You are on page 1of 3

LAPORAN PROGRAM LAJNAH TAFAQQUH & DAKWAH (APRIL)

Umum mengetahui bahawa sepanjang bulan April, Lajnah Tafaqquh & Dakwah
telah mengadakan pelbagai program bagi mengimarahkan dan menceriakan Surau
Nurul Iman. Program yang dijalankan pada hari Rabu minggu pertama ialah kuliah
Tajwid yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad. Pada minggu kedua pula Kuliah Fiqh
diadakan pada 6 April dan disampaikan oleh Ustaz Shahir dengan Kitab Idaman
Penuntut yang dibekalkan secara percuma kepada para pelajar IPG Kampus Perlis.
Diikuti dengan kuliah Tauhid yang disampaikan oleh Ustaz Azam pada 7 April 2015
dan kuliah Maghrib seterusnya yang disampaikan oleh Mahasiswa Pendidik, saudara
Muhammad Faiz Bin Mazlan pada hari Rabu 8 April 2015. Manakala pada hari Khamis
pula diadakan bacaan Yasin yang dipimpin oleh ahli Persatuan Guru Pelatih Islam
(PGPI). Seterusnya, pada hari Jumaat, 10 April 2015 tepat jam 7.45 pagi diadakan
Kuliah Dhuha yang disampaikan oleh pensyarah daripada JAPIM, Ustaz Muhammad.

Selain itu, sebagai pembukaan kuliah pada minggu kedua Ustaz Shahir
meneruskan ceramah dengan kitab Idaman Penuntut dan pada hari Selasa 14 April
pula kuliah Maghrib disampaikan oleh Tuan Pengarah IPG Kampus Perlis, Tuan Haji
Anwar Bin Ahmad dan KULTUM (Kuliah Tujuh Minit) pada 11 Mac dimulakan dengan
kuliah yang disampaikan oleh Ahli Lajnah Tafaqquh dan Dakwah, Izzuddin Bin Sukiat.
Pada hari Khamis pula seperti biasa diadakan bacaan Yasin selepas solat Maghrib.
Pada 17 April 2015 jam 7.45 pagi diadakan Kuliah Dhuha yang yang disampaikan oleh
Pensyarah JAPIM yang mana mendapat sambutan yang penuh daripada mahasiswa
pendidik dengan kehadiran yang memenuhi Surau Nurul Iman.

Kemudian, pada 19 April 2015, sekali lagi diteruskan dengan kuliah yang
disampaikan oleh Presiden Persatuan Guru Pelatih Islam, PGPI Ibnul Mawardee bin
Ishak . Seterusnya, diadakan pula Kuliah Maghrib oleh Ustaz Azam yang
membicarakan tentang kitab Aidatun Najin pada 21 April. Seterusnya, KULTUM juga
dilaksanakan pada 22 April yang disampaikan oleh saudara Akmal bin Yaacob. Pada
Khamis 23 April selepas Solat maghrib diadakan pula bacaan Yasin. Seterusnya pada
27 dan 28 April Kuliah Maghrib disampaikan oleh Mahasiswa Pendidik IPG Perlis oelh
sebab kekangan para penceramah. Manakala pada 30 April bacaan Yasin selepas
Solat Maghrib diadakan seperti biasa.

Alhamdulillah program yang dirancangkan sepanjang bulan April ini berlangsung


dengan jayanya dengan kerjasama yang utuh daripada seluruh guru pelatih Islam
terutamanya ahli PGPI. Semua ahli PGPI telah dibahagikan mengikut tugasan masing-
masing yang mana proses persediaan kesemua program telah bermula seawal sesi
persekolahan bagi tahun 2015. Segala persiapan telah dipantau oleh ahli Majlis
Tertinggi PGPI dan ahli jawatankuasa protokol yang di ketuai oleh Lajnah Tafaqquh dan
Dakwah. Namun demikian, tiada program berkala yang di jalankan pada bulan April
oleh sebab tuntutan masa yang tidak mengizinkan. Walaubagaimana pun diharap agar
program seperti ini dapat teruskan pada masa hadapan untuk memeriahkan Surau
Nurul Iman yang menjadi jantung kepada IPG Kampus Perlis ini dan seterusnya
mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama warga muslim kampus. In syaa Allah.
Disediakan oleh:

____________________________________

(NUR FITRAHANA BINTI MOHAMAD FAUZI)

Setiausaha,

Lajnah Tafaqquh dan Dakwah,

Persatuan Guru Pelatih Islam,

Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.

Tarikh: 30 April 2015.

You might also like