You are on page 1of 8

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)

SEKOLAH KEBANGSAAN MERU 2, KLANG

DENGAN KERJASAMA

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN KLANG UTAMA, KLANG

KERTAS KERJA PROGRAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DI LUAR BILIK DARJAH

PROJEK KAPAL TERBANG


LAWATAN BERMAKLUMAT KE
KOTA KINABALU - KUNDASANG, SABAH

Tarikh : 18 – 21 Julai 2018


Hari : Rabu – Sabtu
Tempat : Kota Kinabalu – Kundasang, Sabah
Penglibatan : 18 orang murid PPKI
26 orang guru dan Ibubapa
KERTAS KERJA LAWATAN BERMAKLUMAT KE
KOTA KINABALU - KUNDASANG, SABAH
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SK. MERU 2 DAN SK. TAMAN
KLANG UTAMA

1.0 LATAR BELAKANG

Program Pendidikan Khas Integrasi SK Meru 2 mempunyai sebanyak tujuh(7)


buah kelas yang menempatkan seramai 54 orang murid-murid berkeperluan khas.
Kesemua murid berkeperluan khas ini terdiri daripada pelbagai jenis keupayaan seperti
Sindrom Down, Autisme, Slow Learner, Hyperactive, Cerebral palsy, Attention Deficit
Hyperactive Disorder (ADHD) dan lain-lain.
Tahap keupayaan yang berbeza bagi setiap murid memerlukan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai demi membantu mereka mendapat
pendidikan yang terbaik. Oleh yang demikian, perancangan untuk mengadakan lawatan
bermaklumat ini merupakan salah satu kaedah pembelajaran di luar bilik darjah yang
bermanfaat untuk memberi pendedahan kepada murid-murid PPKI tentang beberapa
perkara yang berkaitan dalam kehidupan mereka.
Justeru itu, semua peserta lawatan yang terpilih kali ini perlu menunjukkan
komitmen yang tinggi bagi menjayakan lawatan bermaklumat ini. Selain itu, lawatan
pada kali ini mempunyai kelainan berbanding pada tahun-tahun yang lepas kerana para
peserta lawatan akan dibawa menaiki pengangkutan udara iaitu kapal terbang. Lawatan
ini merupakan perancangan lawatan yang pertama dalam sejarah PPKI SK Meru 2
untuk membawa menaiki pengangkutan udara. Malahan lawatan kali ini juga
melibatkan sekolah Taman Klang Utama yang juga merupakan Sekolah
Kebangsaan yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi. Majoriti murid
PPKI sama ada dari SK. Meru 2 atau SK. Taman Klang Utama tidak mempunyai
pengalaman menaiki kapal terbang, justeru ini merupakan satu proses
pembelajaran yang terbaik dalam kehidupan mereka.
2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberi pengalaman istimewa kepada murid PPKI untuk menaiki


pengangkutan udara iaitu kapal terbang dan memahami fungsi dan
kepentingan pengangkutan kepada manusia.
2.2 Meningkatkan pengetahuan dalam ilmu geografi sesuatu tempat,
perkembangan sains dan teknologi serta pembangunan setempat.
2.3 Memberi peluang murid mempelajari dan merasai pengalaman kawasan
bercuaca sejuk di kawasan tanah tinggi.
2.4 Memberi pendedahan tentang budaya kehidupan masyarakat setempat,
mempelajari cara hidup flora dan fauna serta memupuk kesedaran dalam
menghargai alam sekitar.
2.5 Dapat membandingkan pengetahuan sedia ada dengan pengalaman baru
untuk diaplikasikan dalam kehidupan mereka.
2.6 Memberi peluang kepada murid PPKI untuk berinteraksi dan bersosial
dengan masyarakat.
2.7 Memberi peluang kepada masyarakat untuk melibatkan diri dengan individu
berkeperluan khas dan seterusnya menerima kehadiran mereka dalam
masyarakat.
2.8 Meningkatkan kemahiran sosial dan adaptif murid berkeperluan khas
supaya dapat belajar untuk berdikari demi persediaan masa depan mereka.

3.0 KUMPULAN SASARAN

3.1 Seramai 18 orang murid Pendidikan Khas Intergrasi Bermasalah


Pembelajaran. Murid-murid ini adalah terdiri daripada pelbagai kategori
iaitu :
 Autism
 Syndrome Down
 Cerebral Palsy
 Slow Learner
 Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)
 Lain-lain
3.2 Seramai 19 orang guru dan pembantu pengurusan murid (PPM) –
anggaran satu murid, satu penjaga (demi keselamatan dan penjagaan
secara terkawal)
3.3 Jumlah keseluruhan seramai 44 orang

4.0 TARIKH

Tarikh : 18 – 21 Julai 2018


Hari : Rabu – Sabtu

5.0 DESTINASI LAWATAN

a) Kota Kinabalu Sabah

 Pasar Filipina

b) Kundasang, Sabah

 Desa Cattle Dairy Farm


 Kinabalu Park
 Rumah Terbalik
 Jambatan Tamparuli
 PekanKundasang
6.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA:

6.1 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pn Norhayati binti Haron


Naib Pengerusi : Pn Nor Zuraihan binti Ismail
Penyelaras : Pn Roziah Bt Kassim
Setiausaha : Pn Raty Recto
Bendahari : Cik Fadilatun Binti Mohamad Saman

6.2 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengangkutan Udara : Pn Faizah binti Mohd Dom


Pengangkutan di Sabah : Pn Norhasimah binti Mohamed Salleh
Makanan dan Minuman : Pn Nurhaslinda binti Asmee
Penginapan : Pn Khalilah bt Ali
Keselamatan & Kecemasan : Pn Haswati bt Mat Said
Dokumentasi : Pn Maria Ulfah Mohyedin
Bayaran tiket & Kewangan : Cik Fadilatun Binti Mohamad Saman

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN & PENDAPATAN


7.1 Anggaran Perbelanjaan

7.1.1 Harga Tiket Pengangkutan Udara (Kapal Terbang - Pergi dan Balik)
44 orang X RM500 = RM 22,000
7.1.2 (Pengangkutan awam – bas persiaran & van di Sabah) = RM 6,000
7.1.3 (Pengangkutan pergi balik dari sekolah ke KLIA2 ) = RM 1000
7.1.4 Penginapan
2 Malam X 44 Orang X RM50.00 = RM 4,400
7.1.5 Makan Minum
3 Hari X 44 Orang X RM 20.00 = RM 2,640
7.1.6 Tiket-tiket
Anggaran semua tempat berbayar = RM 899.70

i. Desa Cattle Dairy Farm


a. Dewasa RM 5 X 25 org = RM 125
b. Kanak-kanak RM 3 x 19 org = RM 57
ii. Kinabalu Park RM 3 x 44 orang = RM 132
iii. Rumah Terbalik
a. Dewasa RM 10.60 x 25 orang = RM 265
b. Kanak-kanak RM 5.30 x 19 orang = RM 100.70
iv. Spa Ikan RM 5 x 44 orang = RM 220

7.2.5 Kecemasan & Kontigensi = RM 300.00

JUMLAH BESAR = RM 37,239.70

7.2 Anggaran Pendapatan

7.2.1 Murid - 19 orang X RM300.00 = RM 5,700


7.2.2 Guru & PPM - 25 orang X RM450.00 = RM 11,250
7.2.3 PCG = RM 1,500
7.2.4 Sumbangan Aktiviti PIBG = RM 1,500
7.2.5 Lain-lain (sumbangan individu dan organisasi) = RM 17,289.70
JUMLAH BESAR = RM 37,239.70
8.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKH / HARI MASA TEMPAT

4.00 pagi  Berkumpul di SK Danau Kota


4.30 pagi  Bertolak ke KLIA2
5.30 pagi  Dijangka sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur 2(KLIA 2)

18 JULAI 2018 09.15 pagi  Penerbangan dari KLIA2 – Kota Kinabalu


11.00 pagi  Dijangka sampai di Kota Kinabalu
(RABU) 12.00 tengah hari  Makan tengahari / Solat
 Bertolak ke Kundasang

3.30 petang
 Melawat Jambatan Tamparuli, Rumah Terbalik & Shah
4.00 petang
Bandar
6.00 petang
 Dijangka sampai di Pusat Latihan Islam Kundasang
 Check-in hostel
 Makan malam
 Rehat

6.00 pagi  Solat /Persiapan diri /Sarapan pagi


 Menaiki bas ke tempat lawatan
Desa Cattle Dairy Farm
19 JULAI 2018 Kinabalu Park
Pekan Nabalu
(KHAMIS) hingga Ladang Teh
Tagal Fish Massage – Sg Moroli

 Makan tengahari/Solat
 Pulang ke Chalet
6.00 petang  Solat/Makan malam
 Rehat

6.00 Pagi 
7.00 pagi
09.00 pagi
12.30 tgh hari
20 JULAI 2018 3.00 petang

(JUMAAT)
09.00 malam
11.30 malam
12.00 tengah
malam
02.00 pagi
 Solat /Persiapan diri /Sarapan pagi
 Bertolak ke Kota Kinabalu
 Melawat Pasar Filipina
21 JULAI 2018  Makan tengahari
 Solat di Masjid Negeri
(SABTU)  Bertolak ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu

 Penerbangan dari Kota Kinabalu – KLIA2

 Dijangka sampai KLIA2


 Bertolak ke SK Danau Kota
 Dijangka sampai di SK Danau Kota

9.0 PENUTUP
Diharap agar perancangan program lawatan bermaklumat ke Kota Kinabalu-
Kundasang, Sabah ini dapat direalisasikan hingga jayanya. Setinggi-tinggi harapan dan
doa kami agar terdapat ramai pihak yang berbesar hati untuk memberikan sumbangan
serta bantuan dalam pelaksanaan program ini demi memberikan sinar kegembiraan
untuk murid-murid berkeperluan khas kami.
Semoga pelaksanaan program ini dapat memberi pengetahuan, pengalaman
dan impak yang besar kepada murid-murid PPKI di samping dijadikan pengalaman yang
bermakna buat mereka semua.

Disediakan oleh;

RATY RECTO
(Setiausaha lawatan)

You might also like