You are on page 1of 22

1.

Tingkah Laku Memberi Perhatian


• alat yang kuat dalam sesi kaunseling.
• timbulkan perasaan hormat diri dan
perasaan selamat bagi klien.
• juga berfungsi sebagai alat peneguhan
serta kemudahan komunikasi.
• membantu kaunselor membentuk
perhubungan yang baik dengan klien;
ini akan membawa faedah dalam apa
jenis perhubungan yang melibatkan
diri kaunselor
Tingkah laku ini termasuk:
1. Kedudukan klien
 pastikan bahawa klien dapat
duduk dengan selesa.
 biasanya, tidak ada meja yang
mengasingkan kaunselor
dengan klien kerana boleh
menghalang tingkah laku tanpa
lisan klien.
2. Bertenang
 kaunselor dan klien hendaklah
duduk dalam keadaan yang
selesa supaya dapat
menyatakan sesuatu dengan
lega dan jelas.
 bagi klien pula, keselesaan itu
penting untuk mendorong dia
bercakap dengan lebih lanjut
lagi tentang masalahnya.
3. Kedudukan tubuh (posture) kaunselor

 kedudukan tubuh kaunselor


hendaklah condong ke hadapan,
iaitu ke arah klien.
 ini penting bagi menunjukkan
kepada klien yang kaunselor minat
mendengar apa yang diperkatakan
klien.
 kaunselor boleh mengubah
kedudukan tubuhnya untuk
mendapatkan keadaan yang tenang.
4. Ekspresi muka
muka kaunselor hendaklah berseri,
iaitu menunjukkan kaunselor itu sedia
menerima klien.
5. Tentangan mata
tentangan mata tunjukkan kaunselor
meminati apa yang dikatakan oleh
klien dan adalah bersama klien secara
fizikal dan mental.
lakukan tentangan mata mengikut
keselesaan klien.
alih mata jika klien berasa malu
6. Soalan terbuka
 galakkan klien bercakap dengan
panjang lebar; cungkil maklumat.
Contoh:

i. Cuba ceritakan apa yang berlaku


pada diri anda.
ii. Boleh Asmah jelaskan tidak
memberi perhatian yang macam
mana?
iii. Sila terangkan lebih lanjut lagi
7. Dorongan Minimum
 termasuk gerak isyarat anggukan
kepala, perkataan tunggal
perawakan badan atau ulangan
perkataan penting yang
menunjukkan kaunselor itu
berminat akan kata-kata klien.
Contoh: 'Mmm', 'A-ha', ‘Ya',
'Jadi?’, `Teruskan’ dll.
 penting untuk galakkan klien itu
terus bercakap.
Kemahiran Mendengar
• bukan merupakan aktiviti yang
pasif.
• mendengar adalah secara aktif.
• kaunselor perlu membuat
sesuatu yang positif.
• melibatkan sikap dan tubuh
badan yang menghantar mesej
tanpa lisan kepada klien
• tentangan mata dikekalkan.
• tidak terdapat apa-apa gangguan
sehingga klien itu habis bercakap.
• kaunselor memberikan perhatian
yang penuh dan menunjukkan
minat yang tulen terhadap kata-kata
klien.
• mendengar secara aktif
memerlukan kaunselor, bukan
sahaja mendengar tetapi
memahami perasaan klien dengan
mendalam.
• kaunselor merasakan apa yang
sedang dirasakan oleh klien.
• kaunselor berkemahiran mendengar
dengan empati.
• kaunselor dapat menyatakan semula
dengan tepat idea-idea dan perasaan
klien
• perasaan terpendam klien juga dapat
ditafsir dengan tepat oleh kaunselor.
• mendengar secara aktif membawa
dua kebaikan yang utama:
 membekalkan lebih banyak
maklumat untuk perbincangan
dan tindakan lanjut
 mempunyai kesan terapeutik.
• bercakap kepada pendengar yang
aktif membolehkan individu itu
meluahkan masalah dan
pelepasan emosi.
Kemahiran Memandu Klien

• sebahagian besar klien mempunyai


fahaman diri yang terhad tentang
keperluan-keperluan mereka,
struktur-struktur bela diri dan cara-
cara menyelesaikan masalah diri.
• ada yang menentang dengan cara
menggunakan mekanisma bela diri .
• pada peringkat ini, seseorang
kaunselor boleh membantu dengan
cara memandu klien itu.
Kselor : Anda menyatakan yang guru itu
menengking anda di hadapan kelas?
Klien : Ya.
Kselor : Anda rasa terhina?
Klien : Ya.
Kselor : lni menyebabkan anda berasa kecil
dan kurang penting.
Klien : Ya, itulah kesannya.
Kselor : Anda juga rasa anda telah gagal
dalam sesuatu?
Klien : Ya.
Kselor : Sanggupkah anda menceritakan
bagaimana perasaan anda pada
masa itu?
Klien : Saya rasa terhina; seolah-olah
sayalah yang paling bodoh,
paling malas. Guru itu suka
menengking pelajar-pelajar. Saya
benci guru seperti itu. Saya
tidak suka berlakon dalam drama
itu. Guru itu memang sedar tapi
mengapa dia masih hendakkan saya
mengambil bahagian? Mengapa?
Kselor : Anda lebih suka menjadi
penonton saja. Anda rasa segan?
Klien : Ya, itulah masalah saya, saya
rasa saya amat segan. Saya fikir. .
Penjelasan
• menggalakkan seseorang klien terus
bercakap dan lebih maklumat dapat
diperolehi melalui soalan-soalan
berbentuk terbuka.
Contoh:
1. Bagaimana perasaan anda selepas
peristiwa itu ?
2. Apakah sifat emak anda mengecewakan
anda?
3. Sesetengah pelajar sukakan sekolah
dan ada yang benci. Bagaimana pula
pendapat anda?
• soalan-soalan terbuka
memberikan kaunselor maklumat
untuk meneruskan perbualan.
• semakin banyak maklumat
diperolehi, semakin cepat
masalah dapat dikenal pasti.
• soalan tertutup hanya
memerlukan jawapan ‘ya’ atau
‘tidak’.
Contoh
1. Benarkah anda rasa sedih
selepas peristiwa itu?
2. Emak anda selalunya
mengecewakan anda, bukan?
3. Adakah anda tersinggung
dengan kata-katanya?
Refleksi
• memantulkan kembali kata-kata klien
1. Refleksi Idea
• kemahiran yang digunakan oleh
kaunselor sebagai satu cubaan
memahami klien.
• menyemak dengan klien sama ada dia
telah memahami apa yang dinyatakan
oleh klien.
• membolehkan klien mencapai
kesedaran diri dan kefahaman diri.
Contoh 1

Klien : Saya tidak mencuri.


Kselor : Saudara tidak mencuri.

Contoh 2

Klien : Hasil kerja saya menunjukkan yang


saya akan gagal.
Kselor : Mutu kerja saudara menunjukkan
saudara mungkin akan gagal.
Refleksi Perasaan
• kaunselor akan balikkan aspek tentang
emosi kepada klien.
• untuk meninggikan tahap kesedaran
klien tentang perasaan sebenar yang
dialaminya.
Contoh 1
Kassim : Saya rasa saya akan gagal
lagi.
Kselor : Kassim bimbang akan gagal
lagi.
Contoh 2
Klien : Cikgu tengking saya tanpa
sebab tertentu.
Kselor : Saudara berasa marah kerana
ditengking tanpa sebab.
Contoh 3
Klien : Saya benci sikap ibu bapa
saya. Walaupun umur saya
sudah 17 tahun, mereka suka
menyekat pergerakan saya.
Kselor : Saudara berasa kecewa kerana
kebebasan saudara tersekat?

You might also like