You are on page 1of 8

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN, BATU PAHAT, JOHOR.

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL 1 / 2020

Tarikh : 30 Disember 2020

Masa : 10.30 pagi – 12.00 tengah hari

Tempat : Makmal Komputer

Pengerusi : Md Zan bin Abu Bakar

Kehadiran(Bilangan) :19/ 19 ( Rujuk lampiran )

Turut Hadir (Jika ada) :

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan salam dan bacaan Al-Fatihah.
Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan selamat datang dan
berterima kasih atas kehadiran guru-guru kerana menghadiri Mesyuarat
Jawatankuasa Kurikulum Kali Pertama bagi sesi persekolahan tahun 2020.
1.2 Beliau amat mengharapkan semua guru dapat memberikan komitmen
sepenuhnya sepanjang 2020 agar visi dan misi sekolah dapat dicapai.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh : Pn. Faridah binti Ngadim
Disokong untuk pengesahan oleh : Pn. Marianah binti Malik

3 PERKARA-PERKARA YANG BERBANGKIT


Tiada

4 PENGURUSAN KURIKULUM
4.1 DASAR-DASAR KURIKULUM
- Rujuk buku pengurusan (simbiosis 2020) muka surat 57- 63
MAKLUMAN AHLI
4.2 VISI, MISI DAN KPI KURIKULUM
- Visi : Menjana transformasi dalam pendidikan berdasarkan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

___________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

- Misi : Memantapkan pengajaran dan pembelajaran berkualiti,


mengoptimunkan sumber manusia dan kepakarannya untuk melahirkan
insan yang cemerlang, inovatif, berakhlak mulia dan berdaya saing.
- KPI Kurikulum :
o Melepasi kualiti dan kuantiti pencapaian UPSR bagi Tahap
Penguasaan yang disasarkan iaitu 93.3% tahap penguasaan
minimum dan kualiti cemerlang 6A 6.67%.
o Meningkatkan peratus pencapaian murid dalam PBD kepada TP 5
dan mengurangkan peratus pencapaian murid memperolehi TP 1,
TP 2 dan TP 3.
o Memastikan semua guru mencapai tahap gemilang dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
o Meningkatkan peratus penglibatan guru dalam kursus (LDP) bagi
meningkatkan profesionalisme keguruan dan etika kerja.
MAKLUMAN AHLI

4.3 PERLANTIKAN JAWATANKUASA KURIKULUM 2020


Pengerusi membentangkan senarai pelantikan jawatankuasa bagi tahun 2020
mengikut Buku Pengurusan Sekolah 2020.
- Kesemua guru telah diagihkan tugas mengikut bidang dan kepakaran
mereka dalam sesuatu tugas tersebut.
- Agihan tugas yang dilakukan adalah seimbang.
- Surat lantikan telah diedarkan kepada semua guru.
TINDAKAN: SEMUA GURU

5 PENGURUSAN PANITIA MATAPELAJARAN


5.1 Ketua panitia mata pelajaran telah diagihkan mengikut kepakaran dan
pengalaman guru.
5.2 Senarai ketua panitia mata pelajaran adalah seperti berikut:
Ketua Panitia Mata Pelajaran
En. Mohammad Othman bin Sagiman KP Bahasa Melayu
Pn. Haniza binti Basir KP Bahasa Inggeris
Pn. Marianah binti Malik KP Matematik
En. Kamaruddin bin Abd Kadir KP Sains
En. Mutakin bin Mansor KP Pendidikan Islam

___________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

En. Mohd Sharom bin Silimin KP Pendidikan Jasmani dan


Kesihatan
Pn. Faridah binti Ngadim KP Sejarah
Pn. Basratol binti Ismail KP Pendidikan Kesenian Visual/
Pendidikan Muzik
En. Khairuzzikri bin Muhamad Anuar KP Bahasa Arab
En. Abas bin Ismail KP RBT & TMK

5.3 Semua mesyuarat panitia perlu dijalankan sebelum sesi persekolahan dan
selewat-lewatnya pada minggu pertama selepas mesyuarat kurikulum.
5.4 Mesyuarat Panitia mesti dihadiri oleh wakil pentadbir.
5.5 Ketua panitia hendaklah menyediakan minit mesyuarat sebanyak 4 kali
setahun dan dimasukkan ke dalam fail panitia masing-masing.
5.6 Agenda mesyuarat panitia yang pertama rujuk lampiran yang diberikan.
5.7 Fail Panitia
- Bagi tahun 2020 semua panitia dikehendaki menyediakan 7 fail sahaja.
- Terpaksa buat pemgemaskinian semula kerana terdapat perubahan pada
nombor perfailan yang baru.
- Nama fail dan kandungan fail panitia rujuk lampiran.
- Pelan Strategik perlu dikemaskini mengikut peredaran semasa.
TINDAKAN: KETUA DAN SETIAUSAHA PANITIA

6 KEWANGAN (ABM)
6.1 Baki kewangan bagi setiap matapelajaran adalah seperti berikut:
Rujuk lampiran yang diberi.
6.2 Semua Ketua Panitia hendaklah merancang perbelanjaan untuk sesi 2020.
6.3 Segala perbelanjaan hendaklah mengikut prosedur pembelian yang betul dan
direkodkan seterusnya menyimpan didalam fail panitia masing-masing.
TINDAKAN: KETUA PANITIA

7 DASAR MASA PERSEKOLAHAN DAN PENGURUSAN JADUAL WAKTU 2020


7.1 Waktu persekolahan:
- Bagi tahap 1, mula pada jam 7.25 pagi dan pulang pada jam 12.50
tengah hari. (Ahad hingga Selasa). Rabu dan khamis balik pukul 12.20
tengah hari.
- Bagi tahap 2, mula pada jam 7.25 pagi dan pulang pada jam 1.20 petang.

___________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

7.2 Pengerusi mengedarkan jadual waktu individu dan jadual waktu kelas kepada
semua guru dan guru-guru kelas. Beliau meminta guru kelas dapat
mengedarkan kepada ibubapa semasa pendaftaran Awal Tahun.
7.3 Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut Akta Pendidikan dan
Pentadbiran SK Bagan memutuskan 38 minggu untuk pdp...rujuk buku
pengurusan m/s 59.
7.4 Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan
sekolah dengan persetujuan mesyuarat kurikulum.
7.5 Mengikut dasar panggilan mata pelajaran, keutamaan akan diberikan kepada
guru opsyen dan kepakaran guru.
7.6 Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 30 waktu seminggu. Tapi untuk
SK Bagan kebanyakan 24 waktu dan 25 waktu untuk guru Pendidikan Islam.
7.7 Diharap guru kelas dapat menyiapkan jadual waktu dan tampal di dalam
kelas bersama-sama dengan visi dan misi sekolah.
7.8 Guru ganti/relief SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1981
 Tanda tangan arahan relief
 Tepati masa relief dan mengajar mengutamakan MMI.( lihat
bahan yang ditinggalkan atau mengikut kepakaran)
 Guru yang dipanggil berkursus dengan surat panggilan
diterima awal , ataupun yang telah merancang cuti dengan
mengisi CRK , digalakkan menjual waktu kepada guru-guru
lain dengan membuat tawaran pertukaran jadual terlebih
dahulu.

TINDAKAN: SEMUA GURU

8 DASAR PENYEDIAAN RPT DAN RPH


8.1 Setiap panitia mesti menggunakan sukatan pelajaran yang terdahulu.
8.2 Satu salinan sukatan pelajaran terkini mesti disimpan dalam fail panitia.
8.3 Semua guru mesti bersedia dengan Rancangan Pengajaran Harian yang
lengkap sebelum masuk ke kelas. Rancangan Pengajaran Harian adalah
dokumen yang paling penting bagi setiap guru.
8.4 Rancangan Pelajaran Tahunan ( RPT ) perlu disiapkan dengan bertaip pada
atau sebelum hari pertama persekolahan.
8.5 Rancangan Pelajaran Harian ( RPH ) perlu disediakan sehari sebelum
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Penulisan rancangan mengajar
___________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

harian perlulah mengikut format yang telah ditetapkan dalam mesyuarat


mengikut PAK 21.
8.6 Impak ditulis selepas P & P dengan memasukkan maklumat seperti bilangan
murid yang hadir dapat mencapai hasil pembelajaran pada hari berkenaan
dan juga nyatakan tindakan susulan / aktiviti yang dicadangkan kepada murid
yang tidak mencapai hasil pembelajaran.
8.7 Guru dikehendaki menghantar RPH pada setiap hari khamis untuk disemak
Guru Besar. Penghantaran pertama RPH yang lengkap ada pada 16 Januari
2020.
TINDAKAN: SEMUA GURU

9 DASAR PENTAKSIRAN
9.1 Bagi murid tahap 1, tiada lagi peperiksaan pertengahan dan akhir tahun.
9.2 Elakkan modul setara, evidens, peperiksaan dan tiada lagi pengisian SAPS.
9.3 Pengajaran lebih berfokus untuk membina kemahiran, karakter dan sahsiah
murid.
9.4 Wujud budaya belajar yang seronok, bermakna dan berfokus kepada murid.
9.5 Hasil kerja murid dan kemenjadian murid itu sendiri adalah bukti keberhasilan
pembelajaran.
TINDAKAN: SEMUA GURU

10 PEMBENTANGAN ANALISIS UPSR 2019 DAN PAT TAHUN 5


10.1 Analisis UPSR 2019
10.2 Penentuan ETR UPSR bagi tahun 2020. Rujuk Simbiosis m/s 23
BIL SUBJEK CALON A B C D A+B+C+D E
GPMP
BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % BIL %
1 B.Melayu
Pemahaman 30 24 80.0 3 10.0 3 10.0 0 0.0 30 100 0 0 1.30
2 B.Melayu
Penulisan 30 18 60.0 6 20.0 4 13.3 0 0 30 100 0 0 1.67
3 B.Inggeris
Pemahaman 30 6 20.0 5 16.7 9 30.0 8 26.7 28 93.3 2 6.67 2.83
4 B.Inggeris
Penulisan 30 7 23.3 4 13.3 6 20.0 11 36.7 28 93.3 2 6.67 2.90

5 Matematik 30 5 16.7 6 20.0 7 23.3 10 33.3 28 93.3 2 6.67 2.93

6 Sains 30 4 13.3 9 30.0 12 40.0 4 13.3 29 96.7 1 3.33 2.63

___________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

10.3 Sasaran GPS bagi tahun 2020 ialah 2.38 , peratus menguasai : 93.3%,
Cemerlang 6A : 2 orang iaitu 6.67%
10.4 Analisis PAT tahun 5 2019 : menguasai 46.67%

MAKLUMAN AHLI

11 PENGURUSAN SUMBER PENDIDIKAN


11.1 PSS beroperasi pada minggu ke-2 januari
11.2 Pastikan sentiasa bersih dan ceria.
11.3 Jadual penggunaan hendaklah dipamerkan.
11.4 Kemaskini fail-fail berkaitan.
11.5 Senarai nama pengawas pss dan jadual bertugas dipamerkan di tempat yang
sesuai.
11.6 Adakan sessi latihan / kursus kepimpinan murid.
11.7 Guru media merangka program tahunan
11.8 Program Nilam - dipertingkatkan dan dihidupkan semula
11.9 Guru PSS hendaklah menyediakan buku rekod pinjaman peralatan dan
borang permohonan penggunaan Alatan/Radas dan bahan.
11.10 Guru – guru dan guru ICT hendaklah memastikan kelengkapan di dalam Bilik
Simpanan Sumber Pendidikan, Perpustakaan , Makmal Komputer dan Bilik-
Bilik Khas mencukupi dan dalam keadaan selamat.
11.11 Bilik-bilik tersebut hendaklah disusun dengan baik mengikut keselesaan
pengguna.
11.12 Perabot dan rak hendaklah sentiasa dalam keadaan kemas dan selamat.
TINDAKAN: GURU PSS DAN GURU ICT

12 PROGRAM PENINGKATAN KEMENJADIAN MURID


12.1 Selepas setiap kali peperiksaan, guru mata pelajaran perlu mengenal pasti
murid yang menguasai dan murid yang tidak menguasai bagi menjalankan
aktiviti pengukuhan bagi murid yang lemah.
12.2 Guru perlu membuat intervensi bagi setiap isu yang dihadapinya.
12.3 Panitia wujudkan 1 program atau bengkel bagi meningkatkan kemenjadian
murid dalam akademik.
TINDAKAN: GURU MATA PELAJARAN

___________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

13 PENCERAPAN DAN SEMAKAN LATIHAN DAN HASIL KERJA MURID


13.1 PENCERAPAN GURU
- Pencerapan guru mengikut SKPMg2 3 kali setahun akan dilaksanakan
untuk meningkatkan kualiti guru pengajaran guru dan pembelajaran murid
( sekali pencerapan kendiri dan 2 kali pencerapan pentadbir )
- Jadual pencerapan guru rujuk simbiosis m/s 21
- Pentadbir juga akan menjalankan learning walk pada bila-bila masa.

MAKLUMAN AHLI

13.2 PENYEMAKAN BUKU KERJA / LATIHAN


- Buku kerja murid hendaklah disemak segera dan tidak melebihi 3 hari.
- Penyemakkan buku kerja dan buku latihan perlu dilakukan dari semasa
ke semasa oleh guru mata pelajaran dengan teliti.
- Pihak pentadbir dan ketua panitia akan memeriksa buku kerja dan buku
latihan sewaktu pemantauan.
- Diharap semua guru dapat mematuhi tarikh penghantaran yang telah
diberikan. Simbiosis m/s 22........tiada penghantaran langsung 2019
TINDAKAN: SEMUA GURU

14 PROGRAM PENINGKATAN KUALITI GURU


14.1 Pihak sekolah akan mengadakan Program PLC berkenaan PAK 21 bagi
meningkatkan kualiti guru dan pengajaran dan pembelajaran.
14.2 Semua guru diharap dapat mengaplikasi PdPc bercirikan PA 21 di dalam
kelas masing-masing.
MAKLUMAN AHLI

15 PEMULIHAN
Ujian akan dijalankan pada minggu ke 2 persekolahan untuk mengesan murid yang
perlu masuk ke kelas pemulihan.
MAKLUMAN AHLI

16 PRASEKOLAH
Terima kasih Pn.Hafizah dan Pn.Zaritha kerana berjaya menguruskan prasekolah
dengan baik. Semoga diteruskan bagi tahun 2020.
Bagi tahun 2020 murid dalam daftar 18 orang.

___________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

MAKLUMAN AHLI
17 HAL-HAL LAIN.

17.1 PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2019


- Bermula pada hari pertama persekolahan selama 3 minggu.
- Semua guru Tahun 1 terlibat dalam program ini.
- Pelancaran pada 1 januari 2020.
- Penutupan pada 19 januari 2020.
- Siapkan laporan dan hantar bila diminta oleh PPD.
TINDAKAN: SEMUA GURU TAHUN 1

PENUTUP

a. Pengerusi Mesyuarat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan
mesyuarat ditangguhkan pada tarikh yang akan diberitahu kelak.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada Jam 1200.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................……… ……................................
( Basratol binti Ismail ) (Norsiah binti Jumingan)
Setiausaha Kurikulum GPK KURIKULUM
Tarikh: Tarikh:

___________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00

You might also like