You are on page 1of 16

1.

0 endahuluan

Kurikulum pendidikan negara bermula dengan Kurikulum Baru Sekolah Rendah


(KBSR) yang telah dilaksanakan pada tahun 1983. Kemudian, perubahan di dalam
kurikulum pendidikan negara membuatkan wujudnya Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah yang turut dikenali sebagai KBSR pada tahun 1993. Sepuluh tahun selepas
pelaksanaannya, KBSR telah disemak semula dan pada tahun 2010, satu perubahan
telah dilakukan di dalam kurikulum kebangsaan peringkat pusat. Perubahan ini telah
menyebabkan wujudnya satu kurikulum baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR). KSSR telah mula dilaksanakan secara berperingkat iaitu bermula dengan
Tahun 1 2011.

Perubahan kurikulum negara ini bertujuan untuk memantapkan lagi kurikulum


negara agar objektif dan matlamat pendidikan negara yang termaktub di dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) tercapai. FPK adalah gabungan matlamat,
dasaar-dasar dan amalan-amalan pendidikan negara dan telah digubal berdasarkan
Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pendidikan Negara dan Rukunegara.

Perubahan KBSR kepada KSSR memperlihatkan bahawa berlakunya satu


perubahan yang menyeluruh di dalam kurikulum sekolah rendah. Ini kerana konsep
atau struktur KSSR adalah lebih menyeluruh berbanding KBSR. Walau bagaimanapun,
menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata,
KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR). Ini menjelaskan bahawa KSSR merupakan satu penambahbaikan di
dalam kurikulum sekolah rendah. Oleh itu, walaupun terdapat perbezaan di antara
KBSR dengan KSSR tetapi kesemua perbezaan tersebut memperlihatkan bahawa
berlakunya penambahbaikan dari KBSR kepada KSSR dari pelbagai aspek.

1
2.0 Aspek KSSR

Terdapat empat aspek di dalam KSSR yang membezakannya dengan KBSR. Empat
aspek tersebut ialah:

i. Prinsip
ii. Struktur
iii. Bidang Pelajaran
iv. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

2.1 Prinsip KSSR

Prinsip yang diterapkan di dalam KSSR adalah berteraskan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan (FPK) dan masih lagi berasaskan kepada prinsip KBSR.

FPK merupakan falsafah pendidikan negara yang mementingkan keseimbangan


dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Selain daripada keseimbangan
pembentukan JERI, FPK turut menggariskan matlamat dan objektif yang ingin dicapai di
dalam pendidikan di negara kita. Implikasi elemen-elemen dan ciri-ciri FPK adalah
begitu meluas dan implikasinya ini hanya mampu dicapai jika pelaksanaannya di
peringkat awal dilakukan dengan baik.

Prinsip-prinsip KBSR yang menjadi asas kepada prinsip KSSR ialah:

- pendekatan bersepadu
- perkembangan individu secara menyeluruh
- peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid
- pendidikan seumur hidup

Prinsip-prinsip yang dinyatakan mempunyai saling perkaitan dengan FPK di mana jika
kita lihat beberapa elemen yang terdapat di dalam FPK turut menyatakan hal yang
sama.

Elemen pertama FPK, pendidikan suatu usaha berterusan, bermaksud


pendidikan merupakan suatu proses pemulihan dan pemindahan ilmu yang
berlangsung secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat atau dalam

2
bahasa ringkasnya, pendidikan seumur hidup yang merupakan salah satu prinsip di
dalam KBSR. Dalam konteks ini, KSSR adalah asas kepada pendidikan seumur hidup
kerana seseorang individu akan meneruskan pendidikannya yang bermula dari
peringkat awal iaitu dari sekolah rendah bagi pendidikan formal dan akan diteruskan
sehingga ke akhir hayat.

Elemen ketiga FPK, perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu


mempunyai saling perkaitan dengan dua prinsip KBSR iaitu pendekatan bersepadu dan
perkembangan individu secara menyeluruh. Prinsip perkembangan individu secara
menyeluruh boleh diklasifikasikan sebagai perkembangan yang seimbang dari aspek
JERI. Melalui penekanan kepada aspek-aspek ini maka pendekatan yang digunakan
juga harus bersepadu, dengan memastikan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan
intelek menjadi fokus di dalam pendekatan yang digunakan. Di dalam KSSR, dapat
dilihat bahawa prinsip ini sememangnya menjadi fokus apabila struktur KSSR yang
berteraskan kepada enam tunjang utama telah melibatkan pembangunan dari aspek-
aspek ini.

Prinsip ketiga KBSR iaitu peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk
semua murid adalah satu prinsip yang berkaitan dengan keseluruhan FPK. Bagi
memastikan matlamat FPK tercapai prinsip ini harus dilasanakan dengan baik iaitu
dengan memberikan peluang pendidikan yang sama rata bagi setiap murid. Kualiti
pendidikan yang sama boleh diberikan kepada semua murid jika pelaksanaan kurikulum
dilakukan mengikut standard atau sukatan yang sebenar. Kaedah pentaksiran yang
digunakan di dalam KSSR dapat memastikan semua murid mencapai tahap atau kualiti
yang sama.

Konklusinya, prinsip KSSR yang masih lagi berteraskan kepada matlamat


pendidikan negara yang terkandung di dalam FPK dan dengan berasaskan kepada
prinsip KBSR, KSSR akan mampu memperbaiki kekurangan yang ada di dalam KBSR
dalam usaha melahirkan modal insan kelas pertama yang seimbang rohani, emosi,
intelek dan jasmani bahkan juga dari aspek sosial.

3
2.2 Struktur KSSR

Perubahan besar yang berlaku dalam proses transformasi KBSR kepada KSSR adalah
struktur atau bentuk kurikulumnya. Struktur KSSR terdiri daripada dua komponen yang
penting iaitu berasaskan kepada enam tunjang utama KSSR dan kurikulum berasaskan
standard.

Enam tunjang utama yang menjadi asas kepada struktur KSSR ialah:

a) Komunikasi
b) Literasi sains dan teknologi
c) Perkembangan fizikal dan estetika
d) Kerohanian, sikap dan nilai
e) Kemanusiaan
f) Keterampilan diri

Enam tunjang ini turut disepadukan dengan tiga aspek pemikiran yang penting iaitu
pemikiran yang kreatif, kritis dan inovatif. Setiap tunjang mempunyai nilai yang
diterapkan melalui disiplin ilmu yang tertentu dan ianya juga dilaksanakan dengan
memastikan ciri-ciri modal insan diterapan dengan baik di dalam setiap disiplin ilmu.

Aspek komunikasi menekankan penggabungjalinan kemahiran bahasa secara


lisan dan juga bukan lisan semasa berinteraksi di dalam bilik darjah (Syed Ismail dan
Ahmad Subki, 2011). Kemahiran ini diaplikasikan di dalam tujuh disiplin ilmu yang ada
iaitu Disiplin Ilmu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil,
Bahasa Iban, Bahasa Arab dan Bahasa Kadazandusun. Ini bermaksud kesemua mata
pelajaran yang melibatkan bahasa menekankan aspek komunikasi secara verbal dan
juga non-verbal semasa berinteraksi di dalam bilik darjah. Penggabungjalinan
kemahiran-kemahiran bahasa ini adalah amat penting kerana kedua-duanya
mempunyai saling perkaitan dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) mencapai objektifnya.

Aspek sains dan teknologi berfokus kepada penguasaan pengetahuan sains,


kemahiran dan sikap saintifik, kemahiran matematik dan kemahiran berasaskan

4
teknologi. Aspek ini diaplikasikan di dalam subjek Sains, Matematik dan Rekabentuk
dan Teknologi dan ICT (TMK). Subjek Sains KBSR telah diperbaharui dan dikenali
sebagai Dunia Sains dan Teknologi di mana kandungan subjek ini telah ditambahbaik
dan diselitkan unsur IT. Ini bertujuan untuk melahirkan modal insan yang berdaya saing
dari aspek IT suatu hari nanti. Pembangunan modal insan dari aspek IT ini turut dibantu
dengan adanya mata pelajaran TMK. Walaupun subjek Matematik lebih kepada
pengiraan yang melibatkan proses P&P secara ‘chalk and talk’ tetapi dengan adanya
struktur KSSR yang baru ini penggunaan ICT mampu memudahkan P&P.

Aspek yang ketiga, perkembangan fizikal dan estetika, memberi fokus kepada
perkembangan jasmani dan kesihatan serta pemupukan daya imaginasi, kreativiti,
bakat dan apresiasi. Perkembangan jasmani dan kesihatan dibentuk melalui subjek
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan manakala disiplin ilmu Muzik dan Pendidikan Seni
Visual pula membantu dalam pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan
apresiasi. Ketiga-tiga disiplin ilmu ini adalah mata pelajaran lama tetapi pendekatan
baru telah diperkenalkan melalui KSSR dan terdapat beberapa perubahan kecil yang
dilakukan di dalam kandungan pelajaran.

Aspek kerohanian, sikap dan nilai pula berfokus kepada penghayatan amalan
agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Aspek ini adalah berlandaskan dua prinsip
Rukunegara iaitu prinsip pertama, Kepercayaan kepada Tuhan dan prinsip yang kelima,
Kesopanan dan Kesusilaan. Amalan-amalan yang ingin diterapkan melalui aspek ini
disampaikan menerusi subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam. Melalui aspek
ini, dua aspek daripada JERI telah diaplikasikan iaitu rohani dan emosi.

Di dalam aspek kemanusiaan tumpuan diberikan kepada penguasaan ilmu dan


amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global. Selain
itu, penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan turut diterapkan untuk
memastikan keharmonian negara kita mempunyai keberlangsungan. Mata pelajaran
baru iaitu Malaysia Negaraku telah diperkenalkan untuk menerapkan nilai-nilai yang
terkandung di dalam aspek ini.

5
Aspek terakhir dalam struktur KSSR adalah aspek keterampilan diri. Aspek ini
merupakan satu aspek baru yang diperkenalkan di dalam KSSR. Keterampilan diri
murid dibina melalui aktiviti kurikulum dan juga kokurikulum. Aspek keterampilan diri ini
berfokus kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan
kokurikulum.

Kurikulum berasaskan standard pula memberi fokus kepada standard


kandungan dan standard pembelajaran. Standard kandungan adalah penyataan
spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam satu
tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard
pembelajaran pula adalah satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran
dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Kurikulum yang berasaskan standard mempunyai kelebihan di mana guru


mampu dan harus memastikan semua murid melepasi piawai standard yang ditetapkan.
Melalui standard pembelajaran, pencapaian murid dalam sesuatu topik mahupun subjek
dapat dikesan dan ini akan memudahkan guru untuk memberikan fokus terhadap murid
yang lemah dan sekaligus mengatasi masalah murid keciciran.

Pelaksanaan kurikulum berasaskan standard ini juga mempunyai skema dan


piawai pengukuran tahap pencapaian murid dengan menetapkan ilmu, kemahiran dan
nilai yang perlu diukur dengan jelas. Pencapaian murid akan dinilai melalui kaedah
pentaksiran berasaskan sekolah iaitu satu kaedah di mana guru akan membuat
penilaian berkala sama ada selepas sesuatu topik atau beberapa topik akan dinilai
sekali.

Melalui pentaksiran ini pencapaian seseorang murid akan dapat diketahui dan
guru dapat mengenal pasti kaedah yang sesuai untuk digunakan semasa proses P&P.
Penambahbaikan terhadap kaedah yang digunakan juga dapat dilakukan untuk
memantapkan lagi strategi pengajaran. Ini seterusnya akan dapat membantu dalam
memastikan semua murid mencapai piawaian atau standard kandungan yang
ditetapkan.

6
2.3 Bidang Pelajaran KSSR

Bidang pelajaran KSSR merupakan aspek yang paling banyak mengalami perubahan.
Terdapat beberapa penambahbahan subjek di dalam KSSR dan secara
keseluruhannya kurikulum atau kandungan pelajaran telah mengalami perubahan.
Komposisi kurikulum standard yang digunapakai di dalam KSSR pula terbahagi kepada
dua iaitu komposisi kurikulum Tahap 1 dan komposisi kurikulum Tahap 2.

Bagi komposisi kurikulum Tahap 1, terdapat tiga modul utama yang diterapkan
iaitu modul teras asas, modul teras tema dan modul elektif. Modul teras asas terdiri
daripada modul bahasa, Matematik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Moral dan
Pendidikan Islam. Modul bahasa terdiri daripada subjek-subjek bahasa iaitu bahasa
Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina (SJKC) dan Bahasa Tamil (SJKT). Modul
teras tema pula merupakan modul bersepadu yang merangkumi elemen-elemen dalam
enam tunjang KSSR dan mempunyai unsur kreatif, kritis dan inovatif manakala modul
elektif ialah bahasa Cina, bahasa Tamil dan bahasa Arab.

Bagi Tahap 2, komposisi kurikulum adalah berdasarkan kepada keenam-enam


tunjang KSSR. Enam tunjang KSSR adalah aspek-aspek yang terdapat di dalam
struktur KSSR iaitu komunikasi, literasi sains dan teknologi, fizikal dan estetika,
kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan dan keterampilan diri. Elemen-elemen yang
terdapat di dalam keenam-enam tunjang ini menekankan kepada pembangunan modal
insan yang seimbang selain daripada membentuk insan yang celik IT.

Komposisi kurikulum Tahap 2 yang berasaskan kepada enam tunjang utama


KSSR adalah seperti berikut:

Tunjang Modul
1. Komunikasi Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina (SJKC)/ Bahasa Tamil (SJKT)
BCSK / BTSK / Bahasa Etnik / Bahasa Arab
2. Literasi Sains dan Sains

7
Teknologi Matematik
Reka Bentuk & Teknologi (Keusahawanan, Inovasi,
Kreativiti dan ICT
3. Fizikal dan Estetika Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
Pendidikan Kesenian (Seni Visual & Muzik)
4. Kerohanian, Sikap dan Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
Nilai
5. Kemanusiaan Sejarah
Sains Sosial (Geografi, PSK & Ekonomi)
6. Keterampilan Diri Aspek kepimpinan, sahsiah melalui aktiviti kokurikulum
& sukan

Perbezaan di antara komposisi kurikulum atau bidang pelajaran Tahap 1 dan


Tahap 2 hanyalah pada penggunaan modul teras asas pada Tahap 1. Penggunaan
modul teras asas pada Tahap 1 ini adalah kerana modul bahasa, subjek Matematik,
Pendidikan Jasmani, Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam ini mempunyai nilai utama
yang ingin diterapkan di dalam diri murid. Modul bahasa yang terdiri daripada bahasa
Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa Cina serta bahasa Tamil bagi sekolah jenis
kebangsaan dan subjek Matematik adalah subjek utama yang melibatkan kemahiran
asas membaca, menulis dan mengira (3M). KSSR amat mementingkan penguasaan
kemahiran 3M ini di peringkat Tahap 1 dan oleh sebab itulah modul teras asas ini
digunakan di Tahap 1.

2.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran KSSR

Beberapa pendekatan baru telah diperkenalkan di dalam strategi pengajaran dan


pembelajaran KSSR. Pendekatan baru ini mengaplikasikan pendekatan yang
berpusatkan murid di mana kurikulum, altiviti pengajaran, pembelajaran dan penilaian
berfokuskan kepada murid. Guru tidak berfungsi sebagai pemberi sebaliknya menjadi
8
fasilitator kepada murid dengan membimbing murid di dalam pelajaran dan murid
bertukar fungsi sebagai penerima kepada pelajar yang sebenar di mana mereka akan
meneroka sendiri perkara yang dipelajari oleh mereka.

Kepelbagaian teknik pembelajaran diberi penekanan di dalam strategi


pengajaran dan pembelajaran KSSR. Teknik hands-on learning, pembelajaran melalui
permainan, inkuiri penemuan, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran luar bilik
darjah, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran secara konstruktivisme dan
pembelajaran masteri merupakan teknik-teknik pengajaran yang ditekankan di dalam
kurikulum baru ini. Teknik-teknik ini merupakan satu penambahbaikan yang mampu
memantapkan pendidikan sekolah rendah di negara kita jika dilaksanakan dengan baik.

Seterusnya, KSSR turut mementingkan kepelbagaian sumber bahan dalam


proses P&P. Ini bermaksud proses P&P bukan hanya dijalankan berdasarkan
kandungan yang terdapat di dalam buku teks tetapi menggunakan sumber luar yang
boleh dipercayai seperti internet, buku-buku ilmiah dan juga melalui surat khabar.
Sumber bahan juga merujuk kepada alat bantu mengajar yang mampu meransang
pemahaman murid terutama dengan menggunakan ICT.

Konsep 5P iaitu penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan dan


pemulihan juga digunakan di dalam strategi P&P KSSR. Penggabungjalinan dapat
memastikan kemahiran yang diterapkan di dalam sesuatu mata pelajaran dapat
dikuasai serentak manakala penyerapan pula bermaksud penyerapan unsur ilmu,
kemahiran serta kandungan pembelajaran dapat dilakukan. Penilaian diperlukan untuk
menguji pencapaian dan pemahaman murid bagi sesuatu objektif pelajaran. Pengayaan
adalah suatu program di mana murid akan diberikan bahan tambahan mahupun
bimbingan daripada guru berdasarkan pencapaian mereka. Program pemulihan pula
adalah bertujuan untuk membantu murid yang lemah berdasarkan penilaian yang telah
dibuat. Konsep 5P ini merupakan satu strategi yang amat baik kerana ianya bukan
hanya membantu kemenjadian murid tetapi turut membantu masalah keciciran murid.

Penggunaan modul merupakan strategi yang membezakan P&P KSSR dengan


kurikulum terdahulu. Terdapat dua modul yang digunakan di dalam KSSR iaitu modul

9
pengajaran dan modul pembelajaran. Modul pengajaran adalah modul yang digunakan
oleh guru untuk menyampaikan sukatan pelajaran manakala modul pembelajaran
adalah modul untuk murid. penggunaan modul ini adalah bersifat dinamik kerana
pertambahan dan pengurangan kandungan pelajaran boleh dilakukan tanpa
menjejaskan keseluruhan modul. Pelaksanaan P&P juga menjadi lebih fleksibel kerana
guru mempunyai pilihan untuk menggunakan modul yang sesuai bagi melaksanakan
proses P&P.

3.0 Perbandingan Ciri-ciri KBSR dan KSSR

Perubahan KBSR kepada KSSR menyaksikan beberapa perubahan di antara


ciri-ciri kedua-dua kurikulum ini. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa ciri yang
masih lagi sama.

Perbezaan pertama boleh dilihat berdasarkan struktur atau bentuk kandungan


kedua-dua kurikulum ini. KBSR adalah berasaskan tiga bidang iaitu komunikasi,
manusia dengan alam sekeliling dan perkembangan diri individu manakala KSSR
berasaskan kepada enam tunjang utama iaitu komunikasi, literasi sains dan teknologi,
kerohanian, sikap dan nilai, keterampilan diri, kemanusiaan dan fizikal dan estetika.
Melalui perubahan struktur ini, dapat dilihat bahawa struktur KSSR adalah lebih
terperinci dan ini menjadi satu kelebihan kepada KSSR. Pecahan mata pelajaran
mengikut bidang-bidang ini juga menampakkan bahawa KSSR mempunyai kelebihan
berbanding KBSR. Subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan KBSR telah dibahagikan
kepada dua di dalam KSSR iaitu mata pelajaran Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan
Jasmani. Ini membolehkan guru lebih berfokus ketika proses P&P.

Seterusnya, organisasi kurikulum juga telah berubah dengan adanya KSSR.


organisasi KBSR adalah berasaskan kepada mata pelajaran manakala organisasi
KSSR pula berasaskan modul. Di dalam KSSR, Tahap I mengandungi tiga modul iaitu
Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif. Modul Teras Asas terdiri
daripada Bahasa, Matematik, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Islam/Pendidikan
Moral. Modul Teras Tema pula merupakan modul bersepadu yang merangkumi

10
elemen-elemen di dalam enam tunjang utama KSSR manakala Modul Elektif adalah
pilihan bahasa-bahasa lain iaitu bahasa Cina, bahasa Tamil dan bahasa Arab untuk
Sekolah Kebangsaan. Tahap II pula mengandungi enam modul. Keenam-enam modul
ini adalah berdasarkan kepada enam tunjang KSSR. Dengan berlakunya perubahan
dari aspek organisasi kurikulum ini, setiap modul yang diperkenalkan dapat disesuaikan
dengan proses P&P bagi setiap subjek. Guru boleh memilih penggunaan modul yang
sesuai digunakan untuk mengajar sesebuah topik.

Aspek ketiga yang membezakan KSSR dengan KBSR adalah pedagogi.


Pedagogi yang digunakan di dalam KBSR adalah kemahiran berfikir dalam P&P,
aplikasi kecerdasan pelbagai dalam P&P, penggunaan TMK, pengajaran berasaskan
kajian masa depan, pembelajaran secara konstruktivisme dan kontekstual,
pembelajaran akses kendiri dan masteri dan belajar cara belajar. Pendekatan-
pendekatan ini masih digunakan di dalam KSSR tetapi setiap kaedah ini diberi lebih
penegasan dan penekanan. Ini bermaksud setiap objektif yang ingin dicapai melalui
setiap pendekatan ini diberi lebih kepentingan.

Seterusnya, peruntukan masa bagi setiap mata pelajaran juga mengalami sedikit
perubahan. Terdapat beberapa mata pelajaran yang ditambah peruntukan masanya
dan terdapat juga mata pelajaran yang dikurangkan peruntukan masanya. Kebanyakan
mata pelajaran yang dikurangkan masa adalah mata pelajaran yang telah dipecahkan
kepada dua. Daripada peruntukan masa KSSR, dapat dilihat bahawa terdapat
beberapa mata pelajaran telah diberikan penekanan dengan menambah peruntukan
masa bagi subjek-subjek tersebut seperti bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Subjek-subjek baru yang diperkenalkan juga menunjukkan betapa menyeluruhnya
KSSR.

Kaedah pentaksiran yang digunakan di dalam KSSR juga berbeza dengan


KBSR. KBSR memberi penekanan kepada pantaksiran sumatif iaitu dengan membuat
pentaksiran pada penghujung unit pembelajaran atau semester. KSSR pula
menggunakan pentaksiran berasaskan sekolah yang melibatkan pentaksiran secara
sumatif dan juga formatif. Pentaksiran sumatif ialah pentaksiran secara berterusan
untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran dan

11
menggunakan kaedah pentaksiran yang pelbagai. Kaedah pentaksiran ini adalah
bersifat autentik dan holistik. Menurut Guru Penyelaras PBS SK Taman Bukit Maluri,
Cheong Oi Lai (2011), pendekatan baru ini membolehkan guru menilai murid dengan
lebih berkesan dan teratur. Selain itu, penggunaan band di dalam KSSR adalah lebih
sistematik dan berkesan dalam membantu murid memahami serta menguasai sesuatu
topik kerana guru akan memastikan mereka mencapai tahap yang sepatutnya. Kalam
(2011), menyatakan penggunaan band memberi ruang kepada guru untuk mengetahui
dengan lebih mendalam kebolehan murid mengikuti pembelajaran dalam kelas dan
mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi kelemahan mereka.

Aspek seterusnya ialah perbezaan bahan yang digunakan. KBSR menggunakan


sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, cadangan aktiviti P&P, buku teks,
kandungan dan hasil pembelajaran sebagai bahan untuk melaksanakan P&P tetapi
KSSR menggunakan dokumen kurikulum, standard kandungan, standard pembelajaran
dan buku teks sebagai bahan untuk pelaksanaan P&P. Ini bermaksud, bahan yang
digunakan di dalam KBSR membuatkan ianya agak terhad dari aspek penggunaan
pendekatan dan lebih terikat kepada bahan tersebut sebaliknya KSSR menggunakan
bahan yang menjadi panduan kepada pelaksanaan P&P nya tetapi guru dan murid
berpeluang untuk mepelbagaikan kaedah P&P.

Pengurusan kurikulum bagi kedua-dua kurikulum ini turut berbeza akibat


daripada perubahan aspek-aspek yang lain di pelbagai peringkat.

4.0 Implikasi KSSR

Perubahan kurikulum KBSR kepada KSSR bukan hanya memberikan impak


positif kepada kurikulum sekolah rendah tetapi turut memberikan beberapa impak
negatif.

Kelebihan KSSR yang pertama ialah, membantu pembangunan modal insan


kelas pertama. Pembangunan modal insan kelas pertama melalui pendidikan
merupakan hasrat kerajaan. Ini terbukti apabila Perdana Menteri Malaysia yang ke-5,

12
Tun Abdullah Ahmad Badawi, dalam ucapannya semasa Perhimpunan Agung UMNO
2006, menuntut agar sistem pendidikan Negara menekankan kepada pembangunan
modal insan. Ciri-ciri modal insan kelas pertama adalah dinyatakan di dalam objektif
KSSR. Pada objektif tersebut dinyatakan, pada akhir peringkat pendidikan rendah murid
perlu mempunyai kemahiran asas untuk kehidupan seharian. Antara kemahiran asas
tersebut adalah seperti berikut:

 Penguasaan kemahiran asas - membaca, menulis, mengira


 Kemahiran menaakul, kreatif & inovatif
 Kesedaran kesejahteraan diri (fizikal & mental)
 Percaya kepada Tuhan, berakhlak mulia dan amalan nilai murni
 Jati diri dan semangat patriotisme
 Memahami dan menghayati budaya nasional

Kesemua ciri ini adalah amat menepati perkembangan modal insan dari aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Ciri-ciri ini mampu dicapai dengan
perlaksanaan KSSR menerusi enam tunjang utamanya yang meliputi aspek-aspek
JERIS. Kemahiran nilai tambah dalam KSSR turut membantu memperkasakan
pembangunan modal insan. Kemahiran kreativiti dan inovasi serta kemahiran teknologi
maklumat adalah menepati teras kedua PIPP yang berhasrat untuk melahirkan murid
yang kompeten dalam sains dan teknologi, inovatif dan kreatif serta kebolehpasaran.
Dalam KSSR, kemahiran teknologi maklumat diterapkan melalui disiplin ilmu Dunia
Sains dan Teknologi. Pendedahan awal ini mampu membantu murid menjadi celik IT
dan lebih berdaya saing menghadapi dunia globalisasi. Kemahiran kreativiti dan inovasi
adalah hasil utama daripada disiplin ilmu Muzik dan Seni Visual. Kedua-dua disiplin
ilmu ini membantu dalam memupuk daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi.
Kemahiran keusahawanan dihasilkan melalui aktiviti-aktiviti P&P yang memerlukan
murid untuk berfikir secara kritis dalam memahami sesuatu keadaan atau masalah dan
cuba mencari resolusi bagi masalah tersebut. Pengamalan pemikiran yang kritis ini
akan membantu murid dan juga guru menerapkan kemahiran berfikir yang berkaitan
dengan kemahiran keusahawanan. Dalam P&P juga diterapkan nilai-nilai murni yang
perlu ada pada seorang usahawan dan ini memberikan pendedahan awal kepada murid

13
untuk memiliki keperibadian seorang usahawan. Keseluruhan ciri-ciri KSSR dan
kemahiran nilai tambahnya mampu membentuk modal insan yang kelas pertama yang
lengkap dari pelbagai aspek ilmu, rohani serta sosial.

Seterusnya, KSSR telah menambah satu lagi kemahiran asas iaitu menaakul.
Kemahiran menaakul boleh dikaitkan dengan kemahiran menganalisis atau membuat
pertimbangan mengenai positif dan negatifnya sesuatu itu. Pendekatan pengajaran
yang lebih pelbagai berbanding KBSR membuka dimensi baru kepada guru untuk
menerapkan nilai yang pelbagai dan juga memberi peluang kepada murid untuk berfikir
dengan lebih luas. Setiap pembelajaran yang disampaikan sebagai contoh, dalam
subjek Malaysia Negaraku, murid akan diberitahu tentang kepelbagaian kaum di
Malaysia dan kehidupan yang harmoni dalam kalangan rakyat negara Malaysia. Dari
sini, murid akan berfikir tentang bagaimana masyarakat yang berbeza agama dan kaum
boleh hidup bersama di dalam satu negara. Mereka juga mungkin memikirkan kesan
sekiranya negara kita tidak berada dalam keadaan harmoni. Pemikiran sebegini adalah
termasuk di dalam kemahiran menaakul di mana murid menganalisis sesuatu situasi
dengan mengambil kira nilai positif dan negatif jika sesuatu tindakan itu dilakukan.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) juga merupakan kelebihan di dalam


KSSR. Penilaian P&P dilakukan secara berterusan oleh guru untuk mengesan
perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. PBS mengintegrasikan
pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran. Pengintegrasian ini berlaku dengan adanya
pentaksiran yang berterusan untuk mengukur tahap keberkesanan pengajaran dan
tahap pemahaman pembelajaran. Melalui pengintegrasian ini guru dapat
menambahbaik pengajaran secara keseluruhan manakala murid pula dapat
meningkatkan pembelajaran secara keseluruhan. Kelebihan PBS berbanding
pentaksiran yang digunakan di dalam KBSR ialah melalui PBS kebolehan dan
pemahaman murid dapat diketahui dengan lebih cepat dan guru mempunyai lebih
banyak peluang untuk memantapkan strategi pengajaran yang digunakan manakala
pelajar berpeluang mempertingkatkan pencapaian mereka berdasarkan pentaksiran
yang dilakukan.

14
Walau bagaimanapun, berdasarkan temubual saya bersama guru-guru yang
mengajar KSSR, sebilangan kecil daripada mereka mengatakan bahawa KSSR agak
menyusahkan mereka terutama mengenai PBS. Mereka memberitahu bahawa
penggunaan band agak menyukarkan terutama dalam usaha untuk memastikan murid
mencapai tahap tertentu kerana tidak semua murid mempunyai tahap penguasaan
yang sama. Ini bermaksud, kelemahan KSSR adalah daripada aspek pelaksanaannya.
Kaedah PBS yang diperkenalkan sememangnya mempunyai konsep yang baik tetapi
dari aspek pelaksanaan, kaedah ini agak membebankan murid dan guru terutama bagi
subjek yang mana masa interaksinya adalah singkat seperti Pendidikan Jasmani. Masa
interaksi yang singkat menyukarkan guru untuk membuat pentaksiran.

15
RUMUSAN

KSSR merupakan salah satu usaha kerajaan dalam membangunkan pendidikan


di Malaysia yang bertujuan untuk memperkasakan generasi baru dan menyediakan
modal insan negara yang mampu menjadikan Malaysia sebaris dengan negara-negara
maju suatu hari kelak. Transformasi KBSR kepada KSSR yang melibatkan
penambahbaikan dalam aspek kurikulum memantapkan lagi kurikulum sekolah rendah
di negara kita.

Pelaksanaan KSSR yang berteraskan kepada FPK dan berasaskan kepada


prinsip KBSR memastikan agar KSSR tidak lari daripada matlamat pendidikan negara
yang telah digariskan di dalam FPK. Struktur, pendekatan dan pengenalan beberapa
subjek baru ke dalam KSSR merupakan aspek utama yang menjadikannya lebih
mantap berbanding KBSR. Strukturnya yang merangkumi kesemua aspek JERIS
membuktikan bahawa pengenalan KSSR mempunyai tujuan yang begitu besar dalam
pembangunan modal insan melalui pendidikan.

Impak pengenalan dan perlaksanaan KSSR di dalam kurikulum pendidikan


negara terutama kurikulum sekolah rendah sesungguhnya membuka satu paradigma
baru yang akan mencorakkan lagi keunggulan pendidikan di negara kita. Walau
bagaimanapun, matlamat kurikulum ini tidak akan tercapai jika pelaksanaannya tidak
cukup mantap dan tidak memahami dengan mendalam wawasan yang digalas di dalam
KSSR ini.

Oleh itu, pelaksanaan KSSR ini harus dimantapkan lagi agar ianya mampu
mencapai matlamat dan objektif pendidikan negara dan bukan hanya gah dari aspek
konsep serta struktur sahaja. Penglibatan maksima dari pelbagai pihak yang terlibat
adalah amat penting dalam memastikan keberkesanan KSSR.

(3689 patah perkataan)

16

You might also like