You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN LUKUT

KM 11, JALAN SEREMBAN,


71010 LUKUT, PORT DICKSON,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TEL : 06 - 6517063
NBA 2014 FAX : 06 – 6514223
_________________________________________________________________________________________

Kepada:
Semua Ibubapa/Waris
Murid PPKI SK Lukut Tarikh : 5 JUN 2018

Tuan / puan ;

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE FARM IN THE CITY DAN BERYL’S CHOCOLATE


AND CONFECTIONARY SDN BHD.

Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas di rujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan LAWATAN SAMBIL


BELAJAR seperti ketetapan berikut:
2.1 NAMA : LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE FARM IN THE CITY
DAN BERLY’S CHOCOLATE
2.2 TARIKH : 4 JULAI 2018
2.3 HARI : RABU
2.4 TEMPAT : SERI KEMBANGAN, SELANGOR
2.5 BAYARAN : RM100.00

3. Tujuan utama program ini ialah lawatan sambil belajar bagi menambah ilmu pengetahuan pelajar
tentang dunia luar, flora dan fauna khususnya melihat dan menimba pengalaman sebenar bersama
haiwan ternakan dengan kaca mata sendiri agar mereka lebih mengenali dan cinta akan haiwan lain
disamping melihat cara pembuatan coklat.

4. Sehubungan itu, pihak sekolah amat berharap agar pihak tuan/puan memberikan kebenaran kepada
anak tuan/puan untuk menyertai lawatan tersebut. Pihak sekolah memutuskan bayaran sebanyak
RM100.00 (Satu Ratus Ringgit Sahaja) bagi setiap peserta untuk menampung kos pengangkutan,
makan dan minum peserta.

5. Bayaran boleh dijelaskan secara ansuran iaitu sebanyak dua kali bermula 6 Jun 2018 hingga 29
Jun 2018 (sebelum pergi bayaran mesti sudah dilangsaikan). Bersama-sama ini dilampirkan surat
jawapan kebenaran dan hendaklah dikembalikan bersama bayaran pendahuluan lawatan iaitu sebanyak
RM 50.00 kepada Puan Rozana pada atau sebelum 29 Jun 2018 (Jumaat).

Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian untuk perhatian dan tindakan tuan/puan.

Saya yang menjalankan tugas

(SABIDAH BINTI MADON)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Lukut
71010 Lukut, Negeri Sembilan.
TENTATIF PROGRAM

7.00 pagi Bertolak dari sekolah


8.00 pagi Sarapan di RnR Seremban
9.30 pagi Lawatan ke Farm In The City
- Turtle & Tortoise Farm
- Reptiles Cavern
- Passion Fruit Garden
- Vegetables and Fruit Farm
- Kampung Kiosk
- Pet Village
- Fish Feeding
- Longkang Fish
- Free-Flight Bird Aviary
- Mood’s Lake
1.30 ptg Makan tengahari dan solat zohor di Farm in The City
2.00 ptg Lawatan ke Kilang Beryl’s Chocolate/ Cookies
5.00 ptg Minum Petang dan Bertolak Balik.

......................................................sila potong keratan ini dan serahkan kepada guru ................................................

BORANG KEBENARAN IBU BAPA/ PENJAGA MENGIKUTI LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE


FARM IN THE CITY DAN BERLY’S CHOCOLATE

Saya______________________________________(No.K/P :_______________________________ )

ibu/bapa/penjaga kepada _________________________________________________________ (No.

K/P:__________________________________________) kelas PPKI SK Lukut dengan rela hati

mengizinkan / tidak mengizinkan anak/ jagaan saya mengikuti Lawatan Sambil Belajar diatas.

You might also like