dan
noda yang pernah terpalit tanpa disedari atau yang tidak
pernah disedari. Tetapi dia sedar, dia bukanlah maksum
(terpelihara daripada dosa) dan sesempurna Rasulullah. Dia
hanyalah insan biasa yang ada ketikanya sering dikuasai
kemarahan. Itulah kelemahannya yang nyata dilihat orang.
Bukan dia tidak cuba mengawalnya, malahan telah berjaya
untuk kesekian lamanya.
Namun segala-dalanya musnah selepas kedatangan
gadis itu. Ya, gadis yang banyak bermain dengan
kesabarannya, gadis yang sering mendatangkan amarahnya.
Bukan dia tidak sedar itu semua. Sesungguhnya dia benar-
benar tidak berdaya mengawal perasaannya saat bersemuka
dengan gadis itu. Perasaan ingin melempiaskan segala rasa
marah dan kecewanya berterusan menerpa. Kerana apa? Dia
tidak pasti. Yang pasti, dia tidak mempunyai jawapannya.
Hanya hatinya yang berdetak hebat. Hanya Allah yang tahu
maknanya.
Ya Allah... bantulah hamba-Mu! Jauhkanlah diriku
daripada godaan syaitan, hatinya memanjat doa.
Suara yang berkumandang dari corong radio
kedengaran dimatikan. Sudah tentu sepupunya sudah bersiap
untuk keluar. Tanpa berlengah, dia melipat sejadah lalu
menyidainya dengan cermat di ampaian. Pintu bilik solat

116
Shasfa alyahya

kedengaran dibuka dari luar. Pantas dia berpaling. Tekaannya


benar. Sepupunya sudah bersiap dengan kemeja merah hati
dan seluar jean Crocodile kegemarannya.
“Jomlah!”
“Kau dah solat zohor ke?” soalnya. Kakinya dihayun
ke bilik tidur di sebelah. Pakaiannya perlu diganti.
“Dah, lepas mandi tadi aku terus solat dalam bilik.”
“Hmmm…” jawabnya pendek. Baju kemeja lengan
pendek dicapai lalu dipakai kemas menutupi sebahagian
t-shirt putih lengan panjangnya. Lengan t-shirt itu dilipat
hingga paras siku. Kemas dan kasual. Dompetnya dicapai
sebelum melangkah keluar.
“Yez? Laaa... kamu tak pergi dengan Mira rupa-
rupanya?” Puan Noraini menegur dari pintu dapur. Dahinya
berkerut kehairanan.
Begitu juga reaksi yang ditunjukkan oleh Harizd.
“Dia tak beritahu umi dulu sebelum keluar?” Harizd
kembali mengajukan pertanyaan.
Uminya hanya menggeleng. Riak kerisauan jelas
terpampang pada lakaran wajahnya.
Harizd mula mendengus marah. Salah tindakan
Hanis Humaira’! Sepatutnya dia memberitahu uminya dahulu
sebelum keluar.
Sejak beberapa hari lepas lagi, Hanis Humaira’
sudah beria-ia meminta izin daripada uminya untuk keluar
bersama Asya. Keceriaan pada wajahnya berlanjutan sehingga
semalam, saat memilih pakaian untuk berjumpa dengan
Asya.
Izuan juga menyakat Hanis Humaira’ yang
kelihatan seperti hendak keluar berdating sahaja lagaknya.

117
Hot Gimmick

Maklumlah, Izuankan Mat Romeo. Pasti sudah terlebih arif


dan terlebih khatam bab-bab dating ni.
Dan pagi tadi, Hanis Humaira’ tidak memberitahu
uminya dahulu sebelum keluar? Apa terlebih excited ke
budak tu? Macam orang angau!
“Hisy, tak boleh jadi betul budak ni! Dia ada cakap
dia nak ke mana, Wan?”
“Dia cuma beritahu nak round KL.”
“KL ni luas! KLCC ke, Times Square ke, One Utama
ke… Beginilah, umi jangan risau. Yez akan cari dia. Insya-
Allah kalau jumpa, Yez akan suruh dia telefon umi. Rasa-
rasanya dia tak ke mana pun. Mungkin ke shopping complex
berdekatan ni.”
Harizd menenangkan hati uminya. Hatinya turut
disinggahi rasa bimbang, bercampur aduk dengan rasa geram
dengan sikap sambil lewa adik bongsunya itu. Setiap tindakan
yang diambilnya pasti akan meninggalkan sesuatu yang
membuatkan seisi rumah kerisauan. Hah, tak berubah-ubah
perangainya sejak kecil sampailah sekarang. “Bila jumpa
budak bertuah tu nanti, siaplah!”
Izuan terdiam mendengar ayat yang dilontar oleh
Harizd. Mindanya cuba membayangkan keadaan Hanis
Humaira’ yang pulang dalam keadaan gembira tetapi kembali
bersedih kerana dimarahi oleh abangnya. Memang dia akui,
Hanis Humaira’ juga bersalah kerana bersikap sambil lewa
tentang sesuatu hal, tetapi sikap Harizd yang panas baran
juga salah. Kekerapan ketiadaan abahnya di rumah
membuatkan Harizd bertanggungjawab sebagai ketua
keluarga. Perkara yang dianggap remeh juga menjadi serius.
Dia hanya mampu memanjatkan doa agar tiada sesuatu yang
buruk akan berlaku nanti. Dan Hanis Humaira’….

118
Shasfa alyahya

“ADUI... letihnya! Banyak betul kedai kita masuk.”


“Haahlah... sampai kaki Mira pun dah lenguh, Kak
Asya!” adu Hanis Humaira’.
“Hah, kalau macam tu kita berehat kejaplah kat
bangku sana tu ya,” saran Natasya Shakilla sambil
menunjukkan bangku kosong di bawah sebatang pokok yang
rendang.
Hanis Humaira’ segera akur.
“Mira tunggu sini, biar Kak Asya pergi beli air.
Which one do you like to order, miss?” Natasya Shakilla
berlakon seperti pelayan.
Hanis Humaira’ tertawa senang. “Give me coca...”
“Eng eng eng….” Natasya Shakilla menggeleng.
Tangannya turut bergerak selari dengan kepalanya.
“Anything, but coke. Bicarbonate drinks isn’t good for our
blood circulation, young lady. It works two times than
before. You’ll fatigue.”
Hanis Humaira’ mencebik. Dah jadi semacam gaya
orang tua all American la pulak. Macam babysitter. Or
science teacher. “Kalau macam tu, apa-apa ajelah!”
“Good girl!” usik Natasya Shakilla sebelum berlalu.
Dia bergerak sedikit laju, melawan arus manusia yang ramai.
Pada waktu yang sama, Harizd turut
mempercepatkan langkah bertentangan dengan Natasya
Shakilla tanpa menyedari kemunculan masing-masing.
Hanya bahu yang hampir bersentuhan menjadi saksi bisu
mereka.
“Dah banyak tempat dah kita cari ni, Yez! Tak
nampak pun kelibat dia. Barang kita pun tak terbeli lagi,”
rungut Izuan.

119
Hot Gimmick

Niat asal mereka untuk mencari hadiah buat


gurunya yang akan mendirikan rumah tangga terbantut gara-
gara mencari Hanis Humaira’. Harizd pasti tidak akan
berpuas hati selagi hati uminya tidak aman. Sudah pasti umi
sedang menunggu panggilan Hanis Humaira’. Dan dia juga
tahu, hati Harizd tentu sedang hebat berperang dengan
bermacam perasaan. Sejak tadi Harizd hanya mendiamkan
diri. Berfikir barangkali. Dia juga begitu. Tetapi sudah pasti
Harizd lebih banyak berfikir daripadanya.
Jika berjaya menemui Hanis Humaira’, sudah tentu
Asya juga bersamanya. Dan sudah pasti akan terjadi
pertemuan yang bersejarah bagi kedua-duanya, pertemuan
pertama selepas lima tahun hilang khabar berita. Dia juga arif
tentang hati Harizd apabila melibatkan hal yang satu itu.
Sudah tentu sepupunya itu belum bersedia untuk
menghadapi keadaan tersebut, yang pastinya akan mendera
hati dan perasaannya. Harizd tak kuat! Dia pasti sembilan
puluh sembilan peratus Harizd masih tak kuat!
Tiba-tiba Harizd berhenti.
Izuan yang berjalan di belakang tersentak. Dia
menggosok pangkal hidungnya yang hampir bertembung
dengan belakang Harizd. Sempat dia menangkap ucapan
alhamdulillah dari bibir Harizd.
“Kenapa, Yez?” soalnya.
“Mira,” jawab Harizd sepatah. Tanpa berlengah dia
terus berjalan laju menghampiri Hanis Humaira’ yang leka
membelek barang-barang yang dibelinya.
Apabila menyedari ada bayang yang menghalang
laluan matahari ke arahnya, Hanis Humaira’ mengangkat
wajah. Terlopong dia melihat Harizd dan Izuan. Pandangan
tajam Harizd langsung tidak dimengertikannya.

120
Shasfa alyahya

“Apa abang buat kat sini? Jumpa Kak Asya, eh?”


soalnya dengan gurauan.
Namun Harizd langsung tidak terkesan
mendengarnya. “Cuba kau fikir apa salah kau hari ni?”
Hanis Humaira’ mengerutkan kening hingga
hampir bertaut. “Salah apa pulak ni?”
“Tak sedar lagi? Sebelum kau keluar tadi ada kau
minta izin umi?”
“Ada,” jawab Hanis Humaira’ sepatah. Seingatnya
memang dia ada memberitahu uminya kerana sebaik sahaja
kereta mama Kak Asya ada di hadapan, dia terus berlari turun
sambil menjerit memberitahu pemergiannya. Serasanya
memang uminya ada mendengar. Rasanyalah....
“Kalau ada, takkan umi risaukan kau! Katanya kau
tak beritahu langsung sebelum keluar rumah!” tegas Harizd.
“Mana... Mira…”
“No excuse!” potong Harizd sebelum sempat Hanis
Humaira’ menerangkan duduk sebenar perkara.
“Sekarang kau pergi telefon umi dan beritahu dia
kat mana kau berada. Minta maaf kat umi dan berjanji takkan
buat lagi. Faham tak?”
Hanis Humaira’ mencebik namun perlahan-lahan
dia mengangguk juga. Abangnya takkan mendengar sebarang
alasan. Baginya tiada guna beralasan kalau perkara tetap
berlaku. Disebabkan pendirian abangnya yang tidak pernah
berubah itu jugalah mereka langsung tidak boleh rapat. Ada
jurang besar yang sentiasa memisahkan mereka adik-beradik.
Hanis Humaira’ leka melayani perasaan tanpa
menyedari kelibat abangnya telah lama menghilang. Air
matanya hampir menitis, namun ditahannya sekuat hati.

121
Hot Gimmick

“Mira!!!”
Dari jauh Hanis Humaira’ melihat Natasya Shakilla
melambai sambil membimbit beg plastik yang pastinya
mengandungi air dan makanan. Dia segera menyeka air mata
yang bergenang agar tiada satu pun yang tertangkap oleh
pancaindera Natasya Shakilla. Dia melemparkan senyum
manis untuk menutup kesedihan hati tetapi Natasya Shakilla
tetap berjaya mengesan perubahan air wajahnya.
“Kenapa?” soalnya hairan. Punggungnya sudah
berlabuh di tepi Hanis Humaira’.
Gadis itu menggeleng dengan raut ceria.
“Ha ha ha... tak ada apalah Kak Asya!” jawabnya
sambil menyambut air yang dihulurkan oleh Natasya
Shakilla.
“Sure you’re okay? You look upset!” komen Natasya
Shakilla sambil menyedut minumannya.
“I’m really fine. Cuma nak kena telefon umi kejap
lagi. Abang kata umi risau pasal Mira.”
“Uhuk!!! Huk!” Natasya Shakilla tersedak.
Abang?
“Eh, Kak Asya okey ke?”
“Errr… tadi Mira sebut…”
“Abanglah! Dia ada kat sini tadi. Dia kata umi
tengah risaukan Mira. Siap marah-marah lagi. Padahal Mira
dah bagi tahu umi masa Mira nak keluar tadi!” luah Hanis
Humaira’.
Natasya Shakilla mengurut dada. A... Ayez ada kat
sini? Now?

122
Shasfa alyahya

“OIT, Yez! Kau dah okey ke?”


“Dah, harap-harap Si Mira tu segera telefon umi.
Disebabkan sikap sambil lewa dia, umi risau. Geram aku
dibuatnya!” luah Harizd.
Melihat Hanis Humaira’ mendiamkan diri sebentar
tadi, dia segera meninggalkannya. Tidak kuasa melayan
amarah. Lagipun dia tak mahu bertemu Asya. Rasa lega dan
syukur memenuhi hatinya. Biarlah mereka tidak berjumpa.
Biarlah, selagi keimanannya terjaga. Bersih daripada sebarang
noda. Dia tidak mahu hati dan fikirannya dipenuhi raut wajah
gadis itu. Dia belum bersedia. Hanya waktu yang akan
menentukan. Biarlah... kalau sudah jodoh pasti tak ke mana.
“Yez, jom masuk kedai ni! Hadiah apa kita nak kasi
kat Miss Jane tu ya?”
“Hmmm... kat sini ya?”

“EMMM... dia kat mana sekarang?”


“Entahlah, lepas suruh Mira telefon umi, dia terus
pergi ntah ke mana ntah. Tau-tau aje dia dah hilang.”
Natasya Shakilla menghembus nafas lega. Tetapi
sedikit sebanyak dia kecewa kerana Ayez langsung tidak mahu
bersemuka dengannya. Mahu bertanya khabar pun tidak,
apatah lagi berjumpa. Sakit sangat ke kenangan lalu?
“Eh, Mira dah solat zohor ke? Waktu dah nak habis
ni!” Natasya Shakilla mengingatkan sambil melihat jam di
pergelangan tangan.
Hanis Humaira’ menepuk dahi. Tawa kecil meletus
dari bibirnya.

123
Hot Gimmick

“Kak Asya?” soalnya setelah berdiri. Belakang


bajunya ditepuk sedikit agar tiada kotoran yang melekat.
Natasya Shakilla menggeleng.
“Ooo... kalau macam tu, Mira ajelah ni? Tak apalah!
Kak Asya nak tunggu Mira ke nak ikut sekali?”
“Better I take a walk. Surau kat mana?”
“Belakang sana ada masjid. Kak Asya nak kita jumpa
kat masjid tu ke?”
“Okey jugak. Barang-barang ni biar Kak Asya
bawakkan aje. No big deal. Kak Asya nak cari hadiah kejap.
Mira tunggu aje kat masjid tu, ya!”
“Okey!”
Persetujuan dicapai.
Natasya Shakilla pantas bergerak meninggalkan
bangku. Matanya meliar mencari kedai cenderamata. Arienna
telah menelefonnya semalam agar membeli hadiah mewakili
mereka bertiga. Kebetulan dia memang ingin keluar. Tanpa
banyak soal, dia terus setuju. Lagipun bukannya susah
mencari hadiah. Cuma hadiah kahwin dia tidak berapa pasti.
Di samping mencari hadiah kahwin Miss Jane, dia juga ingin
mencari hadiah buat kakak dan abangnya yang bakal kembali
ke tanah air tidak lama lagi. Kakaknya menelefon sewaktu dia
sedang menghadapi peperiksaan baru-baru ini. Gembira betul
mama tatkala mendapat khabar itu!
Akhirnya hatinya tertarik untuk menapak ke kedai
cenderamata yang nampak eksklusif. Matanya dijamu dengan
barangan kaca dan seramik yang berkilauan. Benar-benar
memukau! Dia tersenyum. Nampaknya dia tidak salah kedai.

124
Shasfa alyahya

“TOLONG balutkan ini, cik manis!” ujar Izuan.


Penjaga kaunter itu tersenyum, senang dengan
keramahan itu.
Izuan membalas senyuman itu.
Harizd yang berdiri di sebelahnya sudah mula
bosan. Sikap sepupunya yang satu itu memang kurang
digemarinya, namun dia membiarkan sahaja. Jika
membangkitkan soal itu, hanya sengihan dan senyuman yang
menjadi jawapannya. Akhirnya, hatinya juga yang sakit
melihat respons sepupunya itu.
Dua orang gadis yang berada hampir dengan
kaunter asyik memandang Haridz dengan senyuman melebar.
Sudahnya mereka berbisik sesama sendiri lalu ketawa.
Harizd mengalihkan pandangan ke arah lain.
“Awak ni pelajar ke?” tanya gadis yang sedang
membalut hadiah tersebut. Tag namanya tertulis Fhina.
Manis dan peramah orangnya, walaupun Izuan perasan anak
mata gadis di hadapannya ini lebih banyak terarah kepada
Harizd.
Izuan tersengih.
“Kenapa, Fhina? Wajah matang saya tak sesuai
untuk seorang pelajar ke?” balas Izuan dengan gurauan.
Fhina menyeringai tanpa sebarang jawapan.
Dua orang sales girl tadi sudah beralih ke kaunter,
agar dapat melihat wajah Harizd dengan lebih jelas
barangkali.
Harizd segera berlalu melihat barangan yang
tersusun cantik di rak tepi. Muak betul hatinya. Apa ada
kotorankah yang melekat pada wajahnya?
Sebaik memandang ke dalam cermin yang terletak

125
Hot Gimmick

di hujung dinding kedai selang beberapa rak dari kaunter,


matanya terus tertancap pada sekujur tubuh yang
membelakanginya. Wajah gadis itu jelas terpampang pada
cermin kedai di hadapannya. Gadis yang menunduk itu
begitu leka membelek barangan kaca di atas rak tanpa sedikit
pun sedar akan dirinya yang sedang diperhatikan.
Harizd terpaku. Argh… tak ada tempat lain lagi ke?

SUASANA di dalam kedai yang diterangi lampu malap dan


berdinding kaca betul-betul melekakannya. Kristal berbentuk
bunga lili dibelek beberapa kali. Comel sungguh! Tapi sesuai
ke dibuat sebagai hadiah kahwin? Nah… Dia terus meletakkan
kembali pada tempatnya lalu berdiri. Pandangannya ditala ke
arah cermin di hadapannya untuk menilik.
Dup!!!
Jantungnya berombak kencang. Badannya pula
serta-merta kaku. Aku bermimpi ke ni? Matanya digosok
berkali-kali. Bayangan itu tetap ada. Tak. Aku tak bermimpi!
Natasya Shakilla menggelabah. Mereka sudah
berada setentang kini, beradu mata untuk menunjukkan
keegoan masing-masing.
Macam mana dia boleh ada kat sini? Aduh! What a
small world… what should I do for now? Should I run? Yes,
that’s the best, but how?
Harizd berdiri betul-betul di hadapannya, serta-
merta menghalang laluannya untuk keluar dari lorong yang
paling hujung tersebut. Rak yang tinggi di sebelah mereka
pula semestinya menghalang pandangan manusia lain yang
berada di dalam kedai. Nahas ni!

126
Shasfa alyahya

Apa kena la dengan mamat ni? Jangan dia nak aku


minta maaf dahlah! Eiii, tak sanggup aku!
“Kau ni...” Harizd mula bercekak pinggang.
“Apa?” potong Natasya Shakilla.
Jangan ingat kat luar kawasan sekolah ni kau masih
boleh marah-marah kat aku. Dunia ni bukan milik kau,
bighead! Hatinya hanya mampu bermonolog buat masa ini,
sebab yang sebenarnya... dia masih tergamam dengan
kehadiran lelaki itu. Dan penampilan dia pulak....
“Tak bersopan betul!” gumam Harizd. Mindanya
berputar mencari ayat yang sesuai untuk diucapkan. Well,
you know….
Natasya Shakilla terpanar. Tidak faham….
“Aku tak tahu la kau ni asal dari planet mana
sampai boleh sesat kat muka bumi ni. Sebabnya, kau masih
tak boleh mengikuti adab dan tatatertib penduduk Malaysia
walaupun kemungkinan kau cuba sedaya upaya untuk
menirunya, but still, kau masih lagi satu makhluk planet lain
yang beridentitikan bangsa Melayu kami dengan gaya yang
entah apa-apa dan ucapan kurang sopan dari planet kau tu
sejak mendarat di bumi ni sehinggalah sekarang ni.
Sebabnya, untuk sebut maaf pun kau masih tak pandai.
Where did you come from? Alien….”
Sinis sungguh ucapan yang serupa kata-kata yang
‘entah boleh difahami entah tidak’ itu. Harizd tersenyum
sinis sambil menyilangkan tangannya. Sebelah bahunya
bersandar pada dinding kedai.
Kayu betul! Sakit betul hati Natasya Shakilla. Entah
apa-apa entah ucapan si bighead ni! Yang pasti, kata-katanya
langsung tidak boleh diterima oleh otak Natasya Shakilla.
Nak balas apa ni?

127
Hot Gimmick

Harizd melebarkan senyuman sinisnya melihat rupa


mencerut Natasya Shakilla. Bibir gadis itu bergetar ingin
menyatakan sesuatu. What? Balaslah!
Natasya Shakilla hanya tersenyum.
Hah? Apesal dia tersenyum pulak ni?
“Alien ye?” Natasya Shakilla menghampiri Haridz.
“Kalau alien, memang takkan sama dengan manusia macam
kau ni! Alien memang tak ada adab. Macam ni!!!”
Suara Natasya Shakilla semakin meninggi diikuti
gerak kakinya yang pantas.
Harizd tidak sempat mengelak. Tendangan Natasya
Shakilla tepat mengenai tempat kelemahannya sebagai
seorang lelaki.
“Yang ni barulah act yang sebenar! Dan aku takkan
sesekali mintak maaf dengan tindakan aku yang amat
dibanggakan ni!” jerit Natasya Shakilla.
Pada masa yang sama, Izuan dan beberapa orang
pekerja tiba, terdengar jeritannya yang kuat.
Natasya Shakilla tidak peduli. Apa nak jadi pun
jadilah! Yang pasti rasa geram tertunai sudah. Revenge, dude!
Tanpa membuang masa, dia terus mengambil
barang-barangnya lalu meluru keluar. Sempat dia melanggar
bahu Izuan yang menghalang laluannya.
“Yez, kau okey?” Izuan merapati Harizd yang
terduduk di lantai.
Harizd menyandarkan belakang kepalanya pada
dinding. Tangan kanannya yang melekap pada dahi, hampir
melindungi sebahagian matanya yang tertutup rapat
menahan sakit. Perlahan mata itu terbuka. “Tak guna!”

128
Shasfa alyahya

“TAK guna betul si bighead tu! Argh… menyampahnya!


Kenapalah dia boleh muncul kat sini? Tak boleh ke aku hidup
aman sikit? Argh!!!”
Natasya Shakilla mengepal erat kedua-dua belah
tangannya. Barang-barang pembeliannya dilempar ke bangku,
melepaskan geram yang tertinggal. Dia terduduk. Sakit hati!
Sakit hati betul!!! Kenapa macam tak ada orang lain lagi yang
boleh kutemui selain daripada mamat yang kubenci sangat
tu?
“Eh, Natasya?”
Satu suara yang macam dikenali menegur.
Natasya Shakilla pantas mendongak.
“S’Z!” Natasya Shakilla terjerit kecil. “Apa cikgu
buat kat sini?”
Cikgu Z mengunjukkan beg-beg kertas yang
dibimbitnya. “Shopping.”
“Sorang aje?” soal Natasya Shakilla. Dia mengengsot
sedikit, memberi laluan untuk Cikgu Z duduk.
Cikgu Z mengangguk. Beg-beg kertasnya diletak
bersebelahan Natasya Shakilla. Dia lebih selesa berdiri.
“Awak pun sorang aje? Saya ternampak dari jauh
tadi macam kenal aje, tapi orang tu macam tengah marah.
So, bila saya tengok marahnya macam dah reda sikit, saya
pun beranikan diri datang menegur,” ujar Cikgu Z dengan
senyuman.
Natasya Shakilla turut tersenyum. Gaya Cikgu Z
semacam guru sastera yang romantis. Eiii, mana la aku
pernah belajar sastera kat Malaysia ni?
“Actually, saya berdua dengan adik sepupu. I’m
waiting for her as she went to mosque untuk solat zohor.

129
Hot Gimmick

Cikgu pulak takkan shopping sorang-sorang, tak bawa wife


ke, anak ke….”
Cikgu Z tergelak. Soalan cepu emas ni!
“Anak? Kalau anak kucing ya… tapi tak bolehlah
bawa sekali. Payah kalau dah terlepas nanti,” jawabnya
dengan nada bergurau.
Natasya Shakilla mengekek ketawa. Wayang gambar
di dalam benaknya sudah menolak lapan puluh tujuh peratus
filem-filem perang sebentar tadi. Mujur ada Cikgu Z. Kalau
tidak, tentu Hanis Humaira’ akan perasan perubahan air
mukanya. “Ke situ pulak S’Z ni! Apalah!”
“Betullah tu. Actually I’m still waiting for
someone,” jawab Cikgu Z jujur.
“Oh… so you’re still single?” Korekan pertama
berhasil!
Cikgu Z mengangguk.
“Emmm... umur S’Z berapa?”
“Dua puluh enam. Kenapa?”
“Hmmm... no wonder la you’re still single….”
Rupa-rupanya sama tua dengan abang dan kakak.
“Orang lelakikan biasanya kahwin lewat? Eh, kata
tadi sedang tunggu seseorang? Haaa... mesti someone yang
very special ni!” usik Natasya Shakilla.
Cikgu Z hanya tersenyum, mengiakan tidak,
menidakkan pun tidak.
Natasya Shakilla turut tersenyum. Macho sungguh
cikgu barunya yang sorang ni. Agaknya berapa ramailah
pelajar yang akan jatuh cinta kat cikgu ni? Hmmm...
mungkin boleh mengatasi mamat kerek tahap gaban tu.
Lagipun dia bukannya handsome sangat!

130
Shasfa alyahya

Ah... sudahlah! Asyik-asyik si kepala besar tu. Tak


ada orang lain lagi ke? Kepalanya diluku berkali-kali.
“Awak balik dengan apa nanti?”
Soalan Cikgu Z mematikan tindakan Natasya
Shakilla. Dia tersengih menutup malu. “Maybe cab. Why,
wanna give a lift?”
“Hajatnya begitu. Tak nak ke?”
“Wah, wah... pucuk dicita ulam mendatang! Molek
sangatlah tu. Untungnya nasib badan hari ni!” sorak Natasya
Shakilla girang, menerbitkan tawa Cikgu Z.
Sikapnya agak keanak-anakan apabila mula rapat
dengan seseorang yang lebih tua. Itulah describing pertama
Cikgu Z. Hu hu hu.... Selepas mencapai persetujuan tidak
rasmi, mereka mula mengorak langkah mendapatkan Hanis
Humaira’.
Terkejut bukan kepalang Si Hanis Humaira’ apabila
melihat Cikgu Z. Mereka diperkenalkan seadanya. Hanis
Humaira’ yang memang lebih periang daripada Natasya
Shakilla, ternyata banyak mulut. Ada sahaja soalan yang
ditanya ketika dalam perjalanan pulang.
Cikgu Z pula setia melayan kerenah Hanis
Humaira’, tak ubah macam budak TADIKA. Haah, lebih tepat
lagi kita kata sebijik macam Shin Chan!
“Thanks a lot la ye! Bye Kak Asya, nanti Mira
telefon ya!”
“Haaa...” balas Natasya Shakilla seraya mengangkat
tangan membalas lambaian Hanis Humaira’. Cermin kereta
dinaikkan tatkala kereta Wira itu mula bergerak pergi.
“Rapat betul awak dengan dua pupu awak. Apa...
Mira... eh nama dia?”

131
Hot Gimmick

“Absolutely yes! We both come from a big family.


Mama saya dua beradik, manakala umi dia pulak dalam...
lima beradik. Mama dan umi membesar bersama seperti adik-
beradik kandung. So, sampai ke hari nilah hubungan
kekeluargaan kita orang kekal begitu. Lagipun, Mira and I
are the youngest sisters. Both of us are being pampered by
elder sisters and brothers. Nasib kita orang hampir sama aje,”
terang Natasya Shakilla dengan riak muka ceria.
Sikapnya yang berterus terang itu membuatkan
Cikgu Z berasa selesa.
“So, where are your other siblings?” soalnya, ingin
melanjutkan perbualan. Sikit curious pun ada tentang abang
dan kakak budak ni....
“Both in Al-Azhar University of Egypt.”
“Wow, that’s great!”
“Well, they are twin. So, senantiasa bersama-sama
macam belangkas!”
Cikgu Z terdiam. Twin? Al-Azhar? Egypt?
“Errr... apa nama abang dan kakak awak tu?”
soalnya dengan suara yang sedikit bergetar.
Natasya Shakilla perasan akan perubahan air muka
gurunya namun soalan yang ingin dilontarkan sebolehnya
ditahan di dalam hati. Kenapa reaksi S’Z macam pelik aje?
Hmmm....
“Kamilan Baihaqhi and Kamillia Balqhis. Emmm...
do you know them before?” Akhirnya persoalan itu terlontar
jua dari bibir manisnya. Perasaan ingin tahunya melonjak
naik ke paras sembilan puluh sembilan perpuluhan sembilan
sembilan peratus.
“Emmm... ingatkan kawan-kawan saya, sebab

132
Shasfa alyahya

mereka pun ada belajar kat sana juga,” jawab Cikgu Z dengan
nada suara yang masih terkawal.
Natasya Shakilla masih tidak berpuas hati dengan
jawapan tergantung yang diberikan. Namun, memandangkan
kereta Cikgu Z telah memasuki kawasan perumahannya,
perasaan itu dibukukan kemas di sudut hati. Sabar, masa
masih panjang!
“Berhenti kat mana ni?” tanya Cikgu Z.
“Ah, kat sini ajelah, S’Z. I can take a walk,” jawab
Natasya Shakilla perlahan.
Cikgu Z akur cuma.
“Thanks for the lift! See, ya!” ucap Natasya Shakilla
sebaik sahaja menutup pintu kereta.
“No big deal. Assalamualaikum.”
Pertemuan mereka diakhiri dengan ucapan salam.
Natasya Shakilla termalu. Sepatutnya dia yang
memberi salam. Ah... nampaknya budaya lama masih
menyekat pergerakan diri sebagai seorang muslimah. Rasa
sedikit kesal menujah ke hati.
Natasya Shakilla mula mengatur langkah ke rumah.
Moodnya mula hilang. Sebaik sahaja tiba di halaman, dia
pantas mencari bangku untuk melepaskan lelah. Badannya
disandarkan seenaknya pada kerusi batu sambil matanya
meliar mencari kelibat mamanya. Tiada. Tak balik lagi ke
mama aku ni? hatinya mula bermonolog. Pagoda kesayangan
mama yang terletak di hujung laman, dipandang. Sedikit
ketenangan menyusup tangkai hati apabila haruman bunga-
bungaan mula menusuk hidung. Alangkah enaknya begini.
Lebih enak lagi jikalau tiada manusia bernama Harizd
Hakkam di dalam kamus hidupnya.

133
Hot Gimmick

Oh, ya!
Akal sihatnya mula merencanakan sesuatu.
Seingatnya, Amierul Mukminien juga terlibat dalam
pengisian kem tersebut.
Amier = rumah dekat = jumpa = tak payah pergi
kem!!!
“Yess!!!” Natasya Shakilla kembali bersemangat.
Lebih baik kalau dia menarik diri daripada turut serta ke kem
tersebut. Rasanya masih belum terlambat lagi. Hai... apa
punya pendirianlah. Semalam punya la okey dengan
semangat yang membara, alih-alih cancel last-last minute
macam ni. Entah apa-apa entah hati ni....
Tanpa berlengah, dia terus mencapai basikalnya lalu
mengayuh dengan hati yang girang menuju ke rumah
Amierul Mukminien yang terletak selang beberapa buah dari
rumahnya. Keluar pintu belakang dan pusing kiri. Rumah
paling hujung dan paling besar yang agak tersorok itu
dipandang dengan hati yang berbunga.
Apabila tiba di hadapan pagar, dia terus melompat
turun dari basikalnya. Loceng rumah ditekan beberapa kali.
Selepas seketika, keluar seorang lelaki India berpakaian
seragam lantas menghampirinya. Jaga barangkali.
“Ya, nak jumpa siapa?” soal lelaki India itu tanpa
sedikit pun loghat India kedengaran.
Natasya Shakilla menguntum senyum.
“I’d like to see Amier. I’m his friend, Natasya,” ucap
Natasya Shakilla. Sengaja dia berbicara dalam bahasa Inggeris
untuk mengetahui sejauh mana penggunaan bahasa Inggeris
jaga itu.
“Oh, wait for a second, Miss Natasya,” balas jaga

134
Shasfa alyahya

yang nama Mat tertampal di dada bajunya itu. Matilinggam


kut? Ternyata penggunaan bahasa Inggerisnya juga amat
baik.
Jaga itu mengeluarkan walky - talky dari dalam
koceknya lalu berbicara dalam loghat Inggeris yang lebih
pekat.
Sekali lagi Natasya Shakilla berasa kagum. Bukan
sahaja pengurus rumahnya orang Inggeris, malahan jaga
yang berdarah daging Malaysia mampu menguasai bahasa
Inggeris loghat Amerika yang pekat. Dia faham apa yang
dikatakan oleh jaga itu memandangkan dia juga telah
menguasai bahasa itu sejak menetap di Australia dahulu.
Senyuman kembali meniti di bibirnya.
“Miss, please come in. Cik hanya perlu berjalan
merentasi taman di hadapan ini, melalui kolam dan cik akan
nampak pintu masuknya. Miss Caviolle sedang menanti cik di
sana. Silakan,” ujar jaga itu penuh sopan.
Natasya Shakilla akur. Sambil melangkah, matanya
tidak berkelip memandang keindahan landskap banglo milik
Amierul Mukminien. Indah sungguh! Ternyata halaman
rumahnya lebih luas apabila dilihat dari dalam. Ketika
merentasi jambatan comel di tengah kolam ikan yang
sederhana besar, lensa matanya sempat menangkap beberapa
ekor anak ikan kap sedang berenang dengan aman.
Kedamaian terasa di segenap penjuru hatinya.
Dari jauh lagi kelihatan Miss Caviolle setia
menunggu di hadapan pintu rumah.
Apabila dia tiba, Miss Caviolle menyambutnya
dengan sesuatu yang tidak disangka, hampir-hampir
membuatnya pitam tatkala ucapan kebesaran meniti di bibir
wanita separuh abad itu.

135
Hot Gimmick

“Assalamualaikum, Miss Natasya.”


Bahasa Arab yang fasih, penggunaan bahasa
Inggeris yang mantap dan semuanya kelihatan hampir
sempurna pada pandangan mata Natasya Shakilla.
Subhanallah!
“Waalaikumussalam, Miss Caviolle. Sorry for
bothering you.”
“Oh, no... no. You’re not bothering us, not even
once. You’re much welcome here. Silalah masuk, Cik
Natasya,” jemput Miss Caviolle penuh hormat.
Natasya Shakilla berbesar hati. Langkah diatur
kemas mengikut Miss Caviolle. Sangkanya cuma halaman
rumah sahaja yang mampu memikat hatinya, tetapi ternyata
dekorasi dan seni bina rumah yang unik itu membuatkan
kakinya terpaku. Matanya tidak terasa untuk dikerdipkan
buat kesekian kalinya. Dia benar-benar jatuh cinta!
“Cik?”
Teguran Miss Caviolle mematikan lamunan Natasya
Shakilla yang terbang sesaat. Langkahnya kembali diatur.
Hatinya tidak henti-henti memuji keindahan banglo yang
dijejakinya sekarang. Rumah luas bercorak rekaan Inggeris
itu dipisahkan dengan sebuah anak tangga gergasi di tengah-
tengah ruang. Ayat-ayat suci al-Quran tidak putus-putus
menghiasi laman dinding. Campuran rekaan dari dua benua
ternyata melahirkan sesuatu yang baru, sesuatu yang tidak
terfikir olehnya selama ini.
“Please have a sit, Miss Natasya.”
“My pleasure, Miss Caviolle. Emmm... may I know
where’s Amier?”
Miss Caviolle membuka sedikit langsir yang hampir

136
Shasfa alyahya

tertutup. Udara petang yang redup menerobos masuk ke


dalam rumah. Bau bunga-bungaan dari laman tepi rumah
membuahkan suasana yang mendamaikan jiwa serta
membelai perasaan hingga semua keresahan tadi hilang bagai
angin semilir yang berlalu pergi.
Natasya Shakilla memejamkan mata, menikmati
belaian perasaan yang terbuai indah.
“Sebenarnya Encik Amier sedang solat asar tadi.
Sudah menjadi kebiasaannya untuk berzikir dan bertasbih
sebelum menyudahkan ibadatnya. Insya-Allah sebentar lagi
beliau akan turun,” terang Miss Caviolle sebelum dia
meminta diri untuk menyiapkan minuman petang.
Natasya Shakilla bingkas dari duduknya. Matanya
kembali meliar memandang sekeliling ruang tamu tempat
dia berdiri. Tiada gambar manusia yang tergantung pada
dinding melainkan ayat-ayat suci al-Quran yang kemas
dibingkaikan. Tiba-tiba hatinya melonjak ingin tahu tentang
perihal kehidupan Amierul Mukminien sehari-harian. Apakah
rutin hariannya? Macam mana pergaulannya? Siapa ayah dan
ibunya? Malah macam-macam lagi yang dia ingin tahu.
Bagaimanakah seorang anak lelaki bisa dididik sebaik ini
dengan persekitaran yang jauh mengikut haluan dunia barat?
Subhanallah....
Hatinya kembali beristighfar. Kini begitu mudah
ayat itu meluncur di dalam hatinya. Dia sedar bahawa dia
juga akan berhijrah. Semakin lama dia berada di bumi
Malaysia, semakin bertambah nur yang menerangi segenap
hati. Entah mengapa, dia sendiri tidak mengerti. Adakah ini
hidayah daripada Rabbul ’Izzati?
Tanpa dia sedari, sepasang anak mata begitu leka
mengintai dari penjuru dinding.

137
Hot Gimmick

Natasya Shakilla terleka!

Hai orang-orang yang beriman, perkenankanlah


(seruan) Allah dan Rasul, bila ia menyeru
kamu, untuk menghidupkan kamu, dan
ketahuilah, bahawa Allah membatas antara
manusia dengan hatinya, dan sesungguhnya
kamu akan dihimpunkan kepada-Nya.
- Surah al-Anfaal, ayat 24.

Air mata yang ingin menitik pantas diseka sebelum


ia sempat menuruni tubir matanya yang mula sembap. Entah
kenapa, sepotong ayat itu benar-benar menusuk kalbunya,
seolah-olah tiada lagi lafaz yang dirasakan lebih indah
melainkan kalamullah yang agung, tertampal kemas pada
dinding rumah yang dibingkaikan indah. Tulisan khatnya
yang keemasan begitu memukau. Sesungguhnya dia benar-
benar tidak mengerti, apakah perasaan ini? Apakah maksud
tersiratnya? Apakah makna tersuratnya? Ya Tuhan, apakah
makna ini?
Persoalan demi persoalan yang terbit dari kata hati,
namun tidak mampu dijawab. Lidahnya kelu, otaknya beku.
Yang pasti, dadanya berselirat, penuh dengan tanda tanya
yang mula merajai hati. Untuk kesekian kalinya dia bingung.
Dia tidak langsung beralih dari kedudukannya, berdiri tegak
memandang kalamullah tersebut.
Ya, sehinggalah satu suara ajnabi kedengaran
menegur dari tingkat atas rumah.
Natasya Shakilla lantas berkalih pandang. Langkah
Amierul Mukminien menuruni tangga dipandang kosong,
sekosong jiwanya saat itu.

138
Shasfa alyahya

“Emmm... maaf, saya tak tahu ada tetamu,” ujarnya


dengan riak bersalah.
Natasya Shakilla menggeleng dengan senyuman
yang cuba dimaniskan. Yang pastinya, senyuman itu tetap
kelihatan hambar.
“Please have a seat,” jemput Amierul Mukminien,
sopan.
Natasya Shakilla akur. Otaknya cuba mengingat
kembali tujuannya datang ke rumah Amierul Mukminien.
“Actually, I have something quite important to ask.
May I?” Sejak bila pulak aku jadi sopan macam ni?
“Ah… yes, please.” Amierul Mukminien hairan
benar dengan sikap Natasya Shakilla yang bermusim secara
tiba-tiba. Agaknya apalah yang membuatkan gadis itu
kelihatan runsing benar?
“Ummm….”
Macam mana nak mula ni? Tadi bukan main berani
lagi!
Amierul Mukminien setia menanti ucapan yang
bakal keluar dari bibir Natasya Shakilla.
“Cantik rumah awak, Mier. Terkejut betul saya masa
mula-mula masuk tadi.”
Lain yang ingin diucap, lain pulak yang meluncur
keluar dari bibir Natasya Shakilla. Dia mula mengetuk pipi.
Macam mana ni…? Macam mana ni…?
“Come,” ajak Amierul Mukminien seraya berdiri.
“Ah?”
“Let’s have a look,” ajak Amierul Mukminien lagi.
Sliding door yang sedikit terbuka ditolak seluasnya.

139
Hot Gimmick

Bayu petang menerobos masuk, menerbangkan


langsir pintu yang putih bersih.
Tudung yang tersarung di kepala Natasya Shakilla
turut diterbangkan angin sepoi-sepoi bahasa. Pemandangan
halaman rumah yang kehijauan menerpa matanya. Dia mula
tertarik. Kakinya mula dihala ke luar. Tudung yang sedikit
senget dibetulkan sementara kakinya tiba di koridor.
Di hujung lantai marmar berwarna kuning air itu
terletak satu set kerusi rehat yang diperbuat daripada kayu
jati. Di sebelah kanannya terdapat alatan melukis di samping
sebuah kerusi dan meja yang berselerak dengan warna air.
Pantas sahaja kakinya ditala ke arah kanvas putih
yang sudah tercalit warna itu. “Wahhh…!”
Natasya Shakilla benar-benar teruja. Pemandangan
halaman rumah Amierul Mukminien terpapar pada kertas
lukisan itu.
“Mier…” Dia memandang Amierul Mukminien.
“Did you running this?” soalnya dengan mata yang
berkaca, benar-benar teruja.
Amierul Mukminien mengangguk dengan senyum
nipisnya.
Natasya Shakilla sudah pun melabuhkan punggung
di atas kerusi. Lukisan itu dipandang lagi. Hujung jarinya
sudah pun bermain di atasnya. Halaman belakang diselak.
Wow, ada lagi!
“Mier, this is great! Where’s this?” soalnya lantas
mengunjuk ke arah lukisan sebuah ladang dan bandar.
“French.”
“No wonder. Eh, tarikh ni… tiga bulan lepas, kan?”
Amierul Mukminien mengangguk.

140
Shasfa alyahya

“Melancong?”
“No, mother’s homeland.”
“Oh, see. So, your mother is French?”
“Yep, plus Sudan.”
Wah, satu kombinasi yang benar-benar menarik!
Natasya Shakilla betul-betul teruja! “Awak tahu tak? Saya pun
boleh melukis. Tapi ia lebih cenderung ke arah macam ni.”
Tangannya mula mencapai pen lalu dia melakar
sepasang lelaki dan perempuan. Animasi.
Amierul Mukminien mendekati.
“Siap!” ujar Natasya Shakilla lantas meletakkan
kembali batang penanya.
“Saya tergilakan kartun sikit, anime plus manga,”
ujarnya dengan senyum lebar.
“Hmmm… Japanese,” komen Amierul Mukminien
dengan senyuman. Tidak disangka teman barunya seorang
‘otaku’ manga.
Natasya Shakilla ketawa riang. Suka benar hatinya
melihat senyuman Amierul Mukminien. Sekali tengok
macam Dev dalam drama Kaajjal pun ada, kecuali wajahnya
yang putih bersih dan rambutnya yang merah.
“Assalamualaikum!”
“Waalaikumussalam. Nanny, please come.”
Miss Caviolle tiba dengan dua gelas air teh strawberi
dan sepinggan kek batik.
“Please enjoy your tea-time,” ucap Miss Caviolle
sebelum berlalu.
Serentak Amierul Mukminien dan Natasya Shakilla
mengucapkan terima kasih.

141
Hot Gimmick

Amierul Mukminien mengambil tempat di atas


kerusi. Air teh dihidang buat Natasya Shakilla dan dirinya.
“Sedapnya bau…” puji Natasya Shakilla. Air dicapai
lantas dihirup perlahan.
“Sebenarnyakan… saya nak tanya awak sesuatu,
Mier.” Natasya Shakilla mula membuka kata. Tujuan asal
kedatangannya mungkin kedengaran lucu dan kebudak-
budakan, tetapi dia tidak kisah. Yang paling penting
matlamatnya terlaksana.
“Boleh tak kalau saya menguzurkan diri untuk kem
kali ni?” soalnya tersekat-sekat. Keningnya terangkat menanti
jawapan.
“Reasons?”
“Ummm….” Natasya Shakilla menunduk. Serba
salah untuk menceritakan peristiwa yang telah berlaku tadi.
Lagipun, Amierul Mukminien sendiri kawan kepada Harizd.
Kawan baik pulak tu! Argh… tensionnya! “Urg, just forget
that! I was just kidding. Ha ha ha….”
Kening Amierul Mukminien berkerut. Hairan benar
dengan sikap Natasya Shakilla. “Asya, are you okay?”
“I’m just fine. Tengok, sihat walafiat apa ni? Ha ha
ha… risau aje tadi tapi rasanya sekarang ni dah okey dah.
Insya-Allah, okey. Mier, hobi awak memang melukis, ek?”
“Mmm… second hobby.”
“Oh, yeah? So, what is your most favourite hobby?”
“Al-Quran.”
Terangkat kening Natasya Shakilla.
“Everything related to al-Quran. Membaca dan
mendalaminya,” terang Amierul Mukminien perlahan.
Namun begitu, nada suaranya kedengaran tegas.

142
Shasfa alyahya

Melalui intonasi suaranya, Natasya Shakilla akur


bahawa Amierul Mukminien memang telah terdidik dengan
berpandukan ajaran al-Quran dan sunnah sebagai pegangan
hidup. Dan buat kesekian kalinya perasaan kagum hadir
memenuhi hatinya. Hebat sungguh keluarga ini!
Berapa ramaikah anak muda Malaysia yang masih
berpegang pada peninggalan Nabi Muhammad SAW ini? Yang
pastinya, dia juga turut hampir melupakannya. Suatu ketika
dulu, dia pernah turut hanyut dibuai perasaan indah yang
hanyalah sebuah kepura-puraan yang bertindak menggelapkan
hati, menutup pintu hidayah daripada mendekati. Ignorant is
bliss! Subhanallah….
Sedar tak sedar, jam sudah menginjak ke angka
enam empat puluh petang. Cepat-cepat Natasya Shakilla
meminta diri untuk pulang. Pasti mama akan membebel jika
tahu dia meninggalkan barang begitu sahaja dan pergi ke
rumah kawan. Mama pasti telah lama pulang ke rumah.
Telahan Natasya Shakilla ternyata benar. Dan mama
telah sedia menanti di hadapan pintu.
“Natasya Shakilla…!”

“KAT majlis orang nanti, jaga perangai tu. Jangan buat


perkara tak senonoh pulak!”
“I’m with your words, your honour. Can I go?”
“Get going my princess, you’ll be so late!”
Jeritan papanya yang sedang bersarapan kedengaran
dari dalam rumah.
Natasya Shakilla tertawa senang.

143
Hot Gimmick

“Muchos grassias, my lord,” ujarnya dengan badan


yang sedikit dibengkokkan, gaya puteri barat menghadap
ayahandanya. Tanpa menunggu respons, Natasya Shakilla
terus melompat ke atas basikal lalu mengayuh pergi. Hilang
terus gaya bangsawannya tadi.
“Jangan balik lewat, Asya!” Puan Jalina masih berat
melepaskan Natasya Shakilla.
“Ya!!!!”
Selepas kelibat Natasya Shakilla terlepas dari
pandangan, barulah Puan Jalina menapak masuk. Suaminya
yang sedang menjamu selera dihampiri.
“Hish, macam tak yakin pulak dengan budak tu!
Dalam minggu ni aje hati ni asyik dup-dap, dup-dap tak
berhenti. Naik risau pulak dibuatnya!” luahnya sambil
menarik kerusi untuk duduk.
Encik Emran yang baru menyudahkan makannya
mengangkat pinggannya ke sinki. Tangannya mula ligat
membasuh. “Sejak balik ke Malaysia lagi hati awak dok dup-
dap, dup-dap, mamanya. Siang malam asyik gelisah aje,
sampaikan papa pun mula gelisah sama, takut mama terkena
penyakit.”
Usai membasuh, kain napkin dicapai. Kedua-dua
tangannya yang basah dilap seadanya.
“Ke situ pulak papa ni! Mama takut anak dara
kesayangan papa tu kembali pada perangai asal dia… tu aje!
Jangan kata papa dah lupa peristiwa kat Sydney dulu dahlah,
papa… mama takut sangat!”
“Mama….”
Encik Emran sudah pun berdiri di belakang
isterinya. Masakan dia lupa akan peristiwa itu. Selepas

144
Shasfa alyahya

kejadian secara tidak sengaja itu, barulah dia sedar akan


kesilapannya memberi kebebasan buat anak gadisnya yang
masih mentah itu. Sebagai seorang bapa, dia juga benar-
benar takut seandainya Natasya Shakilla kembali kepada
keadaan itu. Sungguh dia tak sanggup!
“We must trust Asya. Everyone will love her, as we
do,” pujuk Encik Emran. Belakang isterinya dirangkul.
Hatinya benar-benar yakin bahawa Natasya Shakilla sudah
berubah.
“Semua orang akan menyayangi Asya, seperti kita
semua….” Katanya memujuk isteri tersayang.

PEKARANGAN sekolah sudah dipenuhi oleh para pelajar


yang sebahagian besarnya adalah pelajar kelas sains.
“Shakilla!!! Kau lambat lagi!”
Sebaik sahaja Natasya Shakilla tiba, suara rakan-
rakan yang mengenalinya mula kedengaran. Mana taknya,
kalau muka yang selalu lewat memang tak ada orang lain
lagi, Natasya Shakillalah the one and only!
“Eiii… mahu aja aku tinggalkan kau, tau! Nasib
baiklah aku ni penyabar dan baik hati, barulah aku pujuk dia
orang ni tunggu kau!” ujar Izuddin dengan gaya ‘perasan
macho’nya.
“Eleh… kau tak payah nak jadi talam dua mukalah,
E-ju! Tadi bukan main lagi kau kutuk Killa!” sampuk Afiq
sinis.
Pelajar yang lain bersorak mengiakan.
Natasya Shakilla tersengih menghampiri.

145
Hot Gimmick

“Siapa yang kutuk aku tadi?” soalnya, pura-pura


marah. Yang sebenarnya dia hanya nak tutup kesalahan
sahaja. He he he….
“Mana ada?” Izuddin mengelat.
Natasya Shakilla ketawa senang.
“Oit, Killa!”
“Amboi… dah la lewat, dengan senang hatinya kau
dok ketawa kat situ, ya!” marah Arienna, kelat.
“Traffic jam la…”
“Dah! Dah! Jom kita pergi. Semua orang dah naik
bas tu!”
“Ai, ai, chiff!”
“Siapa chiff? Si E-ju ni tak ada talent pun nak jadi
chiff!”
“Eleh… dengkilah tu!”
“Woit...!!!!”

SELEPAS setengah jam perjalanan, akhirnya bas sekolah


yang disewa tiba di hadapan kediaman Miss Jane.
Para pelajar kelas 5Sc2 mula melangkah turun.
Masing-masing membetulkan pakaian dan meregangkan
urat. Dari jauh lagi kemeriahan majlis sudah dapat dirasai.
“Wah, meriahnya!”
“Mana taknya, husband Miss Janekan anak ahli
politik tersohor, mesti ramai ahli politik yang lain turut
diundang ke sini!”
Natasya Shakilla mengangguk. Sebab itulah Miss

146
Shasfa alyahya

Jane menjemput semua pelajar kelasnya. Inilah kali pertama


dia merasai kemeriahan majlis di negara sendiri. Sejak berada
di negara orang, dia tidak berpeluang menghadirkan diri di
majlis-majlis yang besar dan gilang-gemilang, cuma beberapa
parti kawan-kawan dan majlis perkahwinan sederhana bagi
orang Islam di sana. Itu pun cuma majlis kesyukuran.
“Wahhh!!!”
Lamunan Natasya Shakilla mati tatkala mendengar
jeritan rakan-rakan perempuannya. Dengan perasaan ingin
tahu, dia turut menghampiri mereka. “Kenapa ni?”
“Tengoklah tu… 3K!!! Dan semuanya pun ada di
sini!” jerit salah seorang daripada mereka.
Arienna dan Ruqyah pun turut menggamatkan
suasana.
Aiii… memang tak ada kerja lain agaknya dia orang
ni?
Natasya Shakilla buat muka toya. Dari arah
belakang, dia mendengar enjin kereta dimatikan. Pintu kereta
dibuka dari dalam lalu jeritan para pelajar perempuan
kembali kedengaran. Pasti mereka sudah melangkah turun.
“Astaghfirullahalazim… macam mana la dia orang
boleh datang time-time macam ni jugak?” rungut Izuan
sambil menghampiri Harizd.
“Biarkan ajelah dia orang ni!” rengus Harizd. “Jom
masuk!”
Amier Mukminien mengangkat sedikit bahu tatkala
Izuan memandangnya. Ternyata keadaan ini telah berjaya
men‘spoil’kan mood Harizd.
Izuan dan Amierul Mukminien mengikut Harizd
dari belakang.

147
Hot Gimmick

Para pelajar pula segera memberi laluan kepada


‘orang besar’ dengan segala hormatnya.
Natasya Shakilla naik meluat. Disebabkan itulah,
dia langsung tidak berganjak dari tempatnya, sehinggalah
Harizd tiba betul-betul di hadapannya.
Hah, dia lagi! dengus Natasya Shakilla di dalam
hati.
Hah, dia lagi! dengus Harizd, juga di dalam hati.
Harizd dan Natasya Shakilla saling berpandangan.
Mata mereka beradu dalam diam. Masing-masing mahu
menuntut kemenangan yang entah dari mana puncanya.
“Hadiah dari alien semalam best tak?” soal Natasya
Shakilla perlahan, penuh sinis.
“Best sangat, sampai aku rasa nak balas dengan
pendidikan yang bermoral untuk kau. Jaga-jagalah nanti,
spoilsport! Ramai ‘cikgu’ yang tegas menanti!” balas Harizd
perlahan, namun penuh ugutan.
“Aku pun rasa bagus untuk alien macam aku.”
Sinis.
Pertarungan alam lain yang tidak mampu dibaca
oleh orang sekeliling mereka semakin sengit. Baik Harizd
mahupun Natasya Shakilla, masing-masing tidak mahu
mengalah. Masing-masing penuh ego dan kelicikan.
“Hai… tak tahan aku!” rungut Izuan.
“Ah Kam!”
Hah, lega! Akhirnya pertarungan entah apa-apa
entah budak berdua ni bakal menemui garisan penamat.
Kalau tidak, entah sampai ke manalah dia orang akan duk
macam ni? Hai… tak tahan aku! Izuan bermonolog.

148
Shasfa alyahya

“Ah Kam!”
Panggilan itu kedengaran lagi.
Masing-masing berpaling ke arah datangnya suara
itu.
Dari jauh lagi kelihatan Miss Jane atau sekarang ni
Mrs. Chue berlari-lari anak dalam gaun putihnya yang labuh.
Destinasi pertamanya, sudah tentulah ke arah Harizd.
“At last you’re coming, my dear!” ucapnya dengan
senyum melebar. “I’ve waited for you since I wore this gown.
How do I look?”
“You’re really beautiful, Miss Jane!” Pelajar-pelajar
perempuan menjawab girang, persis anak-anak tahun satu.
“Toce sait! Dah, jom masuk! I’ve prepared special
halal dishes for all of you. Come!”
“Jom, Killa!”
“I’ve lost my mood,” ujar Natasya Shakilla, masih
mematungkan diri memerhatikan teman-temannya berlalu
pergi.
“Korang pergilah dulu! Kejap lagi aku surely
masuk,” ucapnya, meyakinkan mereka. Dan begitulah, dia
ditinggalkan bersendirian di luar, termangu-mangu
memerhatikan para tetamu yang lalu lalang. Mood dia
memang betul-betul dah pecah!
Semua ni sebab si bighead tu la! Kalau kau tak ada,
tentu aku tak jadi macam ni!!!
“Shakilla?”
“Yes?”
“Kenapa tak masuk? You don’t like my day, do
you?”

149
Hot Gimmick

“Eh, taklah!” Pantas Natasya Shakilla menggeleng.


“I lose my appetite… as I see him!”
Mrs. Chue tersenyum mendengarnya. Memang dia
sering mendengar cerita tentang Harizd dan Natasya Shakilla
di sekolah. Entah penangan apa yang Natasya Shakilla
berikan, sampai Harizd yang tak suka ambil kira hal yang
remeh-temeh pun jadi penasaran. Asal jumpa aje, mesti
gaduh. Jumpa aje, mesti bertekak. Unik sungguh!
“You’re laughing at me…”
“Sudah tentulah! You and Ah Kam are my students,
and both of you have unique chakras. The two of you are
exactly like cats and dogs!”
“Meaning…?”
“I am a matured woman, and I’ve had gone
through many experiences, and one of them is this kind of
peculiar relationship. How much did you hate him?”
“So very much. And sometimes, bila nampak muka
dia aje, suddenly there are butterflies in my stomach.”
“No no no... my dear. You should not do that. You
know what? When you’re really mad at someone, by time
passing, this feeling will turn to love. At that time, you’ll play
with your own emotions. Semua tu pastinya mengganggu
pelajaran awak. Saya tak nak anak-anak murid saya gagal
dalam peperiksaan nanti. Did you get it?”
“Yes, ma’am. Thanks for your courage. I really
appreciate it.”
“Come!” ajak Mrs. Chue lantas menarik tangan
Natasya Shakilla mengekorinya. “You pergi Charisma Camp
nanti, kan?”
“I guess.”

150
Shasfa alyahya

“Ah Kam, you must take good care of her.”


Mrs. Chue menguatkan suaranya tatkala mereka
melintasi meja makan pelajar-pelajar lelaki.
Harizd, Amierul Mukminien dan Izuan yang sedang
makan lantas berpaling, terperanjat dengan teguran yang
tiba-tiba itu.
“Somehow, two of you’re wearing the same colour
today!”
Para pelajar lelaki yang sedang makan, serentak
menyakat.
Harizd dan Natasya Shakilla berpandangan.
Kemudian, masing-masing menarik muka empat belas.
Mrs. Chue pula, lekas-lekas meminta diri untuk
melayan tetamu lain. Pandai dia mengenakan anak muridnya,
ya! Mentang-mentanglah hari ni wedding dia….
Sebelum berlalu ke meja pelajar perempuan,
Natasya Shakilla sempat menghadiahkan jelingan maut
untuk pelajar-pelajar lelaki bagi melepaskan geram. Namun
jelingannya hanya memanjangkan suara menyakat bebudak
lelaki.
Arghhh…!!!! Aku tension!

151
Hot Gimmick

bab 10
Camp of havoc.

“I
F you really mad at someone,
by time passing, this feeling
will turn to love….”
Natasya Shakilla masih tidak senang duduk dengan
kata-kata Mrs. Chue petang tadi. Dia berkalih ke kiri. Jam
yang tergantung di dinding mula menginjak ke angka dua
pagi. Argh… this is nonsense! Did I trap myself into such a
trouble? Did I…?
Pandangannya kembali ditala ke arah siling.
Serentak, fikirannya menerewang mengingati kata-kata
teman-temannya dahulu.
“Killa, jaga-jaga sikit bila dah naik benci tu!” tegur
Ruqyah.
“Why?” Natasya Shakilla kehairanan. Pelik betul
bunyi nada suara Ruqyah. Apa ke he?
“Haah, apesal?” Arienna turut menyampuk. Pipinya

152
Shasfa alyahya

menggembul-gembul dipenuhi makanan. Tak beradab


betullah minah ni!
“Aku takut perasaan benci yang meluap-luap tu
bertukar...” Ruqyah masih ingin bermain tarik-tarik tali.
“Hai, kawan! Apa maksud lu ni... don’t play-play
la....”
“Kalau kau tengok dalam TV, orang yang saling
membenci akan bertukar jadi apa, ya?”
Natasya Shakilla mula menunjukkan muka blur.
Apa? Saling berbunuhan? Take the gun and killing each
other?
Minah ni betul-betul tak paham bahasa la... Ruqyah
menjeling Arienna yang tersengih-segih mula menangkap
maksudnya. “Yalah... yalah... payah paham betullah Si Killa
ni. Kalau orang yang tak sejenis mula benci dengan tahap
paling maksima, feeling tu akan bertukar menjadi sesuatu
yang special. I mean, hate turns to lov…”
“Nonsense!!!”

“NATASYA SHAKILLA, kenapa muka kamu macam ayam


berak kapur aje ni?”
“Tak cukup tidur, ma…” jawab Natasya Shakilla
malas. Memang dia tidak dapat melelapkan mata semalam.
Semuanya dirasakan serba tidak kena. Akhirnya, dia on-line
dan chatting dengan kengkawan sampai pukul empat pagi.
Gila tak gila?
“Boleh ke kamu join camp tu? Hari ni Husna nak
datang dengan Mira. Alamatnya tak ada masa berehatlah
kamu nanti.”

153
Hot Gimmick

“Yaaa….”
Dan ternyata benar, sehari suntuk Natasya Shakilla,
Hanis Humaira’ dan Hidayatul Husna menghabiskan masa
bersama. Banyak perkara menjadi bualan mereka. Pada
malamnya, selesai sahaja menunaikan solat isyak, Natasya
Shakilla terus lena diulit mimpi. Keletihan.
“Ayez….”
“Aku benci kau! Jadi dengan keturunan kau
sekalilah aku benci!!! Aku tak nak tengok budak ni!!!
Keluar!!!”
“Asya…!”
Seorang anak kecil berlari menuruni rumah papan
lalu bersembunyi di belakang semak berhampiran sawah yang
terbentang.
“Huuu… Tuk Mek tak pernah pun sayangkan Asya.
Hu hu hu….”
Prak…!
“Siapa?” soalnya, terkejut.
Seorang budak lelaki berdiri dengan tangan
bersilang. Wajahnya samar-samar kelihatan, dihalang cahaya
matahari pagi dari arah belakang.
“Siapa awak ni?”
“Aku yang patut tanya siapa kau! Apa kau buat kat
site aku?”
“Huh?”
“Jawab soalan aku!”
“Sss... saya Asya.”
“Asya!!!”
“Opocot hantu kau!!!”

154
Shasfa alyahya

“Astaghfirullahalazim…!” Puan Jalina bercekak


pinggang melihat Natasya Shakilla yang sudah jatuh tergolek
dari atas katil.
“Aduh!”
“Natasya Shakilla, cuba tengok jam dah pukul
berapa sekarang? Bas kamu bertolak pukul berapa, sayang
oiii?”
“Huh? Pukul berapa ya?” Natasya Shakilla yang
masih mamai memanjat naik ke katil. Ditenung jam
dindingnya lama-lama. Tujuh… tiga… lapan… hah? Tujuh
tiga puluh lapan? “Argh!!!!”
Jeritannya kedengaran di segenap ruang banglonya,
seperti pagi-pagi sebelum ini juga.
Natasya Shakilla segera bersiap, subuh gajah dan
berkemas. Tepat jam lapan empat puluh lima, Natasya
Shakilla melangkah keluar. Dia mengomel sendirian apabila
mendapati kereta papanya telah tiada di garaj. Sahlah dia dah
kena tinggal. Itulah, lambat lagi!
“Better get a cab!” omelnya lagi sambil melangkah
keluar dari rumah. Belum sampai ke simpang jalan, sebuah
kereta membunyikan hon ke arahnya.
Natasya Shakilla yang sedang panas hati ingin
menghamburkan amarah, namun segera terpadam apabila
melihat Amierul Mukminien di sebalik cermin hitam kereta
yang terbuka perlahan.
“Assalamualaikum!”
“Wa… waalaikumussalam!”
“Jom!”
“Hah?”
“Let’s go!”

155
Hot Gimmick

“MANALAH perginya Si Killa ni? Bas dah nak bertolak ni,


batang hidungnya pun tak nampak-nampak lagi!” Arienna dan
Ruqyah mundar-mandir di tepi bas sekolah.
Para pelajar dari kelas 5Sc1 dan 5Sc2 mula
berkumpul di hadapan bas masing-masing dengan bagasi.
Beberapa orang guru pengiring yang ikut serta
mula membahagikan tugas mengikut kumpulan yang baru
diatur sebentar tadi.
“Baiklah, siapa yang off?”
“Cikgu!” gamit Arienna. “Shakilla belum datang
lagi!”
“Aiii, si princess hour ni lambat lagi…” omelan
Izuddin kedengaran.
“Maaf, cikgu.” Harizd dan Izuan merapati. “Amier
pun sama.”
Keadaan mula hingar-bingar seperti penjual ikan di
pasar.
Seketika, sebuah kereta Mercedes memasuki
pekarangan sekolah.
Harizd yang telah mengenali kereta tersebut pantas
mengorak langkah menghampiri.
“Mier,” tegurnya sebaik sahaja Amierul Mukminien
melangkah keluar.
“Sorry,” ucap Amierul Mukminien. Matanya
mengerling memandang pintu kanan keretanya.
Serentak dengan itu, Natasya Shakilla melangkah
keluar dari perut kereta.
Harizd menajamkan pandangan matanya. Aku salah
tengok ke ni?

156
Shasfa alyahya

Wargh…!!!!
Tak sampai setengah minit, keadaan kembali bising.
Pelajar perempuan terlopong melihat Natasya Shakilla
dengan muka toyanya. Gimik apa ni?
“Okey, guys and girls! Everybody’s here, so let’s get
going!”
Laungan Cikgu Irfan berjaya mematikan suasana
yang sedang gamat.
Para pelajar mula bergerak menaiki bas.
“Thanks, Mier!” ucap Natasya Shakilla, ikhlas.
Sempat dia membalas pandangan Harizd yang
sentiasa tajam tu sebelum berlalu. Ah, lantak kaulah nak fikir
apa pun! Peduli apa aku!
Sebaik sahaja menaiki bas, pelajar perempuan yang
sedang tertoleh-toleh sebentar tadi segera mengalihkan
pandangan ke luar tingkap. Ada juga yang berbual-bual. Di
sebalik pelbagai ekspresi wajah tersebut, tanpa Natasya
Shakilla sedari, terlindung renungan tajam beberapa pasang
mata ke arahnya. Di benak masing-masing terkandung
rancangan!

“ALHAMDULILLAH, akhirnya kita tiba dengan selamatnya


di sini.” Suara Cikgu Irfan kedengaran lantang memberi
taklimat. “So, perkara pertama yang akan kita lakukan
ialah membersihkan tapak dan mendirikan khemah. Pelajar
perempuan di sebelah kiri saya, manakala pelajar lelaki di
kawasan lapang sebelah kanan saya. Selepas ni, kamu mesti
patuh kepada pemimpin, kami takkan handle dah. Lelaki,
Harizd dan perempuan, Dalya.”

157
Hot Gimmick

Cikgu Irfan memberikan laluan kepada Harizd


untuk meneruskan program.
Natasya Shakilla mengekor dengan lirik mata.
Setahunya Sir Z pun ikut sama, tapi kat mana, ek? Tak
perasan pulak! Hah, itu dia! Bibirnya menguntum senyum
tatkala matanya menangkap kelibat guru muda yang sedang
berbual-bual dengan Cikgu Irfan.
“Saya tak nak mana-mana pelajar melanggar
disiplin yang telah ditetapkan!”
Dia dah mula dah.…
“Sebelum bertolak tadi saya dah bahagikan ketua
kumpulan masing-masing. Mulai saat ini, pada ketika ni,
kamu semua dikehendaki akur akan perintah ketua dan
bergerak dalam kumpulan. Saya tak nak ada sesiapa di antara
kalian yang mendapat musibah gara-gara sikap kalian
sendiri!”
Huh! Skema gila!
“So, sekarang boleh bergerak dan sebelum pukul
satu setengah, semua mesti berada di sini bersama kain
sembahyang. Bersurai!”
Natasya Shakilla mencemik. Eiii, ingat join ni
bolehlah release tension! Makin tension adalah! Hah,
betulkan instinct, kata tak payah ikut tadi?
“Killa!”
“Hah!”
“Kita sekumpulan, group lima. Ari pulak group dua.
Tahu tak siapa ketua kita? Adhzarinna! Tak sangka betul!”
terang Ruqyah dengan senyuman.
Natasya Shakilla mengangguk cuma, cuba
menyembunyikan ketidakpuasan hatinya. Nampaknya makan

158
Shasfa alyahya

hati berulam jantunglah sepanjang tiga hari dia di sini.


Huargh… bapak boringnya nak ikut rules headboy bighead
tu….

“KILLA, tolong ambik air kat sungai sana,” arah Adhzarinna


sambil menyuakan baldi.
Natasya Shakilla yang sedang memasang khemah
berpaling. “Ai ai ma’am! He he he…!”
Natasya Shakilla tiba-tiba diterjah rasa kagum
terhadap Adhzarinna. Yalah, kat dalam kelas bukan main
pendiam lagi! Rupa-rupanya dia seorang yang aktif jugak, ek?
Boleh tahan!
Dari celah semak, sekitar enam meter dari tapak
khemah pelajar perempuan, kelihatan khemah pelajar lelaki
yang telah siap dipasang.
Natasya Shakilla terus menghalakan langkah ke
sungai.
Dari sebalik pokok, beberapa pasang mata telah
bersedia untuk bertindak.
Natasya Shakilla leka bercangkung di atas batu
sambil menenggelamkan separuh baldi ke dalam air.
Pada waktu yang sama, beberapa pelajar
menghampirinya, terjengket-jengket lalu mencurah minyak
masak yang dibawa ke atas batu, betul-betul di belakang
Natasya Shakilla.
Pada masa yang sama pelajar-pelajar terbabit
melarikan diri, Natasya Shakilla sudah berdiri dengan baldi
yang penuh berisi air. Dia berpusing lapan puluh darjah dan
mula berjalan.

159
Hot Gimmick

Setapak, dua tapak, tiba-tiba…


“Killa! Oit, Cik Killa! Sini, sini!”
Natasya Shakilla pantas berpaling. Kakinya mula
menghala ke arah suara yang memanggilnya.
Nun berhampiran khemah lelaki kelihatan Izuddin
sedang melambai-lambaikan tangannya yang tersangkut
tuala. “Meh mandi meh! Jangan cemburu, kita orang boleh
mandi puas-puas! Buekkk…!”
Natasya Shakilla mencemik. Eleh, mentang-
mentanglah pelajar perempuan tak dibenarkan mandi sungai,
sesodap rase jer dia naik tocang ya?
“Tak heranlah, E-ju! Wekkk!” Natasya Shakilla
membalas.
“Eleh, dengkilah tu!”
Gedebushhh!!!
Mereka sudah pun memulakan langkah dengan
acara kuak lentang, kuak rama-rama, kuak kura-kura dan
segala macam jenis kuak lagi.
Natasya Shakilla menggeleng geli hati sambil
berlalu pergi. Sempat dia mengelak apabila ada pelajar yang
nakal bangat itu cuba menyimbahkan air ke arahnya. Natasya
Shakilla tertawa senang.
Namun, di sebalik sebatang pokok, terdapat
beberapa pasang mata yang kegeraman, tidak puas hati
apabila rancangan yang diatur tidak mencapai sasaran.
Salah seorang bertindak menumbuk batang pokok
yang tidak berdosa itu. “Beritahu Adhz, rancangan tak
berjaya. Kita mesti fikirkan cara lain!”

160
Shasfa alyahya

USAI menunaikan solat maghrib dan isyak berjemaah, para


pelajar mula bersiap untuk acara seterusnya. Beberapa orang
pelajar yang dilantik sebagai ad hoc, bertungkus-lumus
menyediakan unggun api, termasuklah kumpulan 3K yang
‘dihormati’. Mereka mula mengelilingi unggun api untuk
mendengar taklimat seterusnya daripada Harizd.
“Okay, please lend me your ears! Kita orang dah
beritahu ketua kumpulan masing-masing tentang game
malam ni. You do have all the things with you, don’t you?”
Hah? Benda apa? Apa? Natasya Shakilla mula kaget.
Matanya meliar seluruh tempat, cukup tiga ratus enam puluh
darjah. Semua orang sedang pegang kertas, pen, marker,
gunting and so on. Then, what about me? How could it be
that I’m the only one who is left behind? Adhza…
“I thought I saw someone with nothing….”
Suara seseorang kedengaran.
Natasya Shakilla menelan liur. Langkah yang
semakin menghampiri menambahkan debar Natasya Shakilla.
Wajah gadis yang hanya diterangi samar-samar cahaya
unggun api, tertangkap oleh pancaindera Natasya Shakilla.
“You’re that troublemaker from 5Sc2! Hmmm….”
Sinisnya suara! Sudahlah mukanya macam tak ada
perasaan langsung. Mati aku! Mati!!!
“Harizd, apa hukuman untuk orang yang cemerkap
macam dia ni?” Gadis yang sama menggamit Harizd.
Semua mata sudah terarah pada Natasya Shakilla.
Harizd memandang tajam sebelum menghampiri.
“Siapa lagi yang pelupa tu?”
Suara garang Harizd mula menggegar suasana.
Wajah semua dipandang sehingga akhirnya kembali ke wajah

161
Hot Gimmick

Natasya Shakilla. “You guys, apakah hukuman yang telah


ditetapkan untuk orang yang careless macam dia ni?”
“Servant!” jerit seorang pelajar yang tidak diketahui
siapa empunya diri.
“Yes! I agree! For all days here!” Seorang lagi
menambah.
Gulp!!!
“I’m with their words!” sambut suara yang entah
dari mana datangnya.
“No!”
Yang lain membantah. Pastinya budak sekelas tu!
Suasana semakin gamat.
“Let it be just for tomorrow!”
Harizd menggosok dagunya sambil berjalan
mengelilingi Natasya Shakilla.
“Then, check!” putusnya.
“Teruskan permainan asal!” Harizd sempat
menjeling sinis sebelum berlalu.
Natasya Shakilla terkelu. Kemudiannya dia hanya
mampu menyaksikan tanpa kudrat untuk turut serta.
“Cheer up, Asya!”
Tiba-tiba satu suara menegur.
Natasya Shakilla berpaling lemah. “Mier… I’d lost
my soul….”
Amier Mukminien tersenyum segaris.
Melihat senyuman berharga Amierul Mukminien
itu, semangatnya yang menghilang kembali semula. Haaa,
hulp!

162
Shasfa alyahya

“Saya dah agak dah, mesti bad luck occur when he’s
here!” rungutnya perlahan. Matanya dilarikan ke arah rakan-
rakannya yang sedang mencari port sesuai untuk menulis.
Entahlah, meluahkan isi hati kut! “Saya tak tahu langsung
apa event malam ni. Kenapa semua orang boleh tahu? Tak
aci! I’m innocent!”
“There’s nothing special tonight,” luah Amierul
Mukminien tiba-tiba.
Natasya Shakilla berpaling. “Hah?”
“Emmm... confession and suggestion, that’s all.”
“Well, Encik Amier, can you please tell me aktiviti
apa yang menanti saya esok? I’m a slave now, so I need some
preparations. He he he….”
Amierul Mukminien tersenyum nipis. Punggungnya
dilabuhkan di atas pasir bertentangan dengan arah cahaya
unggun api yang sedang marak.
Natasya Shakilla turut melakukan hal yang sama.
Hatinya berbunga gembira. Yalah, sekurang-kurangnya dapat
juga dia berbual dengan Amierul Mukminien! Kih kih kih….
Natasya Shakilla bergembira, namun sayangnya
kegembiraannya mengundang rasa marah di dalam hati
ramai orang. Nun jauh di belakang unggun api, beberapa
pelajar perempuan menjeling dengan mulut masing-masing
yang mengherot benci.
“Damn it! Perempuan ni memang kurang ajar!”
“Selamba badak dia aje! Argh, geramnya!!!”
“Mana Adhz? Oit, Adhz! Apa macam?”
“Apa rancangan nak kasi tutup mulut minah tu?”
Seorang gadis tampil ke tengah mereka dengan riak
muka penuh keyakinan. Wajahnya terangkat penuh sombong.

163
Hot Gimmick

“Huh! I’ve a brilliant idea, girls. And I’ll make sure


it will shut that troublemaker up!”

BERMULA daripada terbukanya mata, sebelum sinar mentari


masih bersembunyi di ufuk bumi, sehinggalah matahari
berdiri betul-betul di atas kepala, Natasya Shakilla masih
belum berhenti rehat. Ada sahaja arahan yang menampar
cuping telinganya. Shakilla itulah, Shakilla inilah, akhirnya
segala-galanya Shakilla! Urgh, tension! Macam orang bodoh,
dia akur dengan kehendak entah apa entah teman-temannya
itu. Yang pastinya, nampak sangatlah dia orang sengaja nak
memainkan keadaannya. Dah terang lagi bersuluh, dia orang
nak mengambil kesempatan! Arggghhh…!!!
“Killa…!”
Hah, ada dah yang panggil!
“Ya…” sahutnya malas.
Dua orang pelajar perempuan dari kelas sebelah
menghampiri dengan senyum panjang.
“Tolong bersihkan tapak permainan sebentar tadi
dan kemaskan tempat untuk solat zohor berjemaah!” arah
salah seorang daripada mereka.
Natasya Shakilla buat muka toya. “Bukan tu semua
tugas ad hoc ke? Apesal saya pulak?”
“Hah, ya ke? Tapi ad hoc yang pesan kat kita orang,
suruh beritahu awak. Kita orang tak tahu, awak tanya dia
orang sendiri!”
Habis langsung ucapannya, mereka terus berlari
pergi.

164
Shasfa alyahya

Natasya Shakilla tercengang buat seketika. Ini


betul-betul dah melampau ni! Si bighead… ni semua kau
punya pasallah! Tangannya dikepal kuat. Dia benar-benar
hendak buat perhitungan dengan Harizd. Kerana itu jugalah,
habis satu tapak perkhemahan dijelajahi namun bayang
mamat tu tidak langsung kelihatan. Akhirnya, terpaksalah
dia mengerjakan arahan yang tiada hitam putih tersebut
sehinggalah masa seharinya berlalu begitu sahaja.
Tatkala petang menjelang, Natasya Shakilla sudah
tidak larat untuk melakukan apa-apa lagi. Akhirnya dia
melarikan diri ke sungai. Batu-batu kecil dicapai lalu
dilempar ke dalam sungai yang mengalir.
“I’m sick of this nonsense!!! Tak adil! Berat sebelah!
Argh!!!” jeritnya sekuat hati. Lantaklah kalau ada orang
dengar pun! Dia dah tak peduli lagi!
“Siapa yang tak adil?”
“Ackkk...!” Natasya Shakilla terkejut.
Ada suara menyapa. Dahlah familiar pulak tu! Siapa
ek? Perlahan wajahnya dipalingkan ke belakang.
“Hai!” Izuan yang berdiri tidak jauh di belakang,
mengangkat sedikit tangan kanannya, menyapa.
Natasya Shakilla terkejut. Aih, mamat nikan…
sepupu Mira, kan? And one of 3K! Apa dia buat kat sini? Dia
dengar ke apa yang aku bebelkan tadi? Oh, absolutely!
Arrrhhh….
“Can I join you?” pinta Izuan.
Belum sempat Natasya Shakilla menjawab, dia
terlebih dahulu mengambil tempat berhampiran gadis itu.
Natasya Shakilla mengangkat kening. Baik tak
payah tanya tadi!

165
Hot Gimmick

“Letih ke?”
“Surely, surely, surely, yes!!! That’s good enough I
don’t lose my consciousness. I’m really really tired! Huarh…!
Buruh bangunan pun tak sepenat ni!” luah Natasya Shakilla.
“Nah!” Izuan menyuakan setin air Pepsi sambil
bangkit dari duduknya.
Teragak-agak Natasya Shakilla menyambut huluran
tersebut.
Apabila tin Pepsi sudah bertukar tangan, Izuan
tersenyum lebar sambil memandang Natasya Shakilla.
“Sebenarnya awak tak perlulah akur sangat arahan
dia orang semua tu. Kita orang cuma nak tengok perasaan
patuh kepada pemimpin sahaja. Tapi awak overreact sangat,
sampai dipermainkan dia orang semua. Just don’t be too
naïve, okay?” Izuan tersengih nakal sebelum berlalu pergi.
Natasya Shakilla tercengang lagi, bingung seketika.
So, dari awal-awal lagilah aku dipermainkan? Argh! Air Pepsi
di tangan dipandang. Dahaga… but I hate bicarbonates!

“WAN, I saw that!”


“Whaa…?” Izuan yang baru berjalan pergi,
meneguk liur. Mampus aku, mampus! Dia tersengih innocent,
kononnya tak ada apa-apa yang berlaku.
“Saw what?” soalnya dengan relaks.
“Apa kau buat kat sana? Sempat lagi kau mengayat
awek, eh? Siapa perempuan tu? Kau…”
“Wait! Wait!” Izuan menolak serangan bertubi-tubi
daripada Harizd. Kedua-dua tangannya terangkat ke udara.

166
Shasfa alyahya

“Relaks, chill! Aku bukan nak ayat dia, takkanlah


kat tengah-tengah hutan macam ni. Apalah kau… jangan
main tuduh-tuduh macam tu, aku cuma sapa dia aje. Tak
lebih daripada tu, okey? Not more than that!” Mati aku kalau
Harizd tahu orang tu ialah Shakilla, enemy dia!
Harizd menjeling kurang percaya. Langkahnya
seiring dengan Izuan. Sebelum membelok ke kanan, sempat
dia berpesan, “behave yourself, Wan! Hopefully nothing
anxiety happen!”
Izuan mengerutkan kening. Ai ai ai… kerek
sungguh sepupu aku ni! Lantaklah, sekarang ni yang penting
dia perlu memastikan para pelajar bersiap untuk jungle
trekking. Segera dikejar sepupunya yang sudah menjauh di
hadapan.
“Yez, kau tolong check dia orang, boleh? Pastu
soundlah dia orang bersiap untuk aktiviti lepas ni,” sarannya
penuh diplomasi. Sebenarnya dia yang ditugaskan untuk
memberitahu semua peserta kem.
“Kau tak ada mulut ke?” sinis Harizd bersuara,
mengenakan sepupunya.
Izuan menepuk bahu Harizd beberapa kali.
“Aku nak cari Cikgu Irfan tentang peralatan tu
semua. Alaaa… come onlah!” pujuknya.
“Dah, cepat! Lepas asar kita bertolak terus!”
Yesss! Excellent!

NATASYA SHAKILLA leka memerhati arus sungai yang


mengalir. Sedar-sedar, jam sudah hampir pukul lima
setengah. Dia bangkit lalu kembali ke kem. Keadaan kem

167
Hot Gimmick

yang sunyi dipandang tanpa berkelip. Ke mana semua orang


dah menghilang ni?
“Killa! Killa!”
Natasya Shakilla berpaling. Dari jauh kelihatan
Adhzarinna berlari-lari anak mendapatkannya.
“Mana semua orang pergi, Adhza?” soal Natasya
Shakilla bingung.
Adhzarinna menarik nafas panjang. Dia masih
tercungap-cungap ekoran lariannya sebentar tadi. “Awak
pergi ke mana? Puas saya cari awak, Killa. Semua orang dah
bertolak untuk jungle trekking. Awak tak tahu ke?”
“Astaghfirullah…” Natasya Shakilla menepuk dahi.
“Apesal saya boleh lupa pula ni? So, macam mana ni? Kalau
saya tak join boleh tak? Saya letih sangat ni!”
“Jangan risau, ada satu kumpulan lagi yang belum
bertolak. Kita boleh join dia orang! Marilah, Killa! Sejak tadi
saya cari awak,” pujuk Adhzarinna.
Nak tak nak, Natasya Shakilla terpaksa mengangguk.
Kasihan Adhzarinna yang mahukan dia turut serta!
“Awak tahu jalan yang nak dilalui tu ke?” soal
Natasya Shakilla.
Mereka bersiap apa yang perlu. Kumpulan yang
disertai kebanyakannya perempuan, lelaki cuma tiga orang
termasuk pemandu perjalanan.
“Ikut aje dia orang,” jawab Adhzarinna.
Natasya Shakilla mengangguk akur. Dia dan
Adhzarinna berada hampir di belakang.
Dua orang pelajar perempuan kelas sebelah berada
di belakang sekali.

168
Shasfa alyahya

Dekat lima enam kali juga Natasya Shakilla hampir


jatuh. Selama itulah Adhzarinna setia membantunya.
Keadaan hutan yang agak lembap melambatkan
perjalanan. Kiri, kanan, depan dan juga belakang semuanya
dipenuhi pokok-pokok yang tinggi mencakar langit.
Beberapa kali juga Natasya Shakilla, Adhzarinna
dan rakan-rakan berhenti rehat. Air botol yang dibekalkan
semakin habis, tinggal lebih kurang satu per lapan botol
sahaja lagi. Tanpa disedari, mereka berempat telah jauh
ketinggalan di belakang.
“Cepat, Adhza! Kita dah tertinggal ni!”
“Ya!”
Kumpulan mereka sudah tidak kelihatan lagi.
Bagaimana perkara yang paling ditakuti ini boleh
terjadi pulak? Natasya Shakilla bingung.
Kini di hadapan mereka terdampar dua arah
berlawanan. Mereka saling berpandangan, bingung.
“Arah mana ni, Adhza?” Hana, pelajar kelas sebelah
bertanya.
Temannya hanya diam sedari tadi, takut barangkali.
Adhzarinna terdiam sebelum mengunjuk ke arah
kanan.
“Saya rasa dia orang ikut jalan ni tadi,” ujarnya
penuh yakin.
Mereka saling berpandangan sebelum akur.
“Killa…” Adhzarinna mula tidak yakin. Dia menolak
Natasya Shakilla agar berjalan di hadapan.
Natasya Shakilla tersenyum sambil membiarkan
Adhzarinna memegang lengan bajunya. Kini dia semakin

169
Hot Gimmick

mengenali Adhzarinna yang pendiam di dalam kelas, teman


yang sentiasa melakukan hal sendiri tanpa mengambil peduli
hal orang lain. Teman yang digelar ‘home alone’ oleh teman
sekelas yang lain. Harapannya moga mereka akan bertambah
rapat lagi selepas balik dari perkhemahan ini. Phew… dalam
kepahitan kem ni, ada jugaklah kebaikannya. At least….
Natasya Shakilla terleka. Sedang asyik melayan
perasaan, mereka akhirnya menemui jalan buntu. Hanya
cerun yang berada di hadapan mereka kini. Mereka berempat
saling berpandangan. Nampaknya mereka tersalah pilih arah.
Macam sajak ‘The Road Not Taken’ dalam subjek Literaturelah
pulak!
“So?” soal Natasya Shakilla. Cerun itu dipandang
lagi. Mahu atau tidak, kenalah dia orang berpatah balik!
“So… take this!”
Tiba-tiba badan Natasya Shakilla terdorong ke
hadapan. Belakangnya telah ditolak oleh seseorang. Kakinya
tidak lagi menjejak tanah, sebaliknya terapung dan ditarik
graviti bumi ke bawah cerun.
“Aaa…!!!” Natasya Shakilla cuba mencapai akar
pokok namun gagal. Apa yang terlayar pada penglihatannya
buat kali terakhir hanyalah wajah ketiga-tiga orang
temannya.
“Adhza!!!”
Dan Adhzarinna tersenyum lebar….

170
Shasfa alyahya

bab 11
Still chew the fat in ill-luck?

P
RANGGG!!!

“Astaghfirullahalazim….!”
“What’s wrong, ma? Something under a cloud?”
Encik Emran yang terkejut mendengar bunyi pinggan pecah
dari arah dapur, segera menjengukkan kepala. Sudu yang
diguna ketika makan masih berada di dalam genggamannya.
Pantas isterinya dihampiri.
“I guess so, must be my specially dears are in
trouble!” gumamnya sambil mengutip serpihan kaca yang
bertaburan di atas lantai.
Encik Emran turut membongkok, membantu
isterinya mengumpul serpihan kaca yang terpelanting jauh.
“Nauzubillah… harap-harapnya tidak,” doa Encik
Emran perlahan. Wajahnya turut bertukar mendung melihat
isterinya yang kelihatan tertekan sejak semalam.

171
Hot Gimmick

“Mama masih fikirkan hal semalam agaknya, ya?”


soalnya.
Serpihan yang terkumpul dibalut dengan kertas
surat khabar sebelum dibuang ke dalam tong sampah. Encik
Emran kemudiannya memimpin tangan isterinya ke ruang
tamu. Melihat sekilas wajah itu pun dia sudah mengerti akan
fikiran isterinya yang sedang berbalut gelisah.
“Mama tak boleh terima sikap mek yang tak
berubah, pa. Mama tak faham sampai bila dia nak bawa
masalah ni, padahal bukan setahun dua perkara tu berlaku.
Dah lima tahun lebih. Malah, kalau kira dengan jarak
permulaan masalah ni, dah lebih lapan belas tahun, pa. Mama
kecewa, kenapa mek nak simpan sangat dendam tu sampai ke
hari ni?” luah Puan Jalina perlahan. Tubir matanya mula
basah dengan air mata, namun lekas-lekas diseka dengan
tisu.
Encik Emran terdiam sekejap. Memang benar kata
isterinya, sikap ibu mertuanya memang tidak pernah
berubah. Masih kekal dengan keras hatinya. Walau
bagaimanapun, seorang ibu tetaplah seorang ibu, tiada siapa
pun yang layak mengambil gelaran tersebut daripada Yang
Maha Pencipta.
“Tengoklah sikap mek kelmarin, tengok muka kita
pun tak nak, apatah lagi nak bersua muka berbincang tentang
hal ni. Mama buntu!” Air mata yang mengalir dikesat lagi.
Kepalanya bersandar lemah pada bahu suaminya.
“Mungkin salah kita sendiri, tindakan kita yang tak
kena agaknya. Kita sama-sama berusaha cara lain, okey?”
pujuk Encik Emran. Bahu isterinya dirangkul lembut.
Hujung matanya menangkap anggukan isterinya yang lemah.
“Macam mana agaknya sikap mek bila jumpa Asya?

172
Shasfa alyahya

Mama takut perkara yang sama berulang lagi. Hati budak tu


dah hancur luluh dengan layanan mek dulu. Mama macam
dapat rasakan hal yang sama akan berulang macam roda,
malah lebih teruk lagi!”
“No, dear… insya-Allah, serahkan segala-galanya
kepada Allah.”
“Asya….”

“WOKEY, sekarang semua dah kembali ke camp site? Saya


nak korang semua berehat dan bersihkan diri. Lepas ni,
tepat pukul tujuh semua orang mesti berkumpul untuk solat
maghrib berjemaah. No excuse! Kalau korang rasa letih,
korang mesti ingat, kita orang ni lagi letih! Hormati kita
orang dan hormati diri sendiri. Okey, bersurai!”
Habis langsung ucapannya, semua pelajar segera
bergerak ke khemah masing-masing. Harizd memerhati
keadaan sekeliling, fatamorgana alam semakin berubah.
Sebentar sahaja sinar mentari semakin menghilang di ufuk
barat. Nampaknya hari ini tiada masalah yang menimpa dan
esok adalah hari terakhir perkhemahan mereka.
“Harizd! Harizd! Ada masalah! Seorang pelajar dari
group lima hilang!” jerit Dalya dari jauh. Dia tercungap-
cungap, tidak cukup nafas kerana berlari. Sebaik dilaporkan
kehilangan ahli oleh Ruqyah tadi, dia segera berlari mencari
Harizd.
“Siapa?”
“Natasya Shakilla dari 5Sc2, yang didenda malam
semalam!”
“Sorang?”

173
Hot Gimmick

“Yup! She’s the only one!” tekan Dalya.


Izuan dan Amierul Mukminien yang terdengar
berita itu segera menghampiri Haridz.
“Siapa hilang?” soal Izuan, minta kepastian.
“Shakilla, si mata empat tu!” jawab Harizd. Sempat
lagi menambah gelaran buat Natasya Shakilla.
Amierul Mukminien terdiam, Izuan menggeleng.
Tidak menyangka gadis tersebut akan menghilang. Bertindak
nekad melarikan diri daripada didendakah atau betul-betul
ditimpa kemalangan?
“Wan dan Dalya, korang berdua inform hal ni pada
Cikgu Irfan dan Cikgu Zarkasyi. Lepas tu pastikan tiada
seorang pelajar pun yang memandai keluar dari camp site ni
untuk cari budak tu! Pastikan keadaan terkawal. Dalya kawal
keadaan. Wan bawa Cikgu Zarkasyi dan Cikgu Irfan cari jejak
kita orang. Mier, kau ikut aku cari budak tu, okey?”
Masing-masing mengangguk setuju. Sekarang apa-
apa tindakan pun arahan ketualah yang paling dipatuhi.
Berbekalkan lampu suluh, kompas dan beberapa
peralatan lain, Harizd dan Amierul Mukminien meredah
kembali hutan mengikut jalan yang dilalui tadi. Keadaan
hutan yang semakin gelap berbalam-balam di penglihatan.
Harizd dan Amierul Mukminien masing-masing terdiam,
sehinggalah dua arah bertentangan kelihatan.
“Kemungkinan besar dia tersilap arah! Macam ni,
Mier. Aku ikut jalan ni, kau terus ke jalan yang kita lalu tadi.
Kalau budak tu tak kelihatan, kau dapatkan yang lain-lain
dan follow jalan yang aku ambil ni, okey?”
Amierul Mukminien mengangguk pantas.
Mereka menunjuk penumbuk masing-masing lalu

174
Shasfa alyahya

merapatkan kedua-duanya. Anak mata masing-masing tegas


menyatakan, ‘all the best!’
Harizd mula mengorak langkah. She’s so
troublesome! Even the trivia become troublous! Jauh di akhir
langkahnya, yang kelihatan hanyalah cenuram, yakni jalan
mati bagi arah yang dipilihnya. Harizd memberhentikan
langkah, memerhati keadaan sekeliling yang kian kelam
ditelan kegelapan malam. Otaknya ligat berfikir. Sekarang
apakah tindakan yang wajar diambil?

NUN jauh di bawah cenuram, seorang gadis terdampar


keseorangan di bawah sedar. Badannya kaku tanpa sebarang
pergerakan. Bunyi haiwan di dalam hutan yang bersahutan
semakin kuat kedengaran. Perlahan, tangan yang kaku itu
membuat sedikit pergerakan kecil. Mata yang terpejam rapat
dibuka sempit. Serentak, wajah yang tenang itu berkerut,
menahan sakit yang mula menjalar ke seluruh tubuh.
Badannya cuba didudukkan, tetapi setiap kali tangan kirinya
menyentuh tanah, rasa sakit pantas melalui urat nadi. Bagai
terkena renjatan elektrik layaknya, tangan kirinya secara
refleks terangkat naik. Dadanya mula berombak kencang. I
broke my left arm!
Dengan sisa semangat yang terkumpul, tangan
kanannya pula digerakkan. Bibirnya menguntum senyum
letih apabila badannya berjaya disandarkan pada tebing tanah.
Dia menelan liur, melawan desah nafas yang kencang, seolah-
olah telah berlari dua kilometer jauhnya!
“I’m dead beat!” ucapnya sebaris. Tangan kanannya
kemudian meraba-raba sekitar wajah. Patutlah tak nampak
satu benda pun, specs dah pecah rupanya! Huh, entah ke

175
Hot Gimmick

manalah jatuhnya! Ya Allah… peliharalah hamba-Mu


daripada makhluk-Mu yang keji!
Prakkk…!!!
What now? Apa benda pulaklah yang datang ni?
Rimau? Singa?
“Killa?”
Bunian? Mama!!!
“Killa…!”
Suara tersebut semakin hampir.
Natasya Shakilla tercengang. Wait the minute…
“Woi, mata empat!”
Loh… rimau ni rupa-rupanya! Beberapa meter di
hadapan, samar-samar kelihatan Harizd yang sedang
menghalakan lampu suluh ke arahnya. Matanya mengecil
menahan sinar.
“Aku panggil dari tadi, kalau kau dengar jawablah!
Sakit peti suara aku menjerit!” marah Harizd.
Masakan tidak, dia nampak Natasya Shakilla dari
tadi dan segera memanggil untuk memastikan kesahihan
matanya. Ada ke patut budak tu tutup mulut dia rapat-rapat?
Kalau ya pun jawablah, ‘saya kat sini ke’ atau apa-apa aje!
Harizd menyilangkan tangan, panas hati dengan kebisuan
Natasya Shakilla.
“Huh!” Natasya Shakilla naik meluat.
“Huh? Hei, kau hantuk kepala kau dengan batu ke
masa jatuh tadi?”
“Bangang!”
Harizd menajamkan matanya merenung gadis yang
kelesuan di hadapannya.

176
Shasfa alyahya

“Aku yang patut cakap macam tu kat kau! Orang


yang bengap aje yang tersilap arah, pada hal terang-terang
kita orang letak papan tanda kat jalan lagi satu!”
Natasya Shakilla menjeling geram. Ingin benar
rasanya menyangkal bicara itu namun keadaan dirinya benar-
benar tidak mengizinkan. Bayangkanlah, untuk mengangkat
tangan pun tenaganya sudah habis, apatah lagi untuk
bertengkar dengan Harizd.
“Scavenger!”
Harizd terdiam. Luka pada badan Natasya Shakilla
diteliti, kalau-kalau ada yang patah.
“Wizard!”
Sabar, Harizd. Jaga amarahmu, biarkan aje budak
tu!
“Pirate! Devil!”
Arghhh… dia sengaja cari pasal ni!!!
“Oit! Kau ni betul-betul buat aku cuak! Okay, fine!
Kau nak tinggal sini sorang-sorang, aku tak ada hal! Dengan
segala hormatnya dipersilakan!” Harizd berdiri. Keningnya
hampir bertemu, menahan marah.
Natasya Shakilla tersengih sebagai tindak balas,
sinis. “Just do. Aku takkan mati pun kalau kau tak datang
tolong aku.”
“Kau ni memang tak tahu nak ucap perkataan
terima kasih, kan? Egois! Simpanlah ego tu tinggi melangit.
Kita tengok sama ada badan kau ni berjaya balik bersama roh
kau atau tak!” bidas Harizd pedas. Badannya sudah
dipalingkan, bersedia untuk berlalu pergi.
“I don’t care!”
Harizd menarik nafas sambil memejam mata

177
Hot Gimmick

barang sesaat dua sebelum mengambil langkah meninggalkan


gadis itu keseorangan.
Satu langkah…
Natasya Shakilla memandang sepi belakang Harizd
yang makin menjauh. Hatinya diterpa rasa sebak.
Dua langkah…
Mulut Natasya Shakilla bergetar kecil, menahan
perasaan yang kian mencengkam dada.
Tiga langkah…
“They want to kill me!”
At last Natasya Shakilla bersuara juga.
Kejap, stop! Telinga Harizd berdesing. What?
“It’s all your fault!”
Haridz segera berpaling ke arah Natasya Shakilla.
“Hei, apa benda kau merepek ni? Aku tak faham
langsung!” Harizd membentak. Hatinya kuat mengatakan ada
sesuatu yang tidak kena sedang berlaku sekarang, dan yang
menjadi mangsanya ialah si mata empat!
Harizd segera mencapai pergelangan tangan kanan
Natasya Shakilla yang berbalut baju dengan sedikit kesan
darah lalu menempatkannya di atas bahu, membiarkan
sweater biru mudanya dicemari darah. Tubuh Natasya
Shakilla didorong supaya berdiri.
Natasya Shakilla mengaduh sakit. Ternyata kakinya
juga turut terkehel.
“Boleh jalan ke tak ni?” soal Harizd.
Natasya Shakilla mengangguk pantas. “Aku belum
mati lagi!”
Amboi, dah separuh mati pun tak sedar diri lagi?

178
Shasfa alyahya

“Lantak kaulah!”
Mereka mula berjalan.
Natasya Shakilla menahan sakit di dalam hati.
Baginya, sakit pada anggota fizikalnya tidaklah seberapa kalau
hendak dibandingkan dengan luka yang mula mengoyak hati
nuraninya. Semuanya kerana si bighead ni, sampaikan
Adhzarinna pun….
“Killa! Killa…!!!”
“Harizd…!”
Suara guru-guru dan rakan-rakannya kedengaran
dari jauh.
Harizd dan Natasya Shakilla berpandangan. Masing-
masing mengucapkan syukur.
“Kita orang kat sini!” sahut Harizd.
“Harizd, engkau kat mana?”
“Killa…!”
“Nampaknya dia orang tak boleh nak dengar suara
kita.” Harizd mengomel. Suara sahutannya dikuatkan
beberapa kali.
“Killa…!”
“Dia orang semakin jauh!” luah Natasya Shakilla,
bimbang.
Harizd memandang wajah Natasya Shakilla.
Mindanya berfikir sesuatu.
“What?”
“Sorry!”
Natasya Shakilla tercengang. Bighead ucap sorry
kat aku? Dah buang tabiat ke?

179
Hot Gimmick

“Ark!”
Natasya Shakilla terkejut apabila secara tiba-tiba
sahaja Harizd mengangkatnya. Sekarang dia dah tahu untuk
apa kata maaf yang Harizd ucapkan sebentar tadi.
“Aku tahu jalan yang tak curam seperti tempat kau
jatuh tadi. Mungkin kita boleh kejar dia orang!”
Harizd bersuara bersungguh-sungguh. Wajahnya
serius dan penuh ketegasan, cukup untuk membuatkan
Natasya Shakilla terdiam. Satu perasaan halus menyusup
perlahan memasuki atmanya. Akhirnya dia membiarkan
sahaja tubuhnya didukung oleh Harizd sehingga mereka
menemui jalan keluar.

“DAH jumpa?” soal Cikgu Irfan pantas apabila Cikgu Zarkasyi,


Izuan dan Amierul Mukminien kelihatan.
Mereka menggeleng serentak. Jalan yang diambil
oleh Harizd pun telah dilalui namun tiada sesiapa pun yang
kelihatan. Apabila memanggil nama mereka pulak, mereka
tidak langsung menyahut.
Izuan merebahkan punggungnya ke tanah.
Sekarang dua-dua dah hilang! Tapi, macam mana kalau benar
Killa balik ke rumah senyap-senyap? Isy, tak mungkinlah!
Izuan menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali. Ketika
tiba gelengan terakhir, matanya tiba-tiba menangkap susuk
tubuh seseorang yang amat dikenalinya. Lantas dia berdiri.
“Wuhhu…!!!” jeritnya, kuat.
Yang lain terkejut mendengar jeritan spontan
Izuan. Mata mereka terus tertancap pada arah yang ditunjuk
oleh Izuan.

180
Shasfa alyahya

Dari kejauhan, jelas kelihatan susuk Harizd yang


sedang mendukung Natasya Shakilla menghampiri mereka.
Tanpa berlengah, mereka segera berlari
mendapatkan Harizd dan Natasya Shakilla yang tersenyum
penuh lega.
“You are lion-hearted, Rizd!”
“Good job, man!”
“Whoa… korang berdua dah berbaik, ek? Cayalah!”
usik Izuan tanpa disangka.
Harizd dan Natasya Shakilla sekali lagi
berpandangan.
Lebih drastik lagi, tangan Harizd serta-merta
bertindak melepaskan tubuh gadis itu dari pegangannya.
Dan apalagi, Natasya Shakilla terus jatuh terduduk
di atas tanah. “Ouch!”
Wajah relaks Harizd ditenung penuh marah. “Tak
guna kau, si bighead! Berani kau jatuhkan aku macam tu aje,
ya? You moron…!”
“Mana ucapan terima kasih aku?” balas Harizd
pantas. Tangannya sudah tersarung selesa di dalam kocek
seluar, menyembunyikan rasa lenguh yang mula mengalir
melalui urat-urat lengannya.
Yang lain-lain terdiam, menanti balasan yang
seterusnya.
“Ada aku minta kau tolong aku? Tak ada, kan?
Tolong... sikit, eh?” balas Natasya Shakilla.
Dan seperti biasa, mata mereka yang saling
bertentangan menimbulkan garis arus elekrtik yang kecil dan
semakin membesar. Well, kalau korang nampaklah!

181
Hot Gimmick

Izuan menepuk dahinya, kemudian secara tiba-tiba


dia tertawa senang. Nampaknya kedua-dua temannya sudah
kembali normal!
“Alhamdulillah... lega betul cikgu tengok kamu
berdua normal semula. Ingatkan adalah yang tak kena tadi!”
ujar Cikgu Irfan.
Tawa Izuan semakin kuat meledak. Nampaknya
bukan dia soranglah yang berfikiran macam tu!
“Okey, sekarang ni tolong bawa Shakilla ke khemah
kecemasan. Terpaksalah kita tunggu ambulans sampai!”
Suara Cikgu Zarkasyi pula kedengaran.
Yang lain-lain mengiakan.
Di penghujung khemah, Amierul Mukminien
menolak tabir khemah dengan tangan yang terketar. Dia
merangkak masuk dengan lemah lantas membaringkan
tubuhnya yang kelesuan. Nafasnya turun naik dengan pantas,
sementelah keringat halus mula timbul dari celahan liang
roma pada wajah dan anggota lain. Matanya dipejam celik
beberapa kali. Rambut yang sedikit menutupi dahi dikuak ke
belakang.
“No… get out!” ucapnya satu per satu dengan suara
perlahan. Suaranya jelas serak dan dalam. Matanya setia
tertancap pada satu arah, tajam. Amierul Mukminien menarik
nafas panjang, sebelum bertindak keluar dari khemah.
Maghrib cuma tinggal sisa. Apabila kakinya sudah menjejak
luar khemah, sekali lagi dia berpaling ke dalam.
“Don’t follow me!”

182
Shasfa alyahya

bab 12
Special surprise, happy or sadness?

“A
RE you ready, akhi?
(abangku?)”
“Maybe. Tapi ana
(saya) perlukan masa, Niq! Masih banyak masalah yang
menantikan penyelesaiannya.”
“Atiq, kat Malaysia pun banyak juga masalah yang
menanti penyelesaiannya. Think about mama and papa,
mereka sedang menantikan kita.”
“Ukhti, ana la urid… (Adikku, saya tak mahu...)”
“La budda (tak boleh tidak), akhi! Please, I miss
them so much!”
“Tapi, ana dah telefon mama.”
“Mama? Ana ada idea!”
“Habislah! Mama…!”

183
Hot Gimmick

“MAMA….” Natasya Shakilla merengek manja sebaik sahaja


kelibat mamanya muncul dari balik pintu. Badannya segera
diangkat, gembira benar rupa-rupanya apabila ada orang
datang melawat. Apa taknya, boring gila bila sorang-sorang
duduk kat hospital.
“Astaghfirullah, budak ni! Please be more careful,”
tegah Puan Jalina apabila Natasya Shakilla terkial-kial
membetulkan duduknya. Puan Jalina lekas-lekas membantu
anaknya membetulkan letak duduk bantal agar belakangnya
dapat disandar dengan selesa.
Natasya Shakilla tertawa, senang dimanjai mama.
Puan Jalina menggeleng, tak berubah-ubah
langsung perangai anaknya yang bongsu ni!
Teringat peristiwa minggu lepas, hampir sahaja dia
jatuh menyembam lantai ruang tamu rumahnya apabila
mendapat panggilan daripada Cikgu Shyazwanie tentang
kemalangan yang menimpa Natasya Shakilla. Malam
sebelumnya pula dia langsung tidak boleh melelapkan mata.
Syukur sahaja tidak terlalu parah, paling teruk pun
pergelangan kaki kanannya yang terkehel dan sendi tangan
kirinya hampir patah. Selain itu, kesan calar-balar kelihatan
hampir di setiap anggota, terutama sekitar wajah dan lengan.
“Ma, ada bawak anything special ke untuk Asya?”
soal Natasya Shakilla. Tangannya mula menjalar ke arah beg
plastik di atas kerusi bersebelahan katil.
Puan Jalina membiarkan.
“Laaa… boringnya!” hambur Natasya Shakilla
apabila dilihatnya hanya beberapa biji buah epal dan limau
yang ada di dalam beg plastik yang dibawa oleh mamanya.
“Kamu expect mama bawa apa?” Saja Puan Jalina
menyoal. Mindanya sudah dapat mengagak.

184
Shasfa alyahya

“Komik!” Spontan juga jawapan yang keluar dari


bibir Natasya Shakilla.
Makin kuat tawa meledak apabila Puan Jalina
meluku kepalanya. Selepas itu mulalah mamanya membebel
tentang pelajaran.
Dia jadi teringat perihal kelas yang dinyatakan
teman-temannya dua hari lepas. Lima orang pelajar terbaik
dari kelas 5Sc2 akan diserap masuk ke kelas 5Sc1. Setahunya,
pelajar kelas 5Sc1 ada dalam dua puluh orang lebih sahaja,
sedangkan kelasnya mempunyai hampir empat puluh orang
pelajar. Jadi tidak menghairankan kalau beberapa orang
pelajar kelasnya diserap masuk, bukan?
Lebih menambahkan puzzle di dalam kepalanya,
baik Izuddin, Arienna mahupun Ruqyah, masing-masing
langsung tidak mahu memberitahunya siapa yang ‘malang’
sehingga terpaksa masuk kelas yang sama dengan 3K. Kata
mereka, beberapa orang yang layak sudah menolak. ‘Pelik bin
ajaib’ sungguh, kebanyakan pelajar 5Sc2 tak boleh cope
langsung dengan 5Sc1. Kata mereka budak-budak 5Sc1 tu
skema sangatlah, sombonglah dan macam-macam lagilah….
Yang pastinya, dia sudah mula merindui sekolah
dan rakan-rakannya. Bila boleh balik ni?
“Asya? Did you hear me?”
“Hah?”
Lamunannya pecah menjadi debu dan diterbangkan
angin. Muka mama dipandang dengan riak innocent.
“Geramnya mama…!”
“Mama cakap dengan Asya ke?”
“Ada kamu nampak orang lain kat sini?”
Natasya Shakilla menggeleng.

185
Hot Gimmick

“So?” Puan Jalina bercekak pinggang. Macam


budak-budak pulak!
“Sorry, ma! Sorry sangat. He he he….”
“Haiii… kamu ni dah incorrigible dah ni!” omel
Puan Jalina. Dia membetulkan duduk. “Mama jumpa doktor
tadi, katanya kamu dah boleh balik petang ni!”
Hah, straight to the main point!
“Ya, ma? Yeah…!!!”
Berita baik yang datang secara mendadak ni! Baru
sahaja fikir pasal sekolah. Ketika sedang enak bersorak itulah,
tiba-tiba sahaja pintu wad dibuka dari luar.
Terjengul wajah Amierul Mukminien yang
kehairanan. Perkara pertama yang terlayar pada
penglihatannya ialah Natasya Shakilla yang sedang berdiri di
atas katil dan Puan Jalina yang sedang menggeleng.
Tercengang dia seketika.
“Opsss….!” Natasya Shakilla lekas-lekas duduk
kembali. Malunya!!!
“Isy, mama rasa macam ada anak yang baru masuk
TADIKA!” Gelengan Puan Jalina masih bersisa. Tas tangannya
dicapai. “Masuklah, Mier. Auntie nak uruskan borang keluar
budak ni kejap.”
Amierul Mukminien mengangguk. Apabila Puan
Jalina sudah keluar, anak matanya segera berpaling
menghadap Natasya Shakilla. “Borang keluar?”
Natasya Shakilla mengangguk. “Haah! Saya dah
boleh balik petang ni. I’m eagerly wanna go home! I miss our
school so much! Dan lagi, tak perlu berada kat tempat boring
macam ni! Wohhooo… I’m so relief!!!” Natasya Shakilla
bersorak riang.

186
Shasfa alyahya

Nampaknya kegembiraannya benar-benar tinggi


melangit.
Amierul Mukminien kehilangan kata-kata. Dia
tersenyum senang melihat gelagat Natasya Shakilla. Memang
betul kata Puan Jalina, macam budak TADIKA!

HARIZD melangkah ke tempat meletak basikal dan motor


seperti biasa. Sebuah fail dan buku rujukan dikelek dengan
tangan kiri, sementara tangan kanannya menyeluk saku seluar,
mencari kunci motor. Beg sandang di bahu kanannya ditarik
lalu ditempatkan di dalam raga motor. Tanpa menunggu
lama, dia terus menghidupkan enjin motor dan bersedia
untuk meninggalkan pekarangan sekolah.
“Ayez! Woih, tunggu!”
Harizd berpaling ke arah suara yang sedang
memanggilnya.
Beberapa meter dari arah belakang, Izuan sedang
memecut larian menghampiri Haridz.
Harizd buat tak tahu, lantas memandu pergi.
“Woi…!!! Asbestos kau Yez!” Izuan menjerit kuat.
Harizd membuat pusingan di hadapan pagar
sekolah lalu berhenti betul-betul di hadapan Izuan. Wajahnya
diangkat sedikit, mengarah Izuan naik.
Tanpa menunggu lama, Izuan terus membonceng
di belakang. Topi keledar yang dihulurkan oleh Harizd
disambut dengan sengih panjang.
“Kau nak tinggalkan aku, ya? Berani betul
sekarang?” duga Izuan.

187
Hot Gimmick

“Tak tunggu sekarang, sejak dulu lagi! Naik meluat


aku dengar permintaan kau hari-hari,” rungut Harizd
perlahan.
“Motor sendiri ada, tak nak guna!” sambungnya
dengan suara yang agak keras.
Agenda Izuan dalam seminggu ni dah lekat bebetul
dah dalam kepala dia, tak tertinggal walau sedikit pun. Asyik-
asyik benda sama yang meniti di bibir Izuan.
“Well, dude… kalau nak eratkan silaturahim, kita
kenalah guna cara yang ‘boleh merapatkan’. Lagipun,
malaslah aku nak naik motor sorang-sorang!”
“Bawah ketiak bapak!”
“Weh, nama tu jangan buat main, okey? Ala, come
onlah! Aku ikut saranan kerajaan aje untuk jimatkan minyak,
apa salahnya?”
“Ya, ya… aku percaya….” Harizd malas berbahas.
“Lagipun, ayah mesej semalam. Katanya ada
amanah yang nak disampaikan untuk sementara waktu.”
Suara Izuan semakin mengendur. Angin yang kuat
menjadikan suaranya tenggelam timbul.
Harizd terdiam, faham benar perasaan sepupunya
kalau hal yang melibatkan ayahnya berbangkit.
“Eh, Yez! Kau nak pergi mana ni?” Suara Izuan
tiba-tiba kedengaran kuat.
“Balik rumahlah!” balas Harizd boring. Macam tahu
aje benda apa yang akan keluar dari mulut Izuan selepas ini.
Agenda biasa dalam minggu ni….
“Ala… pusing kananlah, aku tak nak balik lagi.”
“No, never! Mati hidup balik pun aku takkan pergi
jumpa perempuan tu!”

188
Shasfa alyahya

“Kau kata okey, kan tadi…?” Suara Izuan


kedengaran memujuk.
Apa ni… Izuan dah act macam girl! Yucks! Sejak
Natasya Shakilla masuk hospital lagi, tak sudah-sudah dia
mengajak Harizd menziarahinya. Musykil sungguh! Padahal,
sudah beberapa kali Izuan melawat Si Shakilla bersama
Amierul Mukminien. Macam ada udang di sebalik mi aje….
“Sebab ni kau naik motor aku, kan?” bisik Harizd,
lebih tepat lagi memerli! Nak tak nak, dia terpaksa berpatah
balik, mengambil jalan utama menuju ke hospital.
Izuan tersengih menang. Akhirnya berjaya jugak
bawak Harizd jumpa Natasya Shakilla!

“APA? Tak sampai setengah jam dia keluar?” Suara Izuan


kedengaran bergema di kaunter pertanyaan hospital.
Jururawat yang bertugas pun terkejut mendengar
suaranya yang berubah nada secara mengejut itu. Badannya
yang enak duduk, terdorong ke belakang. Involuntary action.
Izuan berdeham beberapa kali, menutup malu akan
kelakuannya. Masa tanya tadi punyalah macho habis, tapi
apabila sudah dapat jawapannya, gaya macho tadi terus
hilang berganti dengan gaya budak umur empat tahun yang
berebut aiskrim! “Maaflah, nurse. Saya terkejut gila tadi. He
he he… terima kasihlah, eh?”
Izuan segera berlalu.
Jururawat yang masih diterpa kehairanan itu
berpaling ke arah teman di sebelah.
Mereka berpandangan, sebelum masing-masing
mengangkat bahu kebingungan.

189
Hot Gimmick

“Dia dah keluar!” beritahu Izuan setelah


mendapatkan Harizd yang sedang membaca notis di dinding.
“Tahu,” kata Haridz sepatah.
“Kau tahu?” Mata Izuan membesar.
Harizd mengangguk dan meneruskan langkahnya
ke luar.
Sekali lagi Izuan tercengang. Silap hari bulan boleh
die on spot dia hari ni. Warh…!!!
“Sekadar calar kecil and paling berat pun cuma
terkehel sendi, or hampir patah. So, dah boleh expectlah dia
cuma masuk hospital kurang dari seminggu! I’m just wasting
my pleasure time here!” tegas Harizd. Wajahnya mencuka.
Rosak habis program petang ni gara-gara akur dengan agenda
Izuan. Dah banyak juga masa dihabiskan di atas jalan raya
sahaja. Tak kira dengan jam lagi. Well, masa tukan emas?
Namun dalam diam, hatinya lega kerana tidak perlu
berjumpa dengan si mata empat itu buat sementara waktu.
Dia penaka bebas bernafas buat sementara waktu, penaka
tiada ruang untuk memikirkan soal selain pelajaran dan
tugas harian, walau terdetik jua di hatinya - bagaimana
agaknya keadaan dia sekarang?

“ASYA? Kenapa ni? Tak sihat ke?”


Natasya Shakilla memandang kosong wajah Puan
Jalina, sebelum lambat-lambat menggerakkan kepala,
menggeleng. Pandangannya kembali ditala ke luar tingkap.
Keningnya bertaut. Entah kenapa, beberapa saat lalu
semacam ada sesuatu yang menyusup masuk ke dalam
hatinya. Dia tidak tahu apa, dan mengapa… tetapi perasaan

190
Shasfa alyahya

itu seolah-olah amat berharga. Dadanya dipecal (dipicit) kejap


sambil menarik nafas panjang.
“Are you okay?” giliran Amierul Mukminien pula
menyoal. Terteleng kepalanya memandang Natasya Shakilla
dari seat hadapan.
Natasya Shakilla tersenyum manis. “Uh-huh…!”
Puan Jalina tergeleng dengan senyum kecil. Sudah
rindukan rumah sangatkah anak bongsunya ni?
Selang beberapa minit, Toyota Harrier yang dipandu
oleh Larch membelok ke kawasan perumahan.
Senyum Natasya Shakilla semakin melebar. Matanya
tidak lepas memandang rumahnya yang masih sipi kelihatan
sehinggalah kereta tersebut berhenti betul-betul di hadapan
rumah. Tanpa membuang masa, dia terus melompat keluar.
“Yeah! Home sweet home…!” jeritnya kuat.
Beberapa ekor anak kucing yang bermain di
hadapan pagar terus berlari masuk ke dalam rumah. Natasya
Shakilla ketawa senang, sebelum ketawanya dimatikan oleh
mamanya dengan satu cubitan berbisa di pinggang.
“Tak senonoh sungguh budak bertuah ni!” marah
Puan Jalina.
Amierul Mukminien yang menjengulkan kepala
menahan senyum.
“Amier, marilah masuk dulu!” ajak Puan Jalina.
Amierul Mukminien menundukkan sedikit
kepalanya. “Sorry, aunty. Dah lewat petang.”
Puan Jalina mengangguk faham. Hatinya memuji
tingkah laku Amierul Mukminien yang sedap dipandang.
“Berkenan ke?”

191
Hot Gimmick

Soalan tersebut meluncur keluar sebaik sahaja


kereta Amierul Mukminien meluncur pergi.
Puan Jalina membuka kasutnya lantas disusun
berhampiran kasutnya yang lain. Lain pula halnya dengan
anak daranya, kasut dibiarkan bergolek liar di atas lantai. Tak
kemas langsung!
“Hai, kalau berkenan pun, dah tak boleh dah…”
omel Puan Jalina seakan berbisik, namun sempat pula
ditangkap oleh pendengaran anaknya.
“Kenapa pelik sangat statement mama ni?” soalnya
tanpa berselindung.
Puan Jalina terdiam. Tangannya menyeluk saku,
mencari gugusan kunci rumah. Belum sempat lubang
mangga dibolosi anak kunci, pintu utama sudah terbuka
dengan sendirinya.
“Aik, ada orang ke kat dalam rumah ni?” Puan
Jalina hairan. Seingatnya, memang dia kunci pintu rumahnya
sebelum melangkah keluar.
“Kata, Aniq dengan Atiq nak balik? Dia orang
kut…?” teka Natasya Shakilla.
Puan Jalina menggeleng. “Tak mungkinlah! Baru
pagi tadi Atiq call mama beritahu ada masalah sikit, so tak
dapat balik lagi dalam seminggu dua.”
“Mama tak bagi tahu pun!”
“Mama ingat nak beritahu esok.”
“So?” Natasya Shakilla buat mimik muka. Takkan
rumah mereka kena pecah masuk? Dia menggeleng. Tak!
Takkanlah!
Natasya Shakilla menarik nafas sedalamnya.
Tangannya mencapai tombol pintu. Dengan lafaz bismillah,

192
Shasfa alyahya

tombol tersebut dipulasnya. Sempat dia berbalas pandang


dengan Puan Jalina sebelum bertindak nekad menolak daun
pintu selebarnya.
“Welcome home…!!!!”
“Warghhh…!!!!”

HARIZD termenung panjang di meja tulis. Buku rujukan


Kimia ternganga di hadapan. Jari kanannya menggoyang pen
dalam satu arah, membiarkan tangannya berehat di atas buku
tulis yang sedikit terlindung di bawah buku Kimia. Fikirannya
menerewang jauh.
“Hai… orang tu dah start angau….” Izuan bersuara
mengusik. Dia menjeling Harizd dari ekor mata. Helaian
majalah diselak dengan senyum nakal.
Harizd memejam mata. Pen yang digoyang berhenti
dengan sendiri. Kenapalah aku dapat sepupu yang macam ni?
“Pardon me? I’m thinking about our best friend, okay?”
“Mier?” Izuan membetulkan baringannya.
“Kau tak rasa attitude dia makin pelik ke?”
“Maksud kau?”
“He’s changed, a bit.”
“Part senyum tiba-tiba dan senyum sorang-sorang
tu?”
Harizd mengangguk. Wajahnya serius.
“Ada sesuatu berlaku, cuma aku tak tahu bila dan
bagaimana,” ujarnya perlahan.
“Yez, ‘benda’ tu lagi ke?” Dahi Izuan berlipat.

193
Hot Gimmick

Harizd memandang wajah risau Izuan, lantas


berdiri. Kedua-dua tangannya disilang kemas. Matanya
dihidang suasana malam melalui jendela yang terbuka luas.
Gugusan bintang terlayar pada pandangan mata, tanpa bulan
yang pasti sedang bersembunyi malu di sebalik awan gelap.
Mindanya turut diukir suasana sedemikian, menolak
sejauhnya kegelapan yang hadir sebentar tadi. Dia asyik
melayan perasaan sehingga langsung tidak sedar dirinya
ditinggalkan sendirian. Pasti Izuan turun meneguk air kat
bawah.
“Yez, baik kau turun sekarang!”
“Apa?” Harizd tanya endah tak endah. Cepat pulak
Si Izuan naik semula ke bilik.
“Ada panggilan telefon dari…”
Belum sempat Izuan menghabiskan kata, Harizd
terus memecut turun ke bawah. Gagang telefon segera
dicapai. Kakinya pula sudah bersila selesa di atas sofa. Sempat
dia berdeham kecil apabila gelagatnya mencuri pandangan
tiga pasang mata di ruang tamu.
“Assalamualaikum.”
Kedengaran tawa kecil di hujung talian. Salamnya
dijawab lembut.
“Waalaikumssalam, orang di sana. Baru habis
marathon lima ratus meter, ya?” Suara lembut itu
kedengaran mengusik.
Harizd tersenyum. “Aya, apa khabar?”
Sekali lagi tawa kecil kedengaran, faham benar akan
sikap Harizd.
“Alhamdulillah, semua baik.” Hidayatul Husna
bersandar pada pondok telefon awam yang digunakan.

194
Shasfa alyahya

Bibirnya sentiasa mengukir senyum, walaupun logiknya


mengingatkan Harizd tak mungkin melihat senyumannya.
“Cepat betul Aya menghilangkan diri. Baru bertemu
mata dua hari dah tinggalkan abang.”
“Emmm... maaflah. Masa memang benar-benar
mencemburui kita. Aya pun tak sempat lagi nak lepas rindu
pada orang kat sana.” Hidayatul Husna menekan dadanya
yang sarat dengan rasa rindu. Tanpa pamitan, air mata yang
cuba ditahan mengalir juga menuruni pipi.
“Aii, something burden?” Harizd menangkap
kelainan pada nada suara Hidayatul Husna. Panggilan Aya
pun dah berubah menjadi Aii (cinta).
“Hah? Tak ada apa-apa, seriously. Aya cuma
rindukan orang kat sana. He he he….”
Harizd menghela nafas lega. Teringat saat Hidayatul
Husna ke MRSM, adiknya menangis tanpa pengetahuan umi
dan abah. Dirinya berbelah bahagi meninggalkan keluarga
namun untuk memadam segaris harapan dalam hati umi dan
abah memang jauh sekali dilakukan. Hidayatul Husna tidak
mungkin mengatakan tidak!
“Dah bercakap dengan umi?”
“Dah.”
“Abah?”
“Dah, semua dah.”
“So, I’m the last person? Hmmm....” Harizd
merendahkan suaranya, seolah-olah merajuk.
Hidayatul Husna tertawa senang. Harizd turut
tersenyum, lega mendengar tawa adiknya. Mereka bagaikan
pasangan yang sedang bercinta, seolah-olah tali ukhuwah
mereka bersambung walaupun terpisah jauh beribu batu.

195
Hot Gimmick

Selang beberapa meter dari arah ruang tamu, Hanis


Humaira’ tidak lekang memerhatikan abangnya yang melayan
mesra Hidayatul Husna, kakak yang tua dua tahun
daripadanya. Dia mencebirkan bibir, sebelum mengalih
perhatian pada abahnya.
“Bah, pasal ‘comwork failure’ yang Mira bilang
minggu lepas tu macam mana? Boleh tak, bah?” soalnya
perlahan.
Encik Hizbullah memandang Hanis Humaira’
sepintas, sebelum kembali menghadap skrin televisyen.
Hanis Humaira’ mencebik. Abah dengan abang
spesies yang sama. Tengoklah tu! Even attitude pun abah = 2
x 2, abang = 2 + 2, dan jawapannya sama dengan empat!
“Bah, Mira nak sangat… selain masalah
komunikasi, ada banyak lagi masalah kat sekolah tu. Lagipun,
sekolah tu lagi jauh dari rumah, kesian Pak Saleem kena
hantar Mira hari-hari. Mira pun sorang-sorang aje, bah. I’m
getting tired of these! Bah, please….” Hanis Humaira’
mengangkat kedua-dua belah tangan lalu disatukan. Matanya
dilebarkan seberapa yang boleh bersama kerdipan yang
berterusan. Bajet kesian la tu!
Encik Hizbullah kembali memandang wajah
anaknya. Dia senyap, seolah-olah memikirkan sesuatu untuk
diucapkan. Bibirnya bergerak, bagaikan bersedia untuk
mengungkapkan sesuatu.
Hanis Humaira’ menunggu dengan senyuman.
Matanya semakin membesar.
Perlahan, mulut abahnya bergerak. “Yez, Aya dah
letak phone?”
Encik Hizbullah mengalihkan pandangan ke arah
Harizd yang baru selesai berbual.

196
Shasfa alyahya

Hanis Humaira’ mula membuat mimik muka,


kecewa dengan respons abahnya.
“Dah, dia kirim ‘assalamualaikum’ buat semua,”
ujar Harizd. Dia mula mengambil tempat berhampiran
mereka, membelek surat khabar yang ada di atas meja.
“Waalaikumussalam…” jawab Encik Hizbullah dan
Puan Noraini, serentak.
Hanis Humaira’ terdiam dengan cebikan yang
bersisa pada wajah.
“Abah….” Hanis Humaira’ menegur, sedikit
menekan suaranya meminta jawapan daripada abah.
Harizd mengangkat wajah, hairan. “Engkau ni
kenapa, Mira?”
“Mira tengah usaha pujuk abah, nak tukar sama
sekolah dengan kamu,” jawab Puan Noraini bagi pihak Hanis
Humaira’
“Tak perlu!” Tegas jawapan yang keluar dari bibir
Harizd. “Dulu bukan main beria-ia nak pergi sekolah yang
sama dengan kawan-kawan, sampai membodek, merayu.
Sekarang senang-senang aje nak tukar balik? Selalu tak tetap
pendirian dan ikut kemahuan diri sampai menyusahkan
orang lain!”
Surat khabar sudah ditekan di atas meja, hilang
terus niat membacanya sebentar tadi gara-gara Hanis
Humaira’.
“Tapi Mira…”
“No excuse!” Trademark batu kelikir Harizd
kembali.
Hanis Humaira’ terus berlari naik ke tingkat atas.
Hampir sahaja dia melanggar Izuan yang baru keluar dari

197
Hot Gimmick

bilik. Bunyi hempasan pintu bilik yang kuat menyebabkan


Izuan mengurut dada, terkejut.
“Kes Ayez lagi la ni!”
Hanis Humaira’ menghempaskan tubuh ke katil.
Dia terisak menahan tangis. Sikap Harizd membuat hatinya
remuk. Dia benar-benar terkilan dan terasa hati. Sejak dahulu
sehingga kini, perhubungan adik-beradik mereka condong.
Tiada kestabilan yang wujud untuk membetulkan ‘cinta’ yang
berat sebelah!
Sebuah album gambar ditarik. Halaman tengah
diselak, menemukan sekeping foto seorang gadis kecil yang
tersenyum riang dalam pangkuan seorang gadis yang ayu
bertudung. Wajah gadis bertudung itu diusap lembut,
sebelum setitis air mata jatuh mengenainya.
“Mira faham sangat tangga cinta abang buat hawa.
Dalam hati abang hanya ada umi, kakak dan Kak Asya. Takde
tempat buat Mira, kak. Tengoklah sikap abang kat Mira,
macam langit dengan bumi kalau nak dibandingkan dengan
kakak. Mira ni siapa, kak? Mira pun adik dia jugak. Mira pun
nak jugak perhatian dia. Mira ingat keputusan Mira tepat bila
pilih sekolah yang jauh daripada abang, Mira ingat abang
akan lebih prihatin kat Mira….”
Hanis Humaira’ menyeka kasar air mata yang
mengalir deras. Semakin kuat dia menyeka, semakin deras
pula air mata yang menuruni pipi. Hanis Humaira’ memejam
mata serapat-rapatnya,
“Tapi… Mira silap! Mira gagal meraih cinta abang!
Mira kalah pada kakak, pada Kak Asya. Mungkin abang masih
simpan marah dia kat Mira sebab peristiwa lima tahun lepas
tukan? Apa salah Mira, kak? Salah Mira ke sebab jadi adik dia?
Atau salah Mira ke sebab tak boleh jadi macam kakak? Mira

198
Shasfa alyahya

sedih dengan sikap abang… Mira sedih….” Hanis Humaira’


memandang sayu potret kakaknya. Penglihatannya kian
dikaburi air mata, namun pantas dikesat. Pergilah air mata!
Pergi jauh-jauh! Aku Mira, Hanis Humaira’, mana boleh
menangis sampai macam ni! Aku happy-go-lucky! Aku
sporting! Aku….
Air mata kembali hadir. Hanis Humaira’ pasrah.
Wajahnya disembam ke bantal, menyambung tangis yang
tertahan.
Di luar pintu, seorang jejaka bersandar lemah
dengan mata yang terpejam. Saat kelopak mata itu dibuka,
air yang bergenang pada tubir mata jelas kelihatan dan bagai
lumrah, air itu perlahan turun ke pipi. Dengan segera juga
air itu diseka, sebelum sempat menitis ke lantai.
“Mira….”

TAKDIR mereka tidak selalunya serupa. Kesedihan menusuk


atma penghuni Para Ville, namun beberapa kilometer dari
situ, Natasya Shakilla dan usrahnya (keluarganya) bergembira
menyambut kepulangan insan tersayang. Kesyukuran dan
keriangan menerbangkan hati mereka tinggi ke puncak
kegembiraan.
Dalam pada itu, selang beberapa meter dari rumah
bahagia Natasya Shakilla, seorang remaja termenung panjang
di birai jendela, merenung angkasa malam yang berhias
bintang. Wajahnya kelihatan muram dan kusam, bersama
sedikit kerutan. Dahinya dipecal (dipicit) lembut, berharap
segala keresahan menghilang bersama bayu malam.
“Little master…”

199
Hot Gimmick

Pintu bilik terkuak perlahan.


Dia menoleh ke arah muka pintu.
Seorang wanita terpacak dengan wajah sedikit
muram. Wanita itu melangkah masuk, menghampirinya.
“Don’t call me that. Please…” jawabnya perlahan.
Wanita itu menundukkan wajah, akur.
“Where’s Amier?” tanyanya.
“Takes forty winks, after taking medicines,” jawab
wanita itu.
“Hmmm….” Kepalanya ditongkat dengan tangan
kiri, sementelah matanya masih tertancap pada dada langit,
tiada arah tertentu.
“Let him be, he needs a long nap.” Bibir yang
sedang berkata-kata itu tersenyum. “And from tomorrow
onwards, Amierul Mukminien…”
Tubuhnya yang membongkok ditegakkan secara
tiba-tiba. Wajah wanita yang berdiri di hadapannya dipandang
dengan mata bercahaya. “Is reborn!”

200
Shasfa alyahya

bab 13
Kembali bertemu.

N
ATASYA SHAKILLA menggeliat
kecil, membetulkan urat
tengkuknya yang lenguh.
Matanya yang terpejam rapat, terbuka perlahan, cukup sempit
untuk melihat sekeliling tanpa cermin mata. Lantingan suara
bacaan al-Quran menusuk gegendang telinga. Natasya Shakilla
menutup matanya rapat-rapat. Selimut ditarik menutupi
kepala, sedikit terganggu. Seketika, bacaan yang mendayu
itu berhenti kedengaran. Dia berniat menyambung kembali
lenanya yang terganggu. Baru sahaja wajah putera raja dalam
mimpinya kelihatan, tiba-tiba selimutnya ditarik seseorang.
Terus pecah wajah kacak putera raja yang sedang tersenyum,
berganti dengan wajah comel seorang wanita.
“Aniq!” Natasya Shakilla bersuara sedikit
membentak. Selimut di hujung kaki ditarik kembali ke paras
dada.

201
Hot Gimmick

“Wake up, Asya! Dah nak subuh dah ni.” Aniq


menarik kembali selimut.
“Urgh!” Natasya Shakilla merengus. Sudahnya,
mereka bermain aci, siapa tarik dia dapat.
“Tak elok bangun lewat-lewat. Cepat bangun!!!”
Aniq masih tidak mengalah.
Natasya Shakilla merengus kasar lalu menekup
kepalanya dengan patung Spongebob kesayangannya.
Aniq menggeleng melihat telatah adiknya, liat betul
nak bangun!
“What’s up, Aniq?” Atiq menegur dari muka pintu
yang ternganga. Dia melencong dari arahnya untuk turun ke
tingkat bawah. Kepalanya dijenguk sedikit tanpa melangkah
masuk.
“Our little sis ni hah, macam diikat batu aje. Liat!”
adu Aniq. Telekung dibuka lalu dilipat sambil berdiri.
Atiq tersenyum. “Can I come in?”
“Ahlan wasahlan, ya akhi (Silakan masuk wahai
abangku)…” perli Aniq. “Ada resipi special ke?”
Atiq tersenyum lagi. Kakinya dihayun ke arah katil.
“Untuk bangunkan Asya, ada satu cara aje.”
Aniq mengangkat kening. Tak tahulah pulak! Dia
memerhatikan Atiq yang melekapkan sisi tangannya ke
telinga Natasya Shakilla. Wajahnya didekatkan. Dalam kiraan
lima saat, tubuh Natasya Shakilla terus bangkit, mencapai
tuala di penyidai dan terus menghilang di bilik air.
Aniq yang baru usai menyangkut sejadah, serta-
merta berpaling dengan riak tanda tanya.
Atiq tersenyum lagi.

202
Shasfa alyahya

“Secreto de amour,” bisiknya dengan jari telunjuk


melekap di bibir.
Aniq berdiri. Dengan suara perlahan dia menyoal,
“secreto de Atiq’ kat sana pula macam mana?”
Atiq terdiam. Tanpa menunggu lama, dia segera
berlalu dengan wajah yang sedikit tertekan.
Aniq mengerutkan sedikit kening, lantas mengekori
Atiq turun ke bawah.
Dari kamar mandi, Natasya Shakilla melangkah
keluar sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala. Dia
berlalu ke almari dan mengeluarkan baju sekolah yang telah
kemas bergosok. Anak matanya sempat mengerling jam di
dinding. Baru pukul enam suku.
“Mak ai, awal gila aku bangun hari ni! Macam tak
percaya aje!” omelnya sambil melibaskan rambut yang basah.
Semuanya gara-gara kekanda berduanya punya pasal.
Natasya Shakilla tersenyum. Teringat detik
kepulangan mereka beberapa hari lepas. Mati-mati dia ingat
rumah kena pecah masuk, alih-alih abang dan kakaknya yang
pulang secara mengejut. Mengikut kata mama, mereka
sebenarnya dijangka pulang dua minggu lagi. Entah angin
apa yang melanda, tiba-tiba sahaja mereka terpacak kat dalam
rumah, siap dengan surprise lagi! Sebelum tu mereka pergi
pejabat papa, minta anak kunci rumah. Well, itu pun
disebabkan tiada orang di rumah ketika mereka tiba.
Natasya Shakilla menggeleng dalam senyuman.
Kain sembahyang dicapai lalu dia mengabdikan diri kepada
Yang Maha Esa. Kali pertama solat subuh seawal ini sejak
pulang ke sini! Itu pun selepas ditazkirah oleh Aniq tentang
melewatkan solat.
Menurut Aniq, melewatkan solat secara sengaja

203
Hot Gimmick

mengurangkan pahala ibadat yang diperolehi. Contohnya,


macam reward selepas melakukan sesuatu, kalau tidak
melakukannya pada masa yang ditetapkan masih ada
pengampunan tetapi reward akan dipotong mengikut masa
yang tertinggal.
“Kalau terpaksa?” Natasya Shakilla setengah bersila,
membiarkan kaki yang masih sakit berlunjur selesa.
Aniq yang bersimpuh sopan membetulkan sedikit
telekung solatnya.
“Kalau terpaksa lain ceritanya, Asya. Itu atas
perkiraan Allah. Sebab solat kita bergantung kepada qouli,
qalbi dan fe’eli!”
Natasya Shakilla buat muka blur, tidak faham.
“Qouli, perkataan iaitu bacaan dalam solat. Fe’eli,
perbuatan iaitu rukun solat. Dan yang paling penting qalbi,
hati. Kalau solat, tapi fikiran entah ke mana, tu tak khusyuk
namanya, adikku…” ujar Aniq dengan nada memerli. “Asya
tahu, ibadat yang kita lakukan ditapis oleh tujuh lapis langit
sebelum sampai kepada Allah Azza Wajalla. Seperti niat kita
sebagai contoh, kalau ibadat kita ikhlas, tapisan pertama akan
dilalui dan begitulah seterusnya. Tapi kalau yang lain KO, ia
akan tergantung kat situ ajelah.”
“What a waste….” Natasya Shakilla menongkat
dagu. Jadi ibadat tersebut akan jadi sia-sia ajalah?
“Tau tak apa! Itu pasal kesempurnaan tu penting.
Sedangkan manusia pun asyik tengok kesempurnaan untuk
memilih pasangan, padahal setiap manusia tu pasti ada
kelemahan kecuali Rasulullah.”
Berdasarkan eksperimen Natasya Shakilla,
kakaknya, Aniq memang seakan memerli ketika bercakap
walaupun tidak bermaksud demikian. Atiq pula lebih senyap

204
Shasfa alyahya

dan suka tersenyum. Tapi kalau dah bercakap, pelik


kedengaran bahasa dan ayat yang digunakan. Ya, pelik bagi
dialah….
Mungkin kerana dia membesar dalam persekitaran
yang daif agama, kurang praktikal dan santapan jiwa. Dia
dihambat rasa malu kerana hal sekecil ini pun dia masih
jahil, sementelah pula hal-hal soal jawab agama yang lain!
Dia teringatkan teman-teman lamanya sewaktu di
sana, Michael dan Ryann juga muslim. Ibu dan kakak mereka,
Aisya dan Maria memakai jilbab setiap kali dia menziarahi
mereka. Namun demikian entah mengapa dia lebih senang
berkawan rapat dengan Heleanne walaupun sedar temannya
adalah seorang Katolik yang amat patuh. Setiap minggu
keluarga Heleanne akan ke gereja. Ibu bapa Heleanne tidak
pernah melarang anaknya berkawan dengan sesiapa sahaja
dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Alexis, teman
lelaki Heleanne pula lebih sukakan kebebasan dan mengaku
tidak menganut mana-mana agama. Mereka berlima amat
akrab walaupun berlainan bangsa dan agama. Ya, amat akrab
sehingga peristiwa yang menyedihkan itu berlaku.

NATASYA SHAKILLA mengerling jam, baru pukul enam tiga


puluh lapan dan dia sudah bersedia dengan sarapan pagi di
meja makan. Dicubit pipinya beberapa kali. Aku tak mimpi,
kan?
“Asya, makan cepat. Nanti sejuk tak sedap,” tegur
Aniq tatkala melihat Natasya Shakilla menguis makanan
tanpa menyuap ke mulut.
Natasya Shakilla memandang wajah kakaknya.

205
Hot Gimmick

“Nak tanya apa?” Aniq menyoal. Air Red Guava


dihirup perlahan.
Natasya Shakilla menyilangkan sudu dan garpu
yang dipegang.
“Emmm… tak ada apa-apa.” Natasya Shakilla
mengelak.
Atiq yang tiba bersama i-pod di tangan
menghadiahkan senyum buat adik-adiknya. Dia menuju ke
sinki lalu membasuh tangan.
“Atiq baru nak makan?”
Natasya Shakilla hairan. Dia ingat Atiq dah makan
dengan papa dan mama, rupa-rupanya Atiq tunggu dia orang
habis makan dulu. Memang musykil sungguh sikap abang
dan kakak sejak balik dari Mesir, seolah-olah ada sesuatu yang
disembunyikan oleh mereka. Tetapi Natasya Shakilla tidak
tahu apa yang harus ditanya. Takkan dia nak tanya, kenapa
abang dan kakak macam mengelak daripada papa? Atau...
kenapa abang nampak janggal ketika berhadapan dengan
papa?
Isy, susahnya! Natasya Shakilla menggaru kepala
yang belum bertudung. Sudahnya, dia bagai cacing kepanasan
sehingga tiba di sekolah. Sudah tentulah, awal daripada
kebiasaannya.

KLIK!!!
Natasya Shakilla berhenti melangkah. Kepalanya
terteleng-teleng memerhati kawasan sekitar. Hatinya
mengatakan ada seseorang yang sedang mengekorinya. Rasa
takut serta-merta menyusup masuk ke dalam hati. Sekarang

206
Shasfa alyahya

sudah pukul tujuh suku. Kenapa macam tak ada orang pun
kat sekolah? Takkan cuti kut? Hari ni hari Isnin! Isy, musykil
sungguh!
Tiba-tiba, seorang lelaki berpakaian serba hitam
menghampiri dengan riak mencurigakan.
Natasya Shakilla terdorong ke belakang. Wajah yang
terlindung di sebalik topeng itu menakutkannya. Dia segera
mengatur langkah berlari. Saat itu juga lelaki itu mengejar
dari belakang. Dia menjerit meminta tolong. Natasya Shakilla
disengat rasa takut!
Tidak semena-mena, tubuhnya ditarik seseorang
dari arah kiri. Tangannya dipegang kemas dalam genggaman
seseorang yang tidak dikenalinya. Mereka berlari sehinggalah
ada cahaya terang kelihatan di hadapan. Natasya Shakilla
tersenyum. Akhirnya dia akan selamat dari kegelapan ini.
Pegangan tangannya dikemaskan lagi dengan seribu harapan.
Kurang dari tiga minit, mereka telah membolosi
kegelapan.
Natasya Shakilla memegang lutut, menahan
keletihan yang menjalar. Dia melihat sekeliling, kawasan
sekolah telah kembali normal. Dikerling matanya ke arah
kiri, ingin mengetahui siapakah yang telah menyelamatkannya
sebentar tadi. Adakah hero pujaan seperti Kurosaki Ichigo?
Atau penyelamat yang cool, Lee Shaoran?
Tidak!
Sangkaannya jauh sekali meleset. Wajah yang
terpapar pada penglihatannya ialah seseorang yang amat
dibenci. Walaupun pernah menyelamatkan dirinya dahulu,
semuanya tidak mengubah rasa meluatnya tatkala melihat
wajah itu. Harizd!!!
Natasya Shakilla buat muka empat belas melihat

207
Hot Gimmick

senyuman jahat Harizd. Hatinya cuak. Tanpa diduga, Harizd


semakin mendekati dengan mata yang menakutkan. Natasya
Shakilla menjerit kuat! “Tidak!!! Tidak!!!”
Matanya dipejam serapat yang mungkin.
“Tidak!!!”
“Apa yang tidak?”
Natasya Shakilla terkedu. Matanya serta-merta
terbuka luas. Tepat di hadapannya wajah Atiq muncul dengan
senyum tertahan. Dia bangkit. Atiq? Dia meliar memandang
sekeliling. Kereta?
“Asya kat mana?” soalnya sambil menggenyeh
matanya berkali-kali. Astaghfirullah… aku mimpi ke tadi?
“Sekolah.” Sepatah jawapan yang muncul dari bibir
abangnya.
Natasya Shakilla terkedu buat kedua kalinya. Segera
dikerling jam Alba di tangan. Dah lapan dua puluh?
Pandangan kemudian dilarikan menghadap Atiq
yang sedang membetulkan headphone di telinga. Dia teringat
Atiq sudi menghantarnya kerana secara kebetulan dia ada
urusan di pejabat sekolah. Maklumlah sekolah lama….
“Atiq dah kejutkan Asya tadi, tapi mata Asya
langsung tak terbuka. Atiq ingat Asya masih ngantuk sebab
berjaga sampai pukul dua pagi semalam.” Dengan senyum
manis, Atiq menjawab.
Ya Allah… tenangnya abang aku ni…!!!
Tanpa membuang masa, dia segera melangkah
turun. Pintu kereta dihempas kuat, menunjukkan
kemarahannya. Macam budak-budak! Nasib baiklah dia dah
berada dalam kawasan sekolah. So, memang jauh sekalilah
‘pengawas besar’ tu nak denda! Tapi….

208
Shasfa alyahya

Natasya Shakilla menghentikan langkah. Keningnya


berkerut mengingati sesuatu. Hari ini hari pertama dia
kembali ke sekolah selepas peristiwa jatuh cenuram tempoh
hari. Bererti dah dua minggu dia MC. Lama tak lama, subjek
apa masa first ni?
Natasya Shakilla menyelongkar begnya. Dari
halaman pertama buku nota, subjek Sejarah kelihatan. Dia
menepuk dahi. Alamak! Apesal masa Cikgu Khatijah pulak?
Tapi satu masa aje, so kelas cikgu disiplin itu dah nak
habislah! Hmmm… Natasya Shakilla tersenyum dalam diam.
Dia mendapat satu akal!
“Asya?”
Natasya Shakilla tersentak. Ya Allah, ada lagi abang
aku ni…!
“Buat apa lagi tercegat kat sini?” soal Atiq sambil
mendekati.
“Sebenarnya…” Natasya Shakilla berpeluh.
Habislah rancangan aku! Takkan nak beritahu aku nak
ponteng kelas Cikgu Khatijah? “Errr…”
“Hei! Kau ke tu, Bhai?”
Suatu suara yang tiba-tiba menyapa mematikan
bicara Natasya Shakilla.
Serentak mereka berdua berpaling ke arah suara
yang menegur itu.
“Bila kau balik?” Dari arah koridor, Cikgu Z berjalan
pantas menghampiri mereka.
Natasya Shakilla tercengang. Bhai? Dia kenal Atiq?
“Ya Allah… Affan! Lama sungguh tak jumpa!”
Atiq meluru mendapatkan Cikgu Z.

209
Hot Gimmick

Mereka bersalaman lantas berpelukan erat.


Kegembiraan terpancar jelas dari sinar mata mereka. Salam
ukhuwah terasa menggebu memenuhi atma masing-masing.
Sedang mereka enak menikmati tali persaudaraan, tiba-tiba
satu suara mengganggu.
“Excuse me? When did you know each other?”
Natasya Shakilla menyoal dengan muka seposen.
Pelukan dua sahabat itu terlerai.
“Whoa…! Betul sangkaan cikgu yang awak ni adik
Baihaqi!”
“Sir Z ni kawan Atiq?”
“Best friend, Asya.” Atiq menerangkan. “Tak sangka
sungguh kau mengajar kat sini!”
“Cikgu ganti aje, Bhai! Ke mana perginya produk
kalau bukan ke kilang,” jawab Cikgu Z senang.
Natasya Shakilla buat muka. Inilah… best friend
dua kali lima! Produk dari kilanglah…!
“Hah, Asya! Awak baru datang lepas kes tukan?
Tahniahlah! Kenapa tak masuk kelas baru lagi?”
Natasya Shakilla terpempan. Aku silap dengar ke
ni? Tahniah? Kelas baru? No way!!!
“What do you mean? Warghh!!! Never! Sir Z…!”
Natasya Shakilla bagaikan orang hilang arah.
Lengan baju Cikgu Z dipegang kemas dengan wajah minta
simpati.
Cikgu Z dan Atiq berpandangan.
“Lahai… awak tak tahu rupa-rupanya!”
Natasya Shakilla mengangguk perlahan sebanyak
dua kali. Lengan baju Cikgu Z dilepaskan.

210
Shasfa alyahya

“Subjek apa first?”


“Cikgu Khatijah!”
Sekali lagi dua sahabat baik itu berpandangan.
Patutlah dia tercegat macam tiang elektrik kat sini.
“Jom Atiq hantar. Lagipun Atiq memang nak jumpa
ibu.” Atiq sudah mengatur langkah.
Cikgu Z dan Natasya Shakilla mengekori sahaja Atiq
dari belakang. Laju sahaja langkahnya!
“Ibu?”
“Dulu masa kita orang duduk kat asrama, Cikgu
Khatijah jadi warden. Kita orang lebih kenal dia berbanding
cikgu lelaki sebab dia guru disiplin. Kami dulu pengawas,”
terang Cikgu Z.
Atiq terangguk-angguk macam burung belatuk,
mengiakan cakap-cakap sahabatnya itu.
Mereka terus berbual tentang kisah zaman remaja,
sedangkan Natasya Shakilla sudah ‘terbang’ ke alam lain.
Mindanya masih tidak percaya kenyataan yang baru diterima
dari mulut Cikgu Z sebentar tadi.
Tiba sahaja di hadapan kelas, kaki Natasya Shakilla
terus terpacak macam tunggul kayu.
Cikgu Z dan Atiq mendampingi kiri dan kanannya
tanpa niat untuk mengganggu sesi pembelajaran Cikgu
Khatijah. Faham benar akan sikap mantan cikgu mereka yang
tidak suka diganggu ketika sedang mengajar.
Cikgu Khatijah tertoleh-toleh ke arah mereka
beberapa kali.
Pelajar-pelajar lain pula hanya berani menjeling
hujung mata. Mana dia orang berani bergerak ketika cikgu
garang mengajar!

211
Hot Gimmick

Selepas Cikgu Khatijah melangkah keluar, kelam-


kabut mereka bangun lalu mengintai dari celah pintu. Malah,
ada yang berbisik sesama sendiri dengan wajah ingin tahu.
“Assalamualaikum, ibu.” Atiq mendahului dengan
ucapan salam. Badannya menunduk sedikit tanda hormat.
Cikgu Khatijah berfikir sejenak. Wajah Atiq
dipandang tanpa kedip. “Kamilan Baihaqi? Kamu Baihaqi?”
Cikgu Khatijah seakan tidak percaya. Wajahnya
yang sentiasa garang dan payah tersenyum itu terus bertukar
menjadi sebaliknya, ceria dan gembira. What a shock! Even
Natasya Shakilla kat sebelah pun dia dah tak perasan.
“Betullah, ibu. Ini Bhai, The Twin of Legend!” Cikgu
Z mengiakan.
Cikgu Khatijah tergeleng dalam senyum.
“Subhanallah… dah besar pun kamu. Kamillia
Balqhis mana?” soal Cikgu Khatijah lagi.
Cikgu Z terdiam, menunggu butir bicara Atiq.
“Kat rumah, bu. Dia tak dapat datang hari ni. Kalau
dia tahu ibu ada, mesti dia nak datang.”
“Oh… marilah kita pergi pejabat dulu. Ibu tak ada
kelas lepas ni. Kamu dari mana sebenarnya ni?”
Natasya Shakilla pula menjadi pemerhati setia.
Pelajar kelas 5Sc2 pula sudah menjatuhkan rahang
masing-masing, tidak percaya. Cikgu Khatijah ke ni?
“Hantar adik saya yang bongsu, bu.”
Terangkat kening cikgu disiplin tersebut.
Natasya Shakilla menelan liur. Tatkala mata mereka
bertembung, dia cuma mampu menonjolkan senyuman
plastik sahaja.

212
Shasfa alyahya

“Adik kamu? Natasya Shakilla binti Emran Syakir?”


Ya Allah, habis panjang nama aku disebutnya. Betul
pulak tu!
“Dia tak tahu pun kelas dia dah ditukar. Selepas
kejadian dua minggu lepas, baru hari ni dia mulakan
persekolahan,” terang Cikgu Z selepas lama mengunci mulut.
Wajahnya kelihatan sedikit kelat.
Cikgu Khatijah terangguk-angguk.
“Kalau macam tu, mari pergi. Sekarang ni kelas
Mrs. Chue.”
Natasya Shakilla mengangguk. Dia menarik nafas
dan menelan liur. Badannya mula berasa seram sejuk,
sampaikan gamitan Arienna dan Ruqyah dari jendela kelas
pun tidak dihiraukan lagi. Sempat dia berpaling menghadap
muka teman sekelasnya yang akan ditinggalkan sebelum
melangkah mengekori Cikgu Khatijah, Cikgu Z dan Atiq.
Kelas yang bersebelahan itu kelihatan sunyi sepi
tanpa sebarang bunyi. Para pelajarnya masing-masing
melakukan latihan yang ditugaskan.
Mrs. Chue pula senang bergerak dari meja ke meja
untuk memantau gerak kerja anak-anak muridnya. Apabila
terdengar ketukan di pintu kelas, Mrs. Chue terus berpaling.
Para pelajar turut memandang, sekilas lantas
mengembalikan tumpuan ke arah buku.
Ya Allah, skemanya!!!
“Mrs. Chue!” Cikgu Khatijah menggamit.
“Ada apa ya, Kak Jah?” Mrs. Chue bertanya hairan.
“Oh, Shakilla!” Dia tersenyum senang melihat
Natasya Shakilla di belakang.

213
Hot Gimmick

“Maaflah mengganggu masa kelas berjalan. Shakilla


kata dia tak tahu kena tukar kelas. Kerusi dan meja dah ada
yang kosong, kan?”
“Dah, memang dah cukup lima masa pertambahan
pelajar dulu. So Shakilla, come in!”
Natasya Shakilla menelan liur. Dia buat muka
kesian ketika berbalas pandang dengan Atiq dan Cikgu Z.
“Nak balik nanti telefon Atiq,” pesan Atiq sebelum
berlalu.
Natasya Shakilla ditinggalkan ‘keseorangan’.
Sekarang dia perasan sedari tadi lagi ada beberapa pasang
mata yang menjeling. Mama, Asya tak nak!
“Shakilla, please come in!” Kali kedua Mrs. Chue
menjemputnya masuk.
Natasya Shakilla melempar senyum kambing tatkala
melangkah masuk. Tekaknya berasa kering ekoran beberapa
kali menelan liur sejak tadi.
“I guess that everyone already knew Shakilla. But
as your new classmate, let her introduce herself so that we’ll
have a better expectation. Okey, Shakilla?”
Natasya Shakilla tersenyum sebagai jawapan. Kini
semua mata terarah tepat ke wajahnya, macam nak telan pun
ada. Dia cuba bersuara,
“Emmm... I’m Shakilla, better call me Killa.
Errr…” Mata Natasya Shakilla menangkap pandangan tajam
seseorang, sesaat sebelum mata itu kembali terarah kepada
buku di hadapannya, tidak mengambil peduli. Lidahnya tiba-
tiba kelu. Mindanya berputar saat dirinya diselamatkan dia
dahulu.
Lupakan!!! hatinya menjerit. Matanya meliar lagi

214
Shasfa alyahya

sehingga satu wajah yang mendamaikan menikam retina


matanya. Melihat senyuman mahal yang terbit dari bibir itu,
dia tersenyum lebar. Tiada lagi senyum plastik seperti tadi.
Hatinya yang berdebar hebat sebentar tadi kembali tenang.
“Seperti yang kalian semua tahu, saya baru
berpindah ke sini. Sebelum ni ditempatkan di kelas 5Sc2.
Saya sendiri pun tak faham macam mana saya boleh terpilih
masuk ke kelas ni. Apa-apa hal pun, nice to meet you all.”
Natasya Shakilla menguntum senyum. Entah apa-apa entah
ayat yang keluar dari mulutnya, tapi dia tak kisah. Asal
bahagia sudah….
“Ada meja kosong di belakang sekali, sebelah kanan.
Ambil seat awak. Ada add math tak hari ni?”
Natasya Shakilla menggeleng.
“Have mine for today.” Mrs. Chue mengunjuk buku
latihannya kepada Natasya Shakilla.
Gadis itu menyambutnya sebelum melilaukan mata
mencari tempat duduk. Sekali lagi anak matanya bertembung
dengan Amierul Mukminien.
Amierul Mukminien tersenyum lantas menunjuk ke
meja di belakangnya.
Natasya Shakilla mengangguk faham. Saat dia
melabuhkan punggung, barulah dia perasan siapa ‘jiran’
sebelahnya.
Natasya Shakilla menggigit bibir, hilang arah
tumpuan. Baru dia perasan, dia telah dikepung oleh
kumpulan pelajar kegilaan sekolahnya. Di hadapannya,
Amierul Mukminien. Di sebelah Amierul Mukminien pula
Izuan. Di belakang Izuan… si bighead tu… jiran barunya! Itu
pun kira okeylah meja pelajar tak disusun dua-dua seperti
kelas lamanya. Kalau tak… memang azab la!

215
Hot Gimmick

“Mesti tak ada orang yang berani duduk kat sebelah


mamat ni!” omel Natasya Shakilla perlahan. Mulutnya
dimuncungkan, lepas perasaan.
“Okay, continue perbincangan kita tadi, tentang
pembahagian kumpulan. Kamu semua ada dalam dua puluh
empat orang sekarang. I nak enam group untuk
pembentangan. So, dalam empat orang satu group.” Mrs.
Chue menempatkan birai pinggulnya di atas meja guru.
Tangannya bersilang kemas.
“Macam nilah, group satu bermula dari kanan.
Emylia, Fikri, Raju, Dalya. Then Fathin, Matt, Hana, Izzati.
Hmmm… Linda, Danial, Ah Cheng, Irah. Group empat, Siti,
Sarra, Jauhar, Afiq. Group lima, Adhzarinna, Iqa, Izuddin,
Syah.”
Natasya Shakilla tersentak. Rupa-rupanya
Adhzarinna pun masuk kelas ni juga? Afiq dengan E-ju pun!
Tapi, Adhza…?
“And last group, Izuan, Amier, Killa and Ah Kam.”
Piuuu… ka boom!!!!
Rahang Natasya Shakilla sudah jatuh ke bawah.
Kenapa dalam ramai-ramai orang, dengan dia ni jugak aku
sekumpulan? This is so very unfair!!!
Natasya Shakilla menjeling reaksi sekeliling.
Kebanyakan mata sedang tertumpu ke arahnya. Aura hitam
dan kelam terasa menyelubungi ruang kelas. Selepas Mrs.
Chue melangkah keluar, dia rasa ingin sahaja berlari keluar
mengekori Mrs. Chue. Namun niatnya dimatikan.
Punggungnya bagaikan telah dilekat dengan gam gajah pada
kerusi.
Tiba-tiba, Harizd bangkit dari duduknya dengan
wajah serius. Tindakan Harizd menyebabkan rakan sekelasnya

216
Shasfa alyahya

menunduk melakukan kerja masing-masing. Berbekalkan


nota kecil dan pen di tangan, dia melangkah keluar.
Natasya Shakilla memerhatikan tingkahnya
sehingga hilang dari penglihatan. Dia bersandar penuh lega.
Baru selesa sikit rasa hatinya.
“Begitu melegakan ke?”
“Hah?” Natasya Shakilla mengerutkan kening.
Amierul Mukminien tersenyum melihat reaksinya.
“Lepas dia pergi, awak nampak betul-betul lega.”
Amierul Mukminien mengulang.
Natasya Shakilla tersengih. Begitu ketarakah reaksi
spontan yang ditonjolkan olehnya sebentar tadi? “Ye ke? Tak
adalah!”
“Ya! He he he…!”
Gasp!!!
Natasya Shakilla terkedu. Matanya membuntang
luas.
Seluruh kelas juga turut menonjolkan ekspresi
wajah yang sama. Terkejut!
Amierul Mukminien… ketawa? Dunia nak kiamat
ke?
“Mier?” Izuan di sebelah menegur. Matanya dipejam
celik beberapa kali.
“Yeah?” Amierul Mukminien berpaling.
“Run a temperature ke?” Izuan menekapkan telapak
tangannya di dahi rakannya itu.
Perlahan ditepis tangan itu. “Mana ada....”
Izuan terdiam. Sah! Amierul Mukminien memang
pelik. Bukan hari ini aje, sejak minggu lepas lagi! Dia ingin

217
Hot Gimmick

menyoal lebih lanjut namun kedatangan guru membantutkan


bicaranya.
Cikgu Haslinda melangkah masuk diikuti Harizd.
Semua pelajar bangun memberikan salam hormat.
Harizd berjalan menghampiri mejanya.
Natasya Shakilla memerhati dengan ekor mata.
Badannya serta-merta terkaku lagi.
Ya Allah, kenapa ni? Kepalanya digelengkan
beberapa kali. Wajahnya lurus ke hadapan. Belakang Amierul
Mukminien menjadi santapan anak matanya. Cahaya
matahari yang menerobos masuk melalui celah jendela
memancar terus ke arahnya selepas menembusi rambut
Amierul Mukminien yang beralun disapa angin pagi.
Diperhatikan rambut temannya yang beralun. Lama matanya
tertancap di situ. Hatinya diserbu kehairanan.
Apakah yang kurang pada dia? Natasya Shakilla
menolak cermin matanya dengan jari telunjuk, memikirkan
sesuatu. Matanya disempitkan lagaknya seperti ahli fikir
sahaja.
“Oh, ya...!” Dia dah dapat!
“Ya, Shakilla. Apa jawapan awak?” Puan Haslinda
menyoal.
Seisi kelas sudah menajamkan mata ke arahnya.
Natasya Shakilla automatik berdiri.
“Hah? Errr… aaa….” Natasya Shakilla menelan
liur. Jawapan apa? Tengah belajar apa? Mama…!!! Wajah Puan
Haslinda direnung dengan mata mengharap. Apa ke halnya
ni?
“Haiii… perangai awak memang tak berubah,
Shakilla.” Puan Haslinda tergeleng kecil. “Dah, duduklah!”

218
Shasfa alyahya

Natasya Shakilla menghadiahkan sengih sebelum


kembali duduk. Matanya meliar sekeliling. Ramainya yang
bagi senyuman sinis! Tengoklah tu, E-ju tengah tekan perut.
Mesti tahan gelak tu. Ya Allah… Adhza bagi jelingan maut!
Hah, Izuan buat mimik muka lucu. Mamat sebelah pulak
sekadar menjeling dengan ekor mata. Bibirnya yang sedikit
bergerak sempat ditangkap oleh mata Natasya Shakilla.
Sucks!
Natasya Shakilla menghela nafas lemah. Hari
pertama dengan havoc gimik, macam biasa… hai, memang
tak berubah!
“He he he….”
Natasya Shakilla terdiam. Tawa perlahan itu
kembali menarik perhatiannya. Pandangan matanya
dinaikkan, cukup untuk melihat bahu yang sedikit terhenjut
di hadapannya. Wajah itu berpaling menghadapnya.
“You’re so funny!”
Natasya Shakilla mengerutkan kening, spontan.
Kenapa riak wajah Amierul Mukminien kelihatan berlainan
sekali? Senyumnya, suaranya, even rambutnya! Ya,
rambutnya….

219
Hot Gimmick

bab 14
He isn’t Amier!

“K
ILLA!!!”
“Oh, hantu kau!”
Natasya Shakilla terlompat
kecil mendengar sergahan dari belakang. Hampir tercabut
jantungnya.
Natasya Shakilla mengurut dada seraya berpaling
melihat siapa yang bijak sangat mengenakannya. Matanya
membuntang melihat rakan-rakan 5Sc2 tersengih-sengih di
belakangnya. Tanpa sempat dia mengeluarkan suara,
badannya telah ditarik beramai-ramai ke dalam kelas
lamanya. Konspirasi apa pulak ni?
Setelah memastikan semua telah menapak masuk,
pintu kelas ditutup rapat lalu dikunci. Jendela yang terbuka,
dikatup. Sekarang mereka berada di bilik yang tertutup.
Natasya Shakilla didudukkan di atas kerusi di
hadapan kelas, persis seorang penjenayah layaknya.

220
Shasfa alyahya

Dia yang masih terpegun dengan tindakan tersebut,


hanya merenung wajah-wajah serius di hadapannya tanpa
bersuara. Mindanya mengesahkan, mesti dia orang nak
marah aku! Oh, no! Mesti dia orang nak pukul aku!
Wajah-wajah masam itu kian mendekat.
Natasya Shakilla diserang ketakutan. Matanya
dikatup rapat, bersedia menerima sebarang pukulan.
Namun begitu…
“Cayalah, beb!”
“Kau memang hebat, Killa!”
“Gila sungguh!”
Pap! Matanya automatik terbuka. Tiada tangan
kasar yang mengenai badan, sebaliknya muka-muka ceria dan
penuh kagum. Apa ni?
“Aku tabik spring kat kau!”
“Hah?” Natasya Shakilla jadi hairan.
“Pura-pura terkejut pulak! Apa cerita sebenarnya
Killa?” Arienna tersengih nakal.
Ruqyah di sebelah terangguk-angguk mengiakan.
“Cerita apa?” Natasya Shakilla menadah angin.
“Cerita kat kem dululah! Kita orang nampak dengan
mata kita orang sendiri…”
“Kau dengan head prefect…” Ada yang
menyambung.
“Kena dukung!” Yang lain menambah.
“Ngeee…!”
Natasya Shakilla ingin bangun namun ditahan.
Mama, ini lebih ngeri daripada kena pukul!

221
Hot Gimmick

“Mana ada apa-apa! Masa tu dia selamatkan aku,


that’s all!”
“Bohonglah!”
“Disaster!” Natasya Shakilla menepuk dahi.
“Kalau tak, takkanlah kau tiba-tiba boleh lompat gi
kelas sebelah!” Rakannya mula menyatakan ketidakpuasan
hatinya.
“Alahai… aku sendiri pun tak tahu la!”
“Lagipun, siapa abang hensem yang datang dengan
kau tadi tu?” Arienna menambah.
“Haahlah… hensem siot!”
“Terkejut aku tengok Cikgu Khatijah yang garang
tu tiba-tiba aje jadi baik.”
“Aku pun macam tak percaya aje!”
“Yang tu….” Natasya Shakilla memejam celikkan
matanya beberapa kali. Tak tahu bagaimana nak jawab. Dia
mula pening.
“Korang dah start sharing!” Izuddin menggiat. Dari
mana entah dia tiba-tiba muncul.
Natasya Shakilla menggembulkan pipi. Mesti semua
ni kerja mamat nakal ni.
“E-ju!” Natasya Shakilla geram. Mesti nak
gandingkan dia dengan mamat garang kelas sebelah tu!
Yucks!
“Well, dah share pengalaman masa kem hari tu.”
Izuddin tersengih nakal.
“Share kelas!” Ada pulak yang menambah.
“Tak lama lagi mesti share kerusi.”
“Share meja.”

222
Shasfa alyahya

“Share motor.”
“Share perasaan.”
Mereka terdiam, seketika…
“Share hati!!!”
“Muah ha ha ha!!!” Izuddin tergelak besar. Suka
benar hatinya melihat wajah Natasya Shakilla yang sudah
merah macam udang kena bakar.
Arienna dan Ruqyah yang terdiam sebentar tadi
juga, sudah mula terhinjut-hinjut menahan tawa.
Natasya Shakilla tidak dapat bertahan lebih lama.
Mereka semua dah senget!
Melihat sedikit celahan yang ada, Natasya Shakilla
mengambil peluang untuk melarikan diri.
Melihat orang tahanan bangkit, rakan-rakannya
turut bertindak. Badan kecil Natasya Shakilla dipegang.
Dia mengumpul sebanyak mungkin tenaga yang
ada. Sikit lagi tangannya mencapai tombol pintu. Lagi sikit…
lagi sikit….
Krek….
Pintu terlebih dahulu dibuka dari luar.
Mereka tercengang.
Setentang di hadapan mereka, Harizd berdiri tegak
dengan wajah mencukanya.
“We’ll be dead….”

ATIQ dan Cikgu Z berjalan seiringan menuju ke arah kereta


yang diparkir di dalam kawasan sekolah. Perbualan mereka

223
Hot Gimmick

masih berterusan memandangkan lebih enam tahun mereka


tidak berjumpa. Banyak modal yang keluar sedari tadi.
Sebelum ini hanya ruangan messenger dan e-mel yang
menjadi perantaraan di antara mereka selama Atiq berada di
Mesir, tanah anbiyaa’.
Cikgu Z atau nama sebenarnya Zarkasyi,
menyambung pengajian di universiti tempatan.
“Serius cakap, ana langsung tak sangka gurauan
anta (awak - lelaki) dulu benar-benar terjadi. Dulu dengan
mimik serius kata, kalau tak dapat pegang mechanical
engineering, kerja cikgu pun tak apalah, asal berbakti. Allah
dah makbulkan doa anta!” Atiq tersengih mengusik.
Zarkasyi ketawa mengenangkan kata-katanya yang
lepas suatu ketika dulu. Tajam sungguh fikiran kawan dia
yang sorang ni! Kata-kata itu merupakan suatu doa, dan
doanya sudah menampakkan hasil. Cuma tinggal satu doa
saja lagi….
“Tugas seorang guru amat berat kerana didikan
merekalah mencorak masa depan negara,” tukas Atiq.
“Benar,” sahut Zarkasyi. “Insya-Allah ana benar-
benar menjadi pendidik!”
“Apa maksudnya tu?”
“Actually ana ni cikgu ganti aje sebab ada cikgu
cuti bersalin. Masa tu, ana saja ziarah sekolah ni, jumpa
mantan cikgu. Tau-tau ibu terus rekomen ana mengajar kat
sini. Tak sempat nak rasa kerja sebagai penganggur tak
bertauliah lama-lama!”
“Yalah tu!”
Ketawa mereka bersatu.
“Okeylah, got to go!” Atiq menekan remote kereta,

224
Shasfa alyahya

membuka kunci kereta. Kemudian dia memandang Zarkasyi


lantas menghulurkan tangan.
“Yeah, ana pun ada kelas lepas ni.” Tangan Atiq
disambut lalu digenggam erat.
“Selamat mengajar and keep on bullying my sis!”
“Banzai! And send Balqhis my warmth regard with
assalamualaikum.”
Atiq mengangguk. Enjin kereta dihidupkan. Sempat
dia mengangkat tangan sebelum memandu keluar dari
kawasan sekolah.
Zarkasyi masih berdiri di situ, mengeras bagaikan
patung. Ingatannya serta-merta melayang jauh, mengingati
seseorang yang teristimewa.
“Adakah anti (awak - perempuan) sudah berubah?
Atau mungkin digamit kumbang lain? Ana sobba alaiki....
(Saya rindukan dia….)”

HARIZD merenung aksi rakan-rakan sebayanya dengan mata


tajam. Perbuatannya menyebabkan budak-budak itu terdiam
kaku. Macam pelajar tahun pertama sekolah rendah, langsung
tidak menunjukkan sikap sebagai seorang senior yang layak
dihormati oleh junior yang lebih muda. Kalau macam inilah
perangai korang, siapa yang nak jadi role-model adik-adik?
Sayangnya kata-kata itu tidak keluar dari anak
tekaknya. Buat masa ini dia hanya mampu merenung tajam
ke arah mereka sebelum berlalu pergi dari situ.
Mereka yang ada terpempan. Harizd tidak
membebel? Biar betul?

225
Hot Gimmick

“Whoaaa…!!! Tengok tak tadi?” Izuddin memulakan


kembali suasana tadi dengan nada mengusik.
Apa lagi, semakin kuatlah suara usikan yang
memeningkan kepalanya. Dengan muncung sedepa, Natasya
Shakilla segera melarikan diri. Dia berlari turun melalui
tangga yang paling hujung. Saat membelok ke kiri bangunan,
bahunya terlanggar seseorang.
“Sorry,” ucapnya sepatah tanpa memandang wajah
empunya diri. Lariannya diteruskan sehingga kakinya
menjejak lantai kantin. Dia memegang lutut, menarik nafas
untuk menghilangkan lelah yang menjalar. Kalau macam
inilah hari-hari, boleh mati kering dia lama-lama di sekolah
ni. Dahsyat!
Apabila pernafasannya sudah kembali normal, dia
mengerling jam di dinding kantin. Ada lagi lima minit
sebelum masa rehat berakhir. Dia berkira sempat lagi untuk
mengisi perut sebelum loceng berbunyi. Kakinya diatur ke
ruang membeli. Baru sahaja mulutnya terbuka, suatu tangan
menyekat katanya. Dia berpaling.
“Maaflah, masa rehat dah habis!” Seorang pengawas
perempuan bersuara dengan wajah serius.
Natasya Shakilla mengerutkan kening.
“Tapi baru pukul sebelas!” bangkangnya cepat.
Pengawas tersebut melirik jam di pergelangan
tangannya. “Tak, masa dah tamat!”
Natasya Shakilla mula bengang. Apa ni?
“Yalah, kak! Masa rehat dah habis pun. Baik akak
balik ke kelas,” sampuk pengawas yang lain.
Pakatan apa ni? Kalau macam ni memanglah masa
akan berlalu macam tu aje!

226
Shasfa alyahya

“Ada lagi lima minit. Awak pandai tengok jam tak?”


“Eh, akak ni tak reti bahasa ya? Kita orang kata tak
boleh, tak bolehlah!”
“Kenapa tak boleh?”
Amierul Mukminien tiba-tiba muncul di belakang
Natasya Shakilla. Tindakan dan soalan kerasnya menyebabkan
pengawas tersebut terkedu. Suasana tegang tadi serta-merta
berubah.
“Errr….” Pengawas yang tunjuk lagak tadi tidak
dapat bersuara.
Rasa hairan bertambah di dalam benak Natasya
Shakilla. Kenapa mereka nampak takut ni?
“Masa untuk korang bertugas dah tamat. Sila blah!”
Mendengarkan arahan yang terang lagi nyata
tersebut, para petugas itu tidak menunggu lama untuk
beredar dari situ. Sempat dikerling wajah Natasya Shakilla
sebelum mereka berlalu.
Natasya Shakilla pula menjeling kembali. Sign of
war! Kemudian dia memandang Amierul Mukminien di
sebelah. Kasar aja bicara Amierul Mukminien tadi.
Amierul Mukminien melirik ke arah makanan,
menyuruh Natasya Shakilla menyambung pembelian.
Dia akur. Usai membayar, mereka bergerak ke
taman. Baru sahaja Natasya Shakilla melabuhkan punggung,
loceng berakhirnya waku rehat kedengaran nyaring
memenuhi kawasan sekolah.
Natasya Shakilla bangkit.
“Makanlah dulu.” Amierul Mukminien bersuara.
“But time’s up!”

227
Hot Gimmick

“Nak makan dalam kelaparan, atau back up


chapters lepas sekolah?” Amierul Mukminien memberi
pilihan.
Natasya Shakilla terdiam. “The last choice sounds
better!”
Tidak jauh dari kedudukan mereka, seorang pelajar
bersembunyi di sebalik pokok bunga kebangsaan. Teropong
dalam genggaman dirapatkan ke hidung. Bibir yang kelihatan
mula menguntum senyum dengan makna yang tersirat.
“Target on!”

“WHEN the electrical impulse reaches the presynaptic


membrane, it will trigger the synaptic vesicles to release
neurotransmitters into the cynaptic cleft. Then, the
neurotransmitters will diffuse across the cynaptic cleft
and…”
Tok! tok!!!
“Sorry, sir. We’re late!”
Amierul Mukminien dan Natasya Shakilla
melangkah masuk dengan wajah toya, macam tiada kesalahan
yang telah dilakukan.
Seisi kelas tercengang dengan gangguan yang
memesongkan pandangan mereka dari papan putih. Dahlah
masuk lewat, berdua pulak tu!
Zarkasyi yang sedang memegang marker bercekak
pinggang. “Out of my class!”
Kenyataan itu menarik perhatian semua pelajar.
Cikgu sementara pulak tu!

228
Shasfa alyahya

“Sir Z, kita orang ada hal tadi…” rayu Natasya


Shakilla. Panggilannya kepada Zarkasyi menyebabkan rakan-
rakan yang lain membuat riak kurang senang.
“Itu urusan kamu di luar kelas. Yang saya tahu
sekarang ni kamu sedang mengganggu kelas saya. Kamu dari
mana ni?”
Natasya Shakilla menelan liur. Takkanlah nak bagi
tahu tadi dia makan dan Amierul Mukminien temankan dia?
Cikgu Z… best friend Atiq. Boleh mati katak dia kena tadah
telinga dengar bebelan sepasang kembar di rumahnya kalau
dia orang tahu! Tapi Cikgu Z di luar kelas bukan main mesra
lagi, tapi ketika mengajar….
“Bagi contoh untuk neurotransmitter!”
“Hah?” Natasya Shakilla ternganga.
Tiba-tiba pula ringan mulut Zarkasyi menyoal. Buli!
Natasya Shakilla menelan kasar air liur yang ada di
dalam mulut. Tunggu kucing bertanduk pun dia takkan boleh
jawab punya sebab dia langsung tak sentuh buku pun! Apatah
lagi buku Biologi!
“Acetylcholine, noradrenaline, secotonin and
dopamine.”
Satu suara tegas tiba-tiba kedengaran dari arah
belakang.
Natasya Shakilla sudah boleh mengagak siapa
empunya suara yang mencelah, atau lebih tepat lagi…
menyelamatkannya.
Selang sedepa di belakang Natasya Shakilla, Harizd
berdiri dengan buku catitan dan fail di tangan. Usai memberi
salam sejahtera, dia melangkah masuk.
“Our mistakes, sir. Ada tugas yang tak dapat

229
Hot Gimmick

dielakkan,” tegas Harizd, membela. “Lagipun, ada ke soalan


tanya contoh bagi neurotransmitter?”
Berani gila tu!
Zarkasyi berdeham beberapa kali. Jatuh pride aku!
“Okey, duduk! Saya tak nak perkara ni berulang
lagi. Awak dah bazirkan masa sendiri dan teman-teman yang
lain. Behave yourselves!”
“Yes, sir!”
Amierul Mukminien yang berdiam diri sedari tadi
segera berkalih ke tempatnya. Sebelum dia duduk, matanya
berbalas pandang dengan Harizd. Satu jelingan berbisa
dihadiahkan.
Izuan yang sedang memerhatikannya, menangkap
seratus peratus jelingan tersebut. Hatinya kuat mengatakan
lelaki yang berada di sebelahnya hanya bertopengkan wajah
Amierul Mukminien, sedang hakikatnya perwatakan dan
personalitinya sama sekali bukan Amierul Mukminien yang
dikenalinya! Dia bukan Amierul Mukminien Carl!!!

ANIQ berpaling ke arah pintu bilik yang dibuka dari luar.


Sejadah yang sedang dilipat diangkat lalu disidai kemas,
sebelum kakinya dihala ke arah Puan Jalina yang sudah
melangkah masuk. Dia bersimpuh bersebelahan kaki ibunya
yang mengambil tempat di birai katil. Kaki tua itu dipicit
penuh perasaan kasih.
“Buat solat sunat dhuha?”
“Ya, ma.”
“Mama dengar Aniq mengaji tadi sebab tu mama

230
Shasfa alyahya

tak nak ganggu.” Puan Jalina mengelus rambut Aniq yang


panjang.
“Memperbaik hafazan, ma. Nanti malam nak tasmik
ngan Atiq. Kalau silap nanti alamatnya makan sindiran
pedaslah selama dua hari.”
Mereka tertawa.
Atiq memang macam tu. Percakapannya mesti
berselit kiasan atau sindiran, kalau tidak dia lebih senang
mendiamkan diri dalam segenap hal. Berbanding dengan
Aniq yang lebih banyak bercakap dan ceria, Atiq lebih suka
menghadiahkan senyuman.
Meskipun begitu, Puan Jalina sedar dia masih
belum dapat mencapai hati kedua-dua anak kembarnya. Jarak
mereka yang kini dekat dirasakan amat jauh. Sejauh waktu
dahulu, sejak berbelas tahun yang lampau.
“Aniq tahu, sebenarnya nama panggilan Aniq ialah
Atiq, sedangkan Atiq pula Aniq.”
“Eh? Kenapa macam tu, ma?”
“Sebab masa kecil dahulu, rambut Aniqkan pendek,
macam lelaki. Rambut Atiq pula lebih panjang daripada
rambut Aniq. Walaupun Aniq dan Atiq berlainan jantina,
kamu berdua adalah kembar seiras, sesuatu yang jarang
berlaku. Tuk Mek pun pening sebab selalu confuse yang mana
satu Aniq, yang mana satu Atiq.”
“No wonder dulu dia panggil Aniq dengan Atiqah!”
Puan Jalina dan Aniq tertawa. Memang tidak dapat
dinafikan, di mana ada Aniq, di situlah akan adanya Atiq.
Hubungan mereka bukan setakat berkongsi satu ovum dan
sperma, malah lebih daripada itu! Mereka tidak dapat
dipisahkan. Seperti bait kata Allahyarham Tan Sri P. Ramlee,

231
Hot Gimmick

irama dan lagu tidak dapat dipisahkan. Ya, disebabkan


perpisahan itulah, hidupnya diselubungi kegelapan. Satu titik
hitam telah terpalit dan tidak mungkin dihilangkan dalam
dirinya!
Usapan Puan Jalina terhenti, berganti dengan
kucupan hangat di atas kepalanya.
Aniq terdiam. Mama jarang menunjukkan
sayangnya. Namun kali ini, entah kenapa perasaan yang
menggebu itu bagaikan mengalir deras menerusi hati
kecilnya. Sudah lama dia tidak merasakan perasaan ini,
perasaan yang hangat dan menenangkan. Mungkin sejak
berbelas tahun dahulu. Mungkin juga sejak Asya membesar
dalam kandungan mamanya. Atau mungkin sebelum itu
lagi….
“Assalamualaikum!”
“Waalaikumussalam.”
Serentak Puan Jalina dan Aniq menjawab.
Atiq berdiri di muka pintu dengan senyuman.
“Boleh masuk?” Atiq meminta izin seperti biasa.
Puan Jalina tertawa lantas mengizinkan.
“Atiq nak kacau anak manja yang masih beriba
dengan mama ni,” usik Atiq.
“Khalaf (Sudahlah), Atiq! Ana sobba alaiha, (saya
rindukan dia) so, bagilah ana can nak lepaskan rindu. Atiq
kacau la,” balas Aniq dengan nada merajuk.
“Ya lahf, wa ana kazalik! (Aduh sayang, sayang
jangan begitu!)” Atiq masih mengusik. Dia turut melabuhkan
punggung di sebelah Aniq, benar-benar ingin turut serta.
“Akhi… (Abangku...)” ucap Aniq, tak senang.

232
Shasfa alyahya

“Ukhti… (Adikku...)” Atiq tak mahu mengalah.


“Ya salam…! (Aduhai...!)”
Atiq tersenyum. Menang!
“Sudah, sudah... I love both of you!”
Puan Jalina merangkul kedua-dua anaknya. Dia
sendiri tidak faham apa yang diperkatakan mereka berdua,
namun dia bangga melihat anak-anak yang pernah suatu
ketika dulu diabai, kini sudah berjaya. Insya-Allah di dunia
dan akhirat. Cuma anaknya yang sorang saja lagi….

NATASYA SHAKILLA melangkah ke tempat meletak basikal


dengan ekspresi mencurigakan. Keadaan sekeliling dikerling
sehingga hatinya berasa selamat. Dia menghela nafas lega.
Sejak berpindah ke kelas 5Sc1 ni, dia asyik mengesan aura
hitam berdekatan. Bukan itu sahaja, pandangan dan jelingan
tajam asyik berada di sekitarnya. Tidak ada ketenangan
langsung! Ini baru sehari, kalau seminggu? Sebulan? Nanti
SPM? Boleh histeria dia macam ni!
Dia sendiri pun tak tahu apa masalahnya. Adakah
kerana hubungan baiknya dengan Amierul Mukminien?
Ataupun kerana kemalangan semasa perkhemahan tempoh
hari dan diselamatkan oleh Harizd? Atau mungkin ada orang
melihat dia berbual-bual dengan Izuan di tepi sungai dahulu?
Oh, man… bila difikirkan semula, secara tidak langsung dia
telah bersama dengan 3K, idola sekolah yang digilai. No!!!
Natasya Shakilla menggeleng-gelengkan kepalanya
beberapa kali. Kakinya dihala ke luar kawasan sekolah, ke
pondok menunggu. Atiq kata nak datang jemput kat sini.
Hmmm… wait and see….

233
Hot Gimmick

“Perfect!”
Seorang pelajar masih setia dengan teropongnya,
meneropong Natasya Shakilla dari sebalik pagar sekolah.
Bibirnya menguntum senyum lebar. “Kali ni kira beres! Hu
hu hu!!!!”
Kakinya bergerak selangkah demi selangkah
menghampiri Natasya Shakilla.

“MUSLIMIN dan muslimat, kita akhiri majlis ini dengan


tasbih Kafarah dan surah al-Asr sebelum keluar. Non-muslim
boleh bergerak sekarang.” Harizd menutup kata.
Beberapa pelajar bukan Islam bergerak keluar,
diikuti pelajar muslim kemudiannya.
Usai sahaja, Harizd meraup muka, beberapa orang
pelajar mampir untuk bertanyakan soalan dan membincangkan
masalah disiplin yang kurang jelas.
Harizd menjeling Amierul Mukminien yang sedang
melangkah keluar. Niatnya untuk berbincang dengan Amierul
Mukminien dikulum kemas. Nampaknya dia masih tidak
berpeluang untuk bercakap dengannya. Lagipun, memang
nyata Amierul Mukminien tidak bertindak seperti
kebiasaannya. Selalunya Amierul Mukminien akan menunggu
bersama di sampingnya sehingga semuanya selesai. Amierul
Mukminien sekarang lebih suka menjauhkan diri daripada
dia dan Izuan.
Minggu lepas, Amierul Mukminien tiba-tiba
bertukar murung. Wajahnya menunjukkan masalah yang
berat. Selepas disoal, dia berjanji untuk menceritakan

234
Shasfa alyahya

masalahnya pada minggu ini. Namun demikian lain pula yang


berlaku. Perangainya seratus peratus berubah. Amierul
Mukminien bukan lagi Amierul Mukminien yang menjaga
penglihatannya, bukan lagi Amierul Mukminien yang
menjaga lidahnya, bukan lagi Amierul Mukminien yang
menjaga ukhuwahnya. Dia bukan Amierul Mukminien!
Amierul Mukminien berjalan keluar dari kawasan
sekolah ke kawasan taman yang berbeza pagar dengan
sekolahnya. Dia menyeluk saku lantas mengeluarkan kunci
kereta. Punat kunci ditekan sebelum dia melompat masuk ke
dalam Porche kelabu. Enjin kereta dihidupkan. Seketika,
kereta diundur dari kawasan taman lalu meluncur laju di atas
jalan raya.
Saat melintasi hadapan sekolah, dia terpandangkan
Natasya Shakilla yang sedang menyelongkar beg sekolah di
ribaannya. Keretanya dibrek perlahan, sebelum diundur ke
belakang sehingga tiba di hadapan Natasya Shakilla.
Gadis itu melatah kecil, terkejut dengan
kehadirannya yang tiba-tiba.
Ketawanya meletus. Hatinya bagai digeletek setiap
kali bersama gadis itu.
“Mier? You drive?” Natasya Shakilla melopong.
Amierul Mukminien tersengih sebagai jawapan.
“Hop in! Biar I hantar you balik!”
“Eh, never mind. Saya tunggu abang saya!”
“Nah… jomlah! Bila lagi nak merasa pemanduan
Amierul!”
Natasya Shakilla mengangkat kening. Dengan
sedikit teragak-agak, dia melangkah juga setelah Amierul
Mukminien beria-ia membukakan pintu kereta buatnya.

235
Hot Gimmick

“Thanks!”
“My honour, princess!”
Natasya Shakilla senyum kambing.
“Let’s burn the road!!!” Amierul Mukminien
menjerit kuat serentak dengan kakinya menekan pedal
minyak. Kurang sesaat kereta sudah meluncur laju membelah
jalan, meninggalkan sisa asap yang berkepul.
Dari balik kepulan asap yang semakin menipis
tersebut, seorang gadis terbatuk-batuk menahan kerongkong
yang gatal. Hidungnya ditekup rapat-rapat. Apabila kepulan
asap menghilang, dia menarik nafas sedalamnya, sebelum
menghembusnya panjang.
“Isy, tak jadi juga plan hari ni! I’m getting tired of
this! Huarghhh!!!”
“Mira?”
Dia tersentak. Serta-merta gaya Hulk mengamuk
tadi hilang. Pandangannya beralih ke arah suara yang datang.
“Abang!”
“Buat apa lagi kat sini ni?” Harizd membetulkan
topi keledarnya.
“Eh? He he he… tak, tak ada apa-apalah!” Hanis
Humaira’ berdalih.
“Dah, balik! Hari dah lewat ni! Ingat sikit, awak tu
anak gadis!” Harizd mengarah lantas bergerak pergi.
Hanis Humaira’ mencebirkan bibir. “Ingat sikit diri
tu anak gadis. Eleh!!!”
Dia menjelirkan lidah. Akhirnya dia mengorak
langkah ke arah basikal yang disandar pada pagar sekolah
lantas mengayuh pulang.

236
Shasfa alyahya

DI atas jalan raya, jeritan Amierul Mukminien yang sekejap


tadi sudah hilang, berganti dengan jeritan Natasya Shakilla
yang lebih panjang dan pitching yang lebih tinggi. Kereta yang
berbumbungkan langit itu sudah menerbangkan belakang
tudung gadis itu, memaksanya menekup kedua-dua tangan
pada tengkuk, menghalang tudungnya daripada tercabut.
“Mier! Slow down! Argh!!!!”
Amierul Mukminien tersengih panjang. Jeritan
temannya itu tidak dihiraukan. Keretanya bergerak laju
melalui jalan yang lengang ke arah bukit. Tiba di suatu
selekoh, dia melakukan drift dengan kelajuan yang tinggi.
Natasya Shakilla di sebelah sudah hilang suara. Apa
yang dirasakannya saat ini adalah percaturan hidup.
Nyawanya seolah-olah berada di hujung tanduk!
Akhirnya Amierul Mukminien memberhentikan
keretanya di sebuah taman di atas bukit.
Natasya Shakilla tidak menunggu lama untuk turun
dari kereta. Bibirnya ditekup, menahan isi perut yang ingin
keluar bila-bila masa sahaja.
Amierul Mukminien turun dari kereta dengan
senyuman. Dia menghampiri gadis itu lantas menyuakan
sapu tangan.
Natasya Shakilla segera menyambutnya. “Blitz!”
“Ha ha ha…! Sure you right! Come.”
“Where to?”
“There!” Amierul Mukminien mengunjuk ke arah
bangku.
Natasya Shakilla akur. Dia perlu menenangkan diri.
“Kenapa kita datang sini? Bukan awak nak hantar
saya balik ke tadi?” Natasya Shakilla membuka topik.

237
Hot Gimmick

Amierul Mukminien mengangkat kening. “Ada ke?”


“Hah?” Natasya Shakilla buat muka.
“Ha ha ha…!!!” Ketawa Amierul Mukminien
meletus lagi.
Natasya Shakilla sendiri tak tahu apa yang
melucukan Amierul Mukminien sehingga dia ketawa
bersungguh-sungguh sekali. Wajah temannya itu ditenung
dalam-dalam. Rambutnya, raut mukanya, suaranya….
“Mier?”
“Yes?”
“You aren’t Mier?” Direct Natasya Shakilla bertanya
kepada jejaka itu!
Tawa Amierul Mukminien mati.
Natasya Shakilla menelan liur, menunggu butir
bicara Amierul Mukminien. Dia terkejut apabila temannya itu
semakin mendekat. Senyuman lebar menghiasi raut Amierul
Mukminien.
“Mier?” Natasya Shakilla mengengsot ke belakang.
“Amier!!!!”

238
Shasfa alyahya

bab 15
Ignorant is bliss….

L
AGU nyanyian Okazaki Ritsuko
kedengaran dari speaker laptop
Apple kepunyaan Natasya Shakilla.
Dia yang meniarap di hadapan komputer riba, langsung
tidak bergerak sedari tadi. Wajahnya yang disembunyikan
di sebalik dua lengannya tidak terangkat walaupun sedikit.
Lagu ‘Chiisana Inori’ yang sedih telah lama berganti dengan
lagu ‘Morning Grace’, ‘Let’s Stay Together’ dan lagu nyanyian
Atsumi Saori. Masanya berlalu tanpa disedari.
“Asy…”
“Syyy… let her be, she needs a rest.” Atiq menahan
Aniq daripada melangkah masuk ke dalam bilik. Tangan Aniq
ditarik supaya turun ke ruang tamu di tingkat bawah.
Aniq akur. Sempat dia mengerling adiknya yang
langsung tidak bergerak. Benaknya mula dihantui
kebimbangan.
“Macam mana Asya?” Encik Emran yang baru

239
Hot Gimmick

selesai solat isyak menyoal. Dia mengambil tempat


bersebelahan Puan Jalina.
Aniq menggeleng lemah. Dia duduk berhadapan
dengan Encik Emran.
“Sejak balik tadi, dia langsung tidak bercakap. Masa
sampai tadi, dia menangis kat dalam bilik. Lepas tu mandi
dan terus layan perasaan macam tu sampai sekarang,” adu
Aniq satu per satu.
“Biasanya kalau dia ada masalah, dia akan dengar
lagu-lagu anime dia tu.” Puan Jalina menjelaskan, arif benar
akan tabiat anak bongsunya. Tangannya ligat melipat pakaian
sambil dibantu oleh Atiq.
“Memang itulah yang dia buat sekarang!” Aniq
mengiakan, dia masih bimbang.
“Jangan bimbang sangat, Aniq. Biasanya bila dia
bangun esok, seratus peratus dia akan berubah.” Encik
Emran menambah.
Aniq mengangguk. Hatinya masih dipagut
kebimbangan. Baginya Natasya Shakilla kelihatan tidak
terurus ketika tiba petang tadi.
“Oh, ya! Siapa budak lelaki yang hantar dia balik
tadi, ma?” Atiq menyoal.
“Oh… budak tu. Amierul Mukminien. Asya panggil
Amier aje. Baik budaknya, masa kat hospital dahulu acap juga
dia melawat Asya.” Puan Jalina menjelaskan. Hampir saja dia
menambah yang dia sudah berkenan dengan budak Amier tu.
Buat menantu. He he he....
“Kawan Asya?”
“Haahlah tu, kawan dia gamaknya. Kalau tak,
takkanlah Amier tu sanggup hantar dia balik.”

240
Shasfa alyahya

“Asya kata rumah dia kat belakang tu aje.” Encik


Emran membetulkan ayat isterinya, takut mendatangkan
maksud yang lain.
Puan Jalina tersenyum. Faham jiwa sungguh papa
ni!
“I’m still worried though...” Aniq bangun, ingin
bersua muka dengan Natasya Shakilla.
“Hah, sebelum tu, ambil pakaian anda dulu adikku
yang ‘rajin’.” Atiq menggamit.
Hisy, ayat dia…! Aniq tersengih. Dibeleknya
pakaiannya yang sudah diasingkan oleh Atiq bersama-sama
pakaian Natasya Shakilla. Hah, adik dia lagi teruk! Even
underwear pun dia campur sekali dengan pakaian yang lain.
Dahsyat sungguh!
Aniq tergeleng kecil. Atiq yang menyedari punca
gelengan Aniq tersenyum. Mereka akhirnya bergerak
seiringan ke atas, meninggalkan kedua-dua orang tuanya di
bawah.
“Aniq nak bercakap dengan Asya.” Aniq meluahkan
rasa.
Atiq menggeleng. Tangan Aniq ditarik masuk ke
dalam biliknya.
“Dengarlah kata mama... biarkan Asya bersendirian
buat sementara waktu,” nasihatnya. Baju yang telah siap
dilipat, disusun kemas di dalam almari.
Aniq menghela nafas. Badannya dihenyak ke katil.
“Entahlah… mungkin sebab Aniq kurang bersama
Asya sebelum ni, jadi Aniq tak tahu perangai dia, tingkah laku
dia, sikap dia. Lagipun, dia memang berseorangan sebelum
ni.”

241
Hot Gimmick

“Wa ana aidhan. (Dan saya juga). Kita memang tak


berpeluang untuk mengenali dia sebelum ni, malah sejak dia
lahir lagi. Kita tak berpeluang untuk menyuntik rasa sayang
kita terhadapnya, mentarbiah dan menasihatinya. Dan kita
memerlukan masa untuk benar-benar mengenali Natasya
Shakilla. Capailah hati dia perlahan-lahan dan tarbiahlah dia
sebagai seorang kakak, okey?” Panjang lebar ucapan yang
keluar dari bibir Atiq. Dia mengambil tempat di atas sofa
bersama al-Quran digitalnya.
“Hmmm… insya-Allah. Atiq pula macam mana?
Sekolah tu dah berubah ke?” Aniq mengubah topik.
“Astaghfirullah….” Atiq tersenyum. Entah
bagaimana dia boleh terlupa akan peristiwa manis di sekolah
tadi! “Aniq mendapat ucapan salam, assalamualaikum dari
dua insan.”
“Alaikawa‘alaihumassalam… Man huma? (Siapa
mereka?)” Aniq tertarik. Mindanya memerah wajah orang-
orang yang pernah dikenalinya.
“Ibu and…”
“Ibu? Dia sihat?” Aniq memotong bicara Atiq
dengan rasa ingin tahu.
“Alhamdulillah... dia bertanya tentang Aniq.
Nampaknya dia merindui Aniq. Banyak yang dibicarakannya.
Dan banyak juga yang ingin dibicarakannya bersama Aniq.
Carilah masa yang sesuai untuk bertemunya!”
“Bi izinillah (dengan izin Allah), insya-Allah!”
“Dan seorang lagi yang mengirim salam, sekutu
kita, Affan!”
Dup!!! Aniq terdiam mendengar nama tersebut.
“Dia kata, Shyaz pun mengajar di situ juga, cuma

242
Shasfa alyahya

Atiq tidak berpeluang bertemunya. Hmmm… Atiq rasa kita


kena buat reunionlah, kumpul sekutu-sekutu kita untuk
mengeratkan ukhuwah,” cadang Atiq. Pandangannya setia
pada al-Quran digital.
Aniq tidak mampu menyambung kata. Ada sesuatu
yang menyekat kata dan pemikirannya. Akhirnya dia bangkit.
Bajunya dikaut memenuhi lengan.
“Assalamualaikum,” ujarnya, melangkah keluar.
Atiq menjawab perlahan salamnya, salam sebelum
tidur.
“Qiam pukul tiga!” Sempat dia mengingatkan.
“Ye!”
Atiq tersenyum. Apabila pintu biliknya sudah
terkatup rapat, dia memejamkan mata. “Aniq masih
buntu….”

KREK…. Aniq melangkah masuk perlahan-lahan. Pakaian


yang hampir menutupi pandangannya ditempatkan di
atas karpet bersebelahan katil. Dia mengambil tempat di
depan timbunan pakaian tersebut, menyandarkan belakang
badannya pada sisi katil. Dia melipat pakaian tanpa bersuara,
membiarkan ruang bilik dipenuhi lagu Jepun yang tidak
difahaminya.

Doushite~ kimi wo suki ni natte shimattan


darou
Donna ni toki ga nagarete mo kimi wa zatto
Koko ni iru to omotteta oni

243
Hot Gimmick

Demo kimi ga erandano wa chigau michi


Doushite~ kimi ni nani....

Pap!!!
Lagu tersebut dimatikan.
Aniq tersenyum.
“Aniq… kalau rasa dukacita akan sesuatu, Aniq
akan sujud di atas sejadah, mohon kekuatan dan kemudian
bersedia menghadapinya. Cara tersebut akan mendekatkan
diri kita pada Allah.” Aniq memulakan mukadimah. “Selepas
meluahkan segala perasan duka pada-Nya, Aniq akan
berbincang pula dengan orang terdekat Aniq pada masa
tersebut, orang yang paling dipercayai dan adil. Dan
alhamdulillah, Allah sentiasa menunjukkan jalan kepada
Aniq. Dia tidak pernah menghampakan hamba-Nya yang
memerlukan pertolongan.”
Sepi.
“Aniq minta maaf untuk tak bersama Asya andai
Aniq diperlukan suatu ketika dulu. Kini Aniq akan cuba
bersama Asya, kita akan hadapinya bersama-sama. You know
why? Because ana uhibbuki kathiiran, jiddan fillah….”
Gerakan tangannya terhenti apabila merasakan
tengkuknya dirangkul. Dia tersenyum. Perlahan disentuh
tangan tersebut dengan penuh kasih.
“Apa maksud kata yang last tadi?” soal Natasya
Shakilla perlahan. Suaranya yang serak kedengaran
tenggelam timbul.
“I love you very much, dear.”
Natasya Shakilla terdiam mendengar ungkapan
tersebut. Matanya berbalam merenung dinding kosong.

244
Shasfa alyahya

“Asya, jangan berkhalwat dengan ajnabi lagi!”


“Huh? Berkhalwat?” Natasya Shakilla bingung.
Aniq tertawa kecil. “Maksud Aniq, berdua-duaan
dengan lelaki yang bukan muhrim. Berdosa!”
“Habis tu, kenapa Asya tengok ramai orang yang
berjalan bersama-sama, berpegangan tangan, berseronok,
padahal mereka tak ada apa-apa hubungan pun?” Natasya
Shakilla mula menjawab, menolak kenyataan kakaknya
sebentar tadi.
“Jahil tu satu nikmat, Asya. Dan orang yang
termasuk ke dalam golongan orang-orang yang jahil inilah
yang paling kasihan. Mereka tak tahu, mereka merasakan
perkara seperti tu adalah perkara biasa, adat dalam
percintaan.”
“Mereka tak bercinta pun, kawan biasa aje! Tak ada
perasaan pun sesama mereka.”
“Kawan? Asya rasa, ada istilah kawan ke antara
lelaki dan perempuan? Ada tiga sebab aje yang membolehkan
kita bertemu dengan lelaki. Untuk perubatan, pelajaran dan
pekerjaan. Dear Asya, walau betapa sayang pun Asya pada
seseorang, kalau bukan kerana Allah, tidak ke mana perasaan
tu. Mereka tak dapat membantu Asya di Padang Mahsyar
kelak.”
Natasya Shakilla terdiam. Dia sudah pun
melepaskan rangkulannya. Apa kaitannya dengan Padang
Mahsyar pulak? Dia mula dihambat kebingungan. Bingung
dalam kejahilan….
“Aniq, sekarang ni zaman modenlah. Kita kena
pandai bersosial untuk hidup.” Natasya Shakilla
menyampaikan cara pemikirannya. Kakinya disila selesa.

245
Hot Gimmick

Tergeleng Aniq mendengar bicara adiknya. “Asya,


hidup ini untuk apa?”
Lembut suara Aniq menyoal, bimbang perasaan
Natasya Shakilla yang sedang berkecamuk, terguris.
Natasya Shakilla terdiam. Mindanya letih
memikirkan jawapan untuk soalan kakaknya. Sejak bila Aniq
dah bertukar jadi Atiq versi perempuan ni?
Akhirnya dia mengambil jalan mudah, berbaring
dan pejamkan mata. Tidur.

“KILLA! Sini, sini!” Izuan menggamit Natasya Shakilla yang


berlari-lari anak menghampirinya.
Kertas yang berjuntaian di tangan kirinya
melambai-lambai ditolak angin. Hampir sahaja kertas itu
terlepas dari pegangannya.
“Huuuhhh!!!” Natasya Shakilla menahan nafasnya
yang semput. Mana tidaknya, dari tingkat tiga dia berlari
melepasi kantin sekolah dan bangunan pejabat sehingga tiba
dengan separuh bernyawa di belakang bangunan yang paling
jauh dari kelas. Tempat ini.
“Apesal lewat? Kau ingat masa nak tunggu kau ke
kalau assignment ni tak sampai kat tangan cikgu tepat pada
masanya?” Harizd bersuara tegas. Dia berdiri dengan fail biru
di celah tangan yang tersarung kemas di dalam poket seluar.
“Aku bertugas kelaslah hari ni!” bentak Natasya
Shakilla, membela diri. Rasa geram kembali menular
mengingatkan sikap setiausaha kebersihan kelas yang
mengarahnya bertugas memandangkan dia lewat tiba ke
sekolah pagi tadi. Heh, perangai lama….

246
Shasfa alyahya

“No excuse!”
“Yez, stop this quarrel please!” Amierul Mukminien
turut mencelah. Dia mula bosan dengan sikap Harizd. Bukan
dia tidak tahu prinsip Harizd yang menepati masa dan tidak
suka menunggu itu. Disiplin.
Natasya Shakilla memerhatikan Amierul
Mukminien yang berbicara, sebelum mengalihkan
pandangannya ke arah lain. Sesuatu mula menggamit
mindanya.
“Okay, you guys! Guys, masa ada dalam lima belas
minit aje lagi. By hook or by crook, kita kena siapkan
sekarang jugak!” Izuan mula bergerak.
Natasya Shakilla mengangkat kening, serentak
dengan tangannya. Langkahnya diatur membuntuti tiga
sekawan itu dengan jarak yang agak jauh.
Nun di hujung belakang bangunan, sebuah pintu
berwarna coklat muda kelihatan.
Harizd mengeluarkan tangan dari kocek seluarnya
bersama segugus anak kunci. Pintu yang tersorok itu
menimbulkan rasa ingin tahu dalam diri Natasya Shakilla.
Lebih-lebih lagi, apabila melihat pemegang anak kuncinya
ialah Harizd. Perlahan pintu terkuak, menghamparkan
suasana pejabat yang tenang.
“Inilah bilik kerja kita orang!” Izuan tersengih
memperkenalkan kepada rakan kongsi baru mereka. Kasutnya
dibuka dan disimpan di atas rak.
Natasya Shakilla turut melakukan hal yang sama.
Matanya meliar ke segenap penjuru bilik. Sebuah sofa
panjang, sebuah rak buku besar, satu set meja, sebuah
komputer dan almari. Pokoknya, melengkapi sebuah bilik
kerja yang selesa.

247
Hot Gimmick

“Jangan cakap bilik ni korang yang punya dahlah.”


Natasya Shakilla mula bersuara.
Serentak, tiga pasang mata memandangnya.
“Memang pun!” Senada jawapan yang keluar dari
mulut mereka.
“Mandat besar ke?” Dia mengambil tempat di atas
sofa, tanpa menunggu pelawaan tuan punya bilik.
“Gulung lidah kau untuk soalan yang tak penting.
Siapkan kerja dengan tangan!”
“Hai, hai…!” Amierul Mukminien mengambil
tempat bersebelahan Natasya Shakilla, lantas meletakkan
tangan kirinya di kepala sofa, lagi sedikit mengenai belakang
badan gadis itu.
Apa lagi, mulalah gadis tunggal itu menelan liur.
Dia mengengsot ke tepi, kurang selesa. Peristiwa semalam
sedaya upaya disingkir dari ruang minda.
Amierul Mukminien yang menyedari tingkah
temannya, segera mengalihkan tangan lalu berdeham
beberapa kali. “Okay, let’s start!”

DI dalam bandar yang sama, di sebuah rumah mewah,


di dalam bilik yang luas, di atas katil saiz king, seorang
remaja sedang berbaring sambil bergerak perlahan. Kepalanya
bergerak ke kiri dan ke kanan, sedang dahinya mula dipenuhi
keringat. “Urgh….”
Suara halus mula kedengaran, jelas menampakkan
ketidakselesaan yang mula menjalar di segenap urat
badannya. “Erkkk…!”

248
Shasfa alyahya

Matanya terpejam rapat, menahan kesakitan.


Daun pintu bilik yang terkatup rapat, perlahan
terbuka. Seorang wanita separuh abad melangkah masuk
dengan dulang di tangan. Katil tersebut dihampiri dengan
perlahan-lahan. Dulang berisi segelas air dan ubat-ubatan itu
diletakkan di atas meja kaca bersebelahan katil. Dahi anak
muda itu disentuh penuh hati-hati. Panas.
Tanpa berlengah, tuala kecil yang berlipat kemas di
atas meja dicapai. Kain tersebut kemudiannya dicelup ke
dalam besen berisi air, diperah sebelum ditempatkan di atas
dahinya. Rambut yang sedikit berjuraian di atas dahi,
dialihkan ke tepi pipi. Wajah yang pucat itu direnung sayu.
“Putera yang sakit, keseorangan tanpa teman
tersayang di sisi. Sedang putera yang sihat, mengambil alih
kesenangan dan teman, segala-galanya demi kepentingan dan
kepuasan. Namun, kedua-duanya merasakan kesunyian yang
mendalam di lubuk hati, sepi dan gelap. Allah, di manakah
syifaa’ (penawar) hati dan qurratul ain (penyejuk mata)
mereka?”
Tok! tok!!!
“Assalamulaikum…” Seorang gadis berdiri sopan di
hadapan pintu dengan senyum manis. “Can I enter?”
“You’re.…”

NATASYA SHAKILLA menyusun buku-buku di atas mejanya


sebelum menyumbat ke dalam beg. Fail dikeluarkan dari
dalam laci. Dia mengintai ke dalam laci. Setelah memastikan
tiada barang yang tertinggal, dia tersenyum puas.

249
Hot Gimmick

“Yoshhh!” ucapnya sambil tersengih.


Hari ini dia telah berjanji dengan Hanis Humaira’
untuk pulang bersama. Terkejut juga apabila Hanis Humaira’
menelefon semalam, memberitahu bahawa dia telah bertukar
sekolah. Terjerit-jerit gadis itu memarahinya kerana
meninggalkan dia dalam kepulan asap kereta yang dinaikinya.
Tambahan lagi, gadis muda itu mula membebel tentang
abangnya dan lain-lain hal. Naik tepu tahi telinganya
mendengar bebelan Hanis Humaira’ itu.
“Killa!”
Seruan seseorang menyebabkan khittahnya
(langkahnya) terhenti. Kepalanya dipusing seratus dua puluh
lima darjah. “Mmm?”
“Tak nak join kita orang study group ke?” pelawa
Izuan.
Natasya Shakilla mengangkat kening. Telinganya
bagai digeletek. Geli! Mr. Romeo ajak? Yucks! Dia
menggeleng, menolak ajakan Izuan. Studi, dengan si bighead
tu? Sorry! Natasya Shakilla kembali melangkah.
“Killa!”
Kali ni Mr. Cool pula yang menggamitnya. Natasya
Shakilla menelan liur. Sekali lagi langkahnya mati.
Amierul Mukminien pantas menghampiri.
“Still… say nothing? Won’t you say anything…”
Wajah serba salah Natasya Shakilla diamati. Tangannya
ditongkat selesa pada koridor. “… like… thank you?”
“Mier…!” Natasya Shakilla menggigit bibir.
Peristiwa semalam kembali menerewang….
“Mier?”
Amierul Mukminien menghampiri.

250
Shasfa alyahya

Natasya Shakilla berundur ke belakang.


“Amier!” jeritnya. Wajah Amierul Mukminien yang
benar-benar hampir, begitu menakutkannya. Sangkanya
Amierul Mukminien akan mengapa-apakannya, namun
sangkaannya meleset sama sekali.
Amierul Mukminien ketawa terbahak-bahak melihat
reaksi Natasya Shakilla. Lucu sungguh!
“Awak betul-betul bukan Amier!” marah Natasya
Shakilla lantas bersedia untuk berlalu pergi.
“Killa!”
Sah! Amierul Mukminien panggil dia dengan nama
Asya, bukan Killa! Erk, camne aku boleh pasti ni?
“Okey, okey! Look, I’m sorry, okay? Saya bergurau
aje tadi. Awak nampak tak percaya saya ni Amier. Kenapa,
ya?”
Natasya Shakilla berdiri tegak dan berpaling. “Amier
yang saya kenal sebelum kem dan selepas tu, masa saya
berada di hospital, seorang yang pendiam.”
“Amier yang sekarang ni?”
“Amier ni… periang, banyak cakap, suka mengusik,
langgar peraturan, sikit miang…”
“What? Miang?”
“Errr… pokoknya, tak sama langsung dengan
Amierul Mukminien yang dulu!”
“Yeah?” Amierul Mukminien bergerak sedikit ke
hadapan, menghalakan pandangannya ke arah panorama
alam yang indah. “Everyone can change, saya tak sama
dengan Amierul sebab saya…”
Natasya Shakilla memasang telinganya betul-betul,

251
Hot Gimmick

ingin mendengar apa yang ingin diucapkan oleh temannya


itu.
“Ni Amierul! Ha ha ha….”
“Ha ha ha… so funny!”
“Stupid jokes! Saya Amierul, percaya atau tak, saya
Amierul!” Bersungguh-sungguh Amierul Mukminien
menerangkan.
Natasya Shakilla angkat bahu.
“Sebenarnya kita datang sini untuk studi, kan tadi
awak dak janji nak back up chapters?”
“Eh?” Laaa… dia ingat lagi rupa-rupanya. “Tapi hari
dah lewat petang ni!”
“Itulah pasal, awak asyik tekan pasal saya, bukan
Amier. Hmmm... never mind. Kita start esok, okey?”
“Hmmm…”
“What hmmm?”
“What?” Natasya Shakilla meluaskan mata. Sempat
lagi mengelamun!
“Never mind, awak tak dengar kata saya tadi.
Terpaksalah saya join study group dia orang!”
“Sorry, saya kena balik awal hari ni!”
“Okey!”
Natasya Shakilla mengerutkan dahi. Frust ke? Ah,
biarkan! Kata-kata Aniq malam tadi kembali menggamit
memori, terkulum kemas di penjuru minda. Langkahnya
kembali diatur. Pasti Hanis Humaira’ sedang menanti.
Amierul Mukminien memerhati langkah temannya
yang semakin menjauh. Dia melepaskan nafas berat. Kecewa.
“Amier!”

252
Shasfa alyahya

Dia berpaling.
Harizd dan Izuan berdiri tepat di belakangnya
dengan renungan yang sukar untuk ditafsirkan.
Amierul Mukminien berlagak selamba.
“Kita kena berbincang!”

253
Hot Gimmick

bab 16
True identity.

N
ATASYA SHAKILLA berlari-
lari anak untuk mendapatkan
Hanis Humaira’ yang sedang
menunggu di kaki tangga. Wajah bersih gadis itu dicacatkan
dengan muncung yang sudah sedepa panjangnya. Marah kes
menunggu lamalah tu!
“Sorry, ada hal tadi!” ujar Natasya Shakilla dengan
sepuluh jari tersusun.
Hanis Humaira’ mencebir. “Yalah tu!”
“Merajuk nampak?”
“Mana ada?” dalih Hanis Humaira’.
Mereka berjalan beriringan menuju ke tempat
meletak basikal. Sempat Hanis Humaira’ melabuhkan
pandangan pada wajah manis Natasya Shakilla. Dia ingin
menyoal tentang perbualan dua pupunya itu dan Amierul
Mukminien ketika dia meneropong mereka semalam, tetapi
niatnya dibatalkan. Kesimpulannya, mungkin dia orang

254
Shasfa alyahya

berkawan. Secara teorinya, Natasya Shakilla juga mungkin


sudah ‘berkawan’ dengan abangnya. Tetapi kenapa tiada
tanda-tanda bahawa mereka sudah bertemu? Kalau tak, mesti
abang dah tonjolkan perangai macam aneh-aneh gitu kat
rumah. Isyyy, musykil… musykil….
“Eiii… ada lagi makhluk yang gatal tangan ni!”
“Kenapa Kak Asya?” Hanis Humaira’ hairan.
Perahan otaknya tadi terbang melayang.
“Look at that!” Natasya Shakilla mengunjuk ke arah
basikalnya yang dipenuhi sampah.
Tong sampah pula bergolek senang di depan
basikalnya. Nampak sangatlah ini kerja pelajar-pelajar nakal.
Yang peliknya, kenapa dia yang menjadi mangsa?
“Eiii…!”
Hanis Humaira’ menjauh. Basikalnya yang
bersebelahan dengan basikal Natasya Shakilla, turut terkena
tempiasnya. Lantas basikalnya ditarik keluar. “Ada orang buli
Kak Asya ke?”
“Hmmm... no idea! Sejak Kak Asya masuk semula
ke sekolah ni beberapa hari lepas, Kak Asya cuma kena denda
kerja lebih masa, paku tekan dalam laci pagi tadi dan
sekarang ‘hasil kreatif’ basikal ni. That’s all.”
Rahang Hanis Humaira’ jatuh, melopong. That’s
all? Boleh kata tu aje???
“Dahlah, Mira. Jom kita balik. Jangan dilayan sangat
benda-benda macam ni,” tekan Natasya Shakilla. Basikalnya
yang sedikit berbau, dikesat dengan sapu tangan.
Hanis Humaira’ terdiam. Dia turut mengelek keluar
basikalnya dengan hati yang cuak. Mesti ada sesuatu yang
telah berlaku sebelum dia bertukar ke sekolah ni. Tapi apa?

255
Hot Gimmick

Ketika mereka bersedia untuk mengayuh, sebuah


kereta mewah berhenti betul-betul di hadapan pagar sekolah.
Seorang gadis bertudung labuh hijau pucuk pisang
melangkah keluar dari pintu belakang. Pemakaiannya yang
tampil sopan, berjubah hijau muda menggamit perhatian.
Beberapa orang pelajar yang berarak pulang mula
menjeling-jeling, pastinya tertanya-tanya akan kehadiran
seorang ‘makhluk asing’ di ‘planet’ mereka.
“Emmm… maafkan saya. Di mana kelas 5Sc1?”
Ya Allah… lembutnya suara!!!
“Errr… aaa….”
Sejak bila Natasya Shakilla jadi bisu semacam ni?
“Bangunan hujung sana, tingkat paling atas.”
Fuh! Keluar juga suara. Ini kalau Mr. Romeo ada ni,
mesti tak kelip mata lihat awek cun ni! Ayu gila!
“Terima kasih,” ucap gadis kecil molek itu sebelum
berlalu. Senyum manis tidak lekang dari bibirnya yang
mungil itu.
Natasya Shakilla mengangguk. Pandangannya
menghantar pergi gadis tersebut sehingga hilang dari
pandangan.
“Lawanya!” Hanis Humaira’ menggenyeh mata.
Natasya Shakilla mengangguk. Wajahnya lawa, budi
bahasa pun lawa. Sempurna. Dalam diam mindanya
membandingkan cara pemakaian gadis tersebut dengan
kakaknya. Aniq juga bertudung labuh dengan jubah menutupi
anggota badan. Entah kenapa, kini dia merasakan cara
pemakaian tersebut amat menawan dan jelas menampakkan
ciri-ciri seorang muslimah solehah. Dahulu dia selalu
berpendapat menutup aurat seperti itu amat kolot dan

256
Shasfa alyahya

ketinggalan zaman. Pemikirannya disanggah oleh Aniq


dengan menyatakan bahawa berpakaian kerana Allah
memberikan satu perasaan dilindungi daripada mata-mata
nakal lelaki dan terpelihara daripada perkara yang tidak
diingini. Ya, dan pasti mereka antara orang yang dipilih Allah
untuk menjaga kesucian agama. Sedangkan dia….
“Jomlah Kak Asya!”
“Eh? Ya ya ya… jom!”

DI dalam atelier, tiga orang pemuda saling berdiam diri.


Suasana hening menemani mereka, tanpa sebarang bunyi
pun yang mencuri perhatian. Harizd dan Izuan masing-
masing menjatuhkan pandangan pada wajah ‘Amierul’.
“Berterus teranglah! Keadaan takkan jadi mudah
kalau kau tetap berdiam diri macam ni!”
Suara Harizd mula memecahkan tembok kesunyian.
Berdesup suara tegas itu menyusup telinga.
Amierul Mukminien menelan liur.
“Kita orang dah tahu hal yang sebenarnya, Mier.
No, ‘intruder’. Siasatan dah dijalankan sejak awak mula
menyamar lagi. Kita orang dah kesan perubahan saat kaki
awak melangkah ke kawasan sekolah ni. Kita orang kenal
kawan kita orang. Dia tak semudah itu berubah kelakuan!”
Izuan mula menyatakan hal yang sebenarnya, tiada
lagi ayat berbunga seperti kebiasaan. Hal persahabatan
bukanlah suatu perkara yang sewenangnya dibuat main aci
‘lap talilap tali tamplong’ atau ‘one two som’, tetapi ukhuwah
yang dijalin atas nama Allah!

257
Hot Gimmick

“Amierul Mukminien Carl bin Fahri bukan seorang


yang mudah mendampingi wanita. Dia tahu batas-batas yang
perlu dijaga oleh sorang muslim. Amierul Mukminien bukan
seorang yang tidak berdisiplin, sehingga senang-senang
melakukan penyelewengan terhadap amanah yang
dipertanggungjawabkan. Amierul Mukminien juga bukanlah
seorang yang mudah ketawa di hadapan orang, apatah lagi
mengusik dan menyakiti, kerana dia tahu tentang hakikat
banyak ketawa di dunia, akhirat sana tangislah penggantinya.
Amierul Mukminien bukan seorang yang alpa kerana ilmunya
memenuhi dada. Amierul Mukminien bukannya seorang yang
kedekut, kerana salam sejahtera yang diucap oleh para
penghuni syurga sentiasa meniti bibirnya setiap kali bersua
muka dengan para guru yang mendidiknya.”
Harizd menarik nafas, sebelum menyambung, “kau
mendekati Shakilla, dan melupakan kami. Kau bukan
Amierul Mukminien. Kau memandu tanpa lesen ke sekolah,
sedangkan peraturan sekolah mengharamkannya. Kau bukan
Amierul Mukminien. Kau ketawa tanpa menghiraukan orang
sekeliling, lantas mengganggu tumpuan pelajar di dalam
kelas. Kau bukan Amierul Mukminien. Kau lupa tentang
pelajaran yang telah diajar oleh guru ketika disoal semalam,
sedangkan Amier sentiasa mengingati ajaran. Kau bukan
Amierul Mukminien. Kau berlagak tidak tahu ketika
bertembung dengan Puan Khatijah pagi tadi, sedangkan
Amier begitu sopan menundukkan kepala apabila bertemu
ibu. Kau bukan Amierul Mukminien Carl! Semua bukti yang
dinyatakan tadi berlaku di hadapan saya, bukannya lontaran
fitnah daripada orang lain!”
“Apa lagi yang kau nak bohongkan?”
Izuan pula menyelitkan kata. Wajah pucat pasi
‘Amierul’ dikerling tajam. Kali ini dia sendiri merasakan

258
Shasfa alyahya

bahang amarah mula merajai di segenap ruang hatinya.


Lantas dia beristighfar.
“Tell us the truth, Amierul Mukmie…”
“No! My real name is….”

“AMIERUL MUSTAQIEM….” Seorang gadis bersandar pada


pintu kelas yang tertutup rapat. Matanya dipejam kejap.
Helaan nafasnya berat bersama kerutan di dahi. Jelas kelihatan
hatinya yang kegusaran. Kelas 5Sc1 yang kosong dipandang
sepi. Orang yang dicarinya tidak kelihatan di dalam kelas.
Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk turun ke bawah.

“BYE, Kak Asya! Jumpa kat depan lorong ni pulak esok!” Hanis
Humaira’ melambaikan tangan sebelum mengayuh pergi.
Natasya Shakilla tergeleng kecil. Walaupun agak
risau, namun ada juga teman untuk ke sekolah setiap pagi.
Ya, ada jugalah teman untuk lewat! Hu hu hu….
Sampai di selekoh taman perumahan, Natasya
Shakilla tiba-tiba menekan brek basikalnya. Sebuah banglo
mewah melayari mata. Dia termenung di situ. Fikirannya
serta-merta teringatkan Amierul Mukminien yang sudah
membuka kulit baru. Ikhlas cakap, dia lebih sukakan Amierul
Mukminien yang pendiam. Dia lebih selesa dan senang untuk
berbual kerana temannya sudi mendengar. Sekarang, dia pula
yang kena banyak mendengar. Amierul Mukminien dah
berubah… ya, semua orang boleh berubah….
“Mier!” Natasya Shakilla mendongakkan wajah

259
Hot Gimmick

menghadap bangunan yang agak tersorok itu. Apabila dilihat


dari tepi, dia boleh melihat tingkap di tingkat dua banglo itu.
Kalau melalui pandangan hadapan, haram hendak nampak
sebab pagar banglo itu pun sudah sebesar lori. Itu pun belum
dikira dengan pokok di sekeliling pagar lagi! Tengok tu, orang
yang sedang berdiri di tepi tingkap pun dia boleh nampak.
Kejap! Orang? Natasya Shakilla menumpukan
pandangan ke arah pemuda yang sedang berdiri di sebalik
jendela kaca yang terbuka. Cermin matanya ditolak naik.
“Mata aku tak silap tengok, kan?” Matanya diperluas
pula dengan jari, sebelum dipejam celik beberapa kali.
Betulkah ni…?
“Amier?”

“DI mana Amier? Where’s the real Amier?” Harizd tidak dapat
bersabar lagi. Kolar baju pemuda di hadapannya dicengkam
kuat, lantas ditarik merapatinya. Mata hazel yang sedikit
berbeza dengan Amierul Mukminien itu direnung tajam.
Izuan berdiri di tengah-tengah, meleraikan mereka
berdua. Harizd kalau sudah angin.…
“Rileks la, chill!” Tangannya diangkat, meleraikan
genggaman Harizd yang kuat.
Bajunya yang berkedut dibetulkan. Tidak disangka,
penyamarannya dapat dikesan sepantas ini. Belum seminggu
dia berada di sekolah ini, belum seminggu dia menjadi orang
lain dan belum seminggu juga dia berkenalan dengan Natasya
Shakilla….
“Penyamaran aku dah terbongkar, tiada gunanya
aku berada kat sini. Aku akan pergi. Dan tentang Amierul

260
Shasfa alyahya

Mukminien… kaukan ‘sahabat sejati’ dia? Pasti kau boleh


mencarinya!”
Sinis ucapan yang keluar dari bibir lelaki itu.
Senyumannya juga berbaur sindiran sedari tadi. Tanpa
menunggu lebih lama, dia melangkah keluar. Kakinya diatur
ke pekarangan hadapan sekolah. Tiba di hadapan pagar,
matanya menangkap susuk tubuh yang sedang berdiri tegak
bersebelahan pagar sekolah. Dia mengenali wajah itu, amat
kenal. Dengan helaan nafas berat, dia mendekati.
“Dara....”

SEKALI lagi Natasya Shakilla melangkah masuk ke dalam


banglo yang menyusupkan ketenangan buatnya. Kali terakhir
dia menjejak banglo ini adalah sewaktu dia cuba berkompromi
dengan Amierul Mukminien untuk mengundurkan diri dari
kem. Akhirnya dia sendiri yang tertewas. Perkara pokok yang
membawanya ke sini langsung tidak terkeluar. Aura temannya
yang seorang ni memang kuat. Sekarang, disebabkan aura
itu jugalah dia berada di sini. Memang tak salah lagi orang
yang dilihatnya tadi ialah Amierul Mukminien. Walaupun
tidak mungkin untuk Amierul Mukminien tiba lebih awal
daripadanya, tetapi tidak mustahil juga perkara itu berlaku.
Tengok sahaja gaya memandu Amierul Mukminien semalam.
Tapi takkan sepantas itu juga Amierul Mukminien mandi dan
menukar pakaian tidur? Waktu matahari terpacak kat kepala
macam ni?
“Miss Natasya?” Satu suara menegur dari tingkat
atas.
“Nanny!” jerit Natasya Shakilla perlahan lantas
menyalami wanita separuh abad yang tersenyum menerima

261
Hot Gimmick

kedatangannya. Walaupun baru bertemu beberapa kali, sikap


mesra wanita itu membuat hatinya senang.
“Ada hal apa ya Natasya ke mari?” Lembut Miss
Caviolle menyoal.
Natasya Shakilla tersengih. “Errr… nak… jumpa…
Amier....”
Serba salah dia menuturkan kata-kata.
“Sir Amier belum balik lagi.”
“But I saw him! Kat jendela tingkat dua!”
Bersungguh-sungguh Natasya Shakilla memberitahu.
Jawapan Miss Caviolle sebentar tadi tidak berjaya
meyakinkannya. Terdapat keraguan dalam nada bicara itu.
Akhirnya Miss Caviolle melepaskan nafas panjang.
Dia menempatkan lensa matanya pada wajah Natasya Shakilla
sebelum bersuara, “Amierul Mukminien is at upstairs.”
Natasya Shakilla tersenyum. Dengan senang hati
dia mengekori Miss Caviolle ke tingkat atas. Pertama kali dia
memijak tangga besar yang dikaguminya. Suasana tingkat
dua begitu damai dengan ruang tamu kecil sebaik sahaja tiba
di kepala tangga. Ruang kamar pula terletak di kanan dan kiri
ruang tamu, mengapitnya di tengah-tengah. Bertentangan
dengan ruang tamu pula terdapat ruang rehat dan dapur kecil
selepas merentasi koridor. Ruang rehat itu diapit pula dengan
dua anak tangga untuk ke tingkat tiga. Mewah dan eksklusif.
Nampaknya keluarga Amierul Mukminien bukanlah calang-
calang orangnya. Tengok sahaja sudah tahu keluarga ini amat
berada.
Tiba-tiba sahaja Natasya Shakilla berasa segan. Reti
pulak dia!
“Please have a seat. I’ll call Amier.”

262
Shasfa alyahya

Natasya Shakilla mengangguk.


Miss Caviolle bergerak merapati pintu bilik yang
paling hujung.
Natasya Shakilla membuat andaian melalui jendela
bilik itulah dia melihat Amierul Mukminien.
Selepas mengetuk pintu bilik beberapa kali, pintu
tersebut dibuka perlahan. Natasya Shakilla mula berdebar.
Risau juga kalau dia tersilap cam orang. Power specs dia
bukan boleh pakai sangat! Dia memandang pintu itu tanpa
berkedip. Dia melonggarkan bibir dan menggeselkan gigi.
Matanya semakin meluas apabila Miss Caviolle melangkah
keluar dengan memimpin tangan seseorang yang amat
dikenali. Semakin hampir jarak mereka, semakin jelas wajah
itu pada penglihatannya dan semakin ketara jugalah
perubahan fizikal pemuda itu pada pandangannya. Natasya
Shakilla sudah berdiri tegak.
“Mier?” serunya, sepatah.
Amierul Mukminien mengangguk lemah sebelum
duduk.
Miss Caviolle tidak menunggu lama untuk ke dapur,
membancuh air.
Baik Natasya Shakilla mahupun Amierul
Mukminien, masing-masing terdiam, membiarkan mata yang
memainkan peranan.
Natasya Shakilla masih diburu rasa terkilan.
Mindanya masih berputar memikirkan peristiwa yang berlaku
sejak beberapa hari lepas. Semasa keluar dari hospital,
Amierul Mukminien yang menghantarnya pulang. Beberapa
hari kemudian, dia kembali ke sekolah, dan perangai Amierul
Mukminien terus berubah. Amierul itu bukan Amierul. Tetapi
Amierul ini ialah Amierul. Argh, pusing (pening)!

263
Hot Gimmick

“Awak… betul-betul Mier... Amier ke?” Natasya


Shakilla menyoal lagi. Sungguh mindanya betul-betul tidak
boleh menerima. Otaknya bengang!
“Setakat ni, ya….” Suaranya perlahan, walaupun
sedikit berlainan. Ayat yang diucap sekali tidak lebih daripada
sepuluh perkataan. Nada mendatar. Muka tenang. Senyum
nipis, hampir tidak kelihatan. Yes! Ini baru betul-betul Amier!
“Wargh! Kill me, you’re really Amier!” Jeritan
Natasya Shakilla sudah memenuhi ruang.
“Saya tak mimpi, kan?” Pipinya ditarik beberapa
kali.
“Asya....”
Perlakuan Natasya Shakilla terhenti. Suara
temannya membuatkan air matanya keluar. Dia tak sedih,
tetapi… entahlah!
“You’re crying?”
“Eh, mana ada? Dah air ni yang nak keluar, mana
boleh tahan? Dia keluar sendirilah!” dalihnya. Air mata segera
diseka.
“I’m really happy to see you here. Rasa lega
sesangat. Dah, apa yang berlaku sebenarnya? Nak tercabut
jantung saya bila awak tiba-tiba berubah. Saya ingat awak dah
buang tabiat ke apa! Hesy, siapa mamat yang berani
menyamar sebagai awak ni, Mier? Teruk betullah orang tu!
Saya ada tanya dia, tapi dia bertegas cakap dia tu Amierul.
What a liar!” Natasya Shakilla melepaskan perasaan geram
yang terbuku di hati. Habis semua perkara diceritakannya.
Namun melihat anak mata Amierul Mukminien yang asyik
merenung ke arah belakangnya, dia diterpa rasa hairan.
Pantas matanya meliar ke arah yang sama.

264
Shasfa alyahya

Tepat di belakangnya, seorang lagi ‘Amierul’ berdiri


dengan menyandarkan bahu pada dinding. Wajahnya kelat.
“Hah!!! Inilah si penyamar tu!” Natasya Shakilla
berdiri lalu menghalakan jari telunjuknya ke arah jejaka
tersebut.
Menyedari kehadirannya yang telah diketahui,
pemuda itu mengatur langkah mendekati lalu mengambil
tempat bersebelahan dengan Amierul Mukminien.
Sekali lagi Natasya Shakilla terdiam. Jari telunjuk
yang menadah angin perlahan dijatuhkan. Dia kembali pada
tempatnya.
“Feeling better?”
Amierul Mukminien mengangguk.
“Nothing to worry,” jawabnya mendatar.
Natasya Shakilla memerhati perbualan di antara
dua manusia yang mempunyai paras yang sama di
hadapannya.
“Jap! Korang tak rasa ke macam ada sesuatu yang
pelik kat sini?” soalnya, menggamit perhatian. “I need an
enlightenment!!!”
“Simple! Awak rasa apa benda kat atas dunia ni yang
dinamakan serupa tapi tak sama?”
“Hah?” Nak main teka silang kata ke ni? Dahlah
soalan Aniq semalam dia tak jawab lagi! Haru sungguh bila
twin tu balik!
Kejap! Twin?
“Twins?” Soalan itu meluncur keluar dari bibirnya.
“Almost laaa… we’re supposed to but I’m a year
older than you. We’re from IVF.”

265
Hot Gimmick

“IVF?”
“In Vitro Fertilization… because of a failure of an
embryo to implant itself on the endometrial… in our
mother’s tummy. Check on chapter four form five:
Reproduction and Growth.” Amierul Mukminien
menyambung penerangan melebihi had bercakap
kebiasaannya. Dia menekup mulut, menahan batuk yang
memeritkan anak tekak.
Natasya Shakilla mengangkat naik rahangnya yang
sudah jatuh. Dalam keadaan sakit macam ni dia boleh ingat
lagi intipati kitab biologi? Dah tu, siap dengan tajuk dia lagi!
Otak dia memang genius macam ni ke? Wah… tak sia-sia aku
jadi kawan dia!
“Amier?” Suara halus seorang wanita menegur.
Macam pernah dengar aje suara ni?
“Mari, anda kena berehat!”
Oh… wah! Natasya Shakilla terangguk-angguk…
patutlah macam kenal aje, rupa-rupanya perempuan yang
menegurnya tadi.
Mereka saling mengangguk.
“Maaf.” Amierul Mukminien meminta diri.
Natasya Shakilla tersenyum menghantar
pemergiannya. “Siapa tu?”
“Akhdar Silara alias Dara. Mak sepupu, iaitu sepupu
bapa kita orang yang sebaya.”
“Sedap aje terangkan profil orang lain. Awak pulak
siapa? Pandai awak tipu saya, Amierul konon!”
“I memang Amierul!”
Natasya Shakilla buat muka. Nak tipu lagi ke?

266
Shasfa alyahya

“Amierul Mustaqiem. Panggil Moosa aje.” Moosa


memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan sebagai
tanda perkenalan.
Natasya Shakilla ingin menyambutnya, seperti
mana dia menyambut huluran tangan lelaki-lelaki lain
sebelum ini. Shake hands, equal to friendship. Nothing
special. Tetapi ada sesuatu yang menyekatnya. Tangannya
kembali dirapatkan ke sisi. “Errr... got to go, bye!”
Tanpa membuang masa, dia terus menyelinap pergi.
Wajah hampa Moosa dibiarkan begitu sahaja. Ketika berlari-
lari anak turun ke tingkat bawah, dia bertembung dengan
Miss Caviolle yang sedang menatang dulang ke tingkat atas.
Dia mengucap kata maaf lalu menyambung lariannya. Macam
rumah sendiri aje lagaknya. Sampai sahaja di luar pagar, dia
segera melepaskan nafas lega.
Natasya Shakilla segera mengayuh pulang. Dari
jauh matanya menangkap pintu pagar belakang yang tidak
berkunci. Idea! Lebih baik dia menyusup masuk tanpa
pengetahuan mamanya. Kalau tak, sampai ke malamlah
mama akan membebel. Yang kena menadah telinganya pun
bukan orang lain, kalau bukan seisi rumah itu juga!
“Asya, baru balik?”
Suara Atiq mematikan langkah Natasya Shakilla
yang sedang berjengket masuk. Kalut dia membetulkan
pergerakan yang macam pencuri yang mahu memecah masuk
ke dalam rumah.
“Kenapa masuk ikut pintu belakang? Min aina ‘nti?
Dari mana?”
“Errr… saje! Asya dari rumah kawan kat belakang
jalan sana. Emmm… malas nak masuk ikut pintu depan. He
he he….”

267
Hot Gimmick

“Tak boleh begitu. Pintu depan ibarat nadi rumah


ni. Kalau Asya menyusup masuk melalui pintu belakang,
macam mana mama nak tahu sama ada anak bongsunya yang
sorang ni balik awal? Yang paling penting ialah ucapan salam
yang diungkap ketika melangkah masuk ke dalam rumah.
Kalau Asya nak tahu, syaitan tak boleh ikut masuk apabila
seseorang memasuki rumahnya dengan ‘assalamualaikum’.
Lagipun, Allah memberikan ganjaran pahala berlipat kali
ganda kepada sesiapa yang memulakan salam.”
“Emmm!” Natasya Shakilla mengangguk
mendengar tazkirah percuma daripada Atiq. “Ada banyak lagi
yang Asya nak tanya tapi sekarang ni Asya nak mandi dan
salin baju dulu. Boleh tak…?”
“Zohor macam mana? Have you performed your
prayer yet?”
“Errr… I haven’t prayed yet, Tiq.”
“Maza? (Apa?) Astaghfirullahalazim….” Atiq
menghantar Natasya Shakilla masuk dengan gelengan.

IZUAN mematikan enjin selepas memarkir motosikal


miliknya di garaj. Topi keledar yang menutupi kepala dibuka,
membiarkan angin semilir membelai lembut rambutnya.
Fikirannya masih berpusat pada Harizd yang ditinggalkan
bersendirian di etelier atas permintaan dia sendiri. Minda
Harizd kusut, sekusut pemikirannya juga saat dan ketika ini.
Masakan tidak, mereka berasa terkilan dan tertipu dengan
watak yang dibawa oleh Moosa. Amierul Mukminien bukanlah
seorang yang sewenangnya ditukar ganti, walaupun Moosa
ialah abang kandungnya sendiri!

268
Shasfa alyahya

“Abang Wan!!!”
Laungan Hanis Humaira’ dari jendela tingkat atas
menbuatkan Izuan mendongak. Tangannya diangkat gaya
tabik, menahan cahaya matahari yang berada betul-betul di
hadapannya.
“Ada call! Ayah Chik!!!”
“Pasal ‘hadiah’ dia lagilah tu!” Izuan menapak
masuk.

AMIERUL MUKMINIEN cuba bangun dari pembaringannya.


Belakang badannya disandar selesa pada kepala katil,
sementelah pandangan matanya dilontar jauh ke luar sliding
door yang tertutup rapat. Mindanya ligat berfikir tentang
tindakan Moosa selama dia tidak sedarkan diri. Dia tahu, dia
tidak boleh menyalahkan Moosa seratus peratus. Perkara
ini berlaku ekoran perasaan jiwa yang sunyi. Dia dan Moosa
serupa, kerana perkataan sunyi itu tidak pernah lari dari kamus
hidup mereka. Walaupun mereka terpisah jauh, mereka tidak
pernah merungut untuk bertemu, hanya membiarkan corak
hidup mereka mengalir mengikut aliran masa.
Selepas mami dan aba bercerai, mami telah
memilih dia untuk dibawa pulang tetapi dilarang keras oleh
aba. Mereka berebutkan dia yang masih kecil.
Tetapi kerana kecewa, mami membawa Moosa
pergi.
Aba pula semakin sibuk hari demi hari, sehingga
mengabaikan anaknya yang masih ada.
Lihat sahaja sekarang, walaupun sudah beberapa
hari dia tidak sedarkan diri, aba tidak pernah menampakkan

269
Hot Gimmick

wajah untuk menjenguknya. Aba masih berada di luar negara


atas urusan perniagaan yang lebih kepada mengaut
keuntungan semata-mata.
Amierul Mukminien mengangkat dada, menarik
nafas panjang. Hanya satu perkara sahaja yang terlintas di
benaknya saat ini.
“I’ll go!”

270
Shasfa alyahya

bab 17
Farewell… my friends.

“I
NI… apa bendanya ni?” Izuan
menekup kedua-dua belah pipi
dengan gaya terkejut. Matanya
membuntang melihat ‘hadiah’ yang dihantar oleh ayahnya
beberapa jam lepas. Sejak ‘hadiah’ itu tiba tadi, dia hanya
mampu menonjolkan satu ekspresi sahaja, terkejut!
“Yaw….” ‘Hadiah’ itu mula mengeluarkan suara.
Spontan Izuan berundur ke belakang. Dahinya
berkeringat.
‘Hadiah’ kecil yang comel itu tersenyum, barangkali
mengerti akan perasaan yang dirasai oleh Izuan sekarang.
Izuan berundur lagi. Kali ini dia benar-benar tidak
dapat melarikan diri apabila belakangnya tersentuh kusyen.
Dia tersekat di antara ‘hadiah’ dan sofa. Dia menelan liur.
“Umi, Mira bawak ke depan ajelah kuih ni, makan
ramai-ramai pun best jugak!”

271
Hot Gimmick

Suara Hanis Humaira’ dari arah dapur kedengaran.


Seketika, kelihatan gadis itu berjalan menghampiri lantas
mengambil tempat di sofa bertentangan. Pinggan berisi
karipap dan sardin gulung ditempatkan di atas meja. Hanis
Humaira’ langsung tidak menghiraukan Izuan yang sedang
memberi isyarat mata. Kakinya bersila senang sambil
mengunyah sardin gulung kegemarannya.
“Mira!” panggil Izuan, geram.
‘Hadiah’ yang memandangnya dengan mata
bersinar sebentar tadi kini bertindak berani memanjat sofa
lalu duduk di atas ribanya.
“Mira…!” panggilnya untuk kali yang kedua.
Kali ini barulah Hanis Humaira’ berpaling
memandangnya dengan senyuman mengusik.
“Comel sungguh ‘hadiah’ Abang Wan! Tak sangka
betul Ayah Chik sekreatif ini. Pandai pulak dia cari pasal
dengan Abang Wan guna cara ni. He he he….” Hanis
Humaira’ menekup mulut. Perutnya mula senak menahan
tawa sejak ‘hadiah’ itu tiba tadi.
Ayah Chik tidak menunggu lama selepas
menghantar ‘hadiah’. Pandai pula orang tua itu melarikan
diri. Maklumlah… kelemahan Abang Wan katakan….
Izuan menarik muncung. Hilang sudah gaya macho
yang ditonjolkan selama ini. ‘Hadiah’ yang bersandar pada
dadanya mengangkat wajah, merenungnya dengan pandangan
yang manja. Bibir comel miliknya menguntum senyum.
“A… bang!”
Gulp! Macam mana ni…?
“Ayahhh!!!!”

272
Shasfa alyahya

NATASYA SHAKILLA mengayuh pulang dengan hati yang


berbalam. Cahaya mentari terasa begitu terik di atas kepala,
melahirkan keringat kasar dari liang-liang roma pada badan.
Dia menghela nafas lega apabila rumah kediamannya kelihatan
dari jauh. Basikal kesayangannya diparkir di tempat biasa.
Ketika membuka kasut, sepasang kasut yang tidak
dikenali menarik perhatiannya. Natasya Shakilla membuat
andaian bahawa kawan lama Aniq datang menziarah. Dia
membuang pandang ke garaj kereta yang kosong. Nampaknya
Atiq keluar lagi. Mungkin mencari Cikgu Zarkasyi alias Sir Z,
teman lamanya dahulu. Mereka berdua amat rapat seperti isi
dengan kuku walaupun berlainan cara dan pemikiran. Yalah,
sorang tu ustaz, yang seorang lagi cikgu berpendidikan
Inggeris.
“Assalamualaikum…!” Natasya Shakilla menapak
masuk dengan ucapan salam. Mindanya teringat tazkirah
pendek sementara menanti waktu isyak semalam. Menurut
Atiq, Allah telah menyediakan kamar-kamar di syurga untuk
pemberi salam.
Rasulullah pernah bersabda bahawa di dalam syurga
itu terbahagi di dalamnya kamar-kamar. Dindingnya tembus
pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat
menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan
yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan
yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia. Para sahabat
yang ada pun bertanya.
“Untuk siapakah kamar-kamar itu wahai
Rasulullah?”
Rasulullah kemudiannya menjawab. “Untuk orang
yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk
mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan

273
Hot Gimmick

dan untuk mereka yang membiasakan puasa dan solat di


waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya.
“Siapa yang bertemu temannya lalu memberi
salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam.
Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya
sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-
orang yang membiasakan berpuasa. Mereka yang solat isyak
dan subuh secara berjemaah, dengan begitu ia bererti
termasuk orang yang solat malam pada saat orang-orang
sedang tidur lelap.”
Begitu Nabi Muhammad SAW menjelaskan
sabdanya kepada sahabatnya.
“Kadang-kadang, perkara yang kita anggap mudah
dan remeh itulah yang selalunya merugikan kita kerana kita
kerap meninggalkannya ekoran tidak tahu akan ganjaran
yang diterima. Apa yang Atiq tahu, ramai orang gemar
menggunakan perkataan ‘hai’ atau ‘helo’ untuk menyapa
dengan alasan ucapan salam terlalu panjang untuk
diungkapkan. Kalau dalam mesej pula, kita boleh tengok
ungkapan ‘semekom’ atau ‘askum’ atau ‘akum’ sering diguna
oleh masyarakat hari ini, padahal ungkapan-ungkapan
tersebut langsung tidak memberi makna. Silap hari bulan,
maksud jelik pula yang di ‘translate’.”
Atiq menarik nafas panjang sebelum menyambung
kata, “lagipun, orang jahiliyah dahulu menggunakan ucapan
‘assamualaikum’ kepada orang muslim yang bermaksud
racun bagimu.”
“Macam perli aje?” sampuk Natasya Shakilla.
Atiq mengangguk, mengiakan.
“Ya, kerana itulah kita kena menjaga ucapan dari
syurga ini dengan sebaiknya, bukan sewenang-wenangnya

274
Shasfa alyahya

mencipta ungkapan sendiri yang kita tak tahu entah apa


maksudnya!”
“Entah apa-apa entah!” Natasya Shakilla tersengih
sendirian. Memang dia kurang mengerti pada mulanya
kerana dia sendiri pun sebenarnya tidak pernah menggunakan
ucapan salam semasa menjawab panggilan telefon atau
semasa menghantar SMS.
Persekitarannya dahulu tidak mengizinkan,
memandangkan teman-temannya yang berlainan agama.
Arienna dan Ruqyah pula lebih gemar menulis ‘yo!’
atau ‘Killa’.
Pendek kata, lafaz sejahtera itu memang tidak
pernah dipraktikkan di dalam hidupnya. Zero!
“Ma, balik!” jeritnya apabila salamnya tidak
bersambut. Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Ketika
berjalan menuju ke arah tangga, Natasya Shakilla sempat
mengintai kakaknya yang sedang leka melayan tetamu. Gadis
bertudung labuh yang membelakanginya diperhati. Serasa
macam kenal sahaja, tapi di mana, ya?
“Natasya Shakilla!”
“Oh, macam kenal!” Natasya Shakilla melatah
spontan. Habis benda yang difikirkan tadi keluar. Senyuman
manis Puan Jalina dibalas dengan muncung sedepa, geram.
Nasib baik dia tak ada sakit jantung atau yang sama waktu
dengannya. Kalau tak, mati sia-sia sahajalah Cik Shakilla
kita.
“Buat apa mengendap kat sini? Pergi duduk sana,
ada orang cari Asya!” arah Puan Jalina. Dulang berisi air dan
biskut ditatang ke ruang tamu. Selepas mengambil tempat di
sofa, dia menggamit anak bongsunya itu agar menghampiri.

275
Hot Gimmick

Natasya Shakilla akur. Otaknya ligat mencerna


empunya diri yang datang mencarinya petang-petang begini.
“Eh?”
Bukankah ini Silara? Natasya Shakilla mengukir
senyum saat tangan putih Silara terjulur ke arahnya. Tangan
itu disambut ikhlas.
“Maaflah kalau ana mengganggu masa berehat
anda.” Silara memulakan mukadimah.
“Eh, tak adalah kak. Saya tak kisah pun!”
“Kak?” Aniq menyampuk. Tangannya menutup
mulut yang kian melebar, menahan tawa. “Dara baru enam
belas tahun, pangkat adik dengan Asya, tau!”
“Ya Allah…!” Natasya Shakilla menepuk dahi. Mati-
mati dia ingat umur Silara lebih kurang sama dengan Aniq
memandangkan wajahnya yang kelihatan matang dan dewasa,
langsung tak nampak ciri-ciri enam belas tahun tu!
Malunya!!!
“Emmm…” Silara mengukir senyum, turut
digeletek barangkali. “Ana memang enam belas, tapi sudah
tingkatan lima.”
“Ohhh…” Natasya Shakilla mengangguk.
“Sebenarnya ana ingin jelaskan duduk perkara
sebenar kepada Kak Asya, di samping memohon maaf bagi
pihak Abang Moosa. Tindakannya mungkin agak melampau
bagi anda, tetapi percayalah, dia seorang lelaki yang baik. Dia
cuma mencari pengenalan dirinya melalui cara hidup Amier.
Ya, tindakannya memang salah namun situasi keluarga kami
memang sulit. Ana juga tak sangka akan melibatkan orang
luar dalam masalah ni.” Silara menunduk. Riak wajahnya
mula diselubungi kesedihan.

276
Shasfa alyahya

“Perkara dah terjadi, nak. Kita tak berdaya


mencegahnya, tapi kita boleh merawatnya.” Puan Jalina
menutur.
Silara mengangguk. “Kerana itulah, kemungkinan
besar kami akan pergi.”
“Pergi? Ke mana?”
Laju mulut Natasya Shakilla menyoal.
“Maaf, ana tak boleh beritahu. Perkara ni
seharusnya dibicarakan sendiri dengan Amier atau Moosa.
Ana telah berjanji. Hanya inilah peranan yang dapat ana
lakukan sekarang ini. Maafkan ana.”

SUDAH beberapa kali keluhan kasar terluah dari mulut


Natasya Shakilla. Pengajaran kimia hari ini langsung tidak
melekat di kepalanya. Suara cikgu yang mengajar hanya
masuk telinga kanan dan terus keluar melalui telinga kiri.
Sepatah haram pun dia tidak faham. Pusat matanya asyik
tertumpu pada kerusi hadapan yang kosong. Sudah empat
hari tempat duduk itu tidak bertuan. Ketika Moosa duduk
di situ dahulu, dia sering berpaling ke belakang setiap kali
cikgu habis mengajar. Alasannya, tiada teman untuk berbual.
Jelingan tajam Harizd pula langsung tidak dihiraukan. Semua
orang ingat Amierul mogok besar dengan 3K yang lain.
Sekarang, tiba-tiba pula Amierul menghilangkan
diri. Perginya tanpa sebarang khabar atau ucapan. Natasya
Shakilla rasa tersisih. Kedatangan Silara ke rumahnya dahulu
membawa khabar pemergian Amierul, tetapi temannya
langsung tidak menitip apa-apa pesan buatnya. Moosa juga
begitu. Sakit hati sungguh apabila memikirkannya!

277
Hot Gimmick

“Tsk!” Natasya Shakilla menepuk buku teks yang


terbuka. Tindakan luar sedarnya mengganggu tumpuan
teman di sebelah.
Mamat yang garang itu memusingkan kepala,
perlahan dan mendebarkan.
Natasya Shakilla turut berpaling.
“Apa?” soalnya dengan gaya samseng.
Wajah Harizd bertukar merah. Marah la tu!
Natasya Shakilla mencebik sebelum mengalih
tumpuan ke arah buku. Peduli apa aku!
Sebaik sahaja cikgu melangkah keluar, Harizd
pantas menutup buku dan bingkas. Sebatang pen dan nota
kecil disisip ke dalam poket vest.
“Pergi etelier, sekarang!” arahnya.
Natasya Shakilla terkebil-kebil. Dia mengarah aku?
A.R.A.H? Cis! Sampai mati pun aku takkan akur!
Natasya Shakilla mencebik. Dia mengatur langkah
ke kelas sebelah. Baik lepak dengan Arienna dan Ruqyah
walaupun mulut dia orang macam reporter daripada ikut si
bighead kaki angin tu!
“Ya Allah, letihnya!” Izuan menghempaskan badan
ke sofa, melepaskan rasa letih yang menjalar.
Harizd yang masuk kemudiannya menutup pintu
lalu mengambil tempat di sofa hadapan. Beberapa buah buku
latihan Matematik Tambahan yang tersusun rapi di atas meja
ditarik. Fail biru muda yang sentiasa bersamanya dibuka.
Beberapa helai kertas A4 berwarna putih dikeluarkan. Tanpa
menunggu lama, dia mula membuat pengiraan.
“Kau panggil dia ke mari, kan?” Izuan membuka
suara. Matanya masih terpejam rapat.

278
Shasfa alyahya

“Takkan nak bagi depan orang lain?” balas Harizd,


memerli. Perbualan tersebut langsung tidak mengganggu
pengiraannya. Tangannya ligat menulis.
“Aku nak bagi minggu lepas pun, kau bertugas
waktu rehat,” terang Harizd lagi.
Izuan mengangguk faham. Takkanlah Harizd nak
berdua-duaan dengan Shakilla di dalam ni? Tak mungkin!
Islam tak pernah membenarkan lelaki dan wanita bertemu
tanpa kehadiran orang ketiga walaupun untuk berbincang.
Malahan perbuatan yang dianggap biasa bagi masyarakat kini,
dilarang keras kerana bimbang mendatangkan fitnah. Alasan
untuk belajar yang digunakan pelajar langsung tidak
munasabah. Rakan sekelas perempuan ramai, kenapa rakan
lelaki pula yang dicari? Walhal alasan tersebut diguna untuk
menutup ‘benih percintaan’ mereka di belakang. Murah
sungguh cinta zaman sekarang!
Izuan menggeleng.
“Apesal?” Harizd hairan melihat Izuan.
“Nothing. Aku laparlah, nak pergi membeli kejap.
Kau nak kirim?” Izuan bingkas.
Harizd menggeleng.
“Soum (puasa).” Sepatah jawapannya.
Izuan menepuk dahi, lupa hari ini hari Isnin. Sudah
menjadi kebiasaan Harizd untuk berpuasa sunat setiap hari
Isnin dan Khamis. Sebelum keluar, dia menilik jam.
“Aku rasa budak tu takkan datanglah, Yez! Dah
dekat pukul sebelas dah ni. Lepas membeli aku terus ke kelas
kejap,” ujar Izuan.
“Hmmm….”
“Frust ke?”

279
Hot Gimmick

“Nak mati?”
“Ha ha ha…!” Izuan meledakkan tawa. Sempat lagi
dia mengusik Harizd.

NATASYA SHAKILLA berjalan keluar dari tandas dengan


wajah ceria. Banyak perkara yang dibualkan bersama Arienna
dan Ruqyah, sampai masuk tandas lain-lain pun mulut masih
tidak berhenti bercakap. Arahan Harizd sebelum rehat tadi
langsung tidak terlintas di fikirannya. Sampai di hadapan
kelas 5Sc1, dia bertembung dengan Harizd yang sedang
menaiki tangga. Saat terpandang wajah kelat itulah, baru dia
teringatkan arahan tersebut.
Natasya Shakilla menggetap bibir. Mata tajam
Harizd seolah-olah memberi amaran, ‘siaplah kau!’ Gulp!
“Geng, aku pergi dulu!” ucapnya.
Saat menghampiri tempat duduk, Harizd langsung
tidak memandangnya. Menegurnya jauh sekali. Perutnya
berasa senak. Agaknya apalah yang ingin dibicarakan oleh
Harizd tadi? Hal penting ke? Kalau tak penting, haram dia
nak bercakap dengan aku!
Akhirnya sampai waktu pembelajaran berakhir pun,
Natasya Shakilla masih tidak keruan.
Petangnya, dia berjanji dengan Arienna dan Ruqyah
untuk mengulang kaji bersama. Penat mengulang kaji,
mereka bermain badminton setelah meminjam raket dan
shuttlecock dari kelab badminton sekolah. Asyik tak asyik,
mereka hanya berhenti selepas baba Arienna datang
menjemput. Ruqyah yang ingin menumpang kereta Arienna
sekerat jalan, turut mengundurkan diri.

280
Shasfa alyahya

Selepas ditinggalkan sendirian, Natasya Shakilla


mengemas barang-barangnya lalu melangkah ke tempat
meletak basikal. Suasana petang yang berbalut sepi, sedikit
sebanyak menaikkan bulu roma. Masakan tidak, jam pun
telah menginjak ke angka enam. Kalau ada orang pun, pak
cik jaga kat depan yang selalu tertidur masa bertugas.
Natasya Shakilla melajukan langkah. Mama akan
membebel sakan kalau dia terlewat pulang. Bertambah haru
lagi kalau Aniq turut sama. Kata-kata Atiq pula pastinya lagi
berbisa. Nasib baiklah Atiq sudah bertolak pagi tadi kerana
urusan penting di universiti. Dalam seminggu ini, Atiq tak
ada. Lega! Kalau tidak, tak sanggup dia menghadapinya.
Namun harapannya untuk segera pulang tidak
menjadi kenyataan, sebaliknya pecah berderai. Tepat di
hadapan matanya, basikal baru kesayangannya telah hancur
dikerjakan orang.
Natasya Shakilla ternganga. Hancur luluh hatinya
melihat tayar basikalnya dibuang. Tempat duduk pula koyak
rabak dihiris pisau. Tali brek telah dipotong. Yang tinggal
hanyalah badan basikal yang sudah dipenuhi cat berwarna
merah.
Natasya Shakilla bercekak pinggang. Kalau dia tahu
siapa punya kerja ini, dia akan cekik-cekik empunya diri yang
gatal tangan sampai macam ni sekali. Wajah Adhzarinna yang
sedang tersenyum sinis melayari minda, namun cepat-cepat
dihakis akal Natasya Shakilla. Dia tidak boleh menuduh
sebelum ada bukti. Itu memfitnah namanya.
Akhirnya dengan langkah longlai, Natasya Shakilla
menghayun kaki menuju ke arah pondok telefon di tepi
bangunan. Tidak dapat tidak, terpaksalah dia menelefon
orang rumah supaya menjemputnya pulang.

281
Hot Gimmick

Beberapa keping syiling dikeluarkan. Nombor


telefon bimbit Aniq ditekan. Ada baiknya dia langsung
menyuruh Aniq agar mama tidak bimbang.
“Ya, assalamualaikum?” Suara Aniq kedengaran.
Natasya Shakilla menarik nafas panjang.
“Waalaikumussalam. Niq, Asya ni....”
“Asya? Kat mana ni? Kenapa tak balik lagi? Mama
tengah membebel kat bawah.” Nada Aniq jelas risau.
Natasya Shakilla menelan liur. “Niq… datang ambil
Asya kat sekolah boleh? Ada problem sikit. Boleh ya?”
“Sekolah? Basikal Asya mana?”
“Nanti Asya cerita. Tapi Aniq jangan bagi tahu
mama, nanti dia risau. Tak pasal-pasal Aniq yang kena dengar
bebelan mama sebelum Asya!”
“Tengah dengar pun. Okeylah, tunggu kat situ.
Jangan pergi mana-mana pulak!”
Tuuuttt… Talian dimatikan.
Natasya Shakilla menarik nafas lega. Nasib baik
Aniq tidak banyak soal. Kalau tidak, tentu payah nanti.
Dia melangkah pergi dengan pemikiran yang sarat.
Suasana petang semakin kelam, sekelam hati Natasya Shakilla
saat ini. Sungguh dia tidak menyangka bahawa pembulian
sejak minggu lepas akan melarat sehingga begini. Kuat juga
budak sekolah ni khisit (iri hati). Agaknya salah apakah yang
telah dia lakukan sehingga orang tersebut marah sangat?
Ketika melalui bangunan paling hujung dan agak
tersorok berbanding bangunan lain, Natasya Shakilla
menangkap suara beberapa orang lelaki. Bulu romanya serta-
merta berdiri. Makhluk mana lagi yang ada kat sekolah time-
time macam ni? Ha ha ha… hantu?

282
Shasfa alyahya

“Ha ha ha…! Kau lagi bengap. Aku dah kata


nombor tujuh, kau cakap enam. Bodoh!”
“Aku memang pasti enam. Mesin gila tu yang tak
dengar arahan!”
“Kalau tak bertuah, jangan berjudi! Gila!”
Kaki Natasya Shakilla bergerak ke arah datangnya
suara. Bahasa kasar yang digunakan membuatkan rasa ingin
tahunya membuak naik. Dia tertanya-tanya apa yang sedang
dibualkan oleh mereka? Dan siapa yang bercakap?
Natasya Shakilla mengintai dari balik dinding.
Kelihatan beberapa orang pelajar lelaki berpakaian seragam
sekolah, bersila senang. Di celah jari telunjuk dan hantu
mereka terselit sebatang rokok yang sedang bernyala.
Seorang rakan mereka ditolak ke tengah kumpulan oleh
seorang pelajar yang lain. Kemudiannya, pelajar itu ditumbuk
semahunya.
Natasya Shakilla menekup mulut. Pertama kali
matanya dihidang pergaduhan secara live oleh pelajar korup!
(keji!) Kakinya mengeras, seolah-olah tidak mahu berganjak.
“Apa kau buat kat sini?”
Natasya Shakilla terkedu!

HARIZD menuruni anak tangga sambil membaca buku.


Kakinya diatur ke ruang dapur. Bacaannya terganggu
mendengar suara Hanis Humaira’.
“Umi, tolonglah! Mira memang nak guna sangat
buku tu. Cikgu sejarah tu garang sangat, mi. Kalau Mira tak
siap kerja rumah dia esok, mesti Mira kena panggil. Umi….”
Hanis Humaira’ merengek.

283
Hot Gimmick

Puan Noraini yang sedang menghidang juadah di


atas meja menggeleng buat kesekian kalinya. “Tengok jam tu,
dah pukul berapa Mira?”
“Umi….”
“Biar Ayez pergi, mi.” Harizd mencelah. Buku di
tangan dikatup. “Kat mana?”
“Errr… 3Eko2. Bangunan hujung,” jelas Hanis
Humaira’ tidak percaya. Kenapa abangnya baik aje hari ni?
Peliknya!
“Ayez pergi kejap ya, mi?” Harizd minta izin.
“Yalah… hati-hati sikit.”
“Emmm….” Harizd kembali ke bilik untuk
mengambil anak kunci.
Izuan yang sedang bersantai di ruang rehat tingkat
atas menegur, “ke mana Yez?”
“Sekolah. Ambil buku Mira.”
“Aku nak ikut. Tapi pepaham ajelah….” Perlahan
Izuan bersuara.
Harizd tersenyum mengerti. “Just take care of your
baby.”
Izuan tersenyum sumbing. ‘Baby’ kecil di sebelah
telah lena setelah puas bermain.

“APA kau buat kat sini?”


Sekali lagi suara garau itu menampar telinga
Natasya Shakilla. Dia terdorong ke belakang, terkejut yang
amat.

284
Shasfa alyahya

“Sss… saya….” Suara Natasya Shakilla tertahan-


tahan. Belum pun habis penjelasannya, badannya tiba-tiba
ditolak kasar. Hampir sahaja dia terjatuh menyembah tanah.
“Raja, ada ‘kambing’ sesat kat sini!” laung lelaki
yang menolaknya sebentar tadi.
Kumpulan pelajar yang sedang leka menonton
babak pergaduhan tadi, kini mengalihkan pandangan ke
arahnya. Pandangan mereka meratah tubuhnya atas bawah.
Natasya Shakilla mula menggigil. Lututnya
dirasakan longgar dan longlai.
Beberapa orang pelajar tersebut ingin bangun
namun disekat seseorang. Orang yang menumbuk tadi!
“Well... well... well....”
Tubuhnya dihampiri.
“‘Kambing’ masuk ke kawasan ‘serigala’. Tak payah
pasang jerat pun!”
Natasya Shakilla berundur. Dia ingin melarikan diri
tetapi belakangnya terlebih dahulu disekat oleh pelajar lain.
“Dia mengintai kita tadi, Raja. Aku rasa dia dah
dengar perbualan kau!”
“Kau...!”
Muka Natasya Shakilla dicengkam lalu didongak
kasar memandangnya. Pelajar yang dikenali sebagai Raja itu
merapatkan wajah. “Kau perempuan yang langgar aku hari
tu!”
Natasya Shakilla menelan liur. Air liur pun tidak
mahu masuk ke dalam kerongkong. Mindanya diperah
mengingati peristiwa tersebut. Dalam keadan begini, tiada
klu pun yang keluar. Hanya satu aje, ‘aku kena lari!’

285
Hot Gimmick

“Heh, kenapa pandang aku macam tu? Nak


melawan?”
Pipi Natasya Shakilla dilepaskan. Tangannya beralih
pula ke dagu, memaksa wajah itu memandangnya.
Natasya Shakilla menggetap gigi. Melihat peluang
yang ada, pantas tangan pelajar samseng itu digigitnya.
“Argh!!!”
Natasya Shakilla berkalih ke kiri, bersiap sedia
untuk memecut laju. Baru dua langkah bergerak, belakang
tudungnya direntap kasar. Dia terduduk ke tanah. Tekaknya
perit menahan sakit. Pasti tengkuknya sudah berbirat merah.
“Berani sungguh betina ni!” Raja mula berang.
Tangannya yang kebas, dilibas ke bawah. Sebelah lagi
tangannya diangkat, mengarah teman-teman yang lain
mampir. Tubuh gadis itu dihampiri. Kedua-dua belah
tangannya ditarik kasar.
“Berhenti!!!” tempik Natasya Shakilla.
“Jeritlah! Jerit kuat-kuat. Macamlah orang tua yang
pekak kat depan tu boleh dengar!” Raja ketawa lepas.
Yang lain tersengih-sengih.
Natasya Shakilla menutup matanya serapat
mungkin. “Berhenti!!!!”

HARIZD memandu motor memasuki pekarangan sekolah.


Hon motor ditekan ketika melalui pondok pengawal, menyapa
Pak Mat yang tersengguk menahan kantuk. Dia menggeleng
kecil melihat Pak Mat yang sudah lama berkhidmat di sekolah
ini. Kawasan sekolah sudah lengang. Kelibat para pelajar dan

286
Shasfa alyahya

guru tidak lagi kelihatan. Pelajar asrama pula memang diarah


mengosongkan kawasan sekolah tepat pukul enam setengah
petang kerana pagar akan ditutup, dan pagar akan dibuka
semula pada pukul lapan setengah malam untuk budak prep.
Harizd melirik jam di pergelangan tangannya. Baru
pukul enam dua puluh. Masih ada sepuluh minit sebelum
pagar ditutup. Entah Pak Mat dengar atau tidak hon yang
ditekan sebentar tadi.
Ketika menapak turun dari motosikal, Harizd
ternampak basikal milik Natasya Shakilla yang terdampar
dalam keadaan rosak teruk. Dia kenal benar pemilik basikal
yang disekatnya kerana lewat dan pernah melanggarnya di
pintu pagar sekolah sehingga menyebabkan pergaduhan yang
tidak ubah macam budak-budak. Hatinya terus diserbu rasa
tidak enak. Sesuatu telah berlaku pada si mata empat. Dia
mungkin telah dibuli!
“Nauzubillah!” Harizd memejam mata. Semoga apa
yang difikirkannya tidak benar sama sekali.
Harizd melangkah ke kelas Hanis Humaira’ yang
terletak di bangunan paling hujung, jauh di utara. Di
bangunan itu jugalah dia pernah menangkap pelajar
sekolahnya yang sedang merokok selepas waktu sekolah.
Keadaan belakang bangunan yang dipenuhi semak-samun
menyukarkan orang luar mengintai ke dalam kawasan
sekolah, lantas menjadikan tempat itu tersorok daripada
bangunan yang lain.
“Argh!!!”
Suara jeritan seorang lelaki mengejutkannya.
Langkahnya mati.
“Berani sungguh betina ni!”
Suara yang sama kedengaran.

287
Hot Gimmick

Harizd mempercepatkan langkahnya.


“Berhenti!!!!”
Suara perempuan semakin menambahkan debar
Harizd. Suara itu! Matanya menangkap susuk tubuh
seseorang yang dikerumuni sekumpulan lelaki.
“Jeritlah! Jerit kuat-kuat. Macamlah orang tua yang
pekak kat depan tu boleh dengar!”
Astaghfirullahalazim! Ini tak boleh jadi!
“Berhenti!” jeritnya lantang, mengalih tumpuan
mereka. Mata Harizd semakin tajam menikam. Dia kenal satu
per satu pelajar yang ada, pelajar sama yang ditangkap
dahulu!
Geng Raja!
“Apa kau semua buat ni, hah?” Suara Harizd
melenting. Geram dan amarah mula menguasai diri.
Tangannya dikepal erat.
“Well... well... well... hero penyelamat dah datang.”
Raja bangkit. Badannya tegak menghadap Harizd, langsung
tidak gentar dengan jawatan ketua pengawas yang disandang
oleh lelaki di hadapannya. Kali ini, buku benar-benar telah
bertemu ruas.
“Kau dah melampau!”
“Melampau? Kau yang melampau!”
Raja membuka langkah. Harizd diserang bertubi-
tubi. Namun serangannya dielak oleh Harizd dengan pantas.
Harizd hanya mengelak, langsung tidak membalas. Seboleh-
bolehnya dia tidak mahu bertumbuk dengan Raja. Sebagai
seorang pelajar, dia tidak boleh bergaduh. Walau dia mahir
dalam silat sekalipun, peraturan sekolah wajib dipatuhi. Dia
ialah pemimpin!

288
Shasfa alyahya

Raja mula geram. Sedikit pun tangannya tidak


berjaya menyentuh Harizd. Dahinya sudah berkeringat,
sementelah nafasnya tercungap-cungap. Dia mengangkat
tangan, mengarah anak buahnya melawan Harizd.
“Enam lawan satu, biar Harizd kecundang!”
arahnya, jelas.
Anak-anak buahnya mematahkan jari dan
membetulkan urat kaki, bersiap untuk melawan Harizd.
Masing-masing tersenyum sinis. Peluang sekali seumur
hidup untuk mengerjakan ketua pengawas!
“Kali ni dendam pasti akan terbalas!”
“Berhenti!!!” Natasya Shakilla menjerit.
Pada mulanya Harizd masih mampu mengelak
setiap serangan yang datang. Pergerakannya memang lincah.
Namun Raja bermain kotor dengan menggunakan batang
kayu dari kaki kerusi yang patah. Kaki kiri Harizd menjadi
mangsa pukulan. Harizd terduduk kesakitan. Kakinya perit
dipukul dengan kayu yang berat.
“Berhenti! Berhenti!!!” Natasya Shakilla sudah
berdiri. Dia cuba berlari ke hadapan bangunan untuk
meminta pertolongan.
Raja yang menyedari pergerakan pantas Natasya
Shakilla, cuba bertindak. Sekali lagi tudung yang meliputi
kepala gadis itu ditarik.
Natasya Shakilla terdorong ke belakang. Gadis itu
kemudiannya ditolak kasar ke dinding.
“Ke mana kau nak lari, hah?”
Muka Natasya Shakilla ditampar. Cermin mata yang
tersarung pada wajahnya terpelanting jatuh ke tanah lalu
berkecai dipijak oleh Raja.

289
Hot Gimmick

Natasya Shakilla terpegun. Kakinya yang lemah


menjatuhkan badannya ke lantai. Dia terduduk. Lensa
matanya hanya menangkap pergerakan kabur pelajar samseng
yang masih memukul Harizd dan Raja yang mencapai batang
kayu. Dia menjerit kuat.
“Aduh!!!”
Harizd memegang perutnya yang senak. Darah
merah mula mengalir dari tepi bibirnya yang pecah. Darah
pekat itu dikesat dengan tangan kiri. Matanya meliar
memandang Raja yang mengangkat batang kayu yang diguna
untuk memukulnya sebentar tadi. Kayu itu dihayun ke arah
Natasya Shakilla. Darah Harizd mendidih. Pelajar yang cuba
memukulnya semula, ditolak. Kakinya dihayun laju ke arah
Raja dan Natasya Shakilla.
“Dayusss!!!” jerit Harizd. Hanya beberapa kaki
sahaja lagi batang kayu tersebut bakal mengenai tubuh
Natasya Shakilla, sebelum Harizd menghalang dengan
belakang badannya.
Buk!!!
“Argh!!!”
Batang kayu itu tepat mengenai bahu kanan Harizd.
Harizd terdorong ke depan. Darah merah tersembur keluar
dari mulutnya.
Mata Natasya Shakilla terbuka luas, terkejut melihat
keadaan Harizd. Dari celahan matanya, takungan air sudah
kelihatan dan menunggu masa sahaja untuk menuruni pipi.
Tangan Harizd pula masih kuat bertongkatkan dinding,
melindunginya di antara dua lengan.
“Harizd!!!”
“Kenapa kau nak lindungi dia? Dia tu awek kau ke?

290
Shasfa alyahya

Hah? Jadi benarlah apa yang aku dengar! Kau buat peraturan,
tapi kau sendiri yang melanggarnya! Kau memang tak
guna!!!” Raja mengangkat kembali batang kayu, ingin
memukul Harizd untuk kali yang kedua.
“Woiii!!! Bergaduh ke!!!”
Suara Pak Mat bagaikan halilintar, menyekat
hayunan tangan Raja buat kesekian kali.
Berdesup Geng Raja melarikan diri. Raja juga tidak
menunggu lama. Batang kayu di tangannya dihempas kasar
ke tanah sebelum dia berlari meninggalkan mereka.
“Harizd!” Natasya Shakilla memanggil. Air matanya
sudah membanjiri pipi.
Harizd yang kehilangan tenaga, terkulai di
ribaannya. Wajah sedih gadis itu di pandangan matanya
menjadi semakin kabur, sebelum wajah itu perlahan-lahan
menghilang. Pandangannya kelam. Gelap.
“Harizd! Harizd…! Bangun Harizd! Bangun!
Bangun! Harizd!!!” Natasya Shakilla mengongoi. Dia tidak
tahu apa yang harus dilakukan. Dia buntu. Air matanya pula
semakin deras menuruni pipi. Dia teresak-esak melihat
Harizd yang tidak sedarkan diri. Semua ini salah dia!
Semuanya salah dia!
“Harizd…!”

HANIS HUMAIRA’ menjeling hidangan yang belum terusik.


Dagunya bertongkat tangan di atas meja. Bibirnya sudah
beberapa kali diketap, menahan rasa lapar yang mula menular.
Matanya memerhati Puan Noraini yang sedang menuang air
ke dalam gelas. Ais pun sudah mencair.

291
Hot Gimmick

“Mana abang ni? Perut Mira dah berbunyi minta


nasi!” omel Hanis Humaira’. Tangannya melurut jatuh. Kini,
dagunya bertongkatkan meja makan pula. Aroma tom yam
dan asam pedas melalui celahan rongga hidungnya. Spontan
matanya tertutup, menikmati. “Laparnya….”
“Mira, tolong tengokkan Abang Wan dan Itqiya’ kat
atas,” suruh Puan Noraini.
Hanis Humaira’ bingkas, membetulkan urat dan
berlari anak ke tingkat atas. Ruang rehat tingkat atas sudah
kosong. Pasti Izuan dan Itqiya’ berada di kamar. Telahannya
tepat sekali. Saat pintu bilik dibuka, Izuan sedang berlari-lari
anak mengejar Itqiya’ yang separuh bogel. Tuala yang dipakai
sudah terlondeh jatuh melepasi pusatnya. Izuan pula
mengejar dengan Pampers di tangan kanan dan bedak bayi di
tangan kiri.
Hanis Humaira’ tergelak melihat telatah dua
beradik di hadapannya. Lucu sungguh!
Itqiya’ yang perasan kehadiran Hanis Humaira’,
pantas menukar haluannya. Kaki Hanis Humaira’ dipeluk
dengan tawa gembira.
Si pengejar pula sudah tidak larat mengejar.
Punggungnya dihenyak ke katil. Letih!
“Yaya nakal ya. Cian abang tak larat dah.” Hanis
Humaira’ duduk mencangkung. Tuala Itqiya’ yang hampir
tercabut dibetulkan.
“Tak!” Laju mulut si kecil itu menjawab.
“Abang Wan nak pengsan dah. Balik sekolah terus
ajak main. Lepas mandi, main buih dalam tab. Habis baju
Abang Wan basah sama!” Izuan mengomel.
“Itulah, umi nak tolong jaga, tak kasi!”

292
Shasfa alyahya

“Mira woi, umi dah jaga sepagi dah. Takkan sampai


malam kena tengok budak buas ni. Alamatnya, tak berasaplah
dapur rumah ni! Lagipun, ini amanah dan tanggungjawab
yang diserahkan ayah pada abang.” Izuan berdiri. “Yaya, come
here.”
“Tak mo! (mau!)” Itqiya’ menjadikan belakang
Hanis Humaira’ sebagai shelter.
“Haiii… budak ni. Dengan Ayez dia dengar kata
pulak!”
“Sebab abang garang. He he he! Aura dia…” kata-
kata Hanis Humaira’ mati sekerat jalan. Tiba-tiba wajah
abangnya terlintas. Jantungnya berdegup kencang.
“Kenapa?”
“Tak ada apa-apa. Abang tu, tak balik-balik lagi. Hari
dah senja dah ni!”
“Nah, Mira tolong pakaikan Pampers budak tu, biar
Abang Wan yang telefon.” Izuan menghulurkan Pampers dan
bedak kepada Hanis Humaira’.
Lama gadis itu terdiam.
“Kenapa Mira pulak? Mana Mira pandai!” Hanis
Humaira’ mencebik.
“Bila lagi nak pandai kalau tak cuba? Kalau tak, dah
jadi mak orang esok susahlah Mira. Dah, dah… tolong pujuk
budak tu. Take this. Nampak macam dia dengar cakap Mira.”
Izuan meletakkan barang-barang tersebut tanpa menunggu
jawapan.
Izuan mencapai telefon bimbitnya di atas meja.
Nombor Harizd didail. Sementara menanti, anak matanya
melirik memandang Hanis Humaira’ yang mengarah Itqiya’
baring. Terkial-kial gadis itu membuka Pampers.

293
Hot Gimmick

“Terbalikkan. Yang bergambar tu kat atas,” tegur


Izuan. Telinganya menangkap talian yang sudah bersambung.
“Assalamualaikum, Yez. Kau kat mana tu? Kita orang dah
lapar ni.”
“Errr….” Suara di talian kedengaran kurang jelas di
telinga Izuan.
“Siapa ni? Kat mana ni?” Izuan hairan. Matanya
dihala ke arah Itqiya’ yang siap berlampin. Hasil kerja Hanis
Humaira’ langsung tidak kemas. Bila-bila masa sahaja lampin
itu boleh terlucut.
“Kejap. Mira, kemaskan lagi lampin tu! Baju tidur
dia ada kat atas kerusi.” Sempat lagi Izuan menegur.
Hanis Humaira’ menarik muncung.
“Ya, maaflah… siapa ni? Harizd kat mana sekarang?
Tolong panggilkan dia!”
“Errr…” Suara itu kedengaran serba salah.
“Harizd… sekarang ni… ada kat hospital. Accident.”
Pap! Telefon yang berada di dalam genggaman
Izuan melurut jatuh.
Hanis Humaira’ yang sudah siap memakaikan
Itqiya’ pakaian tidur, berpaling. “Ada apa, Abang Wan? Abang
kenapa?”
“Ayez… accident!”

NATASYA SHAKILLA menutup telefon bimbit Motorola milik


Harizd dengan hati keruh. Suara Izuan yang hilang secara
tiba-tiba dan bunyi telefon terhempas tadi masih terngiang-
ngiang di telinganya. Dia harap Izuan boleh sampaikan berita

294
Shasfa alyahya

ini kepada keluarga Harizd. Dia tidak sanggup menelefon


rumah Harizd untuk mengkhabarkan berita sedih ini kepada
keluarganya. Nasib baik Izuan menelefon. Kalau tidak, sampai
ke pagilah dia akan menggenggam telefon itu.
“Asya, doktor kata kawan Asya dah dipindahkan ke
wad,” kata Aniq lalu menghampiri adiknya yang bungkam.
“Tiada kecederaan yang serius, cuma beberapa
organ dalaman dia cedera. Tulang bahu dan kaki kirinya
sedikit retak dan sudah ditampal. So, nothing to worry. Kalau
Asya nak jumpa dia, pergilah. Aniq tunggu kat sini. Make
sure jangan lama sangat. Lima belas minit aje. Maghrib dah
azan tadi.” Aniq mengingatkan.
Natasya Shakilla mengangguk lambat-lambat
sebelum bingkas. Kakinya diatur lemah menuju ke arah wad.
Lama juga dia berdiri di hadapan pintu wad sebelum
mengambil keputusan untuk masuk. Wad sementara yang
menempatkan Harizd agak sunyi memandangkan hanya dua
katil yang berpenghuni. Natasya Shakilla berjalan lambat
mendekati katil Harizd. Wajah lena itu dipandang lama.
“Kau memang sengaja nak aku rasa terhutang budi,
kan? Kau tunjuk hero depan aku. Kenapa kau halang kayu
tu? Kalau tak, kau takkan cedera sampai macam ni! Kalau
tak… aku takkan rasa serabut macam ni!”
Air matanya kembali menitis, namun segera diseka.
Malu dia kalau mamat ni tersedar dan lihat dia menangis. Tak
pasal-pasal kembang kuncup hidung dia kalau tahu aku
nangis sebab dia.
Telefon bimbit Harizd diletakkan berhampiran
tangan jejaka itu.
“Kau memang si bighead yang tak ada otak! Jangan
harap aku nak puji kau. Kau… errr… cu… ma… cuma…

295
Hot Gimmick

thanks!” Natasya Shakilla lekas-lekas berlalu. Ini kali pertama


dan kali terakhir dia akan cakap macam ni di hadapan Harizd
walaupun lelaki itu tidak sedarkan diri. Lepas ni mereka akan
kembali bergaduh. Pasti!
Selepas kelibat Natasya Shakilla menghilang,
tangan yang kaku sebentar tadi bergerak menggenggam
telefon bimbit yang diletakkan bersebelahannya. Mata yang
terpejam rapat tadi terbuka perlahan. Dengan pandangan
lembut, Harizd memandang telefonnya. Tepi bibirnya mula
bergerak ke atas, melahirkan senyuman penuh ikhlas.

BELUM sampai setengah jam Natasya Shakilla keluar, Puan


Noraini tiba diikuti Izuan dan Hanis Humaira’. Katil Harizd
diserbu dengan rasa bimbang.
Harizd yang baru hendak melelapkan mata,
terkejut. Hilang terus kantuknya.
“Ayez…!”
“Abang! Macam mana abang boleh kemalangan ni?”
“Kat mana kau kemalangan ni, Yez?”
“Apa yang dah berlaku sebenarnya, Yez?”
Harizd terdiam. Bulat matanya diaju soalan bertubi-
tubi. “Dari mana korang tahu ni?”
“Ada budak pompuan bagi tahu kau kemalangan.
Apa yang berlaku sebenarnya, Yez?” Izuan mengulang
kembali soalan yang diaju sebentar tadi.
Harizd menarik nafas berat. Hai… minah tu…!
Cepat betul bertindak. Tapi mujur juga tidak menjadi kes
polis.

296
Shasfa alyahya

“Kemalangan kecil aje, Wan.” Harizd berdalih. “Yez


tak ada apa-apa, umi. Siapa yang hantar ni? Eh, siapa yang
jaga Itqiya’?”
“Itqiya’ umi tinggalkan pada Kak Su rumah sebelah.
Pak Saleem yang hantar ke sini. Dia ada kat bawah.” Puan
Noraini masih bimbang. Masakan tidak, sebelum ini tidak
pernah walau sekali pun anak sulungnya cuai ketika
memandu. Berita yang diterima memang betul-betul
mengejutkan dia!
“Ayez selesa ke kat wad ni? Umi dah telefon abah,
bila dia sampai nanti dia akan pindahkan kamu ke wad
persendirian.”
“Ayez okey, mi.” tekan Ayez. Dia tidak mahu
mengganggu tugas abahnya di Perak. Abah terlalu sibuk
untuk pulang. “Ayez cuma cedera ringan aje.”
“Macam ni ringan? Dengan berbalut ni semua?”
Hanis Humaira’ menggaru. Pinggulnya disandar pada birai
katil. “Abang nampak macam kena pukul dengan mat pit
aje!”
“Mira!” Izuan menegur. Lancang sungguh mulut
budak ni!
“Ops!” Hanis Humaira’ lekas-lekas menutup mulut.
Itu cuma pendapat dia aje!
“Umi…” Harizd menarik nafas. “Ayez okey, serius.
Umi baliklah berehat.”
Sungguh, Harizd tidak mahu menyusahkan
uminya. Wajah sugul umi ketika ini cukup merobek tangkai
hatinya.
“Umi tunggu abah kamu dulu. Dia ambil flight.
Insya-Allah dalam setengah jam lagi dia sampai.”

297
Hot Gimmick

Harizd mengangguk.
“Mira, jom kita keluar dulu. Biarkan abang kamu
berehat.”
“Jom, mi!” Hanis Humaira’ memaut tangan Puan
Noraini.
Harizd dan Izuan menghantar mereka pergi dengan
pandangan mata sehingga pintu wad terkatup rapat.
Harizd memejam mata penuh lega.
Tindakan spontannya menarik perhatian Izuan.
Tidak berkedip matanya merenung sepupunya.
“Apa?” Dahi Harizd berkerut. Matanya kembali
dipejam.
“Itu bukan hal yang sebetulnya, kan?” soal Izuan.
Mukanya serius.
Harizd menghela nafas. Matanya dihadang dengan
lengan.
“Betul kata aku!” Izuan menarik kerusi merapati
katil lantas duduk. “Now tell me the truth!”
Nampaknya Harizd tiada pilihan. Lengan yang
menutupi mata diangkat ke dahi. Muka ingin tahu Izuan
dipandang sekilas. “The truth is….”

“UMI, Mira nak cuba telefon abahlah!” Hanis Humaira’


berdiri. Poket seluarnya diselongkar. “Alah… mana telefon ni?
Mesti tertinggal tadi.”
“Pergi pinjam dengan Abang Wan. Umi pun ada
benda nak bercakap dengan abah.”
“Haah. Kejap ya, mi!” Hanis Humaira’ pantas

298
Shasfa alyahya

berjalan. Sempat dia mengintai di pintu sebelum melangkah


masuk. Dari jauh lagi kelihatan cik abang berdua itu bercakap
dengan riak wajah serius. Even Abang Wan yang selalu main-
main pun nampak serius giler!
Hanis Humaira’ merapatkan telinga ke pintu. Satu
habuk pun dia tak dengar. Katil abang ketiga dari pintu,
memang mustahil telinga dia boleh dengar.
Hanis Humaira’ memetik jari. “Idea dah mari! Hu
hu hu….”
Hanis Humaira’ menyusup masuk perlahan-lahan.
Stalker pun stalkerlah, aci boleh tau butir bicara!
“So, Shakilla sendiri yang cari pasal dengan Geng
Raja tu?” Suara Izuan mula menampar telinga.
Yes! Hanis Humaira’ tersenyum lebar.
“Aku tak tahu lagi butir kejadian tu. Yang pastinya,
budak tu dah jadi sasaran baru.”
“Maksud kau… buli? Si Shakilla tu kena buli?”
Buli? Shakilla? Hanis Humaira’ menekup mulut.
“Obviously! Aku nampak basikal dia teruk kena
lenyek. Sebab itulah agaknya dia merayap ke bangunan
belakang.”
“Hisy! Part tak best ni mengingatkan aku pada
budak pompuan tahun lepas yang berhenti sekolah atas sebab
buli. Sebabnya… kita. Aku dah korek, semuanya sebab kita.”
Hah? Sebab dia orang? Hanis Humaira’ mula
menelan liur.
“Exactly. Sekarang turn Shakilla pulak. Kita tak
boleh selamanya berdiam diri. Yez, apa kau rasa?”
“Aku rasa… kes kat kem tempoh hari pun ada

299
Hot Gimmick

kaitannya juga. Cuma si pelaku ada back up. Si mata empat


tu langsung tak mahu beritahu siapa dalangnya.”
“Kau tanya…”
“Aku suruh budak kelas dia tanya! Kau ingat si mata
empat tu nak bagi kerjasama ke?” perli Harizd.
Izuan tertawa, dah agak dah!
“Esok mesti hal ni sampai ke pengetahuan ibu. Raja
akan diambil tindakan.” Harizd kembali serius.
“Kita tak boleh tolong dia lagi dah.” Izuan
menambah. Dia mengerti perasaan Harizd yang sebolehnya
membantu, walaupun orang yang dianggap musuh sekalipun.
Sebelum ini memang Harizd cuba menarik ‘Raja
and The Gang’ ke arah yang benar, walaupun menghadapi
risiko dibenci.
Namun lain pula anggapan Raja. Harizd dianggap
musuh utama. Kenakalan mereka pula semakin menjadi-jadi
sejak Harizd diangkat sebagai ketua pengawas. Memang
perkara ini tidak dapat dielakkan.
Hanis Humaira’ terdiam di belakang tirai. Abang
dah bertemu dengan Kak Asya, dan sekarang Kak Asya dibuli
orang kerana abang? Abang ada musuh kuat dan
kebarangkalian untuk Kak Asya dicederakan lagi ialah
sembilan puluh sembilan perpuluhan sembilan sembilan
peratus. Macam mana hubungan abang dan Kak Asya selama
ini? Dia orang sudah mengenali antara satu sama lain ke?
Habislah rancangan Mira… Hanis Humaira’ terduduk.
Pada masa yang sama, tabir yang memisahkan
mereka ditarik. Wajah Izuan terjulur dengan riak terkejut.
Matanya buntang memandang Hanis Humaira’.
“Mira?”

300
Shasfa alyahya

bab 18
Ukhuwah fillah….

N
ATASYA SHAKILLA menarik
nafas panjang, sebelum
memulakan langkah dengan
kaki kanan. Kelas 5Sc1 yang sedia sunyi walau berpenghuni
bertambah sepi dengan kehadirannya pada awal pagi ini.
Mungkin mereka fikir dia telah buang tabiat. Ah, tak kisahlah!
Renungan dan jelingan tajam pula terasa mengarah kepadanya
sedari tadi. Setiap tindakannya diperhati.
Natasya Shakilla berlagak selamba. Kerusinya
ditarik ke belakang sebelum dia menghenyak punggung
dengan selesa. Beg sandang dilontar ke meja, santai. Tiba-
tiba, dia merasakan ada sesuatu yang agak menyengat di
punggungnya… dan sakit! “Auchhh!”
Spontan dia berdiri. Kerusi diperhati. Beberapa biji
paku tekan tersusun di kiri kerusi. Natasya Shakilla
mengeluh. Nampaknya sampai bila-bilalah dia takkan boleh
relaks, ya?

301
Hot Gimmick

“Siapa la yang ‘bijak’ sangat nak balas dendam


sampai macam ni sekali. He, perkataan dendam tak ada dalam
istilah orang beriman. Kurang iman sungguh si pelaku ni!”
Natasya Shakilla menyindir. Sengaja suaranya dikuatkan agar
seluruh kelas boleh mendengarnya.
Suara Natasya Shakilla mendapat sambutan apabila
beberapa rakan sekelasnya berpaling, menjeling dan terus
menyambung kerja masing-masing. Dia buat muka blur. Tak
ada sense of humor sungguh budak kelas ni! Nak tak nak, dia
sendiri yang menarik keluar paku tekan yang dilekat dengan
cellophane tape lalu membuangnya ke dalam tong sampah.
“Killa. Oit, Killa!” Suara Izuddin mula kedengaran.
Mamat ni nak mula dah….
“Ada apa?”
“Si reporter tu tak datang jumpa awak lagi ke?”
Izuddin memperlahankan suara, seolah-olah berbisik.
Natasya Shakilla menggeleng, memahami ‘si
reporter’ yang dimaksudkan ialah Arienna.
“Kenapa?” soalnya kembali.
“Ada warning. Kalau awak bertembung dengan dia,
cepat-cepat cabut lari, ya! Dia tengah usha masa nak serang
aje tu, tau! Soalan dia… huh! Berbisa semacam!” ucap
Izuddin dengan mimik muka.
Natasya Shakilla ketawa. Dia mengangkat tangan
menunjukkan tanda bagus. Selepas apa yang berlaku dua hari
lepas, pasti teman-teman di kelas sebelah cuba mengambil
peluang menyoalnya. Ketika melalui kelas dia orang tadi pun,
sudah ada kepala yang terjengul keluar mengintainya.
Nampaknya dia betul-betul kena bersedia mental dan fizikal.
“Killa.”

302
Shasfa alyahya

Suara Izuddin kembali menampar telinganya. Apa


lagilah yang Si E-ju ni mahukan.
“Kenapa awak tak datang sekolah semalam? Kosong
pelik aje belakang kelas ni....”
“La… tu sebelah sana ada orang apa? Mr. Romeo?”
“Awak dan 3K off semalam. Even Mr. Romeo.”
“Hah?” Natasya Shakilla mula tidak sedap duduk.
Izuan yang baru tiba, mengambil tempat tanpa
menghiraukan mata rakan sekelasnya yang mencuri pandang.
Mesti dia dah tahu….
Sehingga waktu rehat menjelang pun Natasya
Shakilla masih tidak senang duduk. Ada sahaja perkara yang
dirasakan tidak kena. Mata para pelajar perempuan sekelas
pula dari tadi asyik menjeling ke arahnya, kemudian saling
berbisik. Rimasnya!
Akhirnya dia memaksa kakinya melangkah keluar
dari ‘penjara’ yang mendera batin secara halus tersebut.
Keluar dari penjara, pemangsa pula yang menanti.
Natasya Shakilla menelan liur yang kelat. Stay cool,
Asya! You can do it!
“Hai!” Tangannya diangkat, melambai ke arah
Arienna dan Ruqyah yang sedang menanti di tepi tangga.
Bijak sungguh dia orang ni. Macam tahu-tahu pula aku akan
lalu jalan ni. Adoi…!
“Shakilla!” Ruqyah tersenyum, penuh maksud
tersirat.
Natasya Shakilla membalasnya.
“Come here….” Arienna menggamit dengan gaya
manja.

303
Hot Gimmick

Sekali lagi Natasya Shakilla menelan liur. Patut ke


aku angkat kaki sekarang ni? Dia orang dah act macam ada
udang di sebalik batu aje tu. Seram semacam pulak tengok
gaya dia orang. Natasya Shakilla berundur ke belakang.
“Shakilla…!” panggil Arienna, menyedari tindakan
susulan yang akan diambil oleh temannya itu.
“Cabut!!!” Natasya Shakilla terus membuka langkah
seribu. Apa lagi, tidak cukup tanahlah Arienna dan Ruqyah
mengejar.
“Kenapa kau lari?” jerit Arienna.
“Kenapa kau kejar?” Natasya Shakilla membalas.
“Dah engkau lari!!!”
“Whoa…!!!”
“Kak Asya!”
Larian Natasya Shakilla mati tatkala laungan Hanis
Humaira’ kedengaran. Dia terduduk di hadapan gadis itu.
Letih. Macam dah habis satu kawasan sekolah dia tawaf.
Arienna dan Ruqyah yang mengejar juga sudah
memegang lutut masing-masing.
“Hantu kau!” tempelak Arienna dalam nafas yang
semput.
“Aku… haa… nak… minum… jom!” Ruqyah
menarik tangan Natasya Shakilla sambil memberi isyarat
kepada Arienna. Mereka menghala ke kantin.
Hanis Humaira’ mengekor dari belakang dengan
muka ingin tahu.
“Hah, lega!” Arienna meneguk air anggur sehingga
separuh gelas. “Hampir aje aku mati kehausan. Laju betul
kau lari!”

304
Shasfa alyahya

“Nak larikan diri daripada kita orang, ya!” Ruqyah


menerkam.
“Mana ada?” Natasya Shakilla berdalih. Air teh
dihirup perlahan.
“Kalau mata asyik bergerak ke kiri tu, memang
betullah tu. Nak sembunyi konon…” perli Arienna. Mi goreng
disumbat lalu dikunyah.
“Apa citer sebenarnya Killa?” Ruqyah mula
menjalankan misi mengorek.
“Banyak cerita sensasi yang kita orang dengar.
Dengan pelbagai bentuk pulak tu!”
“Gosip aje tu!” Natasya Shakilla main tarik tali.
Bihun tom yam disuap dengan bismillah.
“Pasal gosip la aku nak tahu cerita yang benar. Aku
tak nak cerita ni direka sehingga timbul fitnah!”
Amboi, pandai pula kawan aku susun ayat ya!
“Mira ada dengar cerita jugak ke?” Natasya Shakilla
memandang Hanis Humaira’ yang menjadi pendengar dan
pemerhati setia sejak tadi.
Gadis itu membulatkan mata. “Banyak sangat!
Antaranya, Kak Asya buat hubungan dengan budak nakal dan
berpakat untuk kenakan headboy atas dasar dendam.”
“What?” Natasya Shakilla melopong. Oh, crush!
“So?” Arienna mengenyitkan mata.
Ruqyah tersenyum tanda bersedia.
Natasya Shakilla menarik nafas, mengalah.

305
Hot Gimmick

IZUAN mengemas fail kertas kerja dasar UBKK yang diteliti


sebentar tadi. Beberapa helai kertas laporan aktiviti bulanan
yang berterabur di atas meja disusun kemas. Pen yang
diguna sebentar tadi ditutup lalu disisip kemas pada fail. Dia
kemudiannya bangkit lalu membuat senaman ringkas bagi
meregangkan urat yang terasa tegang. Jam tangan dikerling.
Waktu rehat sudah hampir tamat. Selepas ini dia perlu
bertemu Cikgu Razali untuk menyerahkan fail-fail tersebut.
“Ah… letihnya!” jerit Izuan. Suaranya bergema
dalam bilik atelier yang kosong. Akhirnya dia melangkah
keluar. Berseorangan tanpa Amierul Mukminien dan Harizd
benar-benar membosankan!
“Wah… betul ke ni?”
Teriakan mengejut seorang gadis memberhentikan
kaki Izuan. Hampir sahaja fail di tangannya terlucut. Dia
mengintai. Agak-agak siapalah yang menjerit tadi?
“Eh?” Izuan diterpa rasa hairan. Lebih kurang dua
meter di hadapannya, Hanis Humaira’ sedang menikmati
makanan bersama Natasya Shakilla, Arienna dan Ruqyah.
“Sejak bila Mira kenal Shakilla?” Dia bermonolog.
Setahunya, Hanis Humaira’ baru seminggu bertukar ke
sekolah ini. Bagaimana pula mereka boleh bertemu?
Musykil… musykil….
“Biarlah. Hanya Allah yang maha mengetahui.
Setiap pertemuan tu ditentukan Allah.” Izuan mengomel
sendirian sambil berlalu pergi. Banyak lagi urusan yang perlu
difikirkan.
Seraya itu, empat gadis yang masih enak berbual
tadi mula bangkit.
“But please… shut your mouth up, okay? I’ll be in
hot soup!”

306
Shasfa alyahya

“Just believe in us, Killa. Aku kenal Geng Raja tu.


Dia memang suka cari pasal sejak form one lagi!” Ruqyah
menenangkan sahabatnya.
Arienna menepuk bahu Natasya Shakilla.
“Dia pernah sekelas dengan Raja…” bisik Arienna
dengan tawa.
“Betul ke?” Natasya Shakilla kurang percaya.
“Perangai dia memang menjengkelkan sejak hidung
masih berhingus lagi,” tambah Ruqyah lagi. “Dah, jom masuk
kelas. Mengamuk ‘Incredible Hulk’ tengok kita kat sini.”
Natasya Shakilla melangkah masuk ke kelas dengan
perasaan yang sedikit lega. Rupa-rupanya inilah nikmat
berkongsi masalah dengan kawan-kawan. Tidak sia-sia juga
kehadiran teman-teman di sisi walaupun selalu kena buli.
Natasya Shakilla menyimpan senyum di dalam hati.
Baru sahaja punggungnya mencecah kerusi, Izuan beralih
mendekati. Kerusi Amierul yang sudah lama tidak terusik,
ditarik perlahan. Dengan sesedap rasa sahaja Izuan duduk
menghadap Natasya Shakilla yang hairan melihat tingkahnya.
“Boring betul duduk sorang-sorang ni!”
La… tu aje alasannya? Atau ada sebab lain?
Menyedari beberapa pasang mata yang tajam menikam,
Natasya Shakilla mula tidak senang duduk.
Pergi main jauh-jauhlah! Tak pasal-pasal makin
kuat aku kena buli kat sekolah ‘hantu’ ni. Pergi ayat awek lain
laaa…! Sayangnya, kata-kata tersebut tidak keluar dari bibir
Natasya Shakilla. Dia membisu. Tiba-tiba sahaja teringat kat
kawan mamat ni.
“Errr… dia… tu….” Isyyy, sekali tak terkeluarlah!
Apa yang tergagap macam orang sengau ni?

307
Hot Gimmick

“Dia sihat.”
Kepala Natasya Shakilla terangkat. Macam tahu
pula apa yang dia fikirkan saat ini.
“Alhamdulillah, okey dah. Tergagap ni… rasa
bersalah, eh?” sakat Izuan.
Natasya Shakilla mencebik. Lagi mau tanya ke?
“Awak tak nak melawat dia ke?”
“Tadi kata sihat?”
“Laaa… ke situ pulak! Takkanlah awak tak nak
tengok keadaan dia? Yalah… dia jadi gitu pun sebab awak
jugak, kan?” perli Izuan, membenihkan rasa bersalah yang
tertanam dalam diri gadis itu. Dia berdeham kecil.
“Emmm.. errr… tengoklah nanti,” jawab Natasya
Shakilla perlahan.
Izuan tersengih. Misinya untuk minggu ini mula
menerjah ingatan.
“Kalau boleh, kau tolong perhatikan mana yang
patut. Keep your eyes on her and anyone besides her. Jangan
lebih dan jangan kurang. Kau faham maksud aku, kan?”
“Faham…”
“Faham? Apa yang faham?”
Dahi Izuan berkerut. Wajah hairan Natasya Shakilla
dipandang.
“Nothing, my dear! Pagi tadi awak naik kereta, kan?
Habis kelas nanti tunggu kat pintu pagar belakang. Kita
straight ke hospital,” putus Izuan.
Natasya Shakilla tersedak tiba-tiba. Sejak bila pula
hak membuat keputusan hidupnya berada di tangan mamat
kasanova ni? “Petang ni?”

308
Shasfa alyahya

“Yap! Takkan awak nak pergi sorang-sorang? Berani


ke?” perli Izuan lagi, lebih kepada usikan nakal. Tak habis-
habis!
Melihat kehadiran Puan Khatijah yang semakin
hampir, Izuan kembali ke tempat duduknya. Ketika bangun
untuk mengucapkan selamat, sempat lagi dia mengenyit
mata ke arah Natasya Shakilla.
Spontan gadis itu menjelirkan lidah.
Bajet mengayat awek la tu!
“Natasya Shakilla, waktu rehat esok datang ke bilik
saya!” tegas Puan Khatijah menyampaikan arahan. Secara
tiba-tiba dan mengejut.
Natasya Shakilla menelan liur. Dia membuang
pandang ke sekeliling kelas. Tiada pandangan tajam menerpa.
Riak wajah Izuan juga sudah bertukar serius. Melalui
pandangan sisi lelaki itu, dia melihat jari-jemari dipatahkan
satu per satu.
Gulp!
Nampaknya dia tidak mempunyai pilihan lain. Satu
sahaja jalan yang terbentang; jumpa Harizd!

HANIS HUMAIRA’ berjalan perlahan mendekati kereta


berwarna hitam metalik yang sudah sedia menanti di tepi
pagar sekolah. Pintu kereta dibuka dari dalam. Dengan malas
dia melangkah masuk.
“Ada nak pergi mana-mana lagi?” Pak Saleem
menyoal lembut. Enjin kereta dihidupkan.
“Nak balik rumah… makan nasi dan tidur.” Hanis

309
Hot Gimmick

Humaira’ membaringkan badan di tempat duduk belakang.


Penat betul hari ni. Penat berfikir. Siapa sangka ya, rupa-
rupanya abang dan Kak Asya sudah bertemu, tetapi dalam
suasana dan keadaan yang tidak pernah terfikir dek akal.
Sehingga kini dia masih tidak percaya musuh yang
diceritakan oleh Kak Asya ialah abangnya. Agaknya apalah
reaksi abang kalau dapat tahu si mata empat yang selalu cari
gaduh tu ialah Asya, gadis yang ditungguinya selama ini?
Tiba-tiba Hanis Humaira’ bangkit. Akalnya baru
sahaja merangka satu rancangan.
“Yes!” jeritnya.
Pada masa yang sama, kereta yang dipandu oleh
Pak Saleem berhenti secara mengejut.
“Waaa!!!” Automatik Hanis Humaira’ terjatuh ke
bawah.
“Adoi…!” Kepalanya yang pedih digosok perlahan.
Malunya!
“Mira tak apa-apa ke?” soal Pak Saleem, bimbang
jika anak majikannya tercedera.
“Motor kat depan tu, dahlah bukan main laju,
macam ular kena palu pula Pak Saleem tengok,” omel Pak
Saleem.
Hanis Humaira’ menjengulkan kepala ke depan.
Aik? Macam kenal aje motor tu?
“Abang Wan!” Teriak Hanis Humaira’ tiba-tiba.
Mulutnya melopong.

“KEJAP, Mr. Romeo….”

310
Shasfa alyahya

“Yap?”
“Apesal aku kena bonceng dengan kau pulak?”
Natasya Shakilla menjerit sekuat hati, melepaskan geram dan
melawan angin yang menampar wajahnya. Bahu Izuan
dicengkam kuat.
“Auw, auw, auw! Sakit la! Lepaslah, jatuh motor ni
kang!” Izuan turut menjerit sama. Motor yang dipandu
memang tidak berapa terkawal. Sekejap ke kiri, sekejap ke
kanan.
“Kain aku terselak!”
“Awak pakai stoking baby, ya? Padan muka! Lawan
lagi peraturan sekolah… kan dah tak pasal-pasal bagi free
show, tonjol aurat kat orang.” Izuan ketawa galak. Dia
memecut laju tanpa menghiraukan jeritan Natasya Shakilla.
“Taubat dah, aku takkan naik lagi motor kau ni!”
marah Natasya Shakilla sambil membuka topi keledar. Ketar
lutut dirasakan saat kaki menjejak tanah. Saluran darah ke
muka pula terasa kering ditampar angin. Topi keledar diunjuk
ke arah Izuan dengan perasaan geram.
“Hmmm… cewek pertama dan terakhir yang akan
naik motor ni.” Topi keledar disambut dengan senyum. “Awak
patut bangga tau dapat naik motor dengan Izuan Hafiz.”
“Get lost!” Natasya Shakilla membuka langkah luas-
luas, meninggalkan Mr. Romeo di belakang. Patutlah suruh
tunggu dekat pintu belakang, rupa-rupanya ada adegan
tersembunyi. Kalau dia jangka benda ni dari awal bagi,
sedozen mawar dan selori ayat-ayat cinta pun dia takkan cair
untuk naik motor dengan mamat casanova macam tu! Huh!
“Hei, tunggu!” Izuan cuba menyaingi langkah
Natasya Shakilla.

311
Hot Gimmick

“Si bighead tu kat wad mana?”


“Whoa…! Si bighead? Setahu saya kepala dia taklah
sebesar mana!” Izuan ketawa galak.
Natasya Shakilla buat ekspresi jengkel. Dia ni tak
letih ke asyik ketawa memanjang? Agaknya sebelum tidur
pun dia lepaskan tawa ilai dulu sampai puas baru boleh pejam
mata. Parah ni….
“Arah ni.” Izuan mendahului Natasya Shakilla.
Sekarang giliran gadis itu pula yang mengejar.
“Silakan.” Izuan berhenti di hadapan sebuah pintu,
dan mengangkat tangannya mempersilakan Natasya Shakilla
masuk.
Tanpa banyak soal, tombol pintu wad persendirian
dipulas. Pandangan pertamanya tertancap pada sekujur tubuh
yang sedang selesa bersandar pada kepala katil sambil
membaca buku. Sebelah kakinya diluruskan, manakala
sebelah lagi menongkat tangan yang memegang buku.
Natasya Shakilla menarik nafas panjang, lalu
melangkah masuk. “Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam!” Suaranya tetap tegas seperti
biasa. Buku ditangan dikatup, sebelum wajah itu berpaling
memandang Natasya Shakilla, sekilas.
“Aku bawa ‘punca masalah’ kau!” Izuan tersengih.
Dia berjalan masuk menuju ke arah almari lalu membuka
laci. Telefon bimbit kesayangannya dikeluarkan dan dibuka.
Berderu kedengaran bunyi mesej masuk.
“Errr… sekejap! Ada something urgent.” Terkocoh-
kocoh dia keluar, meninggalkan dua insan yang termangu
tanpa kata. Serta-merta bilik tersebut bertukar suasana, sunyi
dan sepi.

312
Shasfa alyahya

“Duduklah!” Arahan pertama Harizd untuk hari ini.


Natasya Shakilla berpura-pura tidak mendengar.
Bebola matanya berpusing tanpa titik utama.
“Jangan bazirkan masa.” Suara itu kedengaran lagi.
Kali ini Natasya Shakilla terpaksa akur, takut kalau-
kalau lelaki yang sedang sakit itu mengamuk. Tidak pasal-
pasal dia dihambat oleh jururawat nanti.
“Datang dengan Izuan?”
Angguk.
“Kereta?”
“Motor.”
“Membonceng?” Nada Harizd kurang senang.
Natasya Shakilla mengangguk. Lagi mahu tanya ke?
“Dia beritahu apa-apa tak?”
Geleng.
“Habis tu kenapa kau datang?”
Angkat bahu.
“Hisy….” Harizd menggetap gigi. Sabarlah wahai
hati. Budak ni memang suka menaikkan darah orang. “Specs
baru?”
Angguk.
Nampaknya budak ini memang dah buat operasi
buang peti suara lepas kes tempoh hari.
“Aaa…” Dan ujian mengembalikan suara bermula.
“Errr… kau….”
Latihan begini memang memerlukan masa untuk
pulih sepenuhnya.
“Kau… okey ke?” Sesi penyembuhan berjalan

313
Hot Gimmick

lancar, walaupun hanya konsonan ‘k’ yang diguna. Kadar


penyembuhan total boleh meningkat.
“Kau yang hantar aku ke sini, mesti pekerja
berjubah putih kat sini dah terangkan secara menyeluruh,”
bidas Harizd.
Natasya Shakilla menggetap mulut. Dengan jerih
payahnya dia cuba menyusun mulut, ini reaksi yang
ditonjolkan? Menjengkelkan!
“Just you wait! Bila sembuh nanti siaplah kau!”
Natasya Shakilla berbisik pada dirinya sendiri.
“Apa?”
“Hah?” Dia dengar ke?
“Apa, apa?” Natasya Shakilla menyoal kembali.
“Ya Allah…!” Harizd mengepal kain cadar katilnya.
Kesabarannya benar-benar diuji.
“Hah, dah mula ke?” Kepala Izuan tiba-tiba
terjengul dari balik pintu. Terangkat keningnya melihat
suasana bilik yang hening semacam. Seorang membuang
pandang ke dinding, seorang lagi memandang langit yang
cerah. Aisy, dua makhluk ni memang tak boleh cope
langsung, kan?
“Kita orang tunggu kau,” jawab Harizd.
“Maaflah, awek bagi mesej. Most of them tanya
pasal kau la. Dah, jom start! Aku jadi pemerhati aje.” Izuan
menarik kerusi di hujung katil lalu duduk.
Harizd berdeham kecil. “Bismillahirrahmanirrahim.
Pertama sekali, kedatangan awak hari ni memang dalam
perancangan kita orang. Mahu atau tak, awak memang telah
terlibat dengan kes ni. Perkara yang berlaku dua hari lepas
sudah sampai ke telinga cikgu disiplin. Dan tak mustahil

314
Shasfa alyahya

mereka akan mengancam kau buat kali kedua untuk balas


dendam. Sebab tu la, kemungkinan besar Cikgu Khatijah
akan bertemu empat mata dengan kau bila-bila masa saja…”
“Esok!” potong Natasya Shakilla. “Esok aku kena
jumpa dia.”
“Hmmm… aku boleh back up kau, tapi segala-
galanya mungkin kalau kau ceritakan peristiwa yang terjadi
sejak kem tempoh hari sehingga sekarang. Aku harap kau tak
tinggalkan benda penting walau sebesar kuman sekalipun.”
Gulp!
Natasya Shakilla menelan liur. Kini dia mengerti
tentang situasi yang sedang dihadapi. Tiada jalan untuk
berpatah balik, yang terbentang di hadapannya cumalah jalan
yang bercabang, dan yang memilihnya… dia!
“Sebelum tu, aku nak pinjam telefon kejap boleh?”

ANIQ mengenakan sepasang kurung moden pada badan.


Sarung lengan berwarna hitam disarung hingga paras siku,
sebelum diserikan dengan jam Alba dan gelang halus. Tudung
bulat warna krim dipakai lalu dirapikan. Kemudian dia
mencapai telefon bimbit dan kunci kereta di atas meja lalu
melangkah turun. Selepas mendapat mesej daripada adiknya
sebentar tadi, dia segera bersiap untuk menjemputnya di
hospital.
“Mama, Aniq nak pergi hospital kejap ya, nak
jemput Asya.”
Puan Jalina yang sedang leka menyiram pokok
bunga di laman tepi berpaling. “Asya pergi lawat kawan dia
yang tu ke?”

315
Hot Gimmick

Peralatan menyiram diletak di tepi meja.


“Ya.”
“Rasanya Ayez pun masuk hospital yang sama juga!”
Sarung tangan dibuka lalu disisip ke dalam bakul kecil di atas
meja.
“Ayez? Kenapa dengan Ayez?”
“Accident. Che Nor kamu inform petang semalam.
Tunggu mama kejap, boleh kita lawat dia sekali.” Puan Jalina
sudah bergegas masuk.
Aniq bergerak ke kereta. Agaknya kemalangan
apalah yang telah menimpa dua pupunya itu, ya? Lebih
penting lagi, ini juga bakal menjadi pertemuan pertama dia
dengan keluarga Che Nor.
“Hmmm… agaknya Asya dan Ayez dah bertemu ke
belum?”

“SO, kau bertemu secara tak sengajalah dengan Geng Raja tu?”
Harizd meminta kepastian dengan kata-kata yang diucapkan
oleh Natasya Shakilla.
Gadis itu mengangguk kecil.
“Okey... cuma kau tertinggal satu maklumat kecil
tentang kejadian kat kem tu. Siapa yang tolak kau ke bawah?”
“Ek… ak… aku… tak tahu.”
“Jangan bohong!” tekan Harizd. Dia paling tidak
suka orang yang tidak berkata benar. “Takkan dengan
mudahnya kau sesat dan jatuh ke bawah cenuram tu sorang
diri?”

316
Shasfa alyahya

Natasya Shakilla terdiam. Kepalanya ditekur ke


lantai, seperti seorang pesalah yang sedang menanti
hukuman.
“Kau kena bagi kerjasama. Aku tahu niat kau untuk
membela, tapi biarlah kena dengan caranya. Orang yang
berhati busuk dan khisit (iri hati) begini patut diberi
pengajaran supaya dia sedar akan kesilapannya....” Suara
Harizd mengendur. Kebisuan Natasya Shakilla memaksanya
bertolak ansur. “Kau fikirkanlah semula kata-kata aku ni.
Mangsa buli kat sekolah kita bukan kau sorang. Ramai lagi
mangsa yang lain. Kalau kau fikir untuk kebaikan orang lain,
kau pasti akan memilih jawapan yang paling tepat. Balik dan
fikir.”
Natasya Shakilla bangkit, akur. Otaknya sudah tepu
untuk berfikir, sudah sendat!
“Lagi satu!”
Natasya Shakilla berpaling. Sekeping sampul
berwarna putih diunjuk ke arahnya.
“Daripada Amier dan Moosa.”
Sampul bertukar tangan. Wajahnya sedikit berseri,
gembira.
“Aku nak beri tempoh hari, tapi kau tak datang.”
Natasya Shakilla tersentak. Lidahnya kelu. Sebab tu
ke dia suruh pergi atelier tempoh hari?
Tanpa ucapan terima kasih, dia terus keluar. Dia
sendiri tidak tahu apa yang patut diucap pada Harizd. Terima
kasih? Atau maaf? Yang pasti, hatinya diserbu rasa bersalah
yang amat!
Natasya Shakilla merunduk ke lantai. Sekali lagi
perasaan itu hadir. Perasaan yang membuat egonya tewas!

317
Hot Gimmick

“Asya?” tegur Aniq.


Natasya Shakilla angkat muka.
Aniq melambai dengan senyuman.
Mama turut tersenyum di sebelah Aniq.
“Kenapa mama datang juga?” Spontan Natasya
Shakilla menyoal. “Ada sesiapa yang kita kenal masuk
hospital ke?”
“Exactly, right! Kalau mama tahu Asya melawat
kawan hari ni, mesti mama beritahu pagi tadi.”
“Beritahu apa?” soal Natasya Shakilla malas. Mama
ni nak main tarik tali pulak.
“Ayez… accident.”
Dub!!!
“Aa… aa… Ayez…?” Lutut Natasya Shakilla lemah.
“Parah ke, ma?”
“Kata Che Nor, tak parah pun. Tapi, belum tengok
dengan mata sendiri mana kita tahu, kan? Dah, jomlah!” ajak
Puan Jalina. Tangan anaknya dicapai. Sejuk!
“Asya?” Aniq pula menyeru. Reaksi Natasya Shakilla
benar-benar aneh. Seolah-olah membeku.
“Aaa….” Natasya Shakilla tidak dapat bersuara.
Sekali lagi cabang pemilihan muncul secara tiba-tiba.
Sekarang, apakah pilihan yang terbaik?

SURAU kecil yang disediakan untuk para muslim menunaikan


ibadat itu lengang, meninggalkan dia seorang. Biasanya
waktu-waktu begini pekerja hospital sudah kembali bertugas.
Kalau ada pun, pelawat yang menumpang solat sepertinya.

318
Shasfa alyahya

“Haaa….” Natasya Shakilla merebahkan badan. Tak


kisahlah ada orang ke tak, yang dia tahu sekarang seluruh
badannya letih. Letih kerana memerah otak berfikir. Kain
sembahyang dijadikan pengalas kepala. Kalau berterusan
begini, dia akan tertidur. Dengan malas dia bangun,
menyandarkan badan pada dinding.
Seorang mak cik masuk untuk solat.
Natasya Shakilla mengengsot ke belakang, memberi
laluan. Sempat dia berbalas senyum dengan mak cik itu.
Tiba-tiba dia teringat akan surat yang dititip oleh
Harizd sebentar tadi. Beg sandang di hujung dinding dicapai.
Surat putih bersih itu masih selamat. Natasya Shakilla lantas
merungkas kiri sampul itu. Kertas yang berlipat kemas di
dalamnya dibuka.
Natasya Shakilla tersenyum apabila tulisan kemas
Amierul Mukminien menjengah pandangannya. Sekali tengok
macam tulisan budak perempuan... kemas dan cantik.

Assalamualaikum...
Saat warkah ini dalam genggaman Asya,
Amier telah bertolak dari Malaysia dan
mungkin telah sampai ke destinasi Amier.
Maaf, Amier tidak dapat menyatakan secara
tepat kerana sewaktu menulis di sini, perkara
ini masih menjadi tanda tanya. Mungkin
pemergian ini agak mendadak dan
mengejutkan Asya, lebih-lebih lagi selepas
peristiwa penyamaran tempoh hari. Bagi
Amier, lebih baik kita tidak bertemu sebelum
perpisahan ini demi menjaga perasaan hati
kita dan orang di sekeliling kita. Jangan risau,

319
Hot Gimmick

Harizd dan Izuan turut menghantar kami


sehingga berlepas. Amier mengamanahkan
surat ini kepada Harizd. Dia juga diberi
kebenaran untuk membuka jikalau bimbang
surat ini mendatangkan fitnah. Jangan
marahkan dia pula, ya.

Natasya Shakilla tersenyum. Surat ini belum terusik


lagi. Nampaknya Harizd benar-benar mempercayai Amierul
Mukminien. Tetapi kalau Harizd betul membukanya pun,
memang tidak dinafikan dia akan marah. Amier ni, macam
tahu pula perangai dia. Pembacaannya diteruskan.

Mengenang persahabatan yang kita bina


selama ini, Amier tidak nafikan betapa ia
memberi kesan dalam atma Amier, walaupun
masanya sekejap cuma. Amier menghargainya,
dan hanya Allah yang tahu keikhlasan hati
Amier. Sayangnya waktu tidak mengizinkan.
Sakit yang telah lama bercambah, tiba-tiba
menyerang kembali. Amier hanya mampu
bertahan sehingga hari di mana Asya
dibenarkan keluar dari hospital. Malamnya
memang satu penyeksaan buat Amier,
sehingga dua hari tidak sedarkan diri.

“Amier….” Tanpa sedar bibirnya menyebut nama


Amierul Mukminien. Satu per satu diceritakan oleh Amierul
Mukminien di dalam surat ni. Agaknya kalau nak tunggu dia
bercakap secara face-to-face… sampai kucing bertanduk pun
dia takkan cerita. Apa penyakit dia sebenarnya? Melalui

320
Shasfa alyahya

tulisan yang semakin berubah di atas kertas ini, dia boleh


membayangkan Amierul Mukminien yang bertongkat tangan,
berusaha melahirkan pemikirannya pada tulisan walaupun
keadaan tidak mengizinkan. Kertas kedua diselak.

Terus terang cakap, sebenarnya Amier dah


tahu tentang penyamaran Mustaqeem.

“Dah tahu? Patutlah reaksi dia habis santai masa


aku cerita!”

Maaf sebab tak sempat berterus terang semasa


Asya berkunjung dahulu.

“Dah maafkan….”

Mustaqeem sebenarnya abang kandung


Amier.

“Dah bagi tahu dah.…”

Kalau Amier buka hikayat lama di sini,


sudikah Asya baca?

“Tentulah sudi!”

Segala-galanya bermula apabila dua hamba


Allah berlainan bangsa dan agama bertemu

321
Hot Gimmick

dan saling jatuh cinta. Walaupun tidak dapat


berkomunikasi melalui lisan, ia bukanlah satu
halangan untuk menyemai benih cinta.
Melalui bahasa tubuh sahaja mereka sudah
mampu untuk saling memahami. Akhirnya
bahtera kasih mereka berlabuh di rumah
Allah, dengan satu lafaz pengakuan suci.
Mereka masih jahil, kerana itulah nikmat
hidup dirasai sepuas hati. Naluri mereka
petunjuk utama jalan hidup. Itulah yang
membawa kepada kelahiran kami, Amier dan
Moosa melalui cara yang tidak sepatutnya.
Mereka sangka panas yang dijangka hingga ke
petang, tetapi muncul pula hujan di tengah
hari. Anak yang diharap menambah bahagia
menjadi satu percaturan hidup. Dengan
alasan tidak sehaluan, ikatan suci diputuskan.
Dengan begitu mudahnya manusia berubah
haluan, bukan? Bertambah mudah lagi cara
pemikiran mereka yang mengikut kata hati.
Kerana merekalah, darah daging sendiri
terpisah, hubungan kekeluargaan musnah!

Natasya Shakilla kelu. Nampaknya Amier


mengalami tekanan perasaan sejak kecil. Amier benar-benar
kecewa!

Ya, Amier memang kecewa. Ia memberi


tekanan yang amat besar dalam diri Amier…
dan juga Moosa.

322
Shasfa alyahya

“Aik? Tahu pulak dia aku akan fikir macam ni!”

Kisah dua insan ini mungkin telah berdekad


pupus, namun benih hasil cinta mereka tetap
merasai bahang yang ditinggalkan. Tanpa
siraman kasih sayang dan perhatian… hanya
satu perkataan sahaja yang menemani
hidupnya, keseorangan. Tanpa insan bergelar
ibu, tanpa saudara dan ayah yang
mementingkan harta dunia, dia kesunyian.
Alhamdulillah, Allah mengutuskan ikatan
ukhuwah yang amat berharga tepat sebelum
dirinya dirundung rasa putus asa. Jika tidak,
dia pasti tidak kuat. Jika tidak, sudah lama dia
tersungkur lemah tanpa semangat.

Natasya Shakilla mengesat tubir mata yang basah.


Drama kehidupan Amierul Mukminien banyak melanda
masyarakat maju dewasa kini, tetapi olahan perasaan Amierul
Mukminien berupaya menyentuh nuraninya. Setiap ayat
Amierul Mukminien bagaikan air, mengalir mengikut arus
perasaannya. Kesan dakwat yang kuat menekan kertas
menandakan betapa Amierul Mukminien dilanda rasa sedih.
Bertambah yakin lagi apabila beberapa kesan titisan air yang
telah kering turut mewarnai kertas putih di tangannya.
“Mier… sruuut…!” Natasya Shakilla menghembus
air hidung yang berlumba keluar. Bacaannya di helaian
terakhir diteruskan.

Asya… jangan turut menangis. Biarkan


sahaja kisah ini terbuai di angin lalu.

323
Hot Gimmick

“Mana ada menangis?”


Amier ni psycho sungguh! Kalau tulis cerita sedih
sudah tentulah pembaca menangis. Macam cerita Hindustan
jugak, heroin baru main air mata sikit, si penonton pun
mulalah kesat hidung.

Amier bersyukur kerana dalam singkatan


waktu, Allah mempertemukan Asya dengan
Amier. Amier sudah cukup berpuas hati
walaupun Asya anggap Amier pelancong asing
yang sesat jalan.

“Cheh! Dia ingat lagi rupa-rupanya!”

Atau ahli 3K yang sombong. Atau juga


penunggang basikal yang loser. Atau kini
penipu yang melarikan diri. Apa pun
pandangan Asya, Amier terima dengan hati
terbuka… kerana segala-galanya memberi
seribu satu makna. Semoga ukhuwah ini
berpanjangan… because I love this ukhuwah
very much…
Ukhuwah yang terbina persis sekuntum bunga
Meskipun kini kita terpisah demi kasih-Nya
Namun cebisan kenangan kita sentiasa
bermain di bayangan mata
Detik waktu yang berlalu menjadi memori
kau dan aku
Sewaktu kita bersama saling setia menimba
ilmu

324
Shasfa alyahya

Tanpa mengenal erti penat jemu… ingatkah


kau lagi?
Kita bersama memijak onak duri
Di tanah gersang mengutip semangat suci
Kini segalanya tersurat dalam sanubari…
Bersabarlah dengan ketentuan-Nya dan
rahmat yang tersembunyi
Bertemu berpisah kerana Allah lumrah
kehidupan insan beriman
Moga saat nan indah… kuharap berulang
lagi….

Amierul Mukminien Carl bin Fahri


Amier_cool3k@yahoo.com

Natasya Shakilla menekup mulutnya dengan sapu


tangan. Bait tersebut dibaca berulang kali. Air matanya makin
laju meleleh. Sampai akhir kalam pun dia tak beritahu sakit
apa yang dialami. “Srut.…”
Lelehan air disedut masuk. Nasib baik mak cik tadi
sudah keluar. Kalau tidak, buat malu aje!
Selepas beberapa ketika, dirinya berasa lebih
tenang. Lama dia termenung memeluk lutut sebelum
mengambil keputusan untuk keluar. Sudah pasti mama dan
kakaknya sedang menunggu.
“Asya!”
Telahannya benar. Dari jauh lagi mama sudah
mengangkat tangan, menggamitnya supaya menghampiri
mereka. Dia berlari-lari anak merapati.

325
Hot Gimmick

“Ayez kirim salam tadi. Mama tengok dia sihat,


alhamdulillah sikit aje lukanya. Masa mama keluar tadi, Che
Nor kamu baru sampai dengan Mira dan Itqiya’.”
“Hmmm….” Dia menahan diri daripada mengambil
tahu perihal Ayez, walau dalam diam dia mengucapkan
syukur. Hatinya memang keras kejung. Sampai Ayez sakit
pun dia masih tidak mahu bertemu. Biarkan! Ketika dia
terlantar di hospital dulu pun, Ayez tidak menjenguk, hanya
Mira sahaja yang setia.
“Itqiya’ Hanain tu anak Ayah Chik dengan isteri
kedua dia, kan?” Aniq bersuara.
“Haah. Lepas Che Yah dia tak ada, lama dia
membawa diri sehingga ke Sabah. Bertahun juga dia
menduda, baru bertemu jodoh di sana. Izuan pula lepas
ayahnya kahwin, langsung tak nak duduk sebumbung. Tak
nak mengganggu katanya. Lepas tu dia tinggal dengan Che
Nor kamu sampai sekarang. Sekurang-kurangnya ada juga Si
Ayez tu kawan.”
“Izuan?” Natasya Shakilla menyoal. Kenapa macam
biasa sangat bunyinya tu?
“Alaaa… Iwan.” Puan Jalina menyusup masuk ke
tempat pemandu sebaik sahaja Aniq menekan butang hijau.
“Biar mama drive.”
Anak kunci bertukar tangan.
“Iwan? Izuan… Iwan… Izuan…” Apa yang terlintas
di fikirannya sekarang ialah wajah Mr. Romeo sebagai Izuan,
dan Iwan pula jejaka yang ditemui di rumah Che Nor dahulu.
Isy sayang sekali dia tidak memakai cermin mata waktu itu!
Kalau tak, bolehlah dia ketawakan Izuan tentang dua
pupunya yang mempunyai nama yang serupa tetapi perangai
yang berbeza! Mesti Iwan seorang yang baik, kan?

326
Shasfa alyahya

“Natasya Shakilla! Buat apa lagi tu?” Mama


menekan hon beberapa kali melihat anak bongsunya yang
masih berdiri di luar kereta. Apa kenalah dengan budak ni!
Dia menggeleng beberapa kali ketika Natasya Shakilla
menyusup masuk.
“Kenapa Asya buat tak tahu?” Tiba-tiba Aniq
mengajukan soalan.
“Tak tahu apa?” Serentak pula Puan Jalina dan
Natasya Shakilla menyoal.
“Tak… tak ada apa-apa….” Aniq menolak untuk
menjawab. Matanya dihala ke hadapan.

NATASYA SHAKILLA melangkah masuk ke dalam bilik


berhawa dingin itu dengan hati yang berdebar-debar. Dia masih
bingung sama ada pilihannya ini betul atau tidak. Sebetulnya,
dia masih takut untuk berhadapan dengan hamba Allah yang
satu ini. Setiap tindakan dan perlakuannya dirasakan serba
tidak kena. Hendak duduk serba salah, hendak menyapa
apatah lagi. Paling koman, dia hanya mampu menundukkan
kepala melihat lantai berlapikkan karpet merah di bawah
kakinya. Canggung sungguh!
“Asyakilla.”
Gulp! Tak sangka dia masih ingat nickname itu.
Kuat betul ingatan dia.
“Ya...?” Natasya Shakilla angkat muka. Jantungnya
mula menyanyikan lagu ‘Jumping To The End’.
“Kamu mesti dah tahu tujuan kedatangan kamu ke
sini hari ni. Saya tak minta banyak, cuma… terangkan
kedudukan perkara yang sebenarnya. Saya nak dengar dari

327
Hot Gimmick

mulut awak sendiri,” pinta Puan Khatijah. Nampaknya kali


ini cikgu disiplin di hadapannya juga mula menonjolkan
sikap bertolak ansur, walaupun ketegasannya tetap menjentik
ketakutan Natasya Shakilla. Campur sekali dengan yang ini,
cukup empat kali dia mengucapkan kata-kata yang sama
terhadap orang yang berbeza. First, Aniq. Then, Ari dan Roki,
and bighead. Now, Cikgu Khatijah pula! Terus terang, dia
sudah naik muak mengulang ayat yang sama. Bosan!!!
“Saya tak sengaja melalui kawasan tu. Kebetulan
ada pelajar nakal kat situ. Dia orang nak kenakan saya, tapi
Harizd Hakkam yang tolong selamatkan. Sebab itulah…
perkara ni melibatkan Harizd secara tak sengaja.” Natasya
Shakilla cuba meringkaskan cerita sebaik mungkin. Malas
sebenarnya.
“Betul ke cerita awak ni? Benda yang saya dengar
tak serupa langsung dengan yang keluar dari mulut awak!”
Cikgu Khatijah mula bangkit. Panas punggung barangkali.
Natasya Shakilla menelan liur.
“Saya paling anti pelajar yang suka berbohong!”
Tiba-tiba suara Puan Khatijah melenting naik.
Natasya Shakilla terkesima. Puan Khatijah sudah
marah! Tetapi cerita apa yang menyebabkan cikgu percaya
dengan begitu mudah sekali? Daripada siapa?
“Baik kamu te…”
Tok! Tok!!!
“Masuk!”
“Assalamualaikum, cikgu!” Wajah Harizd tiba-tiba
terjengul di muka pintu dengan senyuman.
Puan Khatijah dan Natasya Shakilla terpinga-pinga
melihat kehadiran Harizd secara mengejut.

328
Shasfa alyahya

Hujan tidak, ribut pun tidak, tiba-tiba tersembul


wajahnya di muka pintu.
“Hakkam?”
“Maaflah kalau saya mengganggu. Boleh saya
masuk?”
“Haah, masuklah!”
Harizd tersenyum lagi. Kali ini matanya berlaga
dengan pandangan Natasya Shakilla. Senyumnya mati di situ.
Berkerut kening si gadis melihat tingkah ‘pengawas
besar’ itu. Lain macam sahaja gayanya?
“Saya datang… untuk memberikan penjelasan
khusus!”

“HEI hei hei…! Korang nak tahu cerita terkini tak? Gimik
terbaru untuk hari ni!” Izuddin merempuh kebisingan kelas
dengan berita mutakhir. Seperti keadaan biasa, terus sahaja
kelas lamanya bertukar senyap.
Arienna yang kurang sabar terus meluru ke
hadapan.
“Mr. Perfect?” Laju saja mulutnya menyoal.
Izuddin mengangguk perlahan, menambahkan
debar rakan-rakan sekelasnya.
“Tiba-tiba dia datang sekolah tadi, dengan BMW
tujuh series! Aku terserempak dengan dia tadi. Korang tahu
mana dia pergi?”
“Manalah kita orang tahu!”
“Alahhh… main tarik tali pula Si E-ju ni!”

329
Hot Gimmick

“Bagi tahu ajelah!” gesa yang lain.


Kalau nak cakap, cakap ajalah! Ini siap cerita kereta
Harizd. Macamlah kawan-kawan yang lain tak tahu.
“Dia masuk…” Izuddin melambatkan ucapannya.
Muka-muka yang ada semakin hampir. “Bilik…”
“Hei, tengok sana!” Ruqyah menunjuk ke arah
pejabat dari balkoni kelas mereka. Bila masanya dia keluar
dari kelas?
“Headboy, Izuan dan Shakilla!” Berpusu-pusu
pelajar keluar dari kelas semata-mata untuk melihat 3K.
Izuddin buat muka. Habis gaya pemberitanya
sebentar tadi. Dia turut mengekori yang lain. Pandangan dari
arah koridor jelas menunjukkan Harizd dan Natasya Shakilla
sedang berbincang sesuatu, diikuti Izuan. Mereka disapa oleh
Cikgu Zarkasyi di tengah jalan. Natasya Shakilla dilihat mesra
berbual dengan cikgu muda itu, sebelum menyaingi langkah
3K yang mula berjalan pergi.
Pelajar 5Sc2 kembali ke kelas, bersedia untuk
pembelajaran yang seterusnya.
Arienna dan Ruqyah masih terpaku.
“Jealousnya aku!” Riak kurang senang mula
kedengaran. Hasad mula dipendam.
“Dia baru aje masuk, tapi dengan mudahnya dia
mendekati idola kita!” Pelajar kelas akaun menyatakan
ketidakpuasan hati.
Ruqyah dan Arienna terdiam. Kalau boleh mereka
ingin mengorek lebih banyak lagi tentang perasaan peminat
3K.
“Eiii… orang cakap dia goda headboy!”
Sudah mula… mengumpat.

330
Shasfa alyahya

“Ya? Aku dengar dialah yang menyebabkan Mr.


Perfect kita kena pukul dengan Geng Raja tu!”
“Tak tahu malu sungguh perempuan tu! Tergedik-
gedik!”
“Mula-mula goda Mr. Cool, sampai dia berhenti
sekolah dan berpecah dengan 3K. Lepas tu, bila Mr. Cool dah
tak ada, tukar target kat Mr. Perfect pulak! Menjatuhkan
kaum hawa sungguhlah minah ni!”
Arienna tidak sanggup mendengarnya. Kawannya
difitnah begitu sekali, di hadapannya sendiri! Tangannya
dikepal.
“Kalau cantik tak apalah jugak! Ini perasan aje
lebih! Muka macam Betty La Fea yang kita tengok zaman
kecik-kecik dulu adalah! Specs, braces, eiii…!”
Pelajar yang santai bersandar pada koridor kelas
sebelah ketawa, cukup kuat sehingga menarik perhatian para
pelajar yang lain.
Arienna dan Ruqyah saling berpandangan, sebelum
membuka langkah serentak. Mereka perlu diajar!
“Dah kenyang makan daging saudara sendiri?” Tiba-
tiba satu suara mendahului.
Langkah dua sahabat itu terhenti. Izuan!
“Kalau tak kenyang lagi, saya boleh tolong
hidangkan daging fresh depan mata korang. Nikmat tak
nikmat rasa dia, nanti dekat Padang Mahsyar korang boleh
rasa sendiri hidangan khas daripada Tuhan!” Izuan bersilang
tangan.
Pelajar perempuan yang enak mengumpat tadi
terus melarikan diri. Pasti terkejut mendengar kata-kata Mr.
Romeo yang tegas dan pelik itu.

331
Hot Gimmick

Arienna dan Ruqyah diselubung rasa lega.


Nampaknya Natasya Shakilla tidak perasan yang dirinya
mempunyai pelindung yang kuat di sisi. Tiada apa yang perlu
dibimbangkan.
Kurang daripada sepuluh saat kemudian, Harizd
tiba diikuti oleh Natasya Shakilla di belakang. Mereka
bertelagah, macam biasa….
“Kira okeylah aku tolong tahan kau daripada jatuh
tergolek kat situ. Kau ni memang tak reti berterima
kasihlah!” marah Natasya Shakilla.
“Masalahnya, kau menambahkan sakit aku, bukan
menolong! Pen kau yang tajam tu dah tusuk luka aku,
faham!” Harizd menahan sabar. Belakangnya yang sedia sakit
ditusuk dengan pen Natasya Shakilla, menggandakan lagi
rasa sakit yang dirasai. “Wan, jom masuk.”
“Weeekkk…!” Natasya Shakilla menjelirkan lidah
sebaik sahaja Harizd berlalu pergi.
Arienna menyinggung pinggang Ruqyah, memberi
signal untuk menyerang. Dalam kiraan tiga, mereka terus
menyerbu. Badan Natasya Shakilla digeletek, menghasilkan
ilai tawa yang kuat. Seketika, terasa ada renungan tajam
daripada Harizd di muka pintu kelas. Tawa mereka mati serta-
merta, sebelum kemudiannya bersambung dengan melodi
indah.
Selang beberapa meter dari tempat mereka, di
sebalik pintu, beberapa pelajar perempuan mencerlung tajam
ke arah tiga sekawan itu dengan rasa iri. Tangan masing-
masing mengepal buku lima.
“Siaplah kau, Natasya Shakilla!”

332
Shasfa alyahya

bab 19
New relationship.

“M
ANA repot yang saya
suruh hantar kelmarin?”
Zarkasyi menyoal dengan
muka serius. Gadis yang menggigit bibir di hadapannya
dicerlung tajam. Pantang sungguh kalau ada yang sengaja
tidak menyiapkan tugasannya, apatah lagi tempoh masa yang
diberi sejak minggu lepas lagi, bukan baru sehari dua.
“Sir…” Gadis itu membuat muka seposen, minta
belas kasihan.
“Tak kira, sebelum pukul tiga petang ni saya nak
benda tu sampai ke tangan saya!” Guru muda itu
mengeluarkan kata putus.
Pelajar yang kelihatan kasihan itu mengangguk
lemah. Semangatnya melayang pergi, bersama derapan
langkah yang longlai.
Zarkasyi tersenyum. Tidak kiralah adik kawan ke,
anak menteri ke, pelajar adalah pelajar. Dia tidak mahu walau

333
Hot Gimmick

seorang pun pelajarnya yang gagal kerana mendapat hak


istimewa dengan cara yang tidak sepatutnya. Tapi, kasihan
jugak tengok muka seposen budak tu. Ini mesti tak boleh
join dengan ahli kumpulan yang lain ni. Hmmm… fail
dibelek. Nama Harizd dan Izuan jelas terpampang.
“Patutlah….” Dia tersengih lagi. Asya… Asya…!

ATELIER pada pagi itu sepi seperti biasa. Izuan berlunjur


senang di atas sofa sambil menikmati makanan. Buku Sejarah
dibaca penuh khusyuk. Ketenangan yang dirasai terganggu
apabila pintu diketuk kasar dari luar. Dengan malas dia
bangkit. Siapalah yang kacau masa rehatnya yang berharga
ni? Macam tahu aja siapa. Yalah, siapa lagi yang tahu markas
rahsia 3K….
“Romeo!!!” Natasya Shakilla terjengul dengan muka
geram.
Dahi Izuan berkerut. Apa ke halnya dengan minah
ni?
“Tepi!” Natasya Shakilla menolak Izuan lalu
melangkah masuk. Salam tidak, jemput pun tidak, sesedap
rasa hati dia aje merempuh masuk tempat orang.
Kening Izuan terangkat. Siapalah mak bapak budak
ni ya? Bagus betul ajaran dia… “Apa ke halnya ni?”
“Repot Bio! Sir Z suruh hantar sebelum pukul tiga!”
adu Natasya Shakilla. Dia terus menghala ke rak, mencari
buku rujukan.
Izuan menggeleng, melihat sahaja tingkah Natasya
Shakilla yang membelakanginya. Macam pernah tengok aje
belakang ni? Tapi di mana ya? Izuan blur. Dia kembali duduk.

334
Shasfa alyahya

“Itulah… kita orang suruh discuss sekali kau tak


nak,” perli Izuan. Pembacaannya diteruskan. “Action
konon….”
“Nah!” Natasya Shakilla meletakkan setimbun buku
rujukan pelbagai keluaran di atas meja.
Terkejut Izuan dibuatnya. “Awak nak buat apa ni?”
Macam nak cari dalam ni aje?
“Cari mana satu repot tu, please!!!”
Dah agak dah!
“Cik Shakilla, awak tak catit ya eksperimen kita kat
makmal tempoh hari?”
“Kena ke?” Natasya Shakilla buat muka toya.
“Ya Allah…!” Izuan menepuk dahi. “Awak ni tak
pernah masuk lab ke?”
“Mestilah pernah!” Dengan geng 5Sc2 dulu. Itu pun
sekali. “Cepatlah!”
Izuan akur. Buku Sejarah ditolak tepi. Kenapalah
aku tak halau aja budak ni keluar tadi? Nasib baiklah dia
dilahirkan sebagai kaum hawa….
“Apa dia? Kau ada cakap sesuatu ke?”
“Mana ada!”
“Go on. Kejap, komputer tu boleh google, kan?”
“Yap! Apa hal pulak?”
“Lagi mau tanya ka?” Natasya Shakilla tersengih
nakal. Kedudukannya beralih ke komputer. Suis dibuka.
Streamix disambung. Dan google…!
“Woi, nanti abang garang tu datang!” Izuan
mengingatkan. Roti yang tinggal setengah disumbat ke dalam
mulut.

335
Hot Gimmick

“Biarlah dia! Bukan ke dia pergi bilik disiplin tadi?”


Yahoo Messenger dibuka.
“Ehem! Ehem!”
Suara dehaman yang memang dikenali tiba-tiba
kedengaran tepat di belakang Natasya Shakilla. Tangannya
yang ligat menaip tadi terhenti. Alamak!
“Kau buat apa ni?” Suara ‘air batu’ kedengaran.
Natasya Shakilla meneguk liur, sebelum
memalingkan kepala perlahan-lahan. “He he he….”
“Turn it off,” arah Haridz dengan serius.
Natasya Shakilla cari akal. “Masa rehat tak habis
pun lagi!”
“Siapa benarkan kau guna komputer bilik ni? ICT
kan ada dekat pustaka?”
“Ramai oranglah, Encik Garang!” Lagipun ada
jelingan maut walau di mana aku berada, kau mana tahu?
“Lagipun, time macam ni aje Amier on.”
“Hmmm!” Dengar saja nama Amierul, bicara Harizd
mati. Dia bergerak mengambil fail di atas rak.
“Tutup sebelum sebelas!” arahnya sebelum berlalu.
Natasya Shakilla ketawa senang. Mudahnya!
“Saya nak pergi jugak.” Izuan bangkit. “Kunci ada
kat sini. Lepas ni pulangkan, jangan bawa balik pulak.
Mengamuk cik abang awak nanti.”
“Repot?” Sempat Natasya Shakilla menyoal.
Izuan angkat bahu, mengarah pada buku di atas
meja lalu pergi.
Natasya Shakilla mencemik. Mimik mukanya
bertukar ceria apabila nama Silent muncul di skrin, bersilih

336
Shasfa alyahya

ganti dengan HLEN<@> dan RY_EZZ. Apa sahaja buat


temanku….

YEZ!” Izuan memanggil.


Langkah Harizd disaingi sehingga kaki mereka
seiringan. “Kenapa kau beri muka kat budak tu? Ini tak
macam kau dah…”
“Entahlah! Malas aku nak cari pasal. Takkan kau tak
kenal lagi budak tu, ada dia dengar cakap orang?”
Izuan ketawa. Nampaknya Harizd dah arif benar
soal rakan sekumpulan mereka yang sorang tu!
“Kau pulak, kenapa biarkan budak tu? Anak kunci?”
“I entrust those to her.”
“Better, daripada berdua kat sana. Tak adalah
‘makhluk ketiga’ yang cucuk jarum kat tengah!”
Teguran Harizd memberi makna yang dalam.
Izuan yang mendengar membuat riak seposen.
“Tolonglah, takkan wujud perasaan punya. She’s not my type,
okay?”
“Wan, sejak bila perasaan dinilai melalui selera?
Bila saja syaitan meniupkan rasa dalam hati, semuanya
bergantung pada iman kita untuk menolak atau
menerimanya.”
“Cinta?” Izuan meneka.
Harizd mendongak memandang dada langit,
memerhati ciptaan Yang Maha Pencipta. Dia menarik nafas.
“Ya, cinta dewasa ini. Cinta manusia yang terlalu
mudah dan murah…” Suaranya hampir berbisik. “Harganya

337
Hot Gimmick

terlalu murah untuk dibandingkan dengan cinta Ilahi yang


hakiki. Terlalu murah sehinggakan anak kecil juga pandai
mengolah kata cinta, meluah rasa sayang. Terlalu murah,
hatta pencinta rela berkorban apa saja. Untuk menggapai
cinta Tuhan, berapa keratkah hamba-Nya yang sanggup
berkorban? Lihat ajalah sekeliling kita, Wan.”
Izuan terdiam. Ada benarnya kata-kata Harizd itu.
Kini segala-galanya berkisar perihal cinta manusia. Mereka
alpa diulit nikmat duniawi yang hanya sementara. Kalau
mereka benar ingin bersama, bukan sehingga ke akhir hayat
sahaja jangkanya, tetapi di syurga juga. Di situlah akan
bersemainya cinta yang sebenar-benar, cinta yang tiada
akhirnya.
“Hakkam!” Puan Khatijah menyapa dari arah
pejabat.
“Ya, cikgu?” Harizd menyahut.
Izuan menepuk bahu temannya. “Later. Aku masuk
kelas dulu.”
Harizd mengangguk lantas berlalu. Mesti pasal
Geng Raja minggu lepas yang belum selesai lagi. Dengarnya
mereka akan dibuang sekolah kalau tidak mengaku dan
menulis sebab musababnya. Bukti dah ada di tangan guru
disiplin. Sekarang Harizd sendiri pun tidak boleh menolong
mereka lagi seperti yang dilakukannya dulu, sewaktu geng
tersebut ditangkap gara-gara merokok. Mereka hanya
digantung sekolah. Itu pun Raja masih berdendam dengan
Harizd kononnya Harizdlah punca dia ditangkap.
Izuan menggeleng mengenangkan sikap manusia
yang pelbagai lni. Kakinya diatur ke kelas. Bila-bila masa
sahaja loceng akan menjerit nyaring menandakan waktu
rehat sudah tamat.

338
Shasfa alyahya

NATASYA SHAKILLA berjalan pantas ke kelas. Peluh


memercik memenuhi dahinya yang luas. Kakinya berlari
pantas memijak anak tangga. Wajahnya semakin runsing.
Pintu kelas yang tertutup ditolak kasar. Tiada sesiapa yang
ada. Jam baru menginjak menghampiri angka tiga.
Natasya Shakilla bergegas ke mejanya. Laci meja
diintai. Tiada barang yang tertinggal. Dia mula panik.
Mindanya membayangkan wajah Cikgu Zarkasyi yang
mencuka dengan rotan di tangan.
“Argh…!!! Mana repot aku?” Satu jeritan kuat
dilepaskan. Dia tidak berdiam diri. Segera meja rakan-rakan
yang lain pula diselongkar. Apabila kertas yang dikehendaki
memang tinggal harapan untuk dijumpai, dia semakin tidak
keruan. Habis satu kelas dia cari.
“Habislah!” Natasya Shakilla terduduk di hadapan
pintu kelas. Kepalanya ditekup. Dia seratus peratus pasti
kertas itu ada kat dalam laci meja ketika dia keluar dari kelas.
Tetapi macam mana kertas tu boleh ghaib? Dahlah dia kena
balik awal hari ni, Atiq dan Aniq nak balik kampung jumpa
Tuk Mek, membawanya ke sini untuk majlis kesyukuran
minggu depan.
Walaupun dia tidak boleh balik sama, sekurang-
kurangnya dia juga mahu menghantar mereka. Masalah
sungguh! Dia memegang kepala lalu menggeleng.
“Hei…!”
Sepasang sepatu hitam berkilat muncul di
hadapannya. Perlahan dia mendongak. Wajah Harizd
dipandang dengan riak sedih yang bersisa.
“Apa kau buat kat sini? Tepi sikit.” Harizd
melangkah masuk tanpa menghiraukan Natasya Shakilla.
Gadis itu pula masih mencangkung di situ. Langkah

339
Hot Gimmick

Harizd dipandang. Dia ni memang tak ada perasaan langsung,


kan?
“Kenapa kertas dalam laci aku berterabur ni?”
Harizd merenung tajam. Kali ini barulah dia ambil kisah.
“Repot aku… hilang…” adu Natasya Shakilla. Lain
yang Harizd tanya, lain yang dijawabnya. Fikirannya masih
tertumpu pada sehelai kertas putih yang hilang!
“Bio?” soal Harizd lagi. Begnya diangkat ke meja.
Natasya Shakilla mengangguk perlahan. Semangatnya
sudah terbang pergi.
“Padanlah dengan muka tu! Bertangguh lagi, last
minute baru nak siapkan. Bila masalah dah timbul macam ni,
barulah rasa best tak best benda bertangguh ni,” bebel
Harizd.
Natasya Shakilla mencebik. Pak cik bebel! Bla…
bla… bla….
Harizd mula bersiap untuk keluar. Ketika melepasi
gadis yang masih tidak berganjak itu, kakinya mati. Dia buat
muka meluat lalu kembali. Kerusi hadapan ditarik lalu
didudukinya. Fail dibuka. Sehelai kertas dikeluarkan bersama
sebatang pen. Tangannya terus bergerak mencatit sesuatu.
Natasya Shakilla yang hairan melihat tingkah
Harizd mula berdiri lalu mendekati lelaki itu. Melopong dia
melihat ketangkasan tangan Harizd menulis butir-butir
laporan. Sedikit pun tidak teragak-agak.
“Nah!”
Kertas yang siap bertulis itu diunjuk kepada Natasya
Shakilla. Harizd bangkit. Pen ditutup lalu dimasukkan ke
dalam kocek kot. Beg kembali dipikul dan langkah kembali
diatur.

340
Shasfa alyahya

“Ma… macam mana kau…”


“Semuanya ada kat dalam ni!” Harizd berpaling dan
menunjuk pada kepalanya. “Kacang macam ni bawah sedar
pun boleh buat!”
Harizd menghadiah senyum sinis lalu pergi.
Natasya Shakilla terkaku, sesaat, dua saat… “You
jerk!!!”

“MANALAH Si Asya ni? Tak nampak batang hidung pun


lagi. Biasanya waktu-waktu macam ni dah balik!” Puan
Jalina membebel. Kepalanya terteleng-teleng mencari kelibat
anaknya yang belum kelihatan.
“Kejap lagi baliklah dia tu, Ina. Ada kerja agaknya.”
Puan Noraini menenangkan sepupunya. Paha Puan Jalina
ditepuk beberapa kali.
“Yalah agaknya, Nor.” Puan Jalina membetulkan
duduk.
“Hah, Atiq… kata beli kain untuk Tuk Mek kamu.
Mana? Nanti tertinggal pulak, tak pasal-pasal pusing balik,”
tegurnya ketika melihat anak lelakinya menuruni tangga.
Atiq tersenyum lalu mengambil tempat di sebelah
Encik Hizbullah. “Dah ambil, ma. Ada kat dalam kereta.”
“Minggu lepas kenapa pergi Mesir semula?” Encik
Hizbullah menyoal.
“Ada masalah sikit. Pasal junior, persatuan dan hal
lain. Alhamdulillah semuanya dah selesai,” terang Atiq.
“Orang diperlukan ramai, Ayah Lah. Semuanya jadi
kelam-kabut bila dia tak ada.” Aniq mencelah.

341
Hot Gimmick

Puan Noraini dan Puan Jalina tertawa.


“Tuntut ilmu dah habis, tak lama lagi kenalah bawa
calon jumpa mama.” Tiba-tiba Puan Jalina mengeluarkan
kata.
Atiq yang sedang menuang teh ke dalam cawan
tersentak. Hampir sahaja air yang dituangnya tertumpah.
“Betul tu, Atiq. Bila lagi? Dah ada ke calonnya?”
tambah Puan Noraini pula.
Atiq tersenyum tawar. Ini dah soalan cepu mas
mencekik dada ni.
“Orang lelaki ni, bukan boleh kahwin awal macam
perempuan. Kita kena pastikan ekonomi hidup kita kukuh
barulah boleh menempuh gerbang rumah tangga. Ini juga
untuk menjamin kebahagiaan suami isteri dan anak-anak.
Bukan begitu, Tiq?”
Gulp! Atiq mempamerkan senyum komersial.
Aniq pula tersengih-sengih memahami gerak laku
abangnya. Hanya dia seorang sahaja yang memahami!
“Dah lewat ni, mari kita panaskan enjin dulu.”
Encik Hizbullah bangkit lalu melangkah keluar.
Yang lain turut mengekori.
Seketika, deruman enjin motosikal kedengaran.
Izuan tiba bersama Itqiya’.
Aniq segera mampir lalu mendukung Itqiya’.
Izuan mematikan enjin lalu turun. Beg pakaian
adiknya dibimbit.
“Yaya pergi juga?” Aniq menyoal mesra.
“Yaya gi alan-alan. Aik motor cudah,” cerita gadis
kecil itu dengan pelat.

342
Shasfa alyahya

Aniq tertawa senang.


“Letak beg tu kat dalam Wan,” beritahu Encik
Hizbullah ketika Izuan kalut dengan beg Itqiya’.
Tersengih anak muda itu memasukkan beg ke
dalam kereta.
“Ayez tak balik lagi?”
“Tak lagi, Che Nor. Dia cakap ada kerja sikit kat
sekolah. Kejap lagi sampailah tu.”
“Hah, dah sampai pun! Panjang umur dia.”
Harizd tiba dengan seragam sekolahnya. Nyata dia
datang ke sini dahulu sebelum balik.
“Maaflah baru sampai. Ayez boleh singgah sekejap
aje, tak balik mandi lagi,” maklum Harizd dengan senyum.
Dia bersalaman dengan Encik Emran dan Atiq.
“Bahu kamu dah okey ke, Yez?” soal Encik Emran
prihatin.
Harizd mengangguk. “Alhamdulillah… dah baik.
Tak lama pun sakitnya.”
“Baguslah tu, Yez. Nasib baiklah tak mengganggu
pelajaran kamu.”
“Tak terjumpa dengan Asya ke kat sekolah?” Aniq
pula menyoal.
“Eh? Tak… tak jumpa,” jawabnya sedikit gugup.
Aniq perasan perubahan nada suara Harizd.
Benaknya semakin dihuni persoalan.
“Ke manalah budak bertuah tu melaram,” omel
Puan Jalina.
Harizd mengawal ekspresi wajahnya. Selepas
berbual beberapa ketika dengan Atiq, dia mula meminta diri.

343
Hot Gimmick

“Kirim salam kat Tuk Wan dan Tuk Mek ya, mi. Yez
balik dulu.” Usai menyalami umi dan abahnya, Harizd
kembali ke motosikalnya.
“Iwan pun sama. Yaya, see ya!” Pipi adiknya dicium.
Mengekek Itqiya’ ketawa. Tengkuk abangnya
dirangkul.
“Angan noti!” ujarnya riang.
Izuan menyimpul senyum. Sempat dia mencuit
hidung Itqiya’ sebelum berlalu. Dah terbalik pulak,
sepatutnya dia yang beritahu Yaya jangan nakal-nakal. Bijak
sungguh budak ni.
“Naik motor elok-elok.” Sempat lagi Atiq berpesan.
Harizd dan Izuan mengangkat tangan sebelum
keluar dari pekarangan rumah tersebut. Dalam diam, Harizd
merasakan kelegaan dalam hati. Nasib baik dia tak ada!
“Eh?”
Jauh di seberang jalan matanya menangkap kelibat
Natasya Shakilla yang berjalan masuk ke kawasan perumahan
tersebut. Gadis itu langsung tidak sedar dirinya diperhati
sehinggalah mereka berpapasan.
Sempat Izuan membunyikan hon menyapa Natasya
Shakilla.
Terpinga-pinga gadis itu dibuatnya.
Ketika melihat cermin motosikalnya, Harizd sempat
menangkap jeliran gadis itu. Memang khas dituju buatnya.
Rasa geram menghuni hati, bercampur dengan rasa kesal
kerana menolongnya tadi. Anak siapalah budak tu?
Harizd menghela nafas. Buang masa sahaja
memikirkan perihal Shakilla. Mindanya difokus pada majlis
kesyukuran minggu hadapan. Adakah dia sudah cukup kuat

344
Shasfa alyahya

untuk bertemu dua muka? Adakah dia sudah bersedia untuk


hari bersejarah itu? Adakah Allah akan menemukan kami
berdua? Tawakkaltu ‘alallah…. (Bertawakal pada Allah....)

345
Hot Gimmick

bab 20
Grievous event.

N
ATASYA SHAKILLA melangkah
keluar dari kamar mandi
dengan tuala yang membaluti
badan. Rambutnya yang basah diusap dengan tuala. Bibirnya
bernyanyi kecil mengikut rentak radio yang terpasang. Lagu
‘Blaze’ nyanyian Kinya memang diminati, lebih-lebih lagi
selepas menonton cerita Tsubasa Reservoir Chronicle, karya
Clamp. Otak anime betul….
“Asya, perlahankan sikit radio tu! Tuk Wan dah
membebel panjang dah kat bawah!”
Jeritan Aniq dari halaman mengejutkan Natasya
Shakilla. Dia mengintai dari tirai jendela. Apabila melihat
wajah kakaknya, secara automatik lidahnya dijelirkan.
“Ya Allah, bertuahnya budak ni…!”
Natasya Shakilla ketawa senang hati. Bunyi radio
diperlahankan. Pada masa yang sama, matanya menangkap
album gambar yang terletak berhampiran radio. Album yang

346
Shasfa alyahya

tersusun kemas dicapai. Gambar teman-temannya di


Australia dahulu dipandang dengan senyuman. Terdapat
banyak gambar mereka berlima ketika mengembara ke
seluruh Australia dahulu... di Perth, Sydney, Western dan
banyak lagi.
Dia tertawa sendirian melihat telatah teman-
temannya yang lucu. Namun apabila tangannya membelek
halaman terakhir, serta-merta tawanya mati. Sekeping
gambar lama berjaya mendatangkan nostalgia silam yang
terkulum kemas. Gambar tersebut ditarik keluar dari album.
Kelihatan lima orang kanak-kanak sedang tersenyum riang
berlatarkan sawah padi yang menguning. Aya, Iwan, dia yang
mendukung Mira dan…
“Ayez….”
Nama keramat itu melantun keluar dari bibirnya.
Wajahnya yang ceria sebentar tadi bertukar keruh tiba-tiba.
Semalam dia mimpikan Ayez lagi, walaupun wajah empunya
diri tidak kelihatan. Ya, dia yakin itu Ayez. Lelaki yang
berbaju Melayu berwarna biru itu menghampirinya. Tetapi
entah kenapa dia berpatah balik. Apabila nama Ayez dipanggil,
lelaki itu berhenti melangkah, memandangnya dari tepi dan
terus melangkah pergi tanpa berpaling lagi.
“Kau memang ego, Yez. Sampai sekarang kau tak
pernah datang jumpa aku. Apa yang kau fikirkan sekarang?
Kau nak lari? Tapi hari ni aku mesti akan tahu siapa kau.”
“Tahu siapa?”
“Tahu mak kau! Astaghfirullahalazim….” Natasya
Shakilla mengurut dada, nasib baik tak melatah nama Ayez!
Hanis Humaira’ dan Hidayatul Husna tersengih-
sengih dari balik pintu, seronok mengusik Natasya Shakilla.
“Kak Asya nak tahu siapa ni?” sogok Mira, nakal.

347
Hot Gimmick

“Korang ni, dahlah masuk tak bagi salam, pedajal


orang pulak, ya!” Natasya Shakilla sudah bercekak pinggang
menghadap kedua-dua sepupunya yang tertawa.
“Dah Kak Asya bercakap sorang-sorang, kita orang
relaks aje masuk sini,” jawab Hanis Humaira’ dengan tawa
yang masih bersisa.
“Kak Asya nak tahu siapa?” Hidayatul Husna
menyoal lembut.
“Tak ada siapa-siapalah!” dalih Natasya Shakilla
pantas. Dia segera menutup album gambar lalu
meletakkannya kembali di atas meja. Dia bingkas dari
duduknya lalu menghampiri almari. Pintu almari dibuka lalu
beberapa pasang baju dikeluarkan.
“Now it’s up to you two to choose which one suits
me well. Emmm… yang ni?” Natasya Shakilla mengangkat
sepasang kebaya singkat berwarna merah.
Serentak Hidayatul Husna dan Hanis Humaira’
menggeleng.
Dia mengangkat pula sepasang baju kurung warna
kuning, pun kedua-duanya menggeleng. Akhirnya Natasya
Shakilla mengangkat sehelai jubah yang dihadiahkan oleh
kakaknya. Dia mengangkat kening memandang Hidayatul
Husna dan Hanis Humaira’ silih berganti.
Kali ini kedua-duanya mengangkat ibu jari tanda
bagus.
Tatkala Natasya Shakilla berlalu ke bilik air untuk
menukar pakaian, kedua-dua beradik itu saling memandang.
Masing-masing menguntum senyum yang tersirat penuh
rahsia.

348
Shasfa alyahya

“WAN, cepatlah! Aku semput dah ni!”


“Jap! Nak siap dah!” Pintu bilik air ditolak dari
dalam. Terjengul wajah Izuan yang tersengih panjang.
“Okey… silakan tuan putera.”
Izuan yang baru keluar ditolak Harizd. Pantas dia
menyusup masuk ke dalam tandas. Apa punya sepupu la…
tandas sendiri ada, nak juga masuk tandas sini.
Izuan tergeleng kecil melihat Harizd. Dia
menghampiri katil. Dua pasang baju Melayu warna kuning
air dan biru gelap ditenung sebelum dia mencapai salah satu
dan menyarungnya ke tubuh. Seketika, kedengaran pintu
bilik air dibuka dari dalam.
Harizd melangkah keluar dengan tangan yang
menekan perut.
“Kau ni kenapa, Yez? Sakit perut ke?” soal Izuan.
Brylcream disapu pada rambut sebelum disikat gaya landak
atau lebih tepat, jentera penyodok.
Harizd duduk di birai katil. “Sejak semalam aku
rasa tak sedap badan. Kepala aku berdenyut-denyut, tekak
pula loya semacam aje!”
“Aiii… tu dah mengalahkan orang mengandung
tu!” usik Izuan. Brave disembur sekali dua pada badan.
“Wan, aku tak nak pergilah!”
“Hah, kau jangan nak buat alasan pulak! Aku tak
nak pergi sorang-sorang. Lagipun Tuk Wan ada sama tau!
Mengamuk habis orang tua tu kalau kau tak datang, Yez!
Takkanlah kau tak kenal atuk kita tu!” bebel Izuan.
Harizd menarik nafas panjang, sebelum mencapai
baju Melayunya lalu menghilang semula ke dalam tandas.

349
Hot Gimmick

“ASYA…! Mira…! Aya…! Korang bertiga buat apa lagi kat atas
tu? Marilah tolong kita orang kat bawah sini, kita orang tak
cukup tangan ni!”
Panggilan Aniq dari bawah mengejutkan mereka
bertiga.
Hidayatul Husna lekas-lekas memasangkan
kerongsang pada kiri bahu Natasya Shakilla untuk
mengemaskan ikatan tudungnya. “Okay, then! Siap!”
Natasya Shakilla berdiri, memandang wajahnya di
hadapan cermin. Tudung Arini saiz besar berwarna putih itu
benar-benar sedondon dengan jubah biru tua yang tersarung
pada badannya, lebih-lebih lagi diserikan dengan labuci
berwarna biru muda pada bahagian atas kepala dan
kerongsang panjang di kanan kiri bahunya. Dia tersenyum,
macam nak pergi sarung cincin pertunangan pulak rasanya!
“Jomlah Kak Asya! Mira dah lapar ni…!”
“Jom!” Natasya Shakilla berjalan turun dengan
diapit oleh Hanis Humaira’ dan Hidayatul Husna. Setiap anak
tangga yang dipijak menambahkan debar di dalam
sanubarinya. Ya Allah, what is wrong with me?
“Itu bukan Kak Ari dengan Kak Roki ke?” soal Hanis
Humaira’ sambil mengunjukkan jari telunjuknya ke arah
mereka berdua.
“Haahlah! Asyik betul dia orang berborak dengan
kakak. Jomlah kita join dia orang!” usul Natasya Shakilla.
Teman-temannya dihampiri lalu diperkenalkan dengan
Hidayatul Husna dan Hanis Humaira’. Bukan main seronok
lagi mereka berdua memuji, macam majlis untuk dia pulak!
Aniq pula segera berlalu ke dapur setelah dipanggil
oleh Puan Jalina.

350
Shasfa alyahya

“Mira, abang tak sampai lagi ke?” tanya Hidayatul


Husna tiba-tiba.
Natasya Shakilla terdiam. Hatinya semakin tidak
keruan, bagaikan ada sesuatu yang kuat mencengkam
dadanya.
“Entahlah, pagi tadi dia sakit perut,” jawab Hanis
Humaira’. Kepala terteleng-teleng mencari kelibat abangnya.
Tetamu semakin ramai membanjiri kawasan rumah.
“Asya…!”
“Yap?”
“Tolong akak kat sini kejap!” panggil Aniq dari arah
dapur.
Natasya Shakilla mengangguk lantas meminta diri
untuk berlalu.
Sekali lagi Hanis Humaira’ dan Hidayatul Husna
saling berpandangan.

“RAMAINYA orang , Yez!”


“Dah namanya majlis. Wan, aku nak turun dulu.
Perut aku buat hal pulak. Dah, dah. Kat sini aje. Kau carilah
tempat park kat mana-mana!” arah Harizd.
Sebaik sahaja Izuan memberhentikan motosikalnya,
dia terus melompat turun. Pintu belakang pun pintu
belakanglah... janji jumpa tandas, sudah!
“Cik,” panggil Harizd.
Gadis bertudung itu berpaling.
Serentak dengan itu, suara mereka kedengaran.
“Kau?”

351
Hot Gimmick

Natasya Shakilla melopong. Pinggan yang berada di


tangannya terus terlucut, namun cepat-cepat disambar oleh
Harizd.
“Kau… ah, tak kisahlah! Tandas kat mana?” Harizd
mengerutkan kening. Jatuh maruah aku hari ni. Tak pasal-
pasal datang ke rumah orang, tanya tandas pulak!
Natasya Shakilla yang masih terkejut, hanya
mengangkat tangan menunjuk ke arah tandas. Ketika Harizd
berlalu pergi pun, dia masih bingung. “Apa dia buat kat
sini????”

ANIQ sibuk menguruskan hidangan untuk tetamu. Walaupun


menggunakan khidmat catering, Tuk Wan tetap mahukan
hasil tangan tuan rumah. Biasalah… orang tua. Sedang
dia sibuk mengatur hidangan bersama caterer, namanya
dipanggil oleh Atiq.
“Naam, akhi (Ya, abangku),” sahutnya seraya
berpaling. Senyuman Atiq dibalas senang.
“Maza? (Apa?)” soalnya pendek.
“Lihatlah siapa di sini,” ucap Atiq.
Serentak dengan ucapannya, seorang pemuda
menunjukkan wajah dari belakang Atiq. Pemuda itu
tersenyum manis, namun terselit sedikit kegelisahan tentang
pertemuan mereka.
Aniq terkedu. Langsung wajahnya bertukar keruh.
“Aniq dan Affan, kalian berbuallah dahulu. Ada kerja
yang perlu ana lakukan,” ujar Atiq, mengundurkan diri.
Sambil berlalu, tangannya menyeluk saku seluar lantas
mengeluarkan telefon bimbitnya. Beberapa panggilan tidak

352
Shasfa alyahya

dijawab memenuhi skrin telefon. Wajah Atiq serta-merta


bertukar serius.
Dari kejauhan, dua pasang mata masih lagi saling
merenung. Pertemuan dua muka yang pertama selepas enam
tahun. Masing-masing terdiam, membiarkan pancaindera
mereka yang memainkan peranan. Penghabisannya, Aniq
menundukkan wajah, melarikan anak matanya daripada
renungan pemuda itu. Tanpa mengeluarkan sebarang kata,
dia berpaling untuk pergi.
“Balqhis…!”
Seruan Zarkasyi membuatkan langkah Aniq
terhenti secara automatik.
“Encik Z, maafkan saya. Ada banyak kerja yang
menanti. Saya minta diri dulu,” ujar Aniq tanpa berpaling.
“Balqhis… I’ve much to tell you. I want to
explain…”
“I don’t need any explanation!” tegas Aniq. Dia
segera berlalu pergi, meninggalkan Zarkasyi termangu-
mangu di celahan tetamu. Sampai di halaman belakang, Aniq
bersandar lemah pada dinding. Dia menarik nafas panjang,
mengumpul sisa-sisa kekuatan. Saat berpaling ke kiri,
kelihatan adiknya sedang termenung panjang sementelah
tangannya tidak berhenti mengelap pinggan.
“Asya…!”
“Ya…?”
“Lepas lap pinggan tu tolong angkat dan susun atas
meja buffet ya?” pinta Aniq. Tak sanggup rasanya dia kembali
ke hadapan. Tidak buat masa sekarang!
“Yaaa….” Natasya Shakilla menjawab malas. Wajah
pucat kakaknya dipandang hairan.

353
Hot Gimmick

“Hai nasiblah badan… dah pakai cantik-cantik pun


kena buat kerja…” omelnya. Pinggan yang tersusun diangkat
ke meja hadapan. Teman-temannya apa lagi, makin kuatlah
menyakat sebab kena buat kerja!
“Rajin anak mama hari ni. Lepas ni tolong bawa
bakul ni ke belakang dan isikan bekas yang ada potpourri, ya?
Ini yang last dah, lepas tu Asya boleh join kawan-kawan.”
Puan Jalina yang baru datang dari ruang tamu, menepuk
bahu anaknya.
Natasya Shakilla tersengih kambing sebagai
jawapan. Mindanya masih dipenuhi persoalan tentang Harizd
yang tiba-tiba sahaja muncul di rumahnya. Bila masa aku
ajak dia? Kalau Amier, yalah! Natasya Shakilla bermonolog
sendirian. Tanpa sedar, dia terlanggar tubuh sasa seseorang.
Bakul yang dipegangnya terlucut dan sekali lagi berjaya
disambut oleh pemuda di hadapannya.
Natasya Shakilla mengangkat wajah, ingin
mengucapkan terima kasih. Tetapi apabila melihat wajah
tersebut, niatnya mati sendiri.
“Apa kau buat kat ini?”
Automatik soalan itu meluncur keluar dari mulut
mereka berdua, dan buat kesekian kalinya serentak. Natasya
Shakilla dan Harizd terdiam. Hanya mata yang memainkan
peranan, tajam berbalas pandangan. Masing-masing tidak
mahu mengaku kalah.
“Nah!” Harizd akhirnya mengakhiri pengaliran arus
elektrik dari mata mereka. Bakul yang diunjuk bertukar
tangan. Harizd tersenyum sinis.
“Aku lupa, mesti kau datang untuk jadi pekerja,
kan? Miss Waitress….” Harizd berkata sinis sebelum berlalu
pergi.

354
Shasfa alyahya

Natasya Shakilla menggigit bibir, kemas. Tangannya


mengepal erat tangkai bakul, geram dengan sikap Harizd.
Argh…! Ini rumah aku tau? Eee... bencinya aku!!!
Sementara di halaman rumah...
“Yez, sini!” gamit Izuan.
Harizd mengangkat tangan merapati sepupunya.
“Gembira nampak? Dah tak sakit perut ke?” sakat
Izuan lantas menyiku perlahan rusuk Harizd.
Harizd menjeling, takkan nak beritahu…?
“Oh, nilah Ayez? Dah besar, abang langsung tak cam
anta (awak - lelaki) tadi!” Atiq menepuk-nepuk bahu Harizd.
Mereka bersalaman lantas berpelukan, pelukan pertama
selepas enam tahun.
Zarkasyi yang berada di sebelahnya tersenyum.
“Kaifahaluka? (Apa khabar?)” soal Atiq.
“Alhamdulillah, ana bikhar ya akhi! (saya sihat
sahaja, wahai abangku),” jawab Harizd.
Pelukan mereka dileraikan.
Zarkasyi yang terpinga-pinga menyoal, “kamu tahu
berbahasa Arab, Harizd?”
“Sir, Harizd ni kalau bahasa apa pun dia minat!
Sejak dulu lagi Abang Atiq jadi ustaz bahasa Arab dia. Hah,
Miss Jane… tak, Mrs. Chue kat sekolah pulak, sifu bahasa
mandarin dia. Sekarang ni pulak, dia tengah kuasai bahasa
Jepun dan Perancis,” terang Izuan dengan panjang lebar.
“Whoa… that’s great! Kamu buat cikgu kagum.”
Zarkasyi menepuk-nepuk bahu Harizd beberapa kali.
Mereka meneruskan perbualan sambil menikmati
hidangan. Banyak perkara yang menjadi perbualan mereka,

355
Hot Gimmick

terutamanya perjalanan hidup Atiq semasa menuntut ilmu di


timur tengah. Namun terselit sedikit perasaan di dalam hati
Harizd, rasa ingin bertemu seseorang yang menghuni
hatinya. Asya….

TAP!!!
“Kenapa ni, Kak Asya?”
Natasya Shakilla menggeleng lambat-lambat,
suapannya seakan pasir yang berdebu.
Hanis Humaira’ dan Hidayatul Husna berpandangan,
sedang Arienna dan Ruqyah rancak berbual tentang kakak
dan abang Natasya Shakilla yang baru ditemui, langsung
tidak mengesan perubahan mendadak pada wajah sahabat
mereka itu.
“Kak Asya okey ke?” giliran Hidayatul Husna pula
menyoal, pelik melihat tingkah Natasya Shakilla.
Natasya Shakilla mengangguk dengan senyum
hambar. Hatinya tiba-tiba berasa tidak enak.
“Kak Asya dah jumpa abang?”
Dub! Dub!!! Sekali lagi jantungnya berdegup pantas.
Hanya gelengan yang menjadi jawapan.
“Dia datang?” soalnya perlahan.
Serentak Hanis Humaira’ dan Hidayatul Husna
mengangguk.
Hanis Humaira’ meliarkan mata mencari kelibat
abangnya. Jauh di hujung laman, kelihatan Harizd, Izuan,
Atiq dan Zarkasyi sedang rancak berbual. Dia mengalihkan
pandangan ke arah Natasya Shakilla.

356
Shasfa alyahya

“Abang pakai baju Melayu warna biru tua hari ni,


sedondon dengan Kak Asya!” usiknya. Menjadi pelan dia
orang hari ni. Hu hu hu….
“Biru tua?” Natasya Shakilla turut meliarkan mata,
mencari orang yang dimaksudkan. Degupan jantungnya
semakin pantas. Tak ramai tetamu yang memakai baju
Melayu hari ni, lebih-lebih lagi yang berwarna biru tua.
Emmm… mesti dia sebaya aku. Hah, tu dia! Sedang berbual
dengan abang, Sir Z dan Izuan. Kejap…! Izuan?
Pemuda yang membelakanginya memalingkan
wajah ke arah Izuan yang berada bersebelahan dengannya,
lantas membuatkan sebelah kiri wajahnya tertangkap oleh
pancaindera Natasya Shakilla.
Buk! Secara automatik sudu yang dipegangnya
terjatuh. Natasya Shakilla terkedu, jiwanya yang berdebar
sekejap tadi, berganti dengan perasaan terkilan yang amat
sangat.
“Kak Asya?”
“Asya? Kenapa dengan kau ni? Macam nampak
hantu aje?” Arienna dan Ruqyah kehairanan.
Natasya Shakilla berdiri dengan wajah yang
tertunduk. “Sorry, I’m not feeling well. Excuse me!”
Tanpa menunggu jawapan, Natasya Shakilla segera
berlalu pergi.
“Kak Asya…!” Hidayatul Husna turut bangkit, ingin
mengekori Natasya Shakilla namun tindakannya mati tatkala
tangan Hanis Humaira’ berpaut erat pada lengannya.
“Biarkan Kak Asya bersendirian.” Hanis Humaira’
memandang kakaknya dengan pandangan mengharap.
Natasya Shakilla sedang berperang dengan

357
Hot Gimmick

perasaannya sekarang ini dan tiada sesiapa yang bisa mengerti


gundah jiwanya yang sedang bergolak ketika ini.
Hidayatul Husna akur. Kerusinya kembali diduduki.
Peristiwa lima tahun lalu kembali menggamit memori,
peristiwa yang menyedihkan….

“TAK sangka sungguh pengalaman macam itu pun ada! Ha ha


ha…!” Ketawa Izuan meletus.
Zarkasyi turut menghamburkan tawa.
“Ya… sebenarnya benda tu depends kat rakan
serumah yang kita dapat,” tambah Atiq dengan senyuman.
Dia ingin menyambung kata, tetapi getaran telefon
bimbit dari kocek baju Melayunya membantutkan kata.
Berkerut dahinya ketika melihat skrin yang bernyala.
“Sekejap, ya!” ujarnya lantas bangkit. Satu mesej
masuk. Atiq menarik nafas panjang, sebelum membaca mesej
yang diterimanya.

Izhab ilaikal aan. Amamuka…

Atiq tersentak. Pantas kepalanya didongak ke


hadapan.
Saat itulah, tepat di hadapannya, seorang wanita
bertudung labuh, berhijab melangkah masuk ke halaman
rumah.
Kemunculannya yang mengejut menarik perhatian
para tetamu yang hadir.

358
Shasfa alyahya

Langkahnya yang sopan dan perlahan, kian


mendekati Atiq yang tergamam.
Suasana riuh sebentar tadi tiba-tiba bertukar sunyi.
Masing-masing menghalakan pandangan ke arah mereka.
Atiq menjatuhkan tangannya ke sisi. Matanya
dipejam sekejap, sebelum dibuka perlahan. Tak, dia tak
bermimpi!
“Yazmeen….”

359
No. ISBN:- 978-967-5067-33-4
Jumlah muka surat: 559
Harga Runcit:-
Semenanjung M’sia: RM19, Sabah/Sarawak: RM22
Harga Ahli KKN:-
Semenanjung M’sia: RM15, Sabah/Sarawak: RM18

Sinopsis:-
Kehadiran Natasya Shakilla mendatangkan gimik
yang besar di dalam hidup Haridz Hakkam. Status Haridz
sebagai Ketua Pengawas bukanlah penggugat untuk dia
melawan lelaki itu. Pergaduhan yang tercetus di antara dia
dengan 'pengawas besar' itu menimbulkan pelbagai masalah.
Manakala hubungan baiknya dengan Amierul Mukminien
Carl dan Wan Izuan Hafiz menerbitkan cemburu di dalam
hati para pelajar perempuan. Secara tidak langsung, dia telah
pun memasuki kumpulan 3K. Tetapi bagi peminat setia 3K,
dia adalah musuh utama mereka! Maka, berlakulah sesi
pembulian terhadap Natasya Shakilla dan penyelamatnya,
Haridz!
Rupa-rupanya tanpa pengetahuan masing-masing,
Harizd dan Natasya Shakilla sama-sama ‘berkasih’ semasa
mengharungi zaman kanak-kanak dahulu.
Apakah yang bakal meletus sekiranya kisah zaman
kanak-kanak mereka dahulu terbongkar? Bagaimanakah
penerimaan Harizd dan Natasya Shakilla terhadap diri
masing-masing sementelah mereka amat membenci di antara
satu sama lain?
HOT GIMMICK… akan membuatkan jantung anda
berlari laju seperti roller coaster!

“Tengok! Si Killa buat gimik lagi dengan 3K....!”

Dapatkan HOT GIMMICK di rangkaian kedai buku


MPH, Popular dan kedai-kedai berdekatan anda.
Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki
Novel Enterprise melalui online atau pun pos. Untuk
melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:-
www.kakinovel.com. Untuk melanggan melalui pos, anda
hanya perlu tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk
novel yang ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta
wang pos/kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL
ENTERPRISE dan poskan ke alamat berikut:-
Kaki Novel Enterprise
No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12,
D’Wangsa, Wangsa Maju,
53000 Kuala Lumpur.
No. Telefon:- 03-4149 0096
No. Faks:- 03-4149 1196

You might also like