You are on page 1of 24

1.

0 PENGENALAN

Dengan arus pemodenan yang pesat membangun, perkhidmatan bimbingan dan


kaunseling juga semakin mendapat permintaan yang tinggi dalam masyarakat
setempat. Dewasa ini, dunia globalisasi dipenuhi dengan pelbagai cabaran.
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bukan sahaja terhad kepada orang dewasa
tetapi kanak-kanak atau pelajar sekolah sudah mula berjinak-jinak untuk menggunakan
perkhidmatan ini. Faktor kesibukan ibu bapa, pengaruh media massa dan rakan sebaya
telah menimbulkan pelbagai kesan kepada generasi pada masa kini. Salah satu cara
untuk menangani impak-impak negatif yang muncul ialah dengan mewujudkan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Tujuan utama perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling diadakan adalah untuk membantu individu atau murid-murid mencari jalan
penyelesaian bagi setiap masalah yang dihadapi dan dapat menemui kesejahteraan.

Dalam sistem pendidikan, bimbingan menjadi satu proses terpenting untuk para
guru. Dalam konteks ini, guru kelas memainkan peranan penting untuk membimbing
semua murid di bawah jagaan mereka terutama masalah dalam proses pembelajaran.
Secara ringkasnya, bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong.
Menurut Muhd Mansur Abdullah & Siti Nordinar Mohd Tamin (1996), bimbingan
bermaksud bantuan yang diberikan kepada individu bertujuan untuk mengembangakan
pemahaman terhadap diri sendiri dan terhadap sesuatu di persekitarannya. Selain itu,
perkhidmatan bimbingan dalam pendidikan juga tidak hanya terhad kepada murid yang
lemah tetapi juga merangkumi murid-murid yang cemerlang, pandai dan cacat.
Bimbingan juga boleh didefinisikan sebagai bantuan yang diberi kepada seseorang
individu bagi menentukan matlamat jangka pendek dan jangka panjang, merancang
cara-cara bertindak serta memperbaik sikap dan tingkah laku dalam aspek-aspek yang
perlu (Alica Crow, 1964)

Secara rasionalnya, perkhidmatan bimbingan dapat membantu guru menangani


pelbagai masalah murid di sekolah-sekolah terutama dengan pelbagai latar belakang
murid-murid. Selain itu, bimbingan juga dapat membantu seseorang murid untuk
memperbaik hubungan interpersonalnya dan membina kemahiran komunikasi yang
baik dan membina sikap positif terhadap individu itu sendiri dan orang lain. Terdapat 10
jenis perkhidmatan bimbingan yang perlu disediakan di sekolah-sekolah. 10 aspek
bimbingan itu ialah perkhidmatan inventori individu dan rekod, perkhidmataan memberi
maklumat, perkhidmatan bimbingan kelompok, perkhidmatan kaunseling, perkhidmatan
penempatan, perkhidmatan mencegah penyalahgunaan dadah, perkhidmatan
perundingan dan rujukan, perkhidmatan penyelarasan sumber, perkhidmatan
perbincangan dengan ibu bapa dan perkhidmatan penilaian. Kebiasannya, guru atau
kaunselor yang mengendalikan perkhidmatan bimbingan perlu mengaplikasikan
kemahiran interpersonal dan menjadi pendengar aktif dan mempunyai perasaan
prihatin dan sentiasa mempunyai sikap positif terhadap murid agar hubungan baik
antara kedua-dua belah pihak dapat dibina.

Kaunseling pula boleh ditakrifkan sebagai satu interaksi yang berlaku di antara
dua orang individu yang dikenali sebagai klien dan kaunselor. Menurut Kamus Dewan
Edisi Ketiga, kaunseling bermaksud nasihat dan pertukaran mental. Boy dan Pine
(1968), mentakrifkan kaunseling sebagai satu perhubungan bersemuka dimana
seorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Selain itu, kaunseling
juga berlaku dalam situasi professional dan formal serta dimulakan atau dikekalkan
dengan perubahan tingkah laku. Lazimnya, individu yang memainkan peranan penting
dalam situasi ini ialah kaunselor. Kebiasaannya, kaunselor mempunyai pengetahuan
yang luas dan berkebolehan dan membuatkan seseorang individu itu membuat
keputusan yang tepat dalam hidupnya. Tujuan utama kaunseling adalah membantu
klien menyelesaikan masalah-masalah yang sedang dihadapinya dalam jangka masa
pendek. Kaunseling boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu kaunseling kelompok dan
individu.

Teori-teori di dalam kaunseling boleh diklasifikasikan kepada lapan jenis. Teori


yang pertama ialah teori psikoanalitik. Menurut teori ini, manusia hanya mementingkan
diri. Hal ini dibuktikan melalui andaian yang dibuat iaitu tingkah laku manusia ditentukan
oleh kuasa-kuasa tidak sedar. Teori ini dipelopori oleh Sigmund Freud. Selain itu, teori
ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku orang dewasa banyak dipengaruhi oleh
perkembangan pada peringkat awal kanak-kanak. Teori yang kedua ialah teori berpusat
klien. Teori ini dipelopori oleh Carl Rogers. Melalui teori ini, Rogers berandaian bahawa
manusia adalah rasional, baik dan bertanggungjawab. Selain itu, individu itu juga
mampu membuat keputusan sendiri yang membawa kepada kebebasan dan kebolehan
untuk berdikari. Secara ringkasnya, teori berpusat klien lebih berfokuskan kepada
pengalaman kini, perasaan-perasaan dan interaksi.

Teori kaunseling ketiga ialah teori pendekatan Gestalt. Teori ini lebih
menekankan pada masa sekarang, di sini dan ketika ini. Selain itu, teori ini kurang
mementingkan sebab musabab pada satu-satu masalah itu. Teori ini menggunakan
pendekatan kelompok tetapi teori ini juga boleh digunakan untuk sesi individu. Apabila
menyebut nama tokoh seperti Bandura, Beck, Wolpe dan Lazarus, teori yang
dimaksudkan ialah teori terapi tingkah laku. Fokus utama teori ini ialah pemerhatian
kepada tingkah laku luaran yang boleh diubah. Menurut ahli-ahli terapi, perasaan dan
pemikiran adalah sukar untuk diukur. Terapi ini juga berdasarkan prinsip-prinsip teori
pembelajaran. Contohnya, tingkah laku normal dipelajari daripada peneguhan dan
peniruan. Tingkah laku yang tidak normal berpunca daripada pembelajaran yang salah.
Teori ini juga dikenali sebagai modifikasi tingkah laku.

Teori yang kelima ialah terapi rasional-emotif (RET). Teori ini diasaskan oleh
Albert Ellis. Terapi ini berdasarkan kepercayaan bahawa manusia perlu mengubah cara
berfikir supaya membetulkan fikiran yang tidak rasional. Kepercayaan ini perlu dicabar
dan diperbetulkan supaya dapat mewujudkan sistem kepercayaan yang baik dan
rasional. Prinsip terapi ini ialah boleh digunakan kepada masalah semasa, masalah
yang lain dalam kehidupan dan masalah yang bakal dihadapi pada masa akan datang.
Teori seterusnya ialah terapi realiti. Terapi realiti dipelopori oleh William Glasser. Terapi
ini menekankan kepada penyelesaian masalah, tanggungjawab peribadi dan keperluan
untuk menangani keperluan ‘realiti’ seseorang individu. Realiti yang dimaksudkan ialah
realiti praktik dan realiti moral. Ringkasnya, terapi realiti mampu membantu klien
mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri serta sokongan yang ada di sekelilingnya
dan juga bentuk halangan yang wujud.

Teori analisis transaksional diasaskan oleh Eric Berne. Menurut teori ini, klien
perlu memahami istilah seperti ibu bapa, kanak-kanak dan dewasa yang sentiasa
berubah dari satu peringkat ego ke peringkat ego yang lain. Oleh itu, tingkah laku setiap
individu bergantung kepada peringkat ego pada masa itu. Teori yang terakhir ialah
terapi eklektik. Kebiasannya, kaunselor yang menggunakan terapi ini akan memilih
mana-mana teknik atau pendekatan yang paling sesuai untuk satu-satu situasi. Selain
itu, kaunselor yang mengaplikasikan teknik ini perlu mempunyai pengetahuan dalam
teori utama dalam kaunseling.

Tuntasnya, bimbingan dan kaunseling kini semakin mendapat permintaan yang


tinggi dalam kalangan masyarakat di negara ini terutama dalam kalangan pelajar
sekolah. Selain itu, dengan adanya bimbingan dan kaunseling, murid-murid dapat
memahami diri mereka sendiri dan dapat membantu mereka memperkembangkan
kekuatan dan kebolehan diri sendiri. Teori-teori kaunseling yang diperkenalkan juga
mampu membantu seseorang kaunselor membuat perbandingan mengenai tabiat
manusia, konsep-konsep utama kaunseling, proses dan matlamat kaunseling dan
teknik-teknik kaunseling. Oleh itu, amat penting untuk seseorang kaunselor itu memilih
teori-teori yang bersesuaian untuk diaplikasikan.
2.0 KENAL PASTI DAN PERIHALKAN MASALAH DIHADAPI OLEH KLIEN
(HASSAN)

Tiada manusia di dalam dunia ini yang tidak pernah mempunyai masalah. Setiap
masalah pasti akan ada jalan penyelesaiannya. Seseorang individu yang mempunyai
masalah digalakkan untuk menemui kaunselor supaya masalah yang dihadapi dapat
diselesaikan dengan cara yang betul dan setidak-tidaknya klien dapat meluahkan
perasaanya kepada kaunselor.

Terdapat pelbagai teori yang boleh diaplikasikan oleh kaunselor untuk digunakan
kepada kliennya. Dalam konteks ini, teori bermaksud cara menginterprestasikan
peristiwa bertujuan untuk memahami berbagai peristiwa. Sebelum mengaplikasikan
sesuatu teori, seorang kaunselor itu perlu terlebih dahulu mengenal pasti latar belakang
kliennya. Setiap individu mempunyai latar belakang yang berbeza dan masalah yang
dihadapi oleh setiap individu juga berbeza. Jadual di bawah menunjukkan profil seorang
klien bernama Hassan:

Nama klien Hassan


Persekitaran Sekoleh elit di bandar
Isu Hassan mendapat giliran untuk
membentang tugasan sejarahnya. Hassan
berasa gementar dan bimbang kerana dia
beranggapan “ saya mesti mendapat
markah tinggi di dalam pembentangan ini
kerana saya sentiasa mendapat markah
tertinggi di sekolah sebelumnya”.

Jadual 1: Profil klien bernama Hassan


2.1 MENGENAL PASTI DAN PERIHALKAN MASALAH HASSAN

Berdasarkan profil klien, jelaslah dapat dirumuskan bahawa klien merupakan pelajar
baharu di sebuah selolah elit di bandar. Sebelum memulakan tugasan untuk
memberikan bimbingan dan kaunseling, kaunselor itu perlu terlebih dahulu mengenal
pasti latar belakang kliennya terlebih dahulu. Dengan mengetahui latar belakang
kliennya, akan memudahkan lagi kaunselor untuk memilih teori yang bersesuaian untuk
diaplikasikan.

Setiap individu dilahirkan dengan latar belakang yang berbeza termasuklah


Hassan. Latar belakang Hassan yang dilahirkan di dalam keluarga berpendapatan
sederhana menjadikan Hassan seorang yang komited dan optimis dalam melakukan
tugasannya terutama melibatkan pelajaran. Ayah Hassan bekerja sebagai seorang
pemandu teksi manakala ibunya merupakan suri rumah tangga sepenuh masa. Hassan
dan keluarganya tinggal di kawasan kampung di mana penduduknya terdiri daripada
pelbagai latar belakang kaum dan agama. Walaupun berbeza agama dan keturunan,
namun mereka hidup dalam keadaan yang harmoni dan saling membantu antara satu
sama lain, Penduduk kampung juga amat menyenangi sikap Hassan yang sangat
menghormati orang tua.

Walaupun Hassan berasal daripada keluarga berpendapatan sederhana, Hassan


tidak menjadikan itu sebagai alasan untuknya menjadi pelajar cemerlang di sekolahnya.
Selain cemerlang dalam akademik, Hassan juga turut aktif di dalam kokorikulum dan
pernah mewakili daerah dalam acara olahraga. Di samping itu, Hassan juga tidak lokek
untuk berkongsi ilmu dengan rakan-rakannya yang lain. Hal itu menyebabkan Hassan
disenangi oleh rakan-rakannya. Tambahan lagi, hubungan Hassan dengan guru-guru di
sekolah itu begitu rapat. Hassan gemar menjadikan gurunya sebagai tempat rujukan
jika dia menghadapi sebarang masalah di dalam pembelajaran. Sifat Hassan yang
sentiasa ceria menyebabkan orang di sekelilingnya senang dengan kehadirannya.

Pada waktu lapang, Hassan gemar menghabiskan masanya dengan melakukan


aktiviti seperti bermain badminton dan berbasikal dengan rakan baiknya iaitu Chong
dan Raju. Keakraban mereka bersahabat bermula sejak kecili. Walaupun berbeza kaum
dan agama, namun itu bukanlah alasan untuk mereka bersahabat baik. Di samping itu,
Chong dan Raju juga sering menjadikan Hassan sebagai tempat rujukan jika mereka
menghadapi masalah dalam pembelajaran. Tambahan lagi, persahabatan mereka juga
turut mengeratkan tali silatulrahim di antara tiga buah keluarga.

Ayah Hassan telah membuat keputusan untuk berhijrah ke bandar untuk mencari
peluang rezeki yang lebih besar dan juga memberi kehidupan yang lebih baik kepada
keluarganya. Hassan dan ibunya terpaksa mengikut ayahnya berhijrah ke bandar.
Walaupun Hassan berasa amat sedih kerana terpaksa meninggalkan rakan-rakannya,
namun sebagai anak yang taat pada ayahnya, dia akur dengan keputusan ayahnya itu.
Semasa di bandar, Hassan dan keluarganya telah menetap di kawasan taman
perumahan. Sejak berhijrah ke bandar, sikap Hassan terus berubah daripada seorang
yang ceria menjadi seorang yang pendiam. Dia merasakan kehidupan di kawasan
bandar terutama kawasan perumahan amat berbeza dengan kehidupan di kampung.

Hassan masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. Jika
di kampung, penduduknya saling menghormati antara satu sama lain dan rajin bertegur
sapa. Namun begitu, keadaan berbeza di kawasan perumahannya kerana penduduk do
situ jarang bertegur sapa antara satu sama lain dan masing-masing hanya
mementingkan diri sendiri. Hal ini menyebabkan juga Hassan sukar untuk memperoleh
rakan baru dan banyak masanya dihabiskan di rumah.

Status Hassan sebagai pelajar cemerlang sekolah menyebabkan Hassan telah


diterima masuk ke sebuah sekolah elit di bandar ini. Majoriti pelajar di sekolah ini terdiri
daripada golongan berpendapatan tinggi dan juga pelajar cemerlang. Hal itu
menyebabkan Hassan tidak mempunyai ramai rakan di sekolah barunya itu kerana
kebanyakan daripada pelajar sekolah itu memandang rendah pada Hassan kerana
berasal daripada keluarga berpendapatan sederhana. Oleh sebab itu juga, Hassan
masih belum masih dapat menyesuaikan diri di sekolah barunya itu. Namun begitu,
hubungan Hassan dengan guru-guru di sekolah itu baik kerana Hassan sering
menjadikan mereka sebagai tempat rujukan jika mempunyai masalah.
Semasa di dalam kelas, Hassan berubah daripada seorang yang ceria
dan peramah menjadi seorang yang pendiam. Guru Sejarah Hassan telah memberikan
suatu tugasan membentang Sejarah kepada kelasnya. Hassan mula menjadi tidak
yakin untuk membentang tugasan Sejarahnya sehingga menyebabkan dia menjadi
gementar dan bimbang. Hassan sentiasa mendapat markah tertinggi di sekolah
lamanya. Hal ini menyebabkan Hassan berasa gementar dan bimbang sekiranya
stausnya sebagai pelajar cemerlang akan hilang sekiranya dia tidak mendapat markah
tertinggi. Tambahan lagi, Hassan terpaksa bersaing dengan rakan-rakan sekelasnya
yang juga merupakan pelajar cemerlang. Bagi mengatasi masalah ini, Hassan terlebih
dahulu menghilangkan perasaan gementar dan bimbnya serta yakin dengan kebolehan
dan keupayaan dirinya ketika membentang.
3.0 TEORI KAUNSELING: TEORI TERAPI RASIONAL EMOTIF UNTUK MEMBANTU
HASSAN

Setelah mengkaji dan menganalisis masalah yang dihadapi oleh Hassan, saya telah
memilih untuk mengaplikasikan teori rasional-emotif (RET) ke dalam masalah Hassan.
Saya memilih untuk menggunakan teori ini kerana Hassan berada pada fikiran tidak
rasional iaitu dia berasa bimbang dan gementar kerana dia beranggapan” saya mesti
mendapat markah yang tinggi dalam pembentangan ini kerana saya sentiasa mendapat
markah tertinggi di sekolah sebelumnya”. Justeru itu, sebagai seorang kaunselor, saya
perlu betanggungjawab untuk mengubah cara fikirannya yang tidak rasional supaya
menjadi rasional.

Terapi rasional emotif berdasarkan kepada kepercayaan bahawa setiap manusia


perlu mengubah cara berfikir yang tidak rasional supaya menjadi rasional. Dalam
konteks ini, saya perlu memperbetulkan fikiran tidak rasional Hassan iaitu mengatasi
perassan gementar dan bimbangnya. Tambahan lagi, terapi ini juga menggalakkan
klien mempelajari kemahiran yang akan digunakan untuk mengenal dan cuba
mengatasi kepercayaan yang sudah lama sebati dalam dirinya. Sebagai kaunselor,
saya akan cuba untuk membimbing Hassan untuk mengenal pasti punca masalah yang
menyebabkan perasaan gementar dan bimbangnya. Selain itu, Hassan juga mesti
memastikan kepercayaan tidak rasionalnya menjadi rasional untuk mengatasi perasaan
bimbang dan gementarnya sekaligus memastikan pembentangannya berjalan dengan
lancar.

Menurut Ellis, manusia rasional dilahirkan ke dalam dunia yang tidak rasional.
Selain itu, manusia semakin menjadi tidak rasional apabila menerapkan fikiran-fikiran
yang tudak rasional ke dalam sistem kepercayaan mereka. Dalam konteks ini, saya
akan membantu Hassan untuk mengubah cara berfikir tidak rasionalnya supaya
menjadi rasional. Dengan cara ini, Hassan dapat memperbetulkan sistem
kepercayaannya. Tingkah laku rasional dapat dilihat sebagai keberkesanan dan
kemungkinan produktif manakala tingkah laku tidak rasional ialah dalam keadaan tidak
gembira seperti situasi Hassan yang mempunyai perasaan gementar dan bimbang
untuk membentang tugasan Sejarahnya akibat daripada tidak berfikiran rasional.

Tujuan utama terapi ini adalah untuk mendemonstrasikan pada klien bahawa
berkata-kata kepada diri sendiri itu adalah akibat daripada gangguan dan menilai
kembali berkata dalam diri demi menghapuskannya dan menolak semua idea yang
tidak logik. Selain itu, Ellis juga menggalakkan manusia supaya menganggap diri
mereka adalah berkebolehan. Dalam konteks ini, Hassan mesti yakin kepada
kebolehan dirinya sendiri sebagai pelajar cemerlang dan dia perlu menolak fikiran tidak
rasionalnya. Eliis juga yakin sekiranya manusia boleh menggunakan rasional mereka
dalam mentadbir diri, maka tidak ada lapangan dalam kehidupan mereka yang tidak
boleh diperbaiki.

Tambahan lagi, teori ini juga banyak mengajar klien untuk berfikiran secara
rasional. Namun begitu, klien bebas untuk memilih tingkah laku negatif dan tingkah laku
positif. Dalam konteks ini, Hassan perlu bertanggungjawab akibat tindakannya yang
tidak berfikiran rasional. Hasil daripada pemikiran tidak rasional Hassan, dia menjadi
bimbang dan gementar untuk membentangkan tugasan Sejarahnya. Ringkasnya, terapi
ini dapat membantu penyelesaian masalah dapat dilakukan dengan segera dan kaedah
pemikiran logik yang diajarkan kepada klien dapat digunakan dalam menghadapi situasi
lain pada masa akan datang.

Teori terapi rasional emotif (RET) juga dikenali sebagai terapi A-B-C. Oleh itu,
Ellis telah mengemukakan teori A-B-C di mana:

A= Activating experience (peristiwa yang menggerakkan)

B= Belief system (sistem kepercayaan)

C=Consequence (akibat).

Dalam masalah Hassan iaitu (A) seorang pelajar cemerlang yang baru baru
berpindah ke sebuah sekolah elit di bandar dan Hassan perlu membentangkan tugasan
Sejarahnya. Hassan berasa gementar dan bimbang (C) kerana dia beranggapan “saya
mesti mendapat markah yang tinggi dalam pembentangan ini kerana saya sentiasa
mendapat markah tertinggi di sekolah sebelumnya” (B). Dalam situasi seperti Hassan
saya perlu terlebih dahulu memperbetulkan sistem kepercayaannya (B) yang tidak
rasional iaitu dia perlu mendapat markah yang tinggi dalam pembentangan tersebut
kerana dia sentiasa mendapat markah yang tinggi di sekolah sebelumnya. Dalam
konteks ini, saya boleh berkata kepadanya bahawa masa depannya tidak akan terjejas
selama-lamanya kerana dia boleh mendapat markah yang tinggi jika dia berusaha
bersungguh-sungguh. Justeru itu, Hassan tidak perlu bimbang akan markahnya
sekiranya dia berusaha bersungguh-sungguh dalam pembentangannya. Kepercayaan
baharu ini lebih rasional dan situasi ini dinamakan (D) dispute iaitu mencabar
kepercayaan yang tidak rasional. Setelah mencapai D (kepercayaan rasional), Hassan
akan mengalami perasaan (E-effect) iaitu perasaan tenang dan lega.

Di samping itu, prinsip terapi ini juga boleh digunakan kepada masalah semasa,
masalah yang lain dalam kehidupan dan masalah pada masa akan datang. Fokus
prinsip ini adalah kepada pemikiran dan tindakan bukan hanya mengikut perasaan
semata-mata. Dalam konteks ini, terapi yakin bahawa setiap individu mempunyai sistem
kepercayaan yang tidak rasional.kepercayaan ini perlu dicabar da diperbetulkan supaya
dapat mewujudkan sistem kepercayaan yang baik dan rasional. Dalam buku-buku Ellis
seperti The Art And Science Of Love, The Intelligent Woman’s Guide To Man-Hunting
dan The Rational-Emotive Appriach banyak menggambarkan sifat manusia. Eliis yakin
bahawa manusia boleh menggunakan rasional mereka dalam mentadibir diri, maka
tidak ada lapangan dalam kehidupan mereka yang tida boleh diperbaiki.

Menurut Suradi Salim (1996), di dalam bukunya bertajuk Bimbingan

4.0 TEKNIK-TEKNIK KAUNSELING

Setiap masalah yang dihadapi oleh manusia pasti ada jalan penyelesaiannya.
Manusia juga tidak pernah lari daripada menghadapi masalah. Dalam mengatasi
masalah, seseorang individu itu perlu berfikir secara rasional dan perlu mengelakkan
pemikiran tidak rasional. Secara definisi, teori rasional emotif bermula dengan sistem
kepercayaan dalam diri klien yang memberi kesan ke atas emosi dan tingkah laku klien.
Kebiasaannya, tingkah laku klien bersifat negatif.

Di samping itu, gangguan emosi yang dihadapi oleh manusia adalah disebabkan
oleh idea yang tersilap atau tidak logik tentang sesuatu situasi. Menurut Amir Awang
(1997) klien (manusia) berfikir, berperasaan atau bertindak secara serentak. Hal ini
bermaksud jika individu tersebut melalui gangguan seperti gangguan emosi, maka yang
lain akan terlibat sama. Sebagai seorang kaunselor, saya perlu bijak dalam
mengaplikasikan teknik-teknik terapi rasional emotif dengan permasalahan yang
dihadapi oleh klien terutamanya dalam proses “D” (disputing intervention). Secara
umumnya, teknik-teknik terapi rasional emotif boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:

Teknik
kognitif

Teknik-
teknik terapi
rasional
Teknik emotif Teknik
tingkah
emotif
laku

Rajah: Teknik-teknik terapi rasional emotif

Rajah tersebut menunjukkan teknik-teknik yang terdapat di dalam terapi rasional


emotif. Setiap teknik-teknik tersebut mempunyai cabangnya yang masing-masing. Oleh
itu, sebagai seorang kaunselor, saya perlu bijak untuk mengaplikasikan teknik-teknik
yang bersesuaian terutama untuk menangani masalah yang dihadapi oleh Hassan.
Dalam konteks ini, Hassan mempunyai perasaan gementar dan bimbang untuk
membentangkan tugasan Sejarahnya. Secara realistiknya, teknik-teknik ini berdasarkan
kepada pemikiran yang rasional dan juga membetulkan sistem kepercayaan seseorang.

Teknik pertama yang saya akan aplikasikan sebagai kaunselor ialah


menggunakan teknik kognitif. Teknik kognitif pula boleh dibahagikan kepada empat
iaitu:

Menyingkirkan
kepercayaan
tidak rasional

Membuat kaedah
Teknik
tugasan psikopendidik
kognitif
kognitif an

menggubah
penggunaan
bahasa

Rajah: Teknik kognitif

Untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh Hassan, saya merasakan teknik yang
bersesuaian untuk digunakan ialah menyingkirkan kepercayaan tidak rasional. Dalam
konteks ini, Hassan berfikiran tidak rasional apabila dia mempunyai perasaan gementar
dan bimbang untuk membentangkan tugasan Sejarahnya. Hassan juga berasa
perlunya bersaing dengan rakan-rakan kelasnya yang lain untuk mendapat markah
tertinggi di dalam pembentangan. Jika dilihat dari aspek latar belakang Hassan, dia
berasa tertekan kerana masih tidak menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah
baharu dan juga penerimaan rakan-rakannya. Tambahan lagi, Hassan sentiasa
mendapat markah tertinggi di dalam pembentangannya di sekolah lama. Status pelajar
cemerlang yang dipegangnya juga sedikit sebanyak mengundang perasaan gementar
dan bimbangnya kerana rakan-rakan kelasnya juga merupakan pelajar cemerlang. Oleh
itu, saya akan menasihati Hassan supaya memperbetulkan kepercayaannya agar dia
dapat menghilangkan perasaan gementarnya sekaligus dapat melakukan
pembentangan dengan tenang, Saya juga akan menasihati Hassan supaya sentiasa
berfikiran positif dan juga rasional.

Selain itu, saya juga akan mengaplikasikan teori A-B-C kepadanya. Hassan
berasa kecewa (C=akibat) bukan kerana pengalaman yang menggerakkan (A) tetapi
kerana sistem kepercayaan (B) yang salah. Saya perlu memperbetulkan sistem
kepercayaanya (B) yang tidak rasional itu. Tidak selama-lamanya Hassan akan berasa
gementar dan bimbang setiap kali melakukan tugasan pembentangan. Hassan juga
perlu yakin dengan dirinya sendiri dan berfikiran rasional sekaligus memperoleh
kepercayaan baharu. Situasi ini dinamakan D (dispute iaitu mencabar kepercayaan
yang tidak rasional). Setelah mencapai D (kepercayaan rasional) Hassan akan
mengalami E (effect) atau kesan iaitu dia tidak lagi berasa gementar dan bimbang
setiap kali melakukan pembentangan.

Di samping itu, saya juga akan menasihati Hassan supaya dia tidak perlu
berasa bimbang atau gementar semasa melakukan pembentangan. Walaupun tidak
mendapat markah tertinggi, Hassan perlu menganggap ianya suatu proses
pembelajaran. Oleh itu, Hassan perlu menceritakan kepada saya apa yang akan terjadi
sekiranya keinginannya untuk mendapat markah tertinggi tidak tercapai. Saya juga
perlu menekankan bahawa semua itu adalah proses pembelajaran dan pemikiran tidak
rasional Hassan perlu dicabar. Saya juga harus menasihatinya setelah mengenal pasti
terlebih dahulu masalah yang dihadapi olehnya.

Cabang di dalam teknik kognitif yang seterusnya ialah membuat tugasan


kognitif. Dalam konteks ini Hassan dikehendaki untuk membuat pembentangan tugasan
Sejarahnya. Hal ini menyebabkan Hassan berasa gementar dan bimbang sekiranya dia
tidak mendapat markah tertinggi. Hassan perlu sentiasa berfikiran positif dan sentiasa
bersangka baik dengan perkara yang dilakukannya. Saya juga akan menggalakkan
Hassan supaya sentiasa berfikiran positif dan menganggap pembentangan tersebut
sebagai satu proses pembelajaran. Hassan juga boleh berkolaborasi dan membina
hubungan yang rapat dengan rakan sekelasnya yang lain untuk mengelakkan wujudnya
pemikiran tidak rasional. Sekiranya Hassan tidak berjaya mendapat markah tertinggi,
Hassan boleh berkolaborasi dengan rakan-rakan yang lain supaya dapat melakukan
pembentangan yang seterusnya dengan lebih baik.

Di samping itu, sekiranya perasaan gementar dan bimbang bertetusan,


dikhuatiri akan mempengaruhi pencapaian Hassan ketika sesi pembentangan.
Contohnya, Hassan ragu-ragu akan kebolehannya semasa hari pembentangan.
Sebagai pelajar cemerlang, Hassan perlu sentiasa komited dalam melakukan setiap
tugasannya. Perbezaan latar belakang yang wujud tidak menjadi masalah jika Hassan
sentiasa yakin akan dirinya. Saya juga akan membimbing Hassan untuk terus
mengekalkan momentumnya sebagai pelajar cemerlang dan tidak menjadikan
perasaan gementar dan bimbang itu sebagai satu masalah yang menyebabkan
pemikiran tidak rasional.

Seterusnya, saya akan mengaplikasikan teknik emotif kepada Hassan.


Teknik emotif berfokuskan domain afektif atau emosi klien. Di samping itu, teknik ini
juga bertujuan mengubah emosi klien. Tujuan utama teknik emotif ini ialah dapat
membawa klien melihat semula kerosakan yang dilakukan terhadap diri sendiri
disebabkan kepercayaan tidak rasional. Ringkasnya, teknik ini diaplikasikan untuk
memberi semangat kepada klien. Teknik emotif boleh dibahagikan kepada lima cabang
iaitu:
Rational
emotive
imagery

Role Teknik Hushame-


playing emotif attacking

Force
and
vigor

Rajah: Teknik-teknik emotif

Dalam mengaplikasikan teknik, emotif saya telah memilih untuk


menggunakan cabang rational emotive imagery. Dalam konteks ini, teknik ini,
merupakan satu bentuk latihan mental bertujuan untuk membina corak emosi yang
baru. Dalam situasi ini, saya menyarankan agar Hassan membayangkan dirinya masih
berada di sekolah lama dan tidak mempunyai perasaan gementar atau bimbang setiap
kali melakukan tugasan. Menurut Maultsby, (1984), dalam cabang ini, klien akan
membayangkan sendiri berfikir, merasakan dan berkelakuan sama seperti dengan cara
yang mereka inginkan dalam dunia realiti. Jika di dalam dunia realiti, Hassan ingin
mendapat markah tertinggi di dalam pembentangan Sejarah, seharusnya dia akan cuba
mengelakkan perasaan gementar dan bimbangnya kerana dikhuatiri akan menjejaskan
prestasinya semasa sesi pembentangan. Saya juga berharap agar Hassan memikirkan
kemungkinan yang akan berlaku sekiranya Hassan berterusan berfikiran tidak rasional.

Menurut Ellis (1999,2000), klien juga boleh ditunjukkan bagaimana


membayangkan salah satu perkara yang teruk dan berkemungkinan terjadi kepada diri
mereka, bagaimana merasa kecewa dengan situasi tersebut, bagaimana menjiwai
perasaan pada situasi tersebut dan bagaimana mengubah pengalaman tersebut
kepada perkara negatif yang sihat. Dalam konteks ini, saya akan menyuruh Hassan
membayangkan impak yang dihadapinya sekiranya dia tetap dengan sikapnya yang
sentiasa berasa gementar dan bimbang. Tidak salah sekiranya Hassan ingin berasa
bimbang atau gementar, kerana ianya merupakan suatu proses pengalaman dan
pembelajaran. Jika Hassan berterusan melayan perasaannya, dikhuatiri akan
menjejaskan keyakinan dirinya dan juga imejnya di hadapan guru dan juga rakan-rakan
sekelasnya. Untuk mengekalkan statusnya sebagai pelajar cemerlang, Hassan perlu
sentiasa berfikiran matang dan rasional serta menganggap setiap masalah yang
dihadapi pasti ada jalan penyelesaian.

Selain itu, Hassan juga boleh menganggap perasaan yang menghantuinya


itu adalah satu cabaran kepada dirinya dalam mengatasi rasa fobia. Saya akan
menasihatkan Hassan agar menganggap pembentangan itu sebagai satu cabaran
dalam hidupnya kerana di dunia luar banyak lagi konflik yang bakal dia hadapi. Jika dia
mendapat markah tertinggi, ianya merupakan satu bonus kepada dirinya dan sekiranya
tidak berjaya mendapat markah tertinggi, Hassan perlu menganggap ianya satu
persaingan yang sihat dan sekaligus beliau berjaya mengatasi perasaan gementar dan
bimbangya.

Justeru itu, sekiranya Hassan mengaplikasikan teknik ini tidak mustahil


lama-kelamaan dia berjaya mengatasi perasaan gementar dan bimbangnya. Hassan
juga tidak akan berasa kecewa sekiranya dia tidak dapat markah tertinggi di dalam
pembentangannya. Tuntasnya, melalui teknik ini, Hassan boleh membuat bayangan
atau gambaran sekiranya dia tetap terus melayan perasaan gementar dan bimbangnya
semasa berfikiran tidak rasional.
5.0 KEMAHIRAN ASAS DALAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING YANG RELEVEN
DENGAN SITUASI HASSAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997:159), bimbingan boleh didefinisikan sebagai
perbuatan membimbing, memberi petunjuk atau memimpin seseorang dan orang yang
terlibat dalam perbuatan membimbing yang dikenali sebagai pembimbing. Ringkasnya.
Kemahiran asas bimbingan dan kaunseling ialah cara-cara seseorang kaunselor
menangani atau berhadapan dengan kliennya melalui teknik atau kemahiran tertentu.
Seseorang kaunselor perlu terlebih dahulu menguasai kemahiran-kemahiran asas
bimbingan dan kaunseling sebelum bersemuka dengan kliennya. Misalnya, seseorang
kaunselor tidak mempunyai kemahiran asas dalam bimbingan kaunseling, sudah
semestinya sesi kaunseling tidak dapat berjalan dengan lancar dan kaunselor juga tidak
dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh klien dengan baik.

Kemahiran asas di dalam kaunseling berfokuskan kepada komunikasi dua hala


di antara kaunselor dan klien. Sekiranya kaunselor tidak mempunyai kemahiran asas
dalam bimbingan dan kaunseling, kemungkinan klien akan berasa cepat bosan dan
bertambah tertekan. Justeru itu, kaunselor yang bijak dapat mengawal situasi sekiranya
klien itu berada di bawah tekanan psikologi dan emosi. Kebiasaanya, kaunselor akan
menjadi pendengar aktif kepada setiap masalah yang dihadapi oleh klien. Komunikasi
dua hala di antara kaunselor dan klien dikenali sebagai komunikasi interpersonal.
Interpersonal bermaksud kebolehan seseorang individu berinteraksi secara bersemuka
secara terus dengan individu tersebut tanpa melibatkan sebarang perantaraan.

5.1 KEMAHIRAN MENDENGAR

Dalam situasi Hassan, saya telah mengaplikasikan kemahiran mendengar untuk


menyelesaikan masalah Hassan. Dalam kemahiran mendengar, saya perlu mendengar
terlebih dahulu permasalahan Hassan dan memberikan sepenuhnya perhatian saya
kepada Hassan. Dalam kemahiran mendengar, saya perlu mendengar secara aktif
masalah Hassan dan dan melakukan sesuatu yang positif agar masalah Hassan dapat
difahami dengan baik. Tambahan lagi, dalam kemahiran mendengar saya perlu
memerhati mesej yang ingin disampaikan oleh Hassan berdasarkan komunikasi verbal
dan tingkah laku bukan verbal. Contohnya, saya perlu mendengar masalah yang
dihadapi oleh Hassan dan punca yang menyebabkan Hassan menjadi gementar dan
bimbang untuk membentang tugasan Sejarahnya.

Di samping itu, kemahiran mendengar juga memerlukan saya memahami


perasaan yang dihadapi oleh Hassan dan mendengar dan empati. Misalnya, saya tidak
boleh memberikan respons dengan hanya menjawab, “saya faham akan perasaan
anda”, kerana ianya menunjukkan saya tidak betul-betul menyelami masalah yang
dihadapi oleh Hassan. Dalam proses mendengar, saya sebagai kaunselor juga perlu
memberi respon, mempamerkan bahasa badan yang sesuai agar mesej dapat
disampaikan kepada Hassan. Hal ini juga dapat membuktikan bahawa saya serius
dalam mendengar masalahnya.

Jika saya sendiri berada di tempat Hassan, sudah semestinya saya


menginginkan perhatian sepenuhnya daripada kaunselor. Oleh itu, sangat penting bagi
kaunselor mendengar dan memahami suara, tingkah laku bukan lisan klien. Dalam
konteks ini, segala perlakuan yang ditunjukkan oleh Hassan menggambarkan perasaan
yang dihadapi olehnya. Hal ini juga menunjukkan kesediaan kaunselor untuk
berhadapan dengan klien. Saya boleh menunjukkan kemahiran mendengar dengan
beberapa cara seperti berikut:

1. Menyatakan semula
Dalam situasi ini saya dapat menjelaskan masalah yang dihadapi oleh
Hassan ialah dia berasa gementar dan bimbang untuk melakukan
pembentangan Sejarah kerana semasa di sekolah lama, dia sentiasa
mendapat markah tertinggi.

2. Menggambarkan semula

Saya memfokuskan pada masalah yang dihadapi Hassan iaitu dia berasa
gementar dan bimbang untuk membentangkan tugasan Sejarahnya
kerana keinginannya untuk mendapat markah tertinggi di sekolah baharu.
3. Memberikan respons
Sebagai kaunselor, saya telah memberi pendapat sendiri kepada Hassan
iaitu dia perlu memperbetulkan kepercayaannya terlebih dahulu dan
membuang pemikiran tidak rasional. Sekiranya, Hassan terus dengan
perasaan gementar dan bimbang, dikhuatiri akan menjejaskan
reputasinya ketika membuat pembentangan. Walaupun tidak mendapat
markah tertinggi ketika sesi pembentangan, Hassan perlu menganggap
ianya sebagai proses pembelajaran dan cabaran kepadanya.
5.2 KEMAHIRAN MEMBINA PERHUBUNGAN

Kemahiran membina perhubungan merupakan salah satu langkah yang paling awal
dalam kaunseling. Dalam sesi kaunseling, kemahiran membina perhubungan penting
untuk menunjukkan rasa selamat dan saling mempercayai antara kaunselor dan klien.
Sebagai kaunselor, saya perlu memberi perangsang kepada Hassan agar sentiasa
tenang dengan memberikan tanggapan pertama yang positif.

Dalam situasi Hassan, saya mesti memulakan sesi kaunseling dengan


menunjukkan kemesraan dan menunjukkan tingkah laku yang menyakinkan. Sebagai
seorang kaunselor, sudah menjadi tanggungjawab saya untuk membantu Hassan
menghadapi realiti dengan cara mengubah pemikiran tidak rasionalnya, menyelaraskan
emosi, tingkah laku, komunikasi lisan dan bukan lisan. Namun begitu, saya perlu
berhati-hati semasa mengaplikasikan kemahiran ini kerana sekiranya Hassan belum
bersedia untuk menceritakan masalahnya, dia akan berasa dirinya terancam. Justeru
itu, kemahiran membina perhubungan ini merupakan langkah terpenting yang perlu
dikuasai oleh seorang kaunselor.
5.3 KEMAHIRAN MENYOAL

Jika ada jawapan, maka pasti akan ada sesi penyoalan. Dalam konteks bimbingan dan
kaunseling, kemahiran menyoal antara yang paling banyak diaplikasikan. Tujuan
penyoalan adalah untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang penting daripada
klien. Dalam situasi Hassan, tujuan utama penyoalan adalah untuk membolehkan
Hassan meluahkan perasaannya kepada saya. Selain itu, soalan-soalan yang hendal
diajukan kepada Hassan perlulah berkaitan dengan usaha menggalakkan Hassan
menerokai perasaannya sendiri. Ringkasnya, dengan kemahiran menyoal saya dapat
mendapatkan masalah yang dihadapi oleh Hassan dengan cepat, mendapatkan
maklumat dan lanjut dan untuk mendapatkan kepastian.

Soalan yang dikemukakan kepada Hassan ialah soalan terbuka. Soalan terbuka
dapat membantu saya memperoleh maklumat mengenai masalah Hassan. Di samping
itu, soalan terbuka juga dapat membantu Hassan mencari sebab yang mempengaruhi
tingkah laku, pemikiran dan emosinya. Contoh soalan terbuka kepada Hassan ialah:

1. Apakah yang menyebabkan kamu berasa gementar dan bimbang


untuk membentang tugasan Sejarahnya?
2. Apakah yang akan berlaku sekiranya awal tidak mendapat markah
tertinggi di dalam pembentangan?
6.0 RUMUSAN

Konklusinya, setiap masalah di atas dunia ini pasti ada jalan penyelesaiannya. Dengan
kemajuan dan kepesatan arus tekonologi, perkhidmata bimbingan dan kaunseling juga
semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat di negara ini. Perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling bukan hanya terhad kepada orang dewasa semata-mata,
namun kanak-kanak yang masih berada di sekolah rendah juga turut mendapatkan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang disediakan di sekolah-sekolah. Individu
yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah ini dikenali sebagai kaunselor.
Jika di sekolah, individu ini dikenali sebagai kaunseling.

Sesi bimbingan dan kaunseling juga dapat membantu seseorang individu itu
mengenal pasti potensi yang ada dalam dirinya selari dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial. Di samping itu, kaunselor juga memainkan peranan
penting untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien. Kaunselor juga perlu
mempunyai hubungan yang baik dengan kliennya.

Menjadi seorang kaunselor bukanlah sesuatu kerja yang mudah seperti


anggapan sesetengah pihak. Sebelum mengadakan sesi kaunseling, mereka perlu
menguasai kemahiran-kemahiran tertentu. Kemahiran-kemahiran tersebut perlu
diaplikasikan kepada klien mengikut situasi yang bersesuaian. Tugas kaunselor bukan
hanya terhad kepada menyelesaikan masalah semata-mata tetapi turut menjiwai atau
empati dengan masalah yang dihadapi oleh klien mereka.

Kaunselor juga harus mempunyai hubungan yang baik dengan klien dan
mempunyai personaliti yang baik. Personaliti yang baik mampu lebih menyakinkan klien
untuk berurusan dengan kaunselor. Di samping itu, seorang kaunselor juga harus
sentiasa berfikiran terbuka dan berusaha untuk menyenangi kliennya dengan sentiasa
berprasangka positif terhadap kliennya. Justeru itu, kaunselor perlu sentiasa tenang
untuk berhadapan dengan kliennya dalam apa jua situasi.
7.0 REFLEKSI

You might also like