You are on page 1of 8

NOTA PEMBENTANG

Slid 1-3: (Rujuk slide berkenaan)

Slid 4: LATAR BELAKANG

 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 menyatakan


bahawa pendidikan sivik akan disepadukan dalam mata pelajaran Pendidikan
Agama Islam, Pendidikan Moral, Sejarah, Kajian Tempatan dan mata pelajaran
Bahasa. Selaras dengan transformasi pendidikan ketika itu, mulai tahun 2014
mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tidak ditawarkan secara
berperingkat sebagai satu mata pelajaran apabila Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) dilaksanakan. Pada tahun 2017, penyepaduan pendidikan sivik
dalam mata pelajaran diteruskan dalam Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK) (Semakan 2017), KSSR (Semakan 2017) dan Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM).

 Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Kementerian Pendidikan Malaysia


Bil.9/2018 pada 27 Julai 2018, memaklumkan bahawa DYMM Yang Di-
Pertuan Agong telah bertitah mencadangkan mata pelajaran Pendidikan Sivik
diperkenalkan semula di sekolah.

 Dalam ucapan penggulungan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-


11 di Dewan Rakyat bertarikh 30 Oktober 2018 oleh Menteri Pendidikan juga
menzahirkan bahawa KPM akan menekankan pendidikan yang berteraskan nilai
dan kemanusiaan.

 Pendidikan sivik perlu diperkukuhkan pelaksanaannya seperti mana yang


dihasratkan dalam inisiatif kedua daripada 12 inisiatif terbaharu peringkat
sekolah yang akan dilaksanakan pada tahun 2019.

1
Slid 5: KONSEP
Kerangka Konsep Pelaksanaan Pendidikan Sivik di Sekolah

 Pelaksanaan pendidikan sivik seharusnya dijalankan secara holistik di


prasekolah, sekolah rendah dan menengah menjurus kepada pembentukan
perwatakan melalui 4 nilai teras iaitu kasih sayang, hormat-menghormati,
bertanggungjawab dan kegembiraan dalam konteks diri, keluarga, sekolah,
masyarakat, negara dan global.

 Matlamat pendidikan sivik adalah untuk melahirkan warganegara yang


mengetahui hak, bertanggungjawab dan berakhlak mulia bagi menyumbang ke
arah kesejahteraan masyarakat, negara dan global dengan berfokus kepada
literasi sivik dan amali sivik.

 Literasi sivik merangkumi tiga elemen, iaitu pengetahuan kewarganegaraan,


keterampilan kewarganegaraan dan karakter atau sikap kewarganegaraan yang
dilaksanakan dalam kurikulum seperti yang berikut:

i. Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan)


Merupakan perkara asas yang perlu diketahui dan difahami oleh seseorang
warganegara khususnya pengetahuan tentang hal ehwal demokrasi dan
Raja Berperlembagaan, pentadbiran dan kerajaan, masyarakat sivil, hak
asasi manusia, perlembagaan dan undang-undang negara. Melalui
pengetahuan sivik, setiap warganegara dapat memahami hak mereka
menjadikan mereka berfikiran lebih terbuka, dapat menyesuaikan diri
dengan pelbagai isu, masalah dan cabaran serta boleh berfungsi dalam
sistem sosiopolitik.

ii. Karakter atau Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi)


Karakter atau sikap kewarganegaraan adalah kemahiran yang diperlukan
untuk mengenali dan menguruskan emosi, membuat keputusan secara
bertanggungjawab berdasarkan pertimbangan sivik, prihatin serta
membina hubungan kasih sayang secara positif. Melalui sosioemosi sivik,
setiap warganegara mampu menangani situasi yang mencabar secara
rasional serta boleh menyesuaikan diri dalam kepelbagaian masyarakat.

2
iii. Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan)
Keterampilan kewarganegaraan adalah individu yang mampu
melaksanakan hak-hak kewajipannya sebagai warganegara,
bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, sekolah, masyarakat, negara
dan global. Melalui tindakan sivik, setiap warganegara berupaya untuk
menyokong dan menyumbang melalui aktiviti kemasyarakatan,
pembangunan negara serta mampu memberi respons perkara-perkara
berkaitan dengan masyarakat, negara dan global.

 Amali sivik pula merangkumi Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni
(MKSANM), Kokurikulum, Program Sekolah dan Program Sisipan bagi
melahirkan warganegara yang boleh bertindak secara berkesan untuk
memulakan perubahan dalam diri, keluarga, masyarakat, negara dan global
seperti yang berikut:

i. Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni


a. MKSANM ini dilaksanakan di sekolah rendah dan sekolah
menengah dalam perhimpunan rasmi sekolah pada setiap
minggu mengikut nilai teras yang telah ditetapkan.
b. Teori pembinaan MKSANM ini berdasarkan hubungan secara
vertikal, iaitu hubungan manusia dengan Tuhan dan hubungan
secara horizontal iaitu hubungan sesama manusia.
c. MKSANM disesuaikan dengan latar Malaysia yang berbilang
bangsa, etnik dan mempunyai pelbagai fahaman agama. Dengan
hal yang demikian, perlu ada satu gagasan nilai sejagat yang
boleh dikongsi bersama-sama untuk membentuk warganegara
yang baik dan memperkukuh perpaduan di Malaysia.

ii. Kokurikulum
Pelaksanaan pendidikan sivik turut dijalankan dalam aktiviti Badan Unit
Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Sukan dan Permainan pada
setiap minggu mengikut nilai teras yang telah ditetapkan.

3
iii. Program Sekolah
Pelaksanaan pendidikan sivik dalam program sekolah seperti Rancangan
Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP), Sambutan Kemerdekaan,
aktiviti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Program Pelibatan Ibu Bapa
dan Komuniti (PIBK), Hari Kanak-kanak Sedunia, khidmat masyarakat
dan sebagainya.

iv. Program Sisipan


Program sisipan di sekolah merupakan salah satu mekanisma yang
dapat memperkukuh kesedaran sivik dalam kalangan murid. Program ini
boleh dilaksanakan dengan mewujudkan kerjasama strategik antara
pelbagai pihak berkepentingan seperti kementerian, agensi swasta,
media, komuniti dan individu. Antara contoh program sisipan yang telah
dilaksanakan adalah seperti Program Pendidikan Keselamatan Jalan
Raya (PKJR) dengan kerjasama antara KPM dengan Jabatan
Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Program Sekolah Lestari Anugerah
Alam Sekitar (SLAAS) antara KPM dengan Kementerian Tenaga, Sains,
Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Program
Literasi Kewangan antara KPM dengan Bank Negara Malaysia (BNM),
Program Celik Media antara KPM dengan Malaysia Digital Economy
Corporation (MDEC) dan Program Sarana Sekolah antara KPM dengan
ibu bapa serta komuniti.

Slid 6: (Makluman tentang contoh Manul Perhimpunan Mingguan dengan Modul


Prasekolah, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah yang telah
diselaraskan berkaitan tajuk Nilai Teras).

Slid 7: STRATEGI (Huraian rujuk slid berkenaan).


Slid 8: STRATEGI
 Strategi Prasekolah

Pada peringkat prasekolah, pendidikan sivik dilaksanakan dalam Pembelajaran


Bersepadu yang merangkumi waktu Perbualan Awal dan Aktiviti
Pembelajaran serta Aktiviti Prasekolah mengikut kesesuaian masa dan
perkembangan murid. (Masa pelaksanaan rujuk slid).

4
Slid 9: STRATEGI
 Strategi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

i. Kurikulum
 Pelaksanaan pendidikan sivik di sekolah rendah dan menengah pula akan
dilaksanakan selama satu jam sebulan dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah
berdasarkan empat nilai teras.

 Pelaksanaan pendidikan sivik dijalankan mengikut jadual waktu mata


pelajaran sama ada dalam bilik darjah atau luar bilik darjah pada minggu
keempat setiap bulan.

 Pelbagai strategi dan pendekatan PdP boleh digunakan dalam


pelaksanaan pendidikan sivik pada peringkat prasekolah, sekolah rendah
dan sekolah menengah. Antaranya adalah pembelajaran berasaskan
aktiviti seperti pembelajaran aktif, pembelajaran berasaskan projek,
pembelajaran penyelesaian masalah dan pembelajaran khidmat
masyarakat yang melibatkan hands-on, minds-on dan hearts-on bagi
menggalakkan pelibatan murid secara langsung. Dalam melaksanakan
pendidikan sivik, guru berperanan sebagai suri teladan dalam
menanamkan kesedaran sivik dalam kalangan murid. Murid akan
mencontohi tunjuk laku guru serta mengamalkan nilai teras dalam
kehidupan.

 Pentaksiran lebih menekankan kepada usaha ke arah pengamalan


tindakan sivik dan bukan kepada pencapaian kognitif semata-mata.
Pentaksiran di dalam kurikulum, kokurikulum dan program sekolah adalah
seperti yang berikut:
a. pentaksiran pendidikan sivik secara berterusan dan bersepadu dalam
mata pelajaran boleh dilaksanakan melalui beberapa kaedah, iaitu
pentaksiran secara lisan, bertulis dan pemerhatian. Contoh aspek yang
boleh ditaksir seperti pengetahuan dan fakta, pertuturan dan sikap,
perlakuan dan amalan, kemahiran mengaplikasi, kemahiran

5
manipulatif dan kemahiran sosial. Pentaksiran boleh dilaksanakan
sama ada di dalam atau di luar bilik darjah; dan
b. pentaksiran bagi kokurikulum boleh disepadukan menggunakan rubrik
yang berkaitan dengan kokurikulum. Manakala pentaksiran bagi
program sekolah boleh dilaksanakan berdasarkan keterlibatan murid
dan pemerhatian guru.
c. Modul untuk pelaksanaan pendidikan sivik dalam mata pelajaran akan
dibina untuk prasekolah, sekolah rendah dan menengah yang
merangkumi empat nilai teras bagi membantu guru melaksanakan
pendidikan sivik dalam mata pelajaran. Modul exemplar dibina
berdasarkan tajuk-tajuk yang sesuai.
d. Modul exemplar pendidikan sivik dalam mata pelajaran mengandungi
beberapa aktiviti yang menekankan pengetahuan, sosioemosi dan
tindakan sivik. Modul exemplar ini merupakan cadangan bagi
melaksanakan pendidikan sivik dalam mata pelajaran. Namun, aktiviti
boleh diubah suai mengikut kesesuaian, kreativiti guru dan konteks
setempat seperti di lampiran 4c. Modul tersebut dijadikan panduan
dalam melaksanakan PdP sama ada dalam dan luar bilik darjah. Modul
ini akan dicetak, dimuat naik dalam laman sesawang dan juga
disediakan dalam bentuk cakera padat untuk disebar luas kepada guru-
guru.

ii. Perhimpunan:

Pelaksanaan pendidikan sivik di sekolah bukan sahaja dalam kurikulum, tetapi


juga akan dilaksanakan dalam perhimpunan sekolah dengan menggunakan
MKSANM. MKSANM akan dilaksanakan dalam perhimpunan rasmi sekolah
pada setiap minggu di sekolah rendah dan sekolah menengah mengikut nilai
teras yang telah ditetapkan. Tajuk dalam MKSANM telah diselaraskan dengan
tajuk dalam modul pendidikan sivik.

Menggunakan Manual Perhimpunan Mingguan 5 minit untuk menyampaikan


nilai teras (memperuntukkan waktu sebanyak 2 jam).
 Pengoperasian masa Perhimpunan 30 minit x 4 minggu x 6 bulan / 60
minit = 12 jam.

6
 Anggaran penyepaduan pendidikan sivik dalam 5 minit (melalui Manual
Perhimpunan Mingguan) x 4 minggu x 6 bulan /60 minit = 2 jam.

iii. Kokurikulum

Pelaksanaan pendidikan sivik ini perlu dilaksanakan dalam semua program


kokurikulum, iaitu sukan atau permainan, persatuan atau kelab dan badan unit
beruniform bagi menyediakan peluang kepada murid untuk mengaplikasikan
pengetahuan sivik, sosioemosi sivik dan tindakan sivik seperti di Lampiran 2b.
Dalam melaksanakan pendidikan sivik melalui aktiviti kokurikulum, empat nilai
teras yang ditekankan boleh dilaksanakan melalui cadangan aktiviti
kokurikulum. Menerusi aktiviti kokurikulum, murid bukan sahaja memperoleh
dan meningkatkan ilmu, kemahiran baharu dan memupuk sikap positif,
malahan dapat memperkembangkan nilai-nilai murni, mengamalkan sifat
kemanusiaan dan keinsanan serta meningkatkan kualiti jati diri.

Pengoperasian masa Kokurikulum: Penekanan penyepaduan pendidikan


sivik melalui aktiviti Kokurikulum bagi setiap aktiviti Sukan/Permainan,
Persatuan/Kelab dan Badan Beruniform. Penyepaduan melalui aktiviti
Sukan/Permainan, Persatuan/Kelab dan Badan Beruniform memperuntukkan
waktu sebanyak 12 jam.

 Sek. Rendah: 120 minit x 4 minggu x 6 bulan / 60 minit = 48 jam.

Anggaran penyepaduan pendidikan sivik dalam aktiviti Kokurikulum


sebanyak 30 minit (melalui aktiviti Kokurikulum bagi setiap aktiviti
Sukan/Permainan =10 minit, Persatuan/Kelab =10 minit dan Badan
Beruniform =10 minit) x 4 minggu x 6 bulan / 60 minit = 12 jam.

 Sekolah Menengah: 180 minit x 4 minggu x 6 bulan / 60 minit = 72 jam.

Anggaran penyepaduan pendidikan sivik dalam aktiviti Kokurikulum


sebanyak 45 minit (melalui aktiviti Kokurikulum bagi setiap aktiviti
Sukan/Permainan =15 minit, Persatuan/Kelab =15 minit dan Badan
Beruniform =15 minit) x 4 minggu x 6 bulan / 60 minit = 18 jam.

iv. Program sekolah


Pelaksanaan pendidikan sivik boleh diperkukuhkan melalui aktiviti atau
program sekolah. Pihak sekolah digalakkan mengadakan kerjasama strategik

7
dengan pihak berkepentingan seperti kementerian, agensi swasta, media,
komuniti dan individu. Pengukuhan pelaksanaan pendidikan sivik melalui
aktiviti atau program sekolah seperti RIMUP, Sambutan Bulan Kemerdekaan,
Hari Bumi serta Hari Kanak-kanak Sedunia dengan melibatkan PIBG serta
komuniti setempat perlu diperkasakan.

v. Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK), Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta
Swasta
Pelibatan PIBK, PIBG dan pihak swasta memainkan peranan penting
dalam menyokong dan memastikan keberkesanan pelaksanaan
pendidikan sivik sama ada di dalam atau di luar sekolah. Sekolah
digalakkan bekerjasama dengan PIBK dan PIBG dalam aktiviti yang
menimbulkan kesedaran sivik dalam kalangan murid seperti program
gotong-royong, khidmat masyarakat, program motivasi dan
kecemerlangan murid. Selain itu, pelibatan pihak swasta dalam
membantu KPM bagi menjayakan pelaksanaan pendidikan sivik amat
digalakkan. Kerjasama dari agensi swasta seperti Petronas, Kentucky
Fried Chicken (KFC), ASTRO, GIANT dan sebagainya dalam menguar-
uarkan pelaksanaan pendidikan sivik ini berupaya menyedarkan
masyarakat melalui iklan di media cetak ataupun elektronik termasuk di
premis agensi yang terlibat. Sehubungan itu, perancangan dan inisiatif
strategik perlu disusun dengan melibatkan pelbagai pihak untuk
menjana kekuatan, kecekapan, kualiti, kelestarian serta kejayaan yang
dapat ditransformasikan dalam pengukuhan pelaksanaan pendidikan
sivik. Interaksi dan pengalaman yang berbeza dalam setiap agensi yang
terlibat akan memberi impak yang sangat besar dalam membentuk
kesedaran sivik dalam kalangan murid.

Slid 10: (Huraian rujuk slid berkenaan).


Slid 11: (Huraian rujuk slid berkenaan).
Slid 12: (Huraian rujuk slid berkenaan).
Slid 13 & 26: TAJUK & PERINCIAN (Huraian rujuk slid berkenaan).
Slid 27 & 36: MODUL (Huraian rujuk slid berkenaan).

You might also like