You are on page 1of 5

ULASAN BUKU

TAJUK : KAEDAH JIBRIL: TEKNIK MUDAH DAN PRAKTIKAL MENGHAFAZ AL-QURAN

PENULIS: MOHAMMAD ASRAFF AYOB AL-HAFIZ

PENERBITAN : PTS DARUL FURQAN SDN BHD

TAHUN : 2011

BAB PENDAHULUAN

Penulis buku ini adalah seorang penghafal al-Quran dan berpengalaman dalam pengajaran bidang
hafazan al-Quran. Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman beliau mengajar kaedah Jibril.

Penulis memberi suntikan semangat bagi mendalami ilmu hafazan al-Quran menggunakan kaedah
Jibril.

BAB SATU

Penulis meyakinkan bahawa menghafal al-Quran adalah mudah jika menggunakan teknik yang betul
dan matlamat yang jelas. Penulis mengisahkan pengalaman hidup sebagai pelajar tahfiz al-Quran
untuk dijadikan panduan dan motivasi.

BAB DUA

Penulis menjelaskan manfaat daripada kebaikan menghafal al-Quran untuk di dunia dan akhirat.

Antaranya ialah mengamalkan Sunnah Rasulullah, Ahlullah dan Ahli Syurga.

BAB TIGA

Penulis berkongsi maklumat tentang potensi otak, cara otak berfungsi dan manfaatnya ke atas
kehidupan manusia berdasarkan kajian para pengkaji otak seperti pakar pendidikan, ahli psikologi,
ahli biologi dan pakar neoro-fisiologi.

BAB EMPAT

Penulis menjelaskan syarat mempraktikkan Kaedah Jibril :


- menguasai asas tajwid

- bacaan perlu mencapai piawai bacaan Qari al-Quran terkemuka.

- berusaha bersungguh tanpa kenal putus asa

- niat kerana Allah SWT

BAB LIMA

Penulis menerangkan teknik pertama menghafaz al-Quran mengikut Kaedah Jibril iaitu Teknik Hafal 3
Ayat untuk satu hari. Tujuannya ialah lebih praktis, disiplin diri, menjimatkan masa dan mudah
mencapai matlamat.

BAB ENAM

Penulis menyarankan proses menghafal dalam masa 30 minit :

- baca dengan melihat teks 3 kali

- memahami maksud setiap baris

- hafal 3 baris secara berulang tiga kali

- Hafalan dan penggabungan setiap baris ayat hinga 3 ayat

- Pengukuhan dalam solat

BAB 7

Teknik seterusnya ialah 3 kali ulangan setiap kali sebelum/ketika/selepas solat fardhu:

- Sebelum: 10 hingga 15minit menghafal 3 baris ayat sebelum solat Subuh.

- Semasa : Uji hafalan ketika solat (baca-ulang-kenalpasti kelemahan)

- Selepas: 3 baris ayat tersebut dijadikan zikir selepas solat secara berulang-ulang.

BAB 8

Teknik menghafal seterusnya ialah Serampang tiga mata:

- Serampang 1 - Menghafal 5 hari sahaja ( 3 baris ayat X 5 hari = 15 baris ayat)


- Serampang 2- Hujung minggu sebagai hari mengulang. ( 8 baris ayat + 7 baris ayat= 15 baris ayat )

- Serampang 3 - Empat muka al-Quran sebulan (15 baris ayat = 1 muka X 4 minggu= 4 muka sebulan)

BAB 9

Penulis mencadangkan 10 surah popular untuk dihafal. Bilangan mukasurat ialah 26 muka dan 382
baris . (26 muka /4 muka sebulan = 6 bulan 2 minggu)

Teknik menghafal 10 surah popular :

- Surah Yassin - Mudah dihafal kecuali 3 ayat yang hampir sama iaitu ayat 29,49 dan 53.
Tumpukan hafalan kepada 3 ayat ini sahaja.

- Surah As-Sajdah- Tumpukan kepada ayat 25 dan 28 yang hampir sama. Dibaca semasa solat subuh

pagi Jumaat untuk sujud Sajadah.

- Surah al-Insan- Hayati maknanya dengan tepat(Tentang syurga). Dipraktikkan bersama surah
As-Sajdah semasa Solat Subuh pagi Jumaat (Sujud Sajadah)

- Surah al-Mulk- Tumpukan pada dua tempat yang mengelirukan (ayat 16-17) dan( ayat 20- 21).
Ulang surah ini semasa hendak tidur (Sunnah Rasulullah)

- Surah ar-Rahman- “Fabi aiyi aalaa -I roobikuma tukazziban” berulang 31 kali. Tuliskan susunan

ayat selepasnya tanpa 31 ayat yang berulang.

- Surah al-Muzammil - 19 ayat pertama adalah pendek dan mudah dihafal. Ayat terakhir agak
panjang dan terdapat perkataan sama diulang dua kali. Disaranlkan membaca dengan alunan irama
suara yang lunak.

- Surah al-Jumu’ah - dibaca semasa solat Jumaat mengikut Sunnah Rasulullah. Isikandungan
adalah saranan bekerja mencari rezeki. Panjangnya satu setengah mukasurat. Ia mudah dihafal

- Surah al-Qiamah - Surah dibaca ketika qiamullail. Isikandungan tentang hari kiamat, teknik hafal
Rasulullah dan pembesaran manusia. Ayatnya pendek dan mudah dihafal.

- Surah al-Waqiah - mencegah kemiskinan. Surah ini mencabar sesiapa yang menghafalnya.

Untuk memudahkan perlu fokus untuk ayat 57,63, 68 dan 71.

- Surah Dukhan- mempunyai 3 mukasurat dan ayatnya pendek namun mudah keliru. Diamalkan
dalam solat untuk mengukuhkan hafalan.

Permulaan untuk menghafal:

- dilakukan secara santai, sedikit dan tidak laju.

BAB 10
Membincangkan 10 persoalan isu penghafalan:

1. Terlupa ayat yang dihafal ketika bacaan dalam solat

2. Kaedah Jibril

3. Hafal lebih 3 baris dalam sehari

4. Hukum menghafal bagi wanita sedang haid

5. Saranan untuk penghafal yang sudah bertambah

Saranan yang dibuat sangat membantu bakal penghafal atau yang sedang menghafal untuk
meneruskan usaha untuk menghafal.

BAB 11

Gangguan dan halangan semasa berusaha untuk menghafal:

I. Tidak fasih membaca al-Quran

II. Kekurangan masa

III. Faktor Umur

IV. Takut lupa

Saranan penulis :

I. Menghindar bisikan syaitan yang melemahkan dan yakin hafalan boleh membaiki kefasihan
menyebut ayat al-Quran

II. Menguruskan masa dengan baik dan sistematik

III. Mengikut Sunnah Rasulullah walaupun telah berusia

IV. Berfikiran positif dan sentiasa mengulangi ayat hafalan

BAB 12

Pintu penting untuk menghadapi cabaran pertama menghafal ialah :

- Pintu Hati : Yakin dan Ingat kalimah ‘Laa Haula walaa quwata illa billah”

- Pintu Sabar : sentiasa berfikiran optimis dan positif bagi mengekalkan semangat.

BAB 13
Kaedah hafalan mantap bagi yang serius dan fokus:

- Menggunakan teknik pembelajaran seperti pembelajaran visual, audio dan kinestetik bagi
memahami dan merakam apa yang dipelajari.

Rumusan:

Buku yang nipis dan ringkas ini sangat bermanfaat kepada umat Islam terutama bagi yang berazam
untuk memulakan hafalan dan juga bagi penghafal yang sedang dalam perjuangan menyelesaikan
hafalan. Tip-tip yang diberikan sangat sesuai dan mudah diamalkan dalam zaman yang sangat
mencabar dan sibuk ini.

You might also like