Minit Mesyuarat Panitia BM Kali Ke3 (2019)

You might also like

You are on page 1of 4

Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu

Sekolah Kebangsaan Gangsa, Durian Tunggal, Melaka


Kali Ketiga Sesi 2019

Hari : Rabu
Tarikh : 13 November 2019
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik mesyuarat
Kehadiran : 1) En.Azhar b.Ayob (GPK 1)
2) Pn.Hjh.Anum bt.Umat ( KP BM , 6Z, 4N )
3) YM Raja Khairuddin b.Raja Majid ( S/U BM, 5K , 4K )
4) Pn.Nazariah bt.Sahak ( 6I ,5Z )
5) Pn.Azila bt.Abd.Latip ( 6K, 3Z )
6) Pn.Mazlin bt.Mohd.Yunus ( 6N , 2K )
7) En.Mohd.Arif b.Abd.Razak ( 5N , 2Z )
8) En.Saifullizan b.A.Hadi ( 5I , 3N )
9) Pn.Norailezah bt.Nordin ( 4Z , 1K )
10) Pn.Faezah bt.Mohammad ( 2I , 1I )
11) Pn.Roslinda bt.Abdullah ( 2N , 1N )
12) En.Mohd.Zakian b.Ahamad ( 4I )
13) Pn.Nor Azlina bt.Kassim ( 3I )
14) En.Ardy Afendy b.Ahmad ( 3K )
15) Pn.Rashidah bt.Abdissalam - Guru Kelas Pemulihan
1.0 Ketua Panitia mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli jawatankuasa
panitia dan GPK 1 selaku wakil pentadbir.

2.0 Ucapan daripada GPK 1, En.Azhar b.Ayob :


2.1 Berharap perbincangan akan memberi perhatian kepada pencapaian PKSR 2
murid Tahun 4 dan 5. Termasuk intervensi kelemahan khususnya gred E. KP
diminta menghantar laporan bagi intervensi sebelum sesi persekolahan dibuka
untuk tahun hadapan.
2.2 Pastikan TOV dan ETR disemak sebelum 18 Nov.2019.
2.3 Ambil perhatian pada fungsi papan kenyataan dalam kelas. Dapatan murid dan
aktiviti yang boleh mereka lakukan.
2.4 Memastikan laporan setiap aktiviti difailkan.
Tindakan : Semua AJK

3.0 Pengesahan minit mesyuarat - Pn.Mazlin bt.Md.Yunus


Sokongan - Pn.Roslinda Abdullah.

4.0 Bangkitan mesyuarat :


4.1 En.Saifullizan meminta respons daripada GPK 1 tentang agenda 2.4 iaitu lawatan
penanda aras. GPK 1 menyatakan kemungkinan untuk merealisasikannya pada
tahun hadapan, ke sekolah terdekat yang memenuhi kriteria ditetapkan.
Tindakan : Pentadbir
4.2 Pn.Mazlin meminta agenda 5.1.2 dirujuk. Fasilitator bagi ‘Teacher Sharing
Session’ hanya melibatkan En.Adnan b.Isenin. Bangkitan diterima kerana
Pn.Roszaidah bt.Musa tidak dapat hadir bersama-sama pada tarikh berkenaan.
4.3 GPK 1 meminta agenda 5.2.2 dan 5.2.3 dirujuk serta maklum balas berkaitan.
4.3.1 KP menjawab bagi pihak guru-guru Tahun 4, intervensi dijalankan
sepenuhnya seperti yang dirancang.
4.3.2 Pn.Nazariah menjawab bagi pihak guru Tahun 5, intervensi Tahun 5
iaitu menyediakan sudut PAK, berjalan lancar di keempat-empat bilik
darjah. Manakala intervensi penyediaan latihan sewaktu program
NILAM, tidak sepenuhya terlaksana memandangkan ada dalam
kalangan murid Tahun 5 benar-benar memerlu dan menggunakan masa
tersebut untuk kemahiran membaca.
4.4 KP meminta SU panitia melaporkan perjalanan aktiviti Minggu Bahasa dengan
merujuk agenda 5.2.7. SU melaporkan bahawa keempat-empat pertandingan
(Pertandingan Berpantun, Mendeklamasi Sajak, Syarahan dan Teater Pembaca)
yang dirancang, berjaya dijalankan walaupun ada perubahan tarikh pelaksanaan
tetapi masih dalam minggu yang sama.

5.0 Hal-hal lain :


5.1 KP meminta semua guru meneliti analisis Peperiksaan Percubaan UPSR 2019
(rujuk Lampiran 1). Setakat hujung Julai, data menunjukkan 9.8% atau 11 orang
murid Tahun 6, gagal menguasai Kertas 1 dan 16 orang murid daripada 112,
gagal menguasai Kertas 2.
5.2 Antara intervensi yang dibincangkan dalam mesyuarat Tahun 6 termasuklah
bimbingan dalam kelompok kecil dan melatih kesediaan murid melalui siri ujian
gerak-gempur.
5.3 Analisis PKSR 2 bagi Tahun 5 (rujuk Lampiran 2), mencatat jumlah 5 orang
murid mendapat gred E bagi Kertas 1 (4.3%) manakala 17 orang gred E bagi
Kertas 2 (14.5%) daripada 118 orang jumlah keseluruhan murid Tahun 5. Data
yang dianalisis merupakan TOV bagi murid Tahun 6 tahun 2020.
5.4 Intervensi yang dibincang dan dicadangkan ialah penekanan latihtubi melalui
program MBMMBI untuk memperbanyak latihan bahagian yang dikenal pasti
perlu disediakan tahun hadapan.
5.5 Analisis PKSR 2 bagi Tahun 4 (rujuk Lampiran 2), mencatat jumlah 14 orang
murid (11.02%) tidak lulus Kertas 1 manakala 44 orang murid (34.65%) daripada
jumlah keseluruhan 127 orang murid tidak lulus Kertas 2.
5.6 Intervensi yang dicadangkan, latihtubi yang bertumpu, memperbanyak bimbingan
dalam kelompok kecil dan buku kerja khas utnuk Kertas 2 perlu ada pada tahun
hadapan.
5.7 Sukatan pelajaran semakan baharu Tahun 4 untuk tahun hadapan, kursus telah
dihadiri oleh YM Raja Khairudin b.Raja Majid pada bulan Ogos. Kursus dalaman
akan dijalankan pada awal tahun hadapan oleh guru berkenaan.

KP mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua ahli jawatankuasa bagi menjayakan
program-program sepanjang tahun ini. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

You might also like