You are on page 1of 26

-1-

KEAJAIBAN MATEMATIK
DALAM KEHIDUPAN
SEHARIAN

MUHAMMAD FAWWAZ UMAR


BIN ALFIAN
502

TEACHER NOR SUHAILAH BT. AZMI

-1-
-2-

KANDUNGAN
PENGHARGAAN

TUGASAN 1:
SITUASI
BAHAGIAN 1: (A)
(B)
RUMUSAN
BAHAGIAN 2: (A)
(B)
RUMUSAN
BAHAGIAN 3: (A)
(B)
(C)
RUMUSAN

TUGASAN 2:
SITUASI
BAHAGIAN 4:(A)
(B)
(C)
RUMUSAN
PENEROKAAN LANJUTAN

REFLEKSI

SUMBER RUJUKAN

RUBRIK KERJA

-2-
-3-

PENGHARGAAN

Diatas kejayaan saya menyiapkan tugasan yang diamanahkan ini,


Maka pertama sekali saya berbesar hati untuk memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga
kepada Allah s.w.t kerana mengizinkan kerja ini disiapkan,
Seterusnya saya ucapkans ekalung terima kasih
Yang tidak terhingga kepada ibubapa saya yang telah banyak membantu,
Khusunya dari segi material dan mental, masa dan nasihat.
Seterusnya tidak dilupakan guru matematik tambahan,
Tc. Nor Suhailah Bt. Azmi,
Yang telah memberikan pendedahan dan panduan untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya,
Serta kepada rakan-rakan yang telah membantu termasuk pihak-pihak yang tidak dinyatakan.

TERIMA KASIH :)

-3-
-4-

TUGASAN 1

SITUASI:

Andaikan anda merancang menabung selama 25 tahun bagi membeli sebuah rumah secara
tunai. Simpanan pertama adalah rm10 000 pada 22 tahun. Setiap tahun anda bercadang
meningkatkan simpanan sebanyak 10% supaya anda mempunyai jumlah simpanan
sekurang-kurangnya rm1 juta selepas 25 tahun. Inilah keajaiban bunga kompaun yang
menjadikannya sejenis pelaburan yang mengagumkan. Albert einstein telah mengatakan bahawa
bunga kompaun ialah salah satu keajaiban dunia.

-4-
-5-

BAHAGIAN 1:
(A) JELASKAN APA ITU BUNGA KOMPAUN.

Dalam kajian saya untuk mendapatkan beberapa maklumat mengenai bunga kompaun,
saya telah melayari beberapa laman sesawang di internet untuk mendapatkan info berkaitan
untuk menjelaskan tentang bunga kompaun dengan lebih mendalam.

Melalui laman-laman ini, beberapa maklumat telah saya peroleh antaranya;


 Albert Einstein, saintis terkemuka pernah menyatakan bahawa kuasa yang paling kuat di alam
semesta adalah prinsip penggabungan.
 Dalam pelaburan, ia dikenali dan dipanggil dengan nama bunga kompaun.
 Dalam konteks yang paling mudah, bunga kompaun akan memberikan kita
faedah daripada faedah pendapatan kita, menyebabkan wang kita berkembang
pada kadar yang semakin pesat.
 Selain itu, bunga kompaun juga merupakan salah satu cara penyimpanan wang
yang dapat menjadikan simpanan yang seseorang individu meningkat
pada kadar yang semakin pantas saban tahun.
 Dengan menggunakan bunga kompaun, seseorang boleh mendapat jumlah simpanan wang
terkumpul yang banyak selepas beberapa tahun yang dikira menggunakan formula J = P ×
(1+r)n

Albert Einstein juga menyatakan bahawa bunga kompaun merupakan salah satu daripada
keajaiban dunia.
 Bunga kompaun merupakan antara faktor utama kejayaan setiap individu yang tersenarai
dalam senarai Forbes 400 dan sesiapa sahaja boleh menerima manfaat dengan
mengaplikasikan penyimpanan wang berasaskan bunga kompaun dengan teliti dan berdisiplin.
 Benjamin Franklin, presiden amerika yang terkenal juga menjelaskan kepada orang bahawa
ia adalah cara terbaik dia tahu bagaimana untuk menjadi kaya.

Setelah membuat beberapa kajian, pada pandangan saya,


 Bunga kompaun merupakan satu kaedah untuk meningkatkan keuntungan atau kadar simpanan
dengan kadar yang akan meningkat saban tahun dengan menggunakan
prinsip keuntungan atas keuntungan.

 Dengan kata lain, kadar peningkatan keuntungan akan lebih ketara dalam jangka masa panjang
berbanding dengan keuntungan atau faedah biasa.

Graf Keuntungan Melawan Tahun


20000

15000

10000

5000

0
0 5 10 15 20 25 30 35

 Hal ini memberi manfaat yang besar kepada penyimpan tetapi ia lebih memerlukan
kepada ketekunan, kesabaran dan disiplin penyimpan itu sendiri.

-5-
-6-

BAHAGIAN 1:
(B) BAGAIMANA MATEMATIK DIGUNAKAN UNTUK MENGHITUNG BUNGA
KOMPAUN.

Secara mudah,
Untuk bunga kompaun, pertama sekali, kita perlu mengira keuntungan pertama, kemudian
tambahkannya
kepada jumlah keseluruhan seterusnya mengira keuntungan selepasnya. Sebagai contoh;
1000 1100 1210 1331

10% 10% 10% .

100 110 121


Pengiraan yang dilakukan adalah dilakukan satu persatu pada suatu masa
 Kirakan faedah (simpanan awal X kadar bunga) untuk dapat untung
 Tambah untung pada simpanan awal untuk dapat simpanan akhir
 Simpana akhir dijadikan simpanan awal untuk tahun seterusnya

Dengan matematik, kitaakan dapati bahawa satu formula dapat dirumuskan….

Menggunakan nilai diatas: RM1000 + (RM1000 × 10%) = RM1100


Jika disusun….
1000 + 1000 × 10%
1000 × 1 + 1000 × 0.1
1000 × (1 + 0.1)
1000 × 1.1

Hasilnya… Apabila kita terus ke tahun ke-3….. Dengan menggunakan


kuasa@ekspone
n
3
1000 1100 1210 1331 1000 × 1.1 ×1.1 ×1.1 = 1331 1000 × 1.1 =1331
×1.1 ×1.1 ×1.1

--------------------------------------------------FORMULA-----------------------------------------------
--
Setelah menggunakan nombor, cuba kita gantikan nilai dengan huruf untuk membuat
formula…
3
1331 = 1000 × 1 .1 3
1331 = 1000 × 1 0.1
J = P × (1+r)n
Dengan mewakilkan J=jumlah, P=simpanan awal, r =kadar bunga, n =bilangan tahun

Formula yang dihasilkan merupakan formula bagi bunga kompaun

-------------------------------------------PENGIRAAN------------------------------------------
Katakan jika kita menggunakan simpanan awal sebanyak RM1000,
Dengan simpanan selama 25 tahun dengan bunga kompaun pada kadar 15%.
Maka… RM1000 × 1 . 125 = RM10835

-6-
-7-

RUMUSAN BAHAGIAN 1:

Sebagai rumusan, saya amat bersetuju dengan pernyataan Albert Eistein suatu masa dahulu
bahawa bunga kompaun, atau secara bahasa mudahnya, prinsip faedah atas faedah merupakan
salah satu daripada keajaiban dunia. Hal ini kerana nilai wang simpanan dalam suatu tempat
simpanan seperti bank dengan kadar bunga kompaun tetap dapat meningkatkan jumlah wang
simpanan pada kadar faedah yang semakin meningkat seiring dengan masa bagi seseorang individu
tanpa perlu menambah atau mengurangkan wang dalam simpanan. Malah nilai wang simpanan
yang menggunakan bunga kompaun selepas beberapa tahun tertentu dapat dikira menggunakan
formula yang mudah untuk difahami dan digunakan. Justeru, ini memudahkan penyimpan untuk
meramal nilai simpanan mereka setelah selang masa yang tertentu. Pada masa kini juga, bunga
kompaun atau nama lainnya faedah terapung telah banyak digunakan oleh bank di negara kita
untuk menarik penyimpan untuk membuka akaun mereka di bank. Hal ini adalah selari dengan
kesedaran dan kefahaman rakyat di negara kita yang semakin meningkat terhadap kepentingan
bunga kompaun dengan berlakunya peningkatan penduduk yang membuka akaun simpanan mereka
di bank saban tahun.

Selain itu, bunga kompaun juga sebenarnya mengajar penyimpan banyak pengajaran antaranya
sikap tekun dan sabar penyimpan untuk menunggu wang mereka masak ranum sebelum dipetik.
Mereka juga perlu menahan kemahuan mereka untuk menggunakan wang terkumpul semata-mata
untuk menunggu hasil yang lebih lumayan pada masa akan datang. Penyimpan juga melatih diri
mereka berdisiplin dalam menyimpan wang mereka untuk persediaan pada masa akan datang.

-7-
-8-

BAHAGIAN 2:
(A) BERDASARKAN SITUASI, JIKA ANDA TIDAK MENGELUARKAN SIMPANAN
SELAMA 25 TAHUN, BINA SATU JADUAL UNTUK MENUNJUKKAN JUMLAH
SIMPANAN DALAM TEMPOH 25 TAHUN TERSEBUT. BERI JAWAPAN
KEPADA RM TERHAMPIR.

 Berdasarkan soalan diatas, kita perlu mencari jumlah simpanan bagi setiap tahun selama lebih
dari 25 tahun
atau 26 tahun bagi menentukan sama ada jumlah simpanan pada tahun terakhir iaitu
tahun ke-26 mencapai nilai terkumpul melebihi 1 juta ataupun tidak.
 Kita dapat mencari nilai wang yang dimasukkan ke dalam simpanan setiap tahun dengan
menggunakan formula bunga kompaun: J = P × (1+r)n
(J=jumlah, P=simpanan awal, r =kadar bunga, n =bilangan tahun)
 Kita dapat mencari jumlah simpanan dengan menambah jumlah wang dengan nilai simpanan
awal iaitu;
Jumlah simpanan= J+P
TAHUN SIMPANAN AWAL JUMLAH SIMPANAN/
(RM) SIMPANAN AKHIR (RM)
1 10 000 10 000
2 11 000 21 000
3 12 100 33 100
4 13 310 46 410
5 14 641 61 051
6 16 105 77 156
7 17 716 94 872
8 19 487 114 359
9 21 436 135 795
10 23 579 159 374
11 25 937 185 312
12 28 531 213 843
13 31 384 245 227
14 34 523 279 750
15 37 975 317 725
16 41 772 359 497
17 45 950 405 447
18 50 545 455 991
19 55 599 511 591
20 61 159 572 750
21 67 275 640 025
22 74 002 714 027
23 81 403 795 430
24 89 543 884 973
25 98 497 983 471
26 108 347 1 091 817

-8-
-9-

TAMBAHAN

Dengan menggunakan Microsoft Excel, kekerapan longgokan atau jumlah simpanan pada akhir
tahun dapat ditentukan.
Data terkumpul dalam jadual ini membuktikan bahawa apabila kita mengaplikasikan bunga
kompaun berdasarkan situasi dalam tugasan 1, kita akan memperoleh jumlah wang simpanan
terkumpul melebihi 1 juta selepas 25 tahun.
Disebabkan terdapat jumlah simpanan yang menyerupai kekerapan longgokan, kita boleh membina
sebuah graf untuk menunjukkan hubungan antara tahun dan simpanan akhir.
Simpanan akhir

Graf Simpanan Akhir Melawan Bilangan Tahun


1200000

1000000

800000

600000

400000

200000

0
0 5 10 15 20 25 30
r Tahun

Daripada graf: kita dapati bahawa nilai graf akan terus meningkat mendadak
sehingga menghampiri nilai infiniti.
Oleh yang demikian, kita akan menyedari bahawa graf yang diplot merupakan graf salingan.
Simpanan akhir adalah bertambah dengan masa
. Malah kecerunan graf bertambah dengan masa.
Daripada graf, dapat disimpulkan bahawa semakin bertambah masa,
semakin meningkat kadar peningkatan wang dalam simpanan.

-9-
- 10 -

BAHAGIAN 2:
(B) TUNJUKKAN JUMLAH SIMPANAN, J YANG AKAN ANDA PEROLEHI
P(1  r n )
DENGAN MENGGUNAKAN FORMULA J 
1 r

Daripada jadual yang dibina, kita mendapati bahawa banyak pengiraan yang perlu dilakukan secara
manual untuk mendapat simpanan akhir.
Dengan menggunakan formula yang diberi, kita dapat menentukan nilai simpanan akhir dengan
lebih cepat.

Diberi;
(J=jumlah simpanan, r=kadar bunga kompaun, P=simpanan awal, n=bilangan tahunan simpanan)

Katakan…..
Simpanan awal= RM10 000 dengan kadar bunga 10% atau 1.1 dengan bilangan tahunan simpanan
selama 26 tahun.

Masukkan nilai ke dalam formula….


P(1  r n ) 10000(1  1.126 )
J =
1 r 1  1.1
Setelah melakukan pengiraan menggunakan kalkulator, nilai yang diperoleh ialah: RM1 091
817.65377

Dengan membundarkannya kepada nilai terdekat: RM1 091 818

Dengan membandingkannya dengan nilai dalam jadual pada mukasurat 8, kita akan mendapati
bahawa nilai yang ditunjukkan adalah tepat sekaligus membuktikan kesahihan formula ini.

- 10 -
- 11 -

RUMUSAN BAHAGIAN 2:

Pada bahagian ke-2, mukasurat 8, kita akan menyedari bahawa jumlah simpanan yang seharusnya
dimasukkan dalam tabungan juga seharusnya meningkat mengikut umur. Berdasarkan maklumat
pada jadual dalam mukasurat 8, pada data simpanan awal dan tahun, saya telah memplotkan sebuah
graf untuk menunjukkan hubungan antara simpanan awal yang patut dimasukkan ke dalam
simpanan melawan tahun.

Graf simpanan awal melawan tahun


120000

100000

80000

60000

40000

20000

0
0 5 10 15 20 25 30

Berdasarkan graf diatas, kita dapat memerhatikan bahawa jumlah wang yang harus disimpan dalam
simpanan bertambah pada kadar yang semakin meningkat saban tahun. Ini menunjukkan bahawa
jika kita ingin memperoleh wang simpanan berjumlah sekurang-kurangnya 1 juta selepas 25 tahun,
kita haru sentiasa berjimat cermat, berdisiplin dan tekun.
Hal ini kerana, apabila umur seseorang meningkat, gaji yang diterima setiap tahun akan meningkat.
Ini adalah selari dengan kadar yang yang harus disimpan untuk mendapat simpanan yang
ditetapkan.
Hal ini menunjukkan bahawa, walaupun kita mempunyai gaji yang besar setelah dewasa, kita
seharusnya lebih banyak berusha dengan menyimpan lebih banyak wang untuk mencapai target
simpanan 1 juta selepas 25 tahun.
Benarlah kata pepatah, usaha tangga kejayaan. Oleh itu, walaupun sudah hidup senang, kita
seharusnya lebih gigih berusaha untuk berjaya.

- 11 -
- 12 -

BAHAGIAN 3:
(A) BERDASARKAN JADUAL 1, HITUNG INDEKS GUBAHAN BAGI HARGA PASARAN
RUMAH PADA TAHUN 2010 BERASASKAN TAHUN 2005.

Pertama sekali, untuk menghitung indeks, kita perlu mendapatkan nilai tahun semasa.
Nilai tahun semasa kemudiannya dibahagi dengan tahun sebelumnya untuk mendapatkan indeks.
Dalam kes ini: I 
2010 ×100
2005
385000
Sebagai contoh, I10 / 05 bagi gombak, ×100 =130.51
295000
Dengan menggunakan cara dan formula sama, indeks keseluruhan daerah dihitung.
Daerah Harga pasaran (RM) Indeks Pemberat
Tahun 2005 Tahun 2010 2010/2005

Gombak 295000 385000 130.51 215


Hulu Langat 260000 320000 123.08 325
Klang 185000 230000 124.32 298
Petaling 360000 550000 152.78 709
Sepang 145000 205000 141.38 43

Seterusnya, bagi menghitung indeks gubahan pula,


kita harus mendarab indeks bagi setiap daerah dengan pemberat masing-masing.
Hasilnya dibahagi dengan hasil tambah kesemua pemberat.

Kita boleh menggunakan formula indeks gubahan, I   


IW
W
Dimana; ƩIW=hasil tambah indeks setiap daerah darab pemberat setiap daerah
ƩW=hasil tambah semua pemberat.

Setelah kita memasukkan semua nilai…

(130.51× 215  123.08 × 325  124.32 × 298  152.78 × 709  141.38 × 43)
I 
(215  325  298  709  43)

Maka kita akan memperolehi nilai indeks gubahan iaitu,

I  =138.06

- 12 -
- 13 -

BAHAGIAN 3:
(B) DIBERI INDEKS GUBAHAN PADA 2018 BERASASKAN TAHUN 2010 TIDAK
BERUBAH.HITUNG HARGA PASARAN RUMAH DI LEMBAH KLANG PADA 2018
JIKA HARGA PASARAN RUMAH YANG SEPADAN PADA 2005 IALAH RM 292 157.

 Dalam pernyataan diatas, dinyatakan bahawa indeks gubahan 2018 berasaskan 2010
tidak berubah berbanding dengan indeks gubahan 2010 berasaskan 2005.
 Oleh itu, kita dapat membuat satu kesimpulan mudah bahawa indeks harga bagi setiap rumah
di
setiap daerah pada 2018 berasaskan 2010 tidak berubah dan kekal sama seperti indeks pada 2010
berasaskan 2005.

 Ini kerana, bilangan pemberat pada tahun 2018, 2010 dan 2005 adalah sama.

 Jika kita menggunakan konsep indeks harga sebuah rumah di lembah klang pada 2018
adalah sama dengan indeks pada 2010,

 Maka indeks pada: 2018 = 2010 = 124.32

 Dengan ini, sekarang kita boleh mengira harga pasaran rumah yang sepadan di lembah
klang yang berharga RM 292 157 pada 2005 bagi tahun 2018.

 Caranya adalah dengan mendarabkan harga rumah dengan indeks pada 2010 per
seratus untuk mendapat harga pada 2010.

124.32
RM 292 157 × = RM 363 209.58
100

 Seterusnya, untuk mendapatkan harga rumah pada 2018, hasil diatas didarab
dengan indeks 2018 berasaskan 2010 per seratus.

124.32
RM 363 209.58 × = RM 451 542.15
100

 Hasil daripada dua pengiraan ini, kini kita berjaya memperoleh nilai harga pasaran rumah
di lembah klang pada 2018 dengan harga pasaran rumah
yang sepadan pada 2005, RM 292 157 iaitu;

RM 451 542.15

- 13 -
- 14 -

BAHAGIAN 3:
(C) HARGA PASARAN RUMAH DIJANGKA MENINGKAT SEBANYAK 12% DARI 2018
KE 2025. CARI INDEKS HARGA GUBAHAN BAGI 2025 BERASASKAN 2005.

 Pertama sekali, kila perlu mengetahui harga rumah di setiap daerah pada tahun 2018.
 Bagi menghitung harga rumah pada 2018, kita hanya perlu mendarab harga setiap
rumah pada 2010 dengan indeks harga pada 2018 berasaskan 2010 per seratus.
 Sebagai contoh, untuk mencari harga rumah di gombak pada 2018;

130.51
RM 385 000 × = RM 502 463.50
100

 Selepas itu, kita gunakan cara pengiraan yang sama untuk setiap daerah yang berbeza.
 Harga pasaran rumah pada 2018 bagi setiap daerah dijadualkan dalam jadual di bawah.
DAERAH HARGA 2010 INDEKS HARGA 2018
(RM) 2018/2010 (RM)
GOMBAK 385 000 130.51 502 463.50
HULU LANGAT 320 000 123.08 393 856.00
KLANG 230 000 124.32 285 936.00
PETALING 550 000 152.78 840 290.00
SEPANG 205 000 141.38 289 829.00
 Kemudian, kita perlu mencari harga pasaran rumah pada setiap daerah pada tahun 2025.
 Bagi harga rumah pada 2025, terdapat peningkatan harga rumah sebanyak 12%.
 Ini bermakna, harga rumah pada 2025 adalah;

= (100% × harga 2018) + (12% × harga 2018)


= (100% + 12%) × harga 2018
= 112% × harga 2018
= 1.12 × harga 2018

 Sebagai contoh, bagi daerah gombak;


RM 502 463.50 × 1.12 = RM 562 759.12
 Kaedah pengiraan sama digunakan bagi mengira harga rumah di setiap daerah.
 Harga pasaran rumah pada 2005 dan 2025 bagi setiap daerah dijadualkan dalam jadual di
bawah.

DAERAH PEMBERAT HARGA 2005 HARGA 2025


(RM) (RM)
GOMBAK 215 295 000 562 759.12
HULU LANGAT 325 260 000 441 118.72
KLANG 298 185 000 320 248.32
PETALING 709 360 000 941 124.80
SEPANG 43 145 000 324 608.48

 Setelah mendapat harga rumah pada 2025, kita boleh menghitung indeks harga tahun 2025
berasaskan 2005.

- 14 -
- 15 -

Dalam kes ini: I 


2025 ×100
2005

 Sebagai contoh bagi kawasan Gombak;

 Indeks harga rumah = I 


562759.12 = 190.77
295000
 Setelah melakukan pengiraan, indeks harga rumah dimasukkan dalam jadual di bawah.

DAERAH PEMBERAT INDEKS


2025/2005
GOMBAK 215 190.77
HULU LANGAT 325 169.66
KLANG 298 173.11
PETALING 709 261.42
SEPANG 43 223.87

 Seterusnya, untuk mendapat indeks gubahan

Kita boleh menggunakan formula indeks gubahan, I   


IW

W
 Dimana; ƩIW=hasil tambah indeks setiap daerah darab pemberat setiap daerah
ƩW=hasil tambah semua pemberat.

 Setelah kita memasukkan semua nilai…

(190.77 × 215  169.66 × 325  173.11× 298  261.42 × 709  223.87 × 43)
I 
(215  325  298  709  43)

 Maka kita akan memperolehi nilai indeks gubahan harga


pasaran rumah bagi 2025 berasaskan tahun 2005 iaitu,

I  =215.54

- 15 -
- 16 -

RUMUSAN BAHAGIAN 3:

Melalui bahagian 3, terdapat beberapa maklumat penting yang boleh kita dapati antaranya;

1) harga rumah mampu milik meningkat setiap tahun


2) harga pasaran rumah di selangor akan meningkat 200% dalam selang 20 tahun (2005-2025)
3) indeks harga rumah di kawasan bandar lebih tinggi berbanding kawasan lain
(𝑃𝐸𝑇𝐴𝐿𝐼𝑁𝐺 = 𝐼10/05 =152)

Oleh kerana harga rumah meningkat pada kadar yang tinggi saban tahun, rumah merupakan aset
yang amat penting yang mampu memberi pulangan yang besar kepada pembeli pada masa
hadapan.

Hal ini lebih ketara di kawasan penduduk berkepadatan tinggi seperti di bandar (petaling) kerana
permintaan terhadap rumah yang hampir dengan tempat kerja adalah tinggi.

Dalam masa yang sama, harga rumah dijangka meningkat 2 kali ganda pada 20 tahun akan datang.
Katakan jika kita mula membeli rumah pada usia 40 tahun dengan harga RM 500 000,
Ketika kita berusia 60 tahun nanti, harga rumah tersebut akan melambung naik pada harga
mencecah RM 1 juta!

Melalui semua yang telah diterangkan di atas, dapat kita fahami bahawa maksud sebenar yang
hendak disampaikan melalui bahagian ini adalah untuk memberi kesedaran agar kita menyimpan
wang kita untuk membeli aset hartanah yang setara dengan emas dari aspek peningkatan harga per
tahun.
Oleh itu, kita wajarlah menyimpan wang kita mulai sekarang untuk membeli rumah secepat yang
boleh agar peningkatan harga lebih ketara.

- 16 -
- 17 -

TUGASAN 2

Tiga tahap pertama Pokok Phytagoras ditunjukkan di bawah. Setiap tahap diperoleh dengan
menambahkan sebuah segitiga sama kaki bersudut tegak pada salah satu sisi segiempat sama itu.
Kemudian dua segiempat sama yang lebih kecil ditambah pada kedua-dua sisi segitiga itu.
Segiempat sama yang diperoleh itu dikenali sebagai segiempat sama terkeluar bagi Pokok
Phytagoras.

Nota* (Order = Tahap)

- 17 -
- 18 -

BAHAGIAN 4
(A) Merujuk kepada rajah 2, salin tahap 3 dan seterusnya binakan tahap 4 untuk
segiempat sama terkeluar bagi pokok phytagoras.

Melalui tahap sebelumnya, dapat kita ketahui bahawa setiap segiempat sama
pada hujung akan bercabang kepada dua bahagian.

Dalam tahap 3, terdapat 8 segiempat sama.

Jika kita mendarabnya dengan 2, bilangan segiempat sama yang perlu


ditambah pada segiempat sama yang hujung adalah 16 dengan keadaan sudut
antara dua segitiga kecil adalah 90°.

Oleh itu, pokok phytagoras pada tahap 4 boleh dilukis seperti ini;

- 18 -
- 19 -

BAHAGIAN 4
(B) Lengkapkan jadual 2.
Tahap 1 2 3 4 5 6 7 8 n
Bilangan segiempat 2 -
sama terkeluar

Sepertimana yang kita dapat perhatikan melalui pokok phytagoras sebelum ini, bilangan
segiempat sama terkeluar adalah dua kali ganda daripada segiempat sebelumnya.

Oleh itu, kita boleh mendarab bilangan segiempat sama terkeluar tahap pertama dengan dua
untuk mendapat nilai segiempat sama terkeluar bagi tahap 2.

Hal ini diulang seterusnya sehingga jadual telah diisi penuh.

Contohnya;
Tahap 1 = 2
2 × 2=4
Tahap 2 = 4

Tahap 1 2 3 4 5 6 7 8 n
Segiempat 2 4 8 16 32 64 128 256 -
sama
terkeluar

- 19 -
- 20 -

BAHAGIAN 4
(C) Seterusnya, terbitkan rumus umum untuk bilangan segiempat sama terkeluar bagi Pokok
Phytagoras pada tahap n.

seterusnya, bagi memperoleh rumus umum, kita memerlukan data bagi bilangan segiempat sama
terkeluar bagi setiap tahap.

tahap 1 2 3 4 5 6 7 8 n
Segiempat 2 4 8 16 32 64 128 256 -
sama
terkeluar

Kita akan dapati bahawa bilangan segiempat sama terkeluar bagi setiap tahap adalah dua kali ganda
bilangan segiempat sama sebelumnya.

Oleh itu, nilai didarab dengan 2.


Ini menunjukkan bilangan segiempat sama terkeluar mengikut janjang geometri.

Berdasarkan janjang geometri, untuk mendapat nilai bilangan segiempat sama terkeluar bagi n,
Formula berikut boleh digunakan;

𝑇𝑛 = 𝑎𝑟 𝑛−1

dimana; (a=sebutan pertama, r=beza sepunya dan n= tahap)

untuk menguji kesahihan formula ini, kita perlu mencari r.

𝑇𝑛
𝑟=
𝑇𝑛−1
setelah memasukkan nilai yang sepadan;

4 8 16
𝑟= = = =2
2 4 8

menggunakan formula 𝑇𝑛 = 𝑎𝑟 𝑛−1,

𝑇5 = (2)(2)5−1
𝑇5 = 32

*(tahap 5 = 32)

maka, rumus umum untuk mencari n adalah;

𝑇𝑛 = 𝑎𝑟 𝑛−1

- 20 -
- 21 -

PENEROKAAN LANJUTAN

𝑇
Berdasarkan bahagian 4, tentukan nilai bagi had (𝑇 𝑛 )
𝑛→∞ 𝑛−1

Sebelum kita perlu mengetahui bahawa persamaan diatas sebenarnya berkaitan dengan dua urutan
nombor yang terkenal iaitu; urutan Fibonacci dan urutan Lucas.

Urutan Fibonacci adalah urutan di mana dua sebutan pertama bersamaan dengan satu, dan setiap
sebutan berturut-turut ditakrifkan secara rekursif, iaitu hasil tambah dua sebutan terdahulu.
Susunan Lucas adalah sama, walaupun sebutan pertama adalah satu dan sebutan kedua adalah tiga,
tetapi ditakrifkan sama dengan urutan Fibonacci selepas itu.

Contoh bagi urutan Fibonacci;

1,1,2,3,5,8,....

Contoh bagi urutan Lucas;

1,3,4,7,11,18,....

Pertama sekali, untuk mengira had bagi urutan Fibonacci ini, biar;

𝑇
had (𝑇 𝑛 ) = H
𝑛→∞ 𝑛−1

dengan menyongsangkan had;

𝑇 𝑇𝑛+1
had (𝑇 𝑛 ) = had ( ) =H
𝑛→∞ 𝑛−1 𝑛→∞ 𝑇𝑛

dengan memanipulasi persamaan diatas kita dapat;

𝑇𝑛+1 = 𝑇𝑛 + 𝑇𝑛−1

dengan memasukkan persamaan ini kedalam persamaan kedua kita dapat:

𝑇𝑛+1 𝑇𝑛 + 𝑇𝑛−1 1
had = had = 1+
𝑛→∞ 𝑇𝑛 𝑛→∞ 𝑇𝑛 𝐻

seterusnya, kita akan mendapat persamaan berikut;

1
1+ =𝐻
𝐻

𝐻2 − 𝐻 − 1 = 0

- 21 -
- 22 -

dan akhir sekali, menggunakan formula persamaan kuadratik, kita akan memperoleh nilai H iaitu;

1 ± √5
2

yang merupakan had bagi sebutan nisbah iaitu;

=1.618034

yang merupakan nisbah emas.

Sebagai fakta tambahan, formula lain yang jelas untuk urutan Fibonacci ini adalah;

1 + √5 𝑛 1 − √5 𝑛
( 2 ) −( 2 )
√5

jadual dibawah membuktikan kebenaran diatas;

kolum 1=urutan Fibonacci


kolum 2=sebutan Fibonacci dibahagi sebutan sebelumnya
kolum 3=urutan Lucas
kolum 4=sebutan Lucas dibahagi sebutan sebelumnya

1 1 1 1
1 1 3 3
2 2 4 1.33333333333333
3 1.5 7 1.75
5 1.66666666666667 11 1.57142857142857
8 1.6 18 1.63636363636364

13 1.625 29 1.61111111111111

21 1.61538461538462 47 1.62068965517241
34 1.61904761904762 76 1.61702127659574
1.61842105263158
55 1.61764705882353 123

89 1.61818181818182 199 1.61788617886179

144 1.61797752808989 322 1.61809045226131


233 1.61805555555556 521 1.61801242236025
377 1.61802575107296 843 1.61804222648752
610 1.61803713527851 1364 1.61803084223013

- 22 -
- 23 -

RUMUSAN BAHAGIAN 4

Melalui pokok pyhtagoras dan nisbah emas dalam urutan Fibonacci tadi, dapat kita ketahui
bahawa terdapat banyak keajaiban dalam matematik seperti urutan Fibonacci pada corak siput,
telinga
manusia dan organisma lain sehingga ia digelah nisbah ilahi selain pokok pythagoras yang
menyerupai pokok sebenar dari aspek saiz dan sebagainya.

Melalui pemerhatian terhadap alam sekitar, matematik dapat ditemui.

Pernyataan diatas membuktikan bahawa matematik bukan sekadar melibatkan teori, pengiraan, dan
formula semata-mata tetapi turut berkait dengan kehidupan kita seharian tanpa kita sedari.

Oleh yang demikian, sudah terang lagi bersuluh bahawa kini, kita seharusnya lebih menghargai
peranan matematik yang meluas dalam kehidupan kita dengan menanamkan minat yang mendalam
dalam subjek ini kerana ia bukan sahaja memberi manfaat buat masa kini, tetapi juga manfaat yang
besar buat masa akan datang.

- 23 -
- 24 -

REFLEKSI

Enjoy math instead.


Without it, the world we live today won’t exist!!!

- 24 -
- 25 -

SUMBER RUJUKAN
LAMAN-LAMAN SESAWANG

[Golden Ratio]

https://www.mathsisfun.com/numbers/golden-ratio.html

http://mathworld.wolfram.com/GoldenRatio.html

https://www.youtube.com/watch?v=2IemLpxJ5SI

https://www.mathsisfun.com/geometry/pentagram.html

https://www.livescience.com/37704-phi-golden-ratio.html

https://www.livescience.com/37470-fibonacci-sequence.html

http://jwilson.coe.uga.edu/EMAT6680Su07/Francisco/Assignment12/fibonacci.html

[Compound Interest]

https://www.youtube.com/watch?v=wf91rEGw88Q

https://www.mathsisfun.com/money/compound-interest.html

https://ms.routestofinance.com/power-of-compound-interest

https://www.google.com/search?q=compound+interest+formula&oq=compound+interest+formula&aqs=chrome..69i5
7.6535j0j7&sourceid=chrome&ie=UTF-8

- 25 -
- 26 -

- 26 -

You might also like