You are on page 1of 8

1.

0 PENGENALAN

Malaysia terkenal dengan keunikan kebudayaan rakyatnya daripada pelbagai kaum,


keturunan dan agama. Pun begitu, Malaysia dikatakan amat sukar mencapai kemajuan yang
sempurna jika tidak menitikberatkan aspek perpaduan (Che Su & Rasilah Rosdi, 2005). Hal
ini kerana setiap etnik dan bangsa mementingkan kedudukan dan kepentingan kaum masing-
masing dan tidak menghiraukan kepentingan kaum lain. Kemajuan Negara yang sempurna
hanya akan tercapai melalui kerjasama setiap etnik dan bangsa dalam sesebuah Negara.

Dalam konteks pendidikan pula, pada hari ini terdapat pelbagai jenis sekolah dalam
sistem pendidikan negara kita. Pada peringkat rendah terdapat Sekolah Kebangsaan (SK),
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).
Kepelbagaian sosio budaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa
seperti sekolah jenis Cina dan Tamil. Sekolah Wawasan juga ditubuhkan untuk mewujudkan
perpaduan dalam kalangan murid di sekolah. Apabila orang Melayu, Cina, India dan kaum
lain dapat berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan, sudah tentu akan lahir satu
generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budaya.

2.0 RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP)

Sistem pendidikan merupakan salah satu alat terpenting dan berkesan dalam pembangunan
identiti nasional, semangat kebangsaan, perpaduan antara kaum dan perasaan cinta akan
negara dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini. Oleh itu, kerajaan melalui
Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan program Rancangan Integrasi Murid
untuk Perpaduan (RIMUP) bagi melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan,
memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mampu menghadapi
cabaran secara kolektif dan bersepadu. Melalui program ini, banyak aktiviti yang dirancang
bagi mewujudkan perpaduan antara kaum dalam kalangan murid di sekolah. (Zaid Ahmad et
all, 2006).

3.0 AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN YANG DAPAT MEMPENGARUHI


KEFAHAMAN MURID DAN GURU TENTANG KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA

3.1 PERMAINAN SUKAN TRADISIONAL


Terdapat pelbagai aktiviti yang dirancang dibawah program RIMUP, antaranya ialah
Permainan Sukan Tradisional. Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

1
(SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) akan bergilir-gilir menganjurkan
permainan sukan tradisional kaum masing-masing dan disertai oleh sekolah-sekolah yang
lain. Contohnya, Sekolah Kebangsaan menganjurkan pertandingan permainan tradisional
Melayu seperti Galah Panjang, Teng-Teng, Kaki Tempurung dan sebagainya. Hal ini akan
meningkatkan interaksi antara murid-murid pelbagai kaum sepanjang penganjuran aktiviti
sebegini dan memupuk perpaduan dalam diri murid-murid. Menurut Pang (2001), penglibatan
dalam aktiviti sukan antara penyumbang kepada pemupukan nilai kerjasama dan perpaduan
antara kaum di Malaysia. Nilai-nilai murni seperti semangat menghargai warisan negara dapat
diterapkan melalui permainan sukan tradisional. Selain itu juga, murid-murid juga dapat
mengetahui jenis permainan tradisional yang dimainkan oleh kaum lain. Misalnya, masyarakat
Cina kebiasaannya sinonim dengan permainan Mahjong, Xiang Qi dan Yoyo Cina manakala
masyarakat India pula sinonim dengan permainan Kho-kho, Chaturanga dan Kabadi. (Zaid
Ahmad et all, 2006). Oleh itu, perasaan kebersamaan dan semangat kekitaan dapat dipupuk
dan disematkan dalam diri murid-murid ketika memainkan permainan tradisional kaum yang
berbeza. Maka, kesedaran kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan guru dan murid dapat
ditingkatkan.

3.2 SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN


Di samping itu, penganjuran Sambutan Hari Kemerdekaan yang melibatkan semua murid
yang terdiri daripada pelbagai kaum pada peringkat sekolah adalah satu pendekatan yang
berkesan dalam meningkatkan kesedaran sosiobudaya dalam kalangan warga sekolah.
Antara aktiviti yang dianjurkan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ialah Kayuhan
Merdeka, Pertandingan Melukis Poster, Pertandingan Pakaian Tradisional Kaum dan
sebagainya. Pertandingan yang dianjurkan disertai oleh murid-murid yang terdiri daripada
pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India yang dapat memupuk semangat perpaduan
antara kaum dalam diri murid-murid. Murid juga memahami budaya kaum lain melalui
penganjuran pakaian tradisional yang menuntut mereka berpakaian tradisional dengan
lengkap. Seterusnya murid juga dapat menghormati identiti kaum lain dan menyedari
kepelbagaian budaya yang membentuk Malaysia sebuah negara yang unik. Setiap aktiviti
yang dianjurkan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan meninggalkan kesan yang
mendalam dalam diri murid dan meningkatkan integrasi antara kaum di sekolah. P integrasi
antara kaum dapat diwujudkan apabila interaksi antara kaum berlaku secara berterusan.
(Asma Abdullah, 2003).

2
3.3 PEMBELAJARAN BAHASA ARAB

Selain itu, sekolah juga menganjurkan kelas pembelajaran Bahasa Arab kepada murid-murid
bukan hanya daripada kaum Melayu sahaja malahan kaum Cina dan India juga turut
mengambil bahagian dalam kelas ini. Mempelajari Bahasa Arab dapat mendedahkan kepada
kita tentang khazanah ilmu pengetahuan yang luas dan meningkatkan kemahiran komunikasi
dalam kehidupan seharian. Pembelajaran Bahasa Arab oleh murid Cina dan India dapat
meningkatkan kefahaman mereka mengenai adat dan budaya masyarakat Melayu yang
sinomin dengan Bahasa Arab. Sebagai contohnya, orang Islam membaca doa sebelum
makan dan masyarakat bukan Islam yang mendengar doa tersebut tidak berasa pelik dan
curiga akan doa tersebut. Bahasa Arab digunakan dalam pertuturan harian murid Melayu
seperti mengucapkan salam, memanjatkan kesyukuran kepada Allah dan sebagainya. Oleh
itu, murid bukan Islam dapat menghormati pengamalan ajaran agama Islam oleh murid lain
dengan lebih menyeluruh dan dapat meningkatkan kesedaran kepelbagaian sosiobudaya di
sekolah. Hal ini juga dapat menangkis tanggapan murid bukan Islam mengenai Bahasa Arab
yang dimomokkan oleh media sebagai Bahasa pengganas.

4.0 AMALAN PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

Pengurusan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting dalam
pengajaran dan pembelajaran pada masa kini apatah lagi sekiranya melibatkan kepelbagaian
latar belakang etnik. Iklim dan budaya sekolah merupakan elemen yang penting dalam
memastikan persekitaran bilik darjah yang kondusif dan harus diberikan perhatian oleh guru.
Menurut Noriati et all. (2011), persekitaran pembelajaran yang kondusif akan dapat
menggalakkan aktiviti intelektual, menggalakkan persahabatan, kerjasama dan sokongan di
samping menggalakkan pembelajaran murid.

Mesra menggambarkan keselesaan, keceriaan dan kegembiraan. Kemesraan wujud


dan terjalin apabila manusia berhubungan. Dalam berhubungan, nilai-nilai murni menjadi
pegangan dan amalan, lalu terbina persefahaman, toleransi dan hormat-menghormati.
Kesimpulannya mesra budaya ialah perlakuan atau amalan yang mendatangkan keselesaan
dan kegembiraan. Dalam konteks bilik darjah, keselesaan dan kegembiraan itu diwujudkan
oleh guru dan murid melalui perlakuan yang positif sewaktu berlangsungnya proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu membina persekitaran bilik darjah yang penyayang,
menyokong serta inklusif bagi membolehkan mereka belajar dan sudi menerima perbezaan
dalam persamaan antara mereka.

3
4.1 PENGURUSAN PERSEKITARAN FIZIKAL
Persekitaran fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana ia boleh
menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Persekitaran bilik darjah yang teratur
merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Suasana fizikal bilik darjah
adalah penting bagi pembelajaran kerana suasana bilik darjah yang teratur merupakan
sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria
mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid (Ismail & Subki, 2010).
Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek seperti susunan dan reka
bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, ruang atau sudut
pembelajaran, ruang pada dinding, pengcahayaan, pengudaraan dan perabot serta
kebersihan. Di samping itu, pengurusan bilik darjah juga termasuk menunjukkan sikap positif
terhadap sekolah dan pembelajaran secara umum.

Dalam menyusun kerusi dan meja murid, guru perlulah memastikan semua murid
dapat dilihat oleh guru tanpa sebarang gangguan. Susunan bilik darjah yang baik seharusnya
membolehkan guru memerhati semua pelajarnya dan seterusnya dapat mengendalikan bilik
darjah dengan mudah. Susunan kerusi hendaklah mudah diubah dan disusun sesuai
mengikut suasana dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Susunan meja juga perlulah
disusun secara berkumpulan dan perlu ditukar mengikut aktiviti yang dijalankan bagi
membuka peluang kepada murid untuk bercampur dengan semua rakan sekelas. Guru perlu
menyusun atur tempat duduk semula murid-murid di dalam bilik darjah supaya terdapat
kesamarataan taburan antara murid-murid dari pelbagai kumpulan bangsa bagi memupuk
perpaduan dan jati diri Malaysia (Noriati et.all, 2011). Guru juga perlulah mengambil kira aspek
keselesaan dan halangan yang dihadapi oleh setiap murid.

Susunan perabot dan peralatan pengajaran dan pembelajaran perlu disesuaikan


dengan suasana dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu memastikan susunan
perabot yang telah disusun tidak menyempitkan ruang. Kemudahan peralatan TMK (ICT)
yang disediakan di dalam bilik darjah perlu diletakkan di sudut yang sesuai dengan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Menurut Ismail & Subki, (2010), aspek kebersihan dan
keindahan bilik darjah juga merupakan elemen yang perlu diberi perhatian dalam pengurusan
fizikal bilik darjah. Hiasan kelas perlu diberikan peluang kepada murid dalam merangka dan
menghias kelas mereka mengikut keselesaan mereka yang sesuai dengan pengajaran abad
21 pada masa kini. Melalui amalan ini, guru dapat memupuk rasa tanggungjawab dalam
kalangan murid dan murid juga akan berasa dihargai dan dipercayai.

4
Guru perlu mewujudkan satu sudut pembelajaran dan ruang bacaan dalam bilik
darjah. Sudut-sudut pembelajaran dan bacaan adalah penting dalam mewujudkan
persekitaran yang mesra budaya. Bilik darjah juga sepatutnya menjadi tempat di mana
berlakunya galakan budaya membaca dalam kalangan murid dan dapat membantu
perkembangan intelek murid. Di samping itu, terdapat sudut-sudut bacaan seperti buku cerita
dan majalah pendidikan. Selain daripada sudut-sudut yang biasa, guru juga boleh
mewujudkan sudut baru seperi sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut
ini bertujuan memberi pengetahuan kepada murid-murid mengenai pelbagai agama, adat
resam, kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini.

Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual, jadual bertugas, carta organisasi,
pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, kata-kata motivasi, termasuk kemudahan
penggunaan laman web, komputer dan CD dan LCD sehingga melahirkan pembudayaan bilik
darjah yang kondusif. Hasilnya wujud suasana bilik darjah yang harmonis, ceria dan semangat
kepada murid dan guru untuk berada lebih lama di dalam kelas kerana terasa seolah-olah
berada dalam sebuah rumah sendiri. Ini akan mewujudkan perasaan saling berkerjasama,
kekitaan dan semangat berdikari iaitu bersama berusaha memajukan diri dan kumpulan
secara kolektif.

4.2 PENGURUSAN SOSIO-EMOSI


Pengurusan sosio-emosi yang baik berupaya membangkitkan dan mengekalkan minat
seseorang murid kearah mencapai matlamat termasuk minat, sikap dan tingkah laku terhadap
pembelajaran mereka. Menurut Woolfolk (2004), motivasi atau kuasa
dalaman akan membangkitkan, mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku murid.
Sebagai seorang guru yang prihatin, emosi murid harus diurus dengan efektif supaya emosi
mereka sentiasa stabil untuk meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, guru boleh memberikan peneguhan positif kepada murid bagi
menggalakkan penglibatan aktif murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.
Misalnya, pujian dan galakkan boleh diberikan kepada murid bagi mendorong mereka supaya
terus terlibat dalam aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah. Galakan yang sesuai dilaksanakan
ialah pemberian ganjaran dalam bentuk hadiah atau token ekonomi yang dapat meningkatkan
motivasi intrinsik dalam diri murid-murid. Menurut Marshall (2002), peneguhan positif penting
bagi menambah kebarangkalian respons daripada murid manakala peneguhan negatif pula
boleh membawa kesan yang tidak menyeronokkan kerana emosi murid sedikit sebanyak akan
terganggu apabila dikenakan hukuman oleh guru.

5
Disamping itu, guru harus mengurus emosi murid dengan berkesan supaya mereka
dapat menerima hakikat terhadap kekuatan dan kelemahan diri. Misalnya, guru tidak boleh
memalukan murid di hadapan kelas sekiranya murid tersebut mendapat keputusan
peperiksaan yang tidak baik. Hal ini boleh mengakibatkan murid tersebut berasa malu kepada
rakan-rakan yang lain dan berasa seolah-olah diperkecilkan oleh guru. Sebaliknya, emosi
murid harus diurus dengan penuh bijaksana supaya mereka tidak berada dalam keadaan
negative minded (Nieto, 2002). Solusi kepada permasalahan ini ialah guru mengamalkan
kepimpinan demokrasi dengan tidak terlalu mengongkong murid dan mengambil berat
keperluan fisiologi dan akademik murid. Hal ini akan mewujudkan hubungan yang positif
antara guru dan murid. Guru boleh menggunakan pendekatan asertif dan berpusatkan murid
ketika proses pengajaran dan pembelajaran bagi menilai tahap kefahaman murid berkenaan
sesuatu tajuk pembelajaran.

4.3 PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah aspek penting yang perlu diberi perhatian
supaya pembaziran waktu dapat dielakkan. Menurut Davis (2006), guru berperanan sebagai
pendidik, pemudahcara, pembimbing, penilai dan pendorong kearah kecemerlangan murid.
Hal ini akan meningkatkan tahap profesionalisme guru dalam aspek kebolehan mencorak
kualiti pengajaran dan mencorak perkembangan murid dalam mengendalikan proses
pengajaran. Selain itu, pembelajaran hendaklah selaras dengan objektif pembelajaran yang
telah digariskan menurut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) iaitu apa
yang mesti dikuasai oleh murid. Pembelajaran yang dijalankan juga berupaya mencabar
kemahiran kognitif, psikomotor dan afektif murid bagi mengembangkan potensi diri mereka.
Objektif yang dirancang perlulah jelas dan realitistik untuk dicapai oleh murid yang terdiri
daripada pelbagai budaya dan latar belakang. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan akan menjayakan proses penyampaian ilmu pengetahuan, kemahiran,
nilaidan sikap yang membawa kepada perubahan kepada tingkahlaku murid.

Di samping itu, teknik dan kaedah yang diimplimentasikan mestilah sesuai dengan
kumpulan sasaran. Hal ini kerana murid mempunyai kesediaan belajar yang berbeza dan guru
haruslah menangani perbezaan murid dengan bijak. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
juga perlulah melibatkan interaksi murid pelbagai budaya supaya murid mengenali pelbagai
kebudayaan yang lain (Noriati et all, 2011). Akhir sekali, guru melakukan penilaian kendiri bagi
memastikan penambahbaikan dapat dijalankan pada sesi pengajaran yang akan datang. Bagi
peringkat pelaksanaan, penyampaian pengajaran berdasarkan objektif yang dirancang
perlulah dipatuhi dan berpadukan kepada sukatan pelajaran murid. Guru juga haruslah

6
memberikan motivasi yang bersesuaian kepada murid supaya mereka memahami perbezaan
diantara dan menghormati antara satu dengan yang lain.

5.0 KESIMPULAN
Secara tuntasnya, pihak sekolah haruslah mengembleng tenaga dalam memupuk kesedaran
kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan murid. Penganjuran aktiviti berimpak tinggi yang
melibatkan penyertaan semua kaum adalah perlu bagi menanamkan semangat perpaduan
dan integrasi nasional dalam sanubari murid-murid. Selain itu juga, pihak sekolah haruslah
mewujudkan amalan pengurusan bilik darjah yang mesra budaya supaya murid dapat
menyerap ilmu pengetahuan ketika sesi pengajaran dengan pembelajaran dengan lebih
berkesan. Bilik darjah mesra budaya yang meliputi aspek pengurusan persekitaran fizikal,
pengurusan persekitaran sosio-emosi dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang
dapat mewujudkan suasana harmoni dalam bilik darjah dan mendorong murid untuk
melibatkan diri dalam proses pembelajaran.

6.0 RUJUKAN

Asma Abdullah (2003). Understanding Multicultural Malaysia. Petaling Jaya: Pearson

Prentice Hall.

Chew Fong Peng (2008). Budaya dan Masyarakat Berbilang Kaum di Malaysia. Kuala

Lumpur: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Che Su & Rasilah Rosdi (2005). Budaya Masyarakat Malaysia. Sintok: Penerbit Universiti
Utara Malaysia

Davis (2006). How to Teach Students who don’t Look Like You: Culturally Relevant Teaching
Strategies. CA: Corwin Press.

Dunn et all. (2000). Practical Approaches to Using Learning Styles in Higher

Education. Westport: Bergin & Garvey.

Marshall (2002). Cultural Diversity in Our Schools. Belmont, CA: Wadsworth Publishing
Company.

Nieto (2002). Language, Culture and Teaching: Critical Perspective for a New Century. New
Jersey: Lawrence Erlbaum Associates.

7
Noriati et all. (2011). Budaya dan Pembelajaran. Selangor: Penerbitan Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Pang (2001). Multicultural Education: A Caring- Centered, Reflective Approach. Boston:


McGraw Hill.

Sharifah (2000). Keberkesanan Sekolah: Suatu Perspektif Sosiologi. Serdang: Percetakan


Universiti Putra Malaysia

Ismail & Subki (2010). Budaya dan Pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Woolfolk (2004).Educational Psychology, (9th ed). New Jersey: Prentice Hall

Zaid Ahmad et al. (2006). Hubungan Etnik di Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

You might also like